Sebelas
: Skandal Maut Antara Dia dan Saya
12
April 2731, 1045am, Gleam City
Hujan turun renyai-renyai pagi itu
membuatkan warga kota Square Enix berpeluk tubuh dan berpakaian sejuk
berlapis-lapis. Fairul memasang pemanas yang baru sahaja dia pasang dalam
keretanya dua bulan lepas. Nasib baik dia prihatin terhadap musim-musim monsun
di Tinum. Dia kemudian mencabut sarung tangannya sambil matanya memerhati
sekeliling. Cuba mencari kelibat seseorang.
Pintu kereta tempat penumpang dibuka dan
Kasturi merempuh masuk bersama-sama dua cawan kopi latte panas. Kasturi
mencampakkan beg sandangnya ke belakang dan menyerahkan secawan latte pada
Fairul. Kemudian Kasturi membuka penutup cawan itu. Fairul juga melakukan
perkara yang sama.
Asap dari air kopi tersebut naik ke udara
itu, Kasturi perhati lalu menghidu baunya dengan nikmat. Fairul menjeling
Kasturi lalu ketawa kecil. Tidak sangka Kasturi akan berkelakuan seperti itu.
Lalu dia menyisip air kopi itu perlahan-lahan bersama-sama Kasturi.
“Ahhh!” kata mereka serentak dengan mata
yang tertutup. Nikmat!
Kasturi membuka matanya. Segaris senyuman
muncul apabila dia berpaling melihat Fairul. Fairul membalas senyuman Kasturi
dan mereka kembali fokus pada kerja mereka iaitu menunggu suspek keluar dari
bangunan.
Sekali lagi Kasturi menghirup kopinya.
Kemudian kembali merenung ke jalan raya. Bibir cawan kopi itu sentiasa
menyentuh bibirnya. Kalau tidak pun, dia akan mengigitnya. Masa berjalan
perlahan bersama-sama renyai hujan di luar. Kasturi menggaru pipi kanannya.
“Awak...” kata Kasturi tiba-tiba. Fairul
tidak berganjak dari fokusnya. Serius sahaja mukanya. Tetapi telinganya ditadah
untuk mendengar butir bicara Kasturi.
“... tahu ke rupa dia macam mana?” sambung
Kasturi. Matanya juga masih lagi fokus pada jalan raya kemudian pintu depan
bangunan utama ‘Sweet Mary’. Fairul menjeling Kasturi lalu menghulurkan cawan
kopinya pada Kasturi. Kasturi menyambutnya. Fairul merengangkan badannya.
“Ketup, ketap,” bunyi tulang Fairul
berlaga.
Kasturi menghulur kembali cawan kopi itu
pada pemiliknya. Fairul mengucapkan terima kasih lalu mengambil semula
cawannya. Dia menghirup sedikit air kopi itu.
“Percaya cakap saya, muka dia serupa
dengan bapak dia,” jawab Fairul yakin.
Terangkat kening Kasturi mendengar jawapan
Fairul. “Dan awak tahu tak rupa bapak dia?” soal Kasturi ragu-ragu.
Fairul ketawa besar mendengar soalan
Kasturi. Kasturi terkejut. “Apa?”
Pantas Fairul menggeleng. Dia menutup
mulutnya supaya tidak ketawa lagi. Tidak mahu menaikkan darah Kasturi yang
memang sedang menaik darjah celciusnya.
“Awak ingat awak cuti seminggu hari tu,
saya tak buat kerja ke? Saya kumpul information
tau. Buat analisis data dan pergi minta tolong orang siasat kat tempat yang
saya tak boleh pergi. Baru hari ni saya dapat buat pemerhatian sebab saya
tunggu awak,” jawab Fairul dalam sisa tawanya.
“Tunggu saya?” kata Kasturi terkesima.
Fairul mengangguk perlahan. Melihat anggukan Fairul, mata Kasturi menjadi
redup. Rasa bersalah mula menguasai diri. Patutlah Fairul beria mengajaknya ke site pagi ini kerana menunggu dirinya.
“Sorry,”
mohon Kasturi. Terangkat kening Fairul lalu dia melihat Kasturi yang sedang
menggenggam erat cawannya.
