Dua
: Kesamaran Mimpi
24
Mac 2710, 2257pm, Evergreen
Suasana malam yang tenang sepertimana
malam-malam lain membuatkan tiada siapa dapat mengagak apa yang akan berlaku
pada waktu-waktu begini. Sebuah ambulans laju membelah pekat malam melalui
Evergreen Expressway menuju ke Hospital Evergreen yang terletak di pinggir
Square Enix. Ambulans yang memecut laju itu memasuki perkarangan memandu
kecemasan dan memberhenti mengejut. Tekanan inertia memaksa petugas-petugas
dalam van itu berpaut pada rod besi dan memastikan wind stretcher tidak
menggelongsor ke belakang supaya tidak terlanggar tempat duduk pemandu. Begitu
juga Encik Mahmood dan Wan. Tangan Wan kejap memegang tangan Kasturi. Tiada
niat di hatinya mahu melepaskan tangan tuannya.
Tanpa menunggu lama, petugas-petugas itu
mengusung Kasturi keluar dari van itu
bersama-sama Wan dan Encik Mahmood. Jururawat-jururawat yang tadi berkurerumun
di luar ambulans mengambil alih tugas petugas itu. Mereka berkejar menuju ke
bilik rawatan kecemasan. Sebaik sahaja mereka tiba di situ, salah seorang
jururawat cuba menahan Wan daripada mengikut jururawat-jururawat itu tetapi
entah apa yang memaksa Wan sehingga dia berkeras untuk mengikuti Kasturi masuk
ke dalam. Maka perjalanan mereka terbantut seketika kerana hal itu.
“Biarkan dia! Biarkan dia! Dia tidak akan
ganggu kamu. Dia takkan!” rintih Puan Melur tiba bersama ambulans dengan
menaiki kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh cheffuer mereka.
“Tak boleh puan. Tak boleh,” kata pula
salah seorang jururawat disitu. Wan tidak mengendahkan pergaduhan orang dewasa.
Tangan Kasturi betul-betul kejap dipegangi oleh Wan. Doktor yang bertugas di situ nampak akan
betapa akrabnya hubungan antara kanak-kanak lelaki itu dengan pesakit itu
lantas keluhan kecil terbit di mulutnya.
“Cepat jangan berlengah lagi. Bawa sahaja
budak tu masuk,” arah doktor tersebut. Jururawa-jururawat dan ibu bapa Kasturi
terkejut mendengar arahan doktor tersebut. Tanpa berlengah para jururawat tersebut
menolak wind stretcher tersebut bersama-sama iringan Wan ke dalam.
Dalam keadaan kelam kabut itu, sempat Wan
menoleh melihat Encik Mahmood memeluk Puan Melur yang menangis tersedu sedan.
Kemudian matanya beralih melihat Kasturi. Tangan Kasturi berasa sejuk. Sesejuk
tangannya. Para doktor dan jururawat yang sibuk mengambil barang-barang
pembedahan lansung Wan tidak peduli. Dia berasa pelik. Sebentar tadi ketika dia
sedang melihat Kasturi lena diulit mimpi, dia perasan dada Kasturi lansung
tidak bergerak. Kaku sahaja di tempatnya. Pantas dia mencapai tangan Kasturi.
Sejuk. Tanpa membuang masa, dia memanggil tuan dan puan. Dari waktu itu
hinggalah sekarang, tangan kecil itu tidak pernah Wan lepas.
“Punca!” kata salah seorang doktor.
Mungkin ketua doktor operasi itu.
“Jantung berhenti operasi ketika tidur,”
lapor jururawat tersebut.
“Dah berapa lama?”
“30 minit!”
Wan memandang tangannya yang bertaut
dengan tangan Kasturi. Ketua doktor tersebut memeriksa kedua-dua belah anak mata Kasturi.
Kedua-duanya berbeza saiz. Lalu ketua doktor tersebut bertanyakan sesuatu pada
salah seorang jururawat. Doktor yang berada di sisi ketua doktor itu memandang
tingkah Wan.
“Iodin!”
Salah seorang doktor itu mencurahkan Iodine keatas badan
Kasturi yang rata itu. Sebelum sempat doktor tersebut hendak membedah doktor
itu dihalang oleh salah seorang doktor.
“Nanti!” jerit doktor itu.
