39
“Beritahu
saya... apa yang sebenarnya telah berlaku? Apa yang sudah terjadi pada Allisa?”
Kali ini Suri memberanikan dirinya berhadapan dengan Kimihiro. Air mata yang
tadi kering seperti hendak bertakung semula. Rasa terkejut dan marah saling
berlawan dalam dirinya dan bergabung menjadi satu perasaan sedih. Semakin lama
dia memandang ke arah Kimihiro, rasa takutnya pula timbul. Berada di tempat
asing sendirian dan selepas melihat kehilangan drastik Allisa seperti itu,
pelbagai persoalan muncul dalam benaknya.
“Adakah
saya juga akan hilang sepertinya?” esak Suri.
Kimihiro
menggeleng. Wajah lelaki itu serius. Namun mata lelaki itu memancar sinar
simpati. “Adakah awak masih tidak ingati sebab kenapa awak berada di sini?”
Suri
menahan esakaknnya. Mata tidak lepas dari memandang anak mata hitam Kimihiro.
Iris biru cair yang seumpama biru awan di atas kertas. Anak mata itu... dia
sering pandang suatu ketika dahulu. Tidak terlalu lama. Namun setiap hari dia
lihat mata itu. Mata itu...
Suri
tersentak. Matanya terkebil-kebil memandang Kimihiro. Lama kemudian dia ketap
bibirnya. “Maafkan saya. Maafkan saya Watanuki. Saya tak tahu bagaimana saya
boleh lupa awak. Saya...” Perasaan bersalah menjenguk dirinya. Lelaki yang dia
sering lawati setiap petang selepas sekolah sejak di menengah tinggi lagi,
bagaimana dia boleh lupa?
Mendengarkan
namanya disebut Suri, Kimihiro tersenyum senang tetapi sekejap bila dia lihat
wajah muram Suri. Gadis itu setiap kali berhadapan dengannya, pasti akan
berwajah muram, mata memandang jauh merindukan seseorang yang telah lama tiada
namun senyuman di bibirnya itu tidak pernah tidak ikhlas. Walaupun kasar
peribadi gadis itu, jiwanya lembut. Mudah terluka.
Kimihiro
menghembus nafas berat. “Awak tak buat salah pun... kenapa minta maaf dengan
saya?”
Mendengarkan
kata-kata Kimihiro, Suri menunduk. Air matanya disapu. Nafas ditarik dalam lalu
dihela perlahan. Mata menebar ke seluruh tempat. Senyap dan sunyi. Indah dan
nyaman. Awanan biru dan merah jambu yang mengusai suasana membuatkan dia rasa
selesa pada waktu yang sama.
“Kita
berada di mana sebenarnya?”
Kimihiro
menebarkan pandangannya juga. Putih menguasai suasana dan di hadapannya
terdapat sebuah tasik yang besar. Kakinya yang dicelup ke dalam tasik tersebut
berasa sejuk dan ringan. Jika dia pandang lama ke dalam tasik itu dia akan
nampak wajah wanita itu. Wanita yang telah lama hilang dari pandangannya.
Meninggalkan dia dengan pelbagai persoalan juga satu perasaan rindu yang telah
lama dipendam.
“Kita
berada di antara dua dimensi yang bergerak selari, umpama satu garis halus
memisahkan yang hitam dan yang putih. Ianya jambatan antara rialiti dan mimpi.
Apa yang awak nampak berlainan dengan apa yang saya nampak. Awak boleh
panggilnya alam luar sedar,” terang Kimihiro.
“Alam
luar sedar?” Badan Suri kaku. Saat itu, sebuah memori datang mengetuknya.
Menyedarkannya akan satu perkara terakhir akan dia terlupa.
“Kebanyakkan
mereka yang koma akan tersekat di sini.” Seakan berbisik Kimihiro
membicarakannya itu. Dia tidak mahu melihat wajah kaku yang memandangnya dengan
rasa sedih dan kecewa. Mengingati saat pandangan gadis itu menjadi merah
sebelum menutup mata.
LAMA
gadis itu termenung, merenung laut. Kakinya yang tercelup ke dalam air lansung
tidak bergerak-gerak. Fokus mata tidak beralih dari terus merenung bias
wajahnya. Setiap saat yang berlalu, memorinya bangkit seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Tiada satu pun yang tinggal dan dia ulang tayang di dalam
kepalanya tanpa jemu. Betapa dia rindukan belaian ibunya saat ini. Betapa dia
rindukan suara Yurino memujuknya. Betapa penatnya selama ini dia berlari. Apa
yang berlaku di kerajaan Neon membuatkan yang dia sedar yang dia sudah tidak
mahu lari lagi dari masalahnya dan sekarang ini dia perlu berhadapan dengan
masalah yang telah dia tinggalkan.
