Return
Aku ada
impian. Impian untuk menjadi seorang yang bebas. Walaupun begitu, aku sendiri
dalam pencarian apa itu bebas. Telah banyak aku kaji dan aku fikirkan. Bebas.
Sebenarnya bebas ada pelbagai makna bagi setiap individu. Dari sudut fahaman
kita; secara dasarnya, bebas membawa maksud kemerdekaan. Sebagaimana seorang
hamba dilepaskan dari tuannya, sebagaimana si pesalah di angkat tuduhannya dan
sebagaimana seekor burung merpati membelah awan biru nan luas dan indah,
bertemankan awanan kapas nan putih. Bagi orang itu bebas adalah satu jaminan
hidup yang akan datang. Bagi orang itu pula, bebas merupakan ukuran kematangan
seseorang membuat keputusan dan bagi kanak-kanak itu pula, bebas merupakan
sesuatu yang tidak mampu diungkap dengan kata, hanya perasaan yang memenuhi
ruang dan waktu mampu menggambarkan apa itu bebas. Bagi aku pula, seperti yang
aku cakap tadi, aku masih lagi mencari.
AKU meletakkan
sebeban buku yang aku gendong dari bilik kuliah hingga ke bilik persediaan
dengan penuh rasa kelegaan. Beg sandang telah lama aku jatuhkan dari terus
berpaut pada bahu yang sudah terasa sengalnya. Aku mengurut-urut bahuku dan
sesekali aku memutar-mutarkan kepalaku ke kiri dan kanan. Penat. Aku tahu ada
empat pasang mata memerhatikan aku bagai helang dengan dahi H-tack. Haha,
komikal sungguh.
“Apa?” soalku
bodoh.
“Hargailah
setiap beban ilmu yang kau bawa kerna di dalam sebuah buku terkandungnya
seluruh isi dunia,” sinis Raven menasihatiku. Dia tersengih kemudian kerana
dapat menyindirku sepedas-pedasnya.
“Oh aku tahu
ayat tu dari mana, dari buku Inkheartkan?” teka Franciss ghairah. Pennya
dicampak dan dia berpaling memandang belakangnya, tempat Raven dan Derek duduk.
“Itu apa yang Mo katakan, bukan?”
“Ding! Tepat
sekali. Tahniah anda telah memenangi sebuah skuter Honda terbaru. Sila
tuntutnya di akhirat,” Raven berlulucon mengundang tawa Derek dan aku. Sekali
lagi Raven tersenyum-senyum penuh sadis. Mamat itu memang penuh rasa sadis yang
menakutkan. Namun, dialah orang pertama yang akan datang membantu bila berada
dalam kesusahan. Pengalaman ketika aku di sekolah tinggi mengingatkan aku untuk
menghargai setiap mereka yang ada di sisiku walau sesadis macam mana sekalipun
orang itu.
“Jadi, apa
yang membuatkan kau lambat hari ini? Puan McDonald masih cuba mengorat kau?”
soal Derek terus ke pangkal soalan, tiada belok kiri atau kanan. Senang cerita
dan menjimatkan muka surat. Derek pula seorang yang jujur, tidak pernah
memendam tetapi aku tetap rasa yang dia ini masih lagi ada rahsia. Seorang yang
pasif. Itu yang pasti.
“Itu
sebahagian darinya,” jawabku malas lalu aku pergi ke pantry, mengambil sebuah
mug dan sepeket nescaffe lite 3 dalam 1. Lalu aku memulakan prosedur untuk
membancuhnya. Sangat mudah. “Perempuan tua tu lansung tak sedar diri yang dia
dah ada anak empat orang dengan dua orang cucu. Apa la yang dia nampak kat aku
yang hot ni?”ujarku berama sengihan yang panjang.
Pecah tawa
mereka mendengarkan betapa teruknya aku mengutuk kerani pejabat kolej hal ehwal
pelajar di universitiku dan pada masa yang sama sempat lagi aku masuk bakul
angkat sendiri. Namun itulah kebenarannya.
“Ya memang
hot, hot dengan makcik tua,” balas Raven pedas.
Sesaat, sebuah
bantal kusyen sudah melayang tepat ke belakang kepalanya. Ganjaran untuk mereka
yang bermulut tiada insurans seperti Raven. Aku mengambil tempatku di sebelah
Raven, manakala Franciss, si kanak-kanak periang telah lama mengambil tempat di
sebelah Derek. Raven membuang bantal kusyen itu ke tempat asalnya semula.
