Monday, November 19, 2012

Tiga belas



Tiga belas : Terurai Simpulan Kekusutan

12 April 2731, 1700pm

     “Okay, okay, nanti saya sampai lepas magrib. Okay, bye.”

     Fairul menamatkan perbualannya lalu meletakkan telefon bimbitnya di tempat asalnya. Kasturi melihat Fairul dari ekor matanya. Sudah setengahjam lelaki itu berborak dengan si pemanggil saat mereka berpamit dengan Nura dan hingga sekarang mereka hampir tiba di Gleam City barulah Fairul menamatkan perbualannya. Sudahlah tu tergelak-gelak manja seperti berborak dengan kekasih hati sahaja.

     Wait Kasturi. Tadi kau dah nangis-nangis sebab jealous, ni nak jealous lagi ke?’ hatinya yang ego berbisik.

     ‘Tapikan kau patut jealous sebab hari tu jugak dia cakap dia cintakan kau. Takkan dia main kayu tiga dengan kau kot...’ bisik si hatinya yang lembut.

     ‘Entah-entah dia saja nak main-mainkan kau kot. Nak test market dia. Kau buat bodoh macam selalu sudah.’ Nampak si hati ego tidak mahu mengalah.

     ‘Tak mungkinlah. Selama kau kenal Fairul, pernah tak dia main-mainkan kau?’ soal si hati lembut.

     Kasturi menunduk. Dia memintal-mintal hujung rambutnya. Di fikirannya, satu persatu memori lalu bermain di fikirannya. Tiada satu pun di dalam memorinya itu Fairul mempermainkannya. Sebaliknya, Fairul sentiasa ada untuknya. Membantunya tika dia susah dan senang. Ah...

     ‘Ahhh! Kau si lembut tak payah nak menyibuk! Kau tau tak cemburu tu tak bagus! Merosakkan fikiran! Boleh buat orang jadi gila!’ marah si hati ego.

     ‘Cemburu tanda sayang.’ Perlahan dan lembut sekali ayat itu menyedarkan Kasturi. Kasturi tersenyum. Betul tu. Perasaan cemburu itu akan ada jika dia mencintai lelaki itu. Cinta dan cemburu. Kenapa dua perkara itu saling berkait? Apakah benar dia mencintai lelaki itu? Tetapi kenapa perlu dia menafikan apa yang dia rasakan sekarang? Bukankah dia pernah merasai apa itu jatuh cinta? Maka dia sepatutnya kenal dengan rasa itu. Kali ini senyuman Kasturi semakin melebar. Cuma dalam konteks cemburu itu, biarlah berpada.

     Fairul menjeling gadis di sisinya. Tanda tanya timbul di kala matanya ternampak akan senyuman manis Kasturi. Fairul tersenyum juga apabila melihat Kasturi tersenyum begitu. “What’s bothering your mind?” soal Fairul lalu kembeli memberi perhatian kepada pemanduannya.

     Nothing,” Kasturi menjawab perlahan.

     “Yeke?”

     Sure! Eh, kenapa masuk jalan ni?” soal Kasturi terkejut melihat Fairul tiba-tiba memasuki Jalan Pertahanan dan bukannya Jalan Semegah, jalan menuju ke rumah abangnya, Zareen. Memandangkan hari ini, dia datang ke pejabat dengan menumpang kereta Zareen maka awal-awal lagi kasturi sudah pesan pada Fairul supaya dihantar dirinya terus ke hadapan kondominium tempat Zareen tinggal.

     Fairul ketawa kecil. “Hantar disket tu ke pejabatlah. Takkan awak nak bawak balik rumah. Macam mana jadi apa-apa on the road? Kan susah. Lagipun...” Tiba-tiba suara Fairul berubah serius.

     “... awak tak rasa musykil ke. Kenapa arwah sorok disket tu kat tempat macam tu? Bawah pasu pokok yang boleh baham orang tu. Information yang kita ada sekarang ni sangat berharga buat kita dan musuh kita. Jadi saya nak letakkannya di tempat yang selamat dan berjaga siang malam. Esok kita pergi arked dan siasat. Okay?”

     Kasturi mengangguk. Dia bukannya tidak rasa musykil. Rasa itu sudah lama ada sejak dia terima surat dari arwah lagi cuma dia tidak faham kenapa arwah Farid tidak pernah berkata apa-apa padanya? Dari mana? Siapa?