“Sorry?”
soal Fairul pelik. Kasturi senyap tidak berkutik. Kemudian gadis itu menumpukan
kembali matanya ke luar. Fairul menggaru kepalanya. Dia rasa Kasturi sudah
salah faham dengannya. Sekali lagi Fairul ketawa tetapi dalam nada rendah
daripada sebelumnya.
“Actually...”
kata Fairul dan menyadar pada stereng keretanya sambil bermain-main dengan
cawan kopinya.
“... cuti seminggu awak buatkan saya siap
semua kertas kerja saya fasal ‘Sweet Mary’ tau. Cuma sejak CEO lama tu
meninggal dua hari lepas, kerja bertimbun balik. So, no need to worry lah.
Saya sebenarnya nak buat kerja ni dengan awak. Bukan ke kita ni partner?”
Kata-kata Fairul membuatkan hati Kasturi
berbunga kembang. Senyumannya muncul dengan sendiri. Dia gembira dengan
hubungannya dengan Fairul walaupun beberapa hari lepas Fairul ada meluahkan
perasaannya pada Kasturi. Tetapi Kasturi tahu, Fairul bersikap profesional. Itu
adalah salah satu sebab mengapa Kasturi boleh senang dengan lelaki itu.
“Terima kasih...”
“Sama-sama kasih,” jawab Fairul dan tawa
mereka meletus.
Mereka kembali fokus apabila perasan
akan beberapa buah kereta sedan hitam
melintasi Fierce milik Fairul. Kemudian beberapa orang bertubuh tegap keluar
dari kereta sedan tersebut sambil memegang payung hitam sekali gus menghalang
pandangan Kasturi mahupun Fairul. Pintu depan bangunan pejabat ‘Sweet Mary’
terbuka dan konco-konco bertubuh tegap itu mula mengerumuni pintu depan
tersebut seperti sedang beratur.
Beberapa saat kemudian muncul seorang
lelaki bersama-sama seorang perempuan. Mereka berdua berjalan pantas menuju ke
kereta sedan hitam tersebut dan tanpa berlengah, konco-konco itu membuntuti
langkah ketua mereka. Kasturi dan Fairul berpandangan. “Apalagi?” soal Kasturi
dengan senyuman nipis mekar di hujung bibirnya. Fairul turut sama tersengih
lantas menghidupkan enjin keretanya.
FAIRUL memberhentikan keretanya di bahu
jalan apabila dua buah kereta sedan itu mengambil lorong ke lebuh raya Suburban
Gleam di Timur Laut Gleam City. Fairul dan Kasturi, masing-masing menanggalkan
tali pinggang keledar dan melangkah keluar kereta dan melihat debu-debu asap
putih dari ekzos sedan hitam itu.
Kasturi memangkukan kepalanya pada bumbung
kereta. Hujan yang turun renyai-renyai itu menambahkan rasa gelisah Kasturi.
Satu keluhan terbit di mulutnya. Fairul berpaling melihat Kasturi dengan kening
terangkat. Pertama kali dia melihat Kasturi berkeluh kesah begitu. “Kenapa
Kasturi?” soal Fairul prihatin.
Kasturi menggeleng-geleng lalu
menghulurkan satu senyuman yang lahir dari dasar hatinya yang paling dalam.
Sungguhnya, hanya pada Fairul sahaja dia mampu tersenyum begitu. Satu senyuman
yang sangat ikhlas dan penuh rasa cinta. Kemudian dia kembali melihat bekas
trek tayar kereta sedan yang menuju terus ke timur laut. Terdapat satu tanda
soal yang terbit di mindanya apabila pertama kali melihat wajah CEO ‘Sweet
Mary’ yang baru itu.
Fairul yang terkesima melihat senyuman
Kasturi itu berasa dadanya mahu meletup sahaja seperti letupan Big Bang. Fairul
menahan dadanya dengan tangan kirinya. Adakah jawapan yang Fairul tunggu kini
sudah terjawab? Adakah Kasturi berasakan perkara yang sama dengannya? Hati
Fairul berperang sama sendiri.
Jam menunjukkan angka 12. Perut Kasturi
mahupun Fairul sudah berbunyi, mengganggu perasaan mereka yang berperang dengan
pelbagai persoalan di benak fikiran mereka. Kasturi dan Fairul berpandangan. Kemudian,
tawa mereka meletus kerana mahu menutup rasa malu. Malu kerana bunyi perut yang
berkeroncong kuat itu.
