Thursday, January 12, 2012

Tiga

Tiga : Awak, Neko dan Saya

January 2708, Vila Harmoni, Evergreen

     Petang itu seperti petang-petang yang lain. Bersendirian bertemankan Neko, kucing robot pemberian atuk Kasturi semasa ulang tahun kelahiran yang keduanya. Kasturi bermain dengan Neko di balkoni dengan gembira sekali. Walaupun kucing itu robot tetapi kelincahannya seperti kucing biasa. Bergerak dengan flexible dan manja. Sesekali Neko akan menggesel-gesel pada perutnya dan ekornya pula akan membuatkan hidungnya gatal. Kasturi mengangkat Neko tinggi lalu mencuim kucing itu. Dia berasa sangat gembira.

     Mama kata pada Kasturi bahawa dia mempunyai dua orang abang yang tinggal di Square Enix. Dia betul-betul teruja apabila mama kata bahawa salah seorang abangnya akan tinggal bersamanya kelak. Dia akan ada abang.

     “Mesti rupa dia macam Neko jugakkan?” kata Kasturi gembira sambil membayangkan rupa abang(sebenarnya tidak tahu apa itu abang).

     Tiba-tiba bunyi enjin kenderaan memasuki laluan memandu. Kasturi yang duduk di balkoni berteduhkan pagola yang dihias bersama pokok anggur itu, merangkak melihat ke depan. Dia menyorok di balik dinding bersama-sama Neko yang juga mempunyai rasa ingin tahu. Sebuah kereta bewarna hitam terpakir di bawah anjung adalah perkara pertama yang Kasturi nampak. Perkara pertama yang Kasturi dengar ialah suara garau orang asing dan suara ramah mama dan papa.

     Kasturi bergerak ke depan sedikit lagi kerana mahu melihat siapa yang datang. Jarang rumahnya itu mempunyai tetamu kecuali hari-hari perayaan sahaja. Di hadapan pintu, berdiri mama dan papa sedang bersalaman dengan seorang lelaki yang kelihatan sebaya seperti bapanya sahaja. Lelaki itu berpakaian kasual dan kadang-kadang lelaki itu akan membetulkan cermin matanya sambil melihat orang di sebelahnya. Mama dan papa pula tersenyum lebar melihat orang yang berdiri di sebelah Pak Cik Cermin Mata [senang-senang sahaja Kasturi beri nama untuk orang itu =,=]. Perasaan cemburu mula menguasai hati. Kasturi menggigit bibirnya.

     Neko pula seperti faham sahaja perasaan Kasturi lalu dia bergesel manja pada lengan Kasturi. “Meow,” Neko mengiaw sedikit kuat sehingga Kasturi terpaksa menutup mulut Neko dengan jari telunjuknya. Perasan akan orang dewasa memandang kearah mereka, Kasturi pantas menarik Neko dan bersandar pada dinding.

     “Ssyyy...” kata Kasturi perlahan.

     “Kita tidak sepatutnya tarik perhatian dorang.”      

     Encik Mahmood, Puan Melur , Encik Hazril dan pendampingnya masih lagi melihat balkoni yang terletak di hujung bangunan di tingkat dua itu. Bunyi kucing tadi menggangu perbualan mereka sebentar. “Eh, kenapa kita berdiri kat sini? Masuklah. Rasanya abah saya pun dah tunggu doktor,” kata Encik Mahmood dengan senyuman yang tidak lekang. Begitu juga Puan Melur. Encik Hazril tersenyum lalu mengangguk lalu mengekori langkah pasangan itu. Tiba-tiba dia berhenti melangkah apabila tersedar kanak-kanak itu tiada di sisinya. Tanpa berlengah dia melangkah keluar semula. Tiada. Mana pula dia ni?

     “One?” panggil Encik Hazril sambil kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan. Kemudian dia terperasan. Encik Hazril tersengih. Di situ rupanya. Lalu dia mendekati kanak-kanak lelaki itu. “One, jangan pergi jauh-jauh ye?” pesan Encik Hazril pada One.

