-----
Sekali lagi mulut-mulut kumpulan gadis yang
duduk di sebelahku sibuk bercerita itu ini apabila melihat pasangan itu
memasuki kelas. Cakap itulah, inilah dan etc macam tak de cerita lain nak
cerita. Asyik-asyik Red itu, White ini. Tapi depan dorang bukan main lagi manis
muka sampai aku pun rasa macam nak mati je tengok dorang punya manis.
Grey di sebelahku sudah menutup telinga
dan mata dan kalau ada extra tangan nak tutup mulutnya juga, boleh jadi macam
revolution of man, haha. Aku awal-awal lagi dah pasang beats solo ke telingaku
dan volum makin tinggi apabila mulut-mulut itu masih becok berkata itu ini
macam bertih jagung.
“Korang ni tak de kerja lain ke asyik dari
tadi buat dosa je, tak penat ke nak tanggung semua tu kat neraka nanti?” jerit
Grey tiba-tiba pada kumpulan mulut becok itu dengan volum yang boleh
menggegarkan auditorium kuliah ini. Aku menjeling Grey juga gadis-gadis itu.
Aku menariknya, menyuruhnya duduk dan bertenang.
“Bising je, kalau tak suka duduk sini,
pergilah duduk kat tempat lain, pengkid!” suara cemuhan itu bermula lagi.
Yadoh! Boleh tahan asam pedas juga mulut dorang ini semua.
“Blaine, sini meh!” panggil White yang
turut memerhati eksiden yang tiba-tiba itu tadi. Grey atau nama penuhnya Blaine
Grey, berjalan mendekati White. Aku pula membontoti langkah Grey, tidak mahu
berlama-lama lagi dekat situ walaupun kerusi itu adalah tempat yang baik untuk
aku tidur.
Namun belum sempat aku menapak tiga
langkah, tangan aku sudah ditarik. Apa lagi kalau bukan minah-minah mulut becok
itu.
“Black, nak tanya sikitlah,” kata salah
seorang dari mereka. Aku pula sudah mengerutkan dahi.
“Tanya apa?” soalku sedikit jengkil dengan
cara mereka menarik aku. Sengal kut walaupun dorang ni perempuan. Kalah aku
yang jantan.
“Kau dengan dorang dah kawan lamakan?”
Pantas sahaja soalan itu keluar dari mulut mereka apabila dijerkah begitu oleh
aku yang tak berapa berkenan dengan spesis perempuan macam ni.
“Dorang tu siapa?” soalku bodoh. Aduh
malasnya nak layan. Dahlah semuanya pesen perempuan kaca bukan permata.
Lipgloss dorang mak aih, bersinar-sinar sampai aku yang tak rabun ni pun nak
kene jumpa doktor mata.
“Red ngan White ngan Grey la!” jawab merek
mulai menyampah dengan layananku yang tidak seberapa itu.
Aku pandang wajah mereka satu persatu.
“Korang nak tahu?”
Mereka mengangguk laju.
“Pergi tanya tuan punya badan! Adios!”
kataku lalu berpaling meninggalkan mereka yang sudah jaw drop. Hahaha. Suka aku
dapat kenakan minah-minah tu semua. Bukan selalu aku keluarkan ayat asam jawa
ni.
“Apahal dorang tu?” soal Red sebaik sahaja
aku mengambil tempat di belakang Red, bersebelahan dengan Grey.
“Entah, mereng,” jawabku dan ketawaku
meletus. Red, White dan Grey sudah menggeleng kepala dan turut ketawa
bersamaku.
PAGI itu, kelas berjalan seperti biasa
walaupun tadi kami kecoh kerana aku terlupa bawa assignment Sir Rudy namun
nasib baik Grey bawa salinannya walaupun dalam bentuk soft copy. Tak kisahlah
asal pensyarah itu boleh lihat kerja kami dan proceed.
