Fiona
melihat gadis itu mengundurkan diri dan menutup pintu kertas itu dengan
penuh tatasus ila. Fiona masih lagi melihat pintu kertas itu kemudian
beralih kepada tikar tatami yang dianyam kemas itu. Tikar itu
mengingatkan dia kepada orang yang sangat jauh di tanah kelahirannya.
Tiba-tiba Fiona sedar bahawa dia bukanlah berseorangan dalam bilik
bersegi empat itu apabila bunyi beduk buluh itu menghentam batu apabila
isinya sudah dipenuhi air.
“Maaf,” pinta Fiona.
“Tidak
mengapa. Manusia akan terleka bila mereka melihat alam. Dunia ini
sungguh cantik, dan bilik ini sendiri mempunyai elemen alam yang
memukau,” kata Encik Hideoshi. Beliau ialah seorang lelaki yang sudah
mencapai umur 70 tahun dan beliau begitu mencintai alam dan Fiona
sendiri dapat melihat keghairahannya itu apabila pertama kali
menjejakkan kakinya ke rumah warga emas itu. Di samping itu, beliau juga
merupakan seorang usahawan berjaya yang mempunyai syarikat gergasi di
Jepun dan di beberapa negara maju yang lain seperti Amarika Syarikat,
Britain, Perancis dan China. Malah, Encik Hideoshi juga merupakan
‘client’ Fiona. Sudah tiga tahun Encik Hideoshi menjadi pelanggan
tetapnya tetapi Fiona tidak pernah sekali pun menjejakkan kakinya ke
rumah lelaki yang disegani ramai ini. Hari itu boleh dikatakan sebagai
hari bertuahnya.
Fiona
hanya tersenyum lalu cepat-cepat dia mengeluarkan rekaan-rekaan
bangunan dan pelan-pelan ‘blue print’ itu dari begnya yang bersaiz
sebesar kad ‘board’ itu. Encik Hideoshi hanya melihat sahaja perlakuan
Fiona mengeluarkan kertas-kertas itu yang kemudiannya dibentangkan di
atas tikar tatami itu.
“Ini
adalah pelan dan rekaan yang telah kami fikir sesuai dengan konsep dan
permintaan tuan iaitu ‘Hijau Duniaku’. Di setiap rekaan ini kami sudah
buat pengiraan keluasan tanah yang mungkin...” bicara Fiona terhenti
apabila Encik Hideoshi berdeham. Mata Fiona terkebil-kebil melihat muka
Encik Hideoshi. Dari pandangan tepi muka Encik Hideoshi, muka beliau
kelihatan serupa dengan rupa orang yand dari tadi bermain-main dalam
fikirannya iaitu gurunya yang sudah tujuh tahun sudah tidak ditemui
sejak keputusan SPMnya diumumkan.
Gurunya
itu seorang guru yang sangat berdisiplin, seorang yang sangat
bercita-cita tinggi dan seorang yang suka membuat lawak. Dari luaran dia
kelihatan biasa-biasa sahaja. Rambutnya pula seperti dipotong mengikut
tempurung kelapa di bahagian hadapan dan rambut potongan kelapa itu
diselak ke tepi dahinya supaya rupa kelapa itu tidak begitu jelas.
Tetapi rupanya itu tetap terkelihatan dan apabila diajukan soalan
mengapa dia memotong rambutnya begitu, dia hanya akan menjawab, “fesyen
orang Korea,” sambil tersenyum. Sudahlah matanya sedikit sepet dan
berkulit putih, dia betul-betul kelihatan seperti anak cina. Dengan
susuk tubuh yang tegap dan tinggi dan masih lagi bergelar bujang, ramai
pelajar-pelajar perempuan dan lelaki menyukainya termasuklah guru
wanita.
“Pernah
tak kamu terfikir untuk berhenti daripada mengejar bayang-bayang, Cik
Fiona?” soal Encik Hideoshi mengetuk lamunan Fiona sekali gus
menyedarkannya kembali ke Jepun.
“Itu...
saya...” kelu lidah gadis berusia 28 tahun itu. Dia faham maksud
kata-kata lelaki tua itu tetapi untuk menjawab soalan itu, mulutnya
seperti ada emas. Berat untuk dia menjawab malah rasa malu juga ada.
Tipulah kalau dia akan berhenti dari mengejar bayang-bayang idolanya
itu. Tetapi tipulah juga, jika dia tidak pernah terfikir untuk berhenti
mengejar.
Dahulu
dia hanya gadis biasa tanpa impian, tiada arah tujuan dan matlamat
untuk terus hidup. Yang dia ada hanya buku dan sahabat baiknya, Erza
yang sama sepertinya kecuali Erza tidak pandai sepertinya. Erza juga
tidak suka pada buku, berus lukisan dan falsafah. Walaupun Erza dan
Fiona mempunyai sikap yang bertentangan tetapi ada satu perkara yang
mereka sama iaitu perasaan menyampah terhadap Cikgu Badrul.
Secara
jujurnya Fiona tidak begitu mengenali Cikgu Badrul tetapi berdasarkan
apa yang Erza beritahunya, dia seperti ‘lembu dicucuk hidung’ mengiakan
sahaja apa-apa yang Erza katakan. Menurut Erza, guru itu pantang jumpa
dia pasti keselahannya akan ditegur walaupun sekecil hama seperti semasa
Erza makan berdiri. Jadi Erza dengan beraninya membuat perjanjian
dengan guru muda itu bahawa jika Cikgu Badrul berhenti menegurnya maka
Erza akan ikut peraturan sekolah.
