Sunday, January 22, 2012

Lima


Lima : Forget Me Not?

28 Mac 2731, 1400pm

     Tiga hari berlalu, semua orang bekerja seperti biasa. Zareen sibuk di pejabat. Haidil masih lagi sibuk dengan kerja-kerja membaiki motorsikal. Syukri sibuk dengan menjaga trafik di angkasa [polis trafik angkasa]. Kasturi dan Fairul juga sibuk dengan siasatan mereka. Nampaknya, mereka sudah menerima petunjuk daripada sumber yang boleh dipercayai mengenai destinasi lori-lori gula-gula tersebut. Mereka sudah bersedia untuk membentangkan pada ketua mereka.

     Mesyuarat diadakan pada sebuah bilik khas di bilik unit mereka. Semua ahli sudah berada di tempat masing-masing bersedia untuk mendengar laporan Fairul dan Kasturi. Untuk permulaan Kasturi memberitahu akan siasatan mereka pada sebuah kilang gula-gula terkenal iaitu kilang ‘Sweet Mary’ dan rasa syak mereka. Fairul membuka sebuah ikon fail dengan menekan ikon tersebut pada skrin sentuh. Terpapar  lima destinasi yang di tuju oleh lori-lori tersebut.

     “Seperti yang sekalian lihat, dua daripada destinasi yang terpapar merupakan pelabuhan yang sering menjadi medan untuk berlakunya transaksi barang-barang black market ke luar negara. Tetapi, itu hanya umpan untuk kita para pihak polis dan kastam untuk berfikir sebegitu,” kata Fairul penuh yakin. Amran mengangkat kening. Tay Run pula makin berminat dengan siasatan Fairul dan Kasturi. Mahyudin dan Periya hanya mengangguk-angguk setuju. Mereka sudah buat briefing dahulu sebelum membentangkan pada Tay Run dan Amran kerana selepas ini giliran Mahyudin dan Periya pula.

     “Maksud kamu?” soal Amran. Selaku ketua unit siasatan khas ini, dia perlu memastikan setiap laporan yang dibentangkan oleh anak-anak buahnya relevan dan spesifik. 

     “Selepas siasatan kami dapati kontena yang membawa bungkusan-bungkusan dari pelabuhan-pelabuhan red area ini tidak berada dalam kontena tersebut. Malah hasil dari intipan, tiada sebarang transaksi barang berlaku sebelum dimasukkan ke dalam kontena,” kata Fairul tenang.

     “Sebaliknya, kami jumpa bungkusan misteri itu di Pelabuhan Shareena di Pantai Doric,” sambung Fairul sambil tangannya sibuk membesarkan gambar Pelabuhan Shareena. Kemudian dia menekan ikon gambar yang bertulis bukti. Terpacul gambar-gambar bungkusan-bungkusan kecil yang berbeza daripada bungkusan-bungkusan lain.

     Tay Run manggaru dagunya. ‘Boleh tahan penerangan budak baru ni’ fikir Tay Run.

     “Cuba buat diri tu nampak berani atau memang berani mati?” kata Mahyudin membuat lawak kosong.        

     “Apapun, mereka buat penyeludupan barang yang biasa-biasa sehingga Kastam sendiri tak perasan,” tambah Amran dengan muka yang serius. 

     “Setahu saya, kotak tu bukan ke untuk limited edition punye gula-gula ke?” soal Tay Run pula.

     Kasturi tersenyum. Sudah tiba masanya untuk dia pula membentangkan laporannya. Laporan yang Fairul serahkan padanya kerana tahu akan kemahiran Kasturi dalam bab-bab barang limited edition ini. Lebih-lebih lagi dari jenama ‘Sweet Mary’. Lantas Kasturi membongkok untuk mengambil barang yang dia sorok di bawah meja mesyuarat. Semua kaum lelaki yang ada di situ memanjangkan leher. Cuba menjenguk apa yang Kasturi sorokkan. Fairul sendiri pun tidak tahu apa yang Kasturi rancangkan.

     ‘Buk!’

     Kasturi meletakkan kotak kecil ‘Sweet Mary’ di atas meja tersebut. Kotak yang menjadi bahan mesyuarat mereka tadi. Fairul tersenyum disebalik cebikkan bibirnya. Kasturi pandang wajah Fairul yang sedang membuat ekspresi pelik. Namun pandangan itu tidak lama kerana perkara utama sekarang untuk dia menunjukkan bukti kesungguhan dia untuk unit ini. Lalu dia membuka kotak tersebut.

     “Seperti tuan sekalian nampak, ini adalah produk edisi terhad ‘Sweet Mary’ yang dilancarkan pada bulan oktober lepas untuk edisi musim sejuk/bunga. Setiap tahun ‘Sweet Mary’ akan mengeluarkan produk edisi terhad disamping produk utama untuk edisi musim panas/luruh dan musim sujuk/bunga untuk setiap tahun,” kata Kasturi sambil mengedarkan setiap seorang ahli mesyuarat sebungkus gula-gula tersebut.

