-
Cinta itu melindungi<3
“White!!!”
Aku selak langsir bilikku. Senyuman
semanis pagi terukir sebaik sahaja mataku tertancap sesusuk tubuh lelaki yang
berketinggian 170cm itu. Pantas aku mengangkat lima jariku menyuruhnya
menungguku sebentar sementara aku menyambung pakai bulu mata palsuku.
10 minit selepas itu...
“Jeez White, setiap kali kelas pagi, aku
mesti jadi pak jaga depan rumah kaukan?” rungut Red tidak puas hati. Dia
menyeluk tangannya ke dalam poket seluar jeansnya yang bewarna hitam yang
dipadankan dengan kardigan krim di luar dan baju kemeja biru laut di dalamnya.
Rambutnya yang sedikit panjang itu diikat ala kadar.
Aku menjeling dirinya.
“Kisah apa aku. Kau tu yang selalu sangat
datang awal, bukan salah aku!” selarku lantas menelak wajahku sekali lagi pada
cermin kecil bulat yang aku terima hadiah free semasa aku membeli ais krim
ternama itu di salah sebuah kedai runcit.
Red sudah tidak membalas apa-apa. Dia
hanya diam berdiri di sebalahku sambil tersenyum kambing. Macam aku tak nampak
;p Aku menjeling jam di tangan. Lagi lima minit trem akan tiba dan akan membawa
kami ke stesen trem yang seterusnya, Bukit N.
Apabila trem tiba di landasan, orang ramai
berpusu-pusu masuk ke dalam trem hingga terpaksa menolak sesama mereka dan aku!
Aku yang tersepit macam nak hilang nyawa! Nasib baik ada Red yang tinggi ni,
dialah penjaga aku setiap pagi, petang, malam dan bila-bila je aku perlukan
sebab Red sentiasa ada di mana sahaja aku ada dan aku senang begitu.
“Jeez Red, setiap kali kelas pagi, kau
mesti jadi anjing aku kan?” ujarku sekaligus meniru gaya dia memerliku. Haha,
ingat aku ni tak reti usik orang. Tengok betis laa! Aku ketawa senang hati.
Red sudah menjeling aku kemudian dia
tersenyum nipis.
“Habis tu kalau aku tak jadi anjing kau,
macam mana kau nak tahu aku ni setia atau tak?” ujarnya dalam nada romantik.
Chait! Ada ke dia main bisik-bisik kat
telinga aku macam gitu punya gaya sekali. Ada jugak aku main tampar-tampar
karang baru tahu. Dahlah telinga kawasan paling sensitif aku, senang aja warna
merah tu timbul tau!
Aku melemparkan pandanganku ke tempat
lain. Baik aku jamu mata aku tengok pemandangan luar, ada jugak faedahnya.
Dalam kami diam dan kesesakan orang ramai, aku mula berasa tidak sedap hati. Berasa
geli-geli di betis aku. Pantas mataku mencerun melihat kakiku yang berpakaian
skirt paras peha itu. Yaaa!
Buluku meremang. Eh pakcik ni main
raba-raba aku pulak. Red!!!
“Encik,” seru Red.
Habis semua yang bernama ‘encik’ itu malah
yang bukan ‘encik’ juga turut memandang kami. Red memandang wajahku dengan
belas kemudian dia memandang wajah pakcik yang berdiri sangat dekat dengan aku.
Err, tolonglah boleh pulak dia layan stim pagi-pagi buta ni! Hei, ingat anak
bini kat rumah lagi bagus tahu tak! Dapat pahala berganda! Namun kata-kata itu
seperti tergantung di kerongkongku.
“Encik terjatuh ni,” kata Red lantas
mengutip surat khabar siapa entah lalu menyerahkan pada pakcik yang nampak
terkial-kial itu. Apa lagi pakcik itupun sambar ajelah surat khabar itu lalu
bergerak menjauh sedikit dari tempat aku. Leganya!!!
“Kau tak apa-apa?” soal Red risau.
Tanpa mempedulikan orang lain, aku
menyandarkan tubuhku pada Red. Menutup mukaku yang merah ini pada dada
bidangnya itu. Aku rasa selamat sebegini. Terima kasih Red <3
-
Cinta itu melengkapi <3
Aku membukan pintu kelas untuk dia. Sengaja
mahu tunjuk lagak gentlement untuk dia. Biar dia tahu yang aku ini suka
melindunginya. Ada bunyi siulan nakal dari atas auditirium kelas kami tapi aku
buat bodoh sahaja. Ada aku kesah?
