Hai! Firstly want to say sorry sbb lmbat msuk n3 baru, suppose masuk hari isnin lpas tapi x sempat sbb sem baru start, jd agk kelam kabut. Minta maaf kat sesiapa yg menunggu. Jadi enjoy my doodles >.<
Lima
belas : Kegembiraan Itu Bersifat Sementara
12
April 2731, 2015pm, perkarangan Vila Harmoni, Evergreen.
Aroma ayam panggang menusuk masuk ke
hidung para ahli keluarga Kasturi. Tidak lupa juga bau ikan bakar, jagung bakar
dan banyak lagi. Malam itu pelbagai juadah telah disediakan untuk saudara mara
yang hadir pada malam itu.
Sepanjang Kasturi tinggal di rumah itu,
malam ini adalah malam yang pertama kalinya dia menyertai ahli keluarganya,
bersama-sama meraikan dan mengeratkan hubungan sillaturrahim antara mereka.
Selama ini, Kasturi hanya larikan diri dari majlis-majlis begini. Dia tidak
suka bergaul dengan saudara maranya dan kalau boleh dia tidak mahu mengenali
siapa pun saudara maranya namun pertemuannya dengan Amran merupakan pertemuan
secara tidak sengaja. Mereka berjumpa di Akedemi Polis Pantai Seaview di
Evergreen setahun selepas Kasturi diterima masuk ke dalam akedemi itu. Amran
pula ketika itu berada di akedemi itu sebagai seorang instructor.
Kasturi tersenyum nipis. Mengingati
perkara itu membuatkannya ingin ketawa besar-besar tetapi apabila mengingati
akan situasinya sekarang, ditahan sahaja perasaan geli hati itu.
Tangan Kasturi perlahan sahaja memilih
makanan yang baru sahaja diangkat dari atas pemanggang. Mesin pemanggang yang
sesekali akan memusing-musing makanan yang dipanggang itu dilihati oleh Kasturi.
Sebenarnya dia menunggu Frankfruter dan isi ketam.
“Hai Kasturi sampai dua pinggan, satu lagi
untuk siapa?” tegur Amran.
Kasturi tersengih melihat lelaki itu yang
sibuk memilih udang bakar yang berada di dalam dulang silver itu. “Dua-dua ni saya punya,” jawab Kasturi jujur.
Amran mengangguk. Kemudian dia melihat
Fairul yang duduk semeja dengan Zulaika dan Zareen.
“Budak tu tak makan sekali ke?” soal Amran
sambil mulutnya memuncungkan ke arah Fairul. Kepala Kasturi ikut berpaling
melihat ke arah yang diunjuki oleh Amran itu.
Apabila matanya terpandangkan Fairul,
serta merta dia tersenyum. Entahlah, senyuman itu pasti akan muncul bila dia
melihat Fairul. Ada orang kata bila kita mencintai seseorang, secara automatik
orang itu akan mendapat penyakit suka tersenyum seorang diri. Mungkin... adalah
sikit benarnya.
“Fairul?” soal Kasturi cuba buat-buat
tidak faham akan pertanyaan ketua unitnya juga merangkap gelaran saudaranya
itu.
Amran menjeling Kasturi. Mulutnya sudah
herot. Mendengarkan pertanyaan Kasturi itu, ingin sahaja dia mencepuk-cepuk Kasturi.
“Tak delah. Saya tanya fasal bapak budak,” sindir Amran bersama-sama sengihnya.
Sengihan Kasturi turut terukir. Merah pipinya
disindir begitu.
“Kalau abang tanya fasal Fairul, dia nak
makan tadi tapi pinggan dia dah dibawa lari oleh Abang Syukri...” jawab Kasturi
jujur sambil tangannya laju sahaja mengepit Frankfruter yang sudah siap di
panggang sebelum disambar oleh Amran.
‘Lagipun tadi Fairul ada ambil untuk saya
sekali tapi Abang Zareen dah ambil saya punya,’ tambah Kasturi di dalam hati.
Dia seboleh mungkin tidak mahu mengecohkan pada ahli keluarganya yang dia kini
sudah ada satu perasaan istimewa buat lelaki itu. Biarlah masa yang
menentukannya.
