Satu
: Pengenalan Kita
23
Mac 2731, Saujana Apartmen, Posh High
Kasturi meneguk air milonya sambil
menonton televisyen yang sedang memaparkan berita-berita sensasi yang berlaku
pada malam semalam. Antaranya, di bahagian Utara Square Enix, terdapat rompakan
bijih besi dan jentera berkuasa tinggi. Utara Square Enix atau dikenali sebagai
Ratchet Bay adalah sebuah kawasan perlombongan yang kebanyakkan mesin-mesin yang
berfungsi di Gleam City dilombong. Kawasan Ratchet Bay itu bukanlah kawasan
persisiran pantai seperti namanya. Mungkin kerana kawasan itu penuh dengan
bijih seperti lautan, sebab itu kawasan itu dipanggil Ratchet Bay.
“Rompakan itu berlaku pada jam 2 pagi di
Ratchet Bay. Anggota itu diketuai oleh salah seorang anggota samseng yang
menjadi buruan pihak polis Gleam City. Bagaimanapun rompakan itu dapat
dihentikan di atas kecermelangan kerja barpasukan anggota polis Ratchet Bay...”
Belum sempat berita habis, Kasturi sudah
menutup televisyennya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Dia
perlu cepet pergi ke tempat kerjanya yang berada di Gleam City, iaitu 30 kilometer dari pusat
bandar Gleam City.
Dia menuju ke arah dinding suis lampu. Di
sebelah suis itu terletaknya alat kawalan pintar rumah dimana apabila seseorang
itu menekan ikon ‘empty’ seluruh kawasan ruang tamu itu akan menjadi kosong.
Yang tinggal hanyalah lantai kayu dan tingkap besar yang boleh dikatakan hampir
memenuhi segenap ruang dinding itu. Lalu dia menekan ikon ‘close window’ pula.
Maka langsir akan diturunkan dan menjadikan rumahnya itu suram dan gelap.
Pantas dia mengambil topi keledar, beg
galasnya dan meletakkan mugnya ke dalam sinki. Kunci motor dicapai dan dia
menyarung kasutnya tidak sampai dua saat. Dia keluar dari rumahnya dan menutup
pintu. Lalu penutup alat kawalan pintu
pintar itu dibuka dan menekan nombor-nombor sekuriti.
Setelah selesai kerjanya itu, Kasturi
berjalan menuruni tangga yang berada 5 meter sahaja dari rumahnya menuju ke
tempat parkir. Di situ terdapat dua buah garaj yang bertutup. Kasturi mendekati
garaj yang bernombor A-101B. Kemudian dia meletakkan cap tangannya di alat
kawalan pintar di sebelah pintu garaj itu. Apabila alat kawalan pintar itu siap
mengimbas cap tapak tangan Kasturi, pintu garaj itupun terbuka dan ruang di
dalamnya kosong tanpa satu barang pun.
“Sully,” kata Kasturi tenang sambil
memakai sarung tangan hitam.
Motor berjanakuasa tinggi itupun muncul
sepertimana hilangnya ruang tamu di apartman Kasturi. Kasturi menyarung topi
keledarnya dan menaiki motor tersubut. Kunci motor dicucuk ke tempatnya dan
bunyi deruman enjin pun bergemalah. Segera itulah Kasturi memandu keluar motor
hybrid itu dari garaj. Pintu garaj tertutup selepas 5 saat item pemilik keluar.
MAKA
untuk memperkenalkan hero dalam dongeng ini, takdir menentukan motor kesayangan
Cik Kasturi kita mati di tengah jalan. Ya di jalan lama, yang hanya setiap 30
minit kereta akan lalu.
Kasturi memberhentikan motornya di tepi
jalan. Mulutnya mula mengomel entah apa-apa, lansung tidak didengari oleh
sesiapa kerana ditutup dengan topi keledar bermuka penuh berwarna putih itu
sambil turun dari motornya.
“Apa hal la pulak ni!” marahnya sambil
membuka topi keledar tersebut. Lalu, tidak semena-mena dia menendang tayar
belakang motornya. Hampir terjatuh motor tersebut angkara amarah Kasturi.
Cepat-cepat dia mencapai motornya yang berat macam gaban itu.
“Sorry,
sorry Sully,” mohon Kasturi tiba-tiba sambil memeluk motornya itu. Rasa
bersalah kerana melepaskan rasa marah pada benda yang dia hargai.
Kesudahannya, dia duduk di tempat duduk
motor menghadap pada jalan raya yang sunyi itu. Jam di tangan sudah menunjukkan
pukul 8.45 pagi dan dia dah terlambat untuk masuk kerja. Sebentar tadi dia
sudah menelefon Haidil, makenik yang dipercayai untuk datang mengambilnya di
jalan yang sunyi itu. Tetapi lelaki itu membalas dengan memberitahu jalan ke
pintu pagar di Utara dan Timur sesak dan lansung tidak bergerak kerana membuat
persediaan untuk pesta keagamaan.
