Wednesday, October 31, 2012

August Issue for e-cerpen: Embrece me, my heavenly love.



     Lorong gelap, kelas sunyi dan sepi. Bayu menyapa , mengalunkan langsir lembut membuai. Cahaya oren menyimbah pada meja, kerusi, lantai dan papan hitam, memancarkan cahaya yang begitu nostalgik, nyaman rasanya. Aku menggosok alis mataku. Rasa kantuk masih berasa namun aku harus bangun dan pulang rumah. Jam bulat di dinding aku pandang. 6.30 petang.
     Aku toleh kiriku. Tiada. Toleh kananku pula. Tiada juga. Aku pusing belakang, yang ada hanya beg sandangnya. Mana Black?
     Aku berjalan keluar dari kelas. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah tinggi, kerja aku mencari engkau Black. Kadang-kadang aku mula jenuh dengan permainan sorok-sorok kau, tapi seperti menjadi rutin pula untuk aku pergi mencari engkau dan berulang kali aku fikir, aku ini mencintai siapa? Red ataupun engkau? Walaupun antara kita, hanya ada kata, ‘engkau tinggalkan aku’ dan sengihan memerli tika kita sama-sama buat dajal.
     Aku intai bilik air lelaki, kantin, bilik guru malah terserempak dengan pak jaga yang dah lali dengan kita punya habit. Black mana engkau?
     Aku tersenyum bodoh apabila satu tempat itu belum lagi aku jejaki. Satu tempat yang sering kau pergi sendiri, tidak mahu aku ikut sekali. Tanpa berfikir panjang aku mengorak langkah menuju ke stor sukan sekolah yang lama yang hanya ada kerusi dan meja yang tidak mahu digunakan.
     Aku menjadi ghairah apabila jejak kau telahpun aku jumpa, aku dengar suara kau berbisik. Aku berhenti. Ada orang lainkah selain engkau di dalam ini? Aku berhenti melangkah. Helaan nafas aku berlari, sedaya upaya aku tahan dari didengari oleh engkau. Aku telan liurku bilamana aku dengar desah nafas kau dan dia begitu kuat sekali. Apa yang kau buat Black?
     Aku memberanikan diriku, mengintai di sebalik timbunan kayu kerusi dan meja yang sudah patah dan saat itu aku berasa dunia seperti berhenti. Melihat engkau begitu asyik membelainya, menolak diri kau padanya dengan penuh berahi. Bibirku kering dan aku... aku buntu.
     Tanpa sedar, aku telah mengeksposkan diriku. Salah satu kayu patah yang ku genggam kuat, jatuh pada lantai. Bibirku menggeletar bila kau menjeling diriku dengan pandangan tajam milik engkau dan lututku lemah bila dirinya yang rebah itu bangun tanpa seurat benang.
     Dan di saat kau berdiri, cuba mendekatiku... dengan mata engkau masih tajam menikam wajahku, bibir kering dan menggeletar ini berbisik, “I HATE YOU.”

     “BLAINE.”
     Aku berpaling memandang White yang memakai riak risau di wajahnya. “Kau berangan lagi?!” marahnya lalu bercekak pinggang. Rambut coklatnya yang dahulu panjang kini sudah di potong dengan potongan bob menampakkan kematangannya. Namun ayunya tetap ada selagi gediknya ada juga Red di sisinya.
     Aku tersengih. Nak buat macam mana? Semenjak aku tahu Black akan pulang ke sini semula selepas berhijrah ke Australia untuk empat tahun membuatkan aku berfikir yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi kenangan-kenangan... Haaa...harunya.
     “Hei cik adik jangan buat muka macam tu, nanti peminat lari wo,” marah Red dengan senyuman mengejek. Aku menjelir lidah padanya. Kisah apa aku.
     Jam tangan swatch aku kerling; jam tangan dari hasil gaji pertama aku. Lagi beberapa minit, Black aku muncul di pintu balai berlepas dan aku... aku rasa aku tak bersedia lagi. Tangan dan belakangku berpeluh. Leherku membahang walaupun rambut panjangku sudah ku sanggul cantik-cantik dan aku hanya memakai kemeja longgar tanpa lengan dan seluar jean denim mini. Seksi sangat ke? Black terkejut tak tengok aku macam gini? Rasa macam nak balik je.
     “Eh, Blaine nak pergi mana?”
