Enam
: Cinta Sempurna
29
Mac 2731, 1037am, Saujana Apartment, Posh High
Terkelip-kelip mata Kasturi melihat Syukri
berdiri di hadapan pintu rumahnya dengan dua bungkus beg kertas kitar semula
yang didokongnya. Syukri tersenyum lebar melihat Kasturi yang kusut masai.
Rambutnya yang tidak terurus. Muka sembap. Masih lagi pakai baju tidur
putihnya. Syukri ketawa kecil. Rupanya Kasturi masih lagi memakai pakaian yang
dia beri 10 tahun lalu. Baju yang dahulunya Kasturi panggil baju cabuk. Hm,
baju cabuk pun... masih lagi dipakai sehingga ke hari ini.
Dengan selamba toya, Syukri merempuh masuk
ke dalam rumah Kasturi tanpa dipelawa. Kasturi yang masih lagi biul-biul itu
melihat sahaja abang tirinya masuk ke dalam rumah. Alah bukannya Syukri tidak
biasa datang ke rumahnya. Dalam sebulan kalau tidak datang, tidak sah! Mesti ada
kunjungan terhormat. Kalau bukan dengan Zareen, dia datang dengan ibu [ibu tiri
Kasturi]. Tidak pun dia datang sendiri. Tapi mereka akan bertengkar dahulu di
hadapan pintu rumah.
Kasturi menggaru-garu lehernya. Berkerut
dahinya. Dengan lemah Kasturi menutup pintu rumahnya. Biarlah. Untuk hari ini
dia malas mahu bergaduh dengan Syukri. Keadaanya yang lemah itu memaksa dia
untuk berdiam diri sahaja. Kalau keadaan ini berlaku di rumah Zareen, sesakit
macam mana pun lelaki itu, kalau tetamu yang hadir ke rumahnya itu Syukri... hm,
tidak ubah seperti kem wataniah.
Syukri meletakkan barangan dapur yang
dibelinya tadi. Kemudian dia bergerak pada alat kawalan pintar rumah. Syukri
menekan ikon ‘empty’ dan kemudian menekan ikon ‘open curtain’. Tidak lupa juga,
Syukri menekan ikon ‘air hole open’ dimana secara automatiknya menukar fungsi
penghawa dingin kepada kipas angin yang berada di dinding rumah. Tingkap air
hole terbuka dan membenarkan angin luar masuk memandangkan Saujana Apartman
terletak di kawasan yang sentiasa berangin.
Kasturi meletakkan kedua belah tangannya
di hadapan matanya. Menghadang cahaya dari terus menyakiti matanya. Kepalanya
makin lama makin berat hingga tiba-tiba Kasturi tidak dapat mengimbangi
badannya yang semamangnya lembik pada waktu itu. Pantas Syukri berlari
mendapatkan Kasturi dan sempat menyambut tubuh gadis itu dari mencium lantai
kayu komposit. Syukri melepaskan nafas lega.
“Nasib baik,” kata Syukri. Lalu dengan
perlahan Syukri mendokong Kasturi dan kembali ke alat kawalan pintar rumah.
Ditekannya pula ikon ‘bedroom selection’ dan terus memilih ‘single bed’. Ruang
bilik tidur yang Syukri kosongkan tadi mucul semula. Cuma kali ini yang muncul
katil singel.
Syukri meletakkan Kasturi dengan penuh
cermat di atas katil. Lalu dia menyelimuti kasturi hingga paras pinggang
bimbang Kasturi berasa panas. Yang penting kakinya ditutup. Syukri kemudian
meletakkan belakang tangan kanannya ke dahi Kasturi. Panasnya. Rasa bersalah
pula kerana memaksa Kasturi bangun dari tidurnya untuk membuka pintu. Tetapi
kalau dibiar sahaja, mesti sampai ke petang, belum tentu demamnya itu kebah.
Malam semalam, di majlis hari lahirnya di
rumah keluarganya, Syukri perasan akan tingkah Kasturi yang pelik. Dia senyap
sahaja. Lansung tidak berkutik. Untuk sentiasa berada di samping Zareen pun
tidak malah ketika Syukri menawarkan gula-gula ‘Sweet Mary’ yang Kasturi suka,
ditolak mentah-mentah oleh Kasturi. Lansung dipandang sepi sahaja.
Maka, esok paginya iaitu pagi tadi,
[sekarang pukul 10.45] Syukri melawat ke tempat kerja Kasturi untuk pertama
kalinya [Kasturi melarang Syukri untuk pergi ke tempat kerjanya]. Di meja receiptionist, Syukri meminta gadis receiptionist untuk memanggil Kasturi
untuknya. Sebaliknya gadis itu memberitahu bahawa Kasturi mengambil MC untuk
hari itu. Apalagi, laju sahaja kaki Syukri melangkah ke motor berkuasa tinggi
jenama Safera. Sebelum Syukri melawat Kasturi, sempat dia singgah ke super
market untuk membeli beberapa barang keperluan dan ubat untuk Kasturi.
Syukri lihat wajah Kasturi. Bagai nak gila
tadi dia membawa motor untuk tiba ke sini. Risau betul dia dengan Kasturi.
Namun depan Kasturi dia maniskan wajah. Dia tidak mahu Kasturi takut dengannya
seperti dahulu. Semasa diawal perkenalan mereka. Cukuplah kasturi menjauhi
dirinya. Dia akan lakukan apa sahaja untuk menceriakan Kasturi. Dia tidak mahu
Kasturi bersedih lagi. Cukuplah pengalaman pahit Kasturi lalu. Apa yang Syukri
mahu kini ialah mahu melihat Kasturi menjalani hidup dengan sepuasnya.
