Tujuh
: Keranamu, Aku Setia
31
Mac 2731, 0330am, Hospital Ibnu Sina, Islam Hadori Town Centre (IHTC)
Perlahan pintu sorong bilik itu terbuka
secara automatiknya. Perlahan juga langkah Fairul untuk masuk ke dalam bilik
itu. Hatinya menjadi berat tiba-tiba. Air matanya seperti hendak mengalir bila
melihat Kasturi berbalut dengan gebar yang tersangatlah tebal dan dia masih
lagi menggigil. Sayu hati Fairul. Bagaimana Kasturi boleh menjadi begini? Salah
diakah Kasturi sekarang sering sakit? Bodohlah Fairul untuk berfikir begitu
sekarang ini! Semua ini berlaku kerana kehendak-Nya. Bukan salah sesiapa pun.
Malah Fairul rasa adalah lebih baik untuk dia menjadi ceria dan gembira di sisi
Kasturi dan bukannya muram dan sedih.
Fairul mendekati Kasturi. Muka Kasturi
yang sedikit tersorok di balik rambutnya yang hitam dan berserabai itu, Fairul
betulkan. Saat jari Fairul tersentuh leher Kasturi, rasa sejuk itu mengalir
bagai arus elektrik. Sejuknya bagai ais. Pantas Fairul menarik jarinya jauh.
Seperti hendak beku sahaja jarinya itu. Fairul mengetap bibirnya. Apa yang dia
buat ni? Kenapa dia bertindak begini? Apa yang Fairul takutkan? Fairul terduduk
di atas lantai yang sejuk itu yang Fairul rasa hangat sahaja. Lantai itu
tidaklah sesejuk badan Kasturi.
Tangan kiri Fairul mula meragam.Rasa
kejang mula terasa. Fairul menahan rasa sakit itu. Air matanya mula mengalir.
Setitik demi setitik. Rasa sakit ini sebenarnya tidaklah sesakit pedih yang
Kasturi alami. Badan Kasturi membeku dan Fairul hanya rasa ngilu dan pedih
sahaja. Rasa seperti di cucuk oleh seribu jarum itu dapatkah dibandingkan dengan
rasa sejuk yang mungkin lebih banyak jarumnya itu darpada apa yang dia rasa
sekarang ini.
“...jika kita dapat merasai kehangatan jantung bersama orang yang kita
cintai dengan tangan kiri, orang itu ditakdir untuk bersama...”
Fairul tersenyum pedih. Kenapa memori
gembira itu yang hadir saat dia hilang arah?
Apa yang ada pada memori itu sekarang? Mampu membantunya? Mampu membantu
Kasturi? Begitu?
“...jika kita dapat merasai kehangatan jantung bersama orang yang kita
cintai dengan tangan kiri,...”
“...merasai kehangatan jantung bersama...”
“...kehangatan...”
Mata Fairul terbeliak. Dia berdiri tegak.
Bulu romanya turut sama ikut berdiri. Fairul melihat tangan kirinya. Apa yang
ada pada memori itu hah? Fairul tersenyum nipis. Jawapan yang mengelirukan
bukan? Tindakan spontan yang boleh diterima akal ke? Fairul buang semua
persoalan itu. Dia dengan tekad yang tinggi pantas menyusupkan tanggannya ke
dalam gebar tebal itu. Meletakkan tangan kirinya betul-betul di atas jantung
Kasturi. Rasa sejuk yang mencengkam, rasa ngilu yang berlari di sepanjang
uratnya, semuanya Fairul tahan demi Kasturi.
Pintu bilik terbuka dan tersembul wajah
lesu Zareen dan wajah Encik Hazril. Zareen terkejut melihat tangan Fairul yang
begitu berani meraba...?
“Hei Fairul! Apa ni?” marah Zareen sambil
kakinya bergerak pantas mendekati Fairul. Encik Hazril sendiri terkejut. Apa
yang Fairul fikir? Mengambil kesempatan sewaktu yang lain tiada. Fairul senyap
tidak berkutik. Tunduk sahaja wajahnya.
“Hoi!” Zareen menarik kolar baju Fairul.