     Tambahan itu, yang semakin memusykilkan fikirannya itu, kenapa perlu disimpan di dalam disket? Sedangkan sekarang adalah zaman centinuim. Di mana segalanya hanya dihujung jari dan tak perlukan penyimpan data seperti disket. Jadi sudah jelaslah perkara itu sangat berharga sehingga terpaksa disimpan di tempat yang sebegitu, khuatir dengan kemampuan seorang manusia untuk menggodam sistem. Namun perkara apa yang menjadi terlalu berharga? Dan bagaimana pula arwah boleh mendapat maklumat yang sebegitu berharga?  

     Soalan-soalan itu sering bermain dalam fikirannya dan semakin bertambah tatkala matanya tertancap pada disket yang bewarna kelabu itu yang terletak elok di bawah pasu pokok Gigantic Cephalotus Follicularis. Nasib baik ada Nura. Jika tidak, tidak tahulah dia bagaimana mahu dialih pasu  pokok itu daripada tempatnya.

     Sebaik sahaja tiba di hadapan bangunan balai polis itu, Fairul meminta disket itu pada Kasturi dan menyuruhnya untuk tunggu sahaja di dalam kereta. Kasturi akur dan sekurang-kurangnya dia boleh menjalankan misi yang tidak berapa imposible itu yang sudah dia karang ketika lelaki itu bercakap-cakap di telefon. Nasib baik Fairul meninggalkan telefonnya di dalam kereta.

     “Kunci pintu ni,” pesan Fairul sebelum melangkah keluar.

     “Ya...” jawab Kasturi meleret dan senada. Konon-kononnya buat rasa tidak puas hati kerana terpaksa tunggu di dalam kereta. Setelah kelibat Fairul menghilang ke dalam bangunan yang setinggi 25 tingkat itu, tanpa berlengah Kasturi mencapai telefon Fairul. Dia berasa jantungnya berlari pantas dan hendak pecah sahaja.

     “Rileks Kasturi. Kau kan dah biasa buat kerja-kerja macam ni,” katanya cuba menenangkan hatinya.

     Sebaik sahaja lampu telefon itu menyala, Kasturi menggelongsorkan jarinya untuk membuka ke ruangan seterusnya. Kemudian keluar pula sembilan bulatan kecil yang disusun 3X3. Kasturi tersenyum lebar. Pengalaman bekerjanya sedikit sebanyak membantunya melakukan misi tidak rasminya itu. Pantas Kasturi membuat huruf tertentu pada bulatan-bulatan itu. Dalam sekelip mata ruangang seterusnya muncul. Haha, Fairul seorang yang simple, jadi benda-benda macam ini, adalah semudah 1, 2, 3 buat Kasturi untuk tahu paskod Fairul.

     Bertambah lebar senyuman Kasturi. Pantas jarinya mencari ikon ‘calls’ untuk melihat nama si pemanggil. Sambil-sambil itu matanya melilau sekelilingnya. Takut-takut Fairul sudah turun. Tiada. Kasturi menghela nafas lega lalu kembali menatap telefon itu semula.

     “Kak Ika?” soal Kasturi pada dirinya sendiri. Kemudian dia melihat panggilan sebelumnya. Hampir 10 senarai berturut nama ‘Kak Ika’ menjadi Si Pemanggil dan Si Penerima Panggilan dalam masa satu hari. Kasturi mengetap bawah bibirnya. Cuba berfikiran logik. Perlahan-lahan tangannya menjatuhkan telefon itu ke tempat asalnya.

     15 minit selepas itu, Fairul kembali ke dalam kereta. Wajahnya terhias dengan senyuman. Kasturi membalas senyuman itu semula. Seboleh mungkin Kasturi mengikhlaskan senyumannya itu, namun ia tetap rasa tawar dan hambar. Terangkat kening Fairul melihat kelakuan Kasturi.

     “Kasturi, are you fine?” soal Fairul prihatin. Dari tadi lagi Kasturi berperangai pelik. Fairul bimbang jika Kasturi masih lagi mahu melancarkan perang dingin dengannya lagi. Bukannya dia sengaja untuk menyindir Kasturi tetapi mulutnya begitu ringan sahaja meluahkan kata-kata tersebut. Dia tahu Kasturi ialah seorang anggota yang bertanggungjawab dan tidak pernah lalai dengan apa yang dia lakukan tetapi entahlah... dia terlalu ikutkan perasaan cemburunya.

     “Uh? Herm, saya okay. Thanks,” jawab Kasturi hendak tidak hendak. Hatinya saat ini berasa sangat tawar. Setawar air mineral. Lalu dia melihat ke pemandangan luar. Cuba untuk bertindak seperti biasa. Tidak mahu satu lagi sesi pergaduhan antaranya dengan Fairul berlaku lagi setelah hampir sepanjang satu hari itu mereka bergaduh sahaja.