Jadi dia mungkin akan datang lambat dan
berharap Kasturi akan tunggunya dengan penuh sabar. Nasiblah! Jadi, Kasturi
menelefon Balai Polis Gleam City, iaitu tempat kerjanya, memberitahu bahawa dia
akan masuk lambat kerana motornya rosak di tengah jalan. Dia bernasib baik
kerana ketuanya itu tersangatlah baik hati kerana memahami situasinya.
“Ya, di kilometer 1876 arah selatan. Saya
tahu ada sekatan jalan raya di pintu pagar di Timur, jadi saya lalu jalan lama
di Selatan. Tapi nak buat macam mana, Sully sakit,” kata Kasturi pada ketua
yang baik hati yang tidak mahu dikenali buat masa sekarang.
Entah apa yang ketuanya cakap sehingga dia
tiba-tiba sahaja ketawa besar sehingga berdengung-dengung hutan itu. Ketika jam
tepat menunjukkan jam pukul 9.00 pagi, sebuah kereta berkuasa tinggi melalui
jalan itu. Kasturi lihat pada kenderaan itu dari jauh. Kereta jenama Fierce itu
meluncur laju tanpa mengendahkan Kasturi yang tercengang-cengang disitu.
Kasturi bengang. Manusia berlagak tanpa
sivik itu memang tidak berhati perut. Sekurang-kurangnya berhentilah!
“Kenapa Kasturi? Ada orang datang ke?”
soal ketuanya di hujung talian.
“Lalu je. Lansung tak de rasa kasih...”
Tiba-tiba ayat Kasturi mati di situ.
Kasturi terkejut kerana kereta itu mengundur dengan laju dan berhenti di
hadapannya. Eh?
Kasturi melihat pemandu di dalam kereta
itu tetapi lansung tidak kelihatan kerana cerminnya dihitamkan. Kasturi
mematikan telefonnya lalu mendekati pintu kereta itu. Dia pelik kenapa pemandu
itu tidak keluar-keluar? Bukankah lelaki itu mengundur sebab nak tolong dia ke?
Tiba-tiba pintu kereta itu terbuka tanpa
amaran menyebabkan Kasturi jatuh terduduk di atas rumput basah itu. Kotor sudah
seluar putihnya. Kasturi mendengus marah. Tanpa melihat pemandu yang juga
terkejut dengan tindakan Kasturi yang secara mengejut jatuh ke tanah, Kasturi bangun dengan perasaan yang marah.
Seluar putihnya itu sudah kotor dengan embun rumput dan tanah. Pantas Kasturi
membersihkan punggungnya itu.
Pemandu itu rasa bersalah kerana telah
menyebabkan gadis di hadapannya itu jatuh tanpa disengajakan. Dia melihat
Kasturi dari atas hingga bawah. Rambut hitam berkilat panjang yang diikat
tinggi, trench coat pendek bewarna
biru awan, seluar cikang putih, dan high
heels boot hitam. Gadis ini memang pandai bergaya. Dia kemudian melihat
motor hybrid jenama Sully 1001
keluaran dua tahun lalu.
Pemandu itu mendekati motor tersebut.
Terdapat beberapa kesan geseran di badan motor tersebut. Kesan itu seperti baru
lagi. Dia melihat sekitar badan itu tanpa mempedulikan Kasturi yang masih lagi
sibuk membersihkan seluarnya. Kasturi ada membawa seluar ganti tetapi dia
hendak tukar di mana? Kasturi mengangkat mukanya untuk melihat pemandu yang dia
rasa seperti kurang ajar itu. Sudahlah tidak reti minta maaf!
Alangkah terkejutnya Kasturi apabila
pemandu itu tiada di hadapannya. Sebaliknya berada di motor kesayangannya.
Rupanya pemandu itu lelaki! Bertambah benganglah Kasturi. Dia paling pantang
jumpa lelaki yang perangainya lebih kurang sama macam lelaki di hadapannya itu.
Lebih-lebih lagi menyentuh-nyentuh motor itu tanpa kebenarannya.
Kasturi mendekati lelaki itu. Dia
sebenarnya malas mahu bergaduh dengan orang lebih-lebih lagi lelaki yang tidak
dikenali. Sebaik sahaja Kasturi mahu menegur lelaki itu, lelaki itu berpaling
memandang Kasturi membuatkan kedua-dua manusia itu tergamam buat seketika.
Tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.
Wajah lelaki itu mengingatkan Kasturi
kepada orang yang sangat dia sayangi dan hargai semasa kecil. Satu-satunya
‘manusia’ yang menghargai dirinya dahulu yang hilang seperti wap air. Manakala
bagi lelaki itu, gadis yang berdiri di hadapannya itu mirip gadis yang ada di
dalam gambar yang bapanya simpan. Satu-satunya gambar yang pelik dia pernah
lihat. Teringatkan tujuan sebenar dia berpatah balik ke sini adalah untuk
menolong, maka dia membuka mulut dulu.