     “Kau jangan ngada-ngada Grey. Mari sini,” jerit Red pula.
     “Toilet!” balasku dan zuss, aku pecut menuju ke bilik air. Nasib baik aku pakai selipar, cuba kalau heels atau platform, bapak tersungkur aku kalau berlari macam ini punya gaya. Kocek seluarku pula sudah bergetar-getar tanda ada panggilan masuk, namun semuanya aku biar cik mesin yang jawab. Aku pula tak kuasa nak jawab sebab aku tahu siapa yang telefon. Buang karan je bercakap dengan orang itu.
     Lima minit selepas itu, aku kembali semula ke tempat tadi tetapi susuk Red mahupun White lansung tak nampak bayang. Aku menggaru-garu kepalaku yang tak gatal. Dalam kerumunan orang ramai yang sibuk menyambut mereka yang tersayang di pintu balai itu, aku menjadi bingung dan kelibut kerana tidak berjumpa dengan wajah yang dikecam.
     Tiba-tiba pandanganku kelam ditutup dengan sepasang tangan yang lembut dengan haruman yang menggetarkan jiwaku dan bertambah getar apabila leherku seperti digigit. Yaiks!
     Pantas aku meloloskan diri dari cengkaman itu dan menutup batang leherku yang digigit tadi. Pipiku rasa seperti berbahang dan aku dapat rasa bertapa merahnya warna kulit mukaku sekarang apabila wajah yang sering hadir dalam mimpi dan anganku berada di hadapan mata. Black!
     “Suprise!!!” ujarnya sambil ketawa senang hati dengan pandangan lembut menikam sukma aku. Berbeza dengan pandangan tajam yang menakutkan miliknya tujuh tahun lalu. Aku ketap bibirku. Rasa marah menguasai diriku apabila setelah apa yang dia buat tadi hanya gurauan senda darinya. Sudahlah banyak mata-mata yang memerhati. Hey, I’m a public figure okay!
     “Grey kenapa ni?” Tawanya mati apabila aku lansung tidak beriaksi dengan lawak melampaunya itu. Dia mendekati diriku namun seluas langkah yang aku buka, cuba menjauhi darinya. Mana pula Red dan White ni?
     “I’m sorry okay kalau kau tak selesa denga joke aku tu,” ujarnya lembut dan menyesali dengan perbuatannya tadi.
     “Well, I don’t like it and will never like it, Black!” marahku dan aku terus berlalu meninggalkan dia terpinga-pinga di situ. Sebalnya!

     AKU bergolek ke kiri dan kanan sambil mataku ralit melihat skrin komputer, menonton vidoe yang dihost oleh pemilik vidoe cerinebabyyish tentang cara-cara mengikat rambut starbust explosion updo. Semenjak aku bekerja sebagai peragawati atau aku lebih senang panggil modeling, kadang-kadang aku terpaksa buat revison tentang cara-cara ikatan rambut yang pelbagai memandang aku perlu menghadir majlis formal tanpa bantuan stylist rambut aku.
     Telefonku bergetar di atas meja lampu dan aku hanya menjelingnya sahaja memandangkan nombor yang naik adalah nombor yang tidak dikenali. Kalau pemanggil itu menelefon lebih dari tiga kali baru aku tahu ianya cukup penting, dan aku akan angkat. Aku memang begitu hingga manager aku pun hanya geleng kepala sahaja dengan sikap aku itu. Lagipun nanti kalau aku angkat, entah siapa-siapa sahaja yang menelefon.
     Telefon berhenti berdering. Kemudian tak sampai lima saat dia berbunyi semula, kali ini dari ‘muntah hijau’. Sengaja aku letak nama makhluk itu begitu. Aku menyampah dengan mamat itu. Cukup menyampah sehingga tanganku laju sahaja menggelongsor ikon merah. Kejam tak? Hahaha.
     Sekali lagi telefonku bergetar. Dari nombor yang tidak dikenali dan aku buat bodoh sahaja. Aku menekan butang pause pada skrin video youtube dan aku keluar dari bilik, menuju ke dapur, haus.
     Sekembalinya aku dari dapur, telefonku masih bergetar cuma kali ini berbentuk mesej. Aku buka mesej itu dan pengirimnya dari White.
Blaine kat ne? Wat pe?