Menikmati hidup dan bersyukur kerana masih mampu untuk terus bertahan di Bumi
Allah.
“Baiklah, masa untuk masak!”
KASTURI
pandang bubur yang terhidang di depannya. Kasturi menggaru-garu lengannya.
Kemudian dia berpaling memandang Syukri yang sudah tertidur di birai katil.
Kasturi biarkan sahaja Syukri tidur begitu. Untuk mengangkat Syukri, Kasturi
tidak mampu. Lagipun demamnya baru sahaja kebah dan perutnya berkeroncong minta
diisi.
Bersyukur pada Allah kerana menghantar
seorang adi wira padanya ketika dia sedang sakit tika ini. Jika tidak,
keadaannya akan jadi lebih tidak terurus dan tidak mungkin demamnya akan kebah
pada waktu-waktu begini. Udara petang bertiup lembut memasuki lubang angin dan
menyamankan ruang. Kasturi tersenyum.
Adakalanya, Syukri seorang yang boleh
diharap dan adakalanya, jangan disuruh. Lansung tidak dibuat kerja yang diberi.
Perangai Syukri agak sukar untuk diduga. Tetapi, Kasturi tidak pernah bosan
dengan Syukri. Sentiasa ada untuknya. Cuma ada satu perkara sahaja yang Kasturi
gusar. Perasaan Syukri terhadap Kasturi.
Semenjak lima tahun dulu, cara Syukri
melayan Kasturi sudah berubah. Dia lebih lembut melayan keranah Kasturi. Lebih
bertoleransi. Tidak pernah melenting walaubagaimana teruk pun Kasturi
melayannya. Kalau Zareen yang sentuh dia walaupun sikit, bukan main lagi dia
melenting. Kasturi rimas. Dulu, Syukri tidak macam ini. Sebelum Syukri
mengetahui status mereka, bukan main dingin lagi Syukri terhadap Kasturi dan
selepas status Kasturi diketahui oleh Syukri, lelaki itu melayannya macam mana
Zareen melayannya. Bergaduh dan bertumbuk. Sentiasa bertegas dalam
kelembutannya.
Lima tahun dulu, kerana salah faham,
Syukri meluahkan perasaannya kepada Kasturi. Syukri berhenti memanggilnya
‘adik’. Hilang segala kekasaran Syukri. Sifat playboynya turut lenyap hanya
kerana mahu membuktikan pada Kasturi betapa Syukri mencintainya. Kasturi resah.
Dia tidak suka Syukri melayannya begitu. Cuma untuk hari ini, Kasturi menerima
layanan ‘privillage’ Syukri untuk
pertama dan terakhir kali.
Perlahan-lahan Kasturi mencedok bubur ayam
yang dibuat oleh Syukri. Menitis air mata Kasturi di saat tangannya menyuap
bubur itu ke dalam mulutnya. Kasturi terharu. Syukri sentiasa tahu
kegemarannya. Malah bubur ini juga. Tidak pernah berubah rasanya. Sama seperti
dahulu. Betapa Kasturi merindui Syukri yang dahulu. Kejamkah Kasturi tidak
mengendahkan perasaan Syukri? Membutakan matanya selama ini. Mengeraskan
hatinya. Lansung tidak mahu memberi ruang untuk cinta Syukri sentuh jiwanya.
Kasturi fikir dengan cara itu, Syukri akan putus asa untuk mengejarnya.
Namun dia silap. Apa yang dilakukan hanya
memarakkan api semangat Syukri dan pada masa yang sama menyeksa jiwa Syukri.
Kasturi menyuap lagi sesudu bubur ke dalam mulutnya. Bodohnya! Lembapnya!
Kenapa Kasturi? Kanapa?!!
Adakah kerana dia masih lagi mengharapkan
Wan? Hampir 20 tahun dia hilang dan Kasturi masih lagi menunggu dia? Meyeksa
jiwa orang yang menyayangi diri Kasturi. Terus-terusan? Kenapa perlu menjadi
begini? Dia sedar, bahawa dirinya tidak layak untuk menerima cinta sesiapa pun.
Lebih-lebih lagi cinta sempurna Syukri. Ya, cinta Syukri terlalu sempurna untuk
Kasturi sehingga dia tidak mampu menerimanya.
Air mata semakin deras menuruni pipi
bersih Kasturi. Suapannya juga semakin laju. Dia mahu cepat habiskan bubur itu.
Mahu cepat memberi jawapan pada Syukri. Jawapan yang tidak mampu Syukri
menolak. Jawapan yang Kasturi rasa, telah lama Syukri tunggu. Dia mahu berhenti
dari terus menyeksa jiwa Syukri. Agaknya mimpi tadi, mimpi dirinya di seksa
oleh seseorang. Seseorang yang sangat Kasturi kenal. Wan! Dan itu adalah
balasan untuk dirinya kerana bersikap kejam terhadap seseorang yang sangat
baik, lembut, memahami dan sentiasa ada hanya untuknya tidak kisahlah walau
dimana sekalipun lelaki itu berada.
Bubur itu habis di saat air mata Kasturi
berhenti mengalir. Di saat Kasturi ragu-ragu untuk memberikan jiwanya pada
siapa. Kasturi bangun dari kerusi dan meninggalkan meja makannya yang
sebenarnya bar berbentuk segi empat
tepat yang bewarna hitam.
Kasturi mengmbil tempat di sisi Syukri.