“Doktor! Jantungnya,” jerit salah seorang
jururawat yang menjaga meter jantung Kasturi.
Wan melepaskan tangan Kasturi. Tangannya
basah dek peluh. Para doktor kaget. Ketua doktor bertindak pantas dengan
mengarahkan para jururawat untuk melakukan sesuatu yang tidak berapa jelas di
pendengaran Wan. Doktor Azmi memandang Wan tanpa berganjak. Ada sesuatu tentang
budak itu.
“Dia berpeluh...” kata Wan perlahan.
“Berpeluh...” ulangnya lagi. Doktor Azmi
menelan liur. Budak di hadapannya itu bukan manusia. Jika tidak dia tidak akan
begitu jakun untuk mengatakan itu peluh. Wan memandang Doktor Azmi. Raut
wajahnya kosong tanpa perasaan tetapi matanya. Matanya mengatakan sesuatu yang
sukar di fahami dek akal manusia. Ya, Doktor Azmi yakin.
Lepas kejadian malam itu, Doktor Syarizat
selaku doktor pakar unit jantung padietrik memberitahu Encik Mahmood bahawa
Kasturi memerlukan penderma jantung dengan segera. Keadaan Kasturi sekarang
sangat kritikal. Bukan mudah untuk menerima penderma jantung dalam waktu yang
singkat itu. Sudah dua tahun mereka mencari. Tetapi tiada satu pun yang sesuai.
Wan yang berdiri di balik pintu hanya mendengar tanpa menyampuk sedikitpun. Di
mindanya, seperti kosong tanpa apa-apa seperti selalu. Tetapi entah kenapa pada
waktu kritikal di mindanya asyik muncul wajah Kasturi. Dia tidak di programkan
sebegitu. Tetapi kenapa?
Laju Wan mengatur lengkah menuju ke bilik
Kasturi. Hatinya meronta-ronta ingin melihat tuannya. Pintu bilik di buka
perlahan. Dia menjengah ke dalam dan tiada siapa yang berada di situ kecuali
Zareen yang lena tidur di sofa. Wan mendekati Kasturi perlahan. Wajah Kasturi
ditatap. Mata Kasturi tertutup rapat. Tanpa sedar dia mengambil tangan tuannya.
Dia melihat tangan itu. Tiba-tiba Wan menggenggam erat tangan itu. Ingin
merasai peluh yang keluar dari kulit tangan Kasturi.
“Wan...” kata Kasturi perlahan.
Terkejut Wan mendengar panggilan dari
Kasturi. Tidak sangka tindakannya itu mengejutkan Kasturi. Segera dia ingin
minta maaf namun, entah kenapa bukan ayat itu yang keluar. Sebaliknya satu
janji yang lansung Kasturi tidak mahu dengar.
“Walaupun Kay halang Wan dari sebut
perkataan ini lagi tetapi Wan...”
Butir-butir kata yang seterusnya tidak
dapat Kasturi dengar dengan jelas. Mulutnya terlalu berat untuk berkata-kata.
Tubuhnya rasa seperti berat. Seperti ada batu menghempapnya. Tiba-tiba Wan
mencium pipinya. Lembut. Kasturi terkesima. Kemudian Wan melepaskan tangan
Kasturi.
“Wan...” panggil Kasturi tetapi Wan
lansung tidak berpaling. Berjalan meninggalkan dirinya yang tidak bermaya.
“Wan...” panggilnya lagi. Tetapi Wan sudah
hilang di balik pintu. Air matanya mengalir deras. Kenapa dia menangis. Kenapa
jantungnya rasa sakit. Sakit sangat.
“Wan...!”Kasturi tahu Wan tidak akan
kembali. Dia di tinggalkan. Kasturi tidak mahu itu. Tidak!
“WAN!!”
“Adik! Adik tidak apa-apa?”
Mata Kasturi terbuka luas. Wajah Zareen
yang gusar, Kasturi tatap. Semuanya seperti berpinar-pinar. Kasturi melihat
sekelilingnya. Bilik sejuk itu menjadi tatapan Kasturi. Dimana bilik hospital
itu? Adakah dia sekadar bermimpi?
“Pukul berapa?” soal Kasturi pendek.