     One memandang Encik Hazril. Kosong sahaja pandangannya. Encik Hazril tersenyum nipis, kemudian berjalan masuk ke dalam semula. One pandang sahaja lelaki itu masuk ke dalam. Dia lansung tidak berminat untuk masuk ke dalam, mendengar cerita-cerita orang tua. Sebaliknya dia tertarik pada bunyi kucing tadi. Dari tadi dia perhati sahaja balkoni itu. Dia perasan ada satu benda yang terjulur di balik dinding. Benda putih berkilat itu seperti ekor. Nasib baik pagar balkoni yang hitam itu jarang-jarang boleh dia terus perhati.

     Kasturi membilang dalam hati sehingga angka 100, berharap orang-orang dewasa itu tidak memandang ke arahnya lagi. Dia kembali mengesot ke depan. Malangnya, mereka sudah tiada. Kasturi mengeluh. Mungkin dia mengira lama sangat. Dia bangun sambil mendokong Neko. “Diorang dah balik ke Neko?” soal Kasturi polos.

     “Meow...”

     Kasturi ketawa tatkala Neko menjilat pipinya. Geli. Kemudian Kasturi mendekati pagar beranda itu. Melihat padang rumput yang luas. Setengah tempat mempunyai bunga liar dan setengahnya tidak. Kasturi sentiasa meminati keindahan padang rumput yang berbukit itu. “Cantikkan Neko. Kalaulah saya boleh berlari sekuat hati saya,” kata Kasturi sambil mengusap Neko. Dia melihat Neko dengan sedih. Tiba-tiba dia ternampak seorang kanak-kanak lelaki berdiri di bawah sedang mendongak melihatnya. Terkejut kasturi.

     “Si... si... siapa aw... awak?” kata Kasturi tergagap-gagap. Merah muka Kasturi mungkin kerana kanak-kanak lelaki itu nampak... cool.

     One memandang Kasturi dan Neko silih ganti. Kemudian memandang ekor Neko yang menggeliat-geliut dari kanan ke kiri. One menunjuk pada Neko. “Kucing,” katanya.

     “Hah?” kata Kasturi tidak faham. Apa kena mengena Neko dengan namanya.

     “Kucing awak. Saya nak,” selamba sahaja One meminta.

     “Tak boleh!” pantas sahaja Kasturi menjawab.

     ‘Apa ni main mintak macam tu aja! Kita tanya nama, tiba-tiba mintak kucing kita,’ marah Kasturi dengan mukanya nampak sangat comel.

     “Kucing,” minta One sekali lagi.

     “Tak bolehlah nong-nong!” jerit Kasturi.

     “Nong-nong?” One pelik. Apa tu?

     Kasturi malas menjawab. Dia tidak suka lelaki itu. Biadap! “Itupun tak tahu. It mean stupid, stupid!” kata Kasturi perlahan sambil mengalih pandangan pada tempat lain. Menyampah! One pula hanya berlagak selamba. Seperti dia tidak membuat apa-apa salah. Dia dengar apa yang Kasturi bisikkan tetapi itu lansung tidak mengganggu perasaannya. Dia tidak faham apa-apa. Dia menggaru-garu pipi kanannya.

     “Hey, kucing!” One terus-terusan meminta tanpa rasa bersalah. Kasturi tidak mengendahkan One. Dia terus melangkah untuk masuk ke dalam biliknya. Tanpa diduga, Neko melompat dari dukungan Kasturi dan melompat turun ke bawah. Ke One.

     “Neko!” jerit Kasturi. “Bagi balik!”

     Tiba giliran One pula untuk tidak mengendahkan Kasturi sambil membelai Neko. “Hey! Kucing saya! Bagi balik!” jerit Kasturi.

     One memandang Kasturi. Begitu tajam sehingga muka Kasturi bertukar merah. “One, nama saya One,” kata One tiba-tiba.