Kemudian dia melentokkan kepalanya di atas tilam dan wajahnya menghadap wajah
Syukri. Nyenyak sahaja Syukri tidur. Mungkin penat menjaganya tadi. Setiap satu
jam, Syukri akan menyalin kain basah alas kepalanya. Masuk waktu Zohor, Syukri
mengejutnya. Menyuruhnya mandi dan solat berjemaah. Kemudian temaninya tidur
semula. Kasturi tersenyum senang. Hatinya dijentik rasa geli.
Syukri selalu akan cuti pada hari selepas
hari lahirnya. Katanya hari itu adalah hari untuk bertindak seperti seorang
bayi. Hari untuk bermalas-malasan dan membiarkan orang menyuapnya makan. Tetapi
apa sudah jadi pada hari ini? Semuanya terbalik. Sehingga pada waktu makan
tengah hari tadi, Kasturi menolak untuk makan tetapi Syukri paksanya juga.
Mereka bergaduh dalam senyap. Berlawan mata. Kasturi tersenyum menahan tawa.
Selepas lima tahun baru Kasturi dapat
bertengkar seperti adik beradik dengan Syukri. Lansung tidak kenal erti
mengalah. Akhirnya Kasturi makan juga itupun dua sudu. Lepas itu Syukri tidak
memaksa. Syukri kembali seperti asal. Sempat juga Syukri menyuapkan sebiji Panadol
secara paksa ke dalam mulut Kasturi. Akibat terkejut dia tertelan Panadol itu
dan tergesa-gesa meminta Syukri menyuakan air. Setelah segala kekecohan reda,
barulah Kasturi dapat tidur semula sehingga azan Asar kedengaran.
“Abang Syukri, adik minta maaf kerana
walau macam mana pun cara Abang Syukri layan adik, adik tetap tak boleh terima
cinta sempurna abang. Tetapi di hati adik, jauh di sudut hati. Telah adik
sediakan ruang untuk Abang Syukri. Lagi istimewa dari Abang Zareen.
Sekurang-kurangnya, Abang Syukri menang satu perkara dari Abang Zareen,” kata
Kasturi di kala mata Syukri terbuka dan merenungnya dengan senyuman ‘selamat
pagi’.
FAIRUL
memandu Fiercenya dengan perlahan. Fikirannya menerewang memikirkan hal pagi
tadi. Hal yang sememangnya ada kaitan hidupnya. Dipandang jam di dashboard
kereta. Sudah tepat pukul 9 malam. Agak awal dia pulang hari ini. Fairul
tersenyum kerana mengingati tingkah Kasturi sebentar tadi yang memaksanya
pulang awal.
Pada mulanya, Fairul sangka Kasturi akan
bertindak dingin dengannya selepas dia berterus terang dengan Kasturi dua hari
lepas. Lebih-lebih lagi apabila diberitahu Kasturi tidak sihat semalam. Lagilah
dia gelabah. Niat di hati mahu melawat tetapi dia tidak tahu rumah Kasturi yang
mana. Yang dia tahu di Saujana Apartment di Posh High. Di fikiran Fairul
macam-macam perkara timbul. Dia risau Kasturi sakit keranannya [memang pun].
Pagi tadi Fairul sudah menyediakan mental
dan fizikalnya jika Kasturi bertindak sedingin puteri salji. Sebaliknya,
Kasturi datang ke pejabat dengan ceria bak matahari musim panas. Begitu
bercahaya sehingga Fairul sendiri tidak dapat bertahan. Apapun, Fairul gembira
Kasturi sudah sihat dan tidak bertindak seperti yang dia sangka. Walaupun ada
kadang kalanya, sikap Kasturi seperti sukar untuk difahami.
Nada dering ‘Dan Bagaimana Jika...’
berkumandang. Lagu yang sama dengan nada dering Kasturi. Sengaja dia letak nada
dering itu sama dengan Kasturi. Rasa lebih dekat.
Terkocoh-kocoh Fairul mencari telefonnya
yang berada dalam poket belakang seluarnya. Sambil itu dia memberhentikan
keretanya di pembahagi jalan.
“Assalamualaikum,” kata Fairul setelah
menarik nafas hampir tiga kali. Dahinya berpeluh. Jantungnya berlari pantas.
Gabra beb.
“Waalaikumussalam. Ini Fairul ke?” kata si
pemanggil.
“Ya, Kasturi. Kenapa?” soal Fairul lembut.
Dia tahu di hujung talian sana ialah Kasturi. Tetapi kenapa suaranya macam
takut-takut?
“Erm, gambar yang arwah Farid punya tu...”
kata-kata Kasturi berhenti di situ.
“Ya?”
“Er...”
“Ya?” Fairul sabar menanti. Suara Kasturi
yang takut-takut itu agak comel juga. Fairul ketawa kecil.
“Kenapa?” soal Kasturi mendengar ketawa
Fairul. Fairul tersedar lalu menggeleng seolah-olah Kasturi berada di
hadapannya. “Tak, teringat benda yang comel tadi,” jawab Fairul jujur.
“Jadi apa yang Kasturi nak tahu fasal
gambar milik arwah Farid?”
“Oh ya. Itu, apa nama kotak dia?” Suara
Kasturi kedengaran berdengung-dengung. Dalam bilik stor kah?
“H-78. Awak kat dalam bilik stor ke?”
“Ya. Terima kasih ya Fairul,” ucap Kasturi
lalu menamatkan panggilan. Apa sahajalah yang Kasturi cari agaknya? Dia sudah
jumpa sesuatu ke? Sekali lagi Fairul tersenyum. Sekarang ini Fairul betul-betul
angau dengan Kasturi.
