Sempena tahun baru 2013, saya ada satu cerita yang panjangnya sepanjang 13 muka surat cerita di words. Kisah ini sebahagiannya ada yang saya cedok dari pengalaman saya dan kawan saya. Sahabat saya dan saya mahu ianya menjadi garis buat saya dan sesiapa yang membaca. Azam baru dan semangat baru. Lembaran baru dengan pen baru atau berus dakwat baru. Haha, satu klasifikasi untuk menerangkan seorang penulis yang ada cita-cita baru. Banyak betul baru. Readers and ghost readers, selamat tahun baru dan selamat membaca ^.^
Bersama
secawan coklat panas dan tiga keping french toast, aku duduk sendiri di anjung
rumah dengan hiasan pergola ditumbuhi bunga-bunga Seri Pagi yang bewarna ungu.
Aku tersenyum nipis sambil jari runcingku mengetuk salah satu kelopak bunga
tersebut. Bunga Seri Pagi dan warna ungu tidak pernah berpisah dalam kamus
hidupku. Sentiasa melekat di jiwa ini. Begitu juga dengan bayangan dia.
Aku
sentiasa terfikir, sampai bila harus aku untuk meneruskan perasaan ini pada
dia? Ianya bukan cinta lagi, bukannya dendam juga, kecewa atau sedih. Yang ada
hanya rasa kosong. Sampai bila harus aku menjadi begini? Mampukah angin pagi
meniup rasa ini? Atau embun pagi di kelopak Bunga Seri Pagi mampu membasuhnya
pergi? Wahai loceng musim panas, sampai bila harusku terus begini?
KETAPAN
di bibir tidak mampu menghilangkan rasa yang berlawanan d hatiku ini. Walau
sedalam mana sekalipun aku menarik nafas, rasa itu tetap bermaustautin di dalam
ini waima bunyi bising dalam kelas. Malah ia menambahkan gundah yang sudah
sedia gulana. Haa...
“Kenapa
duduk luar?”
Aku
mendongak dengan mata dan mulut yang terbuka luas. Nampak sangat yang aku ini
tengah gugup tahap gaban.
“Err...”
“Budak
baru ke? Masuk ajelah, kelas mula pukul 8 pagi,” ujar gadis kecil molek dengan
rambut panjang yang lurus bewarna hitam pekat. Pipinya kemerahan dengan
jerawat-jerawat akil baligh. Gadis itu tersenyum manis padaku, cuba
mengurangkan beban yang bermaharajalela di hati.
Lambat-lambat
aku melangkah masuk ke dalam kelas yang bagai tongkang pecah itu. Erm,
mestilah. Dah namanya pun kelas tahun 5, yang rata-ratanya berumur 11 tahun.
Kaum perempuannya ada yang sudah tahap matang dan segelintirnya masih lagi naif
tentang cara dunia berpusing serupa macam aku. Manakala yang lelaki pula, tidak
perlulah kita fikir lagi. Hormon mereka masih lagi mahu bermain dan melompat.
Duduk dan lihat, menunggu masa untuk berkerja lebih masa pada masa yang telah
ditentukan.
Seketika
kelas senyap, masing-masing memandang aku bagai aku ini makluk asing dari
planet Pluto dengan tangan sembilan dan berkepala lima. Aku cuba tidak
mengendahkan pandangan mereka dan memilih tempat duduk untuk aku letak beg dan
duduk untuk sepanjang tahun ini.
Memandangkan
aku ini bukannya seperti mereka harapkan; makhluk asing planet Pluto, kelas
menjadi rancak semula. Lelaki.
“Apa
nama awak?”
“Awak
dari mana?”
“Sebelum
ini awak dari sekolah rendah S ya?”
Persoalan-persoalan
dari mulut-mulut mereka yang bernama perempuan hanya mampu aku balas dengan
angguk-geleng-ya-tidak-err. Sememangnya aku agak rimas untuk berada di tengah
bulatan tumpuan. Rimas dan lemas.
“Cikgu
Halina datang. Duduk!” jerit seorang budak yang ya... duduk di tepi pintu di
hadapan kelas semata-mata mahu menjadi pak jaga kelas. Mulia betul kerja kau,
bang.
Maka
murid-murid pun mulalah lari lintang pukang mengambil tempat duduk dan duduk
dengan baik juga menunjukkan muka bertapa naifnya mereka. Aku pun apa
kurangnya. Takut punya fasal padahal di masa akan datang cikgu itulah yang aku
cari nanti.
Cikgu
Halina atau nama penuhnya Halina Makoto. Berusia 28 tahun dan dia baru sahaja
berkahwin. Orangnya kecil molek sahaja macam pelajar sekolah menengah rendah
dan aku rasa aku lebih kurang tinggi dia sahaja.
“Oh...
nampaknya kamu dah masuk kelas Miura. Dah kenal dengan kawan-kawan kamu?” soal
Cikgu Halina apabila dia lihat kelibat aku di belakang kelas. Memang tak susah
nak jumpa aku kerna aku punya rambut yang kerinting dan ketinggianku. Apa lagi?
Oh, aku gelap sedikit dari mereka yang lain.
“Apa
kata kamu perkenalkan diri kamu di hadapan kelas?” cadang Cikgu Halina dengan
senyuman yang menyenangkan. Aku menelan liurku lalu aku bangkit dan berjalan ke
hadapan kelas macam robot yang terlebih skru. Apabila aku berada di hadapan
kelas, dengan tangan terketar-ketar menulis setiap karekter namaku. Erk,
buruknya.