“Thank you Red,” ucap gadis manis itu.
Siapa lagi kalau bukan White yang suka berhias ni. Hm, aku pun apa kurangnya.
Cuma aku ni beza sikit dari dia.
Well, aku bangun seawal lima pagi untuk
mandi dan membersih segala apa yang patut. Dari muka sampailah ke kaki aku.
Semuanya wangi. Lebih-lebih lagi rambut aku ni. Hah! Bukan senang tau nak jaga
baby aku ni.
Lepas tu, aku buat sarapan untuk diriku
dan kedua ibu bapaku; aku ni memang rajin masuk dapur ;) Bertuah siapa dapat
aku tahu! Lepas tu aku akan membelek almari pakaian aku sambil tu aku berfikir,
White akan pakai baju apa hari ni. Minah tu setiap hari ada tema dia. Jadi aku
fikir untuk pakai baju mengikut tema ‘jom pergi sekolah!’. Dah lama juga White
tak pilih tema ni, harap-harap tepotlah andaian aku.
Selepas itu pula aku beralih pada meja
solek aku yang tak berupa meja solek ni. Hei, laki mana main meja solek, aku
main almari solek! Hahaha! Mula-mula aku sapu bedak dulu. Ala tepek ala kadar
je. Aku bukannyer jenis budak kosplay yang siap pakai founation bagai. Cukup
bedak kompek silky girl jer. Lepas tu, aku start mengerjakan rambut aku. Memandangkan
rambut aku macam rambut Kim Hyun Joong, jadi aku bushy kan sikit, sebelum tu
aku letak wax rambut Getsby yang botol dia warna ungu. Ini feveret aku sebab
bau dia pun sikit punya baik. Malah White pun suka bau ini.
Akhir sekali, kasut... Alah kasut aku
bukannya banyak mana pun, tiga pasang jer. Jadi aku pilih yang paling selesa
dan sesuai dengan tema hari ini, kasut supra. Haha:p Ingat aku suka sangat
pakai kasut potong dengan jeans? Tak pelah, terima kasih. Jadi persiapan aku
mengambil masa dua jam, yelah termasuk dengan gayut kejap kat telefon, kejut
White bangun. Walaupun macam tu, minah tu akan bangun tepat jam 7.15 pagi. Aku
sendiri pun tak faham, kenapa mesti 15 minit lepas aku tepon dia? Ini mesti kes
sambung tidur dan 15 minit lepas tu mak dia dah membebel, kejutkan dia bangun.
“Red...” panggil satu suara.
Aku mengalihkan mukaku memandang wajahnya
yang dihias cantik itu. Tidaklah tebal sangat dan taklah nipis sangat. Cukup
menunjukkan feminismnya itu.
“Aku rasa laparlah... aku tak sempat nak
makan tadi,” rengek White macam anak kecil. Kelas akan bermula lagi 10 minit.
Nasib baik kitaorang sampai awal.
“Kau ni macam-macamlah,” marahku. Acah je,
saja taknak tunjuk kat dia yang aku nji manjakan dia. Lalu aku mengambil beg sandang
aku yang aku sangkut pada kerusi aku. Aku pasti saat ini mata White sudah
bersinar-sinar.
“Yay! Red kau ni memang anjing yang paling
aku sayang sekali!” teriak White gembira apabila aku mengeluarkan sebekas
makanan bekal. Alah takat roti celup telur je. Bukannya apa pun. Aku tahu minah
ni mesti tak makan pagi lagi. Selalu sangat dah. Sebab tu aku selalu jenguk
dapur pagi-pagi. Shh, jangan beritahu mak bapak aku tau fasal anak teruna dia
ni nak pikat perempuan guna cara ni. Hahaha!
- -
Cinta itu memahami <3
Aku mengemas barang-barangku lalu ku
simpannya ke dalam beg sandang vintajku. Red pula awal-awal lagi sudah
menungguku di muka pintu. Aku selalu sangat lambat tapi Red tak pernah merungut
malah dia sentiasa sabar dengan kelembapan aku ni.