     “Oookay... Kalau ada apa-apa yang awak tak puas hati cakap. Jangan simpan dalam hati,” tambah Fairul dengan lembut sekali. Kepalanya masih lagi mengarah ke Kasturi sedangkan tangannya sibuk menarik seat-belt kerusi.

     “Herm...” balas Kasturi. Fairul tersenyum tawar. Lantas keretanya diundur beberapa tapak ke belakang sebelum bergerak terus menuju ke Evergreen.



     45 MINIT perjalanan tanpa sepatah kata membuatkan Fairul berasa rimas. Sesekali matanya melirik ke Kasturi yang masih setia melihat ke luar tingkap. Kadang-kadang dia tertanya-tanya juga, adakah gadis itu sudah tahu rancangan terkejutnya itu memandangkan Kasturi lansung tidak bertanya seperti selalu. Dia tertunggu-tunggu Kasturi menyoalnya seperti ini :

     “Eh? Kenapa masuk lane ni? Kenapa tak guna lane tu?”

     Satu keluhan berat dilepaskan. Sudah berapa kalilah hari ini dia mengeluh dan sudah berapa kalilah dia menjerit di dalam hati mengatakan, “love really is messy!!!

     Dengan longlai, Fairul mencapai telefonnya lalu mendail nombor Kak Ika ataupun nama sebenarnya Zulaika, setiausaha Zareen merangkap kakak saudara Syukri itu.

     “Hello, Assalamualaikum,” ucap Fairul perlahan.

     Kasturi memasang telinganya. Setelah hampir 50 minit dia berdiam diri dan Fairul lansung tidak menegurnya, akhirnya Fairul mengalah dan menelefon perempuan lain? Fairul bukannya mahu memujuknya atau berkata sesuatu padanya. Apa ingat dia ini perempuan tiada perasaankah? Asyik-asyik dengan Kak Ika dia sahaja. Menyampahlah!

     ‘Kasturi sabar. Cemburu biar berpada. Kalau melebih-lebih nanti padah jawabnya,’ hatinya memujuk.

     ‘Tarik nafas, hembus... Tarikkk, hembus. Okay, good girl,’ kata hatinya lagi.

     Kini Kasturi berasa sedikit lega. Perlahan-lahan dia menutup matanya dan perlahan-lahan Kasturi menyandarkan kepalanya ke kepala kusyen. Fairul yang dari tadi melihat perlakuan Kasturi kembali menumpukan perhatian pada panggilan telefon yang dibuatnya dan pemanduannya.

     “Akak tak beritahu? Oh... Tak, takdelah. Saje tanya, hehe,” Fairul ketawa di hujung kata-katanya. Ketawa yang dibuat-buat demi menutup rasa terkejutnya.

     “Awak gila apa Fairul. Awak jugak yang cakap kat akak jangan beritahu dia, kata nak beritahu sendiri. Sekarang ni apahal? Ada masalahkah?” soal Zulaika lembut. Tangannya sibuk menggaul fruit salad.

     “Tak. Tak de masalah. Okaylah tak nak ganggu akak. Bye,” pantas Fairul menamatkan panggilan. Telefonnya disimpan semula di tempat asalnya. Zulaika pula terkejut dengan tamatnya perbualan mereka. Kemudian wanita itu menggeleng perlahan. Budak tengah panasaran. Macam tulah gayanya. Laju sahaja letak telefon.

     Fairul memberi isyarat untuk memberhentikan keretanya. Dia perlu bereskan hal ini sekarang juga. Dia tidak mahu bertangguh. Lebih-lebih lagi malam ini sepatutnya menjadi malam yang menggembirakan. Dia tidak mahu kerana sesuatu perkara yang dia sendiri tidak tahu duduk perkaranya, majlis yang telah dia atur bersama-sama  Zareen, Syukri dan Zulaika hancur begitu sahaja gara-gara mood Kasturi yang tidak elok.

     Kasturi membuka matanya. Terkejut dengan Fairul yang tiba-tiba memberhentikan keretanya dan tiba-tiba sahaja melangkah keluar dari dalam kereta. Kasturi menelan liur sambil matanya melihat ke cermin hadapan, melihat Fairul berpusing ke tempat penumpang.

     Pintu tempat penumpang Fairul buka. Kasturi yang terkejut dengan tindakan mengejut Fairul, melihat Fairul dengan pandangan yang tajam.

     “Keluar,” kata Fairul tanpa perasaan.