“Nampaknya... fius bateri awak rosak.
Sambungannya... tercabut. Saya rasa sebab itulah dia... rosak,” kata lelaki itu
tergagap-gagap. Kenapalah dia boleh tergagap-gagap masa ini? Habis musnah kemachoan dia.
Kasturi tersedar yang dia sudah berangan
jauh. Mukanya bertukar merah. Rasa marahnya seperti hilang dibawa angin lalu.
Tiba-tiba, “fius tercabut?!” terjerit Kasturi mendengarnya. Cepat-cepat dia
mendekati motornya itu. Lelaki itu menunjukkan bahagian yang tercabut itu.
“Motor ni pernah accident ke?” soal lelaki itu.
“Pernah. Dua minggu lepas. Foreman saya pernah cakap untuk datang
balik buat check-up lepas dua minggu Sully dibaiki. Saya tak sangka yang dia
akan rosak pagi-pagi ni,” kata Kasturi kesal. Dia sepatutnya berjumpa dengan
Haidil semalam, tetapi dia sibuk di pejabat sehingga tiada masa hendak pergi
membuat pemeriksaan susulan.
“Saya boleh tolong pasangkan tapi saya
takut dia tercabut balik. Saya risau kalau nanti awak kena bersidai di tepi
jalan lagi sebab benda ni dah longgar,” kata lelaki itu penuh kerisauan
seolah-olah antara Kasturi dan dia sudah lama berkenalan. Muka Kasturi bertukar
merah.
‘Lelaki ni risaukan aku?’ bisik hati
Kasturi.
Lelaki itu melihat jam tangannya. Baru
Kasturi perasan lelaki di hadapannya agak sempoi sahaja orangnya. T-shirt
putih, vase tanpa lengan warna kelabu
dan seluar hitam. Kasutnya pula kasut leather
bewarna hitam.
“Sekarang ni awak nak buat macam mana?
Awak nak ambil risiko untuk pasang ni semula atau awak tumpang saya sahaja dan
biar saya hantar awak sampai kat kedai foreman
awak. Rasanya kita berdua ni dah lambat nak pergi kerja,”kata lelaki itu sambil
tersengih.
Baru Kasturi sedar lelaki itu lansung
tidak sama dengan lelaki yang dia cari selama ini. Kerana senyuman itu. Kasturi
menarik nafas panjang.
“Kalau saya tumpang awak, motor saya ni
macam mana? Takkan nak tinggal kat sini saja?” soal Kasturi kini lebih risau
fasal motornya daripada pencarian lelaki yang hilang.
“Oh, saya ada bawa extra boot. Rasanya boleh ni,” kata lelaki itu memberi jaminan.
Lalu lelaki itu masuk ke dalam keretanya.
Kasturi faham masuk extra boot itu.
Kereta jenama Fierce ini adalah sebuah model yang boleh dipandu dalam bentuk
drift atau four wheel drive. Boleh kata macam dua dalam satu. Kereta ini laris
dijual pada tahun lepas. Ya, kereta khas untuk lelaki yang suka lasak sahaja.
Dalam sekelip mata kereta itu bertukar
rupa macam transformer. Kemudian
lelaki itu keluar dari keretanya dan membuka pintu boot di belakang. Nasiblah pintu itu boleh diubah suai menjadi alas
untuk membawa Sully naik ke belakang kereta itu. Kasturi rasa berterima kasih
sangat-sangat pada lelaki yang tidak dikenali itu.
“Erm, nama awak apa?” soal Kasturi ketika
mereka berada dalam kereta tersebut. Kerata itu laju meluncur di jalan raya
menuju ke Gleam City.
“ Muhammad Fairul bin Abdullah. Panggil
Fairul saja. Awak?”
“Nur Kasturi binti Ahmad Mahmood. Panggil
Kasturi.”
“ERM,
nanti bila awak lepas gate nanti belok kiri lepas itu awak terus sampai awak
nampak gap antara dua bangunan
tinggi,” kata Kasturi sebaik sahaja matanya terpandangkan pintu gerbang Selatan
yang diperbuat daripada campuran batu dan besi yang diukir cantik mengikut
unsur-unsur Islam. Setiap pintu gerbang yang ada di utara, timur, selatan dan
barat mempunyai ciri-ciri tersendiri. Satu-satu cara unutk masuk ke Square Enix
adalah melalui pintu gerbang yang besar dan tinggi, setinggi dua kali ganda
tinggi KLCC. Sebuah bandar metropolis yang terletak pada sebuah daerah yang
dipanggil Square Enix-mempunyai lima hub, Gleam City sebagai nadi Square Enix
dan empat penjuru utama bandar iaitu IHTC(barat laut), Suburban Gleam(timur
laut), Little India(barat daya) dan China Town(tenggara).