“Kitaorang nak lepak Mamat Maju, korang
nak follow tak?” soal Grey teruja mahu melantak roti tisu kegemarannya itu. Red
dan White sudah menggeleng. Masing-masing sudah tersengih dan berkata mahu
pergi ke taman tema selepas ini.
Aku baru perasan yang hari ini White
memakai boot baru. Patutlah dari tadi aku rasa macam ada bau kedai saja.
Mungkin boot yang dia ada sebutkan dalam blognya itu. Boot yang Red belanja.
“Jelousnya aku tengok dorang,” rungut Grey
apabila kami berpisah dan menuju ke destinasi masing-masing. Kedua belah
tangannya disilangkan ke belakang kepalanya. Memaparkan ketiaknya tanpa rasa
malu. Memang perangai dia walaupun perempuan.
Aku sudah tersenyum sumbing. “Dah perangai
kau macam tu, siapa je yang nak melekat.”
“Eh, sesedap rasa jer,” balas Grey geram.
Aku pula hanya ketawa. Aku tahu Grey
menyimpan perasaan terhadap Red tetapi gadis ini lebih banyak beralah pada
White daripada menunjukkan perasaannya yang sebenar. Suasana menjadi senyap
sunyi. Yang ada bunyi loceng bas ditekan oleh penumpang yang mahu turun ke
destinasi masing-masing. Aku lihat wajahnya yang putih itu dan pucat tanpa
sebarang alat solek. Rambutnya pula pendek paras bahu dengan potongan boyish. Tanpa
sedar, aku hela nafas berat.
“Sampai bila kau nak simpan perasaan kau
pada Red?” soalku mula serius. Aku kasihankan Grey dan aku lebih kasihankan
diri aku sendiri. Hei, kau ingat aku suka sangat ke nak mengikut orang tak
tentu hala macam ni kalau aku tak simpan perasaan kat dia?
Grey sudah menggaru belakang kepala.
“Black, kita bincang benda ni lain hari. Aku nak makan dan aku tak nak fikir
apa-apa pun fasal benda yang memeningkan kepala otak ni. Okey?” jawabnya rimas
dan matanya lansung tidak memandang wajahku.
Pantas dia menekan punat loceng untuk
berhenti. Aku tahu Grey mahu lari dari soal hati perasaan ini tetapi dia tidak
boleh diam sahaja. Bisa jadi bisa dalam hati.
“Grey.” Aku tangkap pergelangan tangannya
memaksa dirinya berhenti dari berjalan laju dan menghadap mukaku.
“Lepaslah!” marah Grey dan cuba meloloskan
tangannya dari peganganku. Aku pula sedaya boleh cuba mempertahankan peganganku
namun bila melihatkan dia mengaduh begitu, hatiku jadi panik. Tiada niat aku
mahu menyakiti dia. Aku cuma mahu perhatian dia sahaja.
“Kau tak apa-apa?”
“Cukup Black! Cukup!” marah Grey
tiba-tiba. Wajahnya memerah dan matanya bergenang air mata. Aku lagi bertambah
panik apabila melihat gadis lebih-lebih lagi si tomboi Grey ini menangis. Apa
kau dah buat Black?!
“Ak... aku.” Mulutku seakan berat. Aku tak
tahu nak cakap apa. Aku tergamam.
“Kenapa mesti kau sibuk dalam hal ni
Black? Tak boleh ke kau biarkan aku hidup aman? Aku tak fahamlah!” marah Grey
dengan air matanya yang meleleh itu. Aku telan air liurku. Kesat.
“Benda tu dah berlalu lama. Masa kita kat
sekolah tinggi lagi, dan aku pun dah tak simpan perasaan apapun kat Red! Kenapa
mesti kau tak faham hal tu?” tambahnya lagi.
Aku tak faham dia? Apa yang aku tak faham?
Bukan ke engkau yang tak faham diri kau sendiri Grey? Kenapa mesti kau salahkan
aku pula? Aku jadi keliru. Kepalaku seperti berpinar sahaja. Blank! Dan
sekarang apa yang perlu aku buat. Marah dia balik? Pujuk dia? Atau diam sahaja?