Amran sudah mengekek ketawa mendengar
jawapan Kasturi. Jawapan yang sangat masuk akal. Syukri? Bawa lari makanan
orang? Amran seperti faham sahaja tindakan adik saudara tirinya itu. Kasturi
pula tersenyum sumbing yang turut sama mengikut rentak ketawa Amran.
“Dia jealouslah
tu... Pendinding awak kuat betul! Susahlah siapa yang nak jadi suami awak,”
Amran berkata sambil berjalan menatang pinggan di tangan menuju ke mejanya yang
berada di tepi kolam. Kasturi yang berada di sebelahnya sekali lagi tersengih.
Faham benar dengan maksud lelaki itu. Siapa yang tidak kenal Zareen dan Syukri,
abang-abang yang obsesi dengan adik sendiri. Haih... tak tahulah Kasturi nak
cakap apa tentang perilaku abang-abangnya.
Kasturi berpamitan dengan Amran apabila
tiba di satu meja yang memisahkan haluan mereka. Tidak sampai satu minit,
Kasturi sudah melabuhkan punggungnya. Satu pinggan untuk Fairul di letakkan
sedikit ke tepi. Tanpa sepatah kata, dia terus menjamah makanannya.
Fairul yang sibuk melayan perbualannya
dengan Zareen terhenti seketika apabila terperasankan pinggan yang Kasturi letak di tepinya. Gadis
itu lansung tidak berkata apa-apa dikala dia memandang si pembawa makanan itu.
Sepantas kilat, Fairul mengambil pinggan itu, takut-takut Syukri datang dan
mencuri pinggan yang dibawa khas oleh Kasturi.
“Kumaosunida,” ucap Fairul perlahan di
dalam bahasa Korea yang bermaksud terima kasih.
“Bun Venit,” balas Kasturi di dalam bahasa
roman yang bermaksud sama-sama.
Zulaika dan Zareen saling berpandangan
melihat telatah sepasang kekasih yang kononnya mahu menjadi kekasih low profile. Berkasih secara rahsia.
Aiseh, kalau begitu Zulaika dan Zareen akan butakan mata, tulikan telinga dan
menguncikan mulut sahaja. Jika itu yang mereka mahu, apa boleh buat lagi.
Tetapi bila pasangan itu ‘declare’?
Kening Zulaika dan Zareen sudah terangkat-angkat seperti papan jongkit.
Apalagi, siasatlah! Apa ingat mereka tidak reti main polis entree kah?
“Psst...!”
“Psst...!”
Kasturi dan Fairul yang dari tadi sibuk
menjamah makanan dek hambatan rasa lapar yang menggila di perut, mengangkat
wajah. Kening mereka bercantum tatkala melihat pasangan yang gila-gila itu dok
‘psst...!’, ‘psst...!’ mereka.
“Abang Zareen tak sihat ke?” perli
Kasturi. Mulutnya sudah ditekup menahan tawa.
Fairul pula sudah ketawa kecil mendengar
usikan si adik. Nampaknya dia telah menjadi sifu kepada Kasturi. Ya, sifu
menyakat orang.
Zulaika juga tidak lepas peluang untuk
mentertawakan bosnya itu. Masa seperti inilah sahaja yang dia ada untuk
mengenakan Zareen secukupnya. Di dalam hatinya sudah bergema-gema ayat ‘pay back time!’. Namun dia cepat sedar misi
kali ini bukannya untuk mengenakan Zareen tetapi lebih kepada menyoal siasat
Kasturi dan Fairul.
“Hisy, apa pulak ke situ dia pergi. Zareen
sihatlah, normal as always,” bela
Zulaika.
“Yelah tu...” balas Kasturi.
“Apa yang sebenarnya Kak Ika dan Abang
Reen nak?” celah Fairul cepat-cepat. Tidak mahu melihat sesi pergaduhan manja
antara adik beradik itu lagi. Kalau tadi dibiarkan Zareen membuka mulut
alamatnya belum tentu dia waima Zulaika sekalipun boleh mencelah. Pertengkaran
itu akan menjadi hebat dan lebat jika Kasturi sudah menarik pertolongan dari
Syukri. Hm...
“Fairul dengan Kasturi bila ‘D’?” kias
Zulaika. Zareen membiarkan sesi soal jawab itu dilansungkan oleh setiausahanya
itu. Lebih senang dan banyak rahsia boleh dikorek. Lagipun kalau dia yang buka
mulut... faham-faham ajelah.