Fairul lansung tidak mengendahkan Zareen yang sedang marah. Tangan Fairul
statik sahaja. Zareen mengetap giginya. Pelik kenapa Fairul tidak
mengendahkannya atau sedikit pun rasa bersalah. Seperti perangai Wan sahaja
jika Zareen lihat betul-betul. Zareen mencari anak mata Fairul. Ditariknya
kolar baju Fairul lagi tinggi namun badan Fairul seperti mengeras.
“Pandang sini bila aku...”
Tiba-tiba kata-kata Zareen mati sebaik
sahaja matanya mendarat pada anak mata Fairul, semuanya rasa seperti kosong. Sekosong
anak mata Wan. Zareen melepaskan kolar baju Fairul. Zareen mengalihkan
pandangannya memandang Encik Hazril. Cuba meminta jawapan namun Encik Hazril
tidak membalas renungannya sebaliknya mengalihkan ke tempat lain.
“Dah panas sikit,” kata Fairul tiba-tiba.
Zareen pandang semula wajah Fairul. Mata kosong itu hilang diganti sinar
harapan dan semangat yang tinggi. Zareen bingung. Kemudian dia pandang wajah
Kasturi. Zareen tersenyum gembira. Wajah Kasturi yang pucat itu kembali cerah
dan bibirnya mula memerah. Hilang bibir ungunya. Zareen mengucap syukur pada Allah SWT.
Dari jauh Encik Hazril pandang dengan rasa
terkejut. Kata-kata Fairul mengejutnya.Tidak percaya rupanya hipotesisnya
selama ini benar belaka. Tetapi dia tidak boleh rasa gembira sekarang mahupun
rasa sedih kerana selepas ini apa yang bakal menunggu dirinya dan budak-budak
muda di hadapannya ini adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak terjangkau dek
minda. Semuanya kekuasaan Allah SWT dan setiap apa manusia rancangkan, Allah
yang tentukan. Jauh disudut hati Encik Hazril, dia berdoa agar organisasi
tersebut tidak mengetahui akan hal ini. Dia akan melindungi mereka selagi yang
termampu!
SYUKRI
duduk menghadap tingkap. Suasana yang tiada bezanya sama ada pagi mahupun malam
menjadi santapan matanya. Kopi di tangan di letak di meja sebelahnya. Telefon
bimbit di tangan kanannya dipandang. Lama. Baru semalam dia menjaga Kasturi
sehingga sembuh dan hari ini sakit lagi? Sudahlah jika dia mahu minta cuti
lagi, pasti ketuanya akan tolak. Syukri mengeluh.
“Mengeluh panjang nampak,” tegur
seseorang.
Syukri mencebik lalu memandang kawannya
dan juga satu-satunya jiran yang boleh diharap di Kondo Angkasa 234-E5 itu. Ashraf ketawa kecil melihat cebikan Syukri.
Tidak pernah berubah sejak mereka sama-sama menjadi penghuni kondominium yang
diapung dengan menggunakan medan megnetik itu. Walaupun jarak usia mereka agak
jauh namun sifat Syukri yang ganas dan sifatnya yang terbuka itu menjadikan
mereka rapat. Ashraf mengambil tempat di kerusi sebelah Syukri walaupun ada
meja yang memisahkan mereka.
Syukri menjeling lelaki berumur 35 tahun
itu. Sejak dia berpindah ke kondominium itu tiga tahun dulu, Ashraf sentiasa
ada bersamanya ketika susah mahupun senang. Syukri bersyukur kerana dikurniakan
jiran dan kawan sebaik Ashraf.
“Kau ni mesti research kau tak okey lagikan?” soal Syukri sambil matanya merenung
semula bumi di mana semua yang dia sayang duduk. Ashraf tersenyum mengejek.
“Kau pulak, ni mesti fasal masalah cinta
hati kau tu kan?” soal Ashraf semula sambil ketawa seperti setan. Syukri
bengkek. Rasa seperti mahu sahaja dia sekeh-sekeh kepala Ashraf.
“Dia sakit lagi hari ni,” jawab Syukri
tenang. Dia tahu baik dia jawab sahaja soalan Ashraf daripada menunggu jawapan
dari mulut Ashraf kerana jawapannya mesti sama dan membosankan. Sekurang-kurang
jawapan Syukri lagi ‘bervariasi’!
