Monday, October 29, 2012

July Issue for e-cerpen : Kiss me, my heavenly love



-----


     Sekali lagi mulut-mulut kumpulan gadis yang duduk di sebelahku sibuk bercerita itu ini apabila melihat pasangan itu memasuki kelas. Cakap itulah, inilah dan etc macam tak de cerita lain nak cerita. Asyik-asyik Red itu, White ini. Tapi depan dorang bukan main lagi manis muka sampai aku pun rasa macam nak mati je tengok dorang punya manis.
     Grey di sebelahku sudah menutup telinga dan mata dan kalau ada extra tangan nak tutup mulutnya juga, boleh jadi macam revolution of man, haha. Aku awal-awal lagi dah pasang beats solo ke telingaku dan volum makin tinggi apabila mulut-mulut itu masih becok berkata itu ini macam bertih jagung.
     “Korang ni tak de kerja lain ke asyik dari tadi buat dosa je, tak penat ke nak tanggung semua tu kat neraka nanti?” jerit Grey tiba-tiba pada kumpulan mulut becok itu dengan volum yang boleh menggegarkan auditorium kuliah ini. Aku menjeling Grey juga gadis-gadis itu. Aku menariknya, menyuruhnya duduk dan bertenang.
     “Bising je, kalau tak suka duduk sini, pergilah duduk kat tempat lain, pengkid!” suara cemuhan itu bermula lagi. Yadoh! Boleh tahan asam pedas juga mulut dorang ini semua.
     “Blaine, sini meh!” panggil White yang turut memerhati eksiden yang tiba-tiba itu tadi. Grey atau nama penuhnya Blaine Grey, berjalan mendekati White. Aku pula membontoti langkah Grey, tidak mahu berlama-lama lagi dekat situ walaupun kerusi itu adalah tempat yang baik untuk aku tidur.
     Namun belum sempat aku menapak tiga langkah, tangan aku sudah ditarik. Apa lagi kalau bukan minah-minah mulut becok itu.
     “Black, nak tanya sikitlah,” kata salah seorang dari mereka. Aku pula sudah mengerutkan dahi.
     “Tanya apa?” soalku sedikit jengkil dengan cara mereka menarik aku. Sengal kut walaupun dorang ni perempuan. Kalah aku yang jantan.
     “Kau dengan dorang dah kawan lamakan?” Pantas sahaja soalan itu keluar dari mulut mereka apabila dijerkah begitu oleh aku yang tak berapa berkenan dengan spesis perempuan macam ni.
     “Dorang tu siapa?” soalku bodoh. Aduh malasnya nak layan. Dahlah semuanya pesen perempuan kaca bukan permata. Lipgloss dorang mak aih, bersinar-sinar sampai aku yang tak rabun ni pun nak kene jumpa doktor mata.
     “Red ngan White ngan Grey la!” jawab merek mulai menyampah dengan layananku yang tidak seberapa itu.
     Aku pandang wajah mereka satu persatu. “Korang nak tahu?”
     Mereka mengangguk laju.
     “Pergi tanya tuan punya badan! Adios!” kataku lalu berpaling meninggalkan mereka yang sudah jaw drop. Hahaha. Suka aku dapat kenakan minah-minah tu semua. Bukan selalu aku keluarkan ayat asam jawa ni.
     “Apahal dorang tu?” soal Red sebaik sahaja aku mengambil tempat di belakang Red, bersebelahan dengan Grey.
     “Entah, mereng,” jawabku dan ketawaku meletus. Red, White dan Grey sudah menggeleng kepala dan turut ketawa bersamaku.

     PAGI itu, kelas berjalan seperti biasa walaupun tadi kami kecoh kerana aku terlupa bawa assignment Sir Rudy namun nasib baik Grey bawa salinannya walaupun dalam bentuk soft copy. Tak kisahlah asal pensyarah itu boleh lihat kerja kami dan proceed.