     Gula-gula berbentuk buah ceri itu dipandang pelik oleh Fairul. Batang ceri yang keras dan membengkok itu membuatkan dirinya tertanya-tanya samaada batang itu boleh dimakan atau tidak. ‘Kalau tidak boleh mesti batangnya tidak akan dibalut sekali tetapi ini nampak macam lolipop sahaja,’ demikian itulah yang bermain dalam fikiran lelaki-lelaki yang wujud dalam bilik mesyuarat. Kasturi tergelak melihat mereka semua. Seperti kera mendapat bunga sahaja.

     Dengan lagak profesional, Kasturi membuka sarung gula-gula tersebut lalu menggigit gula-gula yang bewarna merah itu. Batangnya pula Kasturi pegang sahaja menunggu saat yang sesuai untuk dimakan. “Jemput makan,” kata Kasturi setelah menyedari tindakan drastiknya tadi membuatkan mereka yang lain seperti tertegun.

     Setelah dijemput, para adam tunggu apa lagi. Mereka pun pantas memasukkan gula-gula tersebut. Lima saat kemudian muka mereka mula berubah. Periya seperti mahu meludahkan gula-gula tersebut tetapi pantas ditahan oleh Kasturi.

     “Makan batangnya pula,” arah Kasturi dan membuat demostrasi percuma pada mereka. Tanpa membuang masa mereka memasukkan batang tersebut dalam mulut mereka. Tidak perlu tunggu lama, reaksi mereka berubah daripada muka yang buruk kepada muka yang menyenangkan.

     “Sedapnya...” puji Fairul senang hati, reaksi yang Kasturi tunggu-tunggu dari tadi lagi. Kasturi tersenyum gembira. “Rasa masam buah ceri akan hilang bila rasa pahit batang ceri dimakan kemudian. After a moment, korang akan rasa manis gula-gula tu,” terang Kasturi.

     Bilik mesyuarat yang pada asalnya bilik untuk mesyuarat laporan aktiviti penjenayah bertukar menjadi bilik pengkritik makanan antarabangsa. Mereka terus lupa pada laporan yang hendak Kasturi bentangkan. Masing-masing seperti mahukan lagi gula-gula itu. Seperti ketagih pula. Tiba-tiba...

     ‘Clap, clap, clap...’

     Bunyi tepukan gembira dari Kasturi membuatkan mereka yang lain terdiam sebentar. Setahu mereka tiada siapa yang membuat pertunjukkan tadi. Kenapa Kasturi menepuk tangan?

     “Laporan saya habis di sini,” kata Kasturi megah. Mereka yang lain terkejut. Sekejap! Bila masa Kasturi membentang laporan? Pelik bin ajaib! Apa yang berlaku sebenarnya?

     Kasturi duduk di tempatnya. Toya sahaja mukanya. Lansung tiada tanda-tanda mahu menjelaskan duduk perkara sebenar. Fairul pandang Kasturi. Apa yang Kasturi fikirkan? Menyudahkan laporan dengan menjamu mereka gula-gula sehingga mereka lupa...

     “Jangan kata...”

     “Kita dah kena tipu,” kata Amran memotong kata Mahyudin. Amran tersenyum. Mahyudin dan Periya menggaru kepala. Tadi semasa briefing, Kasturi tidak kata apa-apa fasal laporan mengejutnya ini. Hmm, suprise attack ye... 

    “Maknanya, pihak Kastam pun tak perasan apa-apalah lepas rasa benda ni? Lupa pada tugas untuk periksa bungkusan secara menyeluruh? Memang hebat penangan gula-gula ni,” kata Tay Run.

     “Mereka mampu hasilkan gula-gula macam ni dan dapat sorok kegiatan mereka, sekaligus dapat mencapai misi syarikat mereka. Memang menepati polisi syarikat dan pihak berkuasa tak boleh nak bantah,” kata Periya pula.

     “Tengoklah nama gula-gula ni, ‘Forget me not’. Pergh, memang kenelah nama dia,” sindir Mahyudin pula. Mereka yang lain mengangguk setuju. Kasturi tersenyum senang. Tidak perlu untuk dia bercakap panjang. Mereka boleh fikir sendiri. Kemudian Kasturi rasa seperti diperhati oleh seseorang dari depannya. Apabila dia berpaling, Fairul memerhatinya dengan pandangan yang sukar difahami. Kasturi gelisah. Tapak tangannya berpeluh. Apalah yang tidak kena agaknya.

     Kasturi fikir Fairul marah padanya. Sebaliknya, Fairul menghadiahkan thumbs up pada Kasturi tanda dia suka pada persembahan Kasturi. Kasturi terkesima. Dadanya berdebar hebat. Semenjak dia sedar dia sudah jatuh cinta pada Fairul, perasaannya berbunga dan berdebar sering kali muncul mengganggu tugasnya. Tetapi Kasturi tidak salahkan perasaan itu atau Fairul. Dia suka sebenarnya kerana dia mampu untuk mencintai insan lain selain Wan. Dia mampu untuk melangkah setapak lagi.

     “But why did they create something as complicated as this? To cover up for what?” soal Tay Run.

     “Saya rasa Kasturi ada jawapannya,” jawab Fairul sambil tersenyum bangga pada Kasturi. Tidak sia-sia dia menyerahkan tugas ini pada Kasturi. Lagipun dia percaya pada kebolehan Kasturi.

