Enam
Belas : Bayang Semalam
14
April 2731, 0330am, Pinggir Daerah Posh High berdekatan China Town
Gadis yang bertubuh genit itu merendahkan hoodnya. Pantas sahaja dia menyelusup di
celah-celah orang ramai yang ghairah keluar masuk pusat-pusat hiburan yang
masih lagi setia berbunyi walaupun sudah dinihari. Nura memandang kiri
kanannya. Sesekali sweaternya itu
ditarik supaya tidak mendedahkan badannya dan sekaligus mendedahkan identitinya
pada mereka yang mengekorinya. Dia sesekali juga melihat jam tangannya.
‘Kak Kasturi! Akak kat mana? Cepatlah!’
Nura menggesa-gesa di dalam hatinya. Tangannya sudah berpeluh dek darahnya
sudah gemuruh dan kepalanya seperti berpinar-pinar sahaja. Entah rasa teruja
ataupun takut. Nura keliru.
Walaupun rentak kakinya diatur tenang,
namun matanya tetap awas melihat belakangnya apabila dia terserempak dengan
cermin sisi jalan yang bulat, besar dan terapung menggunakan teknologi angin.
“Aduh, ha maaf! Maaf!” ucap Nura kerana
tidak sengaja melanggar seorang lelaki yang berketinggian melibihi 175cm itu.
Dalam kelam pagi itu agak sukar untuk dia mengenalpasti wajah lelaki yang telah
dia langgar tadi. Sudahlah dia terpaksa mendongak. Kemudian tanpa berlengah dia
meninggalkan lelaki itu.
“Tak. Tak pe. Eh?”
Haidil menoleh ke belakang. Keningnya
bertemu. Tinggi gadis itu dikenalpasti dengan apa yang telah Kasturi terangkan
padanya 30 minit lepas. Pantas dia mengejar Nura. Tangannya pula sibuk
mengeluarkan telefon pintarnya. Dia harus memberitahu Kasturi.
“KIL, saya dah jumpa. Bangunan Undertake
Pub kat junction Meliwa. Two minutes from your point.” Kemudian
dia menamatkan perbualannya dengan Kasturi. Dalam sekelip mata, bayang Kasturi
sudah pun dapat dia kesan. Haidil tersenyum puas. Kasturi sememangnya tangkas.
Kasturi yang berpakaian serba ala-ala kaki
parti dengan rambut ungu terang potongan bob, membuatkan hatinya digeletek dek
geli. Jarang dia dapat melihat Kasturi berpakaian begitu namun demi menjaga
keselamatan Nura dan identiti Kasturi serta ejen yang lain, mereka tiada
pilihan lain dan berpakaian stail night
club walker.
Nura menjeling kakak yang tiba-tiba
berdiri di sebelahnya dan berjalan mengikut rentaknya. Sekali pandang dia
memang tidak dapat mengecam orang itu namun setelah dia melihat anak mata kakak
itu apabila terbias dengan lampu LED dari bangunan yang bergemalapan, sejuring
senyuman muncul di wajahnya.
Tiba-tiba poket seluarnya bergetar-getar
tanda dia menerima pesanan ringkas. Nura mengeluarkan telefonnya. Apabila dia
habis membaca, kepalaya terus tegak memandang ke hadapan. Langkah terus diatur
menuju ke tempat yang Kasturi arahkan padanya. Juga, entah bila seorang lelaki
yang dia langgar tadi berada di sebelahnya. Namun dia buat tidak endah. Mungkin
kerana Kasturi tidak memberi apa-apa respon apabila lelaki yang berambut hijau
tua itu turut berkawat bersama-sama dengannya.
Dalam fikiran Nura, pelbagai tanda tanya
muncul namun dia tahan sahaja soalan-soalan itu. Biarlah, masa akan menentukan
jua bila soalan-soalan itu berjawab.
EJEN
KIL atau nama sebenarnya Nur Kasturi binti Ahmad Mahmood. Umur 25 tahun.
Tinggi 167cm. Beratnya pula 58kg. Personaliti? Pendiam, tegas dan sangat
misteri. Seorang yang sangat cantik apabila tersenyum. Namun bukan mudah untuk
melihat senyumannya. Senyumannya hanya untuk mereka yang dia sayangi, tulus
dari hatinya. Itu apa yang dapat Haidil dapat rumuskan sepanjang dia bersahabat
baik dengan Kasturi.