     “Kitaorang nak lepak Mamat Maju, korang nak follow tak?” soal Grey teruja mahu melantak roti tisu kegemarannya itu. Red dan White sudah menggeleng. Masing-masing sudah tersengih dan berkata mahu pergi ke taman tema selepas ini.
     Aku baru perasan yang hari ini White memakai boot baru. Patutlah dari tadi aku rasa macam ada bau kedai saja. Mungkin boot yang dia ada sebutkan dalam blognya itu. Boot yang Red belanja.
     “Jelousnya aku tengok dorang,” rungut Grey apabila kami berpisah dan menuju ke destinasi masing-masing. Kedua belah tangannya disilangkan ke belakang kepalanya. Memaparkan ketiaknya tanpa rasa malu. Memang perangai dia walaupun perempuan.
     Aku sudah tersenyum sumbing. “Dah perangai kau macam tu, siapa je yang nak melekat.”
     “Eh, sesedap rasa jer,” balas Grey geram.
     Aku pula hanya ketawa. Aku tahu Grey menyimpan perasaan terhadap Red tetapi gadis ini lebih banyak beralah pada White daripada menunjukkan perasaannya yang sebenar. Suasana menjadi senyap sunyi. Yang ada bunyi loceng bas ditekan oleh penumpang yang mahu turun ke destinasi masing-masing. Aku lihat wajahnya yang putih itu dan pucat tanpa sebarang alat solek. Rambutnya pula pendek paras bahu dengan potongan boyish. Tanpa sedar, aku hela nafas berat.
     “Sampai bila kau nak simpan perasaan kau pada Red?” soalku mula serius. Aku kasihankan Grey dan aku lebih kasihankan diri aku sendiri. Hei, kau ingat aku suka sangat ke nak mengikut orang tak tentu hala macam ni kalau aku tak simpan perasaan kat dia?
     Grey sudah menggaru belakang kepala. “Black, kita bincang benda ni lain hari. Aku nak makan dan aku tak nak fikir apa-apa pun fasal benda yang memeningkan kepala otak ni. Okey?” jawabnya rimas dan matanya lansung tidak memandang wajahku.
     Pantas dia menekan punat loceng untuk berhenti. Aku tahu Grey mahu lari dari soal hati perasaan ini tetapi dia tidak boleh diam sahaja. Bisa jadi bisa dalam hati.
     “Grey.” Aku tangkap pergelangan tangannya memaksa dirinya berhenti dari berjalan laju dan menghadap mukaku.
     “Lepaslah!” marah Grey dan cuba meloloskan tangannya dari peganganku. Aku pula sedaya boleh cuba mempertahankan peganganku namun bila melihatkan dia mengaduh begitu, hatiku jadi panik. Tiada niat aku mahu menyakiti dia. Aku cuma mahu perhatian dia sahaja.
     “Kau tak apa-apa?”
     “Cukup Black! Cukup!” marah Grey tiba-tiba. Wajahnya memerah dan matanya bergenang air mata. Aku lagi bertambah panik apabila melihat gadis lebih-lebih lagi si tomboi Grey ini menangis. Apa kau dah buat Black?!
     “Ak... aku.” Mulutku seakan berat. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tergamam.
     “Kenapa mesti kau sibuk dalam hal ni Black? Tak boleh ke kau biarkan aku hidup aman? Aku tak fahamlah!” marah Grey dengan air matanya yang meleleh itu. Aku telan air liurku. Kesat.
     “Benda tu dah berlalu lama. Masa kita kat sekolah tinggi lagi, dan aku pun dah tak simpan perasaan apapun kat Red! Kenapa mesti kau tak faham hal tu?” tambahnya lagi.
     Aku tak faham dia? Apa yang aku tak faham? Bukan ke engkau yang tak faham diri kau sendiri Grey? Kenapa mesti kau salahkan aku pula? Aku jadi keliru. Kepalaku seperti berpinar sahaja. Blank! Dan sekarang apa yang perlu aku buat. Marah dia balik? Pujuk dia? Atau diam sahaja? Ah Black kenapalah kau lembap sangat dalam hal-hal macam ini?