     Dengan selamba badak, Kasturi membuang isi kotak tersebut ke atas meja. Habis berterabur gula-gula tersebut. Mereka yang lain memandang Kasturi pelik. Apa lagi rancangan pelik yang Kasturi mahu buat ye?

     “Gula-gula yang ke 11 baru saya sedar yang benda ini semua sekadar set up je,” kata Kasturi selamba sambil mengambil sebungkus gula-gula tersebut lalu membukanya. Toya sahaja dia makan gula-gula tersebut. Memang kebal minah ni. Yang lain sudah berpandangan sesama sendiri.

     “Tujuan saya untuk siasat kotak ini ialah untuk mencari perkara biasa tapi apa yang saya jumpa memang perkara biasa. Dalam kotak ini hanya 7/ 10 daripada gula-gula ini ialah gula-gula. The rest, the thing that we search for.”



     KASTURI duduk di hadapan Fairul dengan wajah yang tenang. Namun dalam hati hanya Allah sahaja tahu betapa berdebarnya Kasturi. Fairul pun begitu. Akan tetapi dia harus simpan rasa debar di dada itu dengan berlagak tenang. Wajah Kasturi ditenung. Kasturi pula memandang ke luar jendela. Cuba menumpukan fikiran pada jalan raya dan pejalan kaki di kaki lima.

     Suasana kedai kopi ‘Yesterday Love’ tenang dan teratur. Pelanggan yang keluar masuk lebih mengutamakan hal sendiri dari hal-hal lain. Aroma kopi Ekspresso dan Cappucino dapat Kasturi dan Fairul hidu. Pesanan mereka sudah sampai!

     Pelayan meletakkan cawan kopi tersebut dengan perlahan-lahan agar tidak tumpah dan tidak menjejaskan corak-corak yang telah diukir oleh barista kedai itu.

     “Terima kasih,” kata Kasturi dan Fairul serentak. Pelayan muda itu tersenyum lalu menunduk hormat. Dia meninggalkan pasangan yang dia rasa sangat secocok itu dengan senyuman yang lebar. Jarang dia jumpa pasangan yang serasi begitu. Dia berharap agar pasangan itu akan berkekalan menjadi pasangan. Itulah doanya.

     Fairul menghirup perlahan kopi Espressonya sambil itu matanya lansung tidak beralih daripada melihat Kasturi. Kasturi menundukkan kepalanya. Melihat corak bunga hati yang dibentuk oleh barista. Sangat cantik. Aroma Cappuccino menusuk hidung Kasturi, memaksanya untuk turut minum bersama-sama Fairul tetapi dia segan. Segan kerana Fairul asyik menatapnya. Nasib baik rambutnya dibiarkan lepas dan menutupi sebahagian mukanya.

     Fairul tersenyum melihat gelagat Kasturi. Kasturi mainkan jari telunjuknya di bibir cawan putih bercorak abstrak warna-warni yang pudar itu.

     “Saya suka cara awak bentangkan laporan tadi,” kata Fairul memecah kesunyian antara mereka. Kasturi mengangkat mukanya. Kelihatan blurr dan nampak comel sekali. Fairul ketawa kecil. Lalu getah rambut yang dia beli semalam untuk hadiahkan pada Kasturi dikeluarkan dari poket seluarnya. Fairul bangkit lalu berjalan ke belakang Kasturi. Alang-alang nak beri, baik beri terus macam ni. Romantik sikit. Betul tak?

     Kasturi berasa pelik. Fairul hendak pergi ke mana? Sudahlah tadi dia berangan dan tidak dapat menangkap apa yang Fairul katakan. Mungkin ke tandas. Tiba-tiba Kasturi rasa bulu tengkuknya meremang. Rambutnya seperti diusik oleh seseorang.

     “Hei, apa ni...” marah Kasturi sambil tangannya cuba merampas semula rambutnya dari di pegang orang. Dia memalingkan badannya ke belakang. Terkesima Kasturi melihat Fairul yang menyentuh rambutnya. Serius sahaja mukanya.

     “Duduk diam-diam boleh tak. Dah pusing depan. Saya nak ikat rambut awak yang cantik ni,” arah Fairul sambil berjenaka. Merah muka Kasturi. Tidak pernah ada lelaki yang cuba mengikat rambutnya. Zareen pun tidak pernah, lagi-lagi Syukri. Jangan haraplah. Wan pun tidak pernah cuba mengikat walaupun Kasturi yang suruh.



     KASTURI mendekati belakang Wan lalu ditekupnya kedua-dua mata Wan. Kasturi tersenyum gembira.   Hari ini dia akan paksa Wan ikut perintahnya yang satu itu. Selama ini apa sahaja yang dia perintah Wan akan ikut walaupun kadang-kadang dia akan menolak satu-satu perkara itu dengan lembut. Kasturi tidak kisah tetapi permintaan yang satu ini dia benar-benar ingin Wan laksanakan. Bukannya susah untuk dilaksanakan. Petik jari sahaja sudah siap.

