Tiga
belas : Terurai Simpulan Kekusutan
12
April 2731, 1700pm
“Okay, okay, nanti saya sampai lepas
magrib. Okay, bye.”
Fairul menamatkan perbualannya lalu
meletakkan telefon bimbitnya di tempat asalnya. Kasturi melihat Fairul dari
ekor matanya. Sudah setengahjam lelaki itu berborak dengan si pemanggil saat
mereka berpamit dengan Nura dan hingga sekarang mereka hampir tiba di Gleam
City barulah Fairul menamatkan perbualannya. Sudahlah tu tergelak-gelak manja
seperti berborak dengan kekasih hati sahaja.
‘Wait
Kasturi. Tadi kau dah nangis-nangis sebab jealous,
ni nak jealous lagi ke?’ hatinya yang
ego berbisik.
‘Tapikan kau patut jealous sebab hari tu
jugak dia cakap dia cintakan kau. Takkan dia main kayu tiga dengan kau kot...’
bisik si hatinya yang lembut.
‘Entah-entah dia saja nak main-mainkan kau
kot. Nak test market dia. Kau buat
bodoh macam selalu sudah.’ Nampak si hati ego tidak mahu mengalah.
‘Tak mungkinlah. Selama kau kenal Fairul,
pernah tak dia main-mainkan kau?’ soal si hati lembut.
Kasturi menunduk. Dia memintal-mintal
hujung rambutnya. Di fikirannya, satu persatu memori lalu bermain di
fikirannya. Tiada satu pun di dalam memorinya itu Fairul mempermainkannya.
Sebaliknya, Fairul sentiasa ada untuknya. Membantunya tika dia susah dan
senang. Ah...
‘Ahhh! Kau si lembut tak payah nak
menyibuk! Kau tau tak cemburu tu tak bagus! Merosakkan fikiran! Boleh buat orang
jadi gila!’ marah si hati ego.
‘Cemburu tanda sayang.’ Perlahan dan
lembut sekali ayat itu menyedarkan Kasturi. Kasturi tersenyum. Betul tu. Perasaan
cemburu itu akan ada jika dia mencintai lelaki itu. Cinta dan cemburu. Kenapa
dua perkara itu saling berkait? Apakah benar dia mencintai lelaki itu? Tetapi
kenapa perlu dia menafikan apa yang dia rasakan sekarang? Bukankah dia pernah
merasai apa itu jatuh cinta? Maka dia sepatutnya kenal dengan rasa itu. Kali
ini senyuman Kasturi semakin melebar. Cuma dalam konteks cemburu itu, biarlah
berpada.
Fairul menjeling gadis di sisinya. Tanda
tanya timbul di kala matanya ternampak akan senyuman manis Kasturi. Fairul
tersenyum juga apabila melihat Kasturi tersenyum begitu. “What’s bothering your mind?” soal Fairul lalu kembeli memberi
perhatian kepada pemanduannya.
“Nothing,”
Kasturi menjawab perlahan.
“Yeke?”
“Sure!
Eh, kenapa masuk jalan ni?” soal Kasturi terkejut melihat Fairul tiba-tiba
memasuki Jalan Pertahanan dan bukannya Jalan Semegah, jalan menuju ke rumah
abangnya, Zareen. Memandangkan hari ini, dia datang ke pejabat dengan menumpang
kereta Zareen maka awal-awal lagi kasturi sudah pesan pada Fairul supaya
dihantar dirinya terus ke hadapan kondominium tempat Zareen tinggal.
Fairul ketawa kecil. “Hantar disket tu ke
pejabatlah. Takkan awak nak bawak balik rumah. Macam mana jadi apa-apa on the road? Kan susah. Lagipun...”
Tiba-tiba suara Fairul berubah serius.
