Empat
belas : Kebangkitan Konspirasi
12
April 2731, 1830pm, padang rumput, Evergreen
“Saya cintakan awak.”
Ayat itu seperti berputar-putar bermain
dalam kotak fikirannya. Dia berasa seperti hendak melompat, menjerit
kegembiraan dan mengucap syukur kepada Allah kerana cintanya berbalas. Berasa
seperti dia telah menjungjung piala kemenangan EUFA sahaja. Berasa seperti dia
telah berada di puncak gunung yang paling tinggi. Dia berasa...
“Cu... cu... cuba awak ulang balik,” kata
Fairul tidak percaya.
Muka Kasturi memerah. Dia menyapu-nyapu
air matanya lalu memandang tepat ke anak mata Fairul. Nafasnya ditarik
perlahan.
“Saya cintakan awak,” kata Kasturi jelas
dan satu persatu. Seboleh mungkin dia mahu Fairul benar-benar dengar dan faham
akan isi hatinya terhadap jejaka tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa
sukar untuk dia jatuh cinta semula untuk kali kedua setelah dia mengecewakan
banyak hati dan salah seorang darinya ialah abang tirinya sendiri.
Angin yang tadi bertiup lembut, berhenti
seketika. Saat itu seperti dunia sudah berhenti berputar. Sinar cahaja jingga
yang mewarnai wajah Kasturi menjadikan raut itu kelihatan sangat cantik.
Semuanya kelihatan indah sekali buat Fairul. Dia berasa seperti... bermimpi.
“La... lagi sekali,” pinta Fairul. Kasturi
mengerutkan dahinya.
“Awak nak suruh saya cakap berapa kali?
Awak ingat saya main-main ke?” marah Kasturi tidak semena-mena. Wajahnya
bertambah merah dek rasa geram dengan perangai Fairul yang tidak habis-habis
mahu mengenakannya.
“Tak!! Tidak pernah sekali pun saya fikir
awak bermain dengan perasaan saya. Cuma saya rasa semua ni macam mimpi. Saya
takut semua ni akan hilang bila saya sedar dari mimpi ni,” jawab Fairul tulus.
Sungguh perkara itulah yang paling dia takuti sekali.
Kasturi sudah bercekak pinggang. Mukanya
yang tadi berkerut berubah menjadi lembut. Satu senyuman yang terbit dari rasa
cintanya buat Fairul, turut menghiasi wajahnya. Dalam gerak perlahan, Kasturi
mendekati Fairul lalu dipeluknya lelaki itu.
Fairul statik di tempatnya. Berasa
terkejut dengan perlakuan tiba-tiba Kasturi. Perkataan ‘aku bermimpi’ berulang
main dalam mindanya. Entah kenapa dia berasa ada baiknya semua itu tidak
berlaku kerana semua ini akan berakhir pada saat dia membuka matanya.
Tiba-tiba, “aouch!!!”
Jeritan Fairul menjadi gema di ruangan
itu. Kasturi sudah mengekek ketawa. Badannya membongkok menahan sakit perutnya
akibat ketawa. Air matanya yang mengalir pantas diseka. Tidak sangka, riaksi
Fairul begitu sekali apabila dia mencubit belakang lelaki itu dengan hujung
kukunya.
“Aduh... Awak ni sakit tau! Lebam badan
saya,” kata Fairul sambil mengusap-usap belakang badannya. Dalam dia
mengaduh-aduh itu, dia tersenyum senang. Sedikit lega dengan hakikat yang
berada di hadapan matanya. Dia tidak bermimpi.
“Ni belajar dengan siapa? Pandai ya
kenekan saya,” marah Fairul. Marah yang dibuat-buat sedangkan di hujung
bibirnya terselit senyuman.
“Dengan awak,” pantas Kasturi menjawab
lalu menjelir lidah pada Fairul. Matanya dijulingkan ke atas. Selepas itu dia
membuka langkah, berlari ke kereta Fairul.
“Pandai ya menjawab. Meh sini kita ajar
dia cukup-cukup. Hei, jangan lari!” Pantas Fairul mengejar Kasturi yang telah
meninggalkannya dua meter ke belakang.
Petang itu, padang Evergreen yang sunyi
dan menjadi peneman angin lalu kini dihiasi dengan gelak ketawa, jerit
menjerit, dan kejar mengejar sepasang merpati sejoli... :)
SEDAN
hitam itu sudah sedia menunggu ketika Saiful dan Serenne keluar dari bangunan
yang dia rasa sangat membahang itu. Lelaki yang bertubuh tegap dan berpakaian
serba hitam itu, membuka pintu kereta buat Saiful dan Serenne. Namun sebelum
Saiful melangkah masuk, Saiful memalingkan mukanya ke bangunan yang dicat
bewarna merah itu. Serenne juga turut berpaling melihat ke arah yang sama.