     “Grey aku...” dan lepas tu apa? Apa yang kau nak cakap Black? Apa yang kau nak buat supaya Grey berhenti menangis? Peluk dia? Tapi...
     Sebetulnya, aku tak ubah seperti tiang lampu di tepi jalan. Hanya diam memerhati Grey menangis di situ dan teresak-esak seperti anak kecil. Gadis itu mencakung dan menutup mukanya. Aku tahu dia malu dengan aku sebab aku nampak dia menjadi lemah namun aku yang patut lebih malu kerana tak mampu hendak buat apa-apa untuk dia. Aku memang teruk!

     MALAM itu aku pulang ke rumah selepas menghabiskan masa sendirian di taman permainan di kawasan kejiranan sendirian. Memikirkan setiap apa yang berlaku antara aku dan Grey juga antara pasangan Red dan White itu. Kesudahannya, aku hanya duduk di buaian dan merenung bintang dan bulan sambil mendengar lagu melankoli.
     “Saya dah balik,” ucapku sambil menutup pintu rumah dan mencabut kasut sukanku lalu kusimpan ke dalam rak kasut. Yang menjadi kepelikannya apabila aku lihat, kebanyakkan koleksi kasut ibuku semuanya sudah dimuat ke dalam kotak kasut dan bukannya tersusun kemas di tempatnya. Kemudian aku dengar bunyi barang jatuh dari arah ruang tamu. Lantas langkah ku atur laju menuju ke ruang tamu.
     “Kenapa bu?” soalku terkejut apabila pintu ruang tamu itu ku buka. Bertambah terkejut aku apabila melihat berkotak-kotak kosong bersusun di penjuru bilik dan ibuku pula berdiri di alamari buku dengan buku-buku miliknya berterabur di lantai.
     “Apa semua ni?” soalku lagi dan mendekati ibuku. Bukunya aku kutip dan aku letaknya semula pada rak. Wajah ibuku yang cuba menyembunyi riak gembira kine meletus dan memelukku gembira. Dia melompat-lompat riang dan aku juga terikut melompat bersamanya dengan riak yang terkial-kial. Agaknya boleh bergegar juga aras lima apartment ini dengan lompatan gembira ibu.
     Dia menyetuh kedua belah pipiku dan memaksaku melihat wajahnya dengan sedikit menunduk. “Kita akan pindah ke Australia!” jerit ibuku nyaring.
     Hah?
     “Kamu ingat tak tentang interview ibu dengan satu syarikat perladangan ternama minggu lepas?” soalnya dengan kening yang terangkat-angkat. Kini tangannya beralih dari pipiku ke lengan tanganku.
     “Er, yang ibu kata ibu garenti tak dapat tu?” kataku samar-samar. Ingatanku ini cuba mengingati kembali peristiwa yang berlaku minggu lepas. Adakah semasa dia membawa balik banyak makanan dari restoran cina kerana mahu menutup segala rasa tidak puas kerana telah buat dengan tidak baik dalam interview itu?
     “Ehem, and it turn out that I did a great job on the interview!” sorak ibuku gembira dan berpusing-pusing bagai orang kurang siuman. Ibu memang begitu. Seorang yang happy-go-lucky walaupun selepas bercerai dengan ayah sepuluh tahun dulu.
     “Baguslah ibu!” ujarku gembira namun jauh di sudut hatiku kenapa aku rasa sebaliknya.
     “Oh yeah lagi satu,” tambah ibuku lalu berlari keluar dari ruang ini. Aku ditinggalkan dengan terpinga-pinga. Tidak sampai satu minit, dia kembali semula dengan satu envelop bewarna putih di tangannya. Lalu dia menyerahnya padaku dan aku sambutnya dengan pandangan yang sukar dimengerti pada ibuku.