Di setiap pintu gerbang itu pula, akan ada
penjaga tol yang dimonitor oleh robot khas yang direka oleh ahli jurutera
negara. Setiap gerbang mempunyai 22 lorong keluar dan masuk dimana setiap
lorong membawa ke jalan yang berbeza di Square Enix yang dihubungkan melalui
satu dimensi 4D berbentuk kubah di atas dan dibentuk oleh segi empat di mana
setiap segi itu diwakili oleh setiap gerbang.
“Lorong mana Kasturi?” soal Fairul
teragak-agak untuk memilih lorong lalu melihat Kasturi. Terbeliak mata Fairul
melihat perlakuan Kasturi yang tiba-tiba membuka Trench Coat pendeknya yang menampakkan baju singlet longgar tali
lebar itu.
“10. Kenapa?” jawab Kasturi yang pelik
melihat Fairul melihatnya begitu. Dia kemudian mengikat lengan kot itu ke
pinggangnya. “Bayarlah cepat!”
Fairul cepat-cepat mengeluarkan wangnya
dari dompet dan menghulurkan pada robot tol itu. Dia mengucapkan terima kasih
lalu menutup tingkapnya semula. “Kenapa awak tanya?! Saya yang patut tanya!
Kenapa awak tiba-tiba bukak baju?” marah Fairul yang sebenarnya lebih kepada
menahan debaran di dada.
Toya sahaja muka Kasturi. “Awak, kalau
saya keluar nanti nampak la punggung kotor saya ni. Malu la. Awak tak ingat
ke?” selamba sahaja Kasturi membalas.
“Oh,” kata Fairul baru tersedar yang tadi
gadis itu pernah terjatuh angkaranya. Dia kemudian tersengih. “Sorry.”
Kasturi lansung tidak mengendahkan kata
maaf Fairul. Dia sudah tidak kisah tentang perkara itu yang penting sekarang
ini Sully.
“Mahal juga ye duit tol. Dulu saya datang
sini bayar RT2.00 saja. Sekarang ni RT4.00,” komen Fairul sambil membelokkan
keretanya ke kiri. Kasturi memandang Fairul dengan dahi berkerut. Bukankah
sudah tiga tahun lebih duit tol itu berharga RT4.00.
“Awak bukan orang sini ke?” soal Kasturi.
“Saya orang sini, cuma tiga tahun sudah
saya kerja di Utara, di Ratchet Bay. Kemudian saya kena transfer ke sini. Hari
ini hari pertama saya mula kerja,”jawab Fairul ikhlas dengan senyuman di bibir.
Kasturi mengangguk. Tiba-tiba dia
terfikir, lelaki di sebelahnya ini kerja apa? Setahu dia di Ratchet Bay,
kerjaya utama di sana ialah jurutera mesin, pelombong dan polis. Tetapi jika
lelaki di sebelah dia ini seorang pelombong, sudah semsesti dia tidak mampu
hendak membeli kereta Fierce ini. Jadi lelaki ini mesti samaada jurutera mesin
atau polis.
“Awak sebe...” belum sempat Kasturi
menghabiskan kata-katanya, Fairul sudah memotong katanya.
“Itukan bengkelnya? Wow!” kata Fairul
teruja lansung tidak sedar bahawa tadi Kasturi ingin menyoalnya. Kasturi
melirik kearah bengkel itu. Satu-satunya bangunan yang diperbuat daripada kayu
dan batu yang berdiri megah di antara dua bangunan tinggi. Agak susah untuk
jumpa bangunan seperti bengkel itu. Lebih-lebih lagi bengkel itu antara bengkel
yang digemari oleh rata-rata penunggang motor. Di hadapan bengkel itu, terdapat
sepohon pokok Jacaranda yang berdaun unggu lebat dan terdapat buayan buatan
tangan yang diperbuat daripada tayar.
Fairul memberhentikan Fiercenya lalu melompat
keluar. Kasturi juga mengikut jejak Fairul. Haidil yang tadi sibuk memberitahu
pekerjanya untuk membetulkan motor-motor yang baru sahaja di periksa tadi.
Haidil baru bercadang hendak mengambil Kasturi apabila matanya terpandangkan
susuk tubuh tinggi lampai setinggi 167cm. Terkejut dia melihat gadis itu.
“Yo!” kata Kasturi sambil mengangkat
tangannya dengan sengihan menakutkan. Terkelip-kelip mata Haidil melihat
Kasturi kemudian dia menunduk sambil mengaru-garu kepalanya. Topi di kepalanya
sudah di tanggal. Tiba-tiba dia ternampak Sully ditolak oleh seorang lelaki.