“D?” soalan dibalas soalan. Fairul
memandang Zulaika dengan kerutan di dahi kemudian beralih pada Zareen dan
berakhir pada Kasturi yang turut sama mengerutkan dahi.
“Alah buat-buat tak tahu pulak. Karang
akak cakap terus terang ada yang malu sampai boleh buat cat rumah. Nanti dengar
dek Syukri lagi haru,” Zulaika masih lagi mahu berkias. Garfu di tangan sudah
di letak ke tepi pinggan. Mahu menumpukan sepenuh tumpuan pada jawapan yang
bakal keluar dari mulut sama ada Fairul ataupun Kasturi.
Nampaknya Kasturi mahupun Fairul masih
lagi tidak dapat menangkap maksud kata-kata Zulaika. Mereka masing-masing
menjungkit bahu.
“Declare
lah! Declare!” kata Zareen kurang
sabar. Ada juga kepala yang kene hempuk ni nanti. Dua-dua sama blur aje. Benda
punya simple pun lambat tangkap.
Selalunya kalau orang bercinta, mudah sahaja menangkap maksud-maksud singkatan
seperti itu. Diaorang ni betul ke bercinta?
“Oooo... kalau fasal hal itu...” Belum
sempat Fairul hendak menghabiskan ayatnya, Datin Melur datang mencelah
bersama-sama Puan Azurin, ibu Syukri.
“Terima kasih ya Fairul sebab merancang
majlis macam gini khas buat famili aunty.
Aunty rasa terhutang budi
sangat-sangat. Terima kasih ya,” ucap Datin Melur.
“Oh tidaklah. This party origanally were Zareen’s and Syukri’s idea. Saya cuma
membantu apa yang patut sahaja,” jawab Fairul merendah diri. Senyuman yang
ikhlas turut sama muncul di bibirnya.
Datin Melur dan Puan Azurin sudah ketawa
gembira mendengar jawapan yang merendah diri itu walaupun mereka tahu orang
yang merancang majlis itu hingga berlakunya majlis itu sebenarnya ialah Fairul
sendiri. Lalu mereka berjalan ke meja pemanggang. Mulutnya kepoh sahaja
berborak itu ini dengan bekas madunya itu. Puan Azurin pun apa kurangnya. Boleh
kata 2X5, 5X2 sahaja dengan Datin Melur.
Kasturi juga tersenyum bahagia mendengar
pujian dari mamanya buat Fairul. Petang tadi selepas sesi ‘beramah mesra’
mereka di padang nan luas itu, Fairul memberitahu tujuan mereka datang ke
Evergreen itu. Mendengarkan perlansungan majlis itu, membuatkan Kasturi berasa
bercampur aduk. Perasaan gembira, terharu, kelat, manis, tawar, masin dan
sebagainya diadun bersama.
“Terima kasih untuk semua yang telah awak
lakukan.” Sungguh Kasturi rasa bahagia saat ini. Tiada apa yang lebih bahagia
daripada menikmati saat terluang begini bersama-sama ahli keluarganya dan orang
yang sangat-sangat dia cintai. Tidak mungkin selepas ini dia akan mencintai
lelaki lain seperti lelaki di hadapannya kini.
“Well,
that gratitude suppose menjadi milik Kak Ika,” kata Fairul bersama sinar
matanya yang menusuk kalbu.
Zulaika dan Zareen yang berasa seperti di
pinggiran sahaja tercengang mendengar kata-kata Fairul. Kasturi juga sudah
memandang Fairul dengan pelik.
“Apa kes pulaknya?” soal Zareen tiba-tiba.
“Sebab... kalau saya tak asyik telefon Kak
Ika dua tiga hari ni, sudah semestinya sampai sekarang ni, saya tak tahu yang
Kasturi pun mempunyai perasaan yang sama seperti saya dan... majlis ni pun
takkan meriah macam ni sebab orang tu asyik merajuk aje.” Di akhir ayatnya itu,
Fairul mengenyitkan matanya pada Kasturi. Muka Kasturi sudah memerah. Tidak
sangka Fairul sempat lagi mengenakan dia.
Petang tadi, selepas penat kejar-mengejar,
mereka berehat sebentar di tepi padang. Segala rasa hati Fairul yang terbuku,
diluahkan. Sebagai tukarannya, Kasturi juga berlaku jujur dengan Fairul. Hampir
terbeliak mata Fairul mendengar cerita Kasturi yang sanggup menggeledah telefon
bimbitnya gara-gara rasa cemburu dan rasa ingin tahu yang meluap-luap. Tetapi
Fairul tidak kisah jika itu yang boleh membawanya ke sebuah episod bahagia.
“Hohoho, really. Then, I accept it with an open hand. Jadi kira korang ‘D’
petang tadilah ni?” galak Zulaika mendengar pengakuan jujur Fairul. Tambahan
dengan muka merah Kasturi yang comel itu. Zulaika sudah dapat membayangkan sesi
pengakuan pasangan kekasih itu sebaik sahaja Fairul menamatkan perbualannya
petang tadi dalam keadaan tergesa-gesa. Senyuman getiknya muncul saat
fikirannya mula berfikir yang bukan-bukan.
Zareen yang melihat sengihan gatal
Zulaika, pantas menolak kepala gadis itu. Zulaika mengaduh kesakitan apabila
kepalanya ditunjal sebegitu rupa. Lantas dia menjeling pada Zareen yang sudah
buat muka toya seolah-olah dia tidak membuat apa-apa kesalahan. Huh, Zareen
selalu membulinya! Kalau dengan gadis-gadis lain bukan main gentleman lagi! Sebal hati Zulaika
memikirkan hal itu. Nasib badannyalah kerana menjadi setiausaha kepada bakal
Dato’ Bandar. Sebal! Sebal!
SYUKRI
mendekati meja yang menempatkan tiga pasangan yang hangat berbicara itu dan
ini. Haidil yang berdiri di belakangnya, dipandang sekilas. Satu senyuman
dihadiahkan buat Haidil apabila mata mereka bertemu.
“Oho, Haidil pun ada sama? Baru sampai ke?
Apa khabar?” tegur Dato Mahmood dari belakang.
Kedua-dua teruna itu melihat arah punca
suara itu. Mereka kemudian tersenyum lalu membongkok hormat.
“Saya sihat uncle. Terima kasih. Saya baru sahaja sampai sebab tadi kerja
lambat siap. Banyak juga motor yang hendak disiapkan hari ni,” jawab Haidil
satu persatu. Lemah lembut sahaja dia bertutur.
Dato Mahmood mengangguk-angguk mendengar
jawapan anak muda itu. Encik Arjuna yang berada di sebelahnya turut mengangguk
faham.
“Kalau macam tu marilah join uncle dengan yang lain makan kat
meja sana. Riuh je uncle tengok. Apa
ajelah yang mereka dok bualkan tu,” jemput Dato’ Mahmood lalu berjalan
melintasi mereka berdua terus ke meja isteri dan anak-anaknya berkumpul.
Haidil menebar pandangan ke sekeliling
tempat. Kebanyakan tetamu sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Yang masih
tinggal hanya mereka di meja sana. Tanpa banyak songeh, Haidil mengikut sahaja.
Begitu juga dengan Syukri.
“Amboi Zu, sampai berdengung-dengung
tempat ni dengar kamu dengan Melur ketawa,” usik Encik Arjuna pada isterinya
lalu mengambil tempat yang bertentangan dengan Puan Azurin. Dato’ Mahmood pula
memilih untuk berdiri di sisi isterinya.
“Haidil!”
Fairul mengalihkan pandangannya pada
Kasturi yang sudah berdiri sambil menutup mulut. Matanya pula sudah terbeliak
besar. Kemudian dia memandang Haidil yang tersenyum penuh makna buat Kasturi.
Entah kenapa, hatinya menjadi sakit melihat pandangan yang Haidil berikan pada
Kasturi. Matanya melirik kembali pada Kasturi yang sudah mendekati Haidil
sambil memohon maaf kerana terlupa akan kehadiran lelaki itu walaupun dia yang
menjemputnya.
