Empat
: Bunga Cinta Buat Kasturi
24
Mac 2731, 2148pm, Vila Harmoni, Evergreen
Syukri pandang sahaja wajah lelaki yang
berpakaian sempoi itu. Sudahlah tadi datang lagi awal dari tetamu lain. Zareen
layan dia sikit punya baik. Kasturi pula, alamak macam sudah kene penyakit
termenung aja. Dato’ Mahmood dan Datin Melur pula macam gembira gila jumpa
mamat itu. Cuma Syukri sahaja yang tidak suka akan pertemuan itu. Pertama,
sebab muka dia sama macam muka Wan. Kedua, mamat tu pinjam baju Syukri. Ketiga, Zareen dan
Kasturi lansung tidak endahkan dia! Ini tidak adil!
Fairul berasa seperti ada orang memerhati
dia saja lalu dia mengangkat kepalanya. Oh, Syukri rupanya. Dengan gembira,
Fairul memberi senyuman ikhlas pada Syukri. Namun, Syukri lansung tidak
mengendahkan senyumannya itu. Syukri kemudian mengangkat punggungnya dan
meninggalkan ruang tamu itu menuju ke tingkat dua dengan muka yang Fairul rasa
macam seram sejuk sahaja. Entahlah, dia rasa Syukri seperti tidak menyukai akan
kehadirannya.
Dari petang tadi sehinggalah sekarang [dah
selesai doa selamat dan bacaan yasin] ketika orang sibuk menjamu selera dan
berbual mesra, muka Syukri mencuka sahaja. Zareen kata Syukri memang begini,
tidak mudah mesra dengan orang baru. Fairul tidak rasa macam itu. Contohnya,
ketika mereka sampai petang tadi [bersama dengan Kasturi] muka Syukri
betul-betul ceria bila melihat Kasturi keluar dari perut kerata. Bila sahaja
Fairul menunjuk muka, hilang sudah serinya. Malah biji matanya seperti
terbuntang. Macam Zareen pertama kali melihatnya ketika menalefon Kasturi.
Selepas itu, Syukri akan layan semua
tetamu dengan baik malah boleh gelak ketawa. Bila tiba sahaja Fairul mendekati,
hilang sudah ketawa itu. Lebih-lebih lagi apabila Fairul mendekati Kasturi yang
dilihat sangat pelik pada malam itu. Syukri akan berada dekat dengan Kasturi
macam belangkas kerana tidak mahu Fairul mendekati Kasturi. Syukri ini ada
kompleks adik-beradik ke?
Zareen lihat tingkah Fairul yang sedang
menggaru-garu kepalanya. Songkok Fairul sudah lama terbang entah ke mana. Mesti
tengah pelik dengan perangai Syukri lah tu. Zareen tersenyum. Kesian Fairul.
Dia terlupa hendak beritahu Fairul yang Syukri ini spesel sikit. Yelah,
walaupun Syukri ini adik tirinya tetapi hubungan Syukri dengan Kasturi adalah
bukan muhrim.
Macam gini ceritanya. Sebelum Dato’
Mahmood berkahwin dengan Datin Melur [sebelum dapat gelaran lagi] Dato’ Mahmood
sudah berkahwin dengan Puan Azurin yakni ibu kandung Zareen. Kemudian mereka
bercerai. Enam bulan kemudian Puan Azurin berkahwin pula dengan Encik Arjuna.
Lalu dapatlah anak bernama Muhammad Syukri. Dua bulan selepas Puan Azurin
melahirkan Syukri, Dato’ Mahmood berkahwin dengan janda berhias iaitu Datin
Melur. Dua tahun kemudian lahirlah Kasturi. Jadi dari segala bentuk hukum hakam
dunia dan akhirat, kalau Kasturi nak kahwin dengan Syukri pun boleh. Dijamin
sah!
Tetapi Zareen lupa nak beritahu Fairul
bahawasanya Syukri dengan Kasturi ini bukanlah adik beradik tiri secara
teknikalnya. Kesian Fairul. Masti kepala dia dah biol fikir fasal perangai
Syukri yang macam masyuk sangat dengan Kasturi. Kesian, kesian. Zareen
menggeleng kepalanya.
“Ish, ish, ish...” kata Zareen.