     Tertera logo yang bewarna hitam putih dengan alamat rumah beserta nama penuhku. Ralit mataku dan tanganku membuka envelop itu walaupun sudah terbuka mungkin ibuku yang membukanya dahulu. Pada saat itu seperti jantungku ingin melompat keluar apabila permohonanku untuk melanjutkan pelajaran ke University Of New South Wales (UNSW) diluluskan. Aku temu pandang wajah ibuku.
     “Tahniah dan maaf sebab ibu buka dulu sebelum kamu,” ucapnya dengan genangan air mata.
     Aku berdiri di situ dan satu saat berlalu aku berada dalam pelukan ibu dan berpusing dan menari dan berjoget sakan. Tidak sangka segala yang baik berlaku pada malam itu. Aku benar-benar bersyukur.
     “Tapi macam mana dengan kawan-kawan kamu?” soal ibu tiba-tiba.
     Aku berhenti berlari. Mengah yang ada kerana kononya membuat pusingan homerun aku lepas dengan helah yang kuat. Lupa seketika akan hal itu. Mataku berkelip-kelip memandangnya. Mulutku kering dan aku perlukan air.
     “Berapa lagi masa yang saya ada?” tanyaku bodoh sedangkan aku dan ibu tahu kami ada kurang dari sebulan untuk berpindah ke Australia. Aku boleh saja pilih untuk menolak tetapi rezeki yang datang tidak mampu aku tolak dan takkan aku mahu meninggalkan ibuku berhijrah ke negara orang tanpa teman? Setelah apa yang dia lalui sendiri dengan kehadiran aku di sisinya, aku rasa aku tak sanggup untuk tinggalkan dia lagi buat masa ini.
     “Tiga minggu dan esok ibu nak siapkan segalanya tentang permohonan visa kamu dan ibu. Nak cari rumah lagi dan walaupun tempat belajar kamu jauh sikit dari tempat kerja ibu,” ujarnya dan melangkah menuju ke dapur. Mahu siapkan makan malam mungkin.
     Tiga minggu?

     Dua minggu sebelum aku bertolak ke Australia, aku beritahu hal ini pada Red, White dan Gray. Mereka semua mengucapkan tahniah buatku walaupun hati mereka berat untuk melepaskan aku namun mereka tahu, mereka tak boleh menahan aku dari pergi dan mereka menyokong pilihan aku untuk terus bersama ibuku.
     Dalam masa tiga minggu itu, aku menjadi tidak menang tangan. Segala benda harus aku uruskan bersama ibu dan aku tidak punya masa untuk aku luangkan bersama sahabat. Berita tentang pemergianku merebak luas di kampus dan ada antara mereka mengucapkan selamat untukku termasuklah kumpulan budak-budak gedik itu.
     Grey pula semakin lama semakin menjauhi aku. Aku pula seperti sudah berputus asa terhadapnya. Red mahupun White pula sudah tidak mampu untuk katakan apa lagi apabila aku berputus untuk membiarkan sahaja hubungan antara aku dan Grey dingin.
     Sehari sebelum bertolak, kami berjumpa di Grenneday tanpa kehadiran Grey. Aku sedikit kecewa dengan sikapnya itu namun rasa yang menjeruk di hati aku tolak jauh-jauh. Aku mahu hari itu menjadi hari paling gembira buat aku dan juga buat Red dan White.
     Mula-mula kami bercadang untuk menonton wayang, namun tiada satu pun cerita yang menarik minatku. Aku pandang Red, Red pandang White, White pandang aku. Kami sama-sama sepakat untuk mencari keseronokan lain.
     “Bowling boleh?” soal Red. Aku laju saja memberi kata setuju dan White mengikut sahaja. Sebelum itu kami singgah makan di makanan segera dan agak susah untuk kami memilih tempat. Almaklumlah, waktu puncak untuk mereka yang bekerja, kami hanya kompromi saja. Perut masing-masing sudah lapar dan aku pun dah tak toleh kiri kanan. Ngap!