     Kasturi mengerutkan dahinya. Kenapa pula lelaki ini menghalaunya keluar dari keretanya. Sudahlah bawa dia entah ke mana-mana semata-mata mahu menghalaunya keluar dari kereta? Tidakkk! Lansung tidak logik. Tentu ada alasan lain.

     “Tolong keluar,” sekali lagi Fairul meminta Kasturi untuk melangkah keluar. Namun Kasturi tidak berganjak dari tempatnya. Fairul manahan sabarnya. Tidak sangka hari ini merupakan hari penuh ujian buatnya.

     “Awak, saya minta awak melangkah keluar dari kereta saya,” kali ini panjang sedikit ayatnya dari sebelumnya, dan sekali lagi Kasturi berlagak patung atau berlagak bisu, Fairul tidak tahu tetapi apa yang pasti tahap kesabarannya berada ditahap yang paling puncak.

     Fairul menarik nafasnya dalam-dalam. Sabarlah wahai hati. “Nur Kasturi binti Ahmad Mahmood, saya Muhammad Fairul bin Abdullah minta awak melangkah keluar dari dalam perut kereta saya sekarang juga dan bila saya cakap sekarang maksudnya sekarang!” hambur Fairul laju tanpa sebarang noktah.

     Sedetik, dua detik, tiga detik namun Kasturi masih tetap dengan pendiriannya. Ya Allah betapa degilnya perempuan yang bernama Nur Kasturi ini. Lantas sebarang amaran Fairul menarik tangan Kasturi namun gadis itu pantas menepis dan melangkah keluar dari kereta itu. Fairul mengucap syukur kerana akhirnya! Akhirnya! Fairul rasa hendak menangis sahaja.

     Dengan penuh rasa marah, Fairul menghempas pintu keretanya.

     Kasturi berpeluk tubuh. Pemandangan di hadapannya seperti pernah dilihatnya. Dahinya berkerut. “Evergreen?” katanya perlahan. Terkejut menyedari hakikat sebenar. Lantas Kasturi berpaling ke belakang. Wajah Fairul dipandangnya dengan kening yang bercantum meminta Fairul menjelaskan situasi yang berlaku sekarang.

     Fairul tidak mengendahkan pandangan Kasturi lalu mencapai pergelangan Kasturi dan memaksa gadis itu mengikuti langkahnya menuruni bukit menuju ke padang yang luas terbentang dengan rumput Evergreen.

     Cahaya petang matahari yang melakar di hujung ufuk dan tersimbah di hujung daun rumput Evergreen menjadikan kawasan itu kelihatan sangat cantik. Evergreen merupakan syurga padang nan luas dengan rumputnya yang menghijau. Bagai sebuah padang pasir yang ditumbuhi rumput evergreen. Luasnya tidak bertepi. Kelihatan beberapa tompok hijau tua dan biru tua di beberapa kawasan yang merupakan kawasan hutan. Apabila angin bertiup lembut, rumput-rumput itu turut menari mengikut rentak angin yang membuai.

      Sedaya upaya Kasturi cuba menarik tangannya dari pegangan Fairul. Sesekali dia memarahi Fairul dengan mendengus dan meminta lelaki itu melepaskannya. Namun Fairul, mentulikan telinganya. Terus-terusan menarik Kasturi ke tengah padang.

     “Fairul lepaskanlah, nanti saya pulas tangan awak, awak yang menyesal,” ugut Kasturi. Dia sememangnya bersedia untuk menggunakan teknik untuk meloloskan dirinya itu setelah lima tahun dia belajar di sekolah mempertahankan diri sebelum diterima masuk ke dalam pasukan elit dan seterusnya ke sebuah unit rahsia negara. Pembabitannya ke unit itu lansung tidak diketahui oleh sesiapapun waima Zareen yang begitu rapat dengannya. Hanya Haidil sahaja yang mengetahui kerana mereka sama-sama terlibat dalam unit itu.

     “Pulas?” soal Fairul tanpa memandang Kasturi. Langkahnya masih lagi laju menarik Kasturi ke tengah padang.

     “Apa awak ingat dulu awak anggota pasukan elit saya takut. Hei karate saya black belt okay, saya tak heran dengan awak punya teknik pulas tangan tu,” kata Fairul sinis.

     Kasturi terkedu. Sejak bila Fairul bersikap begini. Dia tidak pernah melihat Fairul merendah-rendahkan orang lain. Dia sentiasa tersenyum ceria, sentiasa menyakat orang sekelilingnya dan seorang yang sangat senang untuk didamping tetapi kenapa sekarang ini Fairul seperti seorang yang berbeza? Adakah semua perubahan itu salahnya? Kasturi mengetap bibirnya.