“Kenapa?” soal Zulaika.
Terkejut Zareen melihat Zulaika yang
bertudung manis itu tiba-tiba muncul di sisinya. Merah muka Zareen ditangkap
mengelamun sendirian di meja hidangan. Betul-betul depan ayam percik. Kantoi
sudah!
Kasturi mencebikkan bibirnya. Zareen sudah
kantoi di hadapan bakal kakak iparnya. Sejak kebalakangan ini Kasturi perasan
abangnya itu ada hobi baru. Kesian betul. Sepatutnya hobi cakap sendiri ini
untuk orang gila sahaja. Haraplah dijauhkanlah penyakit itu dari abangnya.
Cepat-cepatlah kahwin Zareen. Kemudian mata kasturi beralih pada Fairul.
Apabila Kasturi memandang wajah kacak Fairul [baru perasan] pasti ada perasaan
pelik lagi halus dalam hati Kasturi. Setiap kali memikirkan perkara itu
[eksiden jatuh cinta dalam kereta depan abang sendiri] Kasturi akan tersenyum
seorang diri. Kadang-kadang tergelak apabila teringat perkara yang lagi satu
[eksiden terjah bilik persalinan]. Kasturi senyum sendiri.
Punah hati Syukri melihat Kasturi [yang
berdiri di koridor tingkat dua yang boleh nampak ruang tamu] sedang melihat
Fairul dengan senyuman yang sudah lama dia tidak lihat. Senyuman yang lahir
dari hari Kasturi. 18 tahun dulu, pertama kali dia berjumpa Kasturi di Sekolah
Rendah Merak Berdiri. Ketika itu dia berumur sembilan tahun. Manakala Kasturi
pula berumur tujuh tahun. Pada masa itu dia tidak tahu lagi Kasturi itu adik
tirinya. Tanggapan pertama Syukri pada Kasturi ialah gadis itu tiada seri.
Kasturi jarang datang sekolah dan sentiasa murung. Sampai pada satu tahap,
Syukri fikir Kasturi ada penyakit kemurungan sehinggalah satu hari Zareen
pindah ke sekolah itu.
Syukri fikir Zareen pindah ke situ kerana
mahu tinggal sekali dengan keluarganya. Namun, rupanya tinggal dengan Dato’
Mahmood yang kebetulan anak gadisnya bersekolah di situ. Ketika itu, Syukri
lansung tidak tahu apa-apa tentang hubungan Kasturi dengan Zareen. Ditakdirkan
satu hari, Syukri melihat Zareen berdiri di pagar sekolah sedang
menunggu seseorang. Ingatkan menunggu dirinya. Rupanya Kasturi yang berlari
mendapatkan Zareen dengan senyuman yang mempesonakan. Tidak menyangka Zareen
akan perasan akan kehadirannya dan akan memberikannya senyuman begitu juga
Kasturi. Itulah senyuman Kasturi buat Syukri untuk kali pertama dan juga kali
terakhir.
“Kasturi,” panggil Syukri perlahan.
Kasturi terkejut mendengar panggilan
Syukri. “Ah... Abang Syukri,” kata Kasturi tergagap-gagap. Kasturi berdiri
tegak memandang Syukri daripada terus bersandar pada tepi koridor. Matanya
kembali redup seperti biasa. Tiada sinar galak seperti tadi. Perasaan cemburu
mula menyelinap dalam diri Syukri. Kenapa? Kenapa mesti orang macam dia
Kasturi?
“Kasturi,” panggil Syukri sekali lagi.
Perlahan sahaja volum suara Syukri. Kasturi pandang wajah Syukri. Apalah
agaknya Syukri mahu?
“Abang Syukri?” pangil Kasturi setelah
tiga minit menunggu jeda Syukri.
“Ah... er, mama panggil kat dapur,” kata
Syukri gagap. Memang itu yang benarnya. Cuma arahan itu dikeluarkan 30 minit
lalu. Selalunya laju sahaja Syukri akan mendapatkan Kasturi tetapi hari ini
hatinya seperti robek dan geram melihat Fairul. Itulah sebab dia lambat
menyampaikan pesan.
“Okey,” balas Kasturi pendek seperti biasa.