“Kau datang dengan mamat tu ke?” soal
Haidil cuba menghilangkan rasa takutnya pada si gadis pendiam yang tegas dan
garang. Kemudian dia ternampak Fierce dan dia mula faham bagaimana Sully boleh
sampai sini. Kasturi mengangguk pantas lalu memperkenalkan Fairul pada Haidil.
Soalan yang jelas dan tak perlukan penjelasan yang lebih, hanya anggukan
sebagai sindiran.
“Ini Haidil, foreman saya and kawan
baik saya masa saya di universiti dulu. Haidil ini Fairul,” kata Kasturi
sekadar bermanis mulut. Haidil dan Fairul bersalaman dan tersenyum senang.
“Erm, saya nak pergi dulu. Dah lambat dah
ni,” pamit Fairul lalu beredar ke Fierce. Deruman enjin four wheel drive itu menjadi salam pada mereka bertiga. Kasturi
memandang Haidil lalu melirik pada Sullynya pula. Dia pun sebenarnya sudah
lambat. Sudahlah hari ini ada pekerja baru masuk dalam divisyen itu. Jika Sully
tidak boleh siap pada malam hari ini, dia tidak boleh nak balik. Boleh sahaja
dia menumpang rumah Zareen, abangnya yang terletak berdekatan dengan pejabat
pentadbiran bandar. Tapi tak perlulah. Dia boleh usahakan sendiri untuk pulang.
Dia bukan kecil lagi dan dia segan; sudah selalu minta tolong Zareen.
Haidil faham maksud lirikan itu, sudah
tujuh tahun dia berkawan baik dengan Kasturi. “Aku try siapkan Sully sebelum
Maghrib,” Haidil memberi jaminan.
Kasturi mengeluh lalu melihat jam
tangannya. Sudah pukul 10 pagi. Dia kemudian membetulkan beg galasnya lalu
pergi keluar menuju ke pejabatnya. Dia percaya Haidil akan menyiapkan kerjanya
seperti yang diperkata. Lagipun, Haidil tidak pernah mengecewakannya. Haidillah
satu-satunya sahabat dunia dan akhirat dia selepas lelaki itu. Lelaki yang
hilang jejaknya dari pandangan Kasturi selepas pembendahan 19 tahun dulu. Lalu
Kasturi menyerahkan kunci motornya pada Haidil.
“Thanks
Haidil,”kata Kasturi perlahan.
KASTURI
membuka pintu kaca itu dengan perlahan sekali. Ruang pejabat Unit C14 itu
sungguh senyap tidak seperti selalu. Skrin monitor besar yang terpampang di dinding
kaca itu juga tidak buka. Pelik. Bukankah semalam mereka sibuk meneliti data
akaun suspek? Sudah siapkah? Ataupun mereka semua pergi makan? Pantas Kasturi
melihat jam tangannya yang ada di pergelangan tangan kanan. Baru 10.15 pagi.
Hmm...
“Mesyuarat kot...” andai Kasturi lalu
melangkah ke bilik persalinan. Ingin menukar baju kasualnya kepada uniformnya
iaitu kot kulit bewarna coklat tua, singlet hitam dan seluar slack hitam.
Rambut hitamnya yang diikat satu itu dibetulkan dan ditocang kemas. Pistol
disisipkan di pinggangnya. Tag nama dikepilkan di dada. Kemudian dia melihat penampilannya. Kulitnya
yang putih bersih, matanya yang bundar dengan anak mata bewarna hijau tua, dan
bibir merah yang merekah itu diperhati. Tiada yang cacat dan buruk di pandangannya.
Semuanya sempurna. Bersyukur pada Allah kerana mengurniakannya wajah yang
cantik dan badan yang sihat. Tetapi hatinya, berasa kosong dan sunyi. Dia
berasa kehilangan dan ditinggalkan.
Dia
menunduk. Jarinya digenggam kemas. Biarlah perasaan itu. Dia tidak perlu
beremosi! Sudah 19 tahun dia hidup dengan perasaan yang sebegini. Kenapa perlu
tiba-tiba dia menjadi lemah kerana bertemu dengan orang seiras lelaki itu?
Persetankan sahaja semua itu! Lalu Kasturi melangkah keluar dari bilik persalinan
itu dengan perasaan yang membara. Perasaan ingin melindungi negaranya.
Dia menuju ke pantry ingin membasahkan
tekaknya yang kering kerana dari tadi asyik dengan emosinya yang tidak menentu
dan motornya yang disayangi olehnya tiba-tiba rosak di tengah jalan sunyi.
Tiba-tiba langkahnya yang laju itu terhenti. Terkejut melihat orang yang wujud
dalam ruang itu. ‘Eh?’
“Fairul?”
Fairul mengalihkan kepalanya melihat
siapakah yang memanggilnya ketika dia sedang leka menikmati kopi di pagi hari.
Terkejut bukan kepalang dia melihat gadis cantik itu di hadapan mata.
