Tuesday, February 7, 2017

Kopi & Waffle [Part Four]


Sejak dia sedar dari lenanya tadi, dia perasan akan ekor mata lelaki itu yang dari tadi seperti merenung tepat ke arah skrin komputer. Namun dia kenal Mizuno Jun sejak mereka di bangku universiti lagi. Malah mereka sama-sama berkongsi hidup di dalam bilik kodi di negara asing itu. Susah senang mereka pikul bersama. Jadi bila dia lihat perilaku sahabatnya ini, bibirnya tidak dapat mengelak dari terukir sinis.

“Sampai bila kau nak buat perangai budak-budak ni?” soal sahabatnya.

Jun senyap, lansung tidak menghiraukan kehadiran Hiromi sejak satu jam lalu. Semenjak lelaki itu sibuk mengkhianati Makita dan puaknya dan mula menunjukkan kesetiannya pada Suri, lelaki itu jarang datang ke pejabatnya dan bila sahabatnya muncul, Hiromi hanya melenakan badannya di atasSOFA dan sedar beberapa minit lepas.

“Dia lari nanti baru kau menyesal,” sahabatnya memancing lagi. Kali ini dapat menarik perhatiannya.

Jun cabut kaca matanya. “Salah ke aku nak main tarik tali dengan dia. Asyik aku je nak kalah biar kali ni aku buli dia sikit.”

“Ceh, padahal tangan tu dah menggeletar nak telefon orang tu,” bidas Hiromi lantas duduk di penjuru meja kerja Jun. Tangannya ingin mengambil telefon pintar sahabatnya namun tangan Jun pantas menyambar gadjet itu.

Hiromi ketawa kecil. “Aku ingat kau ni M orangnya, boleh jadi S jugak eh?”

“Apa yang kau merapukan ni?” soal Jun buat-buat tidak tahu.

Hiromi hela nafas. “Meh aku ulang semula ayat aku. Sampai bila kau nak berperangai macam ni? Masa kenduri Suri, kau dah pulau dia macam kau lansung tak kenal dia. Lepas tu dia call kau, which is macam bulan jatuh ke riba, betul ke? Apapun, apa yang kau tak puas lagi?”

Jun letak telefonnya. Badan tersandar lemah di kerusinya. Kakinya menolak-nolak badan kerusi. Berpusing kiri dan kanan. “Kau tak tahu macam mana seksanya jatuh cinta dengan perempuan macam ni...”

“Well, aku memang tak nak tahu. Cukup aku tengok, aku dah bersyukur yang Annie tak macam ni,” canda sahabatnya.

Jun beri satu jelingan. “Aku tengah tunggu,” jawabnya.

“Tunggu apa?”

WINDOW of opportunity.”

“Ni bukan business tahu.”

“StillAPPLICABLE.”

Hiromi jungkit bahunya kemudian tersenyum, mengakui kata-kata sahabatnya. Dia mungkin pernah gunakannya dahulu namun secara tidak sedar. Annie lebih banyak leading dalam perkara-perkara begini. “So bilaWINDOW kau nak datang?”

Serentak itu telefon Jun bergegar lagi.

Mereka berdua intai permukaan skrin telefon dan lihat nama Fredrick tertera di permukaan berserta mesejnya.

‘Lucy MC. Sakit. Dua hari dah. Aku bagitahu sebab dia tambah lagi cuti dia. Ni peluang kau. Jangan sia-siakan usaha aku ni. Kalau tak dapat gak, jangan berangan nak mintak tolong aku lagi.’

Jun pandang Hiromi dengan sengihan lebarnya. “Sekarang.”

*END*

No comments:

Post a Comment