Tidak pernah panjang. Ringkas sahaja ayatnya.
“Kasturi,” panggil Syukri di saat kaki
Kasturi mencecah anak tangga. Entah mengapa dari dahulu semenjak dia dapat tahu
Kasturi ini adik tirinya, agak sukar untuk dia ikat dirinya dengan perkataan ‘adik’
pada Kasturi. Dia berharap Kasturi akan pandangnya lebih dari seorang abang
tiri. Lebih dari itu.
Kasturi berpaling memandang Syukri. Apalah
lagi Syukri mahu? Kasturi rimas dengan Syukri. Tetapi rimas Kasturi bersebab.
Sekarang ini Syukri sentiasa baik dengannya. Kecuali sebelum mendapat tahu yang
dia ini adik tirinya. Dahulu Syukri selalu menjeling dirinya. Memandang rendah
pada dirinya. Kesiankan dirinya. Entahlah. Dia lagi senang Syukri melayannya
macam itu.
“Tak. Tak ade apa-apa. Pergilah. Lama mama
tunggu,” kata Syukri pasrah. Hajat di hati mahu melepaskan perasaan. Tetapi
bila melihat mata Kasturi, Syukri jadi takut. Takut mata itu akan jadi lebih
redup. Dia tidak mahu merumitkan hidup Kasturi lagi setelah apa yang berlaku
antara Kasturi dengan Wan.
Syukri tidak pernah jumpa Wan. Cuma lihat
dalam foto sahaja. Mirip sangat wajah Wan dengan Fairul. Tersangat mirip
sehingga Syukri takut Kasturi akan jatuh cinta mirip seperti jatuh cinta pada
Wan. Takut sangat.
FAIRUL
mendekati Kasturi. Berani betul gadis itu bersendirian pada waktu pagi-pagi
buta begini. Pada mulanya, Fairul ingin pergi ke dapur kerana tiba-tiba
tekaknya haus mintakan air. Tidak sangka pula akan jumpa Kasturi di tepi kolam,
sedang termenung. Fairul tidak pernah sangka yang Kasturi ini anak kepada Dato’
Bandar Square Enix. Dan yang lebih Fairul tidak sangka ialah Kasturi pernah
menghidap penyakit jantung berlubang. Manakala hari ini pula kenduri doa syukur
dan bacaan Yasin sempena hari pembedahan Kasturi. Yang peliknya, kenapa Kasturi
seperti mengelak untuk menghadiri majlis yang dibuat untuknya?
“Assalamualaikum,” ucap Fairul perlahan.
Tidak mahu terkejutkan Kasturi dan isi rumah yang lain.
“Waalaikumussalam,” jawab Kasturi tenang
lalu berpaling memandang Fairul. Di hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa
terkejutnya dia mendengar salam tiba-tiba. Nasib baik salam itu diberi penuh.
Kalau sekerat jalan? Nauzubillah... Demam seminggu.
Fairul menghadiahkan senyuman manis pada
Kasturi lalu tanpa pelawa dan perasaan segan silu, Fairul mengambil tempat di
sisi Kasturi. Kakinya dicecahkan kedalam kolam. Panas.
“Kenapa tak tidur?” soal Kasturi.
“Haus. Lagipun tak biasalah tidur kat
rumah orang. Rasa pelik,” jawab Fairul jujur. Ikutkan hati dia mahu menolak
perlawaan Zareen untuk tidur di sini atas kesudian menghantar Kasturi ke vila
ini. Namun mengenangkan badan yang letih memandu untuk lebih dari lapan jam,
dia terima ajelah. Orang memberi kita menerima. Betul tak?
Kasturi mengangguk.
“Awak pula? Tak boleh tidur ke?” soal
Fairul pula. Di bawah cahaya bulan penuh itu, Fairul dapat melihat wajah cantik
Kasturi dengan jelas. Kasturi pandang pantulan dirinya pada permukaan air.
“Ha’ah,” jawab Kasturi. Kakinya
digerak-gerakkan perlahan. Kanan, kiri, belakang, depan. Dia tidak dapat tidur
malam ini kerana mimpikan Wan. Saban malam dia mimpikan Wan sampai susah untuk
dia tidur semula. Macam terkena insomnia pun ada juga.