Bermimpikah dia? Baru sahaja tadi dia berfikirkan perempuan itu dan sekarang
sudah muncul depan mata? Hebat betul kuasa Allah.
“Kasturi!” Itu sahaja ayat yang mampu
diluahkan oleh Fairul tika hatinya melonjak gembira tiba-tiba. Entah apa yang
merasuk dia pagi itu.
“Apa yang awak buat di sini?”
Masing-masing mengeluarkan soalan yang sama membuatkan masing-masing malu
sendiri. Tidak nampakkah mereka akan tag nama yang mereka pakai itu. Buta
betul! Fairul menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Kasturi pula
menggosok-gosokkan lengannya. Tiba-tiba tawa meletus dari mulut Fairul. Kasturi
terkesima buat seketika. Tidak lama selepas itu dia juga turut ketawa sama.
Entah apa yang lawak sampai mereka berdua ketawa. Hanya mereka berdua sahaja
yang tahu.
“Amboi, mesra nampak,” tegur seseorang.
Kasturi dan Fairul melihat orang yang
menegur mereka. Rupanya Tay Run. Lelaki berbangsa Cina itu berdiri bersandarkan
dinding di kiri bahu Kasturi. Lelaki itu tersenyum senang lalu berdiri tegak.
“Baguslah kalau korang dah saling kenal. Anyway Fairul, welcome to the club. Hope you do to your very best for the society,”
kata Tay Run lalu memandang Kasturi.
“It’s
rare to see you laughing early in the morning. Had breakfast?” soalnya
dengan intonasi tenang. Kasturi pantas mengangguk.
“I
already had my breakfast. Thank you
for asking. Erm, tadi ada mesyuarat ke?” soal Kasturi cuba mengejar kereta
api. Almaklumlah tadi dia lambat masuk pejabat.
“Ha’ah. Orang atasan minta report semalam.
Dengar cerita Sully masuk bengkel,” sampuk Mahyudin yang tiba-tiba muncul
bersama-sama Periya di belakangnya. Kasturi hanya tersenyum. Pasti ketuanya
mengkhabarkan berita itu pada rakan sekerjanya lain. Mata Kasturi melilau
mencari seseorang.
“If
you wish to see chief, he’s back
already. Lepas launch nanti baru dia datang balik,” kata Tay Run pula.
Kasturi mengangguk faham. Dalam kumpulan mereka, hanya ketua mereka sahaja yang
sudah berkahwin dan mempunyai anak. Lagipun semalam ketuanya itu bersama-sama Mahyudin berjaga malam untuk menyiapkan
laporan itu. Dari ekor mata Kasturi, Mahyudin
sudah menguap luas tanda dia lansung tidak tidur semalam.
“Coffee
anyone?” Tiba-tiba Fairul mengejutkan semua orang dengan seteko kopi panas
daripada situasi serius itu. Masing-masing memandang sesama sendiri kemudian
tersenyum senang. Bagus jugak budak baru ini datang, sekurang-kurangnya
tidaklah serius memanjang. “Sedap betul baunya!”
BUNYI
ketukan di pintu menyedarkan Dato’ Mahmood daripada terus tenggelam dalam dunia
kerjanya. Lalu dia membenarkan orang tersebut untuk masuk ke dalam. Dia
membetulkan posisinya dan memalingkan kerusi berputarnya ke arah cermin yang
luas itu di mana dia boleh melihat pemandangan Gleam City dengan jelas dan
sudah semestinya Pejabat Polis Negara.
Bunyi derap langkah yang perlahan itu
dapat Dato’ Mahmood kenal pasti dengan mudah lebih-lebih lagi dia teringat
janjinya pada anak lelakinya itu untuk berjumpa pada pukul tiga petang itu.
Walaupun tali lehernya sudah berada di posisi yang cantik tetapi dia berasa
tidak puas lalu dibetulkannya sekali lagi.
“Papa,” panggil Zareen, anak sulung Dato’
Mahmood hasil perkahwinannya dengan isterinya yang pertama dahulu.
Dato’ Mahmood senyap tidak berkata
apa-apa. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk dijadikan pembuka bicara. Zareen
pula hanya sabar menanti, faham benar dengan perangai papanya itu. Sebentar
tadi ketika dia sedang sibuk menandatangani dokumen-dokumen tiba-tiba sahaja
setiausahanya datang memberitahu bahawa Dato’ Mahmood ingin berjumpanya pada
pukul tiga petang.
“24 Mac ini, papa akan buat kenduri doa
selamat sempena hari ulang tahun pembedahan Kasturi. Papa nak kamu pujuk Kasturi
untuk balik rumah ye?” kata Dato’ Mahmood terus terang. Dia pun tahu tidak ada
guna dia cakap panjang berjela pada Zareen kerana Zareen anak yang memahami.