Ah Black kenapalah kau lembap sangat dalam hal-hal macam ini?
“Grey aku...” dan lepas tu apa? Apa yang
kau nak cakap Black? Apa yang kau nak buat supaya Grey berhenti menangis? Peluk
dia? Tapi...
Sebetulnya, aku tak ubah seperti tiang
lampu di tepi jalan. Hanya diam memerhati Grey menangis di situ dan
teresak-esak seperti anak kecil. Gadis itu mencakung dan menutup mukanya. Aku
tahu dia malu dengan aku sebab aku nampak dia menjadi lemah namun aku yang
patut lebih malu kerana tak mampu hendak buat apa-apa untuk dia. Aku memang
teruk!
MALAM itu aku pulang ke rumah selepas
menghabiskan masa sendirian di taman permainan di kawasan kejiranan sendirian.
Memikirkan setiap apa yang berlaku antara aku dan Grey juga antara pasangan Red
dan White itu. Kesudahannya, aku hanya duduk di buaian dan merenung bintang dan
bulan sambil mendengar lagu melankoli.
“Saya dah balik,” ucapku sambil menutup
pintu rumah dan mencabut kasut sukanku lalu kusimpan ke dalam rak kasut. Yang
menjadi kepelikannya apabila aku lihat, kebanyakkan koleksi kasut ibuku
semuanya sudah dimuat ke dalam kotak kasut dan bukannya tersusun kemas di
tempatnya. Kemudian aku dengar bunyi barang jatuh dari arah ruang tamu. Lantas
langkah ku atur laju menuju ke ruang tamu.
“Kenapa bu?” soalku terkejut apabila pintu
ruang tamu itu ku buka. Bertambah terkejut aku apabila melihat berkotak-kotak
kosong bersusun di penjuru bilik dan ibuku pula berdiri di alamari buku dengan
buku-buku miliknya berterabur di lantai.
“Apa semua ni?” soalku lagi dan mendekati
ibuku. Bukunya aku kutip dan aku letaknya semula pada rak. Wajah ibuku yang
cuba menyembunyi riak gembira kine meletus dan memelukku gembira. Dia
melompat-lompat riang dan aku juga terikut melompat bersamanya dengan riak yang
terkial-kial. Agaknya boleh bergegar juga aras lima apartment ini dengan
lompatan gembira ibu.
Dia menyetuh kedua belah pipiku dan
memaksaku melihat wajahnya dengan sedikit menunduk. “Kita akan pindah ke Australia!”
jerit ibuku nyaring.
Hah?
“Kamu ingat tak tentang interview ibu
dengan satu syarikat perladangan ternama minggu lepas?” soalnya dengan kening
yang terangkat-angkat. Kini tangannya beralih dari pipiku ke lengan tanganku.
“Er, yang ibu kata ibu garenti tak dapat
tu?” kataku samar-samar. Ingatanku ini cuba mengingati kembali peristiwa yang
berlaku minggu lepas. Adakah semasa dia membawa balik banyak makanan dari
restoran cina kerana mahu menutup segala rasa tidak puas kerana telah buat
dengan tidak baik dalam interview itu?
“Ehem, and it turn out that I did a great
job on the interview!” sorak ibuku gembira dan berpusing-pusing bagai orang
kurang siuman. Ibu memang begitu. Seorang yang happy-go-lucky walaupun selepas
bercerai dengan ayah sepuluh tahun dulu.
“Baguslah ibu!” ujarku gembira namun jauh
di sudut hatiku kenapa aku rasa sebaliknya.
“Oh yeah lagi satu,” tambah ibuku lalu
berlari keluar dari ruang ini. Aku ditinggalkan dengan terpinga-pinga. Tidak
sampai satu minit, dia kembali semula dengan satu envelop bewarna putih di
tangannya. Lalu dia menyerahnya padaku dan aku sambutnya dengan pandangan yang
sukar dimengerti pada ibuku.