Haidil menghembus nafasnya. Angin pagi
mula menggigit kulitnya. Sudahlah malam tadi hujan, dan kini angin sejuk itu
seperti berlegar-legar di sekitarnya. Lantas kotnya diperketatkan.
Bunyi derap langkah berima perlahan itu
membuatkan Haidil memalingkan kepalanya ke kanan. Segaris senyuman dihadiahkan
buat gadis yang telah lama mencuri hatinya itu. Namun, seperti yang diduga senyuman
yang dihulur oleh gadis itu terlalu tawar hingga Haidil rasa senyuman itu tidak
ada rupa senyuman.
“Macam mana dia?” soal Haidil sebaik
sahaja Kasturi berdiri di sebelahnya lalu bersandar pada ASPnya [auto self pro-Car].
“Nyenyak...” jawab Kasturi sepatah.
Haidil mengangguk faham. Tangannya yang
berada di dalam poket kotnya sedikit menggeletar apabila angin pagi sekali lagi
menyapanya. Dia menjeling Kasturi di sebelah. Gadis itu senyap sahaja merenung
langit gelap yang ditaburi bintang. Kesempatan yang ada itu untuk merenung
sepuas hatinya wajah Kasturi yang kini tampak sedikit berseri dari sebelumnya.
Wajah yang tiada cacat cela, dan diserikan pandangan mata yang redup dan penuh
misteri.
“PAGE...” panggil Kasturi perlahan dan
dalam.
Haidil tersentak. Lantas dia berpaling ke
arah lain. Seboleh mungkin dia cuba menyembunyikan rasa itu. Dia tidak mahu
Kasturi tahu akan perasaannya itu kerana dia tahu Kasturi menghargainya tidak
lebih dari seorang sahabat baik. Hanya itu tempat yang mampu dia daki dari yang
sebelum ini iaitu musuh ketat semasa mereka masing-masing baru sahaja selesai
mendaftar masuk ke kampus di Seaview, Evergreen.
“Yes,
KIL?” sahut Haidil. PAGE... itu namanya ketika bekerja. Jika Kasturi Ejen KIL
maka dia pula Ejen PAGE.
“...
terima kasih,” ucap Kasturi perlahan.
“For
what?”
Kasturi mengalihkan pandangannya daripada
terus memandang tompok-tompok kuning di langit. Keningnya terangkat. Mata redup
Kasturi memandang tepat terus ke anak mata Haidil. Untuk sesaat mereka berlawan
mata dan Haidil serta merta mangangkat bendera putih tanda menyerah kalah.
“Really
KIL, for what?” soal Haidil lalu melihat bayangnya pada cermin ASPnya
walaupun dalam kesamaran.
Kasturi terusan memandang Haidil. Haidil
pula sedaya upaya menahan debaran di dadanya. Hanya Allah sahaja tahu yang dia
kini menahan rasa yang tiba-tiba memuncak di dalam dirinya. Entah kenapa,
setiap kali Kasturi melihatnya begitu, perasaan ingin memeluk dan membelai
Kasturi timbul dengan sendiri dan dia mengambil masa yang agak lama juga untuk
belajar mengawal rasa itu. Oh Kasturi, tolonglah!
Lantas Haidil membuka cermin kereta ASPnya
dengan menekan pada punat hijau yang terdapat di remote control yang berada dalam poket kotnya. Perlahan-lahan cermin
itu terbuka dan pintunya terbuka dengan sendiri. Serentak itu sebuah anak
tangga atau dikenali sebagai platform turut muncul.
Saat dia mendaki anak tangga pertama,
lengan kirinya dipaut oleh Kasturi. Terus dia tidak jadi untuk mendaki. Haidil mengeluh.
“Haidil... aku betul-betul terhutang budi
dengan kau. Engkaulah sahabat aku dunia akhirat,” ucap Kasturi lirih. Waktu ini
takungan matanya seperti hendak pecah sahaja. Kasturi menundukkan kepalanya.
Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini perasaannya mudah terganggu, lebih-lebih
lagi dengan sikap Fairul yang seperti sukar untuk dicapai itu.