Zareen mengangguk. “Baiklah papa, Zareen try bawa Kasturi balik. In mean time, Zareen harap papa tak
taruh harapan yang tinggi pada Kasturi,” kata Zareen dengan lembut. Dalam hati
Zareen berdoa pada Allah S.W.T supaya dilembutkanlah hati adiknya itu untuk
pulang ke rumah. Dia bukannya tidak tahu kenapa budak yang satu itu tidak mahu
pulang ke rumah. Semuanya kerana kes 19 tahun dulu. Zareen mengeluh perlahan
berharap angin yang keluar itu membuag segala rasa resahnya itu.
ZAREEN
melihat bangunan tinggi itu. Bangunan dengan menara empat tiang tinggi di
setiap penjuru itu berderi teguh sekali. Pejabat Polis Negara itu sudah lebih
900 tahun berdiri megah, sentiasa memastikan keamanan seluruh negara Tinum
dengan jayanya berkat usaha pejuang negara yang berkorban demi negara yang
tercinta. Anjung depan pejabat polis itu lengang kerana tersorok di balik
bangunan utama pejabat polis yang dibina pada 40 tahun dahulu. Ya, pejabat
polis ini sentiasa dinaik taraf bangunannya supaya setanding dengan teknologi
canggih yang semakin berkembang dari hari ke hari. Lebih lebih lagi banjir
besar yang melanda hampir 4 abad dulu.
Zareen melihat jam tangannya sekali lagi.
Sepatutnya waktu-waktu begini, jika Sully masuk bengkel, Kasturi akan mengambil
laluan ini untuk pulang. Tiba-tiba Zareen mengeluh. Setiap kali dia teringatkan
adiknya yang satu itu, dia akan berasa susah hati. Susah untuk mengagak apa
hatinya mahu. Sentiasa senyap dan tidak banyak songeh. Kasturi bukan seperti
mana-mana perempuan. Dia lain. Mungkin kerana itulah, sepanjang dia hidup 30
tahun, perhatiannya lebih diberikan pada Kasturi berbanding dirinya mahupun
adik lelakinya dimana tidak lama lagi akan didedahkan identitinya nanti pada
pembaca.
“Hisy, apa aku ni! Cakap sorang-sorang
pulak,” kata Zareen sambil menampar pipinya lembut.
Tiba-tiba mata Zareen perasan akan kelibat
Kasturi sedang bercakap dengan seseorang di anjung. Mereka kemudian melambai
sesama sendiri dan Kasturi turun dari anak tangga satu persatu. Zareen berdiri
tegak daripada bersandar pada kereta Season X200 miliknya, sebuah kenderaan
sport spyder. Kasturi lansung tidak perasan akan kedatangan abangnya itu kerana
sepanjang dia menuruni anak tangga itu, kepalanya tunduk memandang lantai.
Entah apa yang dia fikir. Zareen kenal perangai adiknya. Jika dia berjalan
menunduk begitu maknanya dia sedang berfikir. Apa yang merisaukannya bila dia
bila berjalan begitu, habis semua orang dilanggarnya. Zareen menggeleng kepala
lalu didekati adiknya itu.
“Adik!” panggil Zareen.
Kasturi mengangkat mukanya. Terkejut dia
melihat abangnya yang berdiri di hadapannya sambil tersenyum. “Abang...” ayat
itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Kasturi dek terkejut. Dia berhenti
daripada menuruni anak tangga yang tinggal lagi dua sahaja. Kasturi rasa
seperti dadanya mahu meletup sahaja, seperti berlari laju kalah kuda berlari
pun ada. Perasaan yang membuak-buak itu lansung tidak dapat Kasturi tahan lalu
dia berlari mendapatkan Zareen.
Zareen membuka tangannya, membenarkan
dirinya dipeluk erat oleh Kasturi. Ketika Kasturi sampai dalam dakapan Zareen,
sepasang adik-beradik itu berpusing gembira dan perubahan atmosfera yang tegang
tadi bertukar kepada sesuatu yang menyentuh perasaan. Jika dilihat pada mata
otaku, seperti ada awan-awan bewarna merah jambu dan bunga-bunga putih
mengelingi mereka. Dramatik betul!
“Kasturi rindu abang! Rindu
sangat-sangat!” rintih Kasturi perlahan. Air matanya mengalir kerana terlalu
rindu pada Zareen kerana hampir dua minggu tidak berjumpa. Sayangnya pada
Zareen tidak terkira walaupun mereka adik beradik tiri. Nasib baik jalan raya
itu jarang dilalui oleh orang ramai.
Zareen tersenyum senang mendengar
pengakuan si adik manja. Bukan semua orang boleh melihat sifat Kasturi yang
manja begini. Zareen boleh dikategorikan sebagai abang yang sangat berharga
buat Kasturi jika dibandingkan adiknya a.k.a abang Kasturi yang kedua itu.
Zareen menepuk-nepuk lembut kepala Kasturi. Membiarkan dirinya dipeluk begitu.