     Wan menyentuh jari Kasturi. Dia sudah dapat agak itu Kasturi. Dalam vila ini siapa sahaja yang berperangai seperti budak-budak. Yang ada tangan kecil dan lembut ini kalau bukan Kasturi. Takkanlah si kucing Neko? Buat lawak sahaja.

     “Kay...” kata Wan terus-terang. Mendatar sahaja suaranya. Lansung tiada perasaan. Mulut Kasturi sudah muncung.

     “Apa ni! Tak seronok lansunglah Wan ni!” marah Kasturi lalu duduk di penjuru bilik. Merajuk dengan Wan lah tu.

     Wan pandang sahaja Kasturi. Kosong sahaja pandangannya. Lansung tiada perasaan bersalah. Wan pelik. Kenapa Kasturi suka duduk di penjuru bilik setiap kali Kasturi tidak puas hati dengannya. Sudahlah muka masam kalah cuka. Wan tidak pernah jumpa budak perempuan macam Kasturi.

     “Awak nak apa?” kata Wan biasa-biasa sambil tangannya sibuk mengemas barang mainan yang Kasturi sepahkan. Nasiblah jadi butler kepada budak kecil.

     Kasturi terkejut. Wan lansung tidak rasa bersalah padanya. Sikit pun tidak ada. Wan selalu macam ini. Selalu buat-buat tak faham terhadap perasaannya. Selalu buat bodoh sahaja. Tak sukalah! Kenapalah Datuk Wazir menyuruh lelaki tak berperasaan ini menjadi butlernya? Tidakkah lelaki tua itu tahu dia tidak mahu rapat dengan mana-mana manusia? Tetapi sejak akhir-akhir ini, dia suka Wan mendampinginya. Menemaninya bermain, makan dan kadang-kadang mereka mandi bersama. Hello, mandi kolam ye!

     “Awak tahu apa yang saya nakkan!” marah Kasturi dengan mata yang berair. Benci! Benci!

     Terhenti perlakuan Wan. Cuba berfikir apa yang Kasturi mahu. Cuba berfikir apa yang Kasturi pernah minta padanya. Semuanya dia tunaikan kecuali, bermain di padang di hadapan rumah mereka, main lumba buggey, dan ikat rambutnya. Itu sahaja yang Wan tolak kerana takut menjejaskan kesihatan Kasturi.

     Selepas eksiden Kasturi pengsan semasa pertama kali mereka berjumpa, Encik Hazril juga Encik Mahmood berpesan padanya supaya jangan buat atau beri Kasturi lakukan aktiviti yang memenatkan. Wan pandang muka monyok Kasturi. Bukankah dia sudah jelaskan pada Kasturi semua perkara yang dia mahu lakukan itu akan menyusahan diri Kasturi? Tak faham Wan.

     Eh, sekejap! Wan tersedar sesuatu. Ada satu permintaan Kasturi yang Wan tolak dengan alasan yang Kasturi rasa tidak munasabah.

     “Awak nak saya ikat rambut awak?” kata Wan cuba memujuk Kasturi.

     Tangisan Kasturi berhenti serta-merta. Mukanya mula berseri-seri. Matanya pula bersinar-sinar seperti anak anjing. Comel betul.

     “Betul ke Wan? Betul ke? Awak nak ikat rambut saya?” soal Kasturi gembira.

     Terkelip-kelip Wan memandang Kasturi. Ajaib! Bagaiman perasaan manusia boleh berubah begitu pantas hanya dengan satu perkataan? Wan teringin untuk merasai perasaan yang bertukar-tukar.

     “Wan!” bentak Kasturi apabila Wan lansung tidak mengendahkannya. Panas betul hatinya melihat Wan seperti terlupa apa yang Wan katakan tadi.

     “Bukankah saya dah kata pada awak yang saya tak reti ikat rambut orang. Ikat rambut sendiri pun saya tak reti,” kata Wan lembut. Terbuntang mata Kasturi. Alasan yang sama lagi yang Wan berikan. Alasan lapuk dan tak boleh diterima akal Kasturi!

     “Tak de! Tak de. Saya nak awak ikat jugak! Ambik sikat dan getah ni,” arah Kasturi lagak bos dan mengambil tempat di hadapan cermin solek.

     Wan ambil getah rambut dan sikat yang Kasturi hulur. Wan tenung sahaja benda itu. Apa yang dia perlu buat selepas itu?

     “Kenapa awak tak suruh Mak Cik Susan ikat rambut awak?” soal Wan dengan kening yang terangkat. Baru sekarang dia jumpa soalan untuk Kasturi memerintahkannya melakukan hal mengarut ini. Mak Cik Susan pula merupakan seorang pembantu rumah yang sering menghantar makanan ke dalam bilik Kasturi. Wanita tua itu selalu layan Kasturi seperti anak sendiri. Namun Kasturi menolak layanan baik wanita itu.

     “Saya tak rapat dengan manusia lain. Even mama saya pun saya tak rapat. Saya tak suka! Hanya awak sahaja Wan yang saya suka. Satu-satunya manusia yang saya suka,” jawab Kasturi pantas dan jujur. Muka Kasturi sudah merah. Tidak sangka dia akan meluahkan perasaan pada Wan hari ini. Lantaklah. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata macam mana nak gostan?