     Aku tersengih.Hanya dia seorang sahaja yang kenalan rapat dari zaman sekolahku yang memanggil aku ‘Blaine’ yang lain pula, selesa dengan nama ‘Grey’ sahaja. Apa hal pulak minah ni nak? Lantas aku menekan ikon ‘reply’.
Kat umah ngah study hairdo. Npe?
     Tak sampai satu minit, telefon pintarku begegar semula. Panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Sekali lagi. Agaknya memang masalah besar kot? Tapi tak... Tunggu dulu Grey. Tak cukup lebih dari tiga kalikan. Jangan langgar peraturan sendiri boleh tak? Tapi... kesian pulak. Aku mula berbolak balik. Aku mengetap bibir. Ah, angkat jelah. Untuk malam ni aja dan bila aku hendak menjawab panggilan, getaran itu berhenti.
     “Laaa, mati pulak! Jangan la mati!” jeritku tiba-tiba macam budak-budak sekolah tinggi yang menunggu panggilan dari boyfriend mereka.
     Aku bungkam. Telefon telah pun aku campak ke hujung katil dan kepalaku jatuh dari katil, terbalik pandanganku seketika. Ego memaksa aku menunggu pemanggil misteri itu menelefon diriku. Lima minit, 10 minit, 15 minit dan akhirnya aku tertidur dengan memeluk telefon samsung galaxy kesayanganku.
     30 minit selepas itu,
     Telefonku bergetar semula, mengejutku dari lena yang seketika. Bila mata mamaiku melihat nombor itu, terus aku berdiri tegak dengan jantung yang berdegup kencang. Aku menarik nafas dahulu barulah aku menjawab panggilan dengan suara semanis mungkin. Entah kenapa setiap perilaku aku begitu janggal sekali seperti aku rasa orang yang menelefonku itu kekasih aku yang tidak dikenali sahaja.
     “Hai,” sapanya dengan suara tampannya itu. Terus memerah wajahku mendengar suaranya. Jantung berdegup lebih kencang dari tadi dan aku rasa macam nak menjerit sahaja.
     “Hai,” balasku. Kenapa suara aku dengar macam husky ni?
     Senyap. Aku menggigit bibir.
     “Ganggu ke?” soalnya bersalah.
     “Tak, takdelah,” jawabku sambil mengetuk kepalaku sendiri. Hei jangan teruja sangat boleh tak?
     Dia ketawa senang. Aku pula hanya tersengih. Apa yang lawaknya aku pun tak tahu. Aku membetulkan dudukku. Rambut yang serabai, aku biarkannya sahaja.
     “Kenapa call?” aku menggigit lidahku.
     “Tak suka ke aku call?” soalnya pula.
     “Takdelah. Eh maksuda aku suka, eh? Erm, lantaklah.”
     Black ketawa di hujung talian. Aku sudah menggaru-garu kepala. What’s going on with you Blaine! Namun mendengarkan tawanya yang lepas mengubatkan rinduku padanya. Aku tersenyum senang.
     “Hei Grey.”
     “Hmm.”
     “I’ve missed you,” ucapnya dan membuatkan pipiku memerah. Aku mengipas-ngipas pipiku. Panas! Panas! Apa nak jawab ni? I’ve missed you too... Ah, malunya/// Gedik betul!
     Senyap sekali lagi. Ah Grey, say something!
     “Sabtu ni free?” soalnya menukar topik. Keningku terangkat.
     “Sabtu ni?” Laju aku turun dari katil dan melihat dairiku. Besokkan?
     “Kejap ye,” tambahku lagi. Aku mengambil satu lagi telefonku; khas untuk managerku. Aku menelefonnya bertanyakan tentang jadualku.
     “Saya free paginya. Malam ada shooting,” kataku padanya setelah ditinggalkan untuk lima minit. Frenand memang banyak celoteh bila aku dah telefon dia.
     “Sabtu pun kerja jugak ke? Tak penat ke nanti?” soalnya pelik dan kedengaran sedikit annoyed tapi apa nak heran. Itu memang Black. Aku pula hanya ketawa kecil sahaja.
     “Aku tak kisah keluar dengan kau pagi tu,” ujarku lembut. Demi Black, aku sanggup walaupun segala apa yang dia buat sewaktu di sekolah tinggi dan di Australia; menjadi kasanova terulung. Malam itu hatiku jadi lembut sedikit mendengarkan bertapa dia prihatin dengan karier dan kesihatanku.