Sebelum aku mendekati Red, aku ucap
selamat tinggal pada rakan kuliahku dan mengajak-ajak ayam jika mereka mahu
ikut aku dan Red ke Grenneday, pusat beli-belah yang menjual barangan aksesori,
pakaian dan restoran makanan segera dengan harga yang berpatutan. Boleh kata tempat
lepak pelajar-pelajar universiti yang berdekatan.
Aku menarik lengan baju Red menuju ke
kedai menjual baju bertemakan stail Harajuku Street. Aku suka pakai baju ikut
tema. Red juga sama. Aku sebenarnya ingin mencari boot baru untuk digandingkan
dengan dress nipis corak bunga-bunga besar yang sesuai dipadankan dengan
kardigan warna blok.
Mataku sudah rambang melihat pelbagai
jenis boot disusun pada raknya. Aduh! Nak pilih yang mana? Laju saja aku
melihat Red bertanyakan pendapatnya. Memang Red tempat aku meminta komentar
setiap kali aku membeli barang. Tidak kisahlah dari baju, seluar, aksesori
kecuali pakaian dalam. Itu aku ajak mak aku tak pun pergi sendiri-sendiri tak
juga dengan rakan-rakan kuliah.
“Untuk dress yang baru beli minggu lepas
ke?” soal Red seperti tahu-tahu sahaja aku cari boot ini untuk apa. Aku apa
lagia ngguk saja dengan wajah berseri-seri.
“Kau rasa?” soalnya sekali lagi macam
orang bodoh.
Ish, apa guna aku tanya kau kalau aku
sendiri pun tak tahu nak pilih mana? Makyun betul lah! Aku buat muka lalu
berjalan keluar dari kedai itu. Merosakkan mood betullah!
“Eh White?” Red pula sudah terpinga-pinga
lalu mengejarku. Lantas tanganku dicapainya dan memaksa aku memandang wajahnya.
Jelas terukir rasa tidak faham akan perubahan moodku ini.
“Hei kenapa ni?” tanyanya prihatin.
Aku pandang anak matanya tetapi tak lama.
Aku tahu aku akan kalah kalau aku pandang matanya lama-lama. Jadi aku pandang
hidungnya lepas tu bibir dia. Memang stail aku mcam tu. Cepat gelabah.
“White Houten? Kenapa dengan kau ni?”
“Kau lansung tak memahami aku pun. Tu
masalahnya!” kataku dalam nada rajuk. Aku sudah berpeluk tubuh dengan mata
sudah pejam celik pejam celik memandang lantai. Hei, jangan nangislah
perempuan!
Tiba-tiba Red sudah mentertawakan aku.
Yaaah! Tak nampak ke aku tengak bengang dengan kau ni?! Mulut aku sudah
mengepam tidak puas hati apabila Red ketawa tidak henti-henti. Ketawalah sampai
kau mati. Nak berguling dari kedai ni sampai hujung shoping comlex ni pun tak
pe, aku tak kisah dan aku takkan ngaku kau ni kawan aku.
“White, white...” ujarnya sambil
geleng-geleng kepala.
“Kau ni, lansung tak memahami aku tau.”
Pulok dah. Hei makyun betullah dia ni. Aku
kata dia, dia kata aku. Boleh pulak kan main aci macam tu.
“Aku cakap macam tu tadi kat kau sebab aku
nak kau tahu kehendak kau sendiri. Kalau aku yang pilih, maknanya itu pilihan
aku bukan pilihan engkau. Lagipun...” Red jeda seketika.
Lelaki itu memandang aku dengan senyuman manisnya
itu dan kemudiannya menarik aku memasuki semula ke dalam kedai itu. Aku pula
hanya mengikut langkahnya, masih menanti kata seterusnya.
“Aku tahu apa yang kau suka, tapi takkan
aku nak beri pendapat dahulu sebelum kau sendiri buat pilihan? Kau kan
stailista, jadi benda-benda macam ni, petik jari je untuk kau kan?” pujuknya
lalu menepuk lembut kepalaku. Telingaku kebas, mataku mencerlung ke bawah dan
tanganku mula berpintal-pintal macam budak sekolah yang baru jumpa cinta
pertama. Parah ni...
Tapi, Red Misury ialah cintaku yang pertama
dan yang terakhir. Aku tahu dia juga sukakan aku dia juga begitu Cuma kami
lebih senang untuk tidak berkata apa-apa. Untuk melonjak ke aras lebih serius
aku mahupun dia sendiri tahu yang kami perlukan masa untuk memberi komitmen.