     Wan terkejut. Tidak menyangka Kasturi akan berkata begitu padanya. Jantung Wan rasa lain bila mendengar luahan hati Kasturi. Rasa yang sangat sakit dan lembut. Halus je rasa itu. Tetapi Wan rasa sangat senang dengan kata-kata itu. Apakah rasa sakit itu? Wan rasa gembira sangat sehingga mulutnya tersenyum tiba-tiba. Tangannya pula tidak semena-mena bergerak sendiri. Mula menyikat rambut hitam Kasturi yang lebat dan lurus itu.

     Kasturi nampak senyuman Wan. Senyuman yang Kasturi lihat untuk pertama kalinya. Wan nampak sangat kacak bila dia tersenyum. Kasturi tersenyum senang apabila Wan mula menyikat rambutnya. Hatinya berbunga riang. Huhu, sudah ada tamankah di hatinya kini? Mestilah!

     “Wan suka tengok Kay tersenyum,” puji Wan jujur. Kasturi tersentak. Wan memuji diakah? Kasturi berpaling memandang Wan. Senyuman kasturi makin lebar. Dia senang Wan panggilnya Kay. Biar lain dari yang lain. Itupun Kasturi yang minta. Wan hanya mengikut. Walaupun begitu, bilamana Wan panggilnya Kay, Kasturi rasa seperti hidup. Seperti hidupnya akan panjang lagi.

     “Betul ke?” soal Kasturi. Matanya merenung mata Wan yang sejuk dan kosong itu. Wan membalas renungan Kasturi. Jauh ke dalam hati Kasturi. Wan tersenyum lagi lalu mengangguk. Kasturi ketawa gembira. Suka dirinya dipuji oleh lelaki yang dia sukai.

     Kasturi pusing semula ke hadapan. Wan pandang wajah di cermin. Senyuman dan ketawa Kasturi membuatkan jantungnya rasa seperti hidup. Darahnya rasa seperti mengalir. Dia rasa panas.

     “Kay,” panggil Wan. 

     “Cepatlah sambung sikat rambut saya. Lepas tu ikat sekali tau,” kata Kasturi tidak mengendahkan panggilan Wan. Wan akur dengan permintaan Kasturi walaupun tangannya pada mula agak teragak-agak untuk menyambung semula. Wan mahu luahkan sesuatu pada Kasturi. Dan perkara itu perlu Kasturi dengar!

     “Kay...” panggil Wan lembut setelah sekian lama menyepi.

     “Hmm,” sahut kasturi yang sedang menutupkan matanya. Menikmati perasaan gembiranya.

     “Wan akan...”
    


     SELEPAS itu segalanya pudar. Kasturi lansung tidak ingat apa yang Wan katakan padanya. Semuanya seperti hilang.Beberapa kali Kasturi cuba ingat, semuanya tak manjadi. Kasturi yakin dia tidak lupa apapun tentang Wan. Semuanya dia ingat. Dia simpan ingatan itu dengan baik. Tetapi bagaimana dia boleh lupa? Yang dia ingat selepas itu, dia bertengkar dengan Wan. Dia merajuk dengan Wan. Kasturi melepaskan keluhan.

     “Hei, kenapa ni? Sempat lagi awak berangan ye,” tegur Fairul yang mengambil tempat dihadapannya. Sudah siap ikatkah? Kasturi memegang belakang kepalanya. Kemas sahaja rambutnya terikat. Bang nya juga diikat kemas. Kasturi tersenyum nipis.

     “Pandai awak ikat rambut saya,” puji Kasturi. Cawan kopinya dicapai lalu dihirup. Nasib baik belum sejuk lagi.

     Fairul tersenyum senang mendengar pujian Kasturi. Kembang hatinya. Tidak sia-sia dulu dia mendengar kata mamanya. Mamanya pesan, orang perempuan suka kalau lelaki yang tolong ikatkan rambut dan sikatkan rambut. Untung-untung!

     “Terima kasih.”

     “Hal kecik. Lagipun nanti saya nak cakap dengan awak susah. Tak nampak muka,” kata Fairul diselangi ketawa kecil. Muka Kasturi kembali merah. Tak habis-habis nak kenakan Kasturi. Nasib baik hati dah terpaut kalau tak boleh jalanlah.

     “Awak nak cakap ape?”soal Kasturi tidak sabar. Takut pula mendengar Fairul mahu bercakap dengannya tiba-tiba dengan muka serius lepas mesyuarat tadi. Minta-minta dijauhkanlah perkara yang menakutkan. Amin...

     “Tadi saya cakap yang saya suka cara awak bentangkan laporan. Cool gila,” puji Fairul sambil membuat dua thumbs up. Fairul tersenyum lebar sehingga matanya menjadi sepet. Kasturi terkesima. Untuk pertama kali, dia menerima pujian dari orang yang digelar ‘partner’. Tidak berkelip mata Kasturi. Kepalanya yang tadi tertunduk, terangkat sedikit. Dada Kasturi berlari laju. Sudahlah dipuji, dah tu dapat lihat senyuman killer Fairul. Alahai!