“Makan dulu, baru singgah rumah arwah
Farid?” cadang Fairul sambil mengambil tempat di tempat pemandu. Kasturi mengangguk
setuju lalu menutup pintu kereta. Sebelum menghidupkan enjin kereta, Fairul
membuat beberapa panggilan pada rakannya yang Fairul pasti boleh membantunya
dalam memperoleh maklumat di Suburban Gleam.
“Awak tak kisah kita makan Chinese Food hari ni?” soal Fairul tika
matanya melihat cermin pandang belakang sebelum memasuki lorong sebelah menuju
ke China Town. Sekali lagi Kasturi mengangguk senang. Tiba-tiba dia berdiri
tegak. Kasturi bertambah kaget apabila Fairul memasuki lorong ke Speed Highway.
“Kenapa awak tak guna Downtown Lane?” soal
Kasturi cemas. Mindanya sudah terlintas memori ketika dia dan arwah Farid
melalui jalan itu pertama kali dahulu. Ngeri!
“Kereta saya mana boleh guna jalan tu,
sempit! Kan kerajaan dah buat jalan khas untuk kereta jenis sisi besar.
Lebih-lebih lagi jenis pelesit macam Fierce ni. Best apa? Dapat buat drift!” kata Fairul teruja. Fairul
menekan minyak kereta dan mengetatkan pegangan stereng keretanya. Dia lansung
tidak mengendahkan Kasturi yang sudah seperti ayam berak kapur itu. Pucat lesi
wajah Kasturi.
Kasturi pantas menyandar pada tempat
duduk. Dalam hati dia berdoa panjang-panjang. Habis segala doa empat kul, ayat
kursi, doa penenang hati dan al-fatehah dibaca dalam hati. Betapa gubranya
Kasturi apabila dia terlihatkan pintu gerbang yang berwarna biru itu.
Fairul bertambah teruja apabila melihat
tanda had laju pada Speed Highway ialah 300km/j. Apalagi, Fairul tidak
melepaskan peluang untuk test-drive
kereta kesayangannya. Sejak berita Speed Highway dibuka dua tahun lalu, Fairul
sentiasa berangan untuk menggunakan khidmat lebuhraya itu untuk menguji
kelajuan kereta yang bakal dibelinya itu dahulu.
Kini, apabila Fierce menjadi hartanya dan
Speed Highway dihadapan mata, dia tidak akan berkompromi walaupun tika itu, dia
melihat Kasturi sudah terbaring di atas kerusi empuk keretanya kerana gerun
dengan kelajuan kereta yang dipandu oleh Fairul. Mulut Kasturi pula
terkumat-kamit seperti membaca doa. Fairul ketawa gembira. Kini dia ialah
Speed, karekter dari siri animasi Speed Racer tahun 1960. Tambahan itu set di
hadapan matanya, saling tidak ubah seperti apa yang dilihatnya dalam filem yang
dibikin pada tahun 2008 itu. Kini, Speed Racer dibikin semula dan menurut
tabloit, pementasan muzikalnya bakal dipentaskan pada hujung bulan September
ini.
Sementara itu, Kasturi sudah terpelosok di
bawah dashboard kereta. Hanya Allah
sahaja tahu betapa dia histeria bila menaiki kereta yang dibawa kelajuan
begini. Dia teringat bila kali terakhir dia menaiki kereta Zareen bulan lepas.
Hampir sahaja dia bertemu ajal di hadapan lampu isyarat 5km dari tempat
kerjanya. Itupun selepas dia meronta-ronta dan menjerit[walaupun tak keluar
suara], barulah Zareen membrek. Syukur, kini dia masih lagi bernafas di bumi
ciptaan Allah SWT.
Tiba-tiba Kasturi berasa dirinya berpusing
180 darjah. Menjerit Kasturi dibuatnya[itupun tanpa suara] dan apabila kereta
itu berpusing 180 darjah lagi demi melengkapkan jalan yang berputar 360 darjah,
Kasturi dapat berasa separuh dari rohnya sudah terbang ke langit yang gelap di
luar sana.
‘Ya Allah, tolonglah! Aku tak nak mati
awal dalam keadaan macam ni!!!!’ jerit Kasturi di dalam hati. Entah kenapa pada
saat itu Kasturi mahu berjumpa dengan Dato’ Mahmood dan meminda projek Speed
Highway supaya menjadi litar lumba profesioanal sahaja. Cukuplah pengalaman
kali kedua melalui lebuh raya yang lebih serupa litar lumba itu buat dirinya.
Biarlah dia dikatakan gila kuasa asal tiada lagi nyawa melayang separuh
sepertinya tadi.
RED LIGHT DISTRICT pada waktu
puncak itu kelihatan lengang tanpa seorang pelanggan mahupun seorang wanita
dijalanan. Kereta sedan bewarna hitam itu memberhentikan keretanya di hadapan
sebuah restoran esklusif yang hanya pelanggan dari kalangan warga VVIP sahaja
yang boleh menjadi pelanggan tetap. Restoran esklusif itu antara restoran
terkemuka yang memberikan layanan khidamat wanita-wanita dari setiap pelosok
dunia juga menawarkan khidmat kolam mandian air panas dalam pelbagai jenis
bilik persendirian mengikut citarasa pelanggan.
Saiful menanggalkan trench kot hitamnya lalu dihulur pada Serenne, setiausahanya.
Serenne kemudian memberikan trench
kot lelaki itu pada robot penyambut
tetamu beserta payung yang memayungi Saiful dan dirinya tadi. Robot itu
kemudian memandu arah mereka ke destinasi pertemuan mereka dengan rakan niaga
arwah bapanya.
Mereka melepasi ruang restoran terbuka
yang menempatkan 30 buah meja bersama empat kerusi setiap satu meja. Di tengah
ruang tersebut, tumbuh sepohon pokok Magnolia yang berkembang cantik dengan
kelopak-kelopak bunga yang putih jatuh menyembah bumi. Pokok Magnolia yang
ditanam dalam sebuah bekas kaca besar yang berbentuk silinder itu, Saiful
pandang penuh kagum dan sedikit kecewa kerana pokok yang cantik itu ditanam dan
tumbuh mekar di tempat yang dilaknat Allah.
Kemudian mereka menaiki escalator menuju tingkat satu dan
menyelusuri koridor itu menuju ke lif yang akan membawa mereka menuju ke
tingkat lima. Sepanjang jalan menuju ke lif, mata Serenne sempat melingas ke
sekeliling tempat yang didekorasi dengan motif makhluk-makhluk ghaib yang
sering dia lihat dalam filem-filem jepun mahupun korea beserta corak
kuntuman-kuntuman bunga sakura yang kembang kuncup itu.
Serenne kemudian dikejutkan dengan hiasan
dalaman lif tersebut yang keseluruhannya disalut emas. Entahkan tulen ataupun
tiruan. Serenne yang mampu memandang pantulan dirinya dan Saiful yang terpantul
dari cerminan emas itu.
SEBAIK
sahaja mereka tiba di aras lima, robot tersebut terus memandu arah menuju ke
hujung koridor yang lengang dan senyap. Serenne menjeling Saiful yang tenang
itu ataupun lelaki itu berlagak tenang? Ah, Saiful memang ejen yang cemerlang!
Maka, Serenne kembali semula pada wataknya
yang pendiam dan tegas itu ketika suasana sekelilingnya putih tanpa sebarang
calitan warna-warna kontra. Walaupun bulu romanya tegak berdiri kerana suasana
sunyi itu tetapi Serenne tetap berlagak tenang. Jika dibandingkan tempat yang
dilalunya tadi dengan sekarang, aras satu lebih menakutkan namun entahlah
suasana, bau dan perasaan yang menekan jiwanya lebih menakutkan dari
sebelumnya.
Seboleh mungkin, Serenne mencari di
manakah pintu yang akan menghubungkan mereka dengan rakan niaga arwah bapa
Saiful? Serenne mengira-ngira jarak lif dan destinasi yang akan mereka tuju.
Rasanya agak jauh untuk sebuah restoran yang berkeluasan 20,000 kaki persegi
itu. Serenne menghela nafas lega apabila robot itu berhenti di hadapan dinding
putih yang kemudian tangannya menyentuh dinding itu dan jarinya yang kecil itu
laju menekan punat-punat halimanan yang Serenne waima Saiful dapat lihat.
“Enjoy
your leisure lady and gentlement,” kata robot tersebut sebaik sahaja
pasangan itu memasuki bilik yang pintunya tiba-tiba muncul dari dinding rata
tanpa sebarang rekahan. Serenne melihat pintu itu tertutp rapat dan berpaling
ke hadapan semula cuba menjamah bilik yang seperti disimbah cat merah itu.
Lampu-lampu malap sedikit menyukarkan pasangan itu melihat sekeliling mereka.
Bau-bau oren segar memasuki lubang hidungnya.
Mereka kemudian berjalan ke hadapan,
menuju ke pintu ambang kayu yang berukir indah. Terdapat dua set sofa, dua buah
meja, sebatang lampu meja setiap sudut dan dihiasi ranting-ranting kayu yang
tumbuh tinggi dililit bunga-bunga bewarna oren dan kuning, sebuah sebuah tv
LCD, dua buah amplifier, dan
terhidang satu set teko bersama-sama sepiring ladu yang masih lagi berasap.
Di satu sudut, seorang lelaki yang
berpakaian santai dengan rambut yang dibiarkan rambutnya tidak terurus. Di
hujung bibirnya, sebatang rokok elektronik menyala. Kakinya yang panjang
diselempang dan di letakkan di atas individual
sofa yang berada di sebelah kirinya. Kedua-dua belah tangannya di letakkan
di bahu sofa, menjadikan duduknya begitu selesa. Saiful dan Serenne melihat
sahaja aksi lelaki itu yang leka menghembus asap rokoknya.
“You’re
very panctual just like your late father,” kata lelaki itu lalu tersenyum
sinis. Saiful menghulurkan segaris senyuman yang sangat tawar. Hanya Allah
sahaja yang tahu betapa dia mahu merobek-robek hati lelaki itu, lelaki kejam
yang membunuh ayahnya. Namun, dia cepat menahan perasaannya. Dia tidak boleh
bertindak terburu-buru. Dia harus bersabar.
“Thank
you for the compliment sir,”ucap Saiful lalu menunduk hormat. Serenne yang
berdiri di belakang Saiful turut menunduk mengikut perbuatan Saiful.
“Ah,
they’re here!”
Tiba-tiba satu suara asing muncul menembusi
dinding. Serenne dan Saiful tergamam melihat kemunculan mengejut seorang
perempuan anggun berkebaya calestial, rekaan terbaru dari pereka fesyen kebaya
terkenal Tinum, Citra Kasih Aluwi. Rambutnya yang berombak panjang hingga ke
lututnya itu dibiarkan lepas bebas menampakkan lagi dirinya yang berpewatakan
menarik. Lebih-lebih lagi, matanya yang bundar dan bercahaya dengan iris hitam
kelabu itu dan bibirnya yang seulas dihiasi lipstik merah garang.
Wanita tinggi lampai itu mendekati Saiful.
Di tangannya terdapat sepiring kek lapis dan seteko teh hijau. Matanya galak
melihat Saiful dari atas hingga ke bawah kemudian melihat ke hidung mancung
Saiful. Dia tersenyum penuh goda apabila matanya mendarat ke anak mata Saiful.
Serenne yang melihat aksi kurang senang wanita itu, berasa mahu sahaja di
korek-korek biji mata wanita itu biar buta.
“I...”
kata wanita itu lalu menjeling Serenne. Serenne terpaksa mengukir senyum.
Wanita itu membalas tetapi tidaklah semanis dan seseksi ketika dia melihat
Saiful.
“... do
love young men...” sambung wanita itu lalu mengenyit mata pada Saiful.
Saiful menelan liurnya perlahan. Otaknya seperti bingung sahaja bila wanita itu
berkata demikian. ‘Dia lagi tua dari aku ke? Tapi muka dia macam budak sekolah
jer...’ soal Saiful dalam hati.
“Noona...” panggil Zaim meleret. Dia
paling tidak suka bila seniornya berkelakuan sedemikian. Sejak dari universiti
sehingga sekarang, lansung tidak berubah. Zaim menghela nafas berat bila
mengingati zaman dia berada di tahun pertama di universiti dan Sophie di tahun
terakhir.
Sophie berpaling memandang Zaim. Habis
pecah rahsia umurnya. Tetapi tidak mengapa. Sophie suka bila Zaim memanggilnya
begitu. Pantas Sophie berlenggang ke meja di hadapan Zaim lalu meletak kek
lapis itu. Zaim menggeleng melihat perlakuan Sophie yang sengaja datang ke
ruang itu dengan alasan mahu menambah snek dan menukar teko teh. ‘So lame Sophie! I know your every trick!’
desis hati Zaim apabila mata Sophie yang asyik berkelip-kelip melihatnya.