Terkejut Zareen mendengar soalan Kasturi yang tiba-tiba. Pantas dia melihat jam
loceng di sebelah katil. Bilik yang gelap membuatkan Zareen sukar untuk
melihat. ‘Teka sahajalah!’fikir Zareen.
“2.30 pagi,” jawab Zareen berdasarkan apa
yang dia boleh lihat.
Kasturi mengeluh berat. Tiba-tiba Zareen
mengesat pipinya. Kasturi terkejut. Dipandangnya Zareen yang betul-betul
kelihatan risau. “Kenapa adik menangis?”
Soalan pelik dari Zareen memaksa dia
memegang pipinya. Dia tidak perasan bila masanya dia menangis. Apa yang dia
mimpi tadi? Semuanya kabur. Kabur! Yang dia ingat hanya... Hanya... Dada
Kasturi berombak. Semuanya kembali pada ingatannya. Mimpi dia ditinggalkan. Wan
tinggalkan dia begitu sahaja. Tanpa ucapan dan hanya satu ciuman di pipi.
Tiba-tiba Zareen menarik Kasturi dalam pelukannya. Lagilah Kasturi panasaran.
Dia tidak dapat menahan perasaan itu. Perasaan rindu pada Wan. Marah pada Wan.
Kecewa pada Wan. Segala-galanya menjadi satu.
“Walaupun
Kay halang Wan dari sebut perkataan ini lagi tetapi Wan...”
Ayat tergantung itu. Ya, ayat tergantung
itu membuatkan hidup Kasturi terganggu. ‘Apa yang Wan hendak katakan
sebenarnya? Apa yang aku larang? Apa? Tolonglah Ya-Allah!’ rintih Kasturi.
Zareen pula hanya mampu untuk mengusap
Kasturi. Usap dan terus usap. Tiada apa yang mampu dia lakukan untuk Kasturi
selain daripada terus berada di sisinya. Menyokongnya dan menjadi bahu untuk
Kastutri bila diperlukan. Kasturi lebih diutamakan. Mungkin sebab itu dia tidak
berkahwin lagi walaupun sudah berumur 30 tahun. Zareen mengeluh dalam diam.
Turut sama bersedih disamping adiknya. Zareen perlu lakukan sesuatu. Dia perlu
carikan suami untuk Kasturi. Yang boleh menjaga dan membelai Kasturi. Dia pasti
ramai yang minat pada adiknya itu. Kasturi mempunyai segalanya. Pakej yang
lengkap. Cuma...
‘Kriut, kriut, kriut...’
Bunyi daripada perut Kasturi membuatkan
Zareen berhenti mengusap rambut Kasturi. Zareen menolak Kasturi perlahan lalu
ditatap wajah gadis itu. Kasturi menundukkan mukanya. Zareen sudah tersengih.
“Lapar ke?” soal Zareen sambil cuba mencari anak mata adiknya. Walaupun mereka
adik baradik tiri sebapa, mereka mempunyai persamaan yang ketara iaitu, iris
hijau tua. Kasturi melarikan wajahnya ke tempat lain. Zareen tergelak kecil.
Ada-ada sahaja Kasturi ini. Lalu Zareen bangkit.
“Hisy, laparnye... Nak masak maggi la.
Sedap gak makan pagi-pagi buta ni,” pancing Zareen sambil matanya melirik ke
arah wajah Kasturi. Tiada reaksi. Zareen tersenyum sinis. Dia melangkah keluar
bilik adiknya itu dan menuju ke dapur. Mula untuk memasak. Selesai sahaja
Zareen memasak maggi tersebut bersama sebuti telur, dia sengaja membiarkannya
di atas meja. Kononnya terlupa untuk mengambil air. Zareen juga sengaja membuat
proses mencari cawan itu menjadi lama. 10 minit berlalu dia kembali ke meja
makan. Tersenyum lebar Zareen melihat mangkuk maggi itu sudah kosong.
‘Comel betul! Hm, macam manalah aku nak
cari suami untuk adik aku ni...?’
Ya, masalah terbesar Kasturi ialah
Egoistik! Pemalu pun ada juga. Betul tak? Hehe.