Sesudah
itu aku meletakkan kapur. Dengan nafas berat aku berpaling ke hadapan tepat ke
arah lukisan sebuah kereta hot wheels yang diwarna dengan krayon dan nampak...
agak comot. Tidak mengapalah, cantik juga. Sekurang-kurangnya ada juga rupa
kereta hot wheels, cuba aku. Hum... mesti nampak macam kereta zaman dinosour
sahaja.
“Hi...”
Dengan menggeletarnya aku menyapa mereka. “...erm, nama saya Miura Mayu. Sebelum
ini saya tinggal di Okinawa bersama ibu bapa saya, dua orang abang dan atuk
saya. Saya ada seekor kucing parsi dan saya tak suka bunga. Itu sahaja. Terima
kasih,” ujarku dan aku kembali ke tempat dudukku sepantas mungkin, tidak
membenarkan mana-mana wakil kelas waima guru kelas sekalipun untuk menyoal
lebih lanjut tentang diriku.
SEMINGGU
aku di sini, murid lelaki dah menggelarkan aku dengan panggilan ‘Si introvert
rambut maggi’ dimana kalau di singkatkan menjadi Intragi. Tak guna betul.
“Hoi
Intragi, kau perm rambut kau kat mana hah?” jerit seorang murid lelaki yang
nakalnya tahap luarbiasa. Atau lebih tepat sekali, Al Capone versi budak kecil
yang bila-bila masa sahaja aku nak tembak dia mati. Namun disebabkan aku ini
penyabar(betul ke?) aku batukan diriku dan teruskan tugas ku iaitu mengalamun.
Lantak kaulah nak ejek aku ke nak ketawakan aku sampai terburai isi perut ke
atau apa sahaja, aku tak kisah. Macam mana aku boleh jadi intovert? Sebabnya
aku terlampau gugup dan pendiam(yang sebenarnya tak tahu nak bual apa).
“Cikgu
Sasaki!” laung Ryugi, si pengawal kelas.
Sudah
tentulah sesudah laungan, mereka lari bertempiaran macam kene kejar dengan
anjing gila lagaknya. Mana taknya, Cikgu Sasaki Inou, seorang guru bahasa yang
sangatlah garang sehingga apa yang aku dengar dari si mulut murai Hajima, yang
pelajar tahun empat terkencing dalam seluar sebab terlalu takut melihat panahan
mata Cikgu Sasaki. Memang dasyat.
“Terima
kasih Ryugi sebab mengumumkan ketibaan saya,” kata Cikgu Sasaki sepintas lalu
mengambil tempatnya di hujung sudut di hadapan kelas di mana terletaknya sebuah
meja guru dan aku pasti Ryugi lepas ini akan menjerit macam tikus sebab takut
Cikgu Sasaki dengar suaranya lagi.
“Baiklah
kelas sebelum saya mulakan kelas saya, saya nak aturkan kedudukan kamu semula
dan saya dah minta kebenaran Cikgu Halina untuk susun atur kamu. Tiada bantahan.”
Macam ada sahaja yang berani hendak membantah.
“Kamu
dengar tak Miura?” jerkah Cikgu Sasaki membuatkan aku terduduk tegak dengan
bahu terjongket tinggi.
“Y...
ya,” ujarku tergugup. Apa yang paling aku tak tahan dalam kelas Cikgu Sasaki
bila dia menegur mana-mana murid, pasti seluruh kelas akan berpusing memandang
yang satu itu. Nampaknya hari ini hari malang aku dan aku dapat rasakan seluruh
kelas memandang aku.
“Pandang
saya bila awak jawab saya, Cik Miura,” tegurnya. Aku pula mengikut arahan yang
diberi namun belum sempat mataku mendarat pada wajah garang Cikgu Sasaki, sepasang
mata ini terlebih dahulu terpandangkan wajah dia. Wajahnya yang bujur, dengan
mata kasihannya dan rambut ceracaknya, kalau cicik jatuh atas rambutnya mungkin
cicak itu boleh jadi arwah.
Entah
kenapa jantung aku berdegup pantas macam kereta api arang dengan asap yang
berkepul-kepul tidak henti-henti mengeluarkan asapnya dengan semangat. Namun di
sebalik rasa doki-doki itu, aku rasa tenang dan hangat. Seperti sesuatu yang
mengalu-alukan. Sesuatu yang akan beralun lagu dendangan Ritsuko Okazaki dengan
merdunya.
“Okey
sekarang saya nak setiap dari kamu mengambil undi di dalam kotak yang saya
agihkan dan saya nak setiap dari kamu bangkit dan duduk di nombor yang akan
saya lakarkan nombornya di papan tulis nanti,” arah Cikgu Sasaki dan seiring
dengan itu kotak undi itu pun bergerak juga tangan Cikgu Sasaki melakar meja
dan nombor pada setiap meja.
“3,”
ujarku perlahan setelah kotak itu tiba di mejaku lantas kepalaku mendongak
memandang meja lelaki itu. Agaknya nombor berapakah dia dapat?
AKU
sedikit tertekan. Kenapalah sebelahku ialah seorang gadis yang tersangat
peramah dan cantik? Dan kenapa termpat aku berdekatan dengan meja guru? Dan
kenapa lelaki itu di belakang aku?!
“Miura
bukan? Saya Wasabe Chiriko. Panggil saya Riko. Kalau saya panggil awak Mayu,
boleh?” soal Riko dengan mata yang bersinar-sinar dengan pancaran leser yang
mampu mengalahkan ultraman malah hampir membutakan mata aku. Argh!