Tertera logo yang bewarna hitam putih
dengan alamat rumah beserta nama penuhku. Ralit mataku dan tanganku membuka
envelop itu walaupun sudah terbuka mungkin ibuku yang membukanya dahulu. Pada
saat itu seperti jantungku ingin melompat keluar apabila permohonanku untuk
melanjutkan pelajaran ke University Of New South Wales (UNSW) diluluskan. Aku
temu pandang wajah ibuku.
“Tahniah dan maaf sebab ibu buka dulu
sebelum kamu,” ucapnya dengan genangan air mata.
Aku berdiri di situ dan satu saat berlalu
aku berada dalam pelukan ibu dan berpusing dan menari dan berjoget sakan. Tidak
sangka segala yang baik berlaku pada malam itu. Aku benar-benar bersyukur.
“Tapi macam mana dengan kawan-kawan kamu?”
soal ibu tiba-tiba.
Aku berhenti berlari. Mengah yang ada
kerana kononya membuat pusingan homerun aku lepas dengan helah yang kuat. Lupa
seketika akan hal itu. Mataku berkelip-kelip memandangnya. Mulutku kering dan
aku perlukan air.
“Berapa lagi masa yang saya ada?” tanyaku
bodoh sedangkan aku dan ibu tahu kami ada kurang dari sebulan untuk berpindah
ke Australia. Aku boleh saja pilih untuk menolak tetapi rezeki yang datang
tidak mampu aku tolak dan takkan aku mahu meninggalkan ibuku berhijrah ke
negara orang tanpa teman? Setelah apa yang dia lalui sendiri dengan kehadiran
aku di sisinya, aku rasa aku tak sanggup untuk tinggalkan dia lagi buat masa
ini.
“Tiga minggu dan esok ibu nak siapkan
segalanya tentang permohonan visa kamu dan ibu. Nak cari rumah lagi dan
walaupun tempat belajar kamu jauh sikit dari tempat kerja ibu,” ujarnya dan
melangkah menuju ke dapur. Mahu siapkan makan malam mungkin.
Tiga minggu?
Dua minggu sebelum aku bertolak ke
Australia, aku beritahu hal ini pada Red, White dan Gray. Mereka semua
mengucapkan tahniah buatku walaupun hati mereka berat untuk melepaskan aku
namun mereka tahu, mereka tak boleh menahan aku dari pergi dan mereka menyokong
pilihan aku untuk terus bersama ibuku.
Dalam masa tiga minggu itu, aku menjadi
tidak menang tangan. Segala benda harus aku uruskan bersama ibu dan aku tidak
punya masa untuk aku luangkan bersama sahabat. Berita tentang pemergianku
merebak luas di kampus dan ada antara mereka mengucapkan selamat untukku
termasuklah kumpulan budak-budak gedik itu.
Grey pula semakin lama semakin menjauhi
aku. Aku pula seperti sudah berputus asa terhadapnya. Red mahupun White pula
sudah tidak mampu untuk katakan apa lagi apabila aku berputus untuk membiarkan
sahaja hubungan antara aku dan Grey dingin.
Sehari sebelum bertolak, kami berjumpa di
Grenneday tanpa kehadiran Grey. Aku sedikit kecewa dengan sikapnya itu namun
rasa yang menjeruk di hati aku tolak jauh-jauh. Aku mahu hari itu menjadi hari
paling gembira buat aku dan juga buat Red dan White.
Mula-mula kami bercadang untuk menonton
wayang, namun tiada satu pun cerita yang menarik minatku. Aku pandang Red, Red
pandang White, White pandang aku. Kami sama-sama sepakat untuk mencari
keseronokan lain.
“Bowling boleh?” soal Red. Aku laju saja
memberi kata setuju dan White mengikut sahaja. Sebelum itu kami singgah makan
di makanan segera dan agak susah untuk kami memilih tempat. Almaklumlah, waktu
puncak untuk mereka yang bekerja, kami hanya kompromi saja. Perut masing-masing
sudah lapar dan aku pun dah tak toleh kiri kanan. Ngap!