KASTURI
menolak pintu kaca pejabatnya dengan perlahan. Dia menjengahkan kepalanya
sedikit. Cuba mencari seseorang. Tiada. Sebentar tadi dia terserempak dengan Mahyudin
dan Periya di bawah. Kata mereka, Fairul
ada di pejabat. Tetapi batang hidungnya lansung tidak nampak. Lantaklah! Lalu
Kasturi pergi ke bilik menyalin pakaian. Sepanjang dia berjalan, kepalanya
tertunduk sahaja. Kepalanya runsing dengan mimpi yang dia alami pagi tadi. Dia
berasa tidak sedap hati. Seperti satu petanda. Yalah, sudah lama dia tidak
bermimpi begitu. Kali terakhir dia bermimpi begitu ketika dia berumur tujuh
tahun. Setiap malam dia pasti akan jumpa Wan dalam mimpi. Menghantuinya dan
membuatkan hatinya sengsara.
Nasib baik, Zareen ada. Menemaninya tidur
setiap malam. Membawanya melihat dunia luar. Tetapi agak sukar untuk dia
menerima itu semua. Semuanya nampak baru, asing dan menakutkan. Sepanjang dia
sakit, dia tidak pernah keluar rumah. Terperap sahaja dalam rumah.
Kadang-kadang dia akan bermain di padang rumput. Berguling, berangan di tepi
kolam dan membuat rantai bunga. Semuanya bersama Wan.
“Aduh...” Kasturi mengaduh kerana tiadak
sedar telah terlanggar sesuatu yang keras. Lalu dia mendongak cuba melihat apa
yang telah menghalang laluannya. Terbeliak mata Kasturi melihat Fairul yang
separuh bogel. Badannya yang basah dan ada sikit kilat-kilat itu membuatkan
Kasturi malu. Fairul pula berdiri di situ dengan muka blurnya. Mungkin tidak
sedar apa yang berlaku. Cepat-cepat Kasturi membuka seribu langkah, keluar dari
bilik persalinan. Bagaimana dia boleh terlupa untuk mengetuk pintu?
‘Hisy... Malunya,’ kata hati Kasturi
dengan muka yang memerah. Fairul yang pelik melihat Kasturi yang tiba-tiba
berlari keluar bilik, memandang tubuhnya. Baru dia tersedar dia tidak
berpakaian dan hanya memakai seluar panjang. Tapi bukan salahnya juga kerana
Kasturi tidak mengetuk pintu dahulu. Dia baru sahaja keluar dari bilik mandi.
Fairul mencebik lalu lap rambutnya menggunakan tuala. Mukanya tiba-tiba sahaja
bertukar merah. Tahu juga dia malu. Lain kali dia perlu berhati-hati!
LIMA
minit kemudian, Fairul keluar dengan pakaian kasual yang dia pakai semalam.
Kasturi setia menunggu di depan pintu. Muka masing-masing toya sahaja.
Menganggap tidak nampak apa-apa. Maka, dengan selambanya Kasturi melangkah
masuk bilik persalinan. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia melihat Fairul yang
sedang berdiri di tepi pintu dengan sengihan yang panjang. Tanda soal muncul di
atas kepala Kasturi.
“Memandangkan kita ni partner, saya nak awak ikut saya pergi satu tempat. Saya dah tanya
kawan saya tentang kes yang sedang kita siasat ni, dan saya jumpa sesuatu.
Jom!” kata Fairul lantas menarik tangan Kasturi menuju ke lot parking di
tingkat bawah tanah bangunan utama pejabat polis. Kasturi tidak berkata
apa-apa, sebaliknya dia berasa gembira kerana Fairul menganggapnya seperti
seorang rakan seperjuangan dan bukannya seorang wanita lemah yang perlu
dilindung.
Sebelum kedatangan Fairul ke situ, tempat
Fairul merupakan tempat arwah Farid. Dia tidak pernah pun membuka mulut pada
Kasturi. Sentiasa bertindak sendiri dan memandang rendah akan kebolehannya.
Kemudian suatu hari, semasa mereka menjalankan misi berkumpulan untuk
menggeledah sebuah rumah kosong yang dipercayai tempat penjenayah yang sedang
mereka jejaki, berlaku satu insiden tembak menembak. Ketika Kasturi dalam
bahaya, arwah datang membantunya dengan menolaknya ke tepi dan lelaki itu terkena
tembakan tersebut. Sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, arwah berpesan
padanya sesuatu yang membuatkan dia berasa marah.