“... awak tak rasa musykil ke. Kenapa
arwah sorok disket tu kat tempat macam tu? Bawah pasu pokok yang boleh baham
orang tu. Information yang kita ada
sekarang ni sangat berharga buat kita dan musuh kita. Jadi saya nak letakkannya
di tempat yang selamat dan berjaga siang malam. Esok kita pergi arked dan
siasat. Okay?”
Kasturi mengangguk. Dia bukannya tidak
rasa musykil. Rasa itu sudah lama ada sejak dia terima surat dari arwah lagi
cuma dia tidak faham kenapa arwah Farid tidak pernah berkata apa-apa padanya?
Dari mana? Siapa?
Tambahan itu, yang semakin memusykilkan
fikirannya itu, kenapa perlu disimpan di dalam disket? Sedangkan sekarang
adalah zaman centinuim. Di mana segalanya hanya dihujung jari dan tak perlukan
penyimpan data seperti disket. Jadi sudah jelaslah perkara itu sangat berharga
sehingga terpaksa disimpan di tempat yang sebegitu, khuatir dengan kemampuan
seorang manusia untuk menggodam sistem. Namun perkara apa yang menjadi terlalu
berharga? Dan bagaimana pula arwah boleh mendapat maklumat yang sebegitu
berharga?
Soalan-soalan itu sering bermain dalam
fikirannya dan semakin bertambah tatkala matanya tertancap pada disket yang
bewarna kelabu itu yang terletak elok di bawah pasu pokok Gigantic Cephalotus Follicularis. Nasib baik ada Nura. Jika tidak,
tidak tahulah dia bagaimana mahu dialih pasu pokok itu daripada tempatnya.
Sebaik sahaja tiba di hadapan bangunan
balai polis itu, Fairul meminta disket itu pada Kasturi dan menyuruhnya untuk
tunggu sahaja di dalam kereta. Kasturi akur dan sekurang-kurangnya dia boleh
menjalankan misi yang tidak berapa imposible
itu yang sudah dia karang ketika lelaki itu bercakap-cakap di telefon. Nasib
baik Fairul meninggalkan telefonnya di dalam kereta.
“Kunci pintu ni,” pesan Fairul sebelum
melangkah keluar.
“Ya...” jawab Kasturi meleret dan senada.
Konon-kononnya buat rasa tidak puas hati kerana terpaksa tunggu di dalam
kereta. Setelah kelibat Fairul menghilang ke dalam bangunan yang setinggi 25
tingkat itu, tanpa berlengah Kasturi mencapai telefon Fairul. Dia berasa
jantungnya berlari pantas dan hendak pecah sahaja.
“Rileks Kasturi. Kau kan dah biasa buat
kerja-kerja macam ni,” katanya cuba menenangkan hatinya.
Sebaik sahaja lampu telefon itu menyala,
Kasturi menggelongsorkan jarinya untuk membuka ke ruangan seterusnya. Kemudian
keluar pula sembilan bulatan kecil yang disusun 3X3. Kasturi tersenyum lebar.
Pengalaman bekerjanya sedikit sebanyak membantunya melakukan misi tidak
rasminya itu. Pantas Kasturi membuat huruf tertentu pada bulatan-bulatan itu.
Dalam sekelip mata ruangang seterusnya muncul. Haha, Fairul seorang yang
simple, jadi benda-benda macam ini, adalah semudah 1, 2, 3 buat Kasturi untuk
tahu paskod Fairul.
Bertambah lebar senyuman Kasturi. Pantas
jarinya mencari ikon ‘calls’ untuk
melihat nama si pemanggil. Sambil-sambil itu matanya melilau sekelilingnya.
Takut-takut Fairul sudah turun. Tiada. Kasturi menghela nafas lega lalu kembali
menatap telefon itu semula.
“Kak Ika?” soal Kasturi pada dirinya
sendiri. Kemudian dia melihat panggilan sebelumnya. Hampir 10 senarai berturut
nama ‘Kak Ika’ menjadi Si Pemanggil dan Si Penerima Panggilan dalam masa satu
hari. Kasturi mengetap bawah bibirnya. Cuba berfikiran logik. Perlahan-lahan
tangannya menjatuhkan telefon itu ke tempat asalnya.
15 minit selepas itu, Fairul kembali ke
dalam kereta. Wajahnya terhias dengan senyuman. Kasturi membalas senyuman itu
semula. Seboleh mungkin Kasturi mengikhlaskan senyumannya itu, namun ia tetap
rasa tawar dan hambar. Terangkat kening Fairul melihat kelakuan Kasturi.
“Kasturi, are you fine?” soal Fairul prihatin. Dari tadi lagi Kasturi
berperangai pelik. Fairul bimbang jika Kasturi masih lagi mahu melancarkan
perang dingin dengannya lagi. Bukannya dia sengaja untuk menyindir Kasturi
tetapi mulutnya begitu ringan sahaja meluahkan kata-kata tersebut. Dia tahu
Kasturi ialah seorang anggota yang bertanggungjawab dan tidak pernah lalai
dengan apa yang dia lakukan tetapi entahlah... dia terlalu ikutkan perasaan
cemburunya.
“Uh? Herm, saya okay. Thanks,” jawab Kasturi hendak tidak hendak. Hatinya saat ini berasa
sangat tawar. Setawar air mineral. Lalu dia melihat ke pemandangan luar. Cuba
untuk bertindak seperti biasa. Tidak mahu satu lagi sesi pergaduhan antaranya
dengan Fairul berlaku lagi setelah hampir sepanjang satu hari itu mereka
bergaduh sahaja.
“Oookay... Kalau ada apa-apa yang awak tak
puas hati cakap. Jangan simpan dalam hati,” tambah Fairul dengan lembut sekali.
Kepalanya masih lagi mengarah ke Kasturi sedangkan tangannya sibuk menarik seat-belt kerusi.
“Herm...” balas Kasturi. Fairul tersenyum
tawar. Lantas keretanya diundur beberapa tapak ke belakang sebelum bergerak
terus menuju ke Evergreen.
45
MINIT perjalanan tanpa sepatah kata membuatkan Fairul berasa rimas.
Sesekali matanya melirik ke Kasturi yang masih setia melihat ke luar tingkap.
Kadang-kadang dia tertanya-tanya juga, adakah gadis itu sudah tahu rancangan
terkejutnya itu memandangkan Kasturi lansung tidak bertanya seperti selalu. Dia
tertunggu-tunggu Kasturi menyoalnya seperti ini :
“Eh? Kenapa masuk lane ni? Kenapa tak guna lane
tu?”
Satu keluhan berat dilepaskan. Sudah
berapa kalilah hari ini dia mengeluh dan sudah berapa kalilah dia menjerit di
dalam hati mengatakan, “love really is
messy!!!”
Dengan longlai, Fairul mencapai telefonnya
lalu mendail nombor Kak Ika ataupun nama sebenarnya Zulaika, setiausaha Zareen
merangkap kakak saudara Syukri itu.
“Hello, Assalamualaikum,” ucap Fairul
perlahan.
Kasturi memasang telinganya. Setelah
hampir 50 minit dia berdiam diri dan Fairul lansung tidak menegurnya, akhirnya
Fairul mengalah dan menelefon perempuan lain? Fairul bukannya mahu memujuknya
atau berkata sesuatu padanya. Apa ingat dia ini perempuan tiada perasaankah?
Asyik-asyik dengan Kak Ika dia sahaja. Menyampahlah!
‘Kasturi sabar. Cemburu biar berpada.
Kalau melebih-lebih nanti padah jawabnya,’ hatinya memujuk.
‘Tarik nafas, hembus... Tarikkk, hembus.
Okay, good girl,’ kata hatinya lagi.
Kini Kasturi berasa sedikit lega.
Perlahan-lahan dia menutup matanya dan perlahan-lahan Kasturi menyandarkan
kepalanya ke kepala kusyen. Fairul yang dari tadi melihat perlakuan Kasturi
kembali menumpukan perhatian pada panggilan telefon yang dibuatnya dan
pemanduannya.
“Akak tak beritahu? Oh... Tak, takdelah.
Saje tanya, hehe,” Fairul ketawa di hujung kata-katanya. Ketawa yang dibuat-buat
demi menutup rasa terkejutnya.
“Awak gila apa Fairul. Awak jugak yang
cakap kat akak jangan beritahu dia, kata nak beritahu sendiri. Sekarang ni
apahal? Ada masalahkah?” soal Zulaika lembut. Tangannya sibuk menggaul fruit salad.
“Tak. Tak de masalah. Okaylah tak nak
ganggu akak. Bye,” pantas Fairul menamatkan panggilan. Telefonnya disimpan
semula di tempat asalnya. Zulaika pula terkejut dengan tamatnya perbualan
mereka. Kemudian wanita itu menggeleng perlahan. Budak tengah panasaran. Macam
tulah gayanya. Laju sahaja letak telefon.
Fairul memberi isyarat untuk
memberhentikan keretanya. Dia perlu bereskan hal ini sekarang juga. Dia tidak
mahu bertangguh. Lebih-lebih lagi malam ini sepatutnya menjadi malam yang
menggembirakan. Dia tidak mahu kerana sesuatu perkara yang dia sendiri tidak
tahu duduk perkaranya, majlis yang telah dia atur bersama-sama Zareen, Syukri dan Zulaika hancur begitu
sahaja gara-gara mood Kasturi yang
tidak elok.
Kasturi membuka matanya. Terkejut dengan
Fairul yang tiba-tiba memberhentikan keretanya dan tiba-tiba sahaja melangkah
keluar dari dalam kereta. Kasturi menelan liur sambil matanya melihat ke cermin
hadapan, melihat Fairul berpusing ke tempat penumpang.
Pintu tempat penumpang Fairul buka.
Kasturi yang terkejut dengan tindakan mengejut Fairul, melihat Fairul dengan
pandangan yang tajam.
“Keluar,” kata Fairul tanpa perasaan.
Kasturi mengerutkan dahinya. Kenapa pula
lelaki ini menghalaunya keluar dari keretanya. Sudahlah bawa dia entah ke
mana-mana semata-mata mahu menghalaunya keluar dari kereta? Tidakkk! Lansung
tidak logik. Tentu ada alasan lain.
“Tolong keluar,” sekali lagi Fairul
meminta Kasturi untuk melangkah keluar. Namun Kasturi tidak berganjak dari
tempatnya. Fairul manahan sabarnya. Tidak sangka hari ini merupakan hari penuh
ujian buatnya.
“Awak, saya minta awak melangkah keluar
dari kereta saya,” kali ini panjang sedikit ayatnya dari sebelumnya, dan sekali
lagi Kasturi berlagak patung atau berlagak bisu, Fairul tidak tahu tetapi apa
yang pasti tahap kesabarannya berada ditahap yang paling puncak.
Fairul menarik nafasnya dalam-dalam.
Sabarlah wahai hati. “Nur Kasturi binti Ahmad Mahmood, saya Muhammad Fairul bin
Abdullah minta awak melangkah keluar dari dalam perut kereta saya sekarang juga
dan bila saya cakap sekarang maksudnya sekarang!” hambur Fairul laju tanpa
sebarang noktah.
Sedetik, dua detik, tiga detik namun
Kasturi masih tetap dengan pendiriannya. Ya Allah betapa degilnya perempuan
yang bernama Nur Kasturi ini. Lantas sebarang amaran Fairul menarik tangan
Kasturi namun gadis itu pantas menepis dan melangkah keluar dari kereta itu.
Fairul mengucap syukur kerana akhirnya! Akhirnya! Fairul rasa hendak menangis
sahaja.
Dengan penuh rasa marah, Fairul menghempas
pintu keretanya.
Kasturi
berpeluk tubuh. Pemandangan di hadapannya seperti pernah dilihatnya. Dahinya
berkerut. “Evergreen?” katanya perlahan. Terkejut menyedari hakikat sebenar.
Lantas Kasturi berpaling ke belakang. Wajah Fairul dipandangnya dengan kening
yang bercantum meminta Fairul menjelaskan situasi yang berlaku sekarang.
Fairul tidak mengendahkan pandangan
Kasturi lalu mencapai pergelangan Kasturi dan memaksa gadis itu mengikuti
langkahnya menuruni bukit menuju ke padang yang luas terbentang dengan rumput Evergreen.
Cahaya petang matahari yang melakar di
hujung ufuk dan tersimbah di hujung daun rumput Evergreen menjadikan kawasan
itu kelihatan sangat cantik. Evergreen merupakan syurga padang nan luas dengan
rumputnya yang menghijau. Bagai sebuah padang pasir yang ditumbuhi rumput evergreen.
Luasnya tidak bertepi. Kelihatan beberapa tompok hijau tua dan biru tua di
beberapa kawasan yang merupakan kawasan hutan. Apabila angin bertiup lembut,
rumput-rumput itu turut menari mengikut rentak angin yang membuai.
Sedaya upaya Kasturi cuba menarik
tangannya dari pegangan Fairul. Sesekali dia memarahi Fairul dengan mendengus
dan meminta lelaki itu melepaskannya. Namun Fairul, mentulikan telinganya.
Terus-terusan menarik Kasturi ke tengah padang.
“Fairul lepaskanlah, nanti saya pulas
tangan awak, awak yang menyesal,” ugut Kasturi. Dia sememangnya bersedia untuk
menggunakan teknik untuk meloloskan dirinya itu setelah lima tahun dia belajar
di sekolah mempertahankan diri sebelum diterima masuk ke dalam pasukan elit dan
seterusnya ke sebuah unit rahsia negara. Pembabitannya ke unit itu lansung
tidak diketahui oleh sesiapapun waima Zareen yang begitu rapat dengannya. Hanya
Haidil sahaja yang mengetahui kerana mereka sama-sama terlibat dalam unit itu.
“Pulas?” soal Fairul tanpa memandang
Kasturi. Langkahnya masih lagi laju menarik Kasturi ke tengah padang.
“Apa awak ingat dulu awak anggota pasukan
elit saya takut. Hei karate saya black
belt okay, saya tak heran dengan awak punya teknik pulas tangan tu,” kata
Fairul sinis.
Kasturi terkedu. Sejak bila Fairul
bersikap begini. Dia tidak pernah melihat Fairul merendah-rendahkan orang lain.
Dia sentiasa tersenyum ceria, sentiasa menyakat orang sekelilingnya dan seorang
yang sangat senang untuk didamping tetapi kenapa sekarang ini Fairul seperti
seorang yang berbeza? Adakah semua perubahan itu salahnya? Kasturi mengetap
bibirnya.
Mereka berhenti melangkah. Perlahan-lahan
Fairul melepaskan tangannya dan perlahan-lahan lelaki itu mengambil nafasnya.
Hatinya yang panas perlu disejukkan kembali. Apabila dia hilang sabar, habis
terbang segala sifatnya yang gila-gila itu. Dia perlu bertenang. Untuk
berkonfrentasi dengan Kasturi, biarlah dia menjadi air yang menyiram api yang
membara di hati Kasturi.
Lantas dia berpaling melihat Kasturi.
Wajah gadis itu ditatap penuh kasih. “Saya... minta maaf atas ketelanjuran ayat
saya tadi juga masa di rumah arwah Farid. Jika itu yang awak masih marah, saya
susun sepuluh jari untuk mohon kemaafan pada awak,” ucap Fairul ikhlas.
