Lapan
: Dendam Si Topi Koboi
10
April 2731, 2230pm, Hospital Persendirian Gurjit Singh, Little India.
Hujan turun lebat pada malam itu dan mengakibat saluran longkang bawah
tanah di Little India, barat daya Square Enix itu dinaiki air bah. Tika orang
ramai membuat keputusan untuk tidak keluar pada malam itu dan separuh dari
penduduk Little India tersekat dalam kesesakan jalan raya, Hospital
Persendirian Gurjit Singh lengang tanpa pelawat.
Seorang petugas di bahagian wad pesakit kelas VIP sibuk menyusun atur
fail-fail sambil mulutnya tidak habis menyumpah-nyumpah seseorang dan
menghempas-hempas fail di tangannya. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 10.30
malam. Petugas itu merungus kasar. Tiba-tiba pintu gelongsor di hadapan kaunter
itu terbuka dengan sendirinya dan seorang lelaki berjubah warna Burnt Sienna
lengkap bersama topi koboi dan berkasut kulit hitam.
Petugas itu tergamam melihat lelaki itu. Setahunya pintu itu sudah
berkunci dan hanya boleh masuk jika ada pas bertugas sahaja. Hatinya berasa
tidak enak. Melihatkan lelaki yang berkelabung itupun dia sudah dapat rasa
bulunya meremang hingga fail yang berada di tangannya terjatuh.
Lelaki yang sedang menghisap rokok elektronik itu melihat petugas wanita
itu menggigil ketakutan melihatnya. Dia tersenyum sinis. Bau asap rokok yang
masam-masam manis itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk berjumpa dengan
sahabat lamanya lantas dia melangkah meninggalkan petugas yang ketakutan itu.
Petugas itu berlari ke birai kaunter dan melihat lelaki misteri itu
berlalu ke lorong gelap. “Awak tak boleh merokok di tempat awam walaupun
peri..sa o..ren...” kata petugas itu separuh menjerit dengan suara yang
tertahan-tahan. Matanya tidak berkelip melihat lelaki misteri itu dengan pintu
gelongsor silih ganti. Satu tanda tanya timbul di benaknya.
“Macam manalah dia boleh masuk,” rungut
petugas itu perlahan lalu mengeluh. Untuk menegah lelaki itu, ayat lain pula
yang keluar. Fikirannya mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Namun
kepalanya pantas menggeleng. Ini bukannya masa untuk teragak-agak. Dengan
sepantas kilat, petugas itu meninggalkan kaunter dan menuju ke bilik pengawal.
Dia menjadi paranoid kerana lelaki misteri itu seperti mahu melakukan sesuatu
pada pesakit-pesakit di wad ini dan sekaligus dia juga akan menerima tuduhan
kerana bersubahat dalam kes pembunuhan. Macam mana? Dia tidak mahu mengambil
risiko itu.
BILIK 1234 ditenung dari
luar. Dia pantas memadam rokok elektroniknya dan menyimpan dalam kocek
jubahnya. Matanya melirik pada nama yang tertera pada petak nama pesakit itu.
Dia tersenyum penuh makna lalu menekan suis automatik pintu bilik itu. Dengan
perlahan, pintu bilik itu menggelongsor tanpa sebarang bunyi.
Dia berjalan dengan penuh teratur dan kemas waima sedikit bunyi geseran
kasut dengan lantai pun tidak berbunyi. Kelihatan seorang pesakit lelaki di
pertengahan usianya sedang nyenyak tidur dalam komanya. Lelaki misteri itu
mendekati katil pesakit itu. Perasaannya seperti sudah tunggang terbalik penuh
dengan kemarahan dan dendam. Tangannya digenggam erat, cuba menahan perasaan
yang membuak-buak itu.
“Tiada siapa sangka yang engkau akan berakhir seperti ini...” kata
lelaki itu dengan intonasi yang sangat dalam. Dia memasukkan kedua-dua
tangannya ke dalam kocek jubahnya. Dia kemudian berjalan mendekati tingkap di
sisi katil pesakit itu.
“Pengkhianat seperti engkau sepatutnya dah mati by the day aku order
Kristal bunuh engkau dua hari lepas. Tapi kenapa nyawa kau liat sangat eh?”
sambung lelaki misteri itu dan dengan penuh lagak sombong dia ketawa sinis.
Lelaki misteri itu melihat pesakit itu dari ekor matanya. Geram bercakap
seorang diri. Dia mendengus kasar. “Sesiapa pun selepas ini yang menggantikan
tempat kau di syarikat tu...” Lelaki misteri itu terusan bercakap. Dia tahu
pesakit itu mendengar apa yang dia katakan itu. Lagipun dia tidak boleh
berlengah lama di bilik itu. Tidak mahu dirinya tertangkap dengan begitu mudah
sedangkan rancangan besarnya baru sahaja hendak bermula.