Sepi menemani mereka berdua. Dingin malam
tidak menggangu keaman yang mereka rasa. Angin bertiup lembut sahaja. Apabila
duduk berdua sahaja rasa tenang sahaja. Fairul menghirup udara pagi. Udara pagi
pada pukul tiga ini rasanya lain. Macam bersih aja rasanya.
“Awak ni half-cyborg ke Fairul?” tiba-tiba soalan itu yang keluar dari mulut
Kasturi. Kasturi terkejut. Fairul lagilah. Tapi cepat sahaja rasa terkejutnya
itu wujud kerana diganti dengan rasa lucu. Kasturi pandang Fairul.
“Apa yang kelakar?”
Fairul menggeleng. “Saya tunggu awak tanya
saya soalan tu dari pagi tadi,” kata Fairul.
Kasturi buat muka. “Saya tak berani nak
tanya.”
Fairul ketawa lagi. Disensengkan baju lengan
kirinya sehingga ke bahu. Nasib baik baju pijama milik Syukri ini berlengan
pendek.
Disebalik lengan baju itu yang Kasturi
lihat lengan yang diperbuat dari besi yang bewarna caremel. Jarang untuk jumpa
besi warna seperti ini. Seperti pernah lihat aja Kasturi rasa. Tapi dia tidak
ingat di mana.
“Hampir-hampir. Tapi ikut kat kad
pengenalan, ya,” kata Fairul cuba bermain dengan Kasturi. Kasturi garu kepala.
Kenapa dikata hampir sedangkan dalam kad pengenalan kata ya. Kasturi pandang
bahu Fairul. Dia bukannya mahu menyibuk atau apa tapi disebabkan pagi tadi
ketika dia merempuh masuk ke dalam bilik persalinan, dia terpandangkan badan
Fairul. Sekali tengok memang tidak nampak perbezaan warna kulit Fairul dengan
besi itu. Tetapi disebabkan Kasturi asyik teringat eksiden itu, dia perasan
akan perbezaan itu.
“Saje je nak usik Kasturi. Saya memang
half-cyborg. Kalau Kasturi perasan pagi tadi, dari bahu saya ni sampailah kat
pinggang kiri saya, semua besi kecuali organ dalaman. Dulu masa saya
kecik-kecik, saya pernah eksiden dan most
badan saya cedera teruk sebab terbakar, tulang patah and organ rosak. Nasib
baik ada penderma organ. Yang lain ayah saya putuskan untuk guna besi. Dan
sebenarnya, tangan kiri saya ni dah tak de.”
Muka Kasturi merah. Mengingati badan
Fairul buatkannya malu. Yelah siapa tak malu kalau tengok badan budak lelaki
selain dari saudara kita sendiri. Tengok badan Zareen pun kadang-kadang boleh
buat Kasturi malu. Abangnya itu memang tak reti malu dengan adik sendiri. Eh
sekejap, tangan kiri Fairul dah takde?
Pantas Kasturi meraih tangan kiri Fairul.
Kulit dan tidak licin. Nampak seperti tangan manusia biasa cuma...
“Sejuknya,” terluah ayat itu dari mulut
Kasturi. Fairul tersenyum mengakui apa yang Kasturi katakan kerena tangan yang
Kasturi sentuh itu juga besi. Cuma dibalut dengan kulit buatan sahaja.
“Tapi...” kata Kasturi seperti takjub dan
perasaan ingin mencuba. Tiba-tiba Kasturi meletakkan tangan kiri itu pada
dadanya. Dimana jantungnya berada. Fairul terkejut dengan tindakan Kasturi.
“Apa yang...” belum sempat Fairul
menghabiskan kata-katanya, Fairul seperti terkesima dan terpesona pada masa
yang sama. Tangannya rasa panas hangat. Rasa seperti dekat. Degupan jantung
Kasturi dapat Fairul rasa. Tenang sahaja seperti suasana sekarang. Seperti
berada dalam pelukan kasih sayang. Fairul tidak pernah rasa hangat seperti ini
kecuali pada masa dahulu. Ketika adiknya masih ada lagi. Rasa yang sama.
“Awak rasa apa yang saya rasa?” kata
Kasturi perlahan. Matanya redup memandang Fairul.