     “Terima kasih,” ucap Kasturi lagi sekali. Hari ni berapa banyak kali sudah dia ucapkan terima kasih. Tetapi tiada siapa mahu sambut kasihnya. Dia berharap Fairul akan sambut. Hehe.

     “Lepas ni kite kene pergi investigate lagi dalam lah. Harap Kasturi beri sepenuh kerjasama,” kata Fairul. Sebenarnya itu yang dia mahu katakan. Dia boleh cakap di pejabat sahaja tadi. Tetapi alang-alang waktu rehat, dia mengajak Kasturi makan bersama. Namun, Fairul mahupun Kasturi tidak mahu makan. Masing-masing punya perut sudah sebu. Penuh dengan ‘forget me not’.

     “Hm,” balas Kasturi semangat. Dia teruja! Sangat-sangat teruja. Gembira kerana Fairul melayannya dengan cara yang dia suka. Seolah-olah pada Fairul, Kasturi ialah seorang yang boleh diharap dan minta bantuan.

     Masa berlalu pantas, pelanggan keluar dan masuk silih berganti. Fairul dan Kasturi tidak bercadang untuk masuk pejabat semula. Nasib baik mereka sudah beritahu ketua mereka, Si Amran bahawa mereka ambil cuti setengah hari. Yang kelakarnya, Amran tidak benarkan mereka ambil cuti setengah hari sebaliknya, menyuruh mereka balik sahaja.

     “Kalau jumpa orang atasan, cakap Encik Amran lepaskan kami awal,” kata Amran dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Kasturi dan Fairul pula hanya mampu berpandangan sesama sendiri kemudian ketawa kecil.

     “Jadi vila yang saya pergi hari itu, vila persendirian?” soal Fairul selepas macam-macam soalan dan jawapan keluar dari Fairul. Kasturi mengangguk. Tidak bosan dia berborak bersama-sama dengan Fairul. Kadang-kadang Fairul akan bertanya dan dia yang menjawab. Kadang-kadang Kasturi pula bertanya dan Fairul akan menjawab.

     “Yup, keluarga saya keluarga pemerintah. Jadi bila ada lawatan pembesar dan duta, mereka akan tunggu di saloon je. Family for family, nation for nation.,” jawab Kasturi dengan seringkas mungkin. Kasturi berharap Fairul tidak salah faham dengan perkataan saloon yang dia sebut itu.

     Fairul  mengangguk faham. Dia juga faham kenapa Kasturi memilih untuk menjadi polis dan bukannya mewarisi kecekapan keluarganya dalam mentadbir negara. Fairul bermain dengan cawan kopinya. Diputarnya cawan itu perlahan-lahan. Memikirkan hidup Kasturi. ‘Patutlah abang dia beria suruh adik dia balik rumah, rupanya tinggal sendiri.’  

     Jauh di sudut hati, Fairul ingin bertanyakan Kasturi siapa lelaki yang bernama Wan itu, tetapi melihat air muka Kasturi, dia tak sampai hati pula untuk bertanya. Sebentar tadi selepas sahaja Fairul siap mengikat rambut Kasturi, Fairul terdengar keluhan daripada mulut Kasturi. Perbuatan dan percakapannya pun berubah sama seperti pada malam itu. [malam kasturi menangis tak henti-henti]

     Sepi mula mengisi ruang. Mereka kehilangan kata-kata. Tidak tahu nak cakap apa. Kasturi menghabiskan sisa-sisa Cappuccino. Entah kenapa dia mahu berborak lebih lama lagi dengan Fairul tetapi dia tidak tahu mahu bincang topik apa. Kasturi melihat luar kearah motorsikalnya. Kerana Sully, Kasturi mampu untuk berjumpa dengan Fairul. Kasturi sayang Sully sangat-sangat dan Kasturi sayang Fairul juga.

     “Kasturi, saya janji bermula pada saat ini dan seterusnya, saya akan sentiasa berada di sisi Kasturi dan takkan biarkan air mata Kasturi tumpah lagi. Saya, cintakan awak,” ucap Fairul dengan mata yang memberi sepenuh rasa pengharapan pada Kasturi.



     SAYA minta maaf, saya...”

     “Tak, tak... saya yang sepatutnya minta maaf. Saya tak bermaksud nak cakap macam tu. Mungkin masa tu fikiran saya sedang bercelaru. Saya tak patut. Lupakan kata cinta saya tadi. Maaf. Saya pergi dulu,” ujar Fairul memotong kata-kata Kasturi. Lalu Fairul mengangkat punggung dan meninggalkan Kasturi seorang diri di kafe ‘Yesterday Love’.

     Kasturi tercengang. Tak, bukan maksud Kasturi untuk... Argh!! Pantas Kasturi bangkit dan berlari mengejar Fairul. Pelayan yang menghidangkan kopi itu menjerit memanggil Kasturi untuk membayar bil namun Kasturi buat tidak endah kerana dia perlu mengejar cinta!

     Apa lagi budak pelayan itupun mengejar kasturi. Kasturi mengejar Fairul. Fairul pula kejar apa? Eh, bila masa ada gajah kat depan Fairul? Sekejap, kenapa Fairul kejar gajah?