“Engkau, tak layak untuk terus berada kat
unit ni. Anggaplah sebagai tuah sebelum malang kerana satu-satunya perempuan
terpilih untuk turut serta dalam unit ni. Aku cukup menyampah dengan kau.”
Berombak dada Kasturi mendengar kata-kata daripada arwah. Mahyudin yang
mendengar kata-kata itu hampir sahaja mahu menumbuk muka lelaki sombong itu.
Semua orang tahu bagaimana perangai arwah. Walaupun begitu, Kasturi berasa
bersalah dan pada masa yang sama marah pada lelaki itu. Setiap malam dia berdoa
pada Allah, semoga sesiapa sahaja yang menggantikan tempat arwah, biarlah
lelaki itu baik budi pekertinya dan memahami dirinya. Menganggapnya sebagai
seorang rakan sepasukan dan bukannya wanita lemah. Kasturi betul-betul
bersyukur bertemu dengan Fairul.
Pada mulanya, ketua unit ingin menggantikan
tempat Fairul itu dengan Mahyudin dan
Periya digandingkan dengan Fairul tetapi tiba-tiba sahaja dia bertukar fikiran.
Entah apa yang dia rencanakan. Kasturi tidak dapat mengagak. Cuma satu sahaja
masalah Kasturi sekarang. Iaitu menghadap wajah Fairul yang seiras wajah Wan.
Nasib baik perangai mereka tidak sama. Ya, nasib baik.
“Nasib baik...”
“Pft...Apa yang nasib baik? Awak ni
berangan ye? Saya suruh awak masuk dalam keretalah,” kata Fairul sambil ketawa
geli hati. Muka Kasturi memerah sekali lagi. Cepat-cepat dia bina tembok tinggi
dalam dirinya supaya Fairul tidak nampak dirinya satu lagi dengan berkata,
“nasib baik topi keledar saya ada dekat sini. Semalam saya lupa nak ambil.”
Kasturi menunjukkan topi keledar hitamnya
pada Fairul yang sudah duduk di tempat pemandu. Fairul memalingkan kepalanya ke
belakang kemudian dia ketawa. “Yelah. Nasib baik,” kata Fairul dengan ketawa
yang sangat Kasturi senangi. Selepas itu, mereka pun memulakan perjalanan
mereka menuju ke Bayu Oktahedron.
“Bayu Oktahedron?” kata Kasturi terkejut.
Fairul mengangguk mengiakan apa yang dia
katakan tadi. Kemudian Fairul memberi isyarat ke kanan untuk melalui lebuh raya
Bayu Expressway menuju ke pintu gerbang Utara. “Yup, kawan saya kata ada satu
sindeket yang berlaku di Puncak Bayu di mana penduduk perkampungan itu
menghasilkan satu bungkusan misteri dalam jumlah yang kecil. Bungkusan tersebut
akan dibawa keluar setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah. Saya pun kurang
faham dengan cara mereka beroperasi. Jadi saya nak pergi lihat dengan mata saya
sendiri,” terang Fairul panjang lebar.
Kasturi berasa kagum dengan cara kerja
Fairul. Walaupun baru masuk semalam, tetapi dia mampu peroleh maklumat dalam
satu malam? Hebat! ‘Mungkin sebab itu dia tidak balik semalam?’ bisik hati
Kasturi lalu memandang baju Fairul. Tiba-tiba ingatannya kembali pada tubuh
Fairul yang berkilat-kilat itu. Kening Kasturi terangkat. Fairul yang perasan
akan pandangan pelik Kasturi ke arah pakaiannya, tergelak kecil.
“Kenapa busuk ke? Saya dah mandilah.
Takkan awak tak nampak tadi,” kata Fairul dalam nada mengusik dengan kening
yang dijengket-jengket. Sekali lagi muka Kasturi menjadi merah. Entah kenapa
dengan lelaki ini, mudah sahaja dia menjadi Kasturi yang lemah. Kasturi yang
mudah dilihat hatinya. Apabila setiap kali perkara itu berlaku, dia akan membina
semula tembok tinggi (Zareen gelarnya sebagai Tembok Ego Si Pemalu). Nasib baik
Fairul tak perasan yang Kasturi terfikir fasal badan dia yang pelik itu.
“Ya, saya nampak tu. Cuma awak tak de baju
lain lagi ke? Awak tidak bawa spare?”
kata Kasturi dalam nada selamba yang biasa dia gunakan untuk melindungi diri.
