Sembilan : Awak nampak Feminin Sayang♥
14jam dan 45 minit sebelum itu di Apartment Saujana, Posh High
“Kan saya dah janji pada awak yang saya akan sentiasa berada di sisi awak, Kay.”
Kasturi menutup matanya rapat. Kata-kata
itu berulang berkali-kali dalam kotak fikirannya seperti mesin pemain suara.
Suara lembut Wan dan pelukannya dapat Kasturi rasa walaupun sudah seminggu dia
mimpikan Wan. Sejak itu, Wan sudah tidak muncul lagi dalam mimpinya. Tidur
malamnya kembali kosong dan tiada gangguan.
Kasturi mengeluh panjang. Sikat di tangan
di letak semula selepas siap menyisir rambut hitamnya yang lurus dan panjang
hingga ke pinggang itu. Rambut yang dia bela untuk 20 tahun lamanya. Jika perlu
dia hanya trim bahagian bawah sahaja. Kemudian Kasturi mengambil getah
rambutnya yang bewarna ungu bersama-sama alur jingga dan kuning. Kasturi tenung
lama getah rambut itu.
MATANYA
yang membengkak memaksa dirinya untuk pergi ke tandas, namun segala kudrat yang
ada hanya mampu untuk dia bangkit dari pembaringan. Kepalanya yang berat
ditongkat dengan kedua belah tangannya. Matanya yang berpinar dipejam celiknya.
Nampaknya dia demam lagi. Sudah berapa hari agaknya dia tidur?
Bau ubat yang perit dan bilik yang putih
seperti menjadi satu kebiasaan untuk dirinya walaupun sudah lama tidak menjadi
penghuni bilik di bangunan seperti ini. Dan sebagai lazimnya juga, apabila
sedar dari tidurnya yang panjang mahupun koma, soalan pertama yang akan terbit
dari mulutnya ialah...
“Hari ni hari apa ye?”
“Sudah pukul berapa?”
...dan macam-macam soalan biasa untuk
orang sepertinya. Soalan seperti...
“Papa dan mama mana?”
... tak pernah sekali pun muncul dari
bibirnya. Sebaliknya soalan seperti ini yang terpacul...
“Papa dan mama pergi pejabat tak? Atuk
pula macam mana? Harap dia makan ubat dia.”
Tetapi untuk kali ini, soalan-soalan itu
seperti hilang terus dari benaknya. Apa yang dia fikirkan sekarang ialah...
“Tandas,” kata Kasturi perlahan.
“Ah, awak dah bangun Kasturi?”
Kasturi mendongak. Kelihatan Fairul sedang
berjalan masuk sambil membimbit beberapa dokumen dan menyandang sebuah beg
sandang yang kecil. Fairul tersenyum pada Kasturi. Teringat pesan Zareen supaya
diceriakan wajah dan bertindak seperti biasa. Kasturi tidak suka orang risau
pada dirinya. Zareen juga memberitahu jika Fairul menemani Kasturi dan pada itu
Kasturi tersedar tolong beritahu pada gadis itu hari ini hari apa? Dan sudah
pukul berapa?
“FYI, hari ini hari Isnin, 2 April 2731
dan awak dah terlepas mesyuarat 29 jam yang lepas. Oh, sekarang ni pukul 10...”
Fairul melihat jam tangannya.
“...03 malam dan awak dah tidur untuk dua
malam, rasanyalah. So, how do you feel
right now?” soal Fairul setelah selesai memberitahu perkara yang dia rasa
perlu sambil meletakkan barang-barangnya di atas meja kopi yang terletak di
tepi tingkap, 3 meter dari katil Kasturi.
“Toilet!”
kata Kasturi perlahan tetapi tegas.
“Oh... okay. Meh saya tolong awak bangun,”
kata Fairul faham lalu membantu Kasturi berdiri. Rambut Kasturi yang berserabai
dan sesekali menyentuh hidung Fairul itu, menyukarkan Fairul untuk berjalan
seiringan dengan Kasturi.
“Nanti kejap, saya rimaslah...” kata
Fairul lalu berhenti berjalan sekaligus memaksa Kasturi berhenti berjalan.