Haidil mengetap bibirnya. Sungguh dia
berasa seperti hendak menangis sahaja mendengar luahan Kasturi walaupun saat
itu hatinya disayat senipis-nipisnya. “Haha, Kasturi? Seriously, untuk apa yang aku pernah buat malam ni dan sebelum
ni... aku tak perlukan ucapan terima
kasih kau. Cukuplah kau tahu... aku...”
Ah! Kenapa mulutnya susah untuk menuturkan
perkataan ‘sahabat’ itu. Genggaman kedua belah tanggannya makin kejap.
Tiba-tiba dia berasa panas. Sepantas kilat, dia mengeluarkan kedua-dua
tangannya dari poket kotnya.
Kasturi mendongak. Telinganya menanti-nanti
ayat yang seterusnya.
“Kau
ingat tak janji kita Kasturi?” soal Haidil tiba-tiba. Kasturi menjadi hampa
kerana Haidil tidak menyudahkan ayatnya. Namun, seiring itu kening kirinya
tetap terangkat. Dengan gerak perlahan, Kasturi mengangguk.
“Bagus! Aku hanya mahu kau tahu yang aku
masih lagi berpegang pada janji tu dan aku nak kau terus patuh pada janji
kita!” ucap Haidil penuh semangat tiba-tiba.
Terkebil-kebil Kasturi melihat Haidil
sebegitu. Agak lama juga dia tidak berjumpa dengan watak Haidil yang satu itu
setelah mereka diterima masuk ke persatuan itu dan pada masa itu jugalah,
mereka telah mengikat perjanjian sahabat sejati selamanya. Berjanji akan terus
setia pada persahabatan mereka walau apapun yang berlaku, berjanji untuk terus
menjadi tulang belakang sesama mereka dan berjanji untuk tidak meninggalkan
salah seorang dari mereka dan hanya maut memisahkan mereka. Ya, Kasturi masih
ingat lagi tiga sumpah taat setia itu.
“Aku akan terus setia Haidil,” balas
Kasturi kemudian satu senyumannya muncul membuatkan hati Haidil yang
berkobar-kobar dengan bara persahabatan mereka menjadi sejuk dan tenang. Tidak
lama selepas itu, Haidil turut sama tersenyum gembira.
“Jadi, jaga Nura baik-baik. Aku dah declare dengan dia yang kitaorang
sekarang ni sister and big brother.”
“Okay,” jawab Kasturi dan diselitkan
sekali ketawa kecil.
“Fasal gambar yang kau bagi tu, aku dah
suruh budak-budak tu pergi siasat dan...”
Senyuman Kasturi mati di situ.
Haidil tidak dapat meneruskan kata-katanya
apabila melihat wajah Kasturi yang berubah tegang itu. Haih, mood seriusnya
sudah kembali.
“...it
seems like she’s duplicating herself and
unite with the civilians. FYI,
aku syak perempuan yang sama yang ekori Nura, sebab origanal body dia still in the same location as yesterday,” sambung Haidil.
Kasturi melihat Haidil dengan satu
perasaan yang sukar untuk digambarkan. Fikirannya mula mengerah ingatannya.
Ingatannya terhadap perbincangannya dengan Mejar Ellan beberapa bulan yang
lalu. Artikel-artikel yang dikepilkan bersama-sama dalam hard copy file juga
artikel yang berkaitan dengannya juga walaupun Kasturi masih lagi berada sedikit
samar-samar dengan artikel-artikel tersebut.
“Aku dengar dia dah keluar penjara ikut
pelan, bukan?” soal Kasturi serius dengan keningnya terangkat sebelah. Tajam
sekali pandangan matanya menikam iris Haidil sehingga Haidil berasa sukar untuk
menelan liurnya. Sumpah! Haidil tidak suka bila Kasturi meng-‘on’kan moodnya
yang sebegini.
“Well,
the plan goes smoothly...” dalih Haidil.
“Hm?”
Gulp, akhirnya lepas juga air liurnya
melalui anak tekaknya. Satu senyuman nipis diberikan sebelum wajahnya juga
turut berubah serius.
“It’s
Low.”
“Low?” soal Kasturi kurang faham.