“Jadi apa yang
sebenarnya berlaku?” soal Franciss tidak sabar.
Aku menghirup
air nescaffeku perlahan dengan penuh nikmat. Hilang sedikit lelahku setelah
penat berjalan ke hulu ke hilir, memerah otak bagai nak gila di mana sepatutnya
hari ini, merupakan hari paling santai buat aku juga hari paling lengang di bilik
persediaan.
“Aku disihir,”
jawabku dalam bahasa kiasan.
“Hah?”
“Kenapa tak
percaya?” soalku lalu sekali lagi aku hirup kopiku dengan mata tidak lepas
memerhati wajah teman-teman baikku. Dahi mereka berkerut, bagai jika ada sebuah
rumah peladang di dalam hutan rambut mereka, pasti tempat di dahi mereka akan
digamburkan seperti kerutan di dahi-dahi itu dan yang paling seronok, tanaman
menjadi. Bolehlah aku rembat sedikit.
Tiba-tiba
sekali lagi ruangan bilik persedian yang majoritinya di cat warna crimson red
dan black forest, digema dengan gelak tawa tiga orang jantan. Sakit juga
telinga aku, sampaikan aku tersembur air kopiku. Nasib baik tidak kena kertas
kerja Raven yang berselerak di atas meja belajar ini.
“Disihir?”
soal Derek tidak percaya.
Aku angguk
sekali.
“Tadi?” soal
Franciss pula.
Sekali lagi
aku angguk. Aku ni ada rupa orang menipukah?
“Oh
sahabat-sejati-teman-sepermainan ku, kau telah disihir oleh nenek tua bernama
Puan McDonald yang dah beranak empat dengan dua orang cucu!”
Sekali lagi
mereka ketawa terbahak-bahak. Aku pula yang blurr. Sejak bila pula aku kata
disihir oleh perempuan tua tu? Sedangkan apa yang aku bayangkan tika ini ialah
seorang perempuan berambut hitam yang beralun lembut, berkulit putih kemerahan,
mata bundar dengan iris biru yang menawan, bibirnya yang merah dan hidung yang
mancung. Namun bukan fizikalnya yang ingin aku ketengahkan sekarang ini. Bukan
fizikalnya yang menyihir diriku.
“Dia budak
sekolah okey,”jawabku sedikit kuat supaya mereka yang ketawa sampai terbatuk-batuk
itu berhenti batuk-batuk. Kasihan pula melihat teman-temanku ketawakan aku
sampai begitu sekali.
“Aku
bermimpi...” kata Raven memperliku lalu melentokkan kepalanya di atas meja
kemudian menutup bola matanya dengan kelopak mata bertemankan alis yang panjang
dan lentik.
“Aku tak main-mainlah,”
bentakku tidak puas hati.
“Okey ce-cite
sikit kat kitaorang, budak sekolah mana yang dah jampi kau ni? Aku tengok kau
biasa je,” ujar Derek sambil menutup buku ekonominya yang tebal nak mampus itu.
Cermin matanya yang bertenggek di atas hidung dibetulkan suapaya penglihatannya
lebih jelas. Raven juga perlahan-lahan mengemas kertas kerjanya yang berterabur
sana sini. Budak medikkan. Nak buat macam mana.
“Dia cantik
tak?” soal Franciss tidak sabar.
“Cantik,”
jawabku jujur.
Raven
mencebik. “Kawan, aku bukan tak kenal kau. Dekat sedekad aku kenal kau okey.
Taste kau bukannya budak sekolah. Jadi aku percaya kau kali ini, walaupun
perkataan cantik tu tak berapa nak kukuh subjeknya,” tutur Raven sambil menepuk
bahu kiriku. Aku tersenyum senang. Aku akui, aku lebih gemarkan perempuan yang
lebih berusia dari ku, yang lebih matang tetapi bukanlah yang seperti Puan
McDonald itu. Jadi memudahkan cerita, aku sukakan personal wanita yang
berkarisma, matang dan berkeyakinan. Seperti Profesor Flora atau Profesor
Juliette. Malah, sepanjang aku hidup 23 tahun, tidak pernah seorang pun teman
wanitaku muda dariku.