     Mereka berhenti melangkah. Perlahan-lahan Fairul melepaskan tangannya dan perlahan-lahan lelaki itu mengambil nafasnya. Hatinya yang panas perlu disejukkan kembali. Apabila dia hilang sabar, habis terbang segala sifatnya yang gila-gila itu. Dia perlu bertenang. Untuk berkonfrentasi dengan Kasturi, biarlah dia menjadi air yang menyiram api yang membara di hati Kasturi.

     Lantas dia berpaling melihat Kasturi. Wajah gadis itu ditatap penuh kasih. “Saya... minta maaf atas ketelanjuran ayat saya tadi juga masa di rumah arwah Farid. Jika itu yang awak masih marah, saya susun sepuluh jari untuk mohon kemaafan pada awak,” ucap Fairul ikhlas.

     Sekali lagi Kasturi terkedu. Marah? Jika marah fasal di rumah arwah Farid sudah lama dia maafkkan lelaki itu semenjak lelaki itu dengan sukarelanya menjadi tukang angkat pasu pokok yang berbentuk seperti periuk kera itu.

     “... dan jika awak masih lagi marah fasal saya bawak kereta macam orang gila itu, sekali lagi saya minta ampun dari awak walaupun saya ingat hal itu sudah habis ceritanya...” Fairul menambah lagi.

     Hal itu juga telah Kasturi maafkan kerana lelaki itu tidak tahu akan punca kemarahannya. Dia sendiri tiba-tiba meletus bak gunung merapi.

     Melihatkan Kasturi masih lagi berdiam diri, Fairul meneruskan ucapannya. “Saya tahu saya tiada hak sebagai seorang lelaki yang bergelar kekasih untuk marah-marah awak, untuk menghalang  awak mengingati lelaki lain. Tetapi saya tetap ada hak saya sebagai seorang lelaki yang mencintai awak untuk berasa cemburu akan hal itu. Saya juga manusia biasa, saya tak mampu nak tahan-tahan perkara macam ni, semua ni kuasa Allah. Saya minta maaf.” Di akhir kata lelaki itu menunduk malu. Dia malu kerana kalah dengan perasaannya sendiri.

     Love never means sorry.”

     Fairul mengangkat wajahnya. Matanya membulat tatkala matanya melihat sebutir mutiara laju menuruni pipi Kasturi.

     “Jangan sesekali menyebut kata maaf jika betul awak cintakan saya Fairul. Hak? Kenapa awak perlu berfikir tentang hak? Saya marah? Marah saya tak lama, sekejap sahaja marah tu reda kerana awak juga. Setiap apa yang awak lakukan kadang-kadang buat saya marah tetapi itu tak bermakna setiap yang awak lakukan itu juga tidak menyejukkan hati saya. Cemburu? Apa awak ingat awak seorang sahaja yang ‘berhak’ untuk cemburu? Habis saya ni apa? Tunggul kayu yang tak reti nak rasa apa-apa?” Habis segala apa yang Kasturi rasa dia hamburkan.

     Fairul tercengang. Bibirnya terketar-ketar. “Apa yang awak cakapkan ni Kasturi?”

     Tangisan Kasturi makin lebat. “Hei awak ni belajar sampai tingkatan berapa hah? Takkan awak tak faham-faham lagi dengan segala isyarat yang saya bagi awak?” kata Kasturi masih lagi mahu bermain kias-mengias.

     Ayat karma itu bergema dalam hati Fairul. Tetapi entah kenapa Fairul meraguinya. Dia tiada keyakinan untuk mengiakan apa yang dia rasa itu. Kepalanya tergeleng-geleng beberapa kali. Selagi Kasturi tidak menyebutnya, selagi itu dia tidak akan berasa pasti.

     “Bodoh!” kata Kasturi perlahan. Angin yang bertiup lembut itu sesekali membuatkan rambut Kasturi terbang bersama-sama dengan bayu itu. Menari-nari mengikut rentak angin. Berirama bersama dengan rumput evergreen.

      “Saya...” Ayat yang seterusnya membuatkan Fairul menanti dengan sabar. Dadanya seperti berlari laju menanti-nanti kalimah yang Kasturi bakal sebutkan.

     “...cintakan awak.” 

2 comments:

  1. ye ye ye, akhirnya lafaz jgak kalimah cinta.. hehe, writer uat bgi lepa kahwin.. hehe
    baru sronok..

    ReplyDelete
  2. Ruunna, pasal kahwin tuuu, jauh lagi buat mereka utk sampai ke tahap tu sbb ada byk rintangan yg menanti. yg pasti trimas byk2 sbb sudi komen. saya hargainya. ^^

    ReplyDelete