Wednesday, December 26, 2012

November Issue for e-cerpen : The Red Thread of Us



     Pukul 10 pagi. Agaknya waktu puncak baginya. Mungkin. Bersama beg besar kesayangannya, Monster Beats Tour yang sudah sedia melekat di setiap hujungnya pada kotak MP4 dan telinganya. Mesti berjaket ataupun kardi tebal mahupun nipis bersama sehelai tee kosong dan sepasang jeans lusuh juga sepasang kasut sneakers All Stars. Dia akan duduk di tempat duduk hujung sekali di platform stesen kereta api Terrain, tepat jam 10.
     Bagi jantina yang bertentangannya itu pula, penampilan biasa-biasa. Tiada hala tuju. Dengan Ipod nanonya dan tablet sebaga peneman. Rambutnya yang biru laut itu dibiar lepas bebas. Kulitnya yang putih kemerahanan, bermata separa bundar, hidung separa kemik dan separa mancung, bibir nipis yang dipalit dengan lip balm. Dia akan duduk di situ, di platform nombor dua, tepat jam 10.
     Setiap hari, mereka begitu. Leka dalam dunia mereka. Adakah pernah suratan takdir mereka pernah tertulis untuk sama sama mereka? Mampukah mereka walaupun satu saat, dalam satu hari dalam banyak-banyak hari pertembungan sipi suratan itu, mereka akan menyedari kewujudan antara satu sama lain? Bolehkah?

     JARUM panjang di jam gantung di stesen kereta api lama itu dipandang. Bibirnya bergerak menyebut angka itu. Kemudian dia memandang jarum pendek pula. Dahinya berkerut.
     “Lambat,” katanya.
     Matanya meredup. Dia kemudian kembali pada posisi asalnya dan memandang depannya. Tempat itu kosong. Tepat di tempat duduk itu di mana orang itu sentiasa ada. Seketika dia menunggu kedatangan orang itu. Tiba-tiba dia berpaling semula pada jam gantung besar. Lalu dia menghembus kecil apabila taklimat ketibaan keretapi menuju ke Bandar N akan tiba ke platform satu dan keretaapi menuju Bandar Chuchira akan tiba di platform dua.
     Lantas dia memandang depannya semula sebelum kereta api tiba di platform nanti. Terbit senyum tawanya. Apakah dia gila bayang? Adakah selama ini ada seorang orang di situ? Ah, dia berhalusinasi. Mana mungkin ada orang itu waima bayangan yang menerpa mindanya. Bayangan awan biru dibalik rambutnya yang biru. Kombinasi yang seirama.
     Dia mencebik. Mungkin itu hanya sebuah inspirasi untuk dia melukis nanti. Dia memandang beg besar yang mengandungi kertas lukisan saiz A3 dan bahan media. Mungkin. Lantas suratan yang patut tercipta sekali lagi hanya satu lintasan sementara bagai kereta api melalui landasan sesat. Ataupun dia sebenarnya menafikan sesuatu itu?

     DIA menuruni platform dua dengan satu nguapan yang besar. Air mata terbit di hujung matanya. Apabila telinganya menangkap satu suara berbisik, mengutuk betapa kurangnya sifat kewanitaannya, dia menunduk lalu memandang belakangnya dan menarik kelopak bawah matanya dengan jari telunjuk sambil lidahnya terjulur keluar sebelum sempat pintu kereta api tertutup sendiri.
     “Heh...” Dia tersengih gembira kerana dapat mengenakan dua orang gadis perasan cantik dan beretika itu. Tiba-tiba sengihannya mati apabilakedua-dua buah kereta api dari arah yang berlainan bergerak dan meninggalkan platform masing-masing. Pantas dia berpaling memandang jam gantung di platform satu. Dia berasa pelik. Bukankah di hadapannya, di tempat itu ada seorang orang?
     Matanya terkebil-kebil memandang tempat duduk itu. Di matanya seperti ada satu bayang samar-samar, seorang orang yang berbadan tegap dan tinggi, duduk menunduk memandang kasutnya yang sebenarnya sedang menutup mata, tertidur.
     Pantas dia menggeleng-geleng. Apa yang dia fikirkan? Adakah orang seperti itu pernah wujud di hadapannya selama ini? Dia pasti sudah gila! Gila! Ah, dia tidak patut pergi tidur di rumah sahabatnya malam semalam walaupun hari ini dia tiada kelas di uni. Sememangnya tidur di rumah sahabatnya itu adalah ide buruk untuk melepaskan rasa tertekan. Lantas dia berpaling dan mahu pulang ke rumah sewanya. Mahu sambung tidur.
     Maka dengan langkah longlai dia berjalan menuju ke kaunter namun sebelum itu dia berpusing semula melihat tempat duduk yang bertentangan itu. Dia mengembungkan pipinya. Ah, gila! Sekali lagi suratan itu tidak mampu untuk mengusik tali takdir keduanya. Diabiarkan sepi tiada pengunjung untuk menerokainya. Ataupun ia sebenarnya satu permulaan daripada sebuah intaian sementara? Siapa tahu.

-----

Cerita kali ini agak pendek sebab saya nak readers saya berfikir. Haha, saja nak menjana minda sekejap. Huhu. Agak-agaklah kan, pernah tak kejadian macam ini berlaku kat korang? Macam yang berlaku kat hero dan heroin kat dalam cerita ini. Mungkin dia orang akan jumpa dan bercinta... atau diorang jumpa dan berkawan atau jadi musuh atau lebih dasyat, diaorang dah tak jumpa langsung. Huhu, sedihnya.. tapi itulah realiti hidup. Kadang-kadang kita rasa nak sesuatu benda tu berlaku tetapi hakikatnya benda lain pula yang jadi. Maka, sesiapa yang pernah ada pengalaman macam ni, saya nak cakap, jangan sesali setiap pertemuan yang berlaku dan teruskan menanti sesuatu yang belum tentu itu sebab mana tahu... benda yang kita nak berlaku tu berlaku. Haa, banyak cakap pulak hari ini :p

No comments:

Post a Comment