“Harap awal lah minah tu balik,” kata
Fairul kembali serius kerana tiba-tiba teringat akan satu perkara yang
menakutkannya. Perkara yang dulu mengganggu tidur malamnya, yang bermain di
benaknya sedari tadi dan yang telah membunuh ahli keluarganya.
FAIRUL
memakirkan keretanya ke dalam garaj. Kemudian dia menutup pintu garaj dan masuk
ke dalam dapur. Pintu dapur dan garaj bersambung dan kebanyakkan rumah di kawasan
kejiranan di sini pun begitu. Tak seperti rumah keluarga Kasturi. Garajnya
berada jauh dari rumah. Kalau nak guna kereta, harus naik buggy baru sampai.
Kalau berjalan kaki, hampir sepuluh minit juga.
Fairul membuka tudung saji. Eh, eh, ayam
percik! Laju sahaja Fairul membasuh tangannya. Kemudian dia menarik kerusi,
membaca doa makan dan terus ngap! Perutnya yang lapar dan minta diisi sejak
petang tadi, kini selesa memproses. Dalam sibuk-sibuk Fairul menjamah
makanannya, telinga Fairul menangkap percakapan dua manusia. Ada tetamukah?
Fairul tidak perasan pula ada kereta lain di hadapan rumah. Mungkin dia tidak
perasan kerana garaj berada di belakang rumah. Jadi dia harus ikut jalan yang
jauh sikit untuk berpusing.
Ayam percik diletak. Fairul membasuh
tangannya lalu menutup makanan tersebut menggunakan tudung saji. Perlahan-lahan
Fairul menuju ke ruang tamu. Perlahan sahaja bicara ayahnya dengan tetamu
tersebut. Fairul mengintai di sebalik dinding. Susuk dan wajah ayahnya jelas
kelihatan tetapi tetamu itu membelakangi Fairul itu membuatkan hati Fairul
tertanya-tanya.
Fairul bersembunyi dengan senyap. Hatinya
seperti menyuruhnya untuk duduk diam dan menegahnya keluar dari persembunyian.
Suasana yang seram sejuk itu menakutkan Fairul. Tangan kirinya menggigil. Sejuk
sangat sehingga menyakitkan sarafnya. Fairul menahan rasa sakit itu. Sudah lama
Fairul tidak rasa sakit begitu sejak kali terakhir 15 tahun dulu. Semasa
penjenayah yang membunuh ibu bapanya dipenjarakan.
Fikirannya kembali berputar ke kejadia
pagi tadi. Waktu itu bilik Unit C14 sunyi sahaja. Masing-masing fokus pada
kerja. Amran dan Tay Run berada dalam bilik mereka. Kasturi sibuk di skrin
besar sedang meneliti gambar-gambar yang diambil untuk bukti penyeludupan
gula-gula ‘Sweet Mary’. Fairul pula sedang menganalisa laporan Mahyudin
dan Periya. Fairul seperti jumpa sesuatu
yang dia rasa penting tetapi tidak tahu yang mana satu.
Tiba-tiba sahaja, bilik itu menjadi kecoh
apabila Mahyudin dan Periya masuk. Mereka datang membawa berita gempar yang
Fairul rasa tidaklah gempar sangat.
“Ada banduan bebas hari ini,” kata
Mahyudin lalu meletakkan secawan kopi ekspresso di atas meja Fairul. Dia
kemudian pergi ke meja Kasturi pula.
“Habis?” kata Fairul pula. Biasalah, banduan
bebas setelah tamat tempoh tahanan. Apa yang nak dikecohkan?
“Terima kasih,” ucap Kasturi dengan
senyuman manis setelah Mahyudin meletakkan secawan kopi cappuccino di atas
mejanya. Terangkat kening Mahyudin melihat senyuman manis Kasturi. Ini mesti
ada sesuatu! Lalu Mahyudin mendekati Kasturi dan membiarkan soalan Fairul
dibawa angin lalu.
“Wow Kasturi! Ada apa-apa special ke hari ni?” soal Mahyudin
dengan sengihan yang panjang. Fairul mendengus. Tadi bukan main lagi Mahyudin
menggemparkan cerita banduan bebas, sekarang ini nak korek cerita dengan
Kasturi pula? Cerita tak habis lagi la woi!
Amran dan Tay Run keluar dari bilik
apabila mendengar budak-budak muda membuat bising. Kasturi menolak Mahyudin
supaya memberi dahulu minuman ketua mereka sebelum nak korek cerita dengan
Kasturi. Mahyudin sudah ketawa mengekek apabila Amran dan Tay Run mengejeknya.
Mahyudin tidak kisah diejek begitu kerana dia suka suasana bilik itu meriah
dari sunyi sepi macam gua. Fairul menggeleng.
“Well
Fairul, you tak patut ambil ringan
fasal banduan ni,” jawab Periya bagi pihak Mahyudin.Fairul pandang Periya.
Nasib ada Periya. Kalau tidak...
“Apa maksud you, Periya?” soal Fairul pelik. Ini mesti kes berat punya banduan.
“Banduan yang sepatutnya dipenjara untuk
30 tahun, bebas hari ini setelah 15 tahun dipenjara,” kata Periya serius sambil
tangannya sibuk membuka penutup minumannya.
Suasana bilik menjadi sepi. Masing-masing
fokus pada apa yang Periya dan Fairul bualkan. “Itu perkara biasakan?” soal
Kasturi.
Sudah acapkali Kasturi mendengar
bekas-bekas banduan yang dibebaskan kerana tempoh tahanan mereka di pendekkan.
Amran menggeleng.
“Walaupun perkara biasa tetapi untuk
negara kita ni, tempoh pemendekkan tahanan dia itu agak... absurd,” kata Amran serius.