“Gila Strike lagi?” jerit Red tak percaya.
Aku pun tak percaya. Tiga kali strike dalam satu masa? Hebat! Aku tersenyum
kemengan. Red pula sudah tidak puas hati manakala White hanya menyuap kentang
leceknya yang tidak habis tadi di restoran segera dan menyambungnya di sini.
Untuk pusingan pertama, akulah juara. Red
tanpa bicara terus meluru ke kaunter memohon satu lagi pusingan. Memang baran
betul mamat tu. Aku pun relaks sahaja menerima cabarannya dan White walaupun di
tempat terakhir, dia main sahaja. Katanya mahu enjoy dengan suasana ini selagi
boleh.
Penat mengelek bola, kami bermain di
arcade. Red terus mencabar aku untuk set perlawanan kereta lumba kemudian bola keranjang
hingga ke dance competition. Kat situ aku kalah. Penat wei. Bab itu boleh harap
pada White. Laju kakinya menekan-nekan pad merah, biru dan kuning itu mengikut
irama dan arahan pada skrin. Terlompat dan berpusing. Aku yang tengok pun ikut
pusing. Seronok memang seronok tapi aku tetap rasa kosong bila Grey tiada di
sisi aku.
Setelah penat dengan aktiviti itu, kami
berehat sebentar di harvey norman. Haha, orang rehat kat restoran, kami rehat
kat kedai eletronik. Saja je kami mencuci mata meihat gadget yang berada di
pasaran dan mencubanya. Memang hilang penat kami. Memang kadang-kadang cara
kami hilangkan rasa penat itu pelik tapi itulah yang seronoknya.
Aku melambai mereka pulang dengan senyuman
yang dibuat-buat. Aku tahu mereka tahu yang aku sedih dengan perangai Grey tapi
takkan aku nak tunjuk muka sedih. Aku tak mahu lemah depan mereka dan aku mahu
mereka senang hati dengan pemergian aku. Aku berpaling dan melangkah keluar
dari stesen trem ini dan menuju ke stesen bas. Ada satu lagi tempat terakhir
yang perlu aku tuju.
KETIKA aku sampai ke perkarangan sekolah
rendah itu, semuanya sunyi dan gelap. Hanya padanh sekolah sahaja yang
bercahaya dengan lampu sportlight yang dipasang supaya sekolah itu nampak hidup
sedikit. Aku mengambil tempatku di bangku penonton menghadap padang. Tiada satu
pun berubah di sekolah tua ini. Cuma beberapa bangunan tamabahan di belakang
sekolah.
Memori demi memori bermain di mindaku dan
aku hanya mampu tersenyum mengingatinya dan senyuman aku bertambah lebar
mengingati si kecil Grey berdiri di hadapan aku di tempat ini sepuluh tahun
dulu. Dia dengan gaya cekak pinggangnya memarahi aku kerana aku ponteng
kelas tidak mengajaknya sekali.
“Black...?”
Aku berhenti tersenyum melihat Grey yang
dahulunya kecil berdiri di hadapanku kini tampak matang dengan baju kasualnya.
Aku tergamam, dia juga. Masing-masing dalam riak yang terkejut. Kemudian
senyumnya terukir nipis di bibir sambil menggeleng. Apa agaknya yang ada di
fikirannya.
“Boleh aku duduk sini, sebelah kau?”
tanyanya seolah-olah tempat di sebelahku ini adalah hak orang lain. Namun aku
angguk sahaja, mata tak lepas daripada memandangnya. Perasan yang rambutnya
sudah sedikit memanjang tidak macam dahulu, asal panjang melebihi telinga dan
tengkuknya, laju sahaja dia mencantasnya. Dia nampak sedikit keperempuanan
sebegini. No wonderlah dia asyik memotongnya dulu rupanya tidak mahu
mengekalkan rupa perempuannya. Tetapi kini apa yang membuatkan dia berubah?
“Times fly tapi bila ada kat sini, macam
timeless kan?” katanya dengan nada rendah. Matanya lansung tidak menemu mataku.