Dan
Cikgu Badrul itu sudah tidak menegurnya. Tetapi Erza masih lagi tidak
berubah. Masih lagi melanggar peraturan sekolah dan masih lagi dengan
stokin merah jambunya itu. Kata Erza, apa yang dia berjanji dengan Cikgu
Badrul sebelum ini hanya ‘tin kosong sahaja’ sambil ketawa
terbahak-bahak sampai tidak ingat dunia. Fiona hanya menggeleng.
Sesungguhnya Fiona tidak suka dengan sikap Erza yang memungkiri
janjinya. Tambah Erza, dia lakukan semua itu hanya untuk berseronok.
“Fiona,
kau rasa Cikgu Bad itu, sudah bencikan aku kah? Aku bagi salam pada
dia, dia tak balas. Sunyum pun tak mahu. Pandang muka aku lagilah dia
tak nak!” luah Erza pada suatu petang di rumah Fiona.
“Entahlah Erza,” balas Fiona acuh tidak acuh.
“Fiona
tolong beri perhatian pada masalah aku boleh? Jangan asyik dengan
Biologi sahaja!” marah Erza sambil memulas-mulas patung beruang milik
Fiona yang ada di atas katil. Erza hanya mengeluh.
“Kalau
kau patuh pada janji kau Erza, mungkin Cikgu Bad akan tegur kau lagi.
Kenapa kau sibuk sangat fasal hal ini? Bukankah kau tak suka pada dia?”
kata Fiona sambil memandang ke anak mata Erza setelah dia meletakkan
pensil makenikalnya yang bewarna coklat itu. Erza terkesima lalu hanya
memuncungkan mulutnya.
FIONA
berlari-lari mencari guru-guru yang ada di dalam bangunan sekolah itu.
Dia termengah-mengah seperti ikan tidak cukup oksigen lalu ditekan
dadanya supaya debaran didadanya itu reda. Tetapi dia tidak boleh
membuang masa di situ. Erza sekarang dalam bahaya. Lalu matanya kembali
melilau mencari-cari guru yang mungkin boleh menolongnya. Tiba-tiba
susuk tubuh tegap dan tinggi lampai itu melintas di hadapannya. Tanpa
teragak-agak, Fiona menjerit nama guru itu. “Cikgu Badrul!!” Guru seni
itu memandang ke arah Fiona. Fiona mendekati guru tersebut. Guru itu
memandang Fiona dengan pelik. “Cikgu, Erza...”
Sebaik
sahaja Fiona selesai memberitahu Cikgu Badrul tentang kemalangan yang
menimpa Erza di belakang sekolah, Cikgu Badrul cepat-cepat memberikan
pertolongan. Cikgu Badrul menyuruhnya meminta pertolongan guru-guru yang
lain dan Fiona akur dengan perintahnya. Pada pendapat Fiona, guru itu
tidaklah seteruk yang Erza katakan. Mungkin sebab Cikgu Badrul itu tidak
suka pada disiplinnya sahaja yang membuatkan Erza begitu marah padanya.
Fiona tersenyum. Lalu dia berlari mendapatkan pertolongan dari yang
lain.
Selepas
kejadian itu, Erza mula berubah dan menjadi pelajar paling rajin yang
pernah Fiona pernah tengok pada Erza. Dan, Erza sudah ada impian, sudah
ada matlamat, dan itu semua berkat usaha Cikgu Badrul cuba mengubah
sikap Erza kepada yang lebih baik. Fiona pula mengambilnya sebagai satu
pengajaran kepada dirinya yang lagi cerdik dari Erza. Lalu dia mula
menyimpan angan-angan untuk menjadi arkitek kerana dia suka reka bentuk
bangunan sama seperti Cikgu Badrul.
“DIA
selalu cakap, walau sesusah manapun tikar tatami itu hendak dibuat,
asalnya tetap dari satu helai jerami yang lurus. Kerana itulah saya
mengejar bayang-bayangnya. Dia mampu menjinakkan Erza dan dia ada kuasa
yang ajaib. Kerana dia jugalah saya dan Erza sudah ada impian. Dan
kerana dia jugalah, saya kini berada di hadapan tuan,” kata Fiona sambil
tersenyum.
Encik
Hideoshi memandang wajah anak muda yang berumur 28 tahun itu. ‘Sebab
itukah dia bermuram sahaja dari tadi... kerana tikar tatami rumahku
rupanya,’ bisik lelaki tua itu lalu dia menjemput Fiona untuk minum.
“Jemput minum.” Fiona pun mengangguk lalu mengambil cawannya sambil berucap dalam hati, ‘Terima kasih Cikgu Bad.’
Hai!
hehe, ini cerpen tahun lepas yang aku buat tahun lepas untuk pertandingan menulis cerpen di sekolah and aku kalah... hehe TAT [menangis dalam ketawa]
jadi nk kata yg dalam cerpen yang first time nyer aku buat agak x elok jugaklah [baru perasan hari ini] mungkin kerana cerita die x berapa detail and x der klimaks. hahah. yelah limit die pun 1000 patah perkataan. Aku mana biasa tulis kurang seribu [ceh, hidung tinggi betul] selalunyer aku tulis lebih dari 5000. yelah itu pun citer-citer novel yang aku tulis [sekarang ni terperuk kat dalam almari dan fail komputer aku.] Haha,
Anyway, enjoy la yeh. klu korang nk ketawa guling2 bacer citer ni pun x per. Aku persilakan dan dgn rela hati aku terima kekurangan aku. ;p
hehe, itu sahajalah kut, dada!
No comments:
Post a Comment