“Apalah nak jadi dengan sistem tahanan
kita sekarang ni,” sambung Tay Run pula. Perlahan-lahan Tay Run menghirup
mochanya.
“I
dengar yang banduan tu dulu bekas ahli kaji universe,”
kata Periya. Berdiri tegak bulu roma Fairul. Terkejut mendengar posisi yang
pernah disandang oleh banduan itu dahulu. Fikiran Fairul mula berfikir yang
bukan-bukan. Tak mungkin. Tak mungkin lelaki itu yang dilepaskan. Fairul
menggeleng perlahan. Takkan dia seorang sahaja penjahat yang berpangkat
profesor? Habis profesor yang lain-lain itu tidak gila? Tidak jahat? Semuanya
baik belaka? Betul tak? Kan?
“Dan apa yang aku pernah dengar dari bapak
aku, dulu dia ditahan kerana membunuh polis angkasa dan ahli kaji universe yang masih lagi dalam training. Dengar cerita polis dengan
ahli kaji universe itu suami isteri
dan diorang ada seorang anak lelaki,” kata Mahyudin. Wajahnya sudah kembali
serius mengingati apa yang bapanya [sekarang ini pesara polis] pernah cerita
padanya dahulu.
Pucat muka Fairul mendengar kata-kata
Mahyudin. Apa yang Mahyudin katakan berkaitan dengan dia. Jadi benarlah lelaki
itu dilepaskan? Tetapi kenapa? Kenapa lelaki itu dilepaskan? Apa yang sudah
berlaku? Kepala Fairul makin lama, makin menunduk.
“Oh, fasal tu. Tak hairan la kalau dia
dibebaskan awal. Sebab sebelum dia dibebaskan ada masalah timbul kat majlis
pendakwa raya dengan mahkamah. Saya dengar hal itu diungkit balik selepas 10
tahun kes itu ditutup kerana bukti yang menunjukkan banduan yang terlibat dalam
kes itu sebenarnya mangsa keadaan je,” kata Tay Run pula. Tersentap jantung
Fairul mendengar kenyataan Tay Run. Mangsa keadaan? Siapa yang menjadi mangsa
keadaan? Keluarganya!
Fairul ingat lagi kejadian itu, kejadian
yang hampir meragut nyawanya. Kejadian yang membakar ibu bapanya. Fairul ingat
lagi kecuali muka lelaki itu. Fairul tidak pernah nampak dengan jelas muka
lelaki itu. Lelaki itu sentiasa dalam bayang-bayang. Sentiasa terselindung di
sebalik rambut hitamnya yang panjang. Yang Fairul nampak jelas ialah mata
lelaki itu. Mata pembunuh!
“Kenapa pulak diorang boleh cakap macam tu
sedangkan dulu diorang dah putuskan yang lelaki tu bersalah? Apa diorang kene
suap ke?” kata Mahyudin perlahan. Bab-bab suap itu suara harus perlahan. Ini perkara
sensitif.
“Kasturi, saya dengar Dato’ pun terlibat
sekali,” kata Amran. Kasturi yang dari tadi diam sahaja terkejut kerana Dato’
Mahmood pun terlibat sekali. Kasturi pantas menggeleng. “Itu saya tak tahu. Dah
lama saya tak borak panjang dengan Dato’,” jawab Kasturi jujur dan perlahan.
Perkara ini sebenarnya mengusik hatinya juga kerana hal inilah hubungan Kasturi
dengan Dato’ Mahmood rengang dulu.
Kasturi pandang wajah pucat Fairul yang tika itu Fairul juga memandang
Kasturi. Kasturi terkejut melihat air muka Fairul yang yang tidak pernah dia
lihat sebelum ini.
“Nanti saya cuba risik khabar dengan abang
saya, Zareen,” kata Kasturi tiba-tiba. Entah kenapa Kasturi rasa tidak sedap
hati. Rasa hal ini ada kaitan hidup dan matinya juga dan satu jaminan untuk
Fairul supaya wajah pucatnya itu hilang. Dan sangkaan Kasturi tepat. Wajah
Fairul sedikit lega. Kenapa ya?
“Apapun, kita kene hati-hati,” nasihat
Amran lalu masuk ke biliknya semula. Mahyudin dan Periya kembali semula ke meja
mereka. Kasturi mendekati Fairul lalu duduk mencangkung di sebelah Fairul.
Risau Kasturi melihat keadaan Fairul sekarang ini. Lalu Kasturi menyentuh bahu
Fairul. Menyalurkan sedikit tenaga. “Awak... tak apa-apa?”
“... tak apa-apa?”
“Fairul,” panggil Encil Hazril. Tangan
tuanya menyentuh bahu Fairul. Terkejut melihat Fairul duduk di situ dengan
wajah pucat. Adakah anaknya nampak tetamu itu tadi?
Fairul memandang wajah ayahnya. Air mata
kesakitan Fairul mengalir deras. Tangannya sakit kerana mengingati perkara itu.
Mengingati tangannya ditembak oleh lelaki itu. Mengingati lelaki itu kini sudah
bebas semula.
“Ayah... dia dah keluar. Fai, Fai...
takut.”
“HAH,
hah, hah, hah. Argh...!”
‘Tok, tok.’
“Adik, open
the door please!” jerit Zareen di luar pintu bilik Kasturi.
Tiada jawapan. Yang kedengaran hanya rasa
kesakitan dan lelah Kasturi yang kedengaran. Zareen risau. Dia mengetuk semula
pintu bilik Kasturi.