     “Kalau kau dah cakap macam tu... pukul 10 aku ambil kau dekat depan kondo kau. Pakai baju kuning tau. Sweet dream darling,” dan talian pun putus. Meninggalkan aku termanggu-mangguk di situ. Pukul 10, baju kuning... darling... Baju kuning?
     “Eh!” Pantas aku membuka almari pakaianku. White tolong!

     TING TONG!
     Bilamana aku buka pintu, wajahku yang tadi ceria bertukar mendung apabila orang yang kusangka bukan yang aku sangka. Mendung berarak masuk ke lukisan wajahku.
     “Kau nak apa, Green?” soalku bosan sambil cuba menutup semula pintu rumahku dan dia pula tidak semena-mena menolak pintu itu. Oh tolonglah!
     Akhirnya aku mengalah dan membuka pintu rumahku namun lelaki yang bernama Damian Green atau dalam log telefonku ‘Muntah Hijau’ itu, aku biarkan dia berdiri di luar. Jangan seekali dia fikir dia boleh masuk rumah aku kali ini. Tidak. Ha’ah!
     “Taknak bagi aku masuk?” soalnya dan dengan selamba badaknya cuba merempuh masuk ke dalam rumah aku. Aku pula apa lagi sehabis mungkin menghalangnya dari masuk ke dalam rumahku. Daripada mendepa kepada kakiku terangkat tinggi, siap gelek gerudi bagai kat depan pintu tapi haram, mamat bertuah tu memang bertuah. Macam ulat sahaja badannya itu meliang liuk masuk ke dalam. Argh!
     Menambahkan sakit di hatiku, dia dengan toyanye duduk di sofaku tanpa aku pelawa dengan kaki siap silang atas meja dan menggapai alat kawalan jauh televisyen dan menghidupkan peti LCD itu. Argh!!!! Tension tau kalau makhluk macam ini tiap-tiap minggu menakluk rumah aku. Rumah sendiri ada, nak jugak datang melanguk datang sini macam tenuk!
     “Tolonglah Green kalau kau tak datang sini tiap-tiap minggu, tak boleh ke?”
     “Salah ke abang sendiri datang melawat?”
     “Hei, excuse me. Correction. Abang tiri! Mak kau kahwin dengan bapak aku tahun lepas dan perangai kau macam kau ni dah lama jadi abang aku!” Terus terang aku cakap. Setiap kali mamat ni datang invade rumah aku, ayat yang sama akan berulang keluar dari bibir aku yang seksi ni. Sampai aku rasa macam telinga dia tu penuh dengan taik telinga! Sebal betul! Menyesal pun ya, sebab main bukak pintu rumah sebelum tengok kat lobang cermin tu. Rasa macam nak nangis je.
     “Well for your information Miss Grey, I known you for more than 10 years okay! Let see, dari sekolah rendahkan?” dan dia mula mengira jarinya dengan kuat macam budak-budak. Memang tahu nak menang je lah dia ni!
     “Heeee, yelah! Yelah! Admit defeat!” jeritku dan aku berlalu ke dapur. Mahu membasahkan tekak yang terasa loya. Memang bila Si Muntah Hijau ni ada, aku akan rasa loya memanjang! Aku kerling jam di tangan. 9.55 pagi.
     Kedengaran seperti pintu peti sejukku dibuka. Aku berpaling. Kelihatan Green terbongkok-bongkok mencari sesuatu. Mesti cari kotak susu ‘Dutch Lady’. Selalu bila dia datang rumah aku, perkara itu yang dicarinya dulu. Sampai kadang-kadang bila aku pergi shopping, aku akan masukkan senarai makanan untuk Si Muntah Hijau dalam list barang dapurku.
     “Kau ni tak de kerja ke?” soalku sambil bersandar pada birai sinki.
     “Ada. Tak silap aku, sekali dengan kaukan?” katanya dengan mata yang bersinar-sinar sambil menuang segelas susu. Aku mengeluh kecil. Lupa pula. Frenand ada sebut padaku malam semalam, tapi excited nak keluar dengan Black terus aku lupa.
     “Kau pulak, lawa-lawa ni nak pergi mana?” soalnya pula. Matanya yang dari tadi galak melihat aku dari atas hingga ke bawah buatkan aku menunjukkan penumbukku pada mukanya. Habis hilang muka jambu kau nanti. Tapi nanti tak fasal-fasal aku kena tadah telinga dengan suara Feliza, manager Green membebel-bebel kat tepi telinga aku.