Kasturi pelik.
Fairul pantas menanggalkan getah rambut
Kasturi. Rambut hitam Kasturi yang panjang hingga ke pinggang itu, Fairul sikat.
Nasib baik sikat itu berada berdekatan dengan tempat Fairul berdiri. Disikatnya
rambut Kasturi dengan lembut walaupun ada beberapa bahagian yang tersekat-sekat
kerana kusut. Kemudian Fairul mengikat tinggi rambut Kasturi supaya senang
nanti untuk Kasturi baring semula. Rambut depan Kasturi juga diikat sekali.
“Wokey, kan nampak muka sembap awak.
Menangis ye tadi?” kata Fairul ceria. Patutlah sibuk nak pergi tandas. Dihujung
kata Fairul, sempat lagi dia ketawa kecil. Kemudian Fairul meletakkan belakang
tangan kanannya di dahi Kasturi.
“Hm, hm... as expected from the expert, awak demam dan ianya bagus. Tadi awak
nak pergi tandaskan... hm... bagus-bagus! Awak dah tak be... aouch!” Fairul
mengaduh kesakitan kerana Kasturi memijak kakinya dengan kuat sekali. Fairul
terlompat-lompat dengan satu kakinya sambil memegang kakinya yang satu lagi.
Kasturi pantas berjalan memasuki ke dalam tandas.
“Pang!”
Bergegar kamar hospital itu. Kasturi
bersandar pada pintu tandas tersebut. Tangan kanannya pula menyentuh dahi.
Pipinya semakin merah dek malu. Jantungnya berdebar laju, selaju 200 km/j atau
lebih. Kasturi mengintai ke luar. Kelihatan Fairul sedang menggosok-gosok
kakinya sambil meniup dengan lembut. Kasutnya itu sudah ditanggalkan. Rasa bersalah
singgah di hati. Tetapi sekejap sahaja selepas itu rasa marah pula yang timbul.
‘Padan dengan muka!’ ejek Kasturi dalam
hati lalu menuju ke sinki. Membasuh mukanya.Setelah mukanya rasa segar dan puas
disiram dengan air yang sejuk, Kasturi menutup pili air dan melihat wajahnya
yang masih merah. Sekali lagi dahinya menjadi mangsa tangan kanannya.
“Demam lagi eh,” kata Kasturi sambil
tersengih. Tiba-tiba Kasturi terperasan akan getah rambutnya dan pintasan deja
vu menyelinap memorinya. Kasturi pantas menggeleng. Mimpi ajelah!
Kasturi melangkah keluar dari tandas dan
melihat Fairul sedang melihat beberapa helaian kertas dengan cermin matanya
yang hampir melorot itu. Tidak tahu pula yang Fairul memakai cermin mata dan
melihat Fairul memakainya... Kasturi rasa Fairul nampak matang dan kacak.
Kasturi mencangkung di hadapan Fairul.
Fairul pula buat tidak endah sahaja. Sibuk meneliti setiap dokumen yang ada.
Kasturi mencebik lalu dijelir lidahnya. Pantas Kasturi bangun ingin baring semula
dan tidur tetapi tangan Fairul pantas mencapai pergelangan Kasturi, memaksa
Kasturi untuk kembali mencangkung di hadapannya.
Pegangan Fairul yang kejap, membuatkan
Kasturi patuh pada silent treatment Fairul itu. Kasturi memandang Fairul dengan rasa
tidak puas. Fairul masih lagi menghadap dokumennya itu. Lama Fairul pegang
pergelangan Kasturi hingga Kasturi rasa rimas dan ingin menariknya semula.
“Saya rasa takut bila saya dapat tahu yang
awak dimasukkan ke hospital dan saya rasa gembira bila semalam saya jumpa dalam
beg awak, getah rambut yang saya bagi awak beberapa hari lepas,” ucap Fairul
sambil menanggalkan cermin matanya lalu memandang ke dalam anak mata Kasturi.
Rasa debar yang hilang tadi kini timbul semula. Kasturi melarikan anak matanya.