     Kasturi canggung. Apa? “One? Wan? Mana satu?” kata Kasturi perlahan. “Ah, lantaklah! Kucing saya! Bagi balik!” Kini air mata Kasturi mengalir. Bagi Kasturi, Nekolah teman hidupnya yang singkat itu. Dia tahu dia sakit. Sebab itu dia tidak rapat dengan manusia tetapi rapat dengan robot sahaja. Dia tidak mahu orang yang dia sayang tangisi pemergian dia. Lagipun Neko sahaja yang faham perasaannya. Ya, semakin dia menjauhi, semakin mereka dekati. Kasturi gelisah. Bibirnya diketap kuat. Rasa sakit di bibir tidaklah sesakit di jantungnya.

     Kasturi berlari keluar daripada biliknya menuju ke tangga. Pantas sahaja kaki melangkah menuruni anak tangga dan melintasi ruang tamu di mana tetamu sedang berbual mesra. Perbualan mereka terhenti apabila mendengar derap langkah kencang di atas terus ke tangga. Terkejut mereka melihat Kasturi berlari menuruni tangga dengan air mata yang mengalir. Encik Mahmood cemas. Begitu juga Puan Melur dan datuk Kasturi, Dato’ Wazir.

     “Sayang jangan lari!” panggil Puan Melur lalu menbuntuti langkah Kasturi. Encik Mahmood juga turt mengejar Kasturi diikuti Encik Hazril dan Dato’ Wazir.

     Kasturi tidak mengendahkan panggilan mamanya, sebaliknya terus berlari keluar dari rumah dan menuju ke hadapan biliknya. Rasa sakit di jantung ditahan. Dia mesti peroleh Neko semula dari tangan lelaki itu!

     “Bagi...  semula... hah,” kata Kasturi dengan semput di dada. Dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang tidak seperti biasa. Dia tidak pernah berasa begitu... penat. Mukanya sudah bertukar pucat.

     One pandang wajah Kasturi. Lama. Dia pelik melihat keadaan Kasturi. Nampak lemah dan rapuh. Setiap desah nafas Kasturi dapat didengari. Neko melompat turun dari dokongan One lalu merapati Kasturi. Dijilatnya wajah Kasturi dengan manja. Kasturi tersenyum gembira.

     “Neko...”

     Entah kenapa disaat ini, One seperti tertarik dengan senyuman Kasturi. Matanya yang hijau tua itu penuh misteri. Wajah pucat itu... nampak cantik. One sentuh dadanya. Apakah ini satu perasaan?

     Bunyi bising dari orang tua Kasturi lansung One tidak endahkan. Dia pandang wajah Encik Hazril. Encik Hazril membalas renungan One tetapi sekejap sahaja One runung diri Encik Hazril kerana One berpaling semula memandang Kasturi yang sudah rebah di pangkuan Encik Mahmood.

     “Kasturi... bangun sayang,” kata Puan Melur resah sambil mendail nombor kecemasan.

     “Kasturi...”



     “KASTURI.”

     Kelopak mata Kasturi terbuka. Kawasan sekelilingnya kelihatan kabur. Mamai lagi agaknya. Fairul tersenyum senang. Takut juga dia tadi melihat Kasturi mengalami sesak nafas ketika tidur. Nasib baik sekejap sahaja.

     Kasturi menggosok-gosok matanya. Kemudian menggeliat dengan selambanya tanpa menghiraukan Fairul yang memerhatikannya. Sekarang dia berasa sedikit segar selepas tidurnya di top-up kembali. Wajah Fairul dipandang. Satu senyuman dihadiahkan kepada Fairul. Entah apalah dia mimpi tadi sehingga moodnya pulih sedikit. ‘Mimpi yang menggembirakan kot,’ fikir Kasturi.

     Dup, dap, dup, dap.

     Fairul yang berada di sebelah sudah dilanda perasaan. Mukanya yang merah dikalih ke kanan. Tidak mahu Kasturi nampak mukanya yang begitu. Dia menelan liur. Dia menepuk-nepuk perlahan dadanya. Sejak dia berjumpa dengan Kasturi, dia asyik menjadi tidak keruan sahaja. Apalah dia ni. Cubalah ditahan-tahan sikit perasaan tu!

     “Kita dekat mana?” soal Kasturi.