     Tiba-tiba telefonku bergetar dan membuatku melompat. Begitu juga Green. Nasib baik gelas kesayangan aku tu tak jatuh. Kalau tak....
Aku dah ada kat bawah. Nak aku naik atas?
     Aku tersenyum membaca mesej Black. Laju jariku bermain di atas skrin sambil kakiku melangkah keluar dari ruang dapur namun tangan panjang Green telah menghadang perjalananku. Aku menjelingnya.
     “Green, aku nak keluarlah!” kataku keras. Mataku bertemu pandang matanya. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangannya itu. Aku mendengus. Lalu aku menuju ke dalam bilik dan mengambil beg sandang vintajku. Tidak sampai tiga minit aku sudah berada di hadapan pintu.
     “Jangan lupa kunci pintu dan grill. Aku terus pergi studio, jumpa sana. Bye!” pesanku pada Green yang duduk selesa di sofa sambil menonton televisyen. Lansung tidak berpaling melihat aku yang dari tadi kepanasan dengan sikapnya itu.

     “HAI!” sapanya dengan senyuman manis sambil berpeluk tubuh dan bersandar pada kereta Sartia GTInya. Aku balas sapanya dengan senyuman yang sama resonannya.
     “You look pretty and tomboyish as ever,” pujinya lalu menggosok-gosok atas kepalaku seperti selalu. Aku menepis tangannya. Chait! Suka sangat tau! Penat-penat aku perm rambut aku, dia boleh pulak main-main macam tu? Kurang asam terlebih cili betul.
     “Tak sangka kau jadi model dalam masa empat tahun aku tak de kan.”
     Aku hanya mencebik. Itu semua Si Muntah Hijau punya kerja yang membuatkan aku terlibat dalam dunia peragaan ni. Bukannya aku suka-suka nak jadi model, tapi masa tu, aku jadi model pun sebab terpaksa. Bidan terjun la katakan. Tapi lama kelamaan aku suka menjadi sebahagian darinya. Membentuk siapa aku sekarang.
     “Jom, nanti terlepas pulak,” ujarnya lalu menarik aku ke tempat duduk penumpang dan membuka pintu untukku. Wow, Ausi change Black into a very fine gentleman and I kinda like it! Walaupun  pipiku merona merah dan kepalaku seperti berpinar. Dia menutup pintu kereta dan berlari ke tempatnya. Sekali lagi dia tersenyum apabila duduk di sebelahku. Ah... agaknya aku rasa macam nak demam je kalau untuk 12 jam seterusnya aku menghadap muka Si Black yang tampan ni.


     “BLACK,” seruku tika kakiku satu persatu meniti batu sambil menjilat ais krim pop. Suasana riang di taman tema Rariru berdekatan dengan Gerennaday membuatkan aku mahupun Black selesa untuk bergurau senda dan saling mengusik seolah-olah apa yang berlaku antara kami empat tahun lalu tidak pernah berlaku. Seolah-olah apa yang berlaku di sekolah tinggi itu hanya mainan tidurku.
     “Hm,” jawabnya. Matanya dari tadi tidak lepa memandangku takut aku hilang imbangan dan jatuh.  
     “Kau...” Nak tanya ke tak? Tapi, honestly, semasa White tunjuk padaku Facebook page milik Black, hatiku jadi rawan. Boleh kata ¾ kawan facebook dia hanya perempuan, every picture dia, ada sahaja perempuan di sisi dia. Dinding facebook dia, ahh... naik bengkak jari telunjukku menekan butang turun semata membaca friendly greeting kawan-kawan perempuan dia. Jadi aku rasa, aku macam dah tak kenal Black yang dulunya gay, boleh jadi kasanova.
     Okay, now or never Blaine!
     “...ada girlfreind tak?”
     “On what terms?” soalnya tenang sehingga aku sendiri berhenti meniti batu-bata. Chait! Boleh pulak?
     “Yelah, girlfriends. Kawan perempuan, teman tapi mesra, teman atas katil, etc...” jelasnya selamba dengan kening yang terangkat-angkat.
     “Isy...!” Mukaku memerah mendengarkan ulasannya itu. Aku menoleh ke kanan, menyorok wajahku dari pandangan matanya yang redup itu. Hatiku berdegup laju.