Tidak sanggup lagi untuk berlawan mata dengan Fairul. Rasa cintanya pada Fairul
dan pada Wan semakin meningkat dengan mendadak. Kasturi keliru.
“Awak tahu bila rambut awak kene cahaya
matahari, saya nampak rambut awak jadi warna ungu... sebab tu, saya beli getah
rambut ni warna yang sama dan tambahan warna oren dan merah tu... sama macam
pipi awak ni yang tengah malu,” sakat Fairul lalu ketawa kecil. Kasturi
bengkek. Pantas ditarik tangannya dan melompat ke atas katilnya. Di selimutnya
seluruh badannya. Biarlah badannya berpeluh kerana panas. Bukankah bagus untuk
kebahkan demam.
“KRING,
kring...”
Kasturi tersedar dari lamunannya.
Rambutnya masih lagi tidak berikat. Pantas dia berlari menjawab panggilan
telefon apartment yang berada di sebelah alat kawalan pintar rumah. Skrin
telefon menunjukkan gambar rumah pondok pengawal. Kasturi menekan ikon telefon
diangkat yang bewarna hijau itu.
“Ya B-1,” kata Kasturi sambil mata melihat
pada jam di skrin telefon itu.
“Tetamu yang Cik Kasturi katakan tadi
sudah tiba. Nak suruh dia masuk ke?” Kasturi berdiri tegak apabila B-1
memberitahunya bahawa ‘tetamu’ yang ditunggunya itu sudah tiba.
“Erm... tak. Tak perlu. Saya sendiri akan
pergi sana. Okay? Saya letak dahulu,” jawab Kasturi lalu menekan ikon merah.
Laju sahaja dia mendail nombor rumah buggy,
di mana keddy atau robot yang
ditugaskan untuk mengambil atau menghantar penguhi mahupun tetamu
apartment ke pondok pengawal
memandangkan apartment Kasturi berada jauh dari rumah pondok pengawal itu.
Setelah mendail nombor tersebut, tertera
pula nama-nama keddy yang tidak
digunakan khidmatnya. Lalu Kasturi menekan B-6.
“Ya Cik Kasturi,” kedengaran suara robot
di hujung talian.
“Ambil saya dalam 2 minit lagi,” arah Kasturi
lalu meletak ganggang. Dia berlari ke meja soleknya dan menyikat semula
rambutnya. Diikat tinggi rambutnya dan rambut depannya pula dikepil ke atas
dengan pin.
Kasturi mencapai loose neck tunic yang berwarna pic yang dipadankan high colar inner bewarna kelabu dan short jeans bersama-sama tight bewarna kelabu juga. Dia mencapai flat bootnya dan pantas melakukan
prosedur mengunci rumahnya. Apabila dia sampai di hadapan kawasan apartment A-98-101B,
B-6 telah pun sedia menantinya. Tanpa berlengah, Kasturi menaiki buggy tersebut.
Perjalanan dari apartment unit A-98-101B
ke pondok pengawal memakan masa lima minit. Ini kerana terdiri 25 unit
apartment di mana setiap unit ada empat buah apartment. Manakala apartment
Kasturi pula adalah apartment yang ke 101[apartment yang terakhir sekali].
Dari jauh lagi Kasturi sudah nampak
Fierce[satu-satunya kereta yang ada di ruang itu =,=’] yang tersadai di ruang
parkir tetamu yang jarang datang ke kawasan apartment ini atau digelar sebagai Unlisted Guest. Kasturi mengucapkan
terima kasih pada B-6 dan B-1. Dia kemudian mendekati keeta tersebut.
Fairul melangkah keluar apabila terlihat
bayang Kasturi mendekati keretanya. Dia menghadiahkan senyuman yang dia rasa
lain dari yang lain dari hari-hari yang sebelumnya. Mungkin itu senyuman khas
buat Kasturi seorang sahaja.
“Assalamualaikum,” Fairul memberi salam
sambil matanya melihat Kasturi dari atas hingga ke bawah. Dia kemudian
melorotkan sedikit Ray Ban hitamnya
supaya dapat melihat Kasturi dengan lebih jelas.
Kasturi berhenti dari terus berjalan
setelah melihat perlakuan yang kurang senang dari Fairul. Salam Fairul
dijawabnya dalam hati. Kasturi membelek dirinya. Kenapa?
“Apa?” soal Kasturi pelik.
“Pft.” Fairul menahan tawanya. Tidak
sangka Kasturi akan terperasan dengan tindakannya.
Kasturi sudah mencekak pinggang. Dia
melihat sahaja Fairul yang sedaya upaya menahan diri dari ketawakan dirinya
yang Kasturi sendiri tidak tahu kenapa. Dia pakai baju salah ke?
“Sorry
honey. Hari ni awak nampak lain sangat jadi saya...” kata Fairul dalam
selitan tawanya. Kening kiri Kasturi terangkat. Lantas dia berpusing dan
membuat keputusan untuk pergi ke tempat kerjanya menaiki Sully sahaja.
“Nanti, tunggu. Okay, okay, saya salah! Sorry,” ucap Fairul lalu menahan Kasturi
dari melangkah pergi. Kasturi ingin menarik tangannya tetapi Fairul lebih
pantas dengan terus mengunci dirinya dari berjalan. Fairul memegang kedua belah
bahu Kasturi dengan kejap. Kasturi terkebil-kebil memandang Fairul yang
kelihatan sangat segak hari ini. [Baru perasan]
Fairul mengenakan baju-T bewarna dark pic, black coloured skinny jeans, dan black coloured supra shoes with dark pic stripes. Jika Fairul dan
Kasturi jalan bergandingan, mereka kelihatan seperti hendak keluar
berjalan-jalan sahaja, macam pergi dating, sedangkan mereka ingin perg ke
tempat kerja sahaja.
“Awak nampak cantik dan femenin sangat
hari ni, Kasturi. Saya suka awak pakai macam ni, Selalu-selalukanlah ye?” kata
Fairul sambil mengenyit mata. Kasturi terkesima. Tidak sangka Fairul akan
memujinya hari ini. Dia menundukkan mukanya. Tidak mahu Fairul melihat mukanya
yang sudah merah itu.
“Kasturi?” soal Fairul apabila melihat
Kasturi tertunduk begitu lama. Risau juga ada kerana takut gadis itu menangis.
Teruk sangatkah dia membuli Kasturi tadi. Dia bukan sengaja mahu buli Kasturi
lebih-lebih. Sudah seminggu Kasturi tidak masuk pejabat, jadi dia mahu mengusik
Kasturi sedikit untuk lepaskan rindunya yang tinggi menimbun itu.
Tiba-tiba...
“Aouch,” Fairul mengaduh lalu memegang
hidungnya yang dia rasa sudah patah dek tandukkan kepala Kasturi yang keras
macam batu itu. Kasturi pantas berjalan masuk ke dalam kereta Fairul dan
menghempaskan pintu kereta tersebut.
Fairul menggosok-gosok hidungnya. Fairul
perasan ada cecair merah yang pekat melekat dan melekit yang mula mengalir. Dia
ingin marah pada Kasturi tetapi sedar pada salahnya pada Kasturi dan tadi
ketika Kasturi menanduk mukanya tadi, dia seperti ternampak muka merah Kasturi
yang menahan malu. Fairul tersenyum nipis.
‘Tak pe, tak pe... hari ni hari kau, esok
hari gua!’ bisik hati Fairul sambil kepalanya sudah merancang-merancang agenda
nakalnya.
KASTURI
cuba menahan tawa. Tangan Fairul yang menggigil-gigil dapat dia rasa di
belakang kepalanya. Kasturi menutup mulutnya pula. Badannya yang
menggigil-gigil menahan tawa itu, sedaya upaya Kasturi cuba kurangkan gigilnya.
Hatinya nakal berbisik untuk mengenakan Fairul semula setelah apa yang lelaki
itu telah lakukan padanya pagi tadi. Namun, dia telah menanduk muka Fairul
sehingga berdarah hidung kawan itu. Terbit rasa bersalah yang sedikit di hati
Kasturi walaupun Kasturi tidak tunjukkannya.
“Siap!” Fairul melepaskan lelah. Penat
dirinya cuba mengikat kain kapas corak bunga-bunga kecil yang telah dilipat
empat untuk menutup pandangan Kasturi. Fairul bersandar pada cushion kereta.
“Susah-susah je,” kata Kasturi sambil
tersengih. Kasturi tahu kenapa Fairul tiba-tiba mengikat kain ini pada kepalanya.
Fairul melihat Kasturi dari ekor mata kemudian dia tersenyum.
“Apa yang awak fikirkan Kasturi?”
“Suprise
party,” jawab Kasturi jujur.
Hendak pecah ketawa Fairul mendengar
jawapan Kasturi yang terus-terang itu. Dia sudah dapat agak apa yang Kasturi
fikirkan kerana sejak dari tadi, ketika mereka berada di Posh High lagi[daerah
yang Kasturi tinggal], Kasturi sudah tersenyum-senyum. Fairul menurunkan brek
keratanya. Pedal minyak ditekan. Sebelum itu lampu isyarat untuk masuk semula
ke jalan raya diberi.
“Anggap ajelah awak tak sebut jawapan tu
tadi...” kata Fairul cuba berdolak-dalih.
“Jadi betullah ye? He...” kata Kasturi.
Ada nada gembira dalam kata-katanya.
“Perkara yang awak fikir tu taklah semegah
yang awak rasa, biasa-biasa je...” Fairul tersenyum senang. Rancangan untuk
mengadakan suprise party untuk
Kasturi ini pun dari Mahyudin. Dia memang suka buat benda-benda macam ini.
Macam-macam yang mereka mahu lakukan semuanya yang luar biasa, Tay Run dan
Amran pun tidak lepas daripada memberi idea merapu dari memberi yang idea yang
bernas. Patutlah mereka semua boleh bekerja satu pejabat. Semuanya suka makan
kerepek, kaki merepek!
Nasib baiklah budak-budak back up team tu ada. Tolong memberi idea
yang sepatutnya. Jadi setiap ahli diberi tugas masing-masing. Dan seluruh ahli
unit C14 dan back up team C14 seperti
ada agenda tersembunyi yang Fairul sendiri tidak ketahui. Pada mulanya, dia
dikehendaki berjumpa dengan Kasturi di tempat parkir sahaja, tiba-tiba mereka
tukar plan dan mahu dia menjemput Kasturi dari apartmentnya. Fairul ikut sahaja
kerana dia sendiri pun mahu lihat bagaimana rupanya apartment Kasturi yang
mereka dok sebut-sebutkan tu.
“Kau jangan tak tahu, rumah dia ada segala
jenis macam robot! Kawasan itu kebanyakan guna Home Guard Security System yang
terbaru punya. 0.7 punya. The most updated system yang ada kat bumi ni
tau!” Itu kata Mahyudin. Lain pulak kata Amran.
“Kawasan tu untuk orang yang ada taraf
tersendiri. Cubalah tengok rumah dia. Saya tengok macam rumah banglo juta-juta
jer... tapi mereka cakap itu hanya apartment? Tak fahamlah saya. Dahlah dalam
rumah dia pun, main remote control
jer... tak payah nak susah-susah nak alih barang ke, shopping perabot ke. Semuanya gune internet! Kalau untuk ruang
rumah diaorang guna Virtual Display Layout. Belum sampai kat garaj lagi. Entah
macam manalah rupanya kalau rumah yang bertingkat-tingkat tu berfungsi...”
Fairul tersenyum geli hati mendengar
luahan hati mereka. Secara jujurnya, Fairul sendiri pun tidak percaya dengan
apa yang dia lihat pagi tadi. Memang update lah sesangat kawasan perumahan kat
situ. Dia sendiri pun macam rusa masuk kampung. Nasib baik pengawal robot yang
namanya B-2 itu menyuruhnya tunggu di dalam kereta sahaja. Tambah lagi, kata
robot itu, Kasturi sendiri akan keluar untuk jumpa dengannya. Ingatkan berjalan
kaki, rupanya naik buggy!