Apa yang lebih mengejutkannya ialah
penerimaan Syukri terhadap Haidil. Syukri begitu mesra mempelawa sahabat baik
Kasturi itu duduk di sebelah Zulaika dan kedua-dua lelaki itu berbual mesra dan
diselangi ketawa yang berdekah-dekah. Sesekali Kasturi akan mencelah perbualan
mereka dan bergaduh-gaduh akan sesuatu hal yang Fairul sendiri tidak berapa
pasti.
Walaupun Kasturi pernah bercerita padanya
tentang Haidil dahulu, dia tidak berapa mengambil perhatian sangat mungkin
kerana dia tidak melihat bagaimana Haidil itu sendiri. Jika mahu dinilai dari
detik pertama pertemuan mereka, [rujuk bab 2] rasanya pertemuan itu boleh
diklasifikasikan sebagai pertemuan yang tidak meninggalkan apa-apa kesan
mendalam padanya. Lelaki yang bernama Haidil itu berdasarkan perskripsi Kasturi
dan penilaian dirinya... hanyalah seorang sahabat yang baik dan melindungi
kebajikan Kasturi. Itu sahaja. Kini setelah melihat betul-betul, Fairul dapat
merasakan bahawa Haidil memendam rasa terhadap Kasturi.
Namun, menipulah jika tiada siapa yang
tidak akan jatuh tersungkur melihat Kasturi. Dia gadis yang sempurna dan
misteri. Susah untuk di dekati tetapi bila sudah dekat, agak susah untuk dia
lepaskan juga. Perlahan-lahan Fairul mengukir senyum bilamana Kasturi
memandangnya sambil tersenyum ceria.
Ah, biarlah jika Haidil mahu memendam rasa
atau mahu meluahkannya sekalipun. Sudah adat bercinta, pasti ada
halangan-halangannya. Lagipun, Fairul percaya pada Kasturi sebagaimana Kasturi
mempercayainya.
“Fairul...” panggil Dato’ Mahmood.
Fairul berpaling melihat Dato’ Mahmood dan
pada Datin Melur pula. Orang tua Kasturi yang memandangnya dengan pandangan
lembut itu membuatkan hatinya berdebar laju.
Dato’ Mahmood memandang Datin Melur.
Isterinya membalas pandangannya lalu memegang tangan tuanya seolah-olah
menyalurkan sedikit kekuatan yang dia ada pada Dato’ Mahmood. Perlahan-lahan
kepala Datin Melur mengangguk. Dato’ Mahmood mengambil nafasnya lalu mengajak
anak muda di hadapannya itu masuk ke dalam rumah.
Tanpa banyak soal, Fairul membuntuti
langkah Dato’ Mahmood. Kasturi pula hanya melihat langkah Fairul yang diatur
kemas itu. Hatinya dipagut resah namun diusir jauh kerana dia percaya pada
kedua-dua lelaki yang dia sayangi itu walaupun dia tidak mengetahui tujuan
papanya mengajak Fairul masuk ke dalam rumah.
FAIRUL
berdiri tegak di belakang Dato’ Mahmood. Matanya sesekali menjeling ke
sekitarnya. Almari buku yang melekap pada setiap dinding, buku-buku yang penuh
di setiap rak dan kadang-kadang ada pula bahagian di biarkan kosong ataupun
dihiaskan dengan foto-foto gambar. Tingkap tinggi empat pintu itu membenarkan
Fairul melihat pemandangan luar, ke arah padang rumput Evergreen yang luas bak
lautan. Selain itu, satu set sofa di satu sudut, dua buah lampu meja di sisi
kiri dan kanan tingkap, kusyen-kusyen yang diatur kemas bersama-sama selimut di
bay window dan sebuah meja tulis yang
besar dimana diatasnya terdapat lampu tulis, sebuah laptop, sebekas alat tulis
dan sebuah rak dokumen beserta sebuah kerusi yang bersesuaian dengan stail
rekaan mejanya.
Disebalik meja tulis tersebut terdapat
sebuah pendiang api klasik dan di dinding di atas pendiang api tersebut
terdapat sebuah lukisan keluarga Dato’ Mahmood. Setiap seorang daripada ahli
itu tersenyum kecuali seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan tujuh
tahun sedang memandang kosong ke arahnya. Mata yang lansung tiada nyawa di
dalamnya.