“Dia lain dari
yang aku pernah jumpa,” kataku sebagai pembuka bicara.
“Lain yang
macam mana?” soal Franciss memotong jedaku yang penuh suspens. Kacau betul.
“Dengar
ajelah,” marah Derek tidak puas. Franciss pula sudah memuncungkan mulutnya
macam muncung itik.
Aku memejamkan
mataku. Wajahnya terbayang di mindaku. Senyumannya yang manis dan pertuturannya
yang lembut. Penuh sopan dan teratur. Pakaiannya yang tidak terlalu menonjol.
Biasa-biasa sahaja pemakaiannya dan itu bukanlah citarasaku namun aku tetap
tertarik padanya. Apabila dia menjeling, punah sudah segala yang aku sangkakan
tadi. Dialah citarasaku. Galaknya matanya memandangku tajam bagai mahu
meratahku hidup-hidup dan apabila rambutnya meliang liuk ke kiri dan kanan
apabila berlari, membuatkan aku ingin rebah saat itu juga akibat terkena
serangan jantung yang tiba-tiba.
PEJABAT Hal
ehwal pelajar, Universiti Doorman, Greenaday. Waktu-waktu begini kebiasaanya
ramai pelajar tahun pertama berpusu-pusu menghantar borang validasi mereka pada
saat-saat akhir. Ada yang baru hendak tanda tangan, ada yang sibuk hendak
men’stapler’, dan ada juga yang berebut-rebut hendak meletakkan slip mereka di
dalam kotak lutsinar yang berada di sudut kaunter. Padahal tidaklah sesak mana,
bahkan adalah dalam tiga empat orang yang betul-betul membuat perkara yang aku
‘nyata’kan di atas. Sebahagian pula kaki sibuk. Ya sibuk mengintai orang kat
dalam pejabat ini, iaitu aku. Ah, perasan sendiri. Hehe. Aku pula berada di
sebuah tempat di bahagian kiri kukible, sibuk menaip-naip, menyudahkan kerjaku
sebagai ahli jawatankuasa kolej, yang terbengkalai dari semalam lagi.
Sebaik sahaja
aku tamat menyudahkan kerjaku, aku menyimpan dokumen itu lalu ku fakskan ke
bilik Encik Turney, orang yang bertanggungjawab ke atas hal-hal yang berkaitan
dengan aktiviti pelajar di universiti ini. Aku fikir aku ingin berjumpanya
sebentar di bilik namun memandangkan dia ada tetamu di dalam bilik, aku
batalkan niatku.
“Dah siap
kerja Charlie?” soal seorang perempuan yang cuba dilunak-lunakkan suaranya.
Baju kemejanya ketat dengan skirt paras lutut yang sendat dan terbelah di
belakangnya. Hari ini dia memakai baju yang agak menonjol asetnya walaupun
usianya yang hampir mencecah 50 tahu itu namun dia mengekalkan kejelitaannya
dengan bersungguh sekali.
Aku mendongak
memandang wajah Puan McDonald yang menunduk memandangku, sengaja membiarkan
bonjolan asetnya terdedah sedikit. Namun aku sikit pun tak tergugat. Tak
berminat. “Ya puan. Dah siap,” jawabku ala kadar. Aku bangun dan bersedia untuk
pulang apabila Encik Turney keluar dari bilik bersama-sama seorang gadis yang
tidaklah tinggi mana, rendah juga tidak. Sedang-sedang saja.
“Saya nak awak
cuba semak semula nanti takut-takut nanti awak terlepas beberapa perkara yang
perlu. Sebab awak ni lompat grade dan awak lambat masuk. Sistem pun sekarang ni
tengah sesak. Okey?” kata Encik Turney pada muka pintu bilik itu, melihat gadis
yang membelakangkanku dengan wajah serius.
“Baiklah
encik. Saya faham. Harap saya tak susahkan pihak encik,” ujar gadis itu.
Encik Turney ketawa
lepas. Gadis itu menunduk lalu berpamitan dengan lelaki 30an itu, berjalan
penuh yakin. Sesuatu yang membuatkan aku pandangnya tidak lepas.
“Siapa dia
encik?” soalku pada Encik Turney hanya apabila gadis itu keluar dari pejabat.