Tetapi dalam mereka sibuk menjalankan
agenda mereka, Fairul ada agendanya yang tersendiri. Dalam seminggu Kasturi
cuti itu, membolehkan dia menjalankan operasi tak rasmi itu. Lagipun semua itu
untuk Kasturi juga. Nasib baik Zareen dan Syukri sudi menolong. Syukur
Alhamdulillah.
Fairul mengeluarkan duit RT4.00 seperti
biasa apabila ingin melepasi pintu tol untuk masuk ke Square Enix menuju ke
pusat bandar Gleam City. Senyuman dihulurkan apabila robot berkenaan menaikkan
palang tersebut, membenarkannya untuk masuk ke dalam daerah itu.
“Tak percayalah,” kata Kasturi tiba-tiba.
Fairul menolah memandang Kasturi tetapi sekejap sahaja. Kening kanannya
terangkat. “Apa yang awak tak percaya?”
“Diaorang... bukan macam tu,” jawab
Kasturi. Fairul mencebikkan bibirnya. Adakah ‘diaorang’ yang Kasturi katakan
ialah mereka... Kasturi tidak silap. Cuma...
“Well, ikut suka hati awaklah nak percaya
atau tak, saya dah cakap ianya biasa-biasa. Jangan nak mengharap sangat.” Di
hujung kata-kata Fairul terselit ketawanya. Kasturi bengang. Kasturi tahu
jarang budak-budak ofisnya itu mahu buat benda yang biasa-biasa. Semuanya luar
biasa. Dia takkan tertipu dengan Fairul!
“Okay!” kata Kasturi memberi kata putus.
‘BILA
agaknya kali terakhir ada orang buat suprise
party untuk aku ye? 15 tahun lepas? Atau 20 tahun lepas? Tak... rasanya
ketika aku berumur dua tahun. Ketika untuk pertama kalinya aku dimasukkan ke
hospital selepas aku disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Pada masa
itu, aku terlampau gembira kerana akhirnya aku dapat pulang ke rumah selepas
hampir seminggu aku ditahan di hospital.
‘Pada itu aku suka bergaul dengan sesiapa
sahaja yang aku jumpa. Pada itu juga aku dengan senangnya berbual dengan papa,
mama dan atuk. Dan pada itu juga aku fikir yang sakit aku itu, bukanlah sesuatu
yang... menyusahkan.
‘“Suprise!”
Jeritan dari pembantu-pembantu rumah dan tukang kebun juga pemandu bergema tika
aku melangkah masuk ke dalam rumah selepas doktor membenarkan aku pulang ke
rumah.
‘Aku rasa seperti jantungku kembang
setaman. Aku rasa gembira sangat kerana semua orang meraikan kepulangaku.
‘“Selamat pulang sayang,” kata mama lalu
mencium pipi kananku. Papa meletakkan beg bajuku lalu mengikut perlakuan mama.
Mencium pipi kiriku. Atuk pula menunggu giliran di sisi papa sambil mengendong
Neko.
‘Rasa hangat kasih sayang mama dan papa
juga atuk dapat aku rasakan dan aku sentiasa dambakan. Aku... benar-benar
gembira sehingga aku rasa tidak sabar untuk potong kek sponge kegemaranku, untuk bermain bersama-sama pembantu-pembantu
rumah itu, untuk bermain air bersama-sama tukang kebun, dan untuk bersama-sama
menghargai apa yang ada tika itu.
‘Aku terlalu gembira hingga aku rasa
dadaku penuh dengan angin, terlalu gembira hingga aku sukar untuk bernafas dan
aku terlalu gembira hingga segala apa yang lihat pada waktu itu adalah satu
ikatan yang hangat antara manusia dengan diriku untuk kali terakhir sebelum
segalanya... menjadi sebuah permulaan hidup aku yang kosong dan hitam. Yang
hanya untuk aku tunggu saat untuk aku pergi...