“Adik, bukak pintu ni! What’s wrong with you? Adik!” jerit
Zareen lagi kuat dari tadi. Namun Kasturi tidak menjawab. Zareen menggaru
kepalanya. Baik dia pergi cari kunci pintu bilik Kasturi. Biarlah Kasturi marah
dia jika dia merempuh masuk sahaja nanti.
“Argh! Sakit!”
Jeritan kecil Kasturi mematikan langkah
Zareen. Zareen panik. Pantas dia berlari ke pintu bilik Kasturi. Dia mengetuk
lebih kuat. Bagai hendak roboh sahaja pintu bilik itu. Lupa sudah pada
pencarian kunci bilik Kasturi.
“Kasturi! Open the door this moment! Kasturi!” marah Zareen. Zareen semakin
panik apabila rontaan Kasturi makin kuat. Zareen hilang arah. Renik peluh mula
kelihatan. “Okay, adik tunggu! Abang cari kunci okey?”
“Hurm... hah, hah,” jawab Kasturi.
Zareen berlari mendapatkan kunci bilik.
Habis laci meja di biliknya diselongkar. Dia menjadi si pelupa kerana terlalu
panik. “Manalah kunci ni? Masa-masa macam nilah dia nak hilang!” marah Zareen
sambil mencampak-campak barang yang ada dalam laci tersebut.
“Bukan, bukan, bukan, bukan, eh.”
Tiba-tiba Zareen berhenti dari mencampak barang-barangnya kerana tersedar dia
hampir mencampak kunci yang dicari-carinya. Pantas Zareen berlari ke bilik
Kasturi dan membuka pintu bilik tersebut.
Suasana yang gelap dan sejuk menyukarkan
Zareen untuk mencari adiknya. Tiba-tiba dia ternampak satu gulungan besar di
atas katil dan gulungan tersebut mengerekot kesujukan. Zareen mendekati
Kasturi.
“Sis,
are you okay?” soal Zareen risau. Matanya melihat badan kasturi yang
bergulung dalam selimut tebal, peluh laju meneruni di dahinya. Demam kah?
Zareen meletakkan belakang tangannya ke dahi Kasturi. Baru dua hari lepas
Kasturi demam. Ini demam semula lagikah?
“Biasa,” kata Zareen sambil tangannya
bergerak pula ke pipi Kasturi. Kemudian ke leher Kasturi pula. Zareen mula berasa
pelik. Cepat-cepat dia mahu membuka selimut tebal Kasturi, mahu merasa suhu
badan Kasturi di ketiaknya pula. Tetapi Kasturi enggan membuka. Berlaku adegan
tarik menarik untuk seketika antara Kasturi dan Zareen. Akhirnya Kasturi
mengalah. Tubuhnya lesu serta merta.
Zareen memasukkan tangannya ke dalam baju
Kasturi. Belum sempat Kasturi menyentuh mana-mana bahagian, Zareen menarik
semula tangannya. Sejuk! Mata Zareen terbeliak. Badan Kasturi sejuk seperti
ais! Perlahan-lahan Kasturi menarik selimutnya. Mula mengerekot.
“A... adik?”
“Arghhh!!!” jeritan Kasturi yang tiba-tiba
mengejutkan Zareen. Apa yang tidak kene dengan Kasturi. Tangan Kasturi yang
kemas menggenggam dada kirinya menangkap perhatian Zareen. Jangan-jangan...
Zareen berlari mendapatkan beg selempang
Kasturi. Kemudian dia mendokong Kasturi keluar dari bilik. Kunci kereta dicapai
[nasib baik disangkut di tempat yang senang dicapai]. Zareen tergesa-gesa
berlari keluar dari apartmentnya. Hospital Ibnu Sina muncul di fikirannya
ketika dia sibuk menghidupkan enjin kereta.
Season X200 itu laju membelah pekat malam yang
sunyi sepi itu. Sekejap-sekejap Zareen melihat keadaan Kasturi yang seperti
ulat beluncas dalam kepompongnya. Wajah Kasturi yang seperti orang demam,
hakikatnya dia biasa-biasa sahaja. Badannya yang seperti tiada apa-apa itu,
hakikatnya sejuk seperti direndam dalam air sejuk untuk berkurun lamanya.
Zareen risau.
Sebaik sahaja tiba, Zareen memberhentikan
keretanya di hadapan lobi. Berlari anak mendapatkan Kasturi dan kemudian
berlakulah drama sebabak.
“Sesiapa, doktor, nurse, somebody! Tolong adik saya! Tolong!” terjerit-jerit Zareen
sebaik sahaja memasuki hospital tersebut. Pesakit-pesakit yang berada di situ
terkejut melihat Zareen datang dengan terlalak terlolong sambil mendokong
seseorang. Wajah panik Zareen menjadi tanda tanya mereka. Para jururawat pantas
mendekati Zareen dan membawanya ke bahagian wad kecemasan.
Zareen berdiri di luar wad itu setelah
para jururawat mengambil alih Kasturi. Nafasnya turun naik dengan kencang. Air
matanya hampir mengalir. Tidak menyangka akan melihat penyakit Kasturi akan
menyerang semula selama hampir 20 tahun selepas pembendahan itu. Fikirannya
runsing. Mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.
“Tak
mungkin jantung tu...” kata-kata Zareen mati di situ. Argh! Dia tidak
sepatutnya berfikiran negatif sekarang tetapi setiap kemungkinan itu perlu
diambil kira. Zareen duduk di kerusi. Serabut! Kepalanya serabut sekarang.
Imbasan-imbasan memori lalu menjengah minda menjadikan Zareen takut kepada
kemungkinan itu. Rahsia yang disimpan kemas oleh seluruh ahli keluarga untuk 20
tahun lamanya.
