Friday, January 6, 2012

Prolog


Tahun 2709, Pantai Doric.

     LANGIT malam itu kosong tanpa bintang di langit. Mungkin itu petanda hujan. Cengkerik di dalam hutan saling bersahutan mengalunkan lagu dari geseran kaki mereka. Mungkin cuba untuk menghilangkan rasa gusar di hati manusia yang sedang membetul-betulkan robot ciptaanya. Sudah dua kali dia menyudahkan robot itu tetapi masih tidak berfungsi. Salah pasang litarkah? Atau jantungnya masih lagi salah pasang? Ya, mungkin jantungnya yang bermasalah.

     Lantas, lelaki itu mengeluarkan semula jantung robot itu. Jantung itu mempunyai rupa dan fungsi  seperti jantung manusia. Kelakar bukan?

     Selama ini, robot dicipta menggunakan enjin bulat dan kecil yang mengeluatkan cahaya apabila enjin itu berfungsi. Tetapi dia mahu melakukan penemuan baru. Dia mahu mencipta jantung robot daripada besi lembut yang boleh bertindak sepertimana jantung manusia. Kajian yang dijalakannya selama lima tahun itu perlu ada hasilnya. Hasilnya ialah robot itu yang dinamakan One. Satu-satunya robot yang mempunyai jantung!

     Ketika dia berada di Institut Kajian Universe dan Teknologi, dia sering diketawakan oleh rakan-rakannya. Kajiannya itu nampak mustahil dan memakan masa. Dia hampir menyerah kalah tetapi pensyarah itu memberi dia sinar baru untuk meneruskan perjuangan yang mustahil.

     Dia menolak semua sampah yang ada di atas meja kerjanya itu lalu meletakkan jantung itu di tempat khas. Melihat di setiap posisi yang ada untuk mengenalpasti dimana kekurangan jantung itu. Dikala matanya sibuk melihat jantung itu tangan kanannya pula sibuk mencari jurnal kumal bewarna coklat itu. Jurnal itu terletak di bawah surat-surat khabar dua minggu lepas menunjukkan berita mengenai cucu Datuk Bandar yang berumur dua tahun itu sah menghidapi jantung berlubang. Tangan lelaki itu pantas sahaja menolak surat khabar itu dan mengambil jurnalnya.

     Tiba-tiba satu letupan berlaku di persisiran Pantai Doric bergema di seluruh pantai itu. Bunyinya seperti kemalangan yang dasyat.

     Lelaki itu berlari mendekati sliding door dan lupa pada kajiannya buat sementara. Belum sempat dia membuka cermin itu, ketukan di pintu memaksa dia berpaling ke belakang.

     “Abang! Abang! Buka pintu ni! Cepat!”

     Suara kanak-kanak lelaki itu memaksa dia pergi membuka pintu itu. Dia pasti ini mesti fasal kemalangan itu.

     “Kenapa Ashraf?” soalnya.

     “Cepat bang! Ada kemalangan di belakang rumah,” lapor Ashraf dengan nada cemas. Mata kanak-kanak berumur 12 tahun itu mencari-cari mata lelaki berumur 27 tahun itu. Lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dirinya dan adik perempuannya, Laila.

     “Mari! Laila mana?” soal lelaki itu.
   
 “Dalam bilik. Kenapa bang?”

     Lelaki itu mengangguk. “Baguslah.”

     Setibanya mereka di tempat kemalangan, sebuah kereta angkasa yang sedang terbakar terseret 50 meter dari tempat pertama perlanggaran. Bau minyak petrol menusuk hidungnya. Matanya mula berasa pedih. Kereta angkasa khas untuk unit petrol polis angkasa itu segara dikenali. Di dalamnya kelihatan pemandu dan temannya terbakar di dalam kenderaan tersebut. Ashraf menutup mulutnya. Bau daging terbakar segera menggantikan bau petrol.

     “Abang!” kata Ashraf terkejut.

     Lelaki itu tergamam. Fikirannya mula kosong. Segala masalahnya seperti sudah terbakar bersama-sama mayat itu. Kakinya seperti di paku di situ. Apa yang sudah terjadi sebenarnya? Dia pasti ini bukan kemalangan yang tidak disengajakan.

     Tiba-tiba fikirannya mula berada di landasan semula. Dia tidak boleh berada di situ sahaja. Dia harus bertindak. Lalu dia berpaling memandang Ashraf. Kanak-kanak lelaki itu seperti tiada roh di dalam badannya. Tetapi dia harus gerakkan budak itu. Tiada masa untuk beremosi.

     “Ashraf,” panggilnya namun tiada sahutan. Mungkin suaranya tidak cukup kuat.

     “Ashraf!” kali ini suaranya lebih lantang sehingga Ashraf tersedar dari lamunannya. Ashraf cepat-cepat menyeka air matanya yang entah bila mengalir. “Ya bang,” sahutnya.

     “Masuk dalam dan telefon ambulans. Pastikan Lalila tidak keluar dari rumah. Faham?” arahnya.

     Ashraf memandang penjaganya. Ketegasan lelaki itu membuatkan dia berlari masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu dapur. Segera dia menalefon ambulans.

     “Abang,” panggil satu suara kecil di sudut tangga.

     Namun Ashraf tidak mengendahkan panggilan adik perempuannya. Dia perlu melakukan tugas itu. Dia tidak mahu kematian dua orang manusia yang tidak dikenali itu, menjadi sia-sia.

     “Hello, ambulans...”

     Di luar lelaki itu masih berdiri di situ. Perasaannya menjadi tidak menetu tiba-tiba. Kenapa? Apa yang ada disebalik kebakaran itu? Lalu dia mendekati kereta itu. Melihat sekelilingnya. Tiada apa-apa. Tetapi kenapa? Gerak hatinya kuat berkata ada sesuatu di situ. Sesuatu yang meminta bantuannya. Tiba-tiba, matanya seperti tertarik kearah dalam hutan yang gelap itu.

     Bunyi panggilan yang sayup-sayup itu. Kakinya perlahan mendekati hutan itu. Suara kecil itu sangat halus. Jauh di sudut di hatinya, dia berdoa supaya apa sekalipun yang ada di dalam sana, segera ditemui. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doanya. Dari jauh kelihatan sebuah kapsul kecil yang cukup muat untuk budak lelaki yang sama besarnya dengan Ashraf.

     Pintu kapsul itu dibuka perlahan. Apa sahaja yang ada di sebalik pintu itu, haraplah yang bukan perkara-perkara yang sering bermain-main dalam fikirannya sekarang ini. Dalam kesamaran itu, bayang-bayang hitam dan kecil itu menjadi santapan matanya.

     “Berapa orang mangsa yang terlibat,” kata pegawai kecemasan di hujung corong itu.

     “Er...”

     Matanya seperti tidak bergerak dan seperti terjojol pun ada juga. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Adakah ‘dia’ juga ada kaitan dengan nahas di depan sana.

     “... dua, saya rasa dua,” jawab Ashraf gugup.

     “Mama, papa...” sayu sahaja suara budak itu. Tangan dan kaki kirinya seperti tiadak bergerak, bajunya basah dengan darah. Dia menjadi takut. Sah! Sah, ini bukan kemalangan biasa. Ini  kes pembunuhan!

     “Baiklah, kereta ambulans akan tiba 2 minit lagi. Harap adik tolong bersabar. Tut, tut, tut, tut...”    

1 comment: