Sepuluh
: Balik Ke Pangkuan Kamu
10
April 2731, 0830am, Pejabat Unit C14
“Suprise!”
Sebaik sahaja penutup mata Kasturi
ditanggalkan, bunyi jeritan, letupan konfetti dari komputer, warna-warni reben
yang bertebangan dan senyuman rakan seperjuangan menjadi tatapan pertama
Kasturi. Kasturi terkejut kerana tiada bunyi dram atau karpet merah atau
permainan nintendo di hujung bilik atau kek aising yang bertingkat-tingkat
mahupun tarian naga virtual sekalipun. Tiada. Hampakah Kasturi? Tidak...
“Pft.”
Mereka yang berada dalam bilik memandang
Kasturi dengan pelik. Sebentar tadi wajahnya seperti blurr sahaja. Tiba-tiba
dia ketawa? Mereka berpandangan.
“Hehe.” Ketawa Kasturi meletus juga
setelah segala apa yang dia bayangkan tidak menjadi sama sekali dan apa yang
Fairul katakan itu benar. Bukankah tadi dia kata dia percaya pada Fairul?
Tetapi ini kes lain. Betul tak? Entahlah. Kerana itu hati Kasturi digeletek
rasa geli hati.
“Terima kasih. Saya... terkejut,” kata
Kasturi dengan senyuman yang menawan. Hati mereka kembang mendengar ucapan dan
pujian dari mulut Kasturi yang susah nak dibuka itu. Pantas Fairul menarik
Kasturi ke meje perbincangan di tengah-tengah ruang pejabat itu di mana adanya
kek pulut kuning dan rendang ayam. Juga macam-macam lagi hidangan lain.
“Tiuplah...” bising budak-budak back up. Mahyudin juga turut serta.
Kasturi memandang Amran. Amran tersenyum apabila gadis yang dia anggap seperti
adiknya sendiri itu memandangnya.
“Tiuplah... dah lamakan Kasturi tak tiup
lilin?” bisik Amran perlahan. Air mata Kasturi seperti hendak mengalir sahaja
tika ayat itu keluar dari mulut Amran. Amran merupakan sepupu Kasturi yang
paling rapat dengannya berbanding dengan sepupu sepapatnya yang lain. Seorang
yang memahami dirinya sama seperti Zareen.
Dengan perlahan Kasturi meniup lilin
tersebut. Bunyi tepukan memenuhi ruang bersama gelak tawa dan gurauan dari
teman-teman menjadikan Kasturi sebak. Sudah lama dia tidak melihat pemandangan
seperti ini. Cuma sayangnya, orang-orang yang dia sangat rindu tiada di situ
menyambutnya. Kasturi memandang sekelilingnya. Wajah ceria teman-teman yang
saling usik mengusik dan gelak ketawa mereka buatkan Kasturi rasa tidak puas.
Dia mahu lebih.
Tiba-tiba pandangannya terhenti di pintu
kaca depan. Lembaga yang berdiri di sebalik pintu itu membuatkan Kasturi
terkesima. Lembaga itu tidak bersendirian. Air mata Kasturi yang dari tadi
ditahan itu akhirnya tumpah seperti air terjun. Dia kini rasa puas apabila
Zareen, Syukri, Datin Melur dan Dato’ Mahmood berada di situ. Kasturi ingin
dapatkan mereka namun kakinya seperti melekat di situ. Sebenarnya Kasturi masih
lagi berasa kekok untuk terus berlari mendapatkan mereka lebih-lebih lagi Dato’
Mahmood berada di situ.
Amran, Tay Run, Periya, Mahyudin,
budak-budak back up dan Fairul melihat Kasturi. Menanti riaksi seterus Kasturi.
Rancangan untuk menjemput ahli keluarga Kasturi sekali datang dari Fairul. Dia
yang beria-ria mahu menjemput ibu bapa Kasturi. Fairul pandang anak mata Kasturi.
Pandangan dari tepi membenarkan Fairul
melihat Kasturi sepuasnya dan memahami fikiran gadis itu lalu Fairul mencapai
tangan kiri Kasturi. Kasturi memandang Fairul. Air mata yang mengalir bak air
sungai itu membuatkan Fairul tersenyum. Teringat ketika pertama kali dia
melihat air mata gadis itu.
“Awak tak patut buat mereka tunggu
awakkan? Pergilah jemput mereka masuk,” kata Fairul perlahan lalu menarik
Kasturi pergi ke pintu kaca tersebut. Kemudian Fairul menolak Kasturi keluar
dari pejabat tersebut.
Kasturi melihat wajah Fairul yang
tersenyum itu sambil dirinya tertolak keluar dari pejabat tersebut. Fairul
membuat isyarat supaya menyuruh Kasturi mengajak ahli keluarganya masuk ke
dalam pejabat. Kasturi menelan liur. Kasturi berkalih memandang kakinya pula
sambil menggosok-gosok tangan kirinya.
“Ma... masuklah,” jemput Kasturi
terketar-ketar. Zareen dan Syukri tersenyum lalu menghabiskan lakonan mereka
dengan berjalan masuk ke dalam pejabat meninggalkan Kasturi bersama-sama dengan
Datin Melur dan Dato’ Mahmood.
Datin Melur pantas berlari mendakap
Kasturi. Dia sangat merindui anak gadisnya. Sudah tiga minggu dia tidak melihat
wajah Kasturi sejak kenduri doa selamat itu walaupun hanya sekejap-sekejap
sahaja dia dapat melihat wajah itu. Kasturi sering mengelak untuk berbual
dengannya. Lebih-lebih lagi untuk
bergurau senda, jauh panggang dari api. Datin Melur memeluk Kasturi
seerat-eratnya. Minggu lepas dia dikhabarkan Kasturi telah dimasukkan ke dakam
hospital kerana penyakit yang tidak dikenal pasti tetapi bila sahaja dia mahu
melawat Kasturi di hospital, anak itu sudah keluar dan pulang ke rumahnya.
Datin Melur sedih. Sedih kerana
hubungannya dengan Kasturi begitu jauh hinggakan untuk dia menjejakkan kaki ke
apartment Kasturi pun, dia berasa takut dan gelisah. Sudahlah dahulu setiap
kali dia datang melawat ke kawasan apartment Kasturi, Kasturi akan ajaknya
untuk pergi ke tempat lain. Dia lansung tidak pernah melihat bagaimana rupanya
rumah anak gadisnya itu.
Kasturi kekok. Tidak tahu untuk buat apa.
Badannya tidak mengeras atau jauh sekali lemah longlai. Yang dia rasa ialah
rasa rindu yang membuak-buak terhadap Datin Melur. Perlahan-lahan tangannya
membalas pelukan Datin Melur.
“Ma...ma...” kata Kasturi perlahan. Air
matanya mengalir deras. Dia rindu untuk memanggil wanita itu mama. Selama ini
panggilan itu jarang singgah di bibirnya. Jika dia hendak panggil wanita itu
sekali pun, agak susah untuk perkataan itu keluar.
Datin Melur terkejut mendengar Kasturi
memanggilnya ‘mama’. Hatinya kembang setaman. Dia berasa sangat gembira hingga
air matanya mengalir sama lebat dengan Kasturi. Dato’ Mahmood yang melihat
perkembangan hubungan anaknya dengan Datin Melur berasa gembira dan sedikit iri
hati kerana Kasturi seolah-olah tidak nampak akan kehadirannya. Tetapi disimpan
baik-baik rasa itu dan hanya mampu tersenyum. Dia rasa bersyukur
sekurang-kurangnya Kasturi telah membuka hatinya untuk menerima Datin Melur.
Dato’ Mahmood sedar Kasturi memerlukan masa
untuk menerimanya setelah apa yang dia lakukan dahulu, dia sememangnya layak
untuk menerima hukuman sebegitu. Kelihatan Kasturi menjemput Datin Melur untuk
masuk. Dato’ Mahmood rasa terpinggir. Tiba-tiba Kasturi berpaling memandangnya.
Walaupun tidak secara terus memandangnya, tetapi tetap membuatkan dirinya rasa
seperti tidak dipinggirkan apabila Kasturi menjemputnya.
“Masuklah...” kata Kasturi kemudian
meneruskan langkahnya yang terhenti tadi. Dato’ Mahmood berasa lega. Dia masih
ada peluang untuk dirinya diterima oleh Kasturi. Dia yakin dan dia akan
berusaha untuk itu.
MAHYUDIN
dan Periya masing-masing mendokong dua buah kotak berisi fail. Masing-masing
bersusah payah membawa kotak itu ke bilik research
unit C14 atau lebih dikenali sebagai back
up team. Apabila sahaja mereka tiba ke destinasi tersebut mereka pantas
meletakkan kotak-kotak tersebut di atas meja perbincangan. Peluh yang membasahi
dahi mereka, pantas disapu lalu duduk di kerusi yang terdekat untuk melepaskan
lelah.
“Lain kali jangan ajak aku!” marah
Mahyudin pada Periya. Periya tersengih mendengar amarah sahabatnya itu.
“Sekali sekala... apa salahnya,” balas
Periya dengan sengihan yang tidak lekang dari bibir. Mahyudin mencebik. Alasan
lapuk!
“Memanglah... tapi kau tolong Urr pun
sebab kau nak ambik hati dia kan?” marah Mahyudin lagi. Baginya, Periya lansung
tidak ikhlas membantu Urrmila, kekasih hati Periya. Bukannya Mahyudin tidak
tahu, semalam pasangan itu bergaduh selepas jamuan untuk menyambut kepulangan
Kasturi.
“Eh, apa pulak? I memang ikhlas la. Kalau I nak
ambik hati dia, malam tadi lagi I dah
hantar seribu kuntum bunga ros tau!” Periya membela dirinya. Yang sebenarnya,
apa yang Mahyudin katakan itu benar belaka dan niatnya untuk membeli seribu kuntum
bunga ros itu pun benar cuma... sekarang ini poketnya seperti ada lobang sahaja.
Cepat sangat duitnya terbang bulan itu.
Mahyudin menggeleng-geleng tidak percaya.
Sudah hampir dua tahun dia berkawan dengan Periya. Dia sudah masak dengan
perangai kawannya yang satu itu. Lelaki gentleman akhir zaman! Mahyudin rasa
nak termuntah aja apabila menggelarkan kawannya begitu.
Tiba-tiba pintu berkembar itu terbuka dan
kelihatan Kasturi masuk ke dalam bilik itu dengan tenang sekali. Di tangannya,
terdapat sekeping dokumen yang dipegang kejap. Mahyudin dan Periya saling
berpandangan. Muka serius Kasturi, membuatkan mereka berdua tertanya-tanya.
Mereka kemudian melihat Kasturi semula.
Kasturi mendekati Baiduri. Gadis berkulit
hitam manis dan bertudung litup itu khusyuk menaip sesuatu di papan kekunci
tika Kasturi berdiri di sebelahnya. Kasturi mengetuk meja Baiduri dua kali lalu
memberi salam. Baiduri menjawab salam tersebut lalu berpaling memandang orang
yang memberi salam. Terbuntang biji mata Baiduri melihat Kasturi yang berdiri
di sisinya sambil tersenyum nipis.
“Kasturi...” kata Baiduri terkejut.
“Hai! Sorry ganggu awak. Saya nak minta
tolong sikit. Awak sibuk ke?” soal Kasturi lalu cuba menjenguk skrin komputer
Baiduri. Pantas Baiduri menutup laman itu. Laman itu tidak boleh tunjuk pada
Kasturi kerana sebab-sebab tertentu.
Baiduri tersengih-sengih memandang
Kasturi. Terkelip-kelip mata Kasturi melihat Baiduri.
“Benda apa yang awak nak suruh saya
tolong?” soal Baiduri pantas.
Mahyudin dan Periya kembali berpandangan.
Kemudian menjungkit bahu. Pada waktu itu, Urrmila masuk dengan membawa beg
troli bewarna kelabu. Periya pantas berdiri dan tersenyum manis. Mahyudin
menggeleng-geleng pening kepala lalu memangku kepalanya. Nampak sangatlah
Periya nak bodek Urrmila balik.
Malangnya Urrmila buat tidak layan dan
mendekati meja Baiduri. Periya panasaran lalu terduduk dengan bibirnya panjang
dua depa. Mahyudin menjeling Periya. Lantak kaulah kawan! Mahyudin kembali melihat
kumpulan gadis-gadis di depannya. Kelihatan Kasturi, Baiduri dan Urrmila sedang
bergelak ketawa.
“Hei Periya,” panggil Mahyudin.
“Pe hal?” jawab Periya. Dia melihat
Mahyudin yang matanya lansung tidak beralih daripada memandang Kasturi. Periya
melihat Kasturi. Keningnya terangkat.
“Cantik jugak dia ketawa,” puji Periya.
Mahyudin mengangguk.
“First time aku tengok dia gelak ketawa
macam ni. Dulu masam aje muka dia,” respon Mahyudin. Periya tersenyum mendengar
kenyataan Mahyudin.
“It’s
all thanks to Fairul. Rasanya you
memang tak de peluang nak tackle
Kasturi la,” usik Periya. Mahyudin ketawa kecil mendengar kata-kata Periya.
“Yelah tu. Aku admire dia ajelah sebab dulu dia kerja kat bahagian team elite. Tu
jer,” balas Mahyudin lalu menggaru-garu pipi kanannya. Periya mencebik.
“Admire
konon. Eyolah! Cakap ajelah you suka
kat Cik B yang manis tu...” kata Periya perlahan. Matanya memandang Baiduri
yang tersenyum manis. Lesung pipitnya terselah, mencantikkan lagi wajahnya yang
hitam manis itu. Mahyudin menarik bulu lengan Periya. Kurang asam lebih pahit
betul Periya ni. Suka suki je.
Periya pantas memukul tangan Mahyudin lalu
mengusap lengannya. Pedih siot! Mahyudin tersengih. Amek kau!
“Tapi...” kata Periya tiba-tiba. Mahyudin
melihat Periya. Tidak sangka keluar ayat ‘tapi’ dari ayat-ayat menyumpah
dirinya.
“Dulu dia selalu masam pun sebab Farid...
masa mula-mula dia masuk unit kita, muka diakan serius. You tak ingat?” soal Periya dengan wajah yang mendung. Mahyudin
membaringkan kepalanya. Wajahnya turut redup. Tidak sangka lelaki peramah yang
penuh dengan ketawa itu akan berubah sepenuhnya bila berjumpa dengan Kasturi
dan Mahyudin ingat lagi, saat arwah sedang nazak, dia hampir-hampir menumbuk
lelaki itu.
“Macam mana aku tak ingat. Dia yang buat
team kita ni macam tempat kubur je tau!” marah Mahyudin. Periya jatuh kasihan
melihat Mahyudin tetapi mereka berdua tahu kenapa Farid bersikap begitu
terhadap Kasturi. Periya menarik nafas kemudian dia menghembusnya. Senyuman
nakal terbit di bibir Periya lalu...
“Aouch! Sakit bodoh!” marah Mahyudin dalam
suara tertahan-tahan. Tidak mahu menarik perhatian gadis-gadis itu dan orang
lain walaupun dia ada terjerit ‘aouch’ dengan kuat sekali kerana tindakan
rifleks.
“Sorry,”
mohon Periya. Mahyudin mendengus kasar sambil tangannya sibuk mengusap
lengannya. Tidak sangka Periya akan buat serangan balas. Sakit betul! Periya
ketawa kecil lalu melentokkan kepalanya ke atas meja beralaskan lengannya. Mahyudin
meniup-niup lengannya. Entah kenapa dia rasa bulu lengannya ada yang tercabut
sahaja.
“You
should at least understand late Farid, bukan ke you dulu satu kelas dengan dia masa sekolah rendah?” soal Periya.
Mahyudin menjeling.
“Ha’ah untuk setahun. Lepas tu dia
pindah,” jawab Mahyudin dalam nada menyampah. Periya ketawa lagi.
“Dia jadi macam tu pun sebab mak dia
kan...” kata Periya perlahan.
“Tapi dia tak patut buat kat Kasturi macam
tu, tak adillah. Aku macam tak sangka dulu dia ni jenis badut happy go lucky. Senyum kat luar, sedih
kat dalam,” kata Mahyudin kesal.
“Itu semua salah mak dialah...” Periya
tidak habis-habis menyalahkan emak arwah Farid sahaja. Mahyudin mengerut dahi.
“Hei kau ni, tak habis-habis salah mak
dia. Karang mak dia dengar, tak ke naya karang?!” Mahyudin memberi amaran.
Periya menongkat dagu pula.
“Tak dengarnya. Dah sebulan mem tu tak
datang. Relaks la brother,” kata
Periya tenang lalu menutup matanya.
“Hah yelah, relaks laa. Mem tu, telinga
dia lagi dasyat dari telinga gajah tau. Kau jangan main-main!” Lagi Mahyudin
memberi amaran, lagi Periya pekakkan telinga. Mem yang juga emak kepada Farid
merupakan ketua unit pasukan research unit C14. Garangnya macam gorilla,
tegasnya macam singa dan berdisiplin macam tentera Jepun. Polis contoh yang
patut diikuti anak-anak muda polis sekarang.
Tiba-tiba telefon di meja Baiduri
berdering. Periya pantas berdiri. Mahyudin lagilah kakinya tiba-tiba sahaja
seperti tidak cukup skru. Urrmila yang sedang mengemas mejanya melihat meja
Baiduri. Kasturi dan Baiduri saling berpandangan. Telefon yang berdering adalah
telefon bernombor dua yang sudah lama tidak berbunyi sejak sebulan yang lalu.
Peluh keluar berlari di dahi Periya.
‘Mulut Mahyudin ni memang cabullah!!!’ jerit hati Periya. Tangan Baiduri
perlahan sahaja mengangkat telefon itu. Salam diberi bila ganggang itu sampai
di telinga dan mulutnya.
“HELLO...”
sapa Baiduri perlahan dan tenang.
“Bai... switch to speaker, I want
everyone to hear this,” arah si pemanggil membuatkan Baiduri menjeling
Kasturi dan yang lain. Hatinya rasa tidak enak sahaja. Air liurnya ditelan.
Walaupun begitu, arahan tetap perlu dipatuh.
“O... okay,” balas Baiduri tergagap-gagap
lalu menekan butang kuning di telefon tersebut. Tiba-tiba muncul skrin lut
sinar yang besar di tengah ruang pejabat itu. Kemudian satu garisan biru yang
halus muncul di tengah skrin itu.
“Thank
you Baiduri,” kata-kata itu kedengaran memenuhi ruang dan seirama dengan
tarian garisan biru halus itu.
Baiduri mengangguk sedikit seolah-olah
orang itu berada di hadapannya. Kasturi melihat Baiduri kemudian pada Mahyudin
dan Periya. Muka mereka berdua pucat seperti telah berjumpa dengan entiti tanpa
badan sahaja.
“Okay, saya tak nak buang masa saya dan
masa kamu semua,” tambah si pemanggil itu.
“Saya nak every report for the past one
month ago on my desk today, dan bila saya kata atas meja saya, make sure the report complete from the top
to the bottom. Saya tak nak ada sebarang keciciran. Plus, no excuses,” kata Puan Seri Dahlia a.k.a Madam DD.
Pada masa itu terdengar keluhan terbit
dari bibir-bibir ahli back up yang lain. Mahyudin dan Periya berasa gerun
sahaja. Nasib baik Amran baik tak macam Madam DD ni. Mereka tak dapat bayangkan
bagaimana kehidupan mereka jika mereka bekerja di bawah Madam DD.
“Oh ya, saya nak bilik gerakan kita bersih
without any speck of dust dekat karpet, meja cucible, lampu, cermin, bilik
persalinan, tandas, komputer, dan paling penting sekali tong sampah.” Laju
sahaja mulut Madam DD menyenaraikan kawasan-kawasan sifar habuk itu dan
seiringan dengan itu kepala mereka semua sibuk mengikut gerak senarai Madam DD
dan bila tiba tang tong sampah mereka semua menutup muka. Tekak loya sahaja
melihat keadaan tong sampah itu.
“Ueek!” kata mereka tanpa sedar. Mereka
mula fikir siapalah sanggup mem ‘volunteer’
mencuci si malang tong sampah itu.
“Saya rasa itu sahaja and I want all these
‘workload’ done before saya masuk office,”
tenang dan tegas Madam DD menuturkan kata-katanya.
“Oh ya, kedai donut sebelah kedai bunga tu
baru bukak ye?” soal Madam DD tiba-tiba dan membuatkan hampir kesemua muka ahli
back up team C14 berubah biru. Pantas mereka berlari ke cucible mereka dan memulakan tugas mereka. Mana yang sudah
menyudahkan report mereka pula
melakukan kerja-kerja pembersihan.
Kasturi melihat mereka bersusah payah
menyudahkan kerja mereka. Kasturi faham kata Madam DD itu kerana kedai donut
yang dia sebutkan itu berada 50 meter dari pejabat mereka. Hm, nasib badanlah.
Kasturi pantas mengucapkan terima kasih pada Baiduri dan mengundur diri. Tidak
mahu menganggu gadis itu. Mahyudin dan Periya pun begitu.
“As
for you three that is trying sneak out from my office...” rupanya Madam DD
masih di talian. Mahyudin, Periya dan Kasturi masing-masing berhenti dari
berjalan. Bulu roma Periya naik dengan drastik. Dalam hatinya tak habis-habis
menyumpah Mahyudin.
“Kirim salam saya dekat Amran and please inform him yang saya dalam
lima minit lagi akan singgah office
dia...”
“Bukk!” Tong sampah yang busuk lagi kotor
itu terjatuh tika mereka semua berusaha menggerakkan tong sampah itu keluar
dari bilik gerakan dan yang sebenarnya mereka terkejut betapa suntuknya masa
yang mereka ada untuk menyudahkan ‘beban’ yang diamanahkan itu.
“... and
Mahyudin dan Periya, please jangan
kacau anak buah saya...” sambung Madam DD seolah-olah dia tidak dengar bunyi
jatuh yang kuat dan bunyi anak-anak buahnya yang bergaduh dalam bisikan dan
jelingan. Masing-masing sedang tension
dan kelam kabut kerana bos.
“... dan mengumpat belakang saya, okay?”
Mahyudin dan Periya tersengih. Hakikatnya
baju sudah basah dek peluh dan tinggal masa hendak untuk perah sahaja. Kasturi
memandang Mahyudin dan Periya dengan simpati.
“And
in addition, Kasturi...”
Kasturi mendongak melihat skrin halimunan
itu. “Yes,” jawabnya tenang.
“14pm
at rooftop, alone. Okay?”
“Roger,”
balas Kasturi lalu berjalan keluar dari bilik itu bersama-sama Mahyudin dan
Periya.
“SAYA pergi dulu. Take care.”
Kasturi mengangguk lalu menyalam tangan
wanita berusia 54 tahun itu. Tangan itu sejuk tetapi cukup kuat genggamannya.
Kasturi cium tangan wanita itu. Madam DD tersenyum nipis lalu mengusap rambut
Kasturi. Rasa kasihannya pada Kasturi bertambah-tambah apabila melihat gadis
tinggi lampai itu di depan mata selepas sebulan tidak berjumpa.
Kasturi melihat Madam DD pergi dengan rasa
keliru. Otaknya seperti kosong. Dia tidak dapat berfikir apa-apa. Kemudian dia
melihat surat di tangannya. Sampul putih itu bersih tanpa sebarang kotoron cuma
ada beberapa kedutan sahaja. Sampul yang lansung dia tidak sangka akan terima.
Ketika kali pertama dia mendapat tahu pengirim surat itu dia rasa dunianya
seperti terhenti sahaja.
“Arwah Farid?” ulang Kasturi tidak pasti.
Madam DD mengangguk. Kasturi melihat sampul itu dengan tangan yang
terketar-ketar.
“Tolong maafkan Farid, Kasturi.” Kasturi
pantas melihat Madam DD. Redup sahaja mata wanita itu. Mulut Kasturi ingin
mengatakan sesuatu tetapi entah mengapa mulutnya berat sahaja.
“Farid... dia, terlalu berhati-hati dengan
perempuan terutama sekali girls with
personality like you. Sehinggakan
dia tak sedar yang dia over protactive
kamu. Semuanya berpunca dari saya,” luah Madam DD bersama-sama senyuman kelat.
Kasturi terkejut mendengar kata-kata wanita itu. Juga sedikit rasa keliru.
“Madam...”
“We
live saperately after I divorce with his father. At that time, apa yang
penting bagi saya adalah kerja saya, melindungi negara yang aman ini dari
anasir-anasir luar. It was a heavy case
and at that time too, I met your father,” tambahnya lagi.
Kasturi menunduk. Teringat kisah dirinya.
Rupanya, nasib arwah Farid dan dirinya serupa. Diabaikan oleh ibu bapa mereka
sendiri. Sedikit sebanyak Kasturi faham perasaan arwah.
“A
workholic person and it encourage me to
work more and abandon my son. Bila ayah dia meninggal, dia tinggal dengan
saya. It felt awkward as I tried to work out our relationship. Dia makin
menjauhkan diri dia dari saya dan menyalahkan saya atas kematian bapanya. He hates me so much but he still cares for
me and I know deep down in his heart there is still some space for me.
“Saya tidak menyesal atas apa yang saya
lakukan dan apa yang telah saya kehilangan because
all I did was to protect someone that I love,” kata Madam DD dan sebutir
air matanya gugur. Sebak hati Kasturi melihat ketabahan wanita di hadapannya.
Kasturi menyapu air matanya. Kata-kata
Madam DD tadi mengusik jiwanya dan seolah-olah menggambarkan wanita yang
berdiri di hadapannya itu ialah bapanya. Kasturi mencangkung.
Angin yang bertiup perlahan itu sedikit
sebanyak meniup segala keresahannya. Perlahan-lahan Kasturi baring di atas
rumput evergreen. Melihat awan putih dan langit yang biru ditemani unggas
berarak bersama kumpulannya.
Kasturi menutup matanya. Sampul putih itu
dipegang dan dibawa ke atas perutnya. Dia membayangkan Fairul dan Wan baring di
sisinya. Bersama-sama menutup mata dan kepala menghadap ke angkasa. Perasaan
tenang kembali menjalar ke dalam hatinya.
Bunyi derap langkah dan geseran membuatkan
Kasturi membuka matanya. Matanya mengecil apabila bayang hitam menghalang
pandangannya.
“Slacking
kat rooftop?” kata bayang itu.
Kasturi tersenyum nipis.
“Sibuk je,” balas Kasturi.
Bayang itu mencebik lalu meninggalkan
Kasturi. Pantas tangan Kasturi menangkap kaki bayang itu. Fairul berhenti
berjalan lalu memandang Kasturi yang sudah meniarap itu.
“Teman saya?” pinta Kasturi dengan muka
mengharap. Fairul melihat sekeliling. Kemudian tersenyum. Kasturi melepaskan
kaki Fairul lalu baring semula ke posisi asalnya. Fairul mengambil tempatnya di
sisi Kasturi.
“Kalau kulit saya gelap, awak
bertanggungjawab,” sakat Fairul dan mula menutup matanya.
Kasturi ketawa kecil. “Dah memang gelap
pun...” kata Kasturi perlahan dengan senyuman yang tidak lekang. Kini angannya
menjadi kenyataan. Ya, walaupun Wan tiada di sisinya secara nyata kini tetapi
Wan tetap di sisinya, di minda dan hatinya. Dulu, kini dan selamanya.
No comments:
Post a Comment