     Fairul pandang wajah Kasturi semula kemudian memandang ke luar. Dia tersenyum girang. Boleh pula lupa nak beritahu hal penting ni. “Kita dah sampai!”



     TIADA siapa dapat menyangka bahawasanya kilang membuat gula-gula ini menjadi tempat untuk penyeludupan bahan terlarang. Mengikut siasatan yang dilakukan oleh kawan Fairul, sepanjang lima hari yang lepas hanya dua hingga tiga lori sahaja yang keluar membuat penghantaran. Tetapi untuk hari ini sudah tujuh buah lori yang keluar masuk dalam kawasan kilang itu. Lebih-lebih lagi, penduduk sekitar tidak berasa hairan akan hal itu kerana kata mereka kilang akan tutup pada hari biasa.

     Pada mulanya, kenyataan itu agak mengelirukan. Yalah, biasanya kilang tutup hari Ahad dan beroperasi enam hari seminggu. Akan tetapi, tersedar akan keunikan polisi syarikat gula-gula ini. Perkara yang terhad akan menjadi rebutan dan yang susah dimiliki akan menjadi berharga. Tidak hairanlah sebelum ini, tiada laporan melibatkan kilang ini. Namun langkah berjaga-jaga harus diambil. Kerana syarikat ini mempunyai pengaruh yang luas dan sekiranya operasi dijalankan ke atas kilang tersebut[dimana kilang ini merupakan satu daripada dua kilang yang wujud di Tinum] gagal, pihak polis akan dipersalahkan. Kasturi melepaskan keluh yang lemah.

     Sudahlah jenama gula-gula yang dia suka pula itu. Teringat lagi iklan gula-gula itu sebaik sahaja dia keluar dari kereta Fairul. Skrin besar yang seperti tertampal di bangunan setinggi tiga tingkat itu dipandang. Iklan menunjukkan seekor pari-pari biru sedang mengajar pari-pari merah jambu dengan latar belakang  gula-gula jatuh bagai hujan lebat itu memang memikat selera. Siapa tidak terliur apabila kesudahan iklan itu sepasang pari-pari tersebut duduk semeja sedang makan ais-krim gula-gula lembut seperti gula-gula kapas. Sedap betul!

     Fairul pun satu. Strategik sahaja dia memakir kereta dihadapan kedai gula-gula yang Kasturi suka dan skrin tersebut berada betul-betul di hadapan matanya. Dasyat juga mamat ini apabila Kasturi pandang lelaki itu, dia hanya tersengih sambil membuat peace. Nasib baik Fairul belanja Kasturi makan di situ dahulu kalau tidak memang Kasturi bunuh Fairul sebab mencari maut dengannya.

     “Kasturi awak tak rasa ke yang semua benda ni pelik saje?” soal Fairul menyedarkan Kasturi dari lamunan gula-gulanya. Kasturi pandang wajah Fairul. Serius. “Pelik,” jawab Kasturi perlahan.

     “Saya tak fahamlah kenapa mesti buat macam ni. Sudah lah tadi Nazri kata benda yang mereka bungkus itu, benda-benda biasa sahaja. Bukannya macam yang kita sangka. Tapi, benda itulah yang dorang dok bawak keluar masuk tempat yang korang pernah geledah hari tu, masa Farid masih hidup lagi,” kata Fairul dalam nada berbisik.

     Kasturi menekan bibirnya dengan jari telunjuknya. Cuba mengingati tempat yang mereka geledah hari itu. Ya, dia perasan akan kehadiran kotak-kotak tersebut. Tetapi dia tidak ambil kisah kerana pada masa itu mereka sedang sibuk mengejar penjenayah yang bernama Kristal. Kotak-kotak tersebut disusun kemas di bahagian penjuru bilik dan dipita kemas seperti tidak berusik. Ingatkan dia mahu geledah selepas dapat menangkap Kristal tetapi rumah itu terbakar kerana orang-orang Kristal telah membakar rumah tersebut. Tahu-tahu sahaja rumah itu meletup.