“Sekejap!” kata Zareen tiba-tiba. Teringat
satu perkara. Zareen pandang pintu wad tersebut. Pantas tangannya mencapai poket
seluar. Cuba mencari telefon bimbitnya. Zareen meraba-raba punggungnya. Tak ada!
Sekali lagi Zareen mencari telefon itu. Semua poket di geledahnya. Kosong.
Zareen menepuk dahinya. Beristighfar panjang dia.
“Macam mana boleh lupa?” marah Zareen
seorang diri.
Kemudian dia teringat dia ada mengambil
beg selempang Kasturi. Zareen menggeleng. Barang adik boleh ambil, barang
sendiri boleh tertinggal? Dasyat! Lantas Zareen berlari menuju ke keretanya.
Sedar dia memakirkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya, Zareen
menghidupkan enjin dan memakirnya di tempat kosong yang berdekatan. Beg Kasturi
dicapai dan dia melangkah keluar. Dia perlu pergi semula ke wad tersebut sambil
itu tangannya sibuk menggeledah beg Kasturi. Beberapa saat kemudian, senyuman
nipis muncul di bibir Zareen. Telefon touch
screen itu Zareen genggam. Dato’ Mahmood perlu diberitahu dan doktor yang
merawat Kasturi dahulu. Doktor yang juga membawa Wan dalam hidup Kasturi.
Tetapi bagaimana harus dia menghubungi doktor
berpangkat profesor itu? Zareen membuka log telefon Kasturi dan matanya terarah
pada nama pemanggil yang dihubungi oleh Kasturi dua jam yang lalu. Fairul?
Zareen mengetap bibirnya. Fikirannya melayang pada perbualannya dengan Zulaika
dua hari lepas.
“Anak Profesor Hazril? You mean anak
angkat dia?” soal Zareen tidak percaya dalam nada yang tenang. Keningnya
terangkat.
Zulaika mengangguk mengiyakan pertanyaan
ketuanya itu. Tabletnya dipegang kemas dengan wajah penuh keyakinan, mahu
lelaki dihadapannya itu percaya dengan apa yang telah dia sampaikan itu.
Zareen menggelengkan kepalanya. Dagunya
digosok perlahan dan terus mendengar lagi apa yang Zulaika sampaikan.
“He was adopted when he was five, both his
parent died in a ASP crash the same year he was adopted.”
“Relatives dia tak datang cari dia ke?”
“Mak dia yatim piatu dan keluarga belah
bapanya, well...” Zulaika seperti enggan untuk meneruskannya. Zareen memandang
wajah gadis di hadapannya itu. Wajah yang tadi penuh keyakinan bertukar mendung
dan menahan perasaan. Zulaika menarik nafasnya dalam lalu dihembusnya. Zareen
sabar menunggu kata-kata seterusnya.
“Bapa dia anak tunggal. Two years after
perkahwinan mak bapa Fairul, he’s only grandparent died. Dia sebatang kara di
dunia ni Zareen,” jelas Zulaika.
“Saya akan hantar keratan akhbar tentang
accident yang berlaku 22 tahun dahulu dan lagi satu, dia di daftar sebagai half
cyborg berikutan accident yang berlaku ini juga,” tambah Zulaika. Tangannya lincah
menekan-nekan pada skrin tabletnya dan menghantar maklumat itu pada tablet
peribadi Zareen. Lalu gadis itu meminta pamit untuk keluar dari biliknya.
Zareen menongkat wajahnya dengan tangan kirinya sambil jari kanannya sibuk
menskrol keratan akhbar yang baru diterimanya itu. Terbit keluhan di bibirnya
saat memikir tentang lelaki yang berwajah serupa dengan Wan itu.
Zareen menggenggam erat telefon pintar
Kasturi. Mungkin... mungkin... jika dia menelefon Fairul... dapatkah dia
bertemu dengan doktor yang merawat Kasturi itu?
Jarinya tetap menekan nombor itu dan dia
menunggu dengan sabar. Tunggu dan terus menunggu. Apabila bunyi ‘tut’ itu
diganti dengan salam, suaranya tersekat di kerongkong. Dia terkedu untuk
seketika.
FAIRUL
berlari menuju ke bilik rawatan kelas pertama di tingkat 23 Hospital Ibnu Sina
di IHTC. Selepas menerima panggilan daripada Zareen, Fairul terus berkejar ke
hospital tersebut. Jantungnya berdegup pantas. Bermacam-macam perkara bermain
dalam fikirannya. Bagaimana agaknya keadaan Kasturi? Harap-harap tidaklah teruk
keadaannya.
Di belakang Fairul, Encik Hazril berjalan
perlahan mengekori bayang Fairul. Sebagaimananya runsing fikiran Fairul,
begitulah fikirannya. Entah kenapa bila sahaja dia mendengar nama Kasturi dia
menjadi gelisah. Mindanya terus membawa dia pergi ke memori silam. Encik Hazril
menggeleng. Tidak mahu mengingati perkara itu. Dia rasa bersalah dan berdosa.
Tetapi mengati perkara itu seperti perkara wajib untuk timbul setelah menerima
panggilan daripada telefon Fairul.
Pada waktu itu, Fairul baru sahaja
bertenang dan selesa untuk tidur setelah rasa traumanya timbul. Nasib baik ubat
penenang Fairul dia sentiasa simpan. Setelah pasti anak muda itu betul-betul
tenang, Encik Hazril ingin keluar dari bilik tersebut namun langkahnya terhenti
apabila telefon bimbit Fairul berdering kuat. Lagu sedih pulak itu. Encik
Hazril pula pantas menjawab tidak mahu Fairul terjaga. Dia memberi salam dan
mengucapkan hello, namun tiada siapa di hujung talian. Maka Encik Hazril
melihat nombor pemanggil. Terkejut dia melihat nama pemanggil tersebut.