Bahagia dan bangga.
Setelah adiknya puas memeluk dirinya,
Zareen melihat wajah Kasturi yang pada mata Zareen nampak sangat comel. Zareen
tergelak kecil lalu menyeka air mata Kasturi. Walaupun Kasturi sudah berumur 25
tahun, tetapi perangai macam budak berumur 5 tahun apabila mereka berjumpa.
“Kalau dah rindu abang, kenapa tak jumpa
abang? Bukannya adik tak tahu alamat rumah abang,” kata Zareen perlahan. Tiba-tiba
sebuah van melintas di simpang hadapan dan Kasturi tiba-tiba menjarakkan diri
mereka. Zareen tergelak kecil. ‘Lansung tak berubah!’
Pantas Zareen mengorak langkah ke Season
X200nya meninggalkan Kasturi di belakang. Dalam hati Zareen membilang sehingga
lima kemudian... Lengan Zareen dipeluk erat oleh Kasturi secara tiba-tiba.
Sekali lagi Zareen tersenyum. “Jom, malam ni adik tidur rumah abang ajelah,”
kata Zareen lebih kepada memberi arahan. Pintu kereta dibuka untuk Kasturi.
“Tapi...” Kasturi melihat wajah Zareen.
Dia agak keberatan untuk tidur dirumah Zareen kerana besok adalah hari itu.
Kasturi menggigit bibir. Cengkaman pada lengan Zareen makin erat. Hatinya
berbelah bagi. Samaada untuk mengikut abangnya atau balik rumah sahaja.
“Fasal Sully, abang dah uruskan dah. Dia
sekarang ada kat rumah adik,”kata Zareen cuba meyakinkan Kasturi. Terbeliak
biji mata Kasturi apabila mengetahui hal itu.
“Macam mana abang tahu fasal Sully?”
“Adalah... Abangkan ada banyak connections,” kata Zareen sambil
tersengih. Kasturi mengeluh. Ini mesti Haidil beritahu Zareen. Masakan Zareen
boleh tahu fasal Sully.
“Hah, jangan nak buruk sangka dengan
orang. Haidil lansung takde kene mengena dengan hal ni. Lagipun adik takkan
lalu sini kalau Sully ada. Betul tak?” Bijak Zareen bermain kata. Kasturi
menunduk memandang jalan tar. Ya, dia tidak akan lalu sini jika Sully ada.
Laluan ini adalah laluan pintas unuk ke kedai motor Haidil. Sangkanya tiada
siapa tahu akan hali ini, tetapi Zareen lebih mengetahui dirinya berbanding
dirinya sendiri.
“Besok...”
“Kenapa dengan besok? Besok Sabtukan?
Kerja jugakah?” soal Zareen bertubi-tubi. Kasturi pantas mengangguk. Zareen
sudah agak, begitu juga Dato’ Mahmood. Kasturi akan cari apa jua jalan untuk
tidak balik ke rumah orang tua mereka yang terletak di Evergreen. Nasib baiklah
kenduri itu diaturkan pada sebelah malam, selepas Isya’.
“Kerjalah. Nanti abang hantar and abang akan jemput. Jangan nak lari.
Tiap-tiap tahun adik larikan diri. Jangan ingat tahun ni abang akan biarkan
adik buat benda yang sama,” kata Zareen tegas. Tiada lagi suara lembut seperti
tadi. Kasturi tidak boleh dimanja sangat! Fikir Zareen, tetapi bukan mudah
untuk dia tidak memanjakan adiknya itu. Lainlah yang satu lagi itu, haha! Cara
dia layan memang kejam. Sebabnya budak itu tidak makan saman. Buat benda ikut
suka hati dia. Nasib baik jadi manusia itupun sebab Kasturi. Nantilah dia
ceritakan semua ini pada pembaca.
“Hisy... lagi sekali,” marah Zareen.
“Apa yang lagi sekali?” soal Kasturi
pelik. Tiba-tiba sahaja ‘lagi sekali’.
Zareen pantas menggeleng lalu menolak
adiknya masuk dalam kereta. Dia kemudian berlari ke tempat pemandu dan pantas
menutup pintu lalu dikuncinya. “Pakai seat
belt, abang bawak laju ni,” sakat Zareen lalu enjinnya menderum kuat dan
meluncur laju di atas jalan raya. Lansung tidak mengendahkan balai polis
berdekatan, adik yang menjerit tanpa suara (memang tabiat Kasturi), mahupun
jawatan yang disandang. Sekali-sekala pun apa salahnya. Hehe ;p
“Hisy... lagi sekali,” jerit Zareen.
“Apa yang lagi sekali abang ni!
Ahhhhhhh(jeritan tanpa suara). Slowlah
brother!!” marah Kasturi dengan suaranya sudah bergema-gema ke seluruh
bandar Gleam City.
No comments:
Post a Comment