     Kasturi pandang wajah Fairul. Baru hari ini perasaan pelik itu muncul selepas dua minggu perkara itu berlaku. Fairul pandang wajah Kasturi. Tetapi sekejap sahaja. Dia harus memberi perhatian pada pemanduannya dan mengikuti lori-lori tersebut berpecah ke laluan masing-masing. Dia perasan akan kedutan di dahi Kasturi dan juga perasaan tidak senang Kasturi.

     “Kenapa?” soal Fairul.

     Kasturi pantas menggeleng. Tidak, dia tidak mahu beritahu Fairul. Perkara ini harus disimpan dalam hati sahaja. Dia melihat jam tangannya. Pukul 3 petang sudah. Perjalanan dari Bayu Oktahedron ke Square Enix memakan masa empat jam perjalanan. Kesian pula nak meminta Fairul menghantarnya ke Evergreen terus. Nasib baik tadi dia sempat titipkan pesanan pada Mahyudin supaya datang pada kenduri malam ini di Evergreen dan minta untuk sampaikan pesanan pada ketuannya untuk datang sekali bersama keluarga. Cuma dia belum sempat menjemput Fairul lagi.

     Tiba-tiba Fairul memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia pantas mengeluarkan telefon dan mendail nombor seseorang. Kasturi lihat sahaja wajah Fairul yang serius berbicara di telefon dengan seseorang. Sisi Fairul yang baru. Selama ini hanya wajah ceria dan sikap lepas sahaja yang Kasturi lihat. Apabila Fairul berkeadaan begini, mengingatkan Kasturi pada Wan. Sentiasa serius dan lansung tiada perasaan. Bila difikirkan semula, kelakar la pula rasanya. Jatuh cinta dengan manusia yang tiada perasaan.

     “Apa yang kelakar?” soal Fairul setelah menamatkan panggilannya.

     Sekali lagi Kasturi menngeleng apabila Fairul menyoalnya. Terangkat kening Fairul. Mana ada manusia akan ketawa tiba-tiba tanpa sebab. Gila apa? Melainkan samaada ada sesuatu yang kelakar pada dirinya atau Kasturi teringat sesuatu yang kelakar. Fairul tersenyum senang. Sebenarnya dia lega melihat Kasturi tersenyum begitu daripada tadi lansung tiada ekspresi. Senyap sahaja. Dia suka Kasturi yang begini.

     Lagu ‘Dan Bagaimana Jika...’ nyanyian Nishino Kana berkemundang dari dalam beg selempang yang diperbuat daripada bulu kambing  yang bewarna hijau tua lusuh milik Kasturi. Kasturi mencapai begnya itu lalu mengeluarkan telefonnya. Kelihatan agak teragak-agak untuk menjawab. Kasturi mengetap bibirnya. Dia membiarkan sahaja telefon itu mati sendiri. Fairul pandang Kasturi pelik. Sekali lagi telefon itu berbunyi dan sekali lagi Kasturi bertindak seperti tadi.

     Fairul geram melihat tingkah Kasturi lalu merampas telefon tersebut dari tangan Kasturi. Biar dia yang tolong jawabkan! Terkejut Kasturi melihat Fairul tiba-tiba sahaja merampas telefonnya. Bertambah terkejut Kasturi apabila Fairul selamba sahaja menekan butang hijau telefon tersebut. Matilah dia!

     “Kasturi kenapa tadi tak jawab panggilan abang? Abang ada kat bawah ni! Ah!”

     Kasturi menepuk mukanya perlahan. Kenapalah Zareen perlu membuat panggilan visual?! Dah tu panggil namanya pula. Nampak sangat Zareen tengah nak marah. Zareen kalau nak marah, memang susah nak nampak tetapi cara nak tahu lelaki itu marah atau tak... hah! Tengok macam mana dia panggil orang itu. Kalau asalnya Zareen panggil ‘sayang’ tiba-tiba panggil ‘Zulaika’ [nama setiausaha Zareen a.k.a scandal Zareen, hehe] sah Zareen sedang marah.

     Fairul seperti terkejut melihat visual yang muncul itu. Macam pernah nampak aja! Zareen pula terkejut melihat orang lain yang menjawab panggilan itu. Mana Kasturi? Sekejap bukankah lelaki ini...