Dia
pandang Kimihiro yang masih setia di sisinya. Menunggu dia. Betapa dahulu dia
dan Kimihiro sering duduk begini di beranda rumah lelaki itu, sambil menikmati
teh hijau yang panas dan mereka akan berbual apa sahaja. Selalunya mengenai
masalahnya walaupun dia hanya berkias-kias. Kimihiro seperti dapat membaca
setiap kiasannya. Mungkin kerana itu dia senang berbual dengan lelaki itu untuk
dua tahun lamanya, hampir setiap petang. Waktu seperti ini dia rindukan celoteh
lelaki itu yang kadang-kadang menghiburkan hatinya dan tidak lupa juga dia
rindukan haiwan hitam kecil itu.
Tanpa
sedar Suri tertawa sendiri menarik perhatian Kimihiro untuk memandangnya.
“Kenapa?”
“Saya
rindukan Mokona.”
Kimihiro
menarik senyum. “Dia juga.”
“Saya
nak pulang.”
“Awak
dah sedia?”
“Saya
takkan berada di sini jika saya tak sedia.”
Kimihiro
mengangguk setuju. Lantas dia bangkit lalu menghulur tangan kanannya, membantu
Suri untuk berdiri. Bila Suri mampu untuk menstabilkan diriannya dan berdiri
tegak, Kimihiro menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menekap kedua belah
tangannya bersama menghasilkan satu tepukan yang kuat bersama helaan nafas yang
kuat juga dan mengejutkan gadis itu.
Mata
Kimihiro tajam memandang anak mata Suri yang gelap. “Untuk pengetahuan awak,
untuk perjalanan pulang kali ini memerlukan bayaran seperti mana awak
membayarnya untuk pergi.”
“Beritahu
saya harganya,” tenang Suri menuturnya.
“Itu...
saya ada beritahu awak tempoh hari... jika awak ingat,” ujar Kimihiro.
Kepala
Suri terteleng ke kiri sedikit. “Awak ada?” soalnya. Mindanya pantas mengimbas
memorinya sepanjang dia berada di Darmadin, di Brynn dan di Beth.
“Kalau
awak tidak ingat tidak mengapa tetapi jika awak ingat, saya ada melawat awak.”
Bila
Kimihiro memberitahunya baharu dia terfikirkan peristiwa itu. Matanya membulat
memandang lelaki itu. “Awak ada! Tapi...” Suri ragu-ragu.
“Saya
ada ingat awak datang temui saya. Pertama pada malam selepas saya berbual
dengan Abang Vince walaupun hanya dalam mimpi dan yang kedua ketika saya sedang
sakit. Betul?”
Kimihiro
mengiyakan.
“Tetapi...”
pantas Suri mencelah. “Hairannya kenapa saya lansung tak ingat apa yang kita
bualkan?”
Lelaki
itu berpeluk tubuh. Diriannya mula menyenget. Wajah itu bertambah serius bila
lelaki itu membetulkan cermin mata bulatnya membuatkan Suri terundur sedikit.
Dia mengetap bibir.
“Watanuki?”
“Itu
bukan sebab awak tidak mampu mengingati apa yang kita bualkan tetapi awak tidak
mahu mengingatinya pun. Emosi awak mengawal minda awak. Seperti yang saya
katakan tadi, awak tidak ingat... tidak mengapa. Saya akan beritahu awak sekali
lagi.” Ton suara Kimihiro bertukar datar. Tiada lagi nada kemesraan yang Suri
kenal. Seperti pada hari terakhir yang Suri jumpa lelaki itu; hari dia membuat
permintaannya, Kimihiro menggunakan ton yang sama dan kata-kata itu seperti
menampar wajahnya. Rasa itu sangat kuat sehingga dia dapat rasakan apa yang
Kimihiro katakan itu benar. Dia yang sebenarnya tidak rela untuk mengetahui isi
perbualannya dengan Kimihiro waktu itu.
“Untuk
awak melangkah dari jambatan ini, awak harus membayarnya dengan memori
sepanjang awak berada di kerajaan Neon. Jika tidak, awak akan tersekat di sini
untuk selama-lamanya.”
Liur
yang Suri telan teras perit. Seperti dia menelan setiap butir pasir halus yang
mampu melukakan dinding esofagusnya, menyukarkan dia untuk terus bernafas. Dia
harus korbankan memorinya di kerajaan Neon untuk dia kembali semula ke
rialitinya. Jika dia tidak sanggup berbuat demikian, dia akan tersekat di sini
untuk selama-lamanya atau dalam erti kata lain...