Kasturi menjeling Fairul dari ekor matanya. Fairul sedang ketawa kecil dengan
menutup mulutnya. ‘Apa yang kelakar sangat?!’ marah hati Kasturi.
“Maaflah Cik Kasturi. Saya lupa nak bawa.
Semalam saya dari Ratchet Bay terus ke Posh High, rumah kawan saya. Kemudian
saya dengar ada sekatan jalan raya di pintu gerbang Utara dan Timur. Jadi saya
lalu jalan lama di Selatan. Tak sangka pula saya boleh jumpa awak dekat situ.
Lagi pun saya dah lambat. Rumah saya pula dekat IHTC(Islam Hadari Town Centre),”
terang Fairul dalam sisa ketawanya. Kasturi mengangguk sambil menggaru pipi
kirinya.
Alasan yang boleh diterima akal. Mata
Kasturi melirik ke luar tingkap. Sesuatu yang menarik perhatian dia ialah,
bangunan-bangunan di IHTC tidaklah setinggi bangunan di Gleam City juga tidaklah terlalu kecil. Sesuai dengan
moto IHTC, sentiasa merendah diri dan menyerlah dalam kelompok yang besar
walaupun diri sekecil hama. Di sini juga terdirinya Masjid Negara, masjid yang
paling lawa dan tercanggih di Tinum. Tiba-tiba fikiran Kasturi tertarik untuk
mencari sesuatu.
“Rumah awak...”
“Pardon?”
kata Fairul kurang jelas kerana seluruh fokusnya pada pemanduan. Dia tidak
memandu laju hari ini walaupun Fierce dalam bentuk kenderaan drift. Yelah apa
guna memandu laju jika jalan raya lurus tanpa sebarang selekoh untuk sebarang
aksi drift? Lagipun... dia polis! Drift aktiviti waktu malam sahajalah!
“Mana... rumah awak?” perlahan sahaja
suara Kasturi.
“Em, awak takkan nampak. Rumah saya
pinggir bandar and kat dalam hutan,” jawab Fairul ketika dirinya sibuk memotong
kereta di hadapannya. Kasturi memandang wajah Fairul. Dia tidak menyangka di
Square Enix ada hutan. Setahunya, kewujudan ‘hutan’ di sini tiada. Mungkin dia
jarang mengilingi bandar ini sendiri, menyebabkan dia seperti rusa masuk
kampung. Teruk betul dia ni!
Fairul hanya tersengih sahaja melihat
perlakuan Kasturi. Buat pertama kalinya dia berjumpa dengan seseorang yang
sebegitu walaupun dia rasa seperti pernah melihat gadis ini suatu masa dahulu.
Dia teringat semula kejadian pertamanya dengan Kasturi. Saat dia melintas
Kasturi, dia rasa seperti pernah melihatnya dimana-mana. Tetapi dia lansung
tidak berhenti dan meneruskan perjalanannya. Kemudian dia berfikir semula,
kenapa gadis itu berada di tengah-tengah hutan pagi-pagi itu. Pasti sesuatu
berlaku. Lalu dia mengundurkan kenderaannya.
Apa yang mengejutkannya ialah, dia terpaku
melihat kecantikan gadis itu. Matanya walaupun bundar tetapi nampak redup. Lama
Fairul perhatikan gadis itu sehinggalah muka gadis itu tiba-tiba terpacul di
hadapan cermin keretanya. Itu yang tiba-tiba dia terbuka pintu kereta. Terkejut
melihat iris gadis itu. Iris bewarna hijau tua. Dia juga berasa nasib baik
cermin keretanya bertint hitam tetapi tidaklah hitam sangat. Dia masih lagi
mengikuti arahan kerajaan. Diakan polis. Perlu menunjukkan contoh yang baik
kepada rakyat! Sekali lagi Fairul tersenyum. Geli hati melayan kerenah hati.
Fairul mengintai Kasturi dari ekor
matanya. Gadis itu lansung tidak bergerak-gerak. Statik sahaja. Nasib baik
jalan raya lurus jadi dia menjenguk muka Kasturi yang menghadap cermin itu.
Rupanya dia tertidur. Biarlah! Perjalanan masih jauh lagi.
No comments:
Post a Comment