     “Wan?” soal Zareen tiba-tiba. Zareen pun tidak sangka nama itu akan keluar dari mulutnya. Sungguh dia tidak sangka visual yang berada di hadapannya itu iras Wan. Kasturi tidak kata apa-apa pun pada dia.

     Kasturi terkejut apabila nama itu yang Zareen sebut. Fairul lagilah terkejut. Siapa pula Wan itu? Diakah? Eh? Pantas Kasturi rampas semula telefon itu dan ucapkan kata maaf. Fairul pelik kenapa perlu minta maaf? Dia rasa seperti sudah pening sahaja. Dalam pening-pening lalat itu, Fairul pasang telinga juga apa yang pasangan itu bualkan.

     “Abang dia bukan Wan. Dia... dia partner kitelah,” jelas Kasturi dengan muka yang gelabah. Wow, tidak pernah Fairul melihat Kasturi menggelabah macam ni. Lelaki itu siapa? Teman lelaki diakah? Tiba-tiba terbit rasa kecewa di hati Fairul. Melepas... la sudah!

     Partner? Oh, budak baru tu kah? Hehe,” ketawa Zareen kerana telah salah faham.

     “Abang!” marah Kasturi. Kadang-kadang Kasturi geram juga dengan abangnya itu. Belum lagi seorang itu. Boleh meletup dunia Kasturi kalau yang lagi seorang itu ada.

     “Okey, okey. Ni kat mana ni? Abang ada kat tempat biasa.”

     “Adik kat...” Kasturi menggaru kepala yang tidak gatal. Baru terfikir nak larikan diri sekali lagi tapi Zareen lebih pantas bertindak. Abang yang cemerlang betul! Fairul pula tiba-tiba rasa bersemangat selepas mendengar Kasturi menggelarkan dirinya ‘adik’.

     “Jangan kata adik lari...” kata Zareen lemah. Ingatkan dapatlah dia ‘ikat’ kaki Kasturi rupanya adiknya itu ada banyak kaki spare!

     “Bang, bang jangan risau! Saya hantar adik abang ni terus kat abang sekarang jugak,” kata Fairul tiba-tiba bersemangat. Dia sendiri pelik macam mana dia boleh jadi macam ni? Kuasa cinta? Mengarut daa! Kasturi pula rasa macam nak cepuk-cepuk aje lelaki di sebelahnya itu. Tiba-tiba aja!

     “Boleh ke? Baguslah! Hah, minta tolong hantar tuan puteri ni kat...” tiba-tiba Zareen jeda. Melihat wajah Fairul yang yang tiba-tiba muncul di sebelah Kasturi itu.

     ‘Ni kalau dapat tunjuk kat mama, papa dan lebih-lebih lagi kat budak yang lagi seorang tu mesti best ni!’ kata hati Zareen nakal dengan senyuman nakal yang terukir di bibir Zareen yang merah merekah itu. Kasturi mula rasa tak sedap hati sahaja bilamana melihat senyuman jahat seorang abang.

     “Adik dah jemput budak-budak ofis adik?” soal Zareen tiba-tiba.

     Terangkat kening Fairul. Jemput? Jemput pergi mana? Fairul pandang wajah Kasturi. Kasturi pandang wajah Fairul. Semua sudah dia jemput kecuali mamat yang satu itu. Kasturi rasa ragu-ragu untuk mengajak Fairul lebih-lebih lagi sekarang ni pasti Fairul penat. “Dah... Kecuali,” Kasturi tidak dapat menyambung kata apabila matanya bertembung mata Fairul.

     Sekali degup, dua kali, tiga kali rasa, empat kali rasa tidak, lima kali rasa betul. Rasa seperti nostalgik. Apa yang dia rasa ini? Masing-masing rasa seperti masa itu berhenti tidak berganjak. Bunyi seperti tiada lagi. Segala ruang yang ada hilang. Yang ada hanya mereka berdua. Hanya mereka.

    

No comments:

Post a Comment