“Jika
tidak... saya akan mati?” teka Suri. Dia teringat saat pertama kali dia membuat
permintaan pada Kimihiro sebelum ini di mana dia ingin lari dari dunia
rialitinya. Bukan setakat itu sahaja, dia juga meminta sekiranya ada sekelumit
perasaan untuknya pulang ke dunia rialiti, Kimihiro harus datang dan hilangkan
perasaan itu. Namun jika perasaan ingin pulangnya lebih dari keinginannya untuk
lari, pada masa itu, Kimihiro harus bawanya pulang walaupun bayarannya ialah
kematian.
Kimihiro
tidak menjawab persoalannya. Malah lelaki itu lansung tidak beriak. Cermin mata
dipakainya memantulkan cahaya, menyilaukan pandangan Suri. Memaksa dia untuk
terus menunduk.
“Kenapa
bayaran yang saya lakukan tampak tidak setimpal dengan apa yang telah saya
bayar sebelum ini?” Suri mempersoalkan isu dengan rasa keliru. Dua perkara yang
berlaku sebelum ini dan ketika ini membawa haluan yang berbeza. Sedangkan dia
hanya mahu pulang ke tempat yang dia lari semula.
“Setiap
bayaran tidak semestinya sama. Setiap perjalanan yang awak lalui tidak pernah
sama. Untuk membawa awak keluar, mudah. Tetapi untuk membawa awak kembali...
ianya memerlukan perngorbanan. Memori awak mengandungi emosi setiap orang yang
berinteraksi dengan awak. Ianya sangat berharga bagi awak sehingga ianya
menjadi setimpal dengan nyawa awak sekarang ini Suri. Awak faham maksud saya?”
terang Kimihiro. Penerangan yang sama yang telah Allisa berikan tadi.
Suri
melawan pandang mata Kimihiro walaupun bahunya berasa berat. Dia tahu dia harus
buat keputusan. Sekuat manapun dia ingin berpegang pada memorinya, dia harus
lepaskan juga. Dia harus bergerak. Dia tidak mahu lari lagi. Dia mahu
berhadapan dengan masalahnya. Dia ingin kembali ke rialitinya.
“Sebelum
saya akad pemabayaran saya, boleh saya tanya awak sesuatu?”
“Dipersilakan.”
“Apa
yang berlaku pada Allisa selepas dia pergi tadi? Adakah dia baik-baik sahaja?”
Suri tidak mampu mengusir ikatan yang terjalin antaranya dengan Allisa. Apa
yang terjadi beberapa ketika tadi meninggalkan kesan pada dirinya.
Kimihiro
menunduk memandang ke arah bawah. Memandang kosong ke satu arah. Kemudian dia
mendongak. “Jika awak fikirkan yang positif, dia juga begitu.”
Mendengarkan
jawapan Kimihiro, Suri menghela nafas lega. “Jadi bila saya sedar, adakah saya akan
jumpa awak lagi? Adakah kita akan terus menjadi teman berbual?”
Lelaki
itu tersenyum tawar. Seakan berat untuk dia menongkat garisan di hujung bibir
itu. “Jika kita ditakdirkan untuk bertemu lagi, kita akan.”
Suri
cuba ukirkan senyum. “Jika begitu... saya akan rindukan awak, Watanuki.”
“Saya
juga.”
Suri
dapat rasakan air matanya mula bertakung. Dia cepat-cepat sapunya lalu dia
katup rapat matanya. “Selamat tinggal Watanuki,” ucapnya sayu.
“Selamat
tinggal Suri...” Suara Kimihiro seakan sayup-sayup namun begitu dekat di
telinganya. Suri tidak mampu menahan air matanya. Dia akan meninggalkan
memorinya di belakang. Dia akan meninggalkan Kimihiro juga dibelakang. Untuk
dia terus maju, dia akan letak dua perkara yang dia sayang ke belakang dan
tidak akan menoleh lagi. Sekali lagi angin bertiup ganas ke arahnya. Kali ini
bersama-sama suara gadis yang telah tinggalkannya tadi. Menjatuhkan akad ke
atas bayaran untuk dia melintasi jambatan ini. Dia tersenyum nipis. Air matanya
berlinangan.
“Sehingga kita berjumpa lagi,” ucap Suri dalam esakannya mengharapkan balasan dari Kimihiro namun ucapannya tidak bersambut. Selama mana sekalipun dia tunggu, ucapannya itu tidak akan bersambut kerana dia telah pun tiba pada rialitinya.
No comments:
Post a Comment