     “Well, on term of heart and flowers. Sort of...” jawabku tergagap dan kembali meniti batu bata dengan berhati-hati. Tangan kiri ku depa supaya dapat mengimbang badanku. Black ketawa kecil sambil mengangguk, menyambung langkah dan mata miliknya memerhatiku.
     “Tak da.”
     Mendengarkan jawapannya membuatkan aku berhenti melangkah dan berpusing memandangnya. Bulat mataku memerhatinya dengan mulut yang ternganga. Perkataan tak da aku ulang dengan rasa tidak percaya. Dia pula hanya menggeleng sambil tersenyum senang. Kedua belah tangannya dalam kocek seluar.
     “Tipu! Habis tu all that thingin your facebook...”
     “Were you stalking me?”
     Aku rasa kulit pipiku nak mengelupas sahaja dek rasa malu yang melimpah-limpah. Mulutku bergerak-gerak ingin membalasnya tapi apa mahu kata? Terlajak dayung boleh undur, terlajak kata... Sekali lagi dia ketawa. Kali ini agak lepas.
     “Grey! What change you?” Aku hanya jelir lidah pada pertanyaannya. Malas nak jawab dan aku sambung semula meniti dan berhenti semula atau hampir terjatuh apabila dia cakap, “yet I like it.”
     Nasib baik Black pantas bertindak dan menyambut aku. Kalau tidak aku tak dapat bayangkan muka marak Frenand yang bossy tu bila dapat tahu aku ada fractured kat mana-mana bahagian badan aku. Hanya aku terlepas pegangan ais krim popku dan aku mengeluh sedikit.
     “Kau tak apa-apa?” soalnya risau. Aku menggeleng dengan wajah menunduk memandang ais krim popku yang mula mencair di atas jalan berturap simen coklat itu. Tangannya menggeletar memegang bahuku. Pabila aku mendongak memandangnya, aku tergamam.
     “Did I freaked you out?”
     Dia hanya diam dan tangannya jatuh dari bahuku. Okay, aku rasa bersalah dan aku tak suka bila dia diam macam ni. Rasa macam pertemuan aku dan dia di bilik stor sukan sekolah. Memikirkan perkara itu, membuatkan aku berfikir, adakah dalam hati dia masih ada lagi rasa itu?
     “Black?”
     “Jom, nanti terlepas,” katanya dan menarik aku menuju ke suatu tempat. Dari depan kondo aku lagi dia asyik kata ‘nanti terlepas’ tetapi apa yang terlepas pun aku tak tahu. Aku mengerling jam. Lagi satu jam, aku harus berada di studio.

     SPACE SHOT berdiri megah di hadapanku tanpa ada mereka yang beratur panjang untuk menaikinya. Aku melihat Black dengan ragu apabila lelaki itu menghulurkan tangannya padaku. Menggeletar pun ada. Takkan kita aja yang naik?
     Aku duduk di salah satu tempat yang Black tunjuk. Dia mengikat tali hoodie berkepala kucing yang dia beli untukku tadi dan tali pinggang keledarku lalu menurunkan penghadang. Kemudian dia duduk di kananku. Macam orang kahwin je posisi kami. Penjaga tempat tarikan itu mengangkat tangan pada kami menunjukkan lima jari pada kami. Aku telan liurku. Masih lagi dalam kekeliruan antara gementar dan teruja namun melihat senyuman Black yang tenang dan matanya menggambarkan rasa keterujaan, rasa yang ada sedikit berkurang. Aku membalas senyumannya.
     Perlahan-lahan Space Shot bergerak naik perlahan-lahan hingga atas sekali. Mataku mencerun ke bawah. Fuyyooooo! Erk?
     “Jangan tengok bawah, pandang depan dan nikmatinya,” kata Black dan aku buat seperti apa yang dikatakan olehnya. Bandaraya Rariru terbentang di hadapan mataku dengan lakaran jingga di ufuk menyimbah warnanya pada segenap alam. Aku tergamam, sebuah kejadian yang indah. Adakah perkara ini yang disebutkan dari tadi oleh Black. Dari kita menjamah sarapan pagi kita, bermain dan bergurau hanya adalah untuk menanti perkara ni? Oh Black.
     Tiba-tiba aku berasa seperti diriku dicampak ke bawah meninggalkan jantungku di atas ditemani jeritan dan ketawa kami yang nyaring dan kuat. Rasa seperti aku menghargai nyawa sekarang apabila Space Shot berhenti di antara tiangnya yang tinggi. Thrilled.