‘“Berapa kali perlu saya pesan pada Dato’,
tuan dan puan yang Kasturi tidak boleh terlalu excited. Dia tidak boleh terlalu
penat atau terlalu gembira. Ini akan menjejaskan keadaan dia yang sekarang ini
pun tidak berapa baik. Kalau Dato’, tuan dan puan sayang dia, tolong... jangan
ulangi perkara-perkara macam ini lagi.”
‘Mungkin ini petunjuk yang Allah beri
padaku supaya kelak aku tidak berkelakuan sebegitu lagi. Rasa bersalah
menyelinap dalam diriku apabila aku secara tidak sengaja terdengar perbualan
mama, papa dan atuk dengan doktor. Aku sedar yang sudah tidak layak untuk menerima
kasih sayang sesiapa lagi selepas ini mahupun memberi rasa kasih itu kerana aku
tidak mahu melihat wajah mereka yang begitu. Wajah sedih yang mereka sorok
dengan senyuman paksaan. Aku tak mahu...
‘“Keluar! Keluar! Kasturi tak nak tengok
sesiapa pun buat atau bawak kek sponge
ni dalam bilik Kasturi! Jangan sesekali jejak kaki dalam bilik Kasturi kalau
Kasturi tak panggil. Pergi!” Sejak saat itu, hari lahir mahupun hari-hari
istemewa yang lain, semuanya seperti dibuang dari vila itu. Tiada lagi gelak
ketawa dan tiada lagi rasa hangat yang suatu masa dahulu sentiasa mewarnai vila
ini.
‘Aku tidak mahu terima apa-apa dari
siapa-siapa pun asalkan mereka mereka bernyawa dan berperasaan tanpa dipaksa
atau diprogramkan, aku bencinya. Satu-satunya yang aku terima dalam hidup aku
yang suram itu, hanya Neko. Menemani aku dalam bilik itu. Bilik yang aku
umpamakan sebagai penjara yang aku sendiri cipta. Bilik untuk aku menunggu
mati.
‘Walaupun kadang kala aku rindu pada rasa
kasih dan sayang orang yang aku sayang tetapi aku terpaksa pendam itu seorang
diri. Aku perlu menjadi orang yang kuat demi diriku yang rapuh nyawanya dan aku
percaya aku boleh bertahan sehinggalah... aku bertemu dia. Satu-satunya
kehadiran manusia yang aku tidak boleh tolak...’
PEGANGAN
tangan Fairul kejap di pergelangan Kasturi. Sepanjang dia memandu arah perjalan
Kasturi hingga ke dalam lif sebelum mereka betul-betul tiba di hadapan pintu
kaca pejabat mereka, Kasturi senyap dan tidak berkutik. Kasturi ikut sahaja
langkah Fairul seperti mempercayai lelaki itu 100 peratus!
Tiba-tiba Fairul teringat peristiwa di
kafe ‘Yesterday Love’ tempoh hari. Entah kenapa hatinya gusar dan lemas bila
terfikirkan hal itu. Melihatkan reaksi Kasturi pagi tadi selepas dia memuji
Kasturi, dia menjadi lelaki yang gembira namun dia tidak pernah mendapat
sebarang jawapan yang pasti. Jadi dia mahu menduga Kasturi.
“Kasturi...” panggil Fairul perlahan.
“Hm...”
“Tentang apa yang saya beritahu awak dekat
kafe hari itu...”
“Ehm...”
“Tolong...”
“Saya takkan boleh lupa,” potong Kasturi.
Fairul terpana.
“Saya percayakan awak,” tambah Kasturi
lalu memandang Fairul walaupun dia tidak nampak apa air muka Fairul lukiskan
sekarang ini tetapi apa yang dia pasti dan dia percaya ialah dia perlu
tersenyum. Senyum seikhlas mungkin. Jawapan yang dia ada untuk Fairul walaupun
kadang kala goyah kerana kehadiran bayangan Wan. Perasaan yang dia ada untuk
Fairul tetap tidak berubah kerana Fairul adalah masa sekarang dan Wan... hanya
tinggal kenangan dan hanya wujud dalam mimpi-mimpinya sahaja. Satu kenyataan
yang dia baru sedari tadi.
No comments:
Post a Comment