     “Fairul berhenti! Berhenti!” panggil Kasturi dengan suara yang lantang namun Fairul masih lagi tidak dengar jeritan Kasturi. Dibelakang Kasturi pula, budak pelayan itu sudah bermandi peluh sehingga tumbuh cendawan dan lumut kerana mengejar Kasturi dengan jeritan, “cik! Bil cik!!”

     “Tuan puteri tunggu patik tuan puteri! Patik cintakan tuan puteri!!” jerit Fairul dan pakaiannya dah bertukar menjadi baju ala-ala melayu klasik. Kerisnya tersisip kemas di pinggangnya. Lagaknya seperti sudah sedia untuk terbang ke belakang gajah. Cepat-cepat kasturi menahan Fairul dari terus melompat.

     “Fairul! Apa ni? Tadi awak kata awak cintakan saya? Sekarang ni awak cintakan gajah yang berlagak macam puteri? Hah?” marah Kasturi. Dia mula keliru. Bukankah tadi Fairul ucapkan kata cinta padanya. Kata mahu sentiasa berada di sisinya. What’s going on here???!

     “Cik, bayar bil cik! Semuanya RT14.50,” tegur pula budak pelayan itu. Kasturi berpaling memandang pelayan tersebut. Dia mahu sound budak itu kerana menganggu kisah cintanya. Terkejut Kasturi melihat pelayan tersebut sudah dilitupi cendawan dan lumut. Serupa Swampman sahaja rupanya.

     Kasturi mengundur beberapa tapak kebelakang. Takut dia melihat hantu itu. Setapak demi setapak sehingga Kasturi terlanggar dada Fairul. Kasturi berpaling apabila Fairul meletakkan tangannya pada bahu Kasturi.

     “Tuan puteri,” sembah Fairul lalu mencium jari-jari runcing Kasturi. Kasturi terpana. Apa kes pulak ni? Tiba-tiba sahaja panggil dirinya tuan puteri.

     “Patik berasa amat bangga kerana tuan puteri sanggup mengejar patik yang tidak seberapa ini. Harapnya tuan puteri sudi menerima tujuh dulang hati nyamuk, jambatan emas, dan semangkuk darah kakanda tuan puteri, Putera Inderapura Syukri,” kata Fairul dengan penuh tertib. Hadiah-hadiah yang disebutnya tadi dipersembahkan dengan canggih sekali.      

     Kasturi menggaru-garu kepalanya. Hati nyamuk yang Fairul persembahkan ialah sebuah permainan komputer yang bertajuk ‘Dapatkan tujuh dulang hati nyamuk’ dengan menggunakan komputer jenama Cempedak XD5001-U. Manakala jambatan emas pula dipersembahkan dalam tiket penerbangan ke negara ZOOMzoom.

     “Tak pernah dengar pun,” kata hantu Swampman. Kepalanya djulur di kiri bahu Kasturi. Kasturi menjerit kecil. Terkejut dia dengan kemunculan tiba-tiba itu. Hampir sahaja dia menyepak muka si hudus itu. Kalau tidak dia sendiri merana kerana tangannya terkena jangkitan kuman odo-odo. [ada-ada ajelah nama penyakit zaman sekarang ni]

     “Dulang ni pula,” kata Swampman tidak mengendahkan kejutan Kasturi. Kasturi turut memanjangkan lehernya melihat isi dulang itu. Kosong. Tiada pun darah Abang Syukri. Kasturi hampa.

     Sebenarnya Kasturi mangharapkan dulang yang terakhir itu benar-benar ada. Gila kejam punya adik! Fairul melihat wajah Kasturi yang cantik itu. Fairul tersenyum gembira. Gembira kerana cinta hatinya menunggu-nunggu hadiah darinya. Lalu fairul mendekati Kasturi. Dipegangnya dagu kecil kasturi.

     “Usahlah tuan puteri berduka. Untuk tuan puteri menerima hadiah terakhir dari patik, tuan puteri haruslah berdandan cantik.” Dan secara tiba-tiba pakaian Kasturi bertukar menjadi pakaian ala-ala melayu klasik. Sedondon dengan pakaian Fairul. Macam ada rupa nak kahwin pun ada juga. Muka Kasturi merona merah bila Fairul merenungnya lama.   

     “Kemudian...” Fairul mendekati ke telinga kiri Kasturi. Berdebar-debar jantung Kasturi. Ya Allah, hanya Allah sahaja tahu betapa kucar kacirnya dunia dia sekarang!

     Satu sentuhan lembut hinggap di dada kiri Kasturi. Betul-betul di atas jantungnya. Rasa hangat dan menyenangkan mula menular ke dalam dirinya. Kasturi rasa nostalgik pula. Ya, tiga hari dulu dia pernah berbuat begitu dengan Fairul. Mesti fairul meletakkan tangan kirinya di atas jantungnya. Kasturi rasa terbuai-buai. Dari awan mendung biru ke awan mendnung merah jambu. Kemudian berbalik semula ke awan mendung biru dan semula ke awan mendung merah jambu.

     “Kay...”

     Sayup-sayup Kasturi mendengar panggilan namanya. Wan kah? Kasturi mencari-cari Wan. Di mana Wan? Kasturi mula menggelabah. Tiba-tiba Fairul mendakapnya erat. Kasturi tidak mampu bergerak. Dia terkunci!