Aku senyum. Lantas tangan kananku mencapai kepalanya lalu menggosoknya
perlahan.
Gadis itu berpaling memandangku dengan
wajah cemberut. Sedikit masalah dengan orang yang mengusik rambutnya tapi ada
aku kesah? Aku ketawa melihat betapa serabai rambutnya itu. Dia pula sudah membentak
memarahiku dan segala apa yang berlaku tiga minggu lalu seperti tidak pernah
berlaku dan aku sangat berharap saat ini, posisi ini dan perasaan yang aku ada
ini kekal dan tidak berganjak walau sepincing pun.
“Aku akan rindukan kau,” ucapku perlahan
dan gadis itu tersenyap dari bebelannya yang tiada penghujung itu. Tangannya
pula berhenti berjalan ke sana sini membetulkan rambutnya itu. Pipinya memerah
dan dia menunduk.
“Hei Black?” panggilnya lembut.
“Hm.”
“Kalau kau pergi Ausi nanti, kau terus jadi
gay tak?”
Zupp! Berdiri tegak belakang badanku.
Mataku tajam menikam wajahnya yang kini bertambah merah dengan jari-jemarinya
memegang bibirnya yang lancang mengeluarkan kata-kata itu.
“Hei tolong jangan rosakkan suasana boleh
tak? Spoil betul!” kataku dalam nada marah lalu berdiri bercekak pinggang.
Nafas berat dihela. Apalah minah ni, macam tak ada soalan lain nak di tanya.
Cubalah tanya aku fasal mak aku ke? Fasal makan minum aku kat sana ke? Ini tak
soalan yang bersimpang siur tu jugak yang keluar dari mulut dia.
“Yelah selama ni pun, aku tengok kau tak
pernah kapel dengan sesaipa pun andkau ingat tak masa kat sekolah tinggi dulu,
masa aku jumpa kau dengan Green buat..”
“Heiiiiii! Hei! Hei!”celahku sebelum sempat
dia berkata yang tidak patut walaupun benda itu yang benar. Ah biarlah itu
dulu-dulu punya cerita.
Wajah kami sama-sama merah. Malu
mengingati saat yang membuatkan aku dan Gray rapat sehingga aku punya perasaan
terhadapnya itu. Tetapi aku tetap bersyukur, kerana insiden itulah, aku dan
Grey menjadi rapat jika tidak kami hanya ada bersama Red dan White tanpa kami
saling berbicara banyak hanya menjadi peneman aku sebagai teman ponteng kelas
sahaja.
“Benda simpang siur tu... tu zaman aku
barbarian dulu, tak civilize lagi. Tapi lepas aku jumpa kau semuanya berubah
Grey,” terangku seboleh mungkin. Adakah selama ni dia fikir aku masih lagi tak
lurus?
Grey memandang aku tidak berkelip. Seperti
tidak percaya dengan apa yang aku kata. Ah, bagaimana mahu membetulkan
tanggapan dia ni?
“Hahaha,” tawa Grey geli hati. Badannya
sudah terbongkok-bongkok dan tangan kanannya sudah memegang perutnya kerana
senak. Aku pula berasa seperti diperbodohkan tanpa aku sedar.
“Hei dah, dahlah gelakkan aku. Malu lah,”
ujarku lagi sambil berdiri di hadapannya dengan bercekak pinggang. Namun, Grey
terus-terusan mentertawakan aku seperti tiada hari esok.
“Kalau kau tak berhenti ketawa aku cium
kau,” tambahku dengan wajah yang serius giler yang sengaja aku dekatkan dengan
kepalanya yang tertunduk. Serius kalau dia ketawa jugak aku cium dia
betul-betul. Jangan cabar Black Callagan okey!
Grey tidak terus ketawa sebaliknya terus
mengangkat muka dan bum! Bibirnya bertemu bibirku. Pantas kami menjarakkan
wajah kami. Pergh, aku rasa macam nak pengsan jer. Gila serius aku tak sengaja
okay!