Rasa terkejutnya bertambah apabila yang
menjawab salamnya itu seorang lelaki. Kemudian ekor mata Encik Hazril menangkap
pergerakan Fairul dan matanya celik. Fairul melihatnya dengan pandangan kosong.
Sekosong sebuah ruang. Pandangan yang dia rasa pada waktu itu serupa dengan
ciptaannya.
“Siapa ayah?” soal Fairul. Fairul bangun
dari baringnya dan mengambil telefon yang dihulurkan oleh Encik Hazril. Encik
Hazril melihat perubahan riak di muka Fairul. Tamat sahaja panggilan itu,
Fairul pantas bangun dan bersiap.
“Kenapa Fai?” soal Encik Hazrul lembut.
“Kawan Fai masuk hospital. Ayah nak ikut
ke?” Tergesa-gesa sahaja Fairul berkata-kata. Pakai baju pun main sarung
sahaja. Seluar pula disarung sambil berjalan ke pintu. Encik Hazril meggeleng
melihat perlakuan Fairul. Nampaknya ‘kawan’ yang Fairul sebut itu penting pada
Fairul sampai tidak menyempat dan nama kawan Fairul itu menarik perhatiannya.
“Tunggu jap, ayah nak ikut,” kata Encik
Hazril lalu bergerak ke biliknya mengambil dompet dan telefonnya. Dalam hatinya
kuat mengatakan dia bakal berjumpa dengan seseorang yang sudah lama dia tidak
jumpa.
Encik Hazril tiba di belakang Fairul
dengan wajah yang tenang. Fairul yang ingin masuk ke dalam wad pesakit itu
ditahan oleh pengawal pintu wad itu.
“Waktu melawat sudah lama habis. Maaf
encik,” kata pengawal tersebut.
“Tetapi kawan saya kat dalam sana sakit!
Bagilah saya lepas encik. Sekali ini jelah,” rayu Fairul. Wajah Fairul
betul-betul kusut. Encik Hazril pandang wajah Fairul. Jarang Fairul berperangai
begitu. Merayu-rayu untuk perkara yang absolute... nampaknya orang itu
tersangatlah penting.
“Encik tolonglah,” kata Encik Hazril pula.
Fairul terkesima mendengar Encik Hazril merayu bersamanya. Ikhlas wajah Encik
Hazril membantu Fairul. Fairul rasa terhutang budi pada Encik Hazril. Encik
Hazril sentiasa ada untuknya. Dari dia kecil sehinggalah besar. Fairul tidak
mahu menyusahkan Encik Hazril walaubagaimana sakit sekali pun. Malah sekarang
ini rasa sakit yang dialaminya masih ada, dia tahan sahaja. Lagipun rasa sakit
itu tidak seteruk tadi.
“Fairul,” panggil satu suara. Fairul,
Encik Hazril dan pengawal itu memandang pada lembaga yang memanggil itu. Zareen
tersenyum nipis pada Fairul lalu mendekati pengawal tersebut. Fairul lihat
sahaja perlakuan Zareen.
“Bang, dia ini bakal adik ipar saya. Bole
kasi dia masuk ye?” pinta Zareen dengan muka tenangnya itu. Fairul terkedu.
Encik Hazril sudah tersenyum nipis. Pengawal itu pula seperti keliru. Bukankah
Fairul kata tadi bahawa kawannya yang sakit dan sekarang ini Zareen kata Fairul
ini bakal adik iparnya. Tetapi bila difikir-fikirkan semula, mungkin Fairul
malu mahu mengaku. Akhirnya pengawal itu kalah dengan lagak tenang Zareen lalu
menekan punat hijau.
Palang elektrik yang bewarna biru itu pun
hilang. Pengawal itu memandang Fairul lalu menunduk hormat. “Silalah masuk,”
kata pengawal tersebut. Encik Hazril pantas berjalan meninggalkan Fairul yang
mukanya mula kemerahan. Tidak sangka rahsia hatinya sudah diketahui oleh
Zareen. Perlahan-lahan Zareen berjalan. Zareen tergelak kecil.
“Cepat sikit jalan tu, tuan puteri tu dah
menggigil tunggu tuan putera,” sakat Zareen walaupun sedikit sebanyak katanya
itu ada benar. Ya, suhu badan Kasturi masih lagi rendah. Walaupun dia sudah
tidak menjerit kesakitan setelah dibius ubat penenang. Kepala Fairul menunduk
malu lalu laju sahaja mulutnya mengucap terima kasih dan berjalan pantas menuju
ke bilik Kasturi. Sementara itu Encik Hazril masih lagi berdiri di sisi Zareen.
Senyap sahaja. Zareen pandang Encik Hazril dari ekor matanya.
“Semua ni takdir ke prof?” soal Zareen
perlahan dan berhati-hati. Dia tidak mahu sesiapa pun yang dengar. Encik Hazril
menghembus nafas. Berat sahaja yang dia rasa. Zareen menundukkan kepalanya
kemudian dia mendongak tinggi. Saat kakinya mahu menyusul langkah Fairul, Encik
Hazril memberi jawapannya yang agak berat untuk Zareen mahupun Encik Hazrin terima.
“Semuanya terserah pada diri untuk kamu
terima sesuatu keadaan, Zareen.”
Zareen mengetap bibirnya. Sudahnya segala
apa yang mahu dia suarakan, dipendamkan di dalam hati sahaja.
No comments:
Post a Comment