     “Tuan puteri tak boleh pergi lagi. Bukankah tuan puteri mahu melihat hadiah saya?” soal Fairul dengan lembut.

     Kasturi tersedar. Mana pergi hantu Swampman itu? Mana pergi bangunan-bangunan lain? Sekejap, Kasturi melihat ke bawah. Biru muka Kasturi melihat dia berada di atas buayan terbang, yang terbang tinggi ke udara membelah awam merah jambu dan awan biru.

     “Fairul...” panggil Kasturi takut. Dia takut dia akan jatuh. Dia tidak mahu mati dalam keadaan yang dia sendiri tidak faham!

     Namun Fairul seperti tidak mendengar panggilannya dan buayan itu terus terbang naik ke angkasa raya. Kaki Kasturi sudah mengeletar dan tangganya seperti sejuk semacam sahaja. Ke mana Fairul mahu membawa dia pergi?

     Tiba-tiba tidak jauh dari buayan terbang yang dinaiki oleh mereka, terdapat sebuah loceng U terbalik yang besar terapung tidak bertali. Kasturi telan liurnya. Apalah pulak masalah mereka sekarang ni?

     “Di sinilah patik akan persembahkan tuan puteri dengan darah kakanda tuanku puteri, Putera Inderapura Syukri,” kata Fairul sambil menyembah Kasturi dengan hormat. Kasturi kehilangan kata-kata dan fikirannya menjadi kosong apabila Fairul mencapai tangan kanan Kasturi lalu mengucupnya. Jantung Kasturi berlari pantas. Andrinalin melonjaknya. Nak telan liurnya pun serasa seperti sederas air sungai di waktu hujan. Badannya panas kerana terlalu teruja.

     Fairul mengeyitkan matanya lalu terbang ke loceng tersebut. Apa yang mengejutkan Kasturi ialah Fairul tiba-tiba sahaja menendang loceng itu menyebabkan loceng gergasi itu berdenting kuat menggegarkan seluruh alam. Kasturi menutup telinganya.

     “Argh... Fairul! Apa kene mengena darah Abang Syukri dengan loceng ni!!” jerit Kasturi dengan kuat. Tangannya kemas menukup telinganya. Bunyi yang berdesing itu menggangu kosentrasinya untuk melihat Fairul. Pandangannya menjadi kabur.

     ‘Ding... Dong... Ding... Dong,”

     “Fai... ru... l,” kata Kasturi tertahan-tahan. Dia betul-betul tidak tahan dengan bunyi itu. Bergegar kepalanya. Kasturi terduduk lemah. Ini bukannya nak dapatkan darah Abang Syukri tetapi bunuh Kasturi!

     “Hahahaha.”

     “Argh...”

     Air mata Kasturi mengalir. Dia tidak mampu bertahan lagi. Kepalanya makin berat. Pandangannya berbalam-balam. Imej terakhir yang Kasturi lihat ialah gelak ketawa Fairul sambil terbang berpusing mengilingi loceng tersebut. Di tangannya di goncang-goncang segala jenis loceng yang ada. Kenapa? Kenapa Fairul begitu gembira menyeksa dirinya? Apa yang sebernanya yang berlaku? Kasturi bingung. Namun segala persoalan dibiar sepi bigitu sahaja apabila dunianya makin lama makin gelap bersama-sama bunyi bising loceng dan ketawa Fairul.

     “Itu... bukan Fairul...”



     “DING... DONG!!!”

     Perlahan-lahan kelopak Kasturi terbuka. Pandangannya kelam. Kasturi mengelipkan matanya beberapa kali. Semakin lama semakin jelas. Badannya panas dan basah dengan peluh. Kebas sahaja rasanya. Kasturi meletakkan belakang tangannya pada dahinya. Panas. Kasturi mengerutkan dahinya apabila telinganya pula kembali berfungsi seperti biasa walaupun rasa panas itu menganggu segala fungsi badannya.

     “Ding... dong.”

     Kasturi tutup matanya. Dia mengiringkan badannya ke kiri, menghadap cermin. Bidai yang dilabuhkan itu dipandangi oleh Kasturi. Sebal sahaja Kasturi rasa. Bunyi loceng rumahnya tidak henti-henti berbunyi. Kasturi mengusap mukanya. Berat badannya mahu bangun lagi berat kepalanya untuk ditampung. Berdenyut-denyut.

     “Ding... dong.”

     Kasturi menjatuhkan dirinya dari katil. Lemah sahaja keadaannya. Mahu merangkak ke pintu pun agak susah. Kemudian Kasturi berpaut pada tiang rumah untuk berdiri. Seketika dia bersandar pada dinding itu apabila bunyi loceng itu berhenti. Kasturi tersenyum bahagia. Ditutup matanya untuk tidur.

     “Ding... dong.”

     Celik mata Kasturi. Ada lagi rupanya orang itu. Ingatkan sudah berambus! Kasturi mendengus kasar. Dikuatkan juga badannya untuk melangkah ke pintu. “Bising ajelah!”


No comments:

Post a Comment