     “Gila Strike lagi?” jerit Red tak percaya. Aku pun tak percaya. Tiga kali strike dalam satu masa? Hebat! Aku tersenyum kemengan. Red pula sudah tidak puas hati manakala White hanya menyuap kentang leceknya yang tidak habis tadi di restoran segera dan menyambungnya di sini.
     Untuk pusingan pertama, akulah juara. Red tanpa bicara terus meluru ke kaunter memohon satu lagi pusingan. Memang baran betul mamat tu. Aku pun relaks sahaja menerima cabarannya dan White walaupun di tempat terakhir, dia main sahaja. Katanya mahu enjoy dengan suasana ini selagi boleh.
     Penat mengelek bola, kami bermain di arcade. Red terus mencabar aku untuk set perlawanan kereta lumba kemudian bola keranjang hingga ke dance competition. Kat situ aku kalah. Penat wei. Bab itu boleh harap pada White. Laju kakinya menekan-nekan pad merah, biru dan kuning itu mengikut irama dan arahan pada skrin. Terlompat dan berpusing. Aku yang tengok pun ikut pusing. Seronok memang seronok tapi aku tetap rasa kosong bila Grey tiada di sisi aku.
     Setelah penat dengan aktiviti itu, kami berehat sebentar di harvey norman. Haha, orang rehat kat restoran, kami rehat kat kedai eletronik. Saja je kami mencuci mata meihat gadget yang berada di pasaran dan mencubanya. Memang hilang penat kami. Memang kadang-kadang cara kami hilangkan rasa penat itu pelik tapi itulah yang seronoknya.
     Aku melambai mereka pulang dengan senyuman yang dibuat-buat. Aku tahu mereka tahu yang aku sedih dengan perangai Grey tapi takkan aku nak tunjuk muka sedih. Aku tak mahu lemah depan mereka dan aku mahu mereka senang hati dengan pemergian aku. Aku berpaling dan melangkah keluar dari stesen trem ini dan menuju ke stesen bas. Ada satu lagi tempat terakhir yang perlu aku tuju.

     KETIKA aku sampai ke perkarangan sekolah rendah itu, semuanya sunyi dan gelap. Hanya padanh sekolah sahaja yang bercahaya dengan lampu sportlight yang dipasang supaya sekolah itu nampak hidup sedikit. Aku mengambil tempatku di bangku penonton menghadap padang. Tiada satu pun berubah di sekolah tua ini. Cuma beberapa bangunan tamabahan di belakang sekolah.
     Memori demi memori bermain di mindaku dan aku hanya mampu tersenyum mengingatinya dan senyuman aku bertambah lebar mengingati si kecil Grey berdiri di hadapan aku di tempat ini sepuluh tahun dulu. Dia dengan gaya cekak pinggangnya memarahi aku kerana aku ponteng kelas  tidak mengajaknya sekali.
     “Black...?”
     Aku berhenti tersenyum melihat Grey yang dahulunya kecil berdiri di hadapanku kini tampak matang dengan baju kasualnya. Aku tergamam, dia juga. Masing-masing dalam riak yang terkejut. Kemudian senyumnya terukir nipis di bibir sambil menggeleng. Apa agaknya yang ada di fikirannya.
     “Boleh aku duduk sini, sebelah kau?” tanyanya seolah-olah tempat di sebelahku ini adalah hak orang lain. Namun aku angguk sahaja, mata tak lepas daripada memandangnya. Perasan yang rambutnya sudah sedikit memanjang tidak macam dahulu, asal panjang melebihi telinga dan tengkuknya, laju sahaja dia mencantasnya. Dia nampak sedikit keperempuanan sebegini. No wonderlah dia asyik memotongnya dulu rupanya tidak mahu mengekalkan rupa perempuannya. Tetapi kini apa yang membuatkan dia berubah?
     “Times fly tapi bila ada kat sini, macam timeless kan?” katanya dengan nada rendah. Matanya lansung tidak menemu mataku. Aku senyum. Lantas tangan kananku mencapai kepalanya lalu menggosoknya perlahan.