Kami masih lagi dalam proses dan jika ada jodoh aku mahu Red terus lamar aku
untuk jadi suri dia. Aku tak mahu terus dalam hubungan yang tidak nampak
halatujunya dan ya aku seorang penyokong istitusi perkahwinan.
Dalam aku sibuk bermonolog, mata aku masih
lagi sibuk meneliti setiap satu boot yang ada. Hm, tak minat! Lantas aku
menarik lengan Red menuju ke butik seterusnya dan seterusnya dan seterusnya
sehinggalah aku dan Red kelelahan di restoran makanan segera.
“Nah.”
Red menghulurkan aku sebekas air Mountain
Dew dan aku menyambutnya dengan ucapan terima kasih. Red tahu sahaja feveret
aku iaitu sesuatu yang masam dan segar macam limau atau oren.
“Lepas ni nak pergi kedai mana?” soal Red
tidak jemu dengan kunjungan rasmi aku terhadap setiap kedai yang menawarkan
boot. Aku tahu dia penat, tapi dia teman juga aku kerana dia tahu aku perlukan
seseorang untuk memberi pendapat untuk setiap pilihan aku.
“Erm...” Sebenarnya aku agak berkenan
dengan boot dari butik B yang terletak di aras 2 bahagian selatan bagunan ini.
Jika aku mahu usung Red ke sana, kesian dia pula terpaksa berpatah balik ke
sana. Tak pelah. Lain hari aku boleh beli dan hari pun dah nak senja.
“Kita balik ajelah,” jawabku perlahan dan
lembut.
“Betul ni?” tanyanya meminta kepastian.
Dia mengunyah kentang gorengnya dengan perlahan-lahan. Aku mengangguk pasti.
Tolonglah Red jangan buat aku ubah fikiran!
“Tapi aku nak singgah satu tempat dulu...”
Mataku terbeliak. Eh?
“Yeke? Kalau macam tu...”
“Tak, tak payah. Kau tunggu sini okay? Aku
pergi kejap. Tandas je pun. Hehe...” tawanya sambil tersengih-sengih macam
kerang busuk. Lorh, emergency rupanya. Tak pelah. Aku tunggu sahaja di sini
sambil-sambil tu aku makan kentang goreng ni.
Daripada dua bekas kentang goreng, aku
tambah lagi menjadi tiga dan kini aku beratur lagi untuk membeli lagi satu
bekas kentang goreng. Aduh, mana pula Red ni pergi. Aku telefon dia tak angkat,
tunggu punyalah lama sampai aku rasa segan nak pesan kentang goreng lagi dekat
akak jaga kaunter ni yang sah dah tahu aku nak beli apa.
Air aku pula sudah bertambah tiga kali,
dan malam sudah berlabuh. Mama sudah menelefonku bertanya akan kepulanganku.
Terpaksalah aku mereka-reka cerita pada mama yang aku terpaksa pulang lewat
kerana ada perbincangan di kampus dan mereka ajak makan di luar. Nasib baik
mama memahami.
Red berdiri di sebelahku di sebalik kaca
restoran itu semasa aku sibuk membina Aifel dengan kentang gorengku dan Aifel itu
runtuh tatkala aku ternampak beg kertas yang dibimbit oleh Red yang cuba
disoroknya namun mataku ini bak helang. Pantas sahaja aku nampak logo butik B
itu. Aku pula apa lagi, mulut ternganga seluas-luas alam dan apabila Red duduk
di hadapanku, lelaki itu menyuapkan dua batang kentang goreng ke dalam mulutku.
Chait!
“Kau beli?” soalku tidak percaya.
“Beli apa?” soalnya semula dan meletakkan
beg kertas itu pada kerusi sebelah.
Tanpa menghiraukan soalan bodoh Red itu,
aku menyambar beg kertas itu dan melihat isi dalam beg tersebut. Bergenang air
mata aku. RED!!!
“Red...” seruku dalam tangis.
Lelaki itu Cuma mengakat kening sambil
tersenyum.
“Nak hug boleh tak?”
-----
sumimasen, minta maaf banyak2 sebab dh lama tak buat entri cerpen. So, seblum aku relaese TNJ, aku bagi korang chill2 dlu. Aku top up mana yg masih kosong. walaupun ada isu bulan july, aug, sept, dan okt juga nov utk aku n3kan. tpi x pe, it'll be there. So, tunggu ;)
No comments:
Post a Comment