“Dia mencuba sebaik mungkin untuk mencari
bukti pembunuhan ayahnya. Aku dah tak boleh halang dia lebih-lebih lagi The
Twin dan HA nak turut serta,” Haidil memberitahu sedikit maklumat itu pada
Kasturi daripada keseluruhan kebenarannya. Dia terpaksa menyorok kebenaran yang
sebenar demi menjaga keselamatan Kasturi. Lebih-lebih lagi isi kandungan disket
itu.
Kasturi memicit-micit kepalanya. Aduh! Juniornya memang suka bertindak tanpa
mendengar arahan! Ah! Susahlah begini. Jika lelaki yang bernama Zaim dapat
menghidu lakonan Saiful habislah rancangan mereka setelah dia dan Mejar Ellan
atur strategi itu lebih dari sebulan. Lebih-lebih lagi Fairul. Kalau boleh,
Kasturi mahu Fairul ialah orang yang paling terakhir mengetahui siapa dirinya
sebenar, bagaimana lelaki itu boleh memperoleh bukti-bukti itu semua dan tujuan
sebenar penubuhan unit C14 ini.
“Tuan Ellan tahu fasal ni?” soal Kasturi.
Haidil mengangguk lalu menambah, “on the
spot dia bagi tugasan kat Low dan yang lain-lain.”
“Habis siapa yang back up aku?” soal
Kasturi sedikit risau dengan berita yang baru diterimanya itu. Bibirnya diketap
kuat. Habislah dirinya nanti jika tiada siapa yang menjaga belakangnya nanti,
yang membuat kerja belakang tabir dan sebagainya. Haih~
“Budak-budak team aku yang buat. Kau jangan risau, semuanya under control dan kau hanya perlu mainkan watak kau iaitu diri kau
sendiri. Okay?” kata Haidil sambil memegang kedua belah bahu Kasturi. Kedua-dua
keningnya terangkat tanda menanti jawapan dari Kasturi.
Sekali lagi Kasturi mengetap bibir.
Sekejap-kejap matanya memandang Haidil dan kasut sneakersnya. Berat hatinya mahu menerima kata-kata Haidil dan pada
waktu ini seperti hendak sahaja dia terbang ke Seaview berjumpa dengan Mejar
Ellan.
NURA
menyelak sedikit bidai yang menutup cermin itu. Kelihatan Kasturi dan Haidil
sedang memandang sesama mereka dan tangan Haidil itu. Tangan Haidil itu
membuatkan fikiran Nura berfikir yang bukan-bukan. Terutama sekali jarak muka
Kasturi dan Haidil begitu rapat. Lagilah Nura berfikir yang kakak itu ada
hubungan sulit dengan orang lain.
“Kesian Abang Fairul...” bisik Nura
perlahan. Rasa simpati melimpah-limpah buat Fairul walaupun dia sudah bersumpah
dengan Haidil di dalam ASP lelaki itu yang mereka adik beradik angkat sebaik
sahaja dia selamat menunggang kenderaan tersebut. Yelah siapa tidak mahu abang
yang sangat tampan dan sopan, tetapi Fairul juga tiada kurangnya.
Lamunan Nura terbang apabila Haidil sudah
menaiki ASP merahnya. Cermin itu tertutup sesaat selepas Haidil mengambil
tempat duduknya dan kereta terbang itu mula terapung perlahan-lahan apabila
enjinnya dihidupkan.
Kasturi melambai-lambai pada Haidil
bersama-sama dengan senyuman nipisnya yang popular itu. Haidil membalas
lambaian Kasturi dan dengan ketinggian tidak sampai 10 meter dari tanah, ASP
itu dipandu perlahan menuju ke pondok pengawal. Sebaik sahaja ASPnya melepasi
garisan kuning iaitu sempadan perisian perlindungan udara Saujana Apartment,
Haidil mengangkat sterengnya.
Dari jauh Nura dapat lihat cahaya lampu
belakang ASP milik Haidil yang sudah terbang tinggi 10km dari tanah dan terbang
lurus menuju ke Barat Laut iaitu menuju ke Gleam City dengan kelajuan 150km/j.
Pantas Nura melompat ke atas tilam apabila
Kasturi berpaling memandang ke rumahnya atau lebih tepat lagi ke arahnya!