     Gadis itu berpaling memandangku dengan wajah cemberut. Sedikit masalah dengan orang yang mengusik rambutnya tapi ada aku kesah? Aku ketawa melihat betapa serabai rambutnya itu. Dia pula sudah membentak memarahiku dan segala apa yang berlaku tiga minggu lalu seperti tidak pernah berlaku dan aku sangat berharap saat ini, posisi ini dan perasaan yang aku ada ini kekal dan tidak berganjak walau sepincing pun.
     “Aku akan rindukan kau,” ucapku perlahan dan gadis itu tersenyap dari bebelannya yang tiada penghujung itu. Tangannya pula berhenti berjalan ke sana sini membetulkan rambutnya itu. Pipinya memerah dan dia menunduk.
     “Hei Black?” panggilnya lembut.
     “Hm.”
     “Kalau kau pergi Ausi nanti, kau terus jadi gay tak?”
     Zupp! Berdiri tegak belakang badanku. Mataku tajam menikam wajahnya yang kini bertambah merah dengan jari-jemarinya memegang bibirnya yang lancang mengeluarkan kata-kata itu.
     “Hei tolong jangan rosakkan suasana boleh tak? Spoil betul!” kataku dalam nada marah lalu berdiri bercekak pinggang. Nafas berat dihela. Apalah minah ni, macam tak ada soalan lain nak di tanya. Cubalah tanya aku fasal mak aku ke? Fasal makan minum aku kat sana ke? Ini tak soalan yang bersimpang siur tu jugak yang keluar dari mulut dia.
     “Yelah selama ni pun, aku tengok kau tak pernah kapel dengan sesaipa pun andkau ingat tak masa kat sekolah tinggi dulu, masa aku jumpa kau dengan Green buat..”
     “Heiiiiii! Hei! Hei!”celahku sebelum sempat dia berkata yang tidak patut walaupun benda itu yang benar. Ah biarlah itu dulu-dulu punya cerita.
     Wajah kami sama-sama merah. Malu mengingati saat yang membuatkan aku dan Gray rapat sehingga aku punya perasaan terhadapnya itu. Tetapi aku tetap bersyukur, kerana insiden itulah, aku dan Grey menjadi rapat jika tidak kami hanya ada bersama Red dan White tanpa kami saling berbicara banyak hanya menjadi peneman aku sebagai teman ponteng kelas sahaja.
     “Benda simpang siur tu... tu zaman aku barbarian dulu, tak civilize lagi. Tapi lepas aku jumpa kau semuanya berubah Grey,” terangku seboleh mungkin. Adakah selama ni dia fikir aku masih lagi tak lurus?
     Grey memandang aku tidak berkelip. Seperti tidak percaya dengan apa yang aku kata. Ah, bagaimana mahu membetulkan tanggapan dia ni?
     “Hahaha,” tawa Grey geli hati. Badannya sudah terbongkok-bongkok dan tangan kanannya sudah memegang perutnya kerana senak. Aku pula berasa seperti diperbodohkan tanpa aku sedar.
     “Hei dah, dahlah gelakkan aku. Malu lah,” ujarku lagi sambil berdiri di hadapannya dengan bercekak pinggang. Namun, Grey terus-terusan mentertawakan aku seperti tiada hari esok.
     “Kalau kau tak berhenti ketawa aku cium kau,” tambahku dengan wajah yang serius giler yang sengaja aku dekatkan dengan kepalanya yang tertunduk. Serius kalau dia ketawa jugak aku cium dia betul-betul. Jangan cabar Black Callagan okey!
     Grey tidak terus ketawa sebaliknya terus mengangkat muka dan bum! Bibirnya bertemu bibirku. Pantas kami menjarakkan wajah kami. Pergh, aku rasa macam nak pengsan jer. Gila serius aku tak sengaja okay!