Di tingkat lima itu, di sebalik bidai, Zaim
berdiri memerhatikan Saiful. Di sebelahnya berdiri Kristal. Zaim mengukir
senyuman sinis. Matanya tajam melihat anak muda itu seolah-olah ingin membahamnya
hidup-hidup.
“Kau ikut dia sampai dia keluar dari
kawasan ni. Lepas tu aku nak kau jejak balik rumah budak lelaki yang kau bunuh
Mac hari tu. Aku pasti, budak perempuan yang selalu dengan dia tu, tahu sesuatu
dan ada benda yang kita cari tu,” kata Zaim tanpa sedikitpun matanya beralih
dari posisinya. Saiful pula sudah memboloskan dirinya ke dalam kereta.
Kristal menunduk lalu berjalan keluar dari
bilik itu dan pada saat itu Sophie masuk. Dengan lenggoknya dia berjalan
mendekati Zaim lalu kedua belah tangannya dililit ke pinggang Zaim. Dalam gerak
perlahan leher Zaim dikucup lembut dan selepas itu telinga lelaki itu dijilat.
Bersama ketawa gedik kepalanya dilentokan di bahu Azim.
“What’s
wrong darling? He didn’t have the one
that you want?” soal Sophie manja. Tangan lelaki itu diulus lembut. Zaim
merengus kasar. Hatinya sakit mengenangkan perbualannya dengan Saiful beberapa
jam yang lepas. Bagaimana disket yang berharga itu boleh hilang?
Hatinya resah mengenangkan perkara itu
namun dia telah dapat mengikat Saiful dari membuat sesuatu yang bodoh seperti
ayahnya walaupun dia tahu sebahagian perkara yang dilakukan oleh arwah Omar
dahulu didorong oleh Saiful juga.
Sophie tersenyum bila melihat Zaim
memberinya senyuman walaupun di hujung bibirnya. Zaim melihat Sophie yang sudah
menggesel-gesel badannya pada Zaim, bagai seekor kucing. Lantas Zaim
memusingkan badannya lalu memeluk wanita itu. Bibir wanita itu dikucup rakus
lalu jatuh ke tempat yang seterusnya. Sophie ketawa geli apabila tangan Zaim
yang sudah merayap ke kawasan tertentu.
“Waittt...” Sophie menahan lalu ditolaknya
tubuh lelaki itu perlahan. Zaim sudah membuat mulut tanda tidak puas.
“Noona!” marah Zaim tidak puas seperti
budak-budak tidak mendapat gula-gula. Sophie menahan ketawanya apabila melihat
tingkah Zaim yang kebudak-budakan.
Sophie mendekatkan bibirnya pada telinga
Zaim. “I’ll give you 100% entertainment
tonight but not right not cause they’re watching us,” bisik Sophie manja.
Sebaik sahaja Sophie menghabiskan ayatnya,
Zaim mengangkat wajahnya. Habis merah mukanya melihat kawan-kawannya baik
lelaki mahupun perempuan sedang bersiul-siul dan kononnya sedang membaca surat khabar dan
membuat pemeriksaan habuk di lampu meja. Pantas dia berdehem cuba munutup rasa
malu dan perasaannya yang bergelora saat itu.
Sementara itu...
Saiful menyinsing lengan baju kanannya
hingga ke siku. Kemudian dia membuka penutup tangannya yang besi itu. Selepas
itu, dia mengambil sambungan wayar USB dari Jolenne dan mencucuk pada tangannya
itu.
Serenne yang duduk di bahagian penumpang
itu tidak sanggup melihat proses itu. Bulu romanya meremang setiap kali dia
melihat Saiful plug-in sesuatu ke
tangan kanannya itu.
“Serenne awak patut tengok ni, best tau!
Masukkan data dari tangan saya terus ke memory
card. Jolenne relaks jer. Awak jer yang nak lebih-lebih,” kata Saiful
sambil ketawa mengekek. Jolenne pula hanya tersenyum nipis sambil tangannya sibuk
menyediakan ubat untuk Saiful.
“For
Jolenne, dia dah biasa. For me,
ha’ah. Saya tak biasalah!” balas Serenne geram.
Ketawa Saiful masih lagi kedengaran
membuatkan perasaan Serenne bertambah panas.
“Korang kembar pun takkan tak sama kut.
Cubit peha kiri, peha kanan yang terasa. Betul tak Jolenne?” sambung Saiful
setelah tawanya reda. Jolenne pandang wajah Saiful. Itupun sekejap kemudian dia
kembali menyambung tugasnya. Saiful pula sudah menggaru-garu lehernya. Perangai
kembar ini lansung tidak serupa. Seorang Kutub Utara, seorang lagi Kutub
Selatan. Yang serupa hanya rupa mereka sahaja walaupun rambut Jolenne bewarna
jingga dan rambut Serenne bewarna merah.
Setelah proses pemindahan maklumat
selesai, Saiful menyinsing tinggi lagi. Ke bahagian lengannya yang tidak
berbesi kerana dia merupakan salah seorang warga Tinum yang di kad
pengenalannya tertulis half-cyborg.
Jolenne juga sama sepertinya. Cuma bahagian Jolenne yang diganti bahagiannya ialah
kaki kiri dan kanannya. Jolenne dilahirkan tanpa kaki manakala Serenne pula
cukup sifatnya. Mungkin sebab itu Jolenne seorang yang pendiam? Entahlah.
Jolenne mengikat tiub getah pada lengan
Saiful sekuatnya. Kemudian dia menepuk-nepuk sedikit lengan putih lelaki itu.
Serenne yang duduk di hadapan sudah menutup mata dan telinganya. Tidak sanggup
mendengar jeritan Saiful selepas ini.
Sebaik sahaja urat itu kelihatan, Jolenne membuka
ikatan tiub itu, menyapu sedikit ubat yang berasa sejuk di kulit Saiful
menggunakan kapas muka dan mengambil jarum yang barada di dalam dulang lalu
perlahan-lahan menyuntik lengan Saiful. Saiful pula sempat membaca bismillah
sebelum Jolenne menyuntiknya. Rasa panas dan sejuk jarum itu menyentuh kulitnya
membuatkan Saiful mengetap kuat bibirnya dan saat pemicu itu ditolak, Saiful
sudah tidak dapat menahan sakitnya itu. Ubat yang mengalir masuk ke dalam
uratnya itu dirasakan sangat sejuk bagai ditikam beribu jarum.
“Ahhh!”
jerit Saiful kesakitan. Tangan kirinya sudah menggenggam kepala lututnya.
Walaupun sudah berpuluh kali Saiful melalui proses itu, rasa sakit itu tetap
tidak dapat dia tahan. Saat itu dia terkenangkan Lara, ibunya. Air matanya
seperti hendak mengalir sahaja.
Serenne pula sudah menangis mendengar
jeritan Saiful. Sungguh dia tahu rasa sakit itu, dia faham bagaimana rasa
nutrient itu disuntik masuk ke dalam badan kerana dahulu dia sering memegang
tangan Jolenne, memberi semangat pada Jolenne ketika kembarnya itu disuntik
nutrient.
Sebaik sahaja ubat itu habis disuntik,
Jolenne mengambil kapas lalu ditekupnya pada luka di lengan Saiful. “Siap.
Sekarang baring dan rehat. Awak dah salurkan banyak gig kat dalam ni, sebab tu
hari ni rasa sakit dia lebih sikit. You
lost many energy. Now, sleep!” arah Jolenne sambil tangannya lincah
mengemas kit perubatan itu.
Saiful pula hanya akur kerana matanya
berasa seperti berat sahaja.
“Jangan lupa nanti dah sampai kat IHTC,
kejut saya. Saya nak solat maghrib. Dahlah asar saya lepas macam tu aje
tadi...” Selepas itu butir bicara Saiful tidak kedengaran kerana telah lena dek
penangan ubatnya itu tadi.
“Serenne... stop crying. Ganggu Saiful tidurlah,” tegur Jolenne.
“Sorry,”
ucap Serenne lalu menakup mulutnya. Tisu yang dihulur oleh Ah-In dicapai.
Lelaki yang berlagak sebagai pemandu itu menepuk-nepuk perlahan kepala gadis
itu. Dia sendiri pun naik trauma mendengar jeritan Saiful tadi.
Ah-In berpaling ke belakang. Melihat
sahabat baiknya. Kemudian dia berpaling semula ke hadapan. Tiga tahun dahulu,
tangan Saiful baik-baik sahaja tetapi ketika mereka dalam operasi menyelamatkan
sebuah dokumen penting, tangan Saiful telah disimbah asid pekat menyebabkan
sebahagian tangan lelaki itu rosak. Nasib jari-jemarinya tidak apa-apa. Jika
tidak, susah juga hendak menjalankan operasi ini kerana tidak mahu musuh
mengetahui kelemahan mereka.
Nafasnya ditarik dalam. Ah-In memandu
kereta sedan itu dengan cermat walapun dia sedar ada kenderaan lain yang
mengekori mereka. Ah, Zaim terlalu berhati-hati dan mereka juga perlu
menjayakan watak mereka dengan cemerlang sekali dan sekaligus Ah-In terkenangkan
senior mereka. Bagaimanakah nasibnya sekarang?
best2..
ReplyDelete