Sekali lagi Kasturi terkedu. Marah? Jika
marah fasal di rumah arwah Farid sudah lama dia maafkkan lelaki itu semenjak
lelaki itu dengan sukarelanya menjadi tukang angkat pasu pokok yang berbentuk
seperti periuk kera itu.
“... dan jika awak masih lagi marah fasal
saya bawak kereta macam orang gila itu, sekali lagi saya minta ampun dari awak
walaupun saya ingat hal itu sudah habis ceritanya...” Fairul menambah lagi.
Hal itu juga telah Kasturi maafkan kerana
lelaki itu tidak tahu akan punca kemarahannya. Dia sendiri tiba-tiba meletus
bak gunung merapi.
Melihatkan Kasturi masih lagi berdiam
diri, Fairul meneruskan ucapannya. “Saya tahu saya tiada hak sebagai seorang
lelaki yang bergelar kekasih untuk marah-marah awak, untuk menghalang awak mengingati lelaki lain. Tetapi saya tetap
ada hak saya sebagai seorang lelaki yang mencintai awak untuk berasa cemburu
akan hal itu. Saya juga manusia biasa, saya tak mampu nak tahan-tahan perkara
macam ni, semua ni kuasa Allah. Saya minta maaf.” Di akhir kata lelaki itu
menunduk malu. Dia malu kerana kalah dengan perasaannya sendiri.
“Love
never means sorry.”
Fairul mengangkat wajahnya. Matanya
membulat tatkala matanya melihat sebutir mutiara laju menuruni pipi Kasturi.
“Jangan sesekali menyebut kata maaf jika
betul awak cintakan saya Fairul. Hak? Kenapa awak perlu berfikir tentang hak?
Saya marah? Marah saya tak lama, sekejap sahaja marah tu reda kerana awak juga.
Setiap apa yang awak lakukan kadang-kadang buat saya marah tetapi itu tak
bermakna setiap yang awak lakukan itu juga tidak menyejukkan hati saya.
Cemburu? Apa awak ingat awak seorang sahaja yang ‘berhak’ untuk cemburu? Habis
saya ni apa? Tunggul kayu yang tak reti nak rasa apa-apa?” Habis segala apa
yang Kasturi rasa dia hamburkan.
Fairul tercengang. Bibirnya
terketar-ketar. “Apa yang awak cakapkan ni Kasturi?”
Tangisan Kasturi makin lebat. “Hei awak ni
belajar sampai tingkatan berapa hah? Takkan awak tak faham-faham lagi dengan
segala isyarat yang saya bagi awak?” kata Kasturi masih lagi mahu bermain
kias-mengias.
Ayat karma itu bergema dalam hati Fairul.
Tetapi entah kenapa Fairul meraguinya. Dia tiada keyakinan untuk mengiakan apa
yang dia rasa itu. Kepalanya tergeleng-geleng beberapa kali. Selagi Kasturi
tidak menyebutnya, selagi itu dia tidak akan berasa pasti.
“Bodoh!” kata Kasturi perlahan. Angin yang
bertiup lembut itu sesekali membuatkan rambut Kasturi terbang bersama-sama
dengan bayu itu. Menari-nari mengikut rentak angin. Berirama bersama dengan
rumput evergreen.
“Saya...” Ayat yang seterusnya membuatkan
Fairul menanti dengan sabar. Dadanya seperti berlari laju menanti-nanti kalimah
yang Kasturi bakal sebutkan.
“...cintakan awak.”
ye ye ye, akhirnya lafaz jgak kalimah cinta.. hehe, writer uat bgi lepa kahwin.. hehe
ReplyDeletebaru sronok..
Ruunna, pasal kahwin tuuu, jauh lagi buat mereka utk sampai ke tahap tu sbb ada byk rintangan yg menanti. yg pasti trimas byk2 sbb sudi komen. saya hargainya. ^^
ReplyDelete