Memohon pada Zaim supaya memperkenalkannya dengan lelaki muda yang ‘hot’ itu. Sekali lagi Zaim mengeluh
berat. Pening-pening!
“Kid...”
“Don’t
call him kid, his a bachelor,” marah Sophie dalam bisiknya. Zaim menepuk
dahinya. Apa-apa jelah Sophie.
“...perkenalkan ini Lady Sophie Aigner. Dia
ni senio... aouch!” Zaim menceceh kesakitan bila Sophie tidak sengaja terletak
bawah teko ke betisnya. Dia pantas mengusap betisnya. Habis hilang suadah gaya
machonya tadi dek perangai Sophie.
Saiful berpaling melihat Serenne. Dahinya
sedikit berkerut dengan mulut yang mengerekot manahan tawa. Serenne tersenyum
geli hati.
“Selamat berkenalan, saya Muhammad Saiful
Bakri, CEO Sweet Mary menggantikan arwah ayah saya dan ini setiausaha peribadi
saya Serenne Bon Lionne. Tolong layan kami dengan baik,” kata Saiful sekadar
berbudi bahasa selepas tawanya reda.
Terangkat kening Sophie mendengar salam
perkenalan Saiful. Sungguh dia tidak menyangka lelaki yang berdiri di ambang
itu merupakan anak Si Pengkhianat kumpulan mereka. Sudahlah handsome dan
perkasa. Hmmm, nasib dirinyalah.
“So,
you ni rupanya anak Janggut Emas... I
tak sangka dia ada anak yang begitu... cunning!”
kata Sophie dalam suara yang sengaja dilunakkan. Zaim yang dari tadi dok
menjelingnya, dia buat tidak endah. Jealouslah
tu!
Saiful tersenyum tawar mendengar ‘pujian’
Sophie. Dia cuba mengawal rasa marahnya dengan mengepal jari-jemari kanannya.
Entah kenapa, dia berasa menyampah melihat wanita gedik itu. Lebih-lebih lagi
apabila Sophie memanggil nama bapanya dengan penuh jelek sekali. Biarpun,
dahulu dia tidak begitu rapat dengan arwah ayahnya, namun lelaki yang bergelar
Omar Bakthiar itu tetap ayahnya. Di mana sahaja dia pergi, dia tetap membawa
nama ayahnya. Memandangkan dia ialah pewaris kepada syarikat manisan terkenal
seluruh dunia.
Zaim
melihat perilaku anak muda di hadapannya. Sangat berbeza daripada ayahnya.
Sangat tenang dalam menangani emosinya dan bertindak dengan tindak tanduk yang
sepatutnya. Jarang sekali arwah Omar bercerita padanya tentang perihal anaknya.
Yang arwah ceritakan hanya kecemerlangan akademik anaknya dan lebih banyak
mengasingkan diri daripada bergaul dengan anak-anak golongan elit. Zaim masih
ingat lagi, arwah Omar berkata ketika dia sedang bersedih kerana ditinggalkan
Lara, isterinya, dalam sendu terselit tawanya sambil bercerita bahawa anaknya
itu lebih mirip Lara dari dirinya. Lebih low
profile. Kemudian arwah Omar terus tenggelam dalam minuman kerasnya.
“Saiful kenapa masih berdiri di situ,
mari! Duduk di mana sahaja kamu suka,” panggil Sophie lalu berjalan mendekati
Saiful dan menarik Si Teruna itu duduk di double
seater di kanan sofa Zaim duduki. Serenne hanya membisu dan membontoti
langkah ketuanya.
“Sophie
please go back to the meeting room,” arah Zaim tegas.
Sophie mencebik lalu berlenggang menuju ke
dinding yang dia tembusi tadi. Sebelum dia melangkah ke dalam connecting wall, Sophie berpaling
memandang Saiful dengan pandangan yang sukar dimengertikan.
“I
have a very high expectation from you, Saiful. Please do not let this noona’s heart hurt just like what your father did to
us...” kata Sophie dengan penuh makna. Suaranya yang begitu dalam
membuatkan Serenne mahupun Saiful terkedu untuk seketika. Wanita itu
menakutkan.
No comments:
Post a Comment