Fairul pandang mata Kasturi. Jauh ke anak
matanya. Dekat dengan hati Kasturi. Fairul tersenyum dan mengangguk perlahan.
Tidak menyangka akan berjumpa semula dengan rasa hangat ini. Fairul fikir sudah
hilang atau dibawa pergi oleh siapa-siapa. Tetapi untuk dapatkan rasa hangat
ini...
“Pelikkan. Saya hanya dapat rasa tangan
awak akan jadi hangat lepas sentuh jantung saya,” kata Kasturi perlahan. Entah
apa yang merasuknya untuk menarik tangan Fairul untuk berada dekat dengan
jantungnya. Mungkin sebab tindakan Wan dahulu yang suka buat begitu padanya.
Suka menarik tangannya merasa kehangatan jantungnya. Malangnya, Kasturi tidak
dapat rasa apa-apa. Kemudian Wan pula akan meletakkan tangan kirinya pada
dadanya. Cuba mencari kehangatan itu.
“Wan selalu cakap, jika kita dapat merasai
kehangatan jantung bersama orang yang kita cintai dengan tangan kiri, orang itu
ditakdir untuk bersama,” kata Kasturi bersama air mata yang mula bertakung.
Fairul terkejut. Kasturi menangis! Tetapi
yang lebih mengejutkan ialah kata-kata tadi, adiknya juga pernah katakan
perkara yang sama. Selama ini dia hanya ketawa mendengar ayat itu, tidak sangka
rupanya, Kasturi pun mempercayai perkara itu. Dan yang lebih penting, sekali
lagi nama Wan muncul pada bibir Kasturi. Sepanjang petang itu dia asyik
mendengar nama itu dari mulut ahli keluarga Kasturi. Siapa Wan itu?
“Kasturi...” Sedih pula Fairul melihat
Kasturi menangis dalam senyap begitu. Lansung tiada bunyi. Hanya air mata yang
mengalir. Fairul pasti lelaki yang bernama Wan itu mesti istimewa di hati
Kasturi. Kecewakah Fairul? Sedihkah hatinya? Fairul tidak mahu melayan hatinya
yang kecewa kerana gengaman tangan Kasturi pada tangan kirinya makin kuat. Fairul
bingung. Apa yang perlu dia lakukan?
Sudahnya Fairul meletakkan tangan kanannya
pada kepala Kasturi. Ditepuknya perlahan kemudian diusap penuh rasa cinta.
Berharap Kasturi perasan akan perasaannya yang baru bercambah itu. Diselitkan
sekali kata-kata pujukan pada Kasturi. Makin dipujuk makin lebat pula tangisan
Kasturi sehingga dapat dengar ngongoinya. Fairul pula makin mati akal. Lantas
dibiar sahaja Kasturi dengan tangisannya.
Lima belas minit kemudian, Kasturi sudah
terlelap. Kepalanya yang beralaskan peha Fairul dan badan beralaskan simen
membuatkan hati Fairul digayut simpati. Mesti sudah lama Kasturi simpan air
mata sedihnya sehingga menangis begitu lama sekali. Angin pagi membuatkan Fairul
tersedar betapa sejuknya pagi itu. Tadi rasa macam biasa sahaja. Macam tidak
sejuk lansung. Mungkin sebab Kasturi.
“...jika kita dapat merasai kehangatan jantung bersama orang yang kita
cintai dengan tangan kiri, orang itu ditakdir untuk bersama...”
Fairul tersenyum. Harap apa yang Kasturi
kata itu benar lalu Fairul melihat wajah Kasturi. Kali ini bunga cintanya makin
tumbuh berkembang. Besar sekali. Besar juga harapannya.
“Awak tahu, saya makin cintakan awak dari
hari ke hari, Kasturi. Saya harap awak pun rasa apa yang saya rasa,” ucap
Fairul perlahan sambil membelai rambut hitam Kasturi. Sekali lagi angin pagi
bertiup. Kasturi mula mengerekot. Fairul memeluk tubuhnya. Teringat akan
keadaan Kasturi yang tidur di atas lantai, lantas Fairul mendukung Kasturi naik
ke biliknya. Pagi ini Fairul akan tidur di ruang tamu.
No comments:
Post a Comment