“Itu Kasturi semasa dia berumur tujuh
tahun, setelah hampir dua tahun dia menjalani pembedahan jantungnya,” kata
Dato’ Mahmood apabila menyedari Fairul begitu asyik memandang wajah Kasturi.
Fairul mengalihkan pandangannya ke wajah
Dato’ Mahmood. Sebuah senyuman dihadiahkan pada Dato’ Mahmood. Dato’ Mahmood
membalas senyuman anak muda itu. Satu senyuman yang membezakan Fairul dengan
One dan dia pasti Kasturi sedar akan hal itu. Dia mahupun Datin Melur sangat
yakin akan hal itu cuma... ada satu perkara yang mereka pasti. Kasturi pasti tidak
pernah memberitahu pada Fairul tentang One. Maka, mereka mahu memastikan
perasaan Fairul akan hal itu. Baginya inilah ujiannya buat Fairul ataupun
sesiapa sahaja yang Kasturi pilih sebelum Dato’ Mahmood dapat menyerahkan anak
gadisnya pada seseorang itu.
“... dan masa itu juga dia telah
kehilangan ‘seorang’ yang sangat berharga buatnya,” tambah Dato’ Mahmood
setelah sekian lama berjeda.
Senyuma Fairul mati serta merta.
Melihatkan betapa seriusnya percakapan lelaki tua itu, Fairul menjadi resah. Namun,
dia bijak menyembunyikan rasa hatinya. Lantas satu ayat diberikan demi menutup
kegugupan dirinya.
“Kasturi tidak pula bercerita dengan
saya,” perlahan sahaja intonasi suara Fairul. Anak matanya mengikuti gerak
langkah Dato’ Mahmood yang mendekati lukisan tersebut. Tangan tuanya mencapai
lukisan wajah anak gadisnya.
“Dia tidak akan bercerita. Zareen mahupun
Syukri sendiri pun sama,” cakap Dato’ Mahmood.
Terdetik di hati Fairul akan satu perkara.
Imbasan memori menjengah mindanya di kala waktu itu Kasturi cuti sakit untuk
seminggu. Dia pernah bertanyakan pada Zareen tentang seorang lelaki yang
bernama Wan namun jawapan yang terbit dari mulut Zareen begitu menghampakan.
Usah disoal mengenai Wan di hadapan Syukri pula, pasti puting beliung muncul
tidak semena-mena. Itu pengajaran yang dia peroleh sepanjang satu minggu itu.
“Maksud uncle... ‘seorang’ itu...
Wan-kah?” teka Fairul. Dia mendekati lelaki yang berusia 57 tahun itu.
Dato’ Mahmood terus setia memandang wajah
sedih Kasturi. Tangannya yang mencapai wajah Kasturi itu dijatuhkan. Satu
keluhan berat menjadi jawapan pada pertanyaan Fairul.
“Jawapan yang pasti... terletak pada tuan
cerita ini, Fairul.” Matanya tajam menikam anak mata Kasturi. Fairul pula sudah
berasa tidak senang. Hatinya menjadi gelisah.
“... Cuma jawapan ini sahaja yang dapat
uncle beri pada kamu,” tambah Dato’ Mahmood lalu bergerak ke kanan bingkai
lukisan itu. Dengan hati-hati dia menolak lukisan itu ke kiri lalu satu papan
kekunci yang dilekatkan pada dinding itu terlihat. Kemudian Dato Mahmood menekan-nekan
pada punat-punat nombor itu.
Sebaik sahaja dia selesai menekan kod
nombor, sebuah peti muncul di tengah-tengah bilik itu. Fairul mengerutkan
dahinya. Dia menjadi pelik melihat Dato’ Mahmood mengeluarkan peti keselamatan
di hadapannya.
Dato’ Mahmood mendekati peti keselamatan
tersebut lalu membukanya. Apa yang berlaku seterusnya mengejutkan Fairul.
Tangannya terketar-ketar mengambil barang tersebut. Jantungnya pula seperti
hendak luruh sahaja. Segala perkara yang pernah berlaku antara dirinya dan
Kasturi bermain di fikirannya malah berulang tayang hingga keesokkan harinya
dan menyebabkan hubungannya dengan Kasturi dingin untuk sepanjang hari
tersebut.
best2... smbng lgi, heee
ReplyDeleteTQ for the comment, ^^
ReplyDelete