“Adik kau sakit lagi? Oopsss.” Pantas
Ashraf menutup mulutnya. Terlupa Syukri tidak suka orang lain memanggil Kasturi
dengan panggilan ‘adik’ di hadapannya dan hanya mahu panggil nama Kasturi
dengan panggilan ‘Kasturi’. Kata Syukri bagi dirinya Kasturi bukanlah adiknya
yang muhrim pun dan dia mahu orang tahu itu.
“Tak
pe Araf, kau panggil je dia ‘adik’. Kitaorang dah bincang dah semalam,” jawab
Syukri perlahan. Ya, semalam selepas dia tersedar dari tidurnya, Kasturi
mengajaknya untuk solat Asar bersama. Selepas itu, Kasturi menjelaskan
segalanya pada Syukri dari hati ke hati. Kata Kasturi, dia tidak mahu Syukri
terus-terusan menaruh harapan pada dia kerana sekarang dalam hati Kasturi sudah
ada seorang lelaki yang teguh berdiri dalam hatinya. Katanya! Tetapi entahlah
dia tetap rasa terkilan dan sedih
mendengar pengakuan Kasturi. Namun Kasturi kata, jauh dalam sudut hatinya,
Syukri tetap dalam hati Kasturi. Di suatu tempat khas untuk dirinya dan lagi
hebat dari Si Zareen itu. Gembirakah dia? Tidak walaupun sedikit rasa bongkak.
Ruang tingkat 30 itu senyap dan sunyi
sahaja. Biasalah sekarang ini pukul dua pagi, waktu untuk semua orang tidur.
Ashraf membiarkan Syukri melayan perasaannya untuk seketika. Boleh kata
sekarang ini Syukri sedang mengalami alam putus cinta namun apa yang
menghairankan Ashraf ialah betapa tenangnya Syukri menerima keputusan Kasturi.
Sekali lagi Ashraf tersenyum. Mana
tidaknya Syukri boleh tenang sebegini. Dia sudah selalu rasa seperti ‘ditolak’
walaupun Kasturi tidak kata apa-apa. Maka tingkat ini akan menjadi tempat
Syukri menenangkan rasa hati. Teringat dahulu ketika Ashraf tahu tempat lepak
Syukri di sini, Syukri akan bermain Squasy sampai terbaring dan bermandi peluh
sampai tanggal bajunya kerana terlalu basah dan melekit. [Tingkat 30 ialah
tempat rekriasi dan berehat]
Ashraf menggeleng mengingati perkara itu
lalu menghirup kopinya yang sudah lama dia pegang sehingga rasa hangat kopi itu
jadi suam-suam kuku.
“Kau tahu Araf, semalam aku betul-betul
tengok adik...” Terhenti kata-kata Syukri untuk seketika. Rasa pelik pula
memanggil Kasturi dengan panggilan ‘adik’. Ah, lantaklah!
“... yang adik aku tu dah sihat. Gila
sihat! Sampai malam tu kitaorang main game virtual Nintendo Wii Restling. Of
course aku yang menang! Hehe, tapi kan...”
Ashraf pandang Syukri. Ada riak bimbang
dan bersalah terlukis di wajah Syukri. Apa yang berlaku sebenarnya di Tinum ya?
Tetapi Syukri lansung tidak boleh belah, siap cerita lagi yang di menang dalam
permainan virtual konsul yang popular itu. Ashraf menghirup lagi sekali kopinya
perlahan.
“Kau percaya tak Araf, dia boleh sakit
balik malam tadi? Siap masuk hospital lagi. Zareen bagitahu aku suhu badan dia
menurun sampai 12!”
Tersembur kopi Ashraf mendengar kenyataan
Syukri. Syukri melompat bangun dari duduknya. Tidak mahu terkena semburan hitam
pekat itu. Terkejut dia melihat Ashraf tersembur begitu. Hendak tergelak pun
ada tetapi apa yang lebih menakutkan dia ialah dinding putih dan karpet merah
yang tebal itu.
“Aisy! Kau ni tak menyempat lah! Semburlah
kat tempat lain! Ni siapa yang nak lap ni? Kalau kat dinding tu tak pe lagi, ni
karpet ni siapa nak lap? Mengamuk jugaklah makcik cleaner tu!” marah Syukri. Ashraf meletakkan cawannya lalu pantas
mencari tisu untuk menyapu mulutnya dan dinding itu. Syukri turut sama membantu.
Kelam kabut mereka cuba menghilangkan warna dan bau yang melekat di karpet
tersebut.
Tiba-tiba Ashraf ketawa terbahak-bahak.
Syukri pelik. Kenapa Ashraf ketawa? Lama-kelamaan Syukri faham kenapa Ashraf
ketawa terbahak-bahak dan akhirnya turut sama ketawa tidak ingat dunia. Rupanya
Ashraf terbayangkan bagaimana rupanya makcik cleaner itu marah sedangkan makcik
cleaner itu robot. Kalau robot itu marah sekalipun siapa aja yang kisah. Semua
buat bodoh saja.
“Hei, Araf...” panggil Syukri tiba-tiba
dengan wajah yang serius.
Ashraf memandang Syukri dengan sisa
ketawanya yang masih lagi jelas kedangaran, namun tawanya mati apabila melihat
wajah sahabatnya itu serius yang buat pertama kalinya Ashraf lihat. Cermin
matanya yang hampir melorot itu dia betulkan.
“Andai takdir untuk aku pergi dulu sebelum
engkau, sebelum ada lelaki yang menjaga dan menyayangi diri Kasturi lebih dari
aku sayang dia... aku nak kau ambil tempat aku dan perhatikan dia sehingga dia
betul-betul bahagia,” kata Syukri perlahan. Mata Syukri menikam ke dalam anak
mata Ashraf. Begitu menusuk sehingga Ashraf berdiri secara tiba-tiba.
Ashraf melihat Bumi, mencari di manakah
negara Tinum? Fikirannya tiba-tiba sahaja menjadi kosong. Sekosong alam yang
terbentang di hadapan matanya. Apa yang Syukri katakan?
“Pft...”
Ashraf berpaling memandang Syukri yang
sudah menahan tawa dan terbaring berguling-guling. Ashraf bengkek. Satu perkara
yang dia pelajari hari ini dan akan sentiasa ingat ialah jangan percaya cakap
Syukri bila dia buat muka serius nak mati!
Ashraf pantas menendang punggung Syukri
dengan muka yang ditahan-tahan rasa marahnya. Buang karan jer layan budak tak
cukup umur... eh, tak cukup matang!
“Sakit sial!” marah Syukri sambil
meraba-raba punggungnya. Mukanya ada iras-iras ular nak makan mangsa sahaja.
Ashraf buat muka toya dalam hati dia menjerit gembira.
“Itu habuan untuk orang yang buat lawak
bodoh konon nak mati awal pagi-pagi buta macam ni, bodoh!” balas Ashraf tidak
mahu kalah.
“Kalau ye pun cari ah spot lain! Ini tak bontot aku jugak jadi alas tapak kasut kau!”
bebel Syukri.
“Kau
nak aku sepak @#$% kau ke?” kata Ashraf sinis. Senyuman syaitan Ashraf sedikit
sebanyak mengecutkan perut Syukri. Pantas Syukri memohon maaf.
“Aku belanja kau triple tower dulux meat
cheese with sprite sundae? Amacam, bereh eh? Eh? Eh? Hehe,” pujuk Syukri dengan
sengihan murahnya. Ashraf menahan tawa. Tetapi tawanya pecah apabila melihat puppy eyes Syukri yang hudus itu[sebenarnya
comel nak mampos!]. Syukri mengurut dadanya lega kerana Ashraf sudah tidak
marah padanya lagi.
“Lain kali jangan gurau perkara-perkara
macam ni lagi, faham!” kata Ashraf sekali gus menggunakan kuasa vetonya sebagai
orang yang lagi tua dari Syukri. Syurki mengangguk faham lalu ketawa senang
hati walaupun jauh di sudut hatinya, apa yang dia katakan pada Ashraf tadi
adalah benar 100 peratus.
Lewat pagi itu, apabila robot cleaner itu
tiba untuk mengemas tingkat itu, Ashraf dan Syukri memohon maaf dan berlalu
pergi. Nasiblah robot itu tidak mengangkat penyapu pada mereka dan hanya
mengeluh sambil membebel. Ashraf dan Syukri pula ketawa mengekek sehingga pipi
mereka kejang. Penghuni apartment yang lalu-lalang hanya melihat gelegat mereka
sahaja sambil dalam kepala mereka timbul tanda tanya yang mereka sendiri tidak
mahu ketahui.