“Tentu...”
jawabku. Sudah tentu kau boleh panggil aku Mayu tetapi sanggupkah aku
mendengarkan orang memanggil aku Mayu? Rasa macam pelik pula. Macam mana pula
kalau Yui dan Yuki dengar bahawasanya kawan kelas aku memanggil namaku dengan
panggilan Mayu? Mesti kedua-dua orang abangku akan ketawa sakan dan
berguling-guling tidak cukup tanah.
“Kami?”
Riko
dan aku berpaling ke belakang. Memandang Al Capone versi muda dan lelaki yang
boleh buat jantung aku berlari 800 meter jauhnya. Riko pula hanya ketawa lantas
memandang aku, menunggu jawapan dari bibir merahku ini.
Apa
yang aku nak buat? Senyum ajalah.
“Tapi
aku rasa lebih sedap panggil kau Intragi dari panggil Mayu. Fufufu,” ketawa si
Al Capone itu. Tak guna betul.
Aku
mengetap bibir sambil menutup kedua belah mata. Kalaulah aku ada senapang.
“Intragi?”
soal si dia dengan wajah yang berkerut-kerut. Aku membuka mataku. Riko dan Al
Capone masing-masing memandang dia dengan seribu satu rasa pelik.
“Ken
tolonglah!” marah Al Capone.
Nama
dia Ken?
“Tak
payah ambik tahu apa si bodoh Toma ni katakan Ken,” kata Riko pula dengan wajah
mengharap.
Oh
nama si Al Capaone ni rupanya Toma.
“Intragi
tu maksudnya...”
“Diamlah
Toma!”
“Kau
tu yang patut diam gedik!”
“Toma
si budak kecik duduk tepi jalan~~...” nyanyi Riko dengan nada mengusik, matanya
yang dijulingkan ke atas dan bibir serupa muncung itik. Memang layak dipanggil
lawak slapstik namun tetap menghiburkan. (Nama kanji Toma ialah Budak Kecil)
Tidak
semena-mena aku ketawa melihatkan betapa merahnya wajah Toma dan betapa
lawaknya wajah Riko saat itu. Ken juga ikut ketawa dan sesi lawak slapstik itu
berterusan sehinggalah waktu rehat tamat.
MUSIM
panas, seminggu sebelum bermulanya cuti yang panjang. Hujan turun dengan
lebatnya malam itu sehingga aku boleh terbabas tidur. Tidak patut, tidak patut.
Namun itulah yang berlaku tanpa dapat aku putar kembali waktu. Keadaan jalan
yang sedikit berlopak memaksa aku berlari sambil melompat dan kadang-kadang
lompatanku yang tak berapa nampak macam nak lompat itu menyebabkan kasut
sekolahku kotor dan basah dek lecak. Pasti balik nanti aku akan dimarahi oleh
ibu. Nasib, nasib.
“Intragi!!!”
Aku
berhenti berlari apabila di pagi hari itu ada satu makhluk memanggil namaku
dengan nama paling hodoh selepas Toma si Al Capone itu. Derap langkah murid itu
aku kira dengan sabar dan sebaik sahaja murid itu berada di belakangku, aku
mendepakan tanganku dan membiarkan hidung murid itu mencium lengan tanganku.
Hambik kau!
“Itai!!!”
“Heh,”
aku tersenyum jahat selepas dapat mengenakan murid itu namun senyum itu hilang
apabila murid yang aku kenakan itu ialah Saito Ken. Alamak!
“Ken!
Awak tak apa-apa?” ujarku terkejut juga sedikit rasa bersalah. Aku dapat
rasakan pipiku hangat dek disimbah cat jotun bewarna merah.
“Aouch,
aouch... tangan kau macam tangan besi aja,” ujarnya sambil menggosok-gosok
hidung. Adakah sudah patah tulang hidungnya? Tak mungkin bukan?
“Saya
minta maaf. Saya...”
“Tak
mengapa. Aku juga salah sebab panggil kau dengan nama tu. Maaf,” tuturnya. Kemudian
dia tersenyum dengan bersungguh supaya rasa bersalahku hilang sebaliknya satu
lelehan cecair merah mengalir dari lubang hidung kanannya. Yaiks!
“Kita
dah lambat,” ujarku memandang ke hadapan dengan pipi merah dan mulut muncung.
Rasa bersalah sangat-sangat sebab dah buat lelaki yang aku suka, berdarah
hidungnya.
“Kita
ponteng nak?” ajaknya sambil mendongakkan wajahnya. Cuba menahan daripada
hidungnya meleleh lagi cecair pekat itu. Aku pula memang tak tahan tengok
darah. Tetapi, tidakkah Ken mendongak sebegitu lama. Maksud aku, dah lebih 10
minit dia mendongak.
“Tak
pe ke?” soalku ragu-ragu. Tidak pernah aku ponteng sekolah macam ini.
“Kalau
kita pergi pun, pagar sekolah dah tutup. Nak panjat pun kita tak sampai,” jawab
Ken selamba. Aku mengetap bibirku. Betul juga. Tetapi seronok apa, berdua
dengan Ken di bawah teduhan rimbunan Bunga Seri Pagi yang mekar dengan cantik
sekali. Setitis embun pagi jatuh di atas pipiku.
Aku
menyapu embun itu. Sejuk dan menyegarkan. Aku suka dan aku turut mendongak
seperti Ken. Barulah aku tahu kenapa Ken berbuat demikian.
“Cantiknya...”
“Kan?”
Aku
tersenyum melihat awan yang berarak di musim panas ini dari celahan-celahan
rimbunan Bunga Seri Pagi. Birunya seperti sesuatu yang sangat menenangkan dan
lembutnya putih awan bagai aku mahu melompat-lompat di atasnya dengan gembira
sekali. Mungkin kalau dapat makan awan itu, ianya sesuatu yang menakjubkan!