Kasturi mengerut dahinya kemudian dia
tergelak kecil. Nura... Nura. Rupanya tidak tidur lagi. Pandai betul gadis itu
berlakon sehingga dia sendiri pun boleh tertipu. Kasturi menggeleng-gelengkan
kepalanya. Lantas dari tempat parkir listed
guest, Kasturi berlari menuju ke tangga naik terus ke rumahnya yang berada
di tingkat paling atas iaitu tingkat dua.
HAIDIL
menghempaskan tubuhnya di atas set sofa yang bewarna lumpur tanah liat.
Bantal-bantal kecil yang berada di bawah badannya pantas ditarik satu persatu
supaya pembaringannya lebih selesa. Sambil itu matanya terpejam ditutupi dengan
lengan kanannya. Baru sahaja dia memasuki alam lena dia berasa ada orang
membuka lampu ruang tamu itu. Serta merta dia mencapai anak bantal dan menutup
mukanya. Haisy, siapa sahajalah yang menganggu tidurnya?
“Hoi bangunlah, tidur dalam bilik,” tegur
seseorang.
“Hmmm, dah syuh, syuh,” jawab Haidil
sambil tanggannya tergawang-gawang ke udara.
Ah-In tergeleng-geleng melihat teman
serumahnya itu. Lantas dia menuju ke dapur. Rasa haus pula apabila terjaga
pagi-pagi buta seperti ini. Peti sejuk di buka, kotak susu tanpa lemak itu
dicapai, penutup dibuka dan glup, glup, glup.
“Ahhh...” Lega rasanya bila tekak yang
kering dan gatal ini kembali berair dan basah.
Kemudian prosedur menyimpan kotak susu itu
dilakukan apabila dia berasa puas menikmati kemanisan dan kemasaman susu lembu
itu.
Ah-In tidak jadi melangkah ke biliknya
apabila Haidil tiba-tiba bangun dari baringnya dan duduk kaku di situ tanpa
berkelip. “Kau apahal?”
Haidil menarik dalam nafasnya lalu
menghembusnya kembali. Matanya menebar ke segenap ruang. Rumah kondo yang
bertemakan classic kontemperori itu
sedikit sebanyak mengembalikan semangatnya. Matanya melirik ke Ah-In yang sudah
duduk di sebelahnya.
“Aku rindu Saiful doh,” lawak Haidil.
Tidak semena-mena meletus ketawa Ah-In
mendengar kata-kata itu. Haidil turut sama ketawa walaupun sedikit sebanyak ada
benar dalam ayatnya itu. Yalah. Selalu rumah itu akan riuh jika mereka bertiga
berkumpul di ruang tamu itu namun setelah ayah Saiful meninggal dunia baru-baru
ini, seri rumah itu sudah berkurang sedikit selepas Saiful berpindah ke rumah
agam milik keluarganya di Posh High.
“Kau pergi mana aja pagi tadi?” soal Ah-In
sebaik sahaja tawanya reda.
“Jumpa buah hati aku,” jawap Haidil laju.
Terbeliak mata Ah-In mendengar jawapan
Haidil. Biar betul!? Lelaki di sebalahnya ini keluar rumah pukul tiga pagi
semata-mata nak jumpa seniornya,
Kasturi. Mesti kes berat ni.
“Nampaknya diaorang dah start target orang HA,” tambah Haidil
lalu wajahnya diraup berkali-kali.
“Target?
Who?” soal Ah-In keliru. Adakah ini
ada kaitan dengan disket yang Saiful serahkan pada Farid? Atau lakonan mereka
selama ini telah terbongkar? Aduh!
“Nura...”
“Nura?” perlahan nama itu disebuti oleh
Ah-In. Nama itu seperti familiar
sahaja. Bibirnya diketap kuat. Siapa Nura? Ah-In memerah otaknya, cuba
mengingati siapakah Nura? Adakah gadis yang sering bersama dengan arwah Farid
itu? Gadis yang dia sangka budak sekolah itu dan tidak cukup umur itu? Hah?
“Wait,
wait. Budak tu pendek-pendek, comel-comel, macam soft toy tu ke?”
Haidil mengangguk. Ah-In pula rasa seperti
hendak luruh sahaja jantung itu apabila menerima jawapan itu. Sudah! Kenapa
pula gadis itu menjadi sasaran mereka? Ah-In berusaha mengingati momen-momen
yang berlaku tiga bulan lalu. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
Tiada kurangnya. Jadi kenapa gadis itu menjadi sasaran?
“Sekarang dia kat mana, PAGE?”
“Rumah KIL.”
“Rumah KIL? Macam mana KIL boleh kenal
budak Nura ni?”
“KIL taknak cerita...” Sungguh, ini adalah
pertama kali Kasturi berahsia dengannya dan rasa seperti dadanya penuh dengan
angin sahaja apabila dia mengingati hal itu. Even Nura pun tidak mahu buka mulut. Dua gadis itu seperti sudah
berjanji sahaja untuk tidak membuka mulut. Apa yang membuatkan mereka berdiam
diri? Kenapa? Bagaimana? Di mana? Hisy... Kusut!
“...Aku rasa tak sedap hatilah.”
“Aku pun...”
Serentak Haidil dan Ah-In bersandar pada
sofa. Tiba-tiba rasa berat di hati mereka menular ke minda mereka dan
seterusnya ke seluruh saraf badan mereka. Saat matahari mendaki naik seiring
dengan laungan Azan Subuh di surau 50 meter dari kediaman mereka, kedua-dua
lelaki itu menjadi si peresah yang sarat dengan pelbagai soalan dan
kemungkinan.
“DING
DONG...!”
“Ding dong...!”
“Ding dong...!”
“Hisy!!!” rungus Kasturi lalu berjalan
sambil menghentak kaki ke alat kawalan pintar rumahnya. Dia yang baru sahaja
keluar dari bilik mandi, membetulkan bath
robenya ala kadar. Sempat pula matanya menjeling ke arah Nura yang sedang
duduk termenung di bay window di aras
dua.
Dengan hati yang geram, Kasturi melihat ke
skrin alat kawalan pintar yang bersegi empat dan bersaiz besar itu.
Kelihatan helaian-helaian rambut yang bewarna hitam kemerahan dan cahaya lampu
yang terbias. Imej itu sesekali bergerak ke depan dan ke belakang. Kasturi
merungus. Sudahlah tadi dok tekan-tekan loceng rumah macam nak runtuh lepas itu
dok berdiri dekat-dekat pada video CCTV pula! Memang nampaklah siapa yang
datang!
“Jauh sikit!” marah Kasturi pada alat
kawalan pintar itu.
“Hah?” kata tetamu itu kurang dengar
sambil mengangkatkan wajahnya memandang terus ke video interkom membuatkan mata
dan mulut Kasturi sama-sama terbuka luas. Lantas Kasturi berlari masuk semula
ke bilik mandinya di mana bilik mandi tersebut bersambung dengan bilik bajunya.
Nura yang dari tadi meledani perasaan
tersedar apabila mendengar langkah Kasturi mencicit masuk ke dalam bilik air.
Lantas Nura turun anak tangga terus menuju ke alat kawalan pintar yang berada
di entrence hall. Belum sempat Nura
mengintai tetamu itu melalui skrin alat kawalan pintar, Kasturi sudah keluar
dari bilik mandi dan bersiap cantik. Laju pula dia pakai baju.
Pantas jari Kasturi menekan ikon ‘open door’ dan pintu depan rumahnya
terbuka dengan sendiri. Disebalik pintu tersebut berdiri Fairul dengan
senyumannya yang sentiasa memikat itu. Kasturi membalas senyuman Fairul namun
tidaklah selebar senyuman Nura yang berdiri di belakang Kasturi. Nura menutup
senyumannnya dengan tapak tangannya. Patutlah tadi berlari macam tikus kene
kejar kucing rupanya buah hati datang. Lalu Nura mengundur diri ke dapur, mahu
membuat kopi.
“Assalamualaikum,” ucap Fairul dengan
senyuman selamat paginya.
“Waalaikummusalam,” jawab Kasturi tenang
walaupun hatinya berlari laju kerana :-
1.
Jumpa
kekasih hati
2.
Rindu
3.
Marah
4.
Bengang
5.
Bengang
6.
Bengang
...dan
Kasturi rasa senarai nombor seterusnya hinggalah ke seribu sekalipun, perkataan
‘bengang’ sahaja yang akan muncul. Kasturi sedaya upaya menahan rasa marahnya
pada Fairul supaya pergaduhannya dengan lelaki di hadapannya ini tidak
berlansung lagi buat kali ke-berapa, Kasturi sudah tidak tahu.
“Awak lapang sekarangkan?” soal Fairul
dengan hati-hati. Dia seperti dapat mengesan aura kemarahan Kasturi sahaja yang
membahang di sekeliling gadis itu.
Senyap. Kasturi lansung tidak memberi
respon pada pertanyaan Fairul sebaliknya gadis itu melihat ke arah jam di
tangannya. Kasturi mahu melihat sejauh mana Fairul akan lakukan padanya untuk
membuatkan dia membuka mulut dan berganjak dari tempat itu.
“Kasturi saya tahu awak marah but please... jangan buat perangai macam
ni,” pujuk Fairul. Dia sudah tidak kisah untuk menjadi air yang menyiram api
pada waktu ini kerana dia sedar punca kemarahan Kasturi ialah dari dirinya
juga. Tetapi perkara yang berlaku pada malam itu membuatkan dia terpaksa
bertindak sedemikian pada Kasturi. Lagipun, tujuan dia datang berjumpa dengan
Kasturi sekarang ini ialah untuk menjelaskan perkara yang berlaku semalam.
“Awak freekan?
Jom.” Tanpa menunggu jawapan dari Kasturi, Fairul menarik tangan Kasturi untuk
membuntuti langkahnya namun Kasturi tetap berdiri keras di situ seperti patung
monumen sahaja. Fairul mengeluh.
“Kasturi sayang...” panggil Fairul dalam
nada memujuk.
Hati Kasturi yang tadi keras bagai batu,
cepat sahaja menjadi lembut seperti jelly.
Akan tetapi, Kasturi meneruskan lakonan wajah bengisnya cuma kali ini dia pula
yang menarik Fairul memasuki ke dalam rumahnya.
“Eh, eh, ehhh! Masuk?” Fairul sedikit
terjerit apabila Kasturi berbuat sedemikian. Sebelah tangannya pula sudah
berpaut pada ambang pintu rumah Kasturi. Manakala kaki kanannya berada di dalam
rumah Kasturi dan sebelah lagi berada di luar. Fairul pantas
menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak mahu ambil risiko berada di dalam
rumah berdua-duaan dengan Kasturi lebih-lebih lagi dia segan. Segan kerana
rumah Kasturi yang serba besar dan canggih.
Kasturi mengerut dahi. Mulutnya sudah
herot. “Awak taknak masuk, saya taknak cakap dengan awak seminggu!” ugut
Kasturi dengan mata yang mencerlung. Tangan Fairul dilepaskan. Hatinya tawar
dengan perangai Fairul.
“Kasturi wait!” Fairul pantas menyambar semula pergelangan tangan Kasturi.
Terkejut lelaki itu dengan ugutan Kasturi. Seminggu tidak bercakap? Hei! Boleh
meroyan dia kalau Kasturi tidak bercakap dengannya seminggu. Sudahlah semalam
dia tidak berjumpa waima bercakap dengan Kasturi pun sudah boleh buat dirinya
separuh nanar. Sungguh, semua yang berlaku semalam di luar dugaannya.
“Eh?
Kenapa tak masuk lagi?”
Pertanyaan dari Nura membuatkan pasangan
itu berpaling ke arahnya. Mata Nura terkebil-kebil melihat aksi pasangan itu.
Fairul pula sudah berkerut dahi. “Nura?”
KASTURI
sudah berpeluk tubuh. Fairul pula tunduk merenung kopinya. Nura pula berada di
bawah sedang menonton televisyen. Suasana sunyi sepi antara mereka. Tiada satu
bunyi pun yang terhasil malah bunyi televisyen dari aras bawah pun tidak
kedengaran.
“Fasal semalam,” Fairul membuka mulut.
Mukanya diangkat supaya dapat melihat wajah Kasturi namun Kasturi lansung tidak
memandangnya. Sebaliknya gadis itu melihat pemandangan luar dari tingkap bulat
yang kecil itu.
Warna kuning telur yang dicat pada dinding
di belakang Kasturi, terbias dan menjadikan pemandangan sekeliling nampak
sedikit terang, hangat, dan simple.
Lebih-lebih lagi dengan seni binaan di ruang aras dua yang berkonsepkan isle dimana dari tepi tingkap itu pun,
Fairul mampu lihat pintu rumah Kasturi. Tambahan itu, penggunaan ruang yang
bercirikan minimalism ini menjadikan
rumah Kasturi samaada aras dua mahupun satu nampak sangat luas walaupun dari
luar apartment ini nampak kecil sahaja.
Fairul membetulkan silanya. Window bay yang luas itu membuatkan
Fairul ingin sahaja berbaring di situ. Di samping itu, Window Bay yang sebelum ini rata telah diubahsuaikan bentuk
geografinya dengan wujudnya satu meja kecil di tengah-tengah window bay itu dan
menempatkan dua buah cawan kopi.
“... saya cuma nak awak tahu saya bukan
sengaja nak abaikan awak macam itu sahaja semalam. Saya ada sebab,” sambung
Fairul.
Sepi. Kasturi seperti tidak mendengar apa
sahaja ayat yang keluar dari mulut Fairul. Kata-katanya bagaikan angin lalu.
Nasib baiklah Allah kurniakan sifatnya dengan sifat penyabar. Berhadapan dengan
Kasturi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan jika dia tiada kesabaran,
agaknya sudah lama dia angkat kaki tinggalkan Kasturi.
Fairul menghembus nafasnya. Lantas dia
mengambil sesuatu dari dalam beg selempangnya yang berbentuk petak dan bewarna yellow ochre. Sekeping foto berukuran
sederhana itu diletakkan di atas meja lalu digelongsorkan terus pada Kasturi.
Itulah penyebab kenapa dia bertindak dingin dengan Kasturi semalam. Semuanya
gara-gara foto itu.
Kasturi menjeling pada foto itu. Terus
Kasturi meleraikan pelukan pada tubuhnya. Dengan lambat sekali Kasturi mencapai
foto itu. Matanya mula berkaca. Tangannya terketar-ketar. Namun semua rasa yang
wujud dalam dirinya ditahan apabila dia dapat rasakan dirinya diperhati tajam
oleh Fairul.
“Siapa Wan?” soal Fairul terus terang.
Kasturi mendongak. Matanya bertembung
dengan panahan mata Fairul. Mulutnya seakan terkunci, hatinya rasa gugup,
bibirnya rasa kering dan kakinya menjadi kebas. Pantas dia mengalihkan
pandangan. Perlahan-lahan Kasturi menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak! Dia
tidak mahu berkata apapun tentang Wan pada Fairul. Tiada satu pun ayat! Kerana
baginya Wan adalah masa lampaunya dan Fairul pula adalah masa kininya.
Kedua-dua lelaki itu ialah orang yang pernah dan sedang bertakhta dalam
hatinya.
“Siapa Wan, Kasturi?” Fairul menegaskan
suaranya.
Sekali lagi Kasturi menggeleng-gelengkan
kepalanya.
“Kasturi...”
Kasturi menekup telinganya.
“No
Kasturi, awak patut luahkan. Jangan simpan dalam hati awak. Kasturi!”
“No!
No Fairul! Tiada sepetah kata akan keluar dari mulut saya tentang Wan! No!” jerit Kasturi sehingga bergema-gema
di setiap ruang yang ada dalam rumah ini. Nura yang sedang galak menonton
televisyen menjengukkan sedikit kepalanya ke tepi. Kemudian dia kembali
menumpukan pada rancangan yang tersiar iaitu rancangan memasak memandangkan dia
ialah pelajar jurusan kulinari di universiti tempatan.
Fairul mengesotkan badannya mendekati
Kasturi. Dia berasa sedikit bersyukur kerana mereka tidak berada di luar jika
tidak sekarang ini pasti, mereka telah menjadi tontonan umum.
“Kasturi...” panggil Fairul lembut. Tangan
yang menekup telinga Kasturi ditarik lembut. Hati Fairul menjadi sayu melihat
air mata yang mengalir di pipi Kasturi. Fairul pasti air mata yang mengalir
kini adalah air mata yang sama mengalir pada malam itu. Berapa lama agaknya
telah Kasturi pendam rasa sakit kerana memendam dan mungkin juga rindu pada
Wan, adiknya.
smbng lgi..
ReplyDelete