KASTURI
memeluk
lututnya. Rasa sejuk yang mencengkam menjadikannya tidak mampu untuk berbuat
apa-apa. Pelukannya semakin erat apabila angin bertiup. Jarinya mula membiru.
Kukunya sudah lama pucat dan menjadi warna ungu. Rambutnya seperti keras
sahaja. Anak mata Kasturi melilau mencari sesiapa yang boleh dia minta bantuan.
Ruang kosong dan gelap itu menakutkannya. Lebih-lebih lagi rasa sakit di
dadanya menjadikan dia sukar untuk bernafas.
“Kay...”
Kasturi pantas menyembunyikan wajahnya
saat namanya dipanggil. Badannya menggigil-gigil. Dahulu dia sangat suka dengan
panggilan itu tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Panggilan itu
membunuhnya!
“Kay...”
Kasturi menutup telinganya. Dia tidak mahu
dengar! Kasturi memejamkan matanya. Di saat itu muncul wajah Fairul yang sedang
tersenyum sambil menghulurkan tangannya. Ilusi itu menenangkan hati Kasturi.
Tiba-tiba Kasturi menghulurkan tangannya keluar. Tidak sedar yang dia berilusi
sahaja. Kasturi membalas senyuman Fairul namun senyuman Fairul bertukar menjadi
senyuman yang mengerikan.
“Kay...” bisik Fairul di telinga Kasturi.
Rasa sakit yang tiba-tiba di jantungnya tiba lagi. Kasturi di jumpai!
Kasturi tersentap. Nafasnya terhenti. Bulu
romanya meremang. Kasturi melihat dadanya. Sebatang jarum nipis melepasi
jantungnya. Nipisnya jarum itu senipis rambut manusia.
“Argh!” jerit Kasturi. Sakitnya tidak
terhingga. Kasturi menyentuh dadanya. Nafasnya tidak sekata. Kali ini sudah
empat kali diserang. Kasturi bangun dan mula berlari walaupun badannya sangat
lemah. Dia tidak mahu diserang seperti kali kedua itu. Diserang secara
bertubi-tubi tanpa berhenti hingga dia berfikir adakah dia akan mati?
Kasturi menggeleng. Jika dia mati sudah
pasti semasa serangan kedua itu dia sudah menemui ajal. Matanya kabur dengan air mata. Sedang dia
berlari itu, dia tersilang kakinya dan jatuh mencium lantai gelap. Hidungnya
sakit dan darah pekat mula mengalir dari hidungnya.
“Hah, hah, hah...”
Kasturi cuba bangkit. Kakinya menggeletar.
Dia terlalu penat. Darah yang mengalir itu Kasturi lap lalu mendongakkan
kepalanya. Dia mula berjalan sambil kepalanya mendongak. Terhuyung-hayang dia
berjalan. Walaupun Kasturi tahu tidak mungkin ada jalan keluar lagi, tetapi
Kasturi percaya pintu itu pasti akan wujud. Pastinya!
“Kay...”
Kasturi berpaling. Benda itu datang lagi!
Pantas Kasturi mengatur langkah. Air matanya deras mengalir. Betapa lemahnya
dia sekarang. Ya Allah! Kasturi berlari tanpa arah. Terus-terusan berlari.
Selagi suara itu mengejarnya, selagi itu dia terus berlari.
Dalam hati, pelbagai soalan timbul dikala
dia mendengar suara itu. Kenapa suara Wan yang Kasturi dengar? Kenapa suara itu
menyerangnya tanpa belas? Kenapa begitu sejuk sekali? Apa yang berlaku?
“Sini!” kata satu suara sambil menariknya
keluar dari ruang gelap ke satu tempat yang cerah dan menyilaukan matanya.
Kasturi rebah di atas hamparan bunga liar yang pelbagai warna dan rama-rama
yang terbang di atas Kasturi menyedarkan Kasturi. Kasturi bangun. Matanya liar
mencari ruangan hitam itu.
“Fuh,” Kasturi melepaskan nafas lega.