“Aku
harap masa dapat berhenti,” ujar Ken perlahan wakalin aku mampu mendengarnya.
Aku
memandang wajahnya tidak berkelip. Adakah dia juga seperti aku? Atau mungkin
dia menikmati masanya dengan sebaiknya? Aku tidak tahu, apa yang aku tahu...
aku juga berharap yang masa ini berhenti agar dapat aku lihat wajahnya dan
hanya menjadi milikku sepenuhnya. Adakah aku ini tamak?
“NAMA
saya Fujiwara Lisa. Selamat berkenalan,” ujar gadis berambut perang, berkulit
tan sepertiku namun setiap gaya dan perilakunya nampak santun sahaja. Seperti
sebuah anak patung hidup. Manakala aku pula? Seorang introvert yang garang,
lepas perilaku dan tak cantik?
“Nama
saya pula Liura Hitto. Selamat berkenalan,” kata pula seorang lelaki yang berketinggian
159cm, berambut ceracak dan mempunyai tahi lalat kecil di serata wajahnya.
Seperti chipsmore.
“Tolong
jaga kami dengan baik,” ucap mereka serentak dan tertib.
Mataku
terkebil-kebil melihat kedua mereka yang bagun dari tunduk hormat pertama
mereka di kelas ini. Liura Hitto ialah jiran sebelah rumahku. Dia kacak tetapi
Ken aku lebih kacak. Manakala Fujiwara Lisa pula... aku melihat Ken yang kini
duduk di sebalah hujung kelas bersama-sama dengan gengnya. Aku mengetap
bibirku. Aku bukan tidak tahu citarasa Ken. Fujiwara Lisa adalah contoh
terbaik!
“MAYU
kau kena tolong aku!”
“Atas
dasar apa?”
“Jiran
dan persaudaraan!” jawab Hitto bersemangat. Mukaku sudah berkerut seribu.
Kenapalah mamat ni sengal sangat? Aku tak tahu apa yang bagus sangat jika dapat
mendampingi Hitto yang marvolous ini sampai berebut-rebut bagai(itu apa yang
Riko katakan).
“Kalau
kau nak dia, kau buatlah sendiri. Lagipun kalau kau lambat, Ken akan sambar dia
dulu,” jawabku acuh tak acuh. Tanganku sibuk menekan punat bawah mencari lagu
kegemaranku melalui mp3 milik Hitto.
“Haha!
Habis tu kau tak pulak buat langkah pertama?” soal Hitto sinis sambil
membetulkan earphonenya.
“Langkah
apa?” soalku bodoh.
“Kau
tak payah buat-buat lembap la Mayu. Kau suka Ken, bukan? Satu kelas tahu kau
suka Ken dan Ken suka kau,” kata Hitto dengan sengihan yang panjang sambil
melihat pipiku yang secara drastiknya terlihat pertukaran warna kulit.
“Haha,
Hitto. Benda tu dah sejarahlah. Tahun lepas punya cerita. Sekarang ni kita dah
tahun 6, hujung tahun ni ada entrance exam bagai. Tak de masa aku,” jawabku
seperti biasa sambil tanganku masih lagi menekan-nekan punat bawah.
Hitto
terus-terusan memandang aku macam aku ini pesalah yang dikehendaki negara pula.
“Habis tu kau nak biarkan Ken dengan Lisa?”
Aku
diam tidak berkutik. Kening yang tidak gatal, aku garu perlahan. Habis tu Hitto,
kau nak suruh aku buat apa? Jadi orang ketiga yang jahat? Tidak sekali-kali aku
mahu gelaran tu. Buruk di mataku, buruk juga di mata masyarakat.
“Biarlah
dia... nak dengan siapa pun. Itu hak dia, bukan aku.”
“Inilah
masalah kau Mayu. Cepat mengalah! Apa salahnya kalau kau yang mulakan dulu? Kan
dah jadi trend.”
“Hitto!
Aku bukan macam orang lain. Kau sendiri tahu tu. Lantak oranglah nak kata aku
old style ke apa ke, tapi aku takkan sekali-kali jadi perigi cari timba.
Taknak! Lebih-lebih lagi sekarang ni, Ken terang-terang tak suka kat aku. Dia
suka kat Lisa. Li-Sa!”
“Okey,
okey. Janganlah marah. Yang kau marah-marah ni kenapa?”
“Kau
yang naikkan darah aku,” jawabku lalu mencabut earphone dan mencampaknya pada
Hitto. Geram.
“Wei
marah ke? Ala busyuk, busyuk...” pujuk Hitto dengan gaya mat romeonya itu.
Macamlah aku cair dengan stail kau tu.
“MAYU-chan,”
tegur Lisa dengan senyuman manisnya yang terkenal itu. Aku membalas senyuman
Lisa.
“Seorang
saja?” soalnya lalu mengambil tempat di hadapanku. Kepalaku melingas ke kiri
dan kanan. Melihat sesiapa sahaja yang mungkin aku kenal di perpustakaan ini.
Yang ada hanya Cikgu Sasaki, dua orang pelajar tahun tiga dan seorang tukang
sapu sampah d koridor luar.
“Sorang
sajalah,” jawabku lalu menumpukan semula pada bacaanku.
“Hitto
tak ikut sekali?” sambung Lisa lagi. He’eleh minah ni, aku tengah membaca okey
dan kita sekarang ni kat dalam pustaka, bukannya kelas atau kantin. Namun aku
jawab juga soalan Lisa sebab aku kan budak baik(yelah sangat).
“Dia
ada latihan bola,” jawabku sepatah.
Lisa
mengangguk-agguk. Kemudian dia bermain-main dengan jarinya. “Tempoh hari...”
Cakap
jelah Lisa tak payah nak main-main boleh tak? Eh yang aku nak marah-marah ni
kenapa? Oh, sebab dia kacau konsentrasi aku nak membaca buku Inkdeath, buku
ketiga siri buku Inkheart.
“...
saya nampak awak dengan Hitto kat wakaf, kongsi earphone dengar mp3. Korang ada
apa-apa ke?”
Mataku
terkebil-kebil memandangnya yang kelihatan gusar itu. Tiba-tiba senyumanku
melebar. Hai kawanku Hitto, nampaknya hati kau yang kekosongan tu akan
berisilah lepas ini.
“Oh...
yeke? Haha, kitaorang tak da apa-apa, cuma cakap-cakap biasa,” jawabku jujur.
“Oh...”
“Kenapa?”
“Tak,
tak de apa-apa.” Lisa tersengih-sengih.
“Erm
Hitto pesan sesuatu kat saya semalam. Dia kata dia nak jumpa awak kat depan
sekolah balik sekolah nanti,” kataku selamba dan membuka semula muka surat yang
yang aku tinggalkan tadi. Malas aku nak tengok muka merah Lisa yang terlebih
gembira tu. Nampaknya nanti terpaksalah aku cakap kat Hitto tentang rancangan
mengejut ni. Aku pasti dia tak kisah punya.
ARGHHHH!
Tolonglah. Agaknya kalau dalam sehari si Al Capone Toma dan si pendek Nepolian
ni tak ganggu aku dalam sehari memang tak sahkan? Nasib baik si Psiko Ivan The
Terrible tu tak datang sekolah. Kalau tak... aku tak tahulah betapa huru
haranya hidup aku semenjak aku berpindah ke Tokyo ini. Patutnya aku terus je
duduk dengan atuk dan Abang Yuki kat sana dan tolong jaga ladang. Lagi bagus!
“Intragi!”
“Oh
sudahlah Toma, Kuma!” jeritku sehingga bergegar kelas dibuatnya. Yang bagusnya
dua-dua manusia bertuah itu duduk senyap tidak berkutik. Takkanlah setiap kali
andrenalin jahat dorang berjalan aku nak menjerit? Tolonglah.
“Kau
tak apa-apa Mayu?” Pandai pulak panggil aku guna nama aku.
“Yang
korang nak sibuk-sibuk tu kenapa?” marahku sambil menggunting-gunting kepingan
kertas yang hendak aku buang.
“Takdalah
sejak kebelakangan ni kau asyik marah-marah dan nangis saja. Jadi kitaorang
risaukan kau,” jawab mereka bagai seekor kucing hutan dan seekor beruang yang
jinak. Dengan puppy eyes bagai. Tak cair, tak cair...
“Owww,
baiknya korang. Bluek!” Aku menjelirkan lidahku pada mereka lalu mengangkat
punggung dan ingin membuang sampah yang telah aku sendiri buat. Rasa pelik pula
Joji tu tak ada a.k.a si Ivan the terrible tuh.
“Tak
adalah Mayu. Serius kitaorang memang risaukan kau...” tiba-tiba mereka berhenti
berkata apabila bila tiba di muka pintu kami terserempak dengan Ken yang
berwajah kelat. Lansung dia tidak menegurku waima memandangku seperti dahulu.
Ketika kami di tahun 5 dulu. Segalanya berubah. Dadaku berombak. Air mata yang
mahu mengalir ku seka cepat-cepat, tidak mahu Toma atau Kuma nampak air mata
sedihku ini.
“Mayu...”
“Kringggg!”
“Ah!
Loceng, jom kita pergi kantin. Lapar gila, hahaha,” kataku penuh kepuraan
sambil menarik tangan kedua-dua musuh sejatiku itu. Aku rasa musuh adalah teman
paling sesuai saat ini daripada berhadapan orang yang kita sayang. Aku tak
sanggup.
Dan
aku baru sahaja bercakap fasal dia, Hitto dah muncul depanku ketika aku, Toma
dan Kuma mahu turun tangga. Wajah Hitto sungul namun bila dia nampak aku yang
tercegat di hujung tangga, dimaniskan juga riaknya.
“Gandingan
yang pelik,” tegurnya.
“Dah
diaorang beriya nak belanja aku,” jawabku laju. Toma dan Kuma hanya diam di
sisiku. “Tak nak join sekali?”
“Takkot.
Aku nak balik rumah.”
“Hah?”
Aku tercegat di tengah tangga memandangnya yang perlahan-lahan menaiki tangga
menuju kelas. “Kau nak ponteng lagi?”
Namun
soalanku dibiarkan tidak bersambut. “Hitto! Hitto!”
Aku
ingin mengejar Hitto namun pergelanganku pantas ditangkapi oleh Kuma. Lelaki
itu menggelengkan kepalanya perlahan tanda dia menyuruh aku untuk tidak
merumitkan lagi keadaan. Aku mengeluh berat. Bibir aku ketap kuat. Penyesalan
datang dan bertimbun-timbun mengehempap jiwaku. Aku tak tahu pada siapa lagi
harus aku mengadu lagi apabila satu-satunya orang yang sering aku berpaling
tiada di sisi aku. Dia dah tinggalkan aku.
“Boleh
tak korang jadi crying shoulder aku sekejap?” pintaku dengan wajah menunduk.
“Kitaorang
tak kisah asal kau bahagia,” jawab Toma dengan senyuman yang panjang. Hua...
air mata macam dah tak boleh nak tahan lagi dah.