     “Kau sengaja! Aku tak gelak pun dan kau... kau... kau curi first kiss aku! Perampas! Pervert!” Grey dah terlalak terlolong dan mengongoi macam budak kecil. Aku pulak yang jadi gelabah kerana tak fasal-fasal dalam satu malam aku dapat gelaran yang busuk-busuk. Jadi aku pun laju ajelah menutup mulutnya dengan telapak tangan aku yang besar ni kat mulut dia tu. Biar diam. Bagi dia tidak tertolak jatuh ke belakang aku duduk belakang dia, menahan dia dari terjatuh.
     “Hei yang kau jerit macam sunti tu kenapa? Macam kau sorang je hilang first kiss,” bisikku dengan suara keras dan matanya membulat ingin membantah kata-kataku dan tanpa aku duga dia gigit jariku dengan agak kuat.
     Sakit siot!
     Aku lepas tanganku dan mulut tempayan itu bising lagi tanpa penutup dan berdiri menghadapku.
     “Penipu! Penipu besar! Habis tu yang kau cium Green tu...”
     “Itu dulu! Okey aku ngaku dulu first kiss aku ngan laki tapi itu lain dan... lagipun aku mana pernah cium perempuan... ini first... time okey,” jerkahku dengan wajah yang bertambah-tambah merah. Itu aku yakin sebab aku rasa berpinar gile sekarang ni. Aduh mana aku nak letak muka aku ni. Rasa macam buat confession jer!
     Suasana kembali senyap selepas itu. Aku sendiri pelik kenapa minah mulut-tempayan-tak-de-penutup tu dah tak berbunyi jadi aku intai lah sedikit dari ekor mataku. Bapak! Jaw drop aku lepas tu.
     Grey sudah teresak-esak menangis sambil mengetap bibir.
     “Grey...”
     Dan tangisnya makin menjadi-jadi lepas aku seru nama dia. Bertamabah gelabah aku jadinya dan tanpa berfikir panjang aku memeluk dirinya. Kuat. Semakin kuat pelukanku semakin kuat pula tangisnya. Ingatkan berhenti rupanya bertambah-tambah. Ibu... apa Black nak buat ni?
     “Jahat!”
     La apa kes pulak panggil aku jahat?
     “Jahat! Black jahat! Jahat! Jahat! Jahat! Jahat!”
     Grey cuba memukulku namun aku tetap memeluknya biarlah dia nak tumbuk aku ke, pukul aku ke, apa ke, asal itu yang membuatkan dia diam, aku relakan sahaja. Aku relakan sehingga dia sendiri reda dan senyap di bahuku. Tidur mungkin. Lalu aku cempung tubuhnya dan aku duduk, membiarkan dia tidur di atas pehaku, kepalanya bersandar pada dadaku. Aku membuka jaketku dan meletakkan pada tubuhnya dengan berhati-hati.
     Aku tersenyum melihat dia tidur dengan begitu pulas sekali. Sesekali aku bermain dengan hidungnya dan mengusik-usik alis matanya yang panjang. Comel betul! Apabila angain bertiup lembut, aku peluknya erat-erat. Aku mahu habiskan masa yang ada, melihat wajahnya, mengabdikannya ke dalam kotak memoriku. Nak ambik handphone, sedikit payah setelah tadi aku bersusah payah membuka jaket itu, aku takut Grey akan terjaga. Jadi dengan masa yang terluang itu sahaja aku melakar wajahnya betul-betul dalam ingatan.
     Sweet dream my girl, may what come in near future is a good happy ending love story for you and for me...
     “Aku cinta padamu,” ucapku dan kukucup ubun-ubunnya. Setakat itu sahaja. Aku tidak akan ambil kesempatan dan cinta yang aku ada pada kau bukanlah tiket yang aku ada untuk ambil kesempatan ke atas kau juga. Aku benar-benar sayang dan cintakan kau.


-----

enjoy this peace as much as I am and as much as Black does toward his friend. Don't worry this story will have it's continuation and it'll come later.

1 comment: