Aku berdiri di situ. Hanya berdiri. Otakku
kosong tanpa seurat benang pemikiran. Tiada apa yang mampu melintasi di kawasan
nan sepi itu bila aku; seorang gadis biasa yang mengimpikan sebuah kehidupan
yang serba normal dengan kisah cinta yang romantik dan manis, telah dilamar
oleh seorang lelaki yang aku rasa terlampau mengikuti kreatiria yang aku
mahukan; iaitu tinggi (paling penting), berbadan tegap (tak terlalu membina,
sedang-sedang sahaja), wajah bishonen dan bibirnya merah tanpa ada kesan hitam di
sekeliling dalam bibirnya (tak suka orang merokok!). Boleh bayangkan tak orang
itu, kini melutut depanku sambil memegang sebekas pasu orked putih yang
berbunga besar dan sihat, memandang aku dengan bersinar pelangi dengan senyuman
lebar (oh gigi dia juga putih dan tersusun; macam gigi Jack Frost. Ooooh)
Aku menggeleng-geleng. Ku lihat kiri dan
kananku. Er, kenapa semua orang pandang aku? Oh ya, sebab aku dilamar di tengah
dataran kampus, ketika semua pelajar berpusu-pusu keluar dan masuk kelas, waktu
puncak dan menyesakkan. Kejap. Kenapa dia lamar aku kat tengah dataran!!!
“Saya rasa awak dah salah orang. Bye!”
pamitku lalu meninggalkan lelaki yang aku gelar kini, Putera Mustahil. Sesuai
bukan? Dan salah satu sebab kenapa aku gelarkan dia Putera Mustahil ialah,
pernahkah aku melihat dia di sini? Aku berhenti berjalan. Melihat sekelilingku.
Para pelajar masih lagi memandang aku, atau lebih tepat aku dan Putera Mustahil
itu. Dia masih di situ? Aku merengus saat mataku terpandangkan kilau mata dan giginya.
Ahhhh!
TENSYEN! Tensyen! Tensyen! Wahai manusia
berhenti memandang aku boleh tak? Aku bukannya satu barang peragaan yang boleh
korang pandang dan bisik, kata lainnya mengutuk! Hei, aku ada perasaan okey!
Ara dan Nila hanya membisu sepanjang perjalanan kami menuju kolej. Mereka tidak
mampu berkata apa apabila Putera Mustahil mencipta sejarah melamar aku di
tengah Dataran Ilmu, Kampus UKT. Salah satu anak kampus universiti terkenal di
Malaysia.
Aku berpamit dengan sahabatku yang aku kira
peneman aku disini sepanjang semester yang lepas; ketika aku mendaftar masuk
disini sebagai pelajar semester satu, dan kini aku pelajar semester dua dalam
kursus perakaunan. Apabila aku kata aku pelajar kursus perakaunan, aku mengaku
aku ialah seorang yang membosankan, salah? Err, 30% sahaja mungkin. Haha. Aku
lebih kepada seorang yang bercitarasa pelik, macam pelajar kursus seni?
Entahlah tapi apa yang pasti aku suka melukis dan menulis. Oh seni persembahan
juga. Ramai antara kawanku kata aku sudah tersalah pilih kursus tetapi aku tahu
aku tidak tersalah apa pun kecuali satu perkara ketika aku di semester satu
namun biarlah. Bak kata orang putih bermata biru berambut kuning, the rest is
history.
Yang penting sekarang ini ialah, siapa
lelaki yang memandai melamar aku kat tengah dataran tadi? Bila aku fikir
semula, aku memang tidak pernah nampak dia, cakap denga dia, malah dengar fasal
dia sekali pun tidak! Hello, walaupun aku ini suka buat hal sendiri dan tak
suka kacau tepi kain orang melainkan terdesak, kalau lelaki itu sekacak dia,
mestilah aku perasankan dia. Mestilah mata aku akan mengekori setiap langkah
dia. Aku ni boleh kata stalker jugalah. Hehe. Sekarang ini pula terfikirkan
kemungkinan yang lelaki itu adalah senior. Part six mungkin. Ya, hanya itu
sahaja kemungkinan yang ada jika sem lepas dia part five. Tapiii, sem ini baru
sahaja buka untuk dua minggu. Punggung pun tak panas lagi. Buku ekonomi pun tak
selak lagi apatah lagi buku Introducton to business. Cet, siapalah gamaknya
Putera Mustahil tu?
MATAKU bak helang. Melihat setiap pelajar
yang berjalan di sepanjang pejalan kaki dihadapan dewan terus ke depan kantin
lalu ke bangunan kuliah. Alah kampus ini kecil! Sekecil kawasan sekolah rendah.
Malah aku rasa sekolah rendah sekarang ini lebih besar dari kawasan kampus ini.
Jadi jika betul sem ini dia part six, aku perlu perhati setiap pelajar yang
ada. Jangan terlepas satu pun. Namun bila masa menginjak ke angka sepuluh, aku
terpaksa bangun dan beredar. Ada kelas Financial Accounting kemudian terus ke
kelas Microeconomics pula. Haiya... Ara dan Nila pula katanya mahu ke pustaka
sebab mahu fotokopi dokumen. Tidak mengapalah, aku rasa lebih senang untuk
menjalankan misi Putera Mustahil itu. Dalam aku sibuk membetulkan tudung
sarungku ini, aku merasakan kehadiran seseorang di belakangku. Apalagi, aku pun
pusinglah 180°. Bapak
terkejut aku melihat dia, Si Putera Mustahil berada semeter dariku dengan
senyuman mustahil Jack Frost. Aduhai, beku kejap aku di situ.
Aku melihat dia berjalan mendekatiku lalu
mengambil tempat 90°
dari tempat dudukku. Aku menelan liur. Err... Angkat kaki!
“Ada kelas lepas ni?” soalnya tiba-tiba,
belum sempat aku nak buka langkah dia dah buka mulut dulu. Aduh suara pun bukan
main kacak lagi. Oh, suara kacak bagi aku bukanlah macam suara garau dan tebal
itu, tapi suara macam antara garau dan lembut. Yang sedang-sedang gitu.
“Err... ha’ah. Awak tak de kelas?” Cait!
Yun apa ni? Celopar betul tau.
Dia menggeleng. “Baru je habis. Ingat nak
ajak makan lunch. Tapi tak pelah, awak pergilah kelas. Esok-esok kita boleh
lunch lagi,” ujarnya dalam nada kecewa.
Kejap, dia ajak aku date ke? Date!
Yun kau jangan nak cakap ‘haah’ ke, ‘okey’
ke, apa ke... Baik kau belah sekarang gak sebelum dia perangkap kau. Dahlah
muka dia tengah bubly tu, baik kau belah cepat!!!
“Er, saya pergi kelas dulu. Bye,”ucapku
lalu berjalan pantas tidak toleh kiri dan kanan. Haru. Haru. Haruuu!
“APA yang aku cuba sampaikan, aku lansung
tak kenal mamat tu. Aku lansung tak pernah jumpa dia. Tetiba je dia datang
kejar aku, lepas tu melutut dan wallah, awak nak bernikah dengan saya tak?
Hisy, kau nak suruh ibu pancung kepala aku apa?” jelasku pada Ara dan Nila yang
mendengarkan penjelasaku sambil menyuap nasi ke dalam mulut mereka.
Kadang-kadang terangguk-angguk macam burung belatuk sahaja gayanya.
“Lepastu kau tinggalkan dia macam tu aja
tak bagi jawapan?” soal Nila sedikit blur.
“Yelah. Otak aku blank kot. Blank!” ujarku
sambil tergawang-gawang kepingan ayam goreng yang telah aku ceraikan dari bahagiannya. Kemudian aku
menyuapkan isi ayam itu ke dalam mulut.
“Rugi oh,” kata Ara.
“Apa yang rugi?” soalku pelik.
“Bukan senang laki handsome macam tu nak
lamar kat tengah dataran macam gitu. Kalau aku, aku suruh dia tunggu aku,”
jawap Ara sambil tersengih-sengih sedang mengopek isi ikan keli berlada. Aku
menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Ah biarlah dulu, rugi ke tak rugi
ke...
PANTAI Pandak. Apa yang ada dengan pantai
ni? Bukannya ada apapun tetapi pemandangan waktu petang dia sangat cantik.
Kawasan berpasir dia pun landai juga dan kawasan awanan juga lebih luas. Cuma,
ada musim-musim tertentu ada obor-obor naik ke pantai dan merbahaya untuk
mandi. Aku pergi sana bukannya mandi pun, main pasir sahaja lebih. Hari ini
juga kerana menemankan Iza ke sana, aku bermain pasir lagi tetapi sebelum tu...
“AKU TAK KENAL PUN KAU!!!” laungku ke
tengah lautan nan luas itu.
“AKU TAK CINTA KAU PUN!!!”
“AKU MALU!!!”
“AKU TAKUT!!!”
“AKU TAK PERNAH JUMPA KAU PUN!!!”
Iza hanya tersengih-sengih melihat aku
terjerit-jerit macam monyet di hutan. Bukan salah aku untuk bertindak demikian
tetapi apa yang terbuku di hati ini tidak mampu aku simpan lagi. Aku perlu
sesuatu seperti tempat ini untuk menyedarkan aku. Ya, setiap kali aku menjerit
setiap itu ombak akan bergulung dan menghempas lantai pantai. Menjawab setiap
kegusaran di hati aku.
“BODOH!!!”
“!@#$%^&”
“Fuyoo Yun. Cukup-cukuplah. Hahaha,”
tawanya mendengarkan aku mencarut yang bukan-bukan. Alah bukannya &^%$ atau
<>:”?{}! pun. Cuma !@#$%^&, betul tak? Haha. Macam-macamlah aku ni.
Namun apa yang aku rasa kemudian membuatkan aku berdiri di situ. Tiada apa yang
mampu aku luahkan saat itu. Fikiranku kosong. Aku memandang Iza yang duduk di
tepiku sambil berbual di telefon. Dari nadanya berbual itu pasti Khairul, teman
lelakinya.