“Kenapa
ni?” soal Kuma pula. Hua... aku tak sangka diaorang seprihatin macam ni. Hua!
Untuk
10 minit lamanya, aku menangis dan menangis. Toma dan Kuma, mereka hanya duduk
di sebelahku dan merenung ke luar tingkap. Nasib baik laluan tangga in jarang
orang lalu kalau tidak agak malu juga aku untuk menangis macam ini. Bilamana
tangis ini berhenti dan senduku hilang, aku menjadi kelu. Aku tak tahu nak mula
dari mana.
“Kauorang,
terima kasih,” ucapku malu.
“Tak
de masalah besarlah. Kitaorang tahu kau dalam masalah, jadi kitaorang ada kat
sini dan dah sedia nak dengar masalah kau,” pujuk Kuma. Aku tersenyum nipis.
Mendengarkan katanya, misalkata aku ini naif dan tak kenal Kuma, aku pasti akan
cair dengannya. Ah Kuma, bila kau besar nanti, kau akan jadi mat romeo seperti
Hitto.
“Aku
tak tahu nak mula dari mana...” ujarku lagi.
“Apakata
tentang perasaan kau pada Ken?” Laju ayat itu menutur di bibir Toma. Pipiku apa
lagi merah semerahnya.
“Aku
tak suka dia!” Tegas aku memberi pendirianku.
“Sebab?”
“Dia
main-mainkan perasaan aku.”
“Dengan?”
“Kau
tahu maksud aku kan!”
Kedua-dua
lelaki itu ketawa terbahak-bahak, aku pula yang sakit hati. Kureng betul la
mamat-mamat ni. “Aku tak boleh nak salahkan Ken dan kau pun sebahagiannya
bersalah juga,” ujar Kuma memberi pendapatnya.
Aku
mengembungkan pipiku. Aku tahu itu tetapi apa yang hendak aku buat? Aku terlalu
malu untuk mengakuinya.
“Tapi
Ken tetap salah juga...” tuturku perlahan.
“Dalam
masalah ini, aku rasa kau, Ken, Hitto dan Lisa adalah mangsa keadaan. Semua
yang berlaku sebab cinta.”
“Untuk
seketika aku rasa kau macam orang matang Kuma,” usikku.
“Ianya
Kurama dan bukannya Kuma! Kau buatkan aku ni nampak macam beruang!” marah Kuma.
Habis musnah imej matangnya tadi. Aku dan Toma sudah ketawa mengekek.
“Comel
apa? Macam garfield,” tambahku.
“Lansung
tak da kena mengena! Garfield, kucing! Kuma, beruang! Dua perkara yang
berbeza!” marah Kuma dengan tangan yang digawang-gawang. Aksinya mengundang
tawa Toma yang tidak sudah.
“Hahaha.
Tak payah sedih sangatlah Kurama. Kau patut tahu apa yang Intragi ni gelarkan
kau. Si pendek Nepolian! Haha,” Tawa Toma dengan terbongkok-bongkok sehingga
Mayu rasa bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh bergolek kerana itu.
“Apa?
Apa yang kau panggil aku?!” soal Kuma kurang puas.
“Si
pendek Nepolian...” jawabku dengan muka toya. Kemudian aku tertawa kecil. “Toma
pula Al Capone versi muda manakala Joji pula Ivan The Terrible,” sambungku
tanpa sedikit pun rasa bersalah.
“Apa
Al Capone?” Toma menyoalku pelik.
“Kalau
Joji ada mesti mamat psiko tu melenting,” komen Kuma dengan sengihan puas.
“Dia
memang psiko kan?” Aku mengiakan komen Kuma juga sambil tersengih. Toma pula
tidak sudah-sudah bertanyakan kepadaku apa itu Al Capone. Haiyyy, carilah kat
google ye bang.
DARI
jauh aku terlihat kelibat Ken yang berjalan perlahan. Terik cahaya matahari musim
panas memaksa aku mengecilkan mata dan melindungi pandangan mata dengan tangan
kananku. Namun begitu, aku masih mampu mengenali susuk itu.
Tiba-tiba
Ken berhenti melangkah. Hentiannya ialah di bawah rimbunan pokok Bunga Seri
Pagi. Apabila melihat dia berdiri di situ sendirian sambil mendongak memandang
atas, memori itu menggamit mindaku sekaligus membuatkan kakiku berhanti
berjalan. Perimeter kawasan sekeliling aku lihat. Tiada siapa hanya aku dan
Ken. Kalaulah Hitto ada sekali, mungkin aku tidak akan teragak-agak untuk
pulang rumah jika keadaan seperti ini berlaku. Malangnya, Hitto terlebih dahulu
telah pulang ke rumah. Alangkah bagus jika Toma dan Kuma ada sekali. Malang
juga buatku kerana mereka berdua tinggal di arah berbeza.
Nafas
ku tarik kuat dan ku hembus. Baiklah, daripada kau terus berdiri di sini dan
biarkan kulit rambut kau terbakar, ada bagusnya kau teruskan berjalan dan
jangan berhenti ataupun menoleh. Ken takkan kisahkan kau lagi. Dia tidak akan!
Aku
berjalan dengan rentak biasa, riak yang biasa dan rasa gugupku simpan jauh.
Seolah-olah apa yang pernah berlaku antara diriku dan dia bagaikan satu mimpi
yang hanya berlaku dalam dunia mindaku sahaja. Namun semakin aku menghampiri
kawasan teduhan itu, samakin tidak mampu untukku menyimpan rasa ini. Bagai
seluruh alam mendengarnya.
Dan
apabila garisanku melangkah selari dengan pandangan lurusnya, jantungku bagai
hendak berhenti. Masa juga seolah-olah berhenti tetapi aku tahu hukum alam.