“Kau sengaja! Aku tak gelak pun dan kau...
kau... kau curi first kiss aku! Perampas! Pervert!” Grey dah terlalak terlolong
dan mengongoi macam budak kecil. Aku pulak yang jadi gelabah kerana tak
fasal-fasal dalam satu malam aku dapat gelaran yang busuk-busuk. Jadi aku pun
laju ajelah menutup mulutnya dengan telapak tangan aku yang besar ni kat mulut
dia tu. Biar diam. Bagi dia tidak tertolak jatuh ke belakang aku duduk belakang
dia, menahan dia dari terjatuh.
“Hei yang kau jerit macam sunti tu kenapa?
Macam kau sorang je hilang first kiss,” bisikku dengan suara keras dan matanya
membulat ingin membantah kata-kataku dan tanpa aku duga dia gigit jariku dengan
agak kuat.
Sakit siot!
Aku lepas tanganku dan mulut tempayan itu
bising lagi tanpa penutup dan berdiri menghadapku.
“Penipu! Penipu besar! Habis tu yang kau
cium Green tu...”
“Itu dulu! Okey aku ngaku dulu first kiss
aku ngan laki tapi itu lain dan... lagipun aku mana pernah cium perempuan...
ini first... time okey,” jerkahku dengan wajah yang bertambah-tambah merah. Itu
aku yakin sebab aku rasa berpinar gile sekarang ni. Aduh mana aku nak letak
muka aku ni. Rasa macam buat confession jer!
Suasana kembali senyap selepas itu. Aku
sendiri pelik kenapa minah mulut-tempayan-tak-de-penutup tu dah tak berbunyi
jadi aku intai lah sedikit dari ekor mataku. Bapak! Jaw drop aku lepas tu.
Grey sudah teresak-esak menangis sambil
mengetap bibir.
“Grey...”
Dan tangisnya makin menjadi-jadi lepas aku
seru nama dia. Bertamabah gelabah aku jadinya dan tanpa berfikir panjang aku
memeluk dirinya. Kuat. Semakin kuat pelukanku semakin kuat pula tangisnya. Ingatkan
berhenti rupanya bertambah-tambah. Ibu... apa Black nak buat ni?
“Jahat!”
La apa kes pulak panggil aku jahat?
“Jahat! Black jahat! Jahat! Jahat! Jahat!
Jahat!”
Grey cuba memukulku namun aku tetap
memeluknya biarlah dia nak tumbuk aku ke, pukul aku ke, apa ke, asal itu yang
membuatkan dia diam, aku relakan sahaja. Aku relakan sehingga dia sendiri reda
dan senyap di bahuku. Tidur mungkin. Lalu aku cempung tubuhnya dan aku duduk,
membiarkan dia tidur di atas pehaku, kepalanya bersandar pada dadaku. Aku
membuka jaketku dan meletakkan pada tubuhnya dengan berhati-hati.
Aku tersenyum melihat dia tidur dengan
begitu pulas sekali. Sesekali aku bermain dengan hidungnya dan mengusik-usik
alis matanya yang panjang. Comel betul! Apabila angain bertiup lembut, aku
peluknya erat-erat. Aku mahu habiskan masa yang ada, melihat wajahnya,
mengabdikannya ke dalam kotak memoriku. Nak ambik handphone, sedikit payah
setelah tadi aku bersusah payah membuka jaket itu, aku takut Grey akan terjaga.
Jadi dengan masa yang terluang itu sahaja aku melakar wajahnya betul-betul
dalam ingatan.
Sweet dream my girl, may what come in near
future is a good happy ending love story for you and for me...
“Aku cinta padamu,” ucapku dan kukucup
ubun-ubunnya. Setakat itu sahaja. Aku tidak akan ambil kesempatan dan cinta
yang aku ada pada kau bukanlah tiket yang aku ada untuk ambil kesempatan ke
atas kau juga. Aku benar-benar sayang dan cintakan kau.
-----
can't wait... XD
ReplyDelete