     Sekali lagi permainan itu bermain dengan rentaknya yang naik dan turun. Aku dan Black menikmati waktu ‘ganas’ kami itu degan pemandangan matahari terbenam dan kotaraya dilimpahi cahaya lampu neon yang indah. Romantik gila Black ni tau!

     DIA memberhentikan keretanya di tempat parkir berhadapan dengan bangunan Studio TVG. Hatiku menjadi berat untuk meninggalkannya saat hatiku benar-benar mahunya. Setelah apa yang dia lakukan tadi, aku sanggup membiarkan persoalan yang bermain di fikiranku sebelum ini. Aku benar-benar mencintainya sejak dahulu lagi. Sejak hari-hari aku ditemani engkau memonteng kelas, fikiranku penuh dengan engkau cuma dahulu aku tidak menyedarinya sehinggalah apa yang berlaku tujuh tahun dahulu.
     Aku hela nafasku. Black berpusing menghadapku. Kepalanya bersandar pada kusyen letak kepala. Jantungku berdegup melihat dia memandangku begitu. Aku gigit bibir bawahku dan aku ikut buat perbuatan yang serupa sepertinya. Telefonku yang bergegar itu aku biarkan. Aku dapat rasa Black seperti ingin meluahkan sesuatu dan aku mahu mendengarnya. Malah, sebenarnya aku tunggu empat tahun untuk ‘sesuatu’ itu. Cuma tak terluah sahaja.
     Dia membelai wajahku lembut. Suasana romantik itu membuatku terpukau dengan sinar matanya, sentuhan lembutnya dan rasa yang bermain antara kami. Aku mencapai tangannya yang membelai wajahku, dan mengikut rentak belaiannya pada pipiku, rambutku, alis mataku, hidungku dan bibirku. Black, aku menunngu.
     “I Lo...”
     “Tok, tok, tok!”
     Aku memejam mataku rapat dan bibirku ketap geram. Aku dapat rasa yang Black terkejut dengan ketukan di cermin kereta di tempatku. Aku macam tidak percaya yang perkara seperti ini berlaku. Aku memandang Black meminta dia menyambung sahaja kata-katanya tetapi ketukan semkin menjadi-jadi. Nafas berat ke hela dengan kuat. Annoyed!
     “Pergilah, nanti aku akan cari masa dan tempat yang sesuai. I promise,” ucap Black lalu mengucup bibirku lembut dan tersenyum penuh rasa cintaku sambil menggosok-gosok rambutku. Aku menepis tangannya manja. Chait!
     Dia ketawa senang lalu melihatku melangkah keluar dari perut kerata. Aku menjeling Green yang sudah berpelung tubuh di hadapanku dengan wajah yang sukar untukku tafsir. Aku melambai-lambai saat kerata Satria GTI itu mengundur dan menderum laju meninggalkan perkarangan bangunan itu.
     “Dah tak payah nak lambai beriya sangat. Frenand dah mengambuk sebab kau tak angkat-angkat call dia,” ujarnya lalu mencapai tanganku, menarik masuk ke dalam bangunan. Aku sedaya upaya cuba meloloskan peganganku daripadanya tetapi entah aku tak mampu melakukannya apabila pegangannya begitu kejap sekali.
     Perangai Green begitu pelik sekali sepanjang pengambaran. Setiap aksi yang melibatkan sentuhan, dia lakukannya dengan terlalu asyik sehingga aku rasa begitu resah sekali dan akibatnya aku pula yang kena tegur kerana tidak memberi kerjasama. Akhir sekali, pengambaraan terpaksa ditangguhkan seketika dan Andy, si photographer sudah marah-marah namun nasib baik ada Feliza, meredakan kemarahan Andy.
     Aku meraup wajahku. Penat. Tidak pernah sepanjang aku bekerja empat tahun sebagai peragawati, aku berasa begitu penat. Green duduk di sebelahku. Matanya tajam merenung ke hadapan memandang ke arah lampu-lampu yang terpasang dan set komputer dan kamera yang berada di hadapannya. Kesemua staf yang lain telah pergi ke tempat lain dan membiarkan aku sendirian di sini tetapi Si Muntah Hijau ini lebih gemar menganggu aku.
     “Kau kenapa?” soalnya tidak beriak.