Semuanya hanya apa yang aku rasa sahaja sedangkan apa yang Ken rasa. Kosong
mungkin. Malah dia bukan pandang aku pun. Masih setia mendongak memandang
langit bagaikan aku tidak pernah melintas depannya bagaikan aku tidak pernah
berdir di sampingnya dan bersama-sama menikmati keindahan alam. Semua itu hanya
aku seorang sahaja yang berperasaan sedangkan dia? Tiada. Ken... tolonglah.
Tolonglah sebut namaku. Tolonglah!
“Lisa!”
Aku
berhenti melangkah apabila nama itu seperti berdengung-dengung di kotak
fikiranku. Mataku membulat dan wajahku membahang. Kaki ini seperti dipaku
ditanah.
“Maaf
lambat,” ujar satu suara lembut dan manis.
Aku
menutup mataku. Serasa segenang air mata mula memenuhi barisan takungan mataku.
Tangan aku kepal kuat. Bodohnya aku.
“Tak
apa...” jawab Ken. Sememangnya dia tidak pernah merasai pun kelibat aku. Tidak
sekali pun. Ah, bodohnya kau Miura Mayu.
Dalam
gerak perlahan aku membuka langkah. Aku menyapu takungan air mataku. Rasa sakit
di dada aku buang jauh-jauh. Mayu, kau telah lakukan kesilapan. Kesilapan untuk
membenarkan diri kau jatuh ke dalam gaung cinta.
Malam
itu, telah banyak posisi yang aku cuba... namun mata ini tetap tidak mahu tutup
dan tiap kali itulah satu rasa ngilu berdetup seirama dengan setiap hembusan
nafasku. Semakin aku hela, semakin berat yang aku rasa. Apakah ini? Adakah ini
satu penyakit? Ataupun satu gangguan?
“Ken
suka kau Mayu!”
Suara
Riko bergema di mindaku. Aku menutup mataku cuba mengendahkan gema suara Riko
setahun lalu.
“Kurama
tunjukkan kat budak budak laki tadi. Ken tulis dalam diari biodata Kurama.”
Pantas
aku membuka mataku memandang siling bilik.
“Betul
kitaorang tak tipu!”
“Kau
pun suka dia jugakkan?”
Aku
menghembus nafas berat. Suara Kuma, Joji, dan Riko semakin kuat bergema di
mindaku. Tolonglah! Aku tak mahu ingat satu apapun.
“Kau
dengar tak? Ken suka kat Lisa,” bisik satu suara.
“Tapi
bukankah Lisa suka kat Si Kacak Hitto?”
“Mayu
kau masih suka kat Ken ke?”
“Mana
ada...” “Semua tu tipu...” tuturku perlahan. Tidak sedar air mataku perlahan-lahan
jatuh meneruni pipiku. Kenapa perlu aku jatuh cinta pada Ken?
“Mayu?
Korang tolonglah, Lisa tu lagi lawa dari dialah tapi...”
Aku
menutup telingaku. Aku tidak mahu dengar apa-apa lagi. Semangnya tika itu aku
telah pun larikan diri dari terus dengar apa yang akan dia sebut lagi. Ken dia
tidak pernah rasa apa yang aku rasa. Dia cuma menikmati waktu dia dengan
bermain. Haa, kenapa aku ni sadis sangat tapi betulkan apa yang fikir. Umur Ken
bukanlah umur yang dia akan fikir benda-benda macam ni... dia tak matang lagi
Mayu! Sedangkan aku? Baru je alami zaman sakit senggugut lima bulan lepas.
Kenapalah aku perlu merasa benda-benda macam ni di awal akil baligh aku?!!!
“Bodohlah!”
“Mayu-chan
tak tidur lagi?” soal mama di balik pintu.
Aku
menekup mulutku. Air mata pantas aku seka.
“Mayu-chan?”
“Ma~
Budak tu tengah meroyan. Baik mama tidur je,” kata Abang Yui. Ah! Kenapalah dia
tak balik kampung ikut Abang Yuki sekali?
“BYE!
Nanti kita jumpa lagi bila dah naik sekolah menengah.”
Aku
tersenyum. “Ya. Jumpa lagi nanti. Jangan sombong pulak,” usikku.
Aku
melambai-lambai mesra pada kawan-kawanku yang lain sambil memegang sebungkus
kotak hadiah sempena hari graduasi juga hari terakhir kami di sini. Banyak
memori yang kami ciptakan bersama dan kebanyakannya adalah memori indah. Memori
yang menyakitkan aku tolak tepi, takank spoilkan saat-saat ceria ini.
Aku
melangkah perlahan sambil melihat sekelilingku. Setiap bangunan ada maknanya
tersendiri buatku. Setiap tangga dan setiap bilik. Tempat yang paling aku suka,
perpustakaan. Aku tersenyum sendiri. Tiba-tiba akuberhenti melangkah apabila
sesusuk tubuh tinggi melintasi tepiku. Cepat aku berpaling melihat belakangnya.
Mulutku terbuka namun ayat yang mahu aku tuturkan tidak mampu aku luahkan,
tersekat di kerongkongku. Yang mampu aku lakukan ialah dengan melambai pada
belakangnya sambil hatiku mengucap selamat tinggal pada cinta pertamaku di
dalam hati sahaja.
‘Selamat
tinggal Ken...’
Aku
menutup mataku dan ku hembus nafasku satu persatu. Berasa sedikit ringan beban
yang ku tanggung walaupun apa yang berbaki di hati kekal berat. Aku tinggalkan
sekolah ini dengan rasa cinta yang tidak terucap. Lantas aku berpaling dan
tidak mahu lagi memandang belakang. Bak kata pepatah inggeris, the rest is
history.
“Mayu!”
Aku
membuka mataku. Hitto berdiri di depanku dengan wajah ceria dan senyuman rabit.
Agak menakutkan juga.
“Hitto...”
“Mayu
saudaraku...” ujarnya sambil melingkarkan tangannya di bahuku. Mamat ni memang
sengal tau. Kau tahu tak yang kau tu jauh lebih berat dari aku!
“Aku
dah tinggalkan Lisa. Perempuan tu tak layak untuk aku. Ada banyak bunga lagi
untuk aku dan bukannya dia seorang sahaja yang bagus!” Penuh bersemangat Hitto
berkata bak kata-katanya itu satu falsafah hidup. Harap dia tak buat gitulah
walaupun lelaki ini adalah mat romeo.
“Kau
dengar tak?”
“Ye...
aku dengar.”
“Hmm...
bagus! Lepas ni aku ingat aku nak tolong pakcik aku jual mercun laa.” What?
Aku
memandang Hitto dengan dahi berkerut. Mamat ni betul ke dah get over dengan
Lisa? Ke kau masih lagi dalam mood berduka?
“Kenapa
kau pandang aku macam tu? Aku tak tipu! Aku boleh kasi kau murah. Lagipun musim
perayaan dah nak dekat,” bodeknya dengan senyuman rabit itu lagi. Hitto
tolonglah kau menakutkan aku.
“Aku
tak dengar. Aku tak dengar. Aku tak dengar.” Berlari anak aku meninggalakan
Hitto sambil menutup telingaku. Hitto kalau makin dilayan, makin menjadi-jadi.
Tetapi sekurang-kurangnya, Hitto masih lagi mahu berkawan dengan aku. Hitto,
terima kasih.
ITU
semua berlaku enam tahun lepas dan sekarang... aku masih lagi tidak mampu untuk
mencari magik itu. Seolah-olah aku sudah tidak mampu untuk bercinta lagi. Hitto
juga sudah lama aku tidak berbual dengannya selepas salah faham yang berlaku
dengannya dua tahun lepas gara-gara perangainya yang sudah melampau tahap
karma. Hitto banyak berubah manakala aku masih lagi begini(aku rasalah).
Kebanyakan
kawan-kawan sekolah rendahku, aku sudah tidak ingat. Hanya segelintir sahaja,
itupun nasib baik. Jika tidak... Ada juga dua tiga kawanku yang sudah tiada di
alam ini. Kitaran hidup mereka singkat sahaja dan aku masih jauh lagi untuk aku
teroka dan pelajari.
Apabila
terik matahari mula memancarkan cahaya sinar kuasa tiganya, aku mangambil topi
jeramiku dan aku letakkannya di atas kepalaku. Embun di kelopak Bunga Seri Pagi
makin menghilang menjadi wap di udara yang kekal ialah serinya. Aku tersenyum.
Agaknya... apa yang Ken buat sekarang ini?
Aku
ketawa kecil. Setelah aku cuba melupakan dia, bercinta dengan orang lain dan
rasa yang ada telah pergi namun perasaan nostalgik yang melekat tidak mampu aku
tangkisnya. Baru-baru ini aku ada dijemput ke dalam kumpulan ‘Tahun 6 2006
Sekolah Rendah M’ d laman sosial Facebook. Aku jumpa akaun facebooknya dan yang
paling menggoris hatiku ialah...
‘Siapa2
ada alamat mel Lisa. Aku naklah ^.^’
Pahit
yang aku rasakan. Ngilu untuk aku telan. Lama aku tatap skrin komputer ribaku
kemudian aku tersenyum. Aku memadam post itu dari pandanganku dan aku dengan
selambanya meneruskan skroll ke atas, bagai aku tidak pernah nampak apa-apa
sebelum ini.
“Sampai
bilalah aku nak menjadi setia?” soalku pada Bunga Seri Pagi yang berona ungu
gelap itu.
“Adik!”
laung Abang Yuki dari bawah.
“Ya?!”
“Kawan
kamu datang ni,” panggilnya. Aku melihat jam tanganku.
“Siapa?”
“Entah
dia kata nama dia beruang...” kedengaran suara Abang Yuki di belakang bilikku.
Pasti dia ingin ke biliknya mahu membersihkan dirinya selepas berpenat lelah
membanting tulang menguruskan ladang anggur. Aku tertawa kecil.
“Abang
bukan beruanglah tapi Kuma,” ujarku sambil berlari keluar bilikku. Sebelum itu
sempat aku belek mukaku sebelum menuruni tangga.
“Samalah
tu...” Bergema-gema suara Abang Yuki dari dalam bilik air. Cuba kalau Abang Yui
ada sama agaknya dia lagu-lagukan ayat tu.
Apabila
aku tiba di bawah, aku lihat sekumpulan lelaki dan perempuan sedang berbual dan
bergelak ketawa di ruang tamu. Kebanyakkan dari mereka ialah sahabatku sekolah
menengah. Hanya Kuma seorang sahaja sehingga kini menjadi teman gaduh dan
bergelak ketawaku.
“Mayu
kau still dengan Kuma kau kan?” marah Kuma sebaik sahaja aku duduk menyertai
mereka.
“Nak
buat macam mana, Kuma lebih sesuai dari Kurama.”
Sejurus
itu tawa kami berpadu dan Kuma juga turut buat-buat tertawa. Hatiku riang
walaupun isinya kosong tanpa magis. Ia masih sendiri.
No comments:
Post a Comment