Dengan gerak lemah, aku menendang pasir di
kaki lalu berjalan menuju ke gigi air. Sejak hari itu; ketika dia menegurku
untuk pergi makan bersama beberapa minggu lepas, ada satu perkara yang mengganggu
benakku. Kenapa lelaki itu tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia pernah
menggoncang hatiku seketika. Kenapa dia tidak persoalkan lagi soal itu lagi?
Malah kini aku rasa antara aku dan dia kini bagai seorang kawan yang bertegur
sapa di jalanan. Tiada apa-apa yang pelik dan meragukan timbul dalam perbualan
kami. Hanya ‘hai’ dan ‘bye’. Juga sedikit senyuman.
Aku cuba juga selidik peribadi dia. Namun
semua itu tidak berapa berhasil memandangkan aku agak segan untuk bertanya.
Malah namanya pun aku tidak tahu, walaupun aku ada tanya Ara dan Nila, namun
mereka pun tidak peroleh apa-apa. Aku ada cuba juga jika aku berselisih
dengannya, mataku mencuri lihat kad pelajarnya yang... ya, bergantungan di
leher sepatutnya! Tapi, hampa... dadanya kosong tanpa pengenalan diri. Mungkin
tersorok di dalam poket atau dalam beg sandangnya atau dia terlupa untuk
memakai.
Angin bertiup sedikit kencang kemudian dia
reda. Kumudian dia bertiup lagi, membuatkan aku berpeluk tubuh dengan erat
kerana aku ini bukannya tahan sejuk. Nasib baik aku hanya pakai tudung sarung,
jika aku pakai bawal atau pashmina, hm... mulutku pasti merungut-rungut tidak
berpuas hati dengan kedudukan tudung. Aku berhenti melangkah sebaik sahaja
mataku terpandangkan pokok besar yang tubuh tinggi menjulang berdekatan dengan
markas latihan tentera laut. Ah jauh jugak aku sudah melangkah. Aku berpaling
ke belakangku melihat jika Iza masih ada di situ atau tidak. Dia masih di situ
cuma kali ini ada peneman di sisinya. Dari mata kasarku, tubuh yang duduk di
sisinya itu tegap, kulit yang terbakar dan rambutnya dipotong mengikut potongan
3 atas dan 2 di sisi. Siapa lagi kalau bukan Khairul. Aku tersenyum. Mungkin
tidak mengapa jika aku sambung berjalan ke hadapan dan kalau kaki yang diatur
itu besar, silap-silap boleh sampai Pantai Batu Burok. Haha.
“AWAK!”
Pantas aku berpusing dan menghentak
kakinya. Boleh pulak dia main ciku-cak dengan aku macam tu? Macam mana kalau
aku mati kejung sakit jantung? Menangis tak berlagu jugak Ibuku di Selangor.
Ambik kau padan dengan wajah kau yang cemberut tu. Dah tak handsome dah!
“Aouch! Hei apa ni?” soalnya sambil
terhinjut-hinjut memegang kakinya yang dipijak oleh kakiku yang tersarung kasut
alligatorku yang setinggi 4 inchi. Hah! Kalah budak OM tahu!
“Awak... kalau awak tak main terjah-terjah
macam tu tak boleh ke? Kalau saya mati macam mana?!” marahku tidak berpuas
hati.
“Kalau awak mati saya buat CPR kat awak
suruh hidup balik,” jawabnya selamba bersama sengihan nakal. Amboi melampau
pulak dia!
“Whatever! Eh saya dah lambat ni. Bye!”
ujarku baru teringat yang aku sebenarnya sudah terlambat untuk ke kelas MGT 153.
Ara dan Nila pula sudah lama berlalu memandangkan aku ada masalah yang tidak
boleh dielak tadi iaitu sakit perut.
“Nanti!” tahannya sambil mencapai
pergelangan tanganku. Eh!
“Eh! Apa ni? Lepaslah. Orang nak cepat
lagi dia main tahan-tahan!”
Tiba-tiba dia melepaskan tanganku. Mukanya
mengeruh. Perubahan suasana yang mendadak membuatkan aku rimas dan sesak. Sunyi
dan sepi tanpa ada sebarang suara. Ah malas aku mahu fikir lagi nanti Madam
Fatimah marah aku pula masuk kelas lambat. Nanti reason apa aku nak bagi kalau
madam tanya? Haiyooo! Dahlah mamat ni selalu muncul bila aku bersendirian. Lain
kali aku harus berjalan dengan Ara dan Nila atau siapa-siapa sahaja asal aku
tak sendiri.
HARI Sabtu, kampus agak senyap dan sunyi.
Kebanyakan pelajar keluar ke bandar mencari sumber keseronokkan atau membeli barang
keperluan sambil mencuci mata. Kalau pergi bandar, nak cuci mata pun hanya
lihat pemuda cina yang kacak-kacak atau pelancong asing yang datang ke bandar.
Kebanyakan pelancong asing ini datang dengan kemudahan begpacking. Yelah
perjalanan lebih seronok dan mencabar. Tetapi dalam cuaca panas seperti ini,
huh, pastinya bau badan akan turut sama mengiringi kita sepanjang perjalanan.
Tidak dapat dielak walau sekacak mana sekalipun orang itu.
Cerita fasal pelancong asing, aku teringat
satu insiden dulu, taklah lama sangat. Ianya berlaku pada sem lepas ketika aku
pulang dari rumah selepas cuti study week. Waktu itu aku tiba di bumi ini, azan
subuh baru sahaja berkumandang namun walaupun begitu, suasana stesen bas itu
sesak dengan penumpang yang baru tiba dari Kuala Lumpur juga Kelantan.
Rata-rata pemandu teksi atau prebet datang menegur kumpulanku yang terdiri
daripada Syila, Syaz, Q.I., Khairul, Hanz, Wani dan ada beberapa lagi pelajar
kursus akaun yang aku kenal gitu-gitu sahaja. Namun kami menolak pelawaan
pakcik-pakcik prebet itu kerana kami telah menempah lebih awal perkhidmatan
prebet lain. Lalu sementara menunggu itu, mereka pula berpakat ramai-ramai
pergi makan subuh pagi di kafe yang terletak bersebelahan terminal itu sahaja
manakala aku, Syaz, Khairul dan Pendi membuat keputusan untuk menunggu sahaja
di tempat duduk.
Tetapi aku suruh mereka duduk sahaja di
tempat lain, memandangkan mereka ingin makan asap buat penghalau nyamuk. Tak
tahan aku hendak bau asap-asap yang memeningkan kepala itu. Aku anti betul!
Tinggallah aku sendiri di situ, itupun Q.I. sekejap-sekejap menjeling padaku.
Risau aku sendirian bertemankan bagasi besar.
Dalam aku kebosanan tiada teman untuk
berborak, mataku terpandangkan seorang lelaki yang berambut panjang bewarna
perang keemasan dan diikat kemas, berpakaian siglet dan seluar tiga suku. Di
belakangnya terdapat sebuah beg pack yang besar. Dia sindirian juga seperti aku
dan duduk seperti aku sambil matanya memandang aku. Err, gulp. Aku berpaling ke
tempat lain. Aduh kenapa pula dia pandang aku macam lain saja. Entah-entah dia
ni pervert? Haaa!
Namun rasa ngeri itu hilang apabila Q.I.,
Khairul, Syaz dan Pendi kembali ke tempat duduk. Aku tersenyum memandang
mereka, cuba menetup rasa gugup yang hadir. Selepas itu mataku kembali
mengintai susuk itu. Kali ini dia tidak lagi merenungku sebaliknya dia berbual
dengan seorang rakan lelakinya yang pada pandangan mataku seperti seorang
pemuda cina. Kacak! Dengan rambutnya dicekak dan bewarna hitam pekat. Kulitnya
putih kemerahan. Oh tubuhnya ada ciri-ciri bentuk badan idamanku. Begitu juga
lelaki ‘itu’. Masing-masing mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Tiba-tiba lelaki itu memandangku semula
kemudian dia tersenyum. Begitu rakan cinanya. Errr... Aku pandang tempat lain
selepas aku membalas senyum semanis mungkin walaupun aku rasa macam susah aja.
“Kau rasa dorang tu apa?”
“Hah?” soalku kurang dengar dengan soalan
Syaz.
“Gay.” Ringkas sahaja jawapan Q.I.
kemudian dia bersama yang lain sudah ketawa terbahak-bahak bagai puntilanak tidak
sedar yang kami berada di stesen bas pukul 5.45 pagi. Nasib baik di tengah
bandar. Cuba dekat kampus yang duduknya kat tepi bukit dikelilingi hutan.
Berani-beranilah ketawa macam gitu. Nanti benda lain yang ikut ketawa.
“Gay?” soalku kurang senang. Entah kenapa
aku tidak berapa suka terma yang diletakkan oleh rakan-rakanku. Walaupun aku
tahu ciri-ciri seorang gay itu bagaimana tetapi... come on-lah, jangan judge
orang macam itu. Berdosa tau! Eceh, yang aku nak backing orang tu lebih-lebih
kenapa?
“Hehehe, ada orang sudah terpikatlah,”
usik Pendi tiba-tiba.
“Eh? Sorry sikit. Takde maknanya,” jawabku
acuh tidak acuh, cuba mempertahankan diri sedangkan pipi sudah merah macam
udang kena bakar. Aduh! Senang-senang je dorang ni tau. Aku suka tengok je.
Bukan apa pun. Tolonglah!
“SORANG je ke?” soalnya menerjah
lamunanku. Entah kenapa apabila matanya ku pandang, aku teringatkan lelaki
asing di stesen bas itu. Namun, mustahillah. Matanya bewarna biru sedangkan
mata lelaki yang berada di hadapanku ini bewarna coklat. Eh, kejap.
“Awak pakai contact lenses ke?” soalku
sambil merenung matanya dalam. Perbuatan tanpa sedarku.
“Ka... kalau awak... dekat lagi lima cm,
saya cium awak betul-betul!” ugutnya dengan nada tergagap-gagap. Mata pula tdak
berkelip memandang bibirku. Pipinya merah.
“Hah?” soalku tidak faham. Kemudian
barulah aku sedar bahawa aku terlalu dekat dengannya. Sangat dekat! Serta merta
aku menyandarkan diriku dan mukaku berpaling ke tempat lain. Aduh, malunya! Bagaimana
aku boleh begitu alpa? Ciss!
Aku engetap bibir bawahku. Au tidak tahu
dekat mana lagi aku nak sorok muka comelku ini. Bawah meja? Macam muat! Dahlah
meja batu. Sempit pula tu. Aduh Yun, kalau kau dah gabra habis semua orang kau
salahkan. Sudahlah mamat tu asyik pandang aku je. Macam tak ada tempat lain lagi
dia nak tengok. Tengoklah padang yang sebesar kangkang kera tu ke? Tak pun
padang futsal tu ke? Coupel kat belakang aku ni ke?
“Awak...” panggilnya. Dari nada suaranya
aku dapat agak, dia ingin membincangkan sesuatu yang serius tetapi aku tidak
tahulah. Aku mula berasa tidak enak. Maka aku menelan liurku kuat dan dalam.
Tubuhnya aku intai dar hujung mataku.
“...dah fikir masak-masak ke?” Kali ini
kepalaku pusing maut 90°. Mataku
membulat melihat dia menutur perkataan seterusnya.
“Fasal kita.”
“Fasal kita?” soalku cuba buat tidak faham. Adakah selama ini dia memberiku
ruang untuk berfikir tentang lamaran dia itu? Namun tidak pernah sesaat pun aku
memikirkan hal itu kerna apa yang memenuhi ruang fikirku hanya persoalan
kewujudan dirinya. Aku mengetap bibir. Jemariku saling bermain dan kaki tidak
mahu berhenti menari tap.
Melihatkan aku senyap tidak berkutik dia mengeluh berat. Laju mataku
memandang bibirnya yang mengeluh itu. Jika bibir itu mampu aku kawalnya, aku
mahu lelaki tu berkata tentang siapa dirinya. Pengenalan dirinya. Tidak mudah
untuknya terus menerima kehadiran seseorang yang tidak dikenali dalam hidup
begitu sahaja lebih-lebih lagi lelaki tu ialah Putera Mustahil.
“Boleh kita bincang hal ni kat tempat lain?” pintaku dan anak mataku
melihat terus ke anak matanya. Mencari sepasang mata biru yang mustahil itu
disebalik lindungan contact lenses coklatnya.
Lelaki itu tidak berkelip memandangku
kemudian dia memandang sekelilingnya. Lantas terbit senyuman nipis namun itu
sudah cukup memberiku satu isyrat persetujuan yang melegakan hatiku.
KERETA Perodua Myvi miliknya,
ku pandang sambil menanti pesanan sepotong kek coklat fudge kegemaranku. Namun
sebenarnya aku menanti waktu yang sesuai untukku membuka mulut. Ataupun
sebenarnya aku menanti dirinya untuk berbicara dahulu?
“Saya...” Laju mulutku meniti bicara tanpa
ku sedar. Berasa seperti satu batu besar menhempap jiwa tatkala aku sedar
bahawa dia menanti kata-kataku. Serta merta mataku beralih memandang pula bar
kaunter cafe Secret Recipe. Aku dapat rasakan pipiku hangat dan aku berasa
tidak selesa.
“... nak tahu kenapa saya pilih awak?”
sambungnya tidak sabar walaupun apa yang diteka itu kurang tepat namun aku
iakan juga. Tidak mengapalah. Aku akan tunggu masanya.
Seorang pelayan datang dan menghidangkan
sepinggan kek dan dua buah gelas susu panas. Mulutku ringan mengucapkan terima
kasih lalu menyusun pinggan kekku mengikut keselesaanku begitu juga gelas susu.
“Awak ingat tak lagi kita punya first
encounter?” soalnya membuatkan aku tidak jadi untuk memotong sehiris kek itu.
Laju pandanganku tumpah pada raut wajahnya kemudian pada kekku pula. Rasa
keliru menyerang mindaku.
“Maaf tapi saya tak ingat,” jawabku jujur.
Dia tersenyum nipis. “Tak apa. Saya dapat
agak yang awak lupa.” Awww, kenapa macam sedih sangat bunyinya? Ini yang buat
aku rasa serba salah ni!
“Tapi saya rasa awak mungkin ingat
pertemuan kedua kita,” ujarnya kembali ceria dan bersemangat. Kalau boleh dia
mahu senyumannya melebar hingga mencecah garis hujung matanya. Aku pula hanya
tersengih antara mahu dan tidak. Yeke aku ingat?
“Dekat mana ek?” soalku perlahan.
“Terminal bas,” jawabnya laju dan serentak
itu aku dapat rasakan mataku terbeliak luas tidak percaya. “Sem lepas, masa
subuh...”
Aku menelan liurku. Adakah dia lelaki itu?
Tetapi Putera Mustahil yang ada di hadapanku ini berkulit tan, berambut hitam
dan bermata coklat sedangkan ‘dia’ berkulit kuning, berambut keemasan dan
bermata biru. Tiada lansung persamaan antara mereka. Namun siapakah lagi lelaki
yang mampu aku bandingkan dengan melainkan dia.
“Awak mat saleh tu ke?” soalku dalam
ragu-ragu dan membuatkan dia tertawa geli hati. Betul ke? Eh, jap salah kot.
Mesti dia ketawakan kebodohan aku. Tak guna betul. Dia yang main teka-teki,
last-last aku yang nampak macam orang bodoh.
“Betul la tu,” jawabnya selepas ketawanya
reda. Hah?
“Hei awak jangan nak main-main ye. Saya
tak makan dengan awak punya gurauan ni tau. Saya tak berkenan,” marahku dalam
nada terkawal. Susu panas aku hirup sedikit demi meredakan hati yang kepanasan
tiba-tiba. Aku sendiri pun tak faham kenapa aku perlu berasa jengkel. Apa yang
tak kena dengan otak aku ni?
“Saya tak main-main la. Saya ni pan-asian
tau. Mata saya biru, rambut saya kuning, kulit saya putih tapi darah saya darah
Hang Tuah,” katanya bangga sambil menepuk-nepuk lengan.
“Yeke? Apa yang saya nampak ialah
sebaliknya,” perliku sambil menongkat dagu tanda bosan. Kononnya tapi
sorok-sorok aku tersenyum macam kerang busuk. Sedikit terhibur dengan
perangainya.
“Thank you for your thought Miss Nur Ayuni
Batrisya, but I’m tanned, dyed my hair and wear contact lenses for your own
personal preference,” bidasnya dalam loghat britishnya membuatkan aku hampir
ternganga besar-besar. Nasib baik aku sedar diri dan cepat-cepat menutup semula
tangki mulutku sebelum ada limpahan yang tak sepatutnya. Buat malu sahaja
nanti.
“Apapun, berbalik pada topik asal kita...”
tuturku sedikit mengakui kata-katanya. Yelah cuba kalu entah mana-mana mamat
blonde lamar kau tengah dataran tak ke lagi haru dan biru macam mata biru dia?
Eh, tak mahu aku nak kucar kacirkan hidup aku yang dah sedia kucar kacir ni.
“... pertemuan kita yang pertama kat mana? Sebab setahu saya saya first jumpa
awak pun kat stesen bas tu jelah pun, mana ada tempat lain yang ada foreigners
lain lah kat McD kat sebelah stesen tu. Still saya tak pernah nampak awak...”
Tiba-tiba kataku mati apabila mindaku
teringatkan seraut wajah puth kemerahan dengan mata sepet dan rambut hallyu.
“Kawan cina awak tu...”
“Erm, nama dia Kevin. Kawan saya masa kat
London dulu dan always be my jiran kat sini. Dialah yang kenalkan saya pada
awak dulu. Ingat tak masa bulan puasa tu?”
Aku mengangguk, teringatkan pertemuanku
bersama Kevin dan rakan-rakan basketnya yang lain, sedang enak menikmati juadah
petang di McD, manakala aku dan Nila pula sedang menunggu waktu berbuka sebelum
waktu berangkat pulang ke Putra tiba. Waktu itu, aku dan Nila bercadang untuk
menonton satu pementasan yang dirakam oleh ahli kebudayaan dan kebetulan pada
masa itu meja aku dan meja Kevin pula hanya selang satu baris sahaja.
Pertunjukkan pementasan muzikal yang humor
dan romantik itu sedikit sebanyak menarik perhatian jiran meja sebelah yang
bising dengan kerenah mereka. Sesekali kumpulan itu akan turut menyanyi lagu
hindustan yang dinyanyikan melalui laptop Nila dan membuatkan aku waima Nila
tersenyum malu lalu ikut menyanyi sekali. Sememangnya saat yang kelakar dan
keadaan itu berterusan sehinggalah pementasan itu tamat dan kumpulan cina itu
pun ingin berangkat.
“Masa tu saya ada belakang awak je dan
saya datang nak join diaorang makan tapi Kevin laju saja angakat bontot dan
mahu pulang. Kalaulah awak pusing masa itu... Dalam perjalanan balik, Kevin
asyik bercerita tentang awak dan kawan awak, dan membuatkan saya tertarik untuk
berjumpa awak lagi. Hasilnya, tuhan menemukan kita di stesen bas dan di Pasar
Payang dan di Mydin dan di Giant dan di...”
“Wait!” jerkahku. Sedikit terkejut dengan
kenyataan yang dia katakan.
“Apa yang awak katakan ni?”
“Hehe, saya nak kata, pertemuan kita di
dataran tu bukanlah pertemuan pertama atau kedua atau yang ketiga. Tetapi ia
adalah pertemuan yang terjadi selepas beberapa pertemuan. Awak nak tahu, sebab saya
pilih awak ialah jodoh kita. Setiap pertemuan yang berlaku antara kita,
membuatkan saya fikir semua ini bukan kebetulan tetapi jodoh dan saya
percayakan jodoh. Antara kita ada jodoh. Awak menarik, cantik, dan menjaga
batas awak. Selain itu awak baik, ceria, tak mengharapkan balasan, awak jujur
dan awak setia. Lagi, awak suka makan ayam, awak perengus, awak pemalu, awak
kebudak-budakkan dan awak cepat keliru. Boleh kata semua perilaku awak saya
tahu dan saya sukakannya,” luahnya membuatkan aku kelu+terkedu=blank.
“Awak stalk saya eh?” serkapku dan
ternyata jawapannya membuatkan aku ingin membaling sepinggan piring kek fudge
ini pada wajahnya. Kurang asam jawa betul!
“Awak ni memang lah sesuai dengan gelaran
Putera Mustahil, awak tahu tak?”
“Awak panggil saya apa?”
“Putera Mustahil! Sebab awak pan-asian,
awak ada kriteria yang saya mahu, saya tak kanal awak walaupun saya terserempak
dengan awak tanpa saya sedar, nama awak saya tak tahu, agama awak, asal-usul
awak... Sanggupkah awak menikahi saya dan meninggalkan segala apa yang awak ada
sekarang ni?” soalku dengan dahi yang berkerut-kerut.
Aku lihat dia menelan susu panasnya yang
rasanya suam-suam kuku kini.
“Malah nama awak pun saya tak tahu. Saya
clueless sedangkan awak macam tahu semua benda tentang saya. Adil ke bagi
saya?”
“Lagipun saya masih lagi 18 tahun, nak
mengundi pun tak layak lagi. Ilmu agama saya tak setebal mana. Saya perlukan
pembimbing dan sokongan buat masa ini. Soal kahwin, saya rasa saya tak mampu
nak fikir lagi,” tambahku. Wajahku serius dan aku duduk menegak.
Namun hatiku rasa seperti membengkak bila
Putera Mustahil tersenyum nipis dan pandangannya menyenangkan dan hangat
menjadikan aku seperti lemah. Tidak, aku perlu tegas!
“That is why I like you more than before,”
tuturnya romantis lalu menghadiahkan aku senyuman lebar meninggalkan rasa
teka-teki d hatiku.
AKU menamatkan panggilanku apabila aku
rasa kemarahan Ara sudah mereda. Apalagi kalau bukan tentang lamaran Putera
Mustahil tulah. Ahhhh! Pening lah. Ingatkan bila dah habis diploma, dia dah
tutp kitab, rupanya tiap-tiap minggu dia telefon tanya progress. Aduh!
Bukan aku nak lengahkan masa, cuma aku tak
sedia lagi. Aku takut walaupun aku tahu tempoh yang dia berikan padaku sudah
tamat tempohnya seminggu lepas. Hisy, peninglah macam ni. Tiba-tiba telefonku
berbunyi lagi. Kali ini dari Nila pula. Bersedialah telinga.
“Yallo!” ucapku.
“Assalamualaikum Yun,” perlinya lalu
ketawa manja.
“Waalaikumsalam Nila. Heheh,” jawabku
malu.
“Kat ane?”
Aku melihat sign board di tepi jalan yang
aku lintas. “Bukit Kinrara. Alah, jap lagi sampailah ni,” ujarku sambil tangan
kiriku sibuk memusing stereng kereta Myvi kuning edisi terhad ini.
“Cepat sikit. Penat dah lutut aku tunggu
kau ni,” bebelnya.
“Ala, penatlah sangat. Konon! Hei cakap
kat Fikri, aku nak Hagn Dasz satu cup besar.” Aku rasa aku dapat dengar ketawa Fikri
yang terbahak-bahak di tepi telingaku.
“Hagn Dasz suruh Shahir beli. Fikri cakap
dia nak beli untuk aku je. Uek! Hei cepat sikit kalau tak aku mintak kat Shahir
pulak,” ujarnya dalam nada bergurau namun hatiku tetap tersentuh. Pantas awan
mendung berarak ke lukisan wajahku.
“Haha.” Aku ketawa palsu dan aku tahu Nila
dapat mengesannya.
“Yun, kau okey?”
Aku diam. Kakiku pantas menekan brek
apabila lampu isyarat merah bernyala di tiangnya.
“Aku gurau je tadi,” ujar Nila lagi.
“Aku tahu. Kau tak salah pun,” balasku
perlahan. “Okeylah, nanti kita jumpa lagi. Kat depan GSC kan?”
“Ha’ah. Drive safely kay? Bye,” ucapnya
lantas aku menggolongsor ikon merah dan mencampak telefon pintar itu di tempat
duduk sebelah. Ternyata, aku tak mampu untuk menahan rasa yang membelenggu diri
ini bila Ara dan Nila mengambil berat tentang perasaan aku.
Aku tahu aku bersalah. Aku tahu aku dah
terlambat dan aku tahu aku menyesal sangat-sangat. Kalaulah aku mampu
menghentikan masa, hentikan kapal terbang dari berlepas juga menjerit sehingga
seluruh dunia dengat rintihan aku, aku rasa sekarang ini aku tidak akan rasa
seteruk ini.
“PIN, PIN, PINNN!!!”
Kepalaku ku toleh sambil tangan kananku
angkat tanda mohon maaf lalu brek tanganku angkat dan menekan pedal minyak.
Nila kalau aku lambat sikit boleh tak?
MATAKU bak helang mencari dua kelibat
manusia yang secocok. Dala ramai-ramai manusia ini, agak sukar juga untukku
untuk mencari mereka walaupun dengan ketinggianku ini. Tanganku seluk dalam
poket, mengambil telefonku lalu mendail nombor telefon bimbit Nila.
“Trutt, trutt,” bunyi d corong telefon.
“Mana dorang ni?” bisikku kurang sabar.
Menyesal pula aku kerana tadi aku berlama-lama di kedai buku Uncle Jashua.
“Trutt, trutt... Hello?”
“Hello Nila kau...” tiba-tiba bibirku
mengeras dan lidahku tersekat di lelangit. Tangan ini menggeletar dan telefonku
jatuh pada lantai marble di sebelah kasut supraku. Adakah aku tersalah lihat
atau cermin mata harry ini tidak cukup bulat untukku? Bukankah dia di London,
membawa diri dan hati yang lara, meninggalkan Myvi kuningnya padaku?
Aku tak salahkan? Rambut perang, kulit
separa tan, bermata biru, bibir merah, tegap dan tinggi. Senyumannya tika in
juga, ah... senyuman itu yang mengganggu-gugat hati ini. Hati ini berdegup
kencang. Hati ini ingin berlari dar kotaknya waima badan ini ingin terbang dari
tapaknya. Namun jiwa ini ingin terus berdiri di sini dan menunggunya berhenti
melangkah di hadapanku.
Dapat aku rasakan di tubir mata
ini hangat dek genangan air mata. Aku mengetap bibirku pabila dirinya berada di
hadapanku, memandangku dan tersenyum padaku.
“Assalamualaikum Yun,” ucapnya.
Salamnya aku jawab dalam hati bersama liur
yang kutelan kesat. “Siapa awak?”
“Hah?” soalnya tidak faham.
“Awak ni siapa hah? Awak ni manusia ke?
Awak bukan hantukan?” soalku bertubi-tubi sambil memukul-mukul dadanya yang
bidang. Tidak cukup itu, air mata ini turut menghiasi drama sebabak kami,
mengundang seribu pasang mata memerhati dengan bisikan yang entah apa-apa.
“Hash Yun. Malulah, semua orang tengok,” tuturnya
selepas dapat menangkap kedua belah pergelangan tanganku yang berbalut dengan
lengan baju kapas yang panjang hingga ke jariku.
“Ada saya kisah?” jawabku memberontak.
“Awak ni...”
“Awak apa? Awak tahu tak, memanglah nama
yang saya bagi tu ikut expectation saya tau. Saya fikir mustahillah buat saya
nak jumpa awak dalam setahun dua ni, tup, tup, seminggu awak hilang... awak dah
ada depan mata saya balik. Kalau macam tu tak payah nak merajuk sampai pergi London
sana,” marahku.
Aku lihat dia sudah menggaru-garu belakang
kepalanya. Aku pula menyapu hingus dan air mataku dengan belakang tanganku.
“Saya bukan pergi London sebab saya
merajuklah...” ujarnya dengan mimik muka tidak berpuas hati. Dia melirik
matanya dari terus melihat restoran Mc Donald, dan memandang aku dengan
sengihan panjang. “...tapi tak pelah sebab sekurang-kurangnya saya tahu awak
sayang saya.”
Membulat mataku mendengar penjelasan si
Putera Mustahil ini. “Shahir!”
Belum sempat aku membebel padanya, dia
menekup mulutku dengan tangannya lalu berkata, “ awak ni saya tak habis cakap
lagi. Naughty betul.”
Berkerut-kerut dahiku mendengarkan
katanya. Apa dia ingat aku ni suka-suka nak membebel ke?
Tiba-tiba dia melepaskan tekupannya lantas
dia berlutut dihadapanku. Tangan kanannya di masukkan ke dalam kocek baju jaket
kemudian sebuah bekas baldu bewarna biru tua berada di atas telapak tangannya.
Perlahan-lahan dia membuka kotak itu dan memandangku.
“The very reason I fly back to London is
to meet my grandmom and to ask her blessing. She gave me this ring and want me
to bring you to her as her grandchild-in-law. Nur Ayuni, sudikah awak menerima
lamaran saya dan menjadi isteri saya dan ibu kepada anak saya dan nenek buat
cucu saya?”
Aku hanya berdiri di sini. Hanya berdiri
namun otakku kali ini tidaklah sekosong ketika kali pertama dia melamarku di
Dataran Ilmu di UKT. Tidak kali ini apabila kali ini dia melamarku di tengah
khalayak ramai di hadapan kaunter GSC Mid Velly ni. Oh tidak.... Shahir!!!
P/S: Walaupun macam itu, aku
terima juga lamaran dia. Haha. Itupun setahu lepas itu. Kejam ke aku? Hemmm.
Tak kut. Hihi. Apapun, aku tahu dia ialah orang yang paling setia dan sabar
dengan sikap aku ni. Apa korang tak tahu lagi siapa Putera Mustahil? Come on
lah korang... okey, okay. Nama yang aku sebut last sekali tu... ehem, ehem,
ha... dialah Putera Mustahil aku. Apa mustahil? Sebab apa pulak? Hah tak
sesuai? Apa korang ingat dulu aku senang-senang nak terima nama dia dengan rupa
dia tu? Tolonglah, seminggu aku taknak jumpa dia sebab terlalu shock (=,=)’
No comments:
Post a Comment