Kasturi menyentuh dadanya. Rasa sakitnya mula beransur hilang. Rasa hangat pancaran
matahari menyenangkannya. Kasturi menutup matanya kemudian mendepakan
tangannya. Cuba menerima cahaya matahari itu dengan sepenuh hatinya. Rasa
hangat itu sungguh mendamaikan. Rasa seperti jatuh cinta untuk pertama kalinya
seperti sewaktu pertama kali Kasturi memaksa Fairul menyentuh dadanya.
Benarkah? Mungkin ya... Senyuman Fairul yang tergambar di mindanya.
Wajah Kasturi memerah. Senyuman tidak
lekang dari bibirnya. Dia kini kembali bertenaga dan tenang. Terima kasih Encik
Matahari!
“Kay!”
Kasturi berpaling. Kasturi sangka suara
itu masih mengejarnya namun sangkaannya meleset sama sekali. Sekujur tubuh
kecil berdiri di hadapannya tanpa sebarang riak. Matanya kosong tanpa perasaan.
Dirinya tegak tanpa bongkok. Wajahnya pucat tetapi bertenaga.
“Kay...!” kata lembaga itu lembut. Air
mata Kasturi mengalir lagi entah untuk berapa kali. Kasturi menggosok-gosok
matanya. Tidak percaya.
“Wan?” soal Kasturi dengan suara yang
serak. Perlahan-lahan Kasturi bangkit. Dia mula mengorak langkah apabila Wan
mengangguk perlahan. Senyuman Kasturi muncul bersama linangan air mata gembira.
Dia yang lebih besar dari Wan kini tidak malu menangis seperti anak kecil. Wan
menggaru kepalanya.
“Saya ingat bila awak dah besar, perangai
yang satu itu hilang sekali,” kata Wan sambil tangannya yang satu lagi menggaru
hidungnya pula. Kasturi terkesima. Dia menggenggam erat tangannya. Jika dulu,
dia akan marah tetapi sekarang ini dia tidak kisah Wan nak cakap apa pun.
Kasturi ketawa kecil. Kali ini pula Wan yang terkesima lalu mendepakan
tangannya.
“Ah.” Muka Kasturi merah. Entah kenapa
fikirannya kini tidak mampu mencari bayang wajah Fairul. Sebaliknya dia menjadi
keliru. Keliru dalam bahagia.
“Cepatlah! Bukankah awak suka kalau saya
buat macam ni... Kay?” kata Wan toya.
Kasturi menunduk. Tidak sangka dia akan
menerima pelukan sebegitu lagi setelah Wan meninggalkannya dulu. Selepas itu
Zareen pula yang buat begitu. Zareen kata dia tidak mahu wajah manja Kasturi
semasa berlari untuk dapat pelukan itu hilang. Kasturi pandang Wan lalu
tersengih sambil menyapu hidungnya yang dari tadi hingus asyik mengalir. Pantas
Kasturi berlari mendapatkan Wan dan melompat pada Wan.
Entah bagaimana badannya tika sampai dalam
pelukan Wan menjadi kecil. Tetapi Kasturi tidak megisahkan hal itu asalkan kini
dia selamat tiba dalam pelukan Wan. Wan membelai rambut Kasturi lalu mencium
pipi mongel Kasturi.
“Wan rindu Kay.”
KASTURI
menghalang cahaya terik matahari dari memasuki matanya. Kemudian Wan
mengangkat tangannya buat perkara yang sama seperti Kasturi. Kasturi memandang
Wan. Wan membalas pandangan Kasturi lalu tersenyum nipis. Kasturi terkesima.
Wan tidak mengendahkan pandangan terkejut Kasturi lalu mengambil tangan Kasturi
yang sedang melindungi matanya dari memasuki matanya lalu menggenggam belakang
tangan Kasturi.
Kasturi statik dengan posisinya dan
lansung tidak membalas genggaman tangan Wan. “Wan... sejak bila awak belajar
untuk tersenyum ni?”
Wan pandang Kasturi. Selamba tangannya
yang satu lagi memeluk bahu Kasturi. Kasturi terkejut lalu memandang tangan Wan
yang memeluknya. Merah muka Kasturi apabila tangannya yang digenggam Wan itu
dan bahunya di dipeluk.
“Pft,” Wan menahan ketawa. Pantas Kasturi
memandang Wan. Wan ketawa dan tersenyum? Betulkah ini Wan yang duduk di
sebelahnya?
“Sejak saya menjadi jantung Kasturi. Hanya
di situ sahaja jugalah saya mampu untuk tersenyum dan ketawa walaupun agak
susah untuk membuatnya. Kasturi yang ajar saya semua ini,” jawab Wan jujur.
Bertambah merah muka Kasturi. Rasa kasihnya buat Wan semakin menebal. Tiba-tiba
Wan menariknya untuk turut sama baring di padang bunga itu. Apa yang Wan
katakan bagai masuk teliga kiri keluar telinga kanan. Kasturi terlalu gembira
sekarang ini.
Kemudian Wan menariknya dekat dan
menyuruhnya baring pada lengannya. Masa yang berlalu pergi dengan tanpa sepatah
kata, hanya mainan jari-jemari Kasturi dan Wan menjadi peneman mereka.
Kadang-kadang mereka akan bermain thumb wrestling. Apabila penat, Kasturi
menutup matanya dan membiarkan Wan meramas jari-jemarinya. Saat ini Kasturi
rasa sangat gembira.
Rasa hangat di dadanya mengejutkan
Kasturi. Kasturi pantas membuka matanya namun yang dia nampak ialah dada sasa Wan
yang menghalang penglihatannya. Rambutnya pula seperti ditarik-tarik lalu
Kasturi cuba mendongak namun Wan pantas mengetuk kepalanya.
“Aouch!” Kasturi mengaduh.
“Duduk diam-diam, dulu saya tak dapat nak
ikat rambut awak. Sekarang ni saya nak try
ikat,” marah Wan menyebabkan muka Kasturi sekali lagi memerah. Dia membiarkan sahaja Wan
mengikat rambutnya. Berasa seperti dibelai dan dia sukakannya.
“Siap! Walaupun agak messy tetapi getah rambut warna ungu ni sesuai dengan warna rambut
Kay,” kata Wan lalu kembali rebah di sebelah Kasturi. Kasturi terkejut. Eh,
sejak bila Wan bertukar menjadi besar? Tak, nampak seperti Fairul! Sekejap
siapa Fairul? Kasturi kembali memandang wajah Wan apabila terasa pipinya diusap
lembut.
“Cantiknya awak bila awak besar ya, Kay,”
puji Wan sambil tersenyum nipis. Nampaknya Kasturi sudah membesar juga. Kasturi
menunduk lalu memeluk badan sasa Wan. Dia memejam matanya. “Awak pun sama juga
Wan,” balas Kasturi lalu menyambung tidurnya semula. Lama dia tidur dalam
pelukan Wan sehinggalah Wan mengejutnya.
“Kay, dah tiba masa untuk awak bangun.”
“Nantilah Wan. Lagi lima minit je lagi,”
jawab Kasturi. Dia tidak mahu melepaskan pelukan Wan.
“Kay... awak kene bangun. Nanti saya lawat
awak lagi,” janji Wan.
“Yeke?” Mata Kasturi masih lagi tertutup
rapat.
Wan membelai rambut hitam Kasturi lalu
mencium ubun-ubunnya. “Ha’ah. Kan saya dah janji pada awak yang saya akan
sentiasa berada di sisi awak, Kay.”
Mendengar kata-kata itu pantas Kasturi
membuka matanya. Siling putih menjadi tatapannya. Tiada lagi baju biru Wan atau
bau bunga liar sebaliknya bau ubat-ubat yang tidak menyenangkan.
“Kan
saya dah janji pada awak yang saya akan sentiasa berada di sisi awak, Kay.”
Tiba-tiba air mata Kasturi mengalir. ‘Ya
Allah, bagaimana aku boleh lupa pada janji itu?’ kata hati Kasturi bersama
linangan air mata dan memorinya ketika rambutnya disikat oleh Wan dan ketika di
hospital di Evergreen dulu. Semuanya kembali jelas dan apabila janji Fairul di
kafe tempoh hari timbul dibenaknya, rasa penat dan keliru membebani jiwanya.
Kini, Kasturi tersepit di antar dua lelaki yang seiras wajah dan sama timbang
tara perasaannya.
No comments:
Post a Comment