“... aku akan pastikan dia mengikut telunjuk aku walaupun dengan cara
paling kejam sekali. Insaf konon. Insaf kau sama taraf dengan tahi khinzir!”
cemuh lelaki misteri itu dengan perasaan yang puas. Puas kerana dapat meluahkan
apa yang dia mahu katakan.
Perasaan marah dan dendam itu telah enam hari dia pendamkan di hatinya.
Sebaik sahaja dia dibebaskan dari tahanan yang menyesakkan fizikal dan
batinnya, dia fikir tiadalah masalah yang timbul. Sebaliknya, CEO syarikat
‘Sweet Mary’ telah berpaling tadah daripadanya dengan membekalkan maklumat pada
pihak kerajaan. Pembelot!
Tiba-tiba badan pesakit itu seperti bergonjang hebat. Meter
pernafasannya menjadi tidak tentu naik turunnya. Lelaki misteri itu menjadi
kaget sementara kemudian dia melihat sahabat lamanya itu. Kawan yang sudah
menjadi lawan. Dia menjadi jelek.
Pesakit itu kembali tenang cuma pernafasannya menjadi sedikit tidak
teratur dan mendesah kuat. Lelaki misteri itu ketawa berdekah-dekah tiba-tiba.
“Kau ni nak mati memang susah, hidup lagilah susah. Takpe, takpe. Ini sahaja
yang aku boleh bantu kau sebagai seorang yang pernah menjadi sahabat kau dulu.
Aku dah tak hutang apa-apa dengan engkau,” kata lelaki misteri itu sambil
mencari-cari kotak berisi jarum suntikan.
“Kau berdarah O kan kawan? Boleh menerima apa sahaja jenis darahkan?”
Cakap lelaki misteri itu sambil mengeluarkan jarum suntikan yang berisi darah
jenis AB. Dia kemudian mencucuk kantung air pesakit itu lalu dengan penuh
perasaan dendam dia menolak pemicu itu. Setitik demi setitik darah itu jatuh ke
dalam air jernih itu dan menukarkan warnanya menjadi merah. Lelaki misteri itu
tersenyum menang.
Tidak sampai dua minit pun, lelaki itu sudah berdiri di luar hospital
persendirian. Hujan masih lagi turun samahu-mahunya. Membasahi permukaan bumi
cuba membersihkannya dari dosa-dosa manusia yang kejam dan tidak berhati perut.
Dengan tangan terketar-ketar, lelaki itu membuka topi koboinya. Dia mendongak
memandang langit malam. Lansung tiada bintang sebaliknya hanya deraian air mata
hujan dan air matanya. Dia menutup matanya berharap semua ini hanya mimpi belaka. Hanya mimpi.
“Zaim...” panggil satu suara halus wanita. Gadis berambut biru kristal
itu melihat lelaki yang berjiwa walang itu dengan pandangan kosong.
Perlahan-lahan dia memayungkan Zaim daripada terus menjadi hamba hujan.
Zaim membuka matanya kemudian memandang Kristal. Wajah putih bersih
dengan iris biru langit itu sedikit sebanyak menenangkan hatinya. “Saya... dah
bunuh kawan saya sendiri...” kata Zaim penuh penyesalan namun dia tidak punya
banyak pilihan. Wasiat abangnya mesti dilaksanakan walaupun sahabat yang dia
sayangi menghalang jalannya.
“Jom...” ajak Azim lalu berjalan beriringan dengan Kristal. Kristal
melihat wajah cengkung Azim. Saat seperti inilah yang paling Kristal tidak suka
kerana dia lansung tidak dapat memahami apa yang Zaim fikirkan. Kristal kembali
memandang ke hadapan.
“Sebenarnya darah O itu boleh terima darah selain darah O ke ataupun
darah AB yang boleh terima darah lain selain darah AB?” soal Azim tiba-tiba.
“Pilihan kedua yang betul Azim,” jawab Kristal melayan kerenah Azim yang
kadang-kadang berperangai kebudak-budakkan.
Azim mengangguk-angguk faham. “Patutlah dia
mati...” kata Azim tidak bersalah. Entah kenapa saat itu Kristal mahu sahaja
menghantuk kepala Azim pada jalan raya. Nak kata bodoh, pandai. Nak kata
pandai, bodoh. Hm... tak fahamlah. Kristal hanya mampu menggeleng melihat adik
bekas kekasihnya itu. Lantak engkaulah.
No comments:
Post a Comment