     “Sebenarnya apa masalah kau?” Soalan dibalas soalan. Hatiku geram memikirkan perangai Green malam ini.
     “Kau betul-betul nak tahu?”
     “Daa..?”
     “Aku tak suka kau dengan Black!”
     Aku kerut dahiku. Eh, eh. Mamat ini simpan rasa lagi ke kat Black?
     “Kau masih ada hati kat...” Namun kata-kataku pantas dipotongnya.
     “Ia bukan seperti apa yang kau fikir Blaine!”
     Aku tergamam. Lidahku jadi kelu bilamana namaku diseru. Wajahnya yang tadi tegang menjadi kendur melihat wajahku.
     “Tolong jangan rumitkan perkara ni untuk malam ni. Just bayangkan muka aku ni... Black,” pohonnya dan entah kenapa aku hanya mengangguk mendengarkan rintihnya itu. Adakah kerana aku tahu dia ada perasaan padaku?
     10 minit selepas itu, pengembaraan berjalan semula dan setiap apa yang dia lakukan, aku hanya ikut rentaknya. Setiap sentuhannya, dan pelukannya, apa yang aku nampak hanya wajah Black. Maafkan aku Green, aku tak mampu untuk membalasnya jika apa yang aku nampak itu membuatkan kau tersinggung tetapi apa yang pernah kau miliki dahulu, lebih menggores hatiku dahulu sebelum kau sendiri yang terluka.
    
     DUA tahun berlalu dan segala apa yang berlaku antara aku, Black dan Green menjadikan kami matang. Membuatkan aku faham atas apa yang berlaku di sekolah tinggi dahulu. Cemburu, dendam dan cinta. Sesuatu yang boleh membuatkan manusia sesat dalam mencari erti kehidupan sebenar. Aku pula menjadi taruhan yang tersepit antara Black dan Green. Boleh pulakkan? Pada mulanya aku tak faham kenapa mesti pertaruhan yang sebegitu tetapi entah lebih banyak aku berfikir, lebih banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku. Persoalan-persoalan itu, Black mahupun Green tidak mahu menjawabnya dan hanya bergaduh merebut aku sehingga aku yang mendengar pun boleh jadi malu dan tidak mahu menimbulkan isu itu lagi. Lelaki...
     “Blaine?!”
     Aku mendongak memandang White yang berdiri di belakangku sambil mengendong anaknya, Violet yang baru mencecah umur tiga bulan itu.
     “Kau berangan lagi!” marahnya dan aku hanya tergelak melihat wajahnya yang marah-marah itu.
     “Ini betul ke Grey? Bukan ke kau patut pakai tux?”
     Mendengarkan soalan bodoh dari Red, laju sahaja aku membaling jambangan bunga yang ada di atas meja solek padanya. Kureng betul mamat ni. Dah jadi bapak budak pun, perangai macam budak-budak!
     “Whoa, meriahnya!”
     Aku menjeling Green yang melangkah masuk ke dalam kamarku. Dia yang segak berpakaian tuxedo kelabu pilihanku itu memandangku dengan senyuman yang tidak lekang dan aku tahu, dia masih menyimpan harapan untuk aku menerima cintanya.
     Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke arahnya, lelaki yang aku cintai, dulu, kini dan selamanya. Dia di sana menantiku dengan sabar, mungkin sedikit teruja di hujung garis matanya dan senyumannya. Oh Black. Setelah dua tahun aku menunggu kau, selepas beberapa kali cubaan kau untuk melamarku gagal; atas sebab-seba tertentu yang datang aku dan dia, akhirnya hari ini kita bakal disatukan.
     Aku dan kau. Kita sama-sama mencuba untuk meluahkannya tetapi masa kita tidak pernah tepatkan seperti hari-hari kita di sekolah rendah, di padang sekolah. Aku sering berdiri dan kau duduk di atas memandangku dengan pandangan lembut dan penuh rasa menunggu kehadiranku.
     “Kau lambat,” ujarnya.
     “Kau yang tinggalkan aku!”
     Bersama di samping kita tersenyum bahagia, kita mencipta hari kita dengan penuh rasa cinta hingga ke syurga. I Love you.

-----
So, this will be the last part of the heavenly love story. And the last piece of art that be using the names of colours. Hehe. Enjoy the love story between Gray, Black and Green. (^.^)v

No comments:

Post a Comment