Aku sedikit tertarik untuk mengetahui tentang gadis itu apabila telingaku menangkap
perkataan ‘lompat grade’ juga dengan aturan langkah penuh yakinnya itu.
“Kenapa
berminat ke?” gurau Encik Turney dengan nada suara yang kuat yang disengajakan.
Mungkin mahu Puan McDonald dengar. Biar wanita itu tergugat atau apa sahaja.
Yang pasti Encik Turney tidak suka pekerjanya begitu di kawasan begini. Aku
pula hanya ketawa. Tidak mungkinlah aku boleh berminat dengan gadis yang aku
pandang belakangnya sahaja. Namun aku tidak endahkan persoalan itu, membiarkan
Puan McDonal berfikir yang bukan-bukan. Lantaklah ada aku kisah? Kalau dia
berputus asa lagi bagus. Huhu, aman hidup aku.
“Dia lompat
grade, tahun pertama jurusan seni halus. Budak yang bijak,” komen Encik Turney
lalu berjalan masuk ke dalam biliknya semula namun kemudian dia keluar sekali
lagi bersama sebuah beg kanvas. “Kau berminat bukan?” soal Encik Turney dengan
sengihan panjang. Aku pula yang blurr.
MANALAH aku
nak cari minah ni? Kawasan kampus ni bukannya kecik. Besar bagak lainlah kalau
macam Universiti N di Bukit N. Kawasannya kecil sikit memandangkan jurusan yang
ditawarkan pun sedikit juga. Tidak silapku empat sahaja. Itu apa yang
sahabatku, Blaine Grey katakan. Macam manalah hidup dia sekarang ye? Hehe.
Sempat lagi aku nak terfikirkan minah tomboy itu dalam keadaan genting ini. Aku
lihat semula isi dalam beg kanvas itu. Terdapat sebuah buku lukisan tebal saiz
A3, dua buah bekas pensil warna berbeza isi, sebuah palet, sebekas warna air
dan tiga batang berus. Aku mencari-cari pensilnya. Eh, dia tak guna pensil ke?
Dia guna pensil warna untuk melakar ke?
Lantas aku
mengambil tempatku di bawah sepohon pokok redang berdekatan dengan bangunan
Fakulti Seni yang terdiri beberapa buah cabang bangunan. Aku mengeluarkan buku
lukisan itu kerana sifat ingin tahuku yang membuak-buak kini. Dari helaian
pertama, mataku sudah terbuka luas. Tergamam. Lukisan rumah api yang sangat
cantik dengan tona warna yang ringan namun berkesan. Di mataku yang tidak
berapa arif tentang seni ini, aku dapat rasakan tekanan perasaan yang mendalam.
Terkesan di hatiku. Kemudian aku selak bahagian seterusnya. Gambaran sebuah
kotej di atas bukit di kelilingi daffodil yang ditiup angin. Terdapat seorang
wanita yang berdiri di hadapan pintu sambil melambai-lambai. Aku tersenyum.
Kesan lambaian yang sangat menjadi walaupun lambaian yang statik.
Aku menyelak
ke muka surat seterusnya dan seterusnya. Hinggalah aku berhenti menyelak. Di
bahagian tengah buku itu, terdapat lakaran pensil wajah seseorang yang kacak
pada pandangan mataku. Teman lelakinyakah? Aku selak lagi. Kali ini lakaran
lelaki yang sama sedang tidur beralaskan meja. Nampak penuh bersahaja.
Disebabkan aku ini ada sifat ingin tahu yang melampau, aku selak lagi walaupun
aku telah melanggar peraturan menceroboh privasi orang. Aku sendiri juga tidak
faham tetapi andaianku buat masa ini adalah satu, AKU NAK TAHU!
Dup. Aku berhenti
menyelak. Jariku berhenti menyelak apabila iris mata ini dapat mengesan satu
lukisan seorang gadis dan seorang jejaka berdiri di sisi pokok redup sambil
ketawa memerhatikan sesuatu yang tidak terkelihatan di dalam lukisan itu. Yang
jelas hanya gambaran emosi yang melimpah dengan penuh rasa... cinta? Namun yang
peliknya antara potret lelaki dan potret perempuannya mempunyai stroke yang
berbeza. Apapun, lukisan ini membuatkan aku untuk tidak lagi mahu menyelak. Aku
pasti potret perempuan di dalam ini ialah tuan kepada buku ini.
Pabila aku
menutup buku dan menyimpannya di dalam beg kanvasnya semula dan bersedia untuk
bangun, aku sedikit terkejut dengan kehadiran seorang gadis berwajah
kebudak-budakkan. Sedikit terkejut. Okey. Aku tak jerit pun kuat-kuat sampai
berdengung-dengung kawasan fakulti ni. Sumpah! Serius.
Namun aku tahu
aku sudah menjerit dengan agak kuat apabila aku melihat gadis itu tersentak
dengan jeritanku. Siapa yang tak terkejut tengok jantan menjerit macam beruk?
Buat seketika keadaan menjadi kekok sebelum dia tertawa geli hati. Aku pula
yang... apa orang kata... alah... starstruk? Gitulah. Sebabnya, dia nampak
bersnar-sinar apabila dia ketawa lembut begitu. Perlahan dan sopan. Bapak, siap
ada butterfly bagai muncul kat latar mata ini. Adakah ini cinta? Haha, wahai Charles Fedorick, kau sudah jadi
seperti orang bodoh dalam soal ini yang sepatutnya kau sudah arif!
“Apa yang
kelakar?” soalku cuba menutup gugup dan debar di dada. Sambil itu aku buat muka
bengang seolah-olah aku tidak suka akan riaksinya itu.
“Maaf. Tapi
kita serikan?” ujarnya ikhlas lalu bingkas bangun, membetul-betulkan bajunya
yang sedikit kemut.
Aku mengetap
bibirku. Memandangnya dari atas hingga bawah. Berfikir dengan lebih mendalam.
Tadi mungkin aku terpana tetapi tidak mungkinlah aku boleh suka perempuan
seperti ini? Dia gadis 17 tahun yang lansung tidak menepati selera engkau yang
high-class tahu tak! Bagaimanalah aku boleh terfikir yang aku ini sudah jatuh
cinta dengan dia. Nonsense! Lagipun apa maksud dia dengan seri?
Gadis itu menghulurkan tangannya, meminta
sesuatu padaku. Aku jongket keningku.
“Saya rasa
cukup-cukuplah awak nak bongkar privasi saya kan?” katanya lembut namun pedas
dengan jelingan mata yang tidak padan dengan rupanya yang mentah itu. Ayatnya
sepedas kata-kata Raven namun jelingannya membuatkan hatiku berhenti berdegup
sedetik sebelum ia berlari bagai nak gila. Apa kena dengan aku ni?
“Ni?” Aku
tunjuk beg kanvas yang aku sangkut pada bahuku. Kali ini dia pula yang jongket
keningnya. Amboi lagi tinggi dari aku.
“Betul ke?
Saya tak rasa beg ini awak punya.” Dengan selamba badaknya aku mengangkat
sebeban buku dan fail-fail yang letak di atas meja dan ku bawa bersama,
meninggalkan gadis itu terkedip-kedip kelu sebelum sempat dia menjawab usikan
kasar ku.
“Baiklah,
beritahu saya kenapa awak berbuat demikian?” soal gadis tu yang kini cuba
menyaingi langkah kakiku. Aku tersenyum lucu.
“Saya tak tahu
nama awak, bagaimana saya nak sahkan yang barang-barang ni hak milik awak?”
soalku dalam bentuk frasa senada. Sangat skema. Agaknya perempuan ni banyak
baca buku bahasa inggeris klasik sampai cakap pun serupa ayatnya.
“Jangan nak
main tarik tali dengan saya, encik. Saya tak tulis sebarang nama pun pada
barang-barang saya!” katanya dengan tegas lalu menghalang laluanku dengan
beraninya. Menyentap bag kanvas dari celah ketiakku, hampir menyebabkan
buku-buku ku hampir jatuh dari pegangangku dan dia berjalan meninggalkanku
dengan jelingan paling maut yang pernah aku jumpa. Nampaknya aku dah cari
masalah dengan perempuan yang salah. Terkial-kial aku membetulkan posisi stabil
buku-buku ini sebelum aku memandang belakangnya, pada hayunan rambutnya yang
meliang liuk ke kiri dan ke kanan bagai tiada sempadan untuk dia libaskan
rambutnya itu. Aku ketawa kecil.
“Hei budak!
Cik Orange!!!” jeritku pada gadis itu.
Gadis itu
berhenti melangkah. Tepat sekali tekaanku.
“Nama awak
Mikan bukan?” tekaku lagi.
Gadis itu
berpaling, menjelir lidah padaku lalu dia berlari meninggalkan aku dalam
teka-teki yang aku sendiri jawap. Tiba-tiba...
“Aouch!”
kataku melihat dia jatuh mencium lantai simen kaki lima Fakulti Seni Reka.
Pasti sakit dan memalukan. Aku pantas bergerak mendekatinya namun langkah yang
ku atur laju semakin perlahan apabila dengan penuh keyakinannya, dia bangkit
semula dari jatuhnya tanpa pertolongan sesiapa jua. Malah menyambung kembali
perjalanannya bagai kejadian tadi tidak pernah berlaku sebentar tadi
sehinggalah dia lenyap dari pandangan mataku namun susuknya, perlakuannya dan
ekspressinya tidak pernah meningalkan hati dan mindaku. Meninggalkan kesan yang
cukup mendalam. Aku berasa sesuatu yang sangat lain dan rasa itu mula ada sejak
aku mula nampak bayangnya. Aku telah disihir tanpa dia sedar.
AKU rasa aku
dah jelaskan dengan cukup terang, jelas dan nyata bahawasanya aku tidak
perlukan teman sorak untuk perkara sebegini. Macam aku ini nak pergi mengorat
orang (walaupun hakikatnya sebelum ini jika aku ingin mengurat orang pun
mereka; Raven dan Franciss, tidak pernah pun datang beri sorakan). Namun hari
ini entah jin mana yang dah rasuk diaorang sampai sanggup jadi pak sorak aku.
Nasib baik Si Jujur Derek tak ada di sini. Kalau tidak susah juga aku.
“Kenapalah Der
tak ikut sekali?” keluh Franciss.
Aku julingkan
mataku.
“Betul, betul,
betul! Kalau Der ada, mesti dia cakap bahawasanya kau dilamun cinta macam budak
sekolah rendah yang jatuh cinta sebab dapat gula-gula lolipop dari seorang
perempuan yang giginya dah rongak!” sindir Raven tanpa ada sebarang rasa
bersalah pun.
“Untuk kali
ke-10 aku cakap, aku TAK jatuh
cinta, aku admire dia. AKU KAGUM!”
sebutku dengan jelas sekali tetapi mamat berdua ini ada ambik kisah. Hampeh!
“Cakaplah apa
yang kau nak cakap Char, tapi untuk ke-11 kali aku nak cakap, kau tu egoistik,”
balas Raven lalu menyuapkan buah oren mandrin ke dalam mulutnya dengan
berselera sekali. Mentang-mentanglah nak musim perayaan, dia balun sekotak oren
yang Franciss bawa balik dua hari lepas. Aku memandang Franciss meminta belas
namun Si Kanak-kanak Riang itu buat tidak endah sahaja. Aku mengeluh kuat
sebelum ekor mataku menangkap sekujur tubuh yang telah aku simpan kemas dalam
kotak memoriku.
“Sangat
menarik!”
“Apa yang
menarik?” soalku sinis.
“Kau toleh kat
dia dua kali. Pergh, even kat Georgia pun kau tak pernah buat macam tu,”kata
Raven yakin sekaligus mengingatkan aku kepada skandalku #13 yang hanya bertahan
untuk seminggu sahaja. Perempuan tu melekat kat aku pun sebab harta keluarga
aku. Macam haram je. Nasib baik aku tak angkat dia jadi awek aku. Itupun minah
tu dah melebih-lebih.
“Whatever!”
balasku lalu meninggalkan Raven dan Franciss yang sudah menggeleng-gelengkan
kepala mereka. Sempat lagi mereka laungkan kata-kata semangat yang lebih
menyakitkan hatiku daripada meningkatkan keyakinanku.
Setelah
seminggu aku kumpul semangat dan sedikit sebanyak maklumatnya, hari ini aku
ingin memulakan persahabatanku dengan gadis yang aku lebelkan sebagai Mikan,
buah Tangerine. Comelkan? Hehe. Nama dia yang betul... juga aku rasa Mikan
kerana berdasarkan riaksinya terhadap pertanyaanku pada minggu lepas boleh
membawa kepada dua maksud; 1) Bluek, kau salah bodoh, atau 2) Bluek, kau betul
jadi jangan ganggu aku. Makanya aku pilih #2 sebab aku suka nama tu walaupun
dengar macam budak-budak tetapi entahlah aku rasa sesuai dengan dia. Malah,
setiap kali aku kata nama gadis itu ‘Mikan’ pada Raven, Franciss mahupun Derek,
mereka tertawa terbahak-bahak hingga batuk-batuk. Riaksi yang sangat melampau.
Aku tahulah mereka sudah tahu nama sebenar gadis itu tetapi aku sendiri
bertegas untuk bertanya sendiri. Bukankah lebih gentleman?
Aku berhenti
mengekorinya apabila aku lihat dia memasang kaki tripod lalu dia meletakkan
sebuah buku bersaiz A3. Kemudian dia membuka pula kerusi bangku kecil yang
kurus kakinya untuk dia duduk sebelum dia memulakan aktiviti seninya iaitu
dengan melukis pemandangan Taman U yang jaraknya dari sini hingga ke titik
tolak aku tadi, lebih kurang lima kilometer jugalah aku mengekor dia. Lantas
aku mengambil tempat di belakangnya, sedikit ke atas membolehkan aku melihat
dia menconteng kulit kayu yang telah diproses itu. Kerana kawasan bukit ini
terlalu landai, jarak antara aku dan Mikan sangat jauh tetapi aku masih boleh
nampak dia dan permainannya.
BOSAN! Sudah
sejam aku duduk melanguk kat sini, di bawah terik cahaya matahari (sebenarnya
tidaklah seterik seperti yang aku katakan. Cuaca hari ini sangat sesuai untuk
orangnya ada hobi macam Mikan) Lantas aku angkat punggung, mengibas-ngibas
seluarku daripada terlihat kotoran tanah dan rumput lalu aku mendekati belakang
Mikan. Aku intai kawasan kanvasnya. Tanpa sedar, terbit sebuah senyuman di
bibirku.
“Macam mana?”
soal Mikan tiba-tiba. Aku pula yang terkejut. Aku ingatkan nak ‘BAAAH’ dia
rupanya aku yang kena ‘BOOO’. Malu siot.
Aku
mengurut-urut tengkukku. Terasa sengal pula. Apabila Mikan menoleh memandangku,
aku hanya mampu tersengih sambil mengangkat tanda bagus. Dia tersenyum senang.
SEMENTARA
menunggu lukisannya kering, dia sudi duduk di atas rumput bersamaku dan berbual
denganku. Aku pula yang berasa segan kerana dapat layanan yang mesra daripada
dia.
“Awak tak
marah saya?” soalku sedikit pelik dengan riaksi selambanya. Bukankah minggu
lepas dia marah padaku?
“Nak buat apa?
Buang karan je,” jawabnya matang. Matanya fokus memerhati sekumpulan
siswa-siswi yang bermain layang-layang dengan gembira sekali. Bergelak ketawa,
bertepuk tampar, saling bekejaran dan ada yang duduk santai melihat
layang-layang mereka di awanan. Di sudut lain pula, ada yang sedang mengayuh
basikal, berkelah, roller skating dan jalan-jalan menghirup udara petang.
Suasana yang sangat damai lebih-lebih lagi ditemani bunyi desir dedaunan yang
ditiup lembut oleh bayu.
“Kalau dah
macam tu, saya panggil awak Mikan,” putusku senang dengan tingkahnya itu.
“Ikut suka
awaklah. Itu hanya nama pena saya sahaja. Awak tak nak tahu nama betul saya?”
soalnya sambil memandangku menanti jawapanku. Aku memerhatikan anak matanya
yang bersinar galak. Kesan contact lens la katakan. Tetapi sesuai warna mata
itu dengan wajahnya. Aku ketawa. Memandang awan biru bertemankan unggas.
Entahlah sekarang ini aku tidak rasa teriknya matahari malah aku rasa sejuk dan
menyenangkan. Tenangnya tidak pernah aku berasa begini semenjak kali terakhir
aku keluar dengan Venice, teman wanitaku yang pertama dan yang terakhir. Yang
lain, aku hanya angkat sebagai skandal sahaja. Tak kuasa aku nak lebih-lebih.
“Ikutkan hati,
dari minggu lepas saya dah boleh tahu nama awak, tapi saya tak nak. Saya nak
kenal awak secara bersemuka. Saya nak bercakap dengan awak,” luahku. Gadis itu
memandangku dengan kening terjongket sebelum dia merebahkan dirinya di atas
rumput di sebelahku.
“Hm... awak ni
peliklah.”
“Apa yang
pelik?”
“Entahlah.
Saya cakap apa yang saya rasa. Saya bukannya pandai berkata-kata.”
“Tapi awak
pandai luahkan,”jawabku lalu mengunjukkan pada buku lukisannya yang dibiarkan
terbuka, membenarkan cahaya mentari dan bayu lembut menyapa permukaannya
sebelum dilindungi oleh kulit tebal sehingga entah bila akan dibuka semula.
Mikan ketawa
senang. “Terima kasih,” ucapnya kemudian memandang langit. “Jadi awak pandai
berkata-kata?” tekanya.
“Ikut pendapat
masing-masing sebab saya tak rasa pun saya pandai mengayat tetapi orang kata
saya ni playboy ayat bunga-bunga,” jawabku sambil mengjongket bahu.
“Playboy hah?”
“Awak tak
fikir saya playboy ke?”
Sekali lagi
Mikan ketawa lepas. Lucu melihat rupaku yang sudah berkerut-kerut, tidak
percaya dengan soalannya itu. Pertama kali berjumpa dengan orang tidak
mengakuinya sebagai seorang kaki perempuan.
“Ikut pendapat
masing-masinglah sebab pada pandangan saya... awak ni...” Gadis itu berjeda,
matanya dilirikkan padaku. Aku pula yang suspens.
“Kasanova,”
jawabnya bersahaja. Aku angkat keningku tinggi sehingga berkerut-kerut dahiku.
“Sebenarnya
itu bukan ke dua perkara yang sama?”soalku kedengaran... bodoh. Tidak pernah
aku bayangkan situasi ini. Situasi di mana aku di ajar bagaimana dunia
berpusing dan bagaimana pula bulan menjadi sang setia.
“Well for me,
it’s not. Playboy seorang kaki perempuan dan kasanova juga seorang kaki perempuan.”
Dia berjeda, melihat wajahku yang kini sudah berbaring sepertinya. “Itu secara
generalnya. Bayangkanlah ada dua situasi. Seorang lelaki kaya dan seorang
lelaki miskin yang masing-masing sama sifatnya; iaitu seorang kaki perempuan.
Seorang lelaki kaya mampu membelanjakan setiap wang ringgitnya untuk mana-mana
sahaja wanita yang dia suka atas sebab kepuasan hati hari ini. Esoknya, dia
akan mencari wanita lain dan membelanjakan lagi wangnya untuk kepuasannya lagi
sehinggalah pada satu titik dia inginkan satu komitmen dengan satu wanita
sahaja untuk dia belanjakan wangnya bukan sahaja kepuasan dia malah kepuasan
pihak satu lagi juga.
“Sedangkan
lelaki miskin ini pula, bagaimanakah untuk dia membelanjakan wangnya untuk
wanita-wanita yang dilahirkan di dunia ini cantik di pandangan matanya?” soal
Mikan membuatkan tertmbulnya satu persoalan di benakku. Situasi pertama yang
Mikan ceritakan padaku tadi sangat berkait rapat denganku namun cerita kedua
ini tidak pernah aku terfikirkan.
“Pastinya dia
akan layan setiap perempuan dengan sangat baik dan bermaruah. Walaupun suatu
hari nanti dia akan meninggalkan wanita itu demi wanita lain, akan tetap dia
hargai setiap apa yang wanita-wanita ini berikan padanya. Awak pernah dengar
tentang lelaki yang namanya Giacomo
Girolamo Casanova de Seingalt?”
Aku mengangguk. Pastinyalah, kerana dari
namanya lahir satu frasa untuk mereka, sang pencinta wanita. Kekasih hatinya
sentiasa bertukar-tukar kerana baginya itulah lumrah baginya. Dia dilahirkan
untuk jantina berlainannya dan cintanya hanya untuk mereka.
“Kenapa awak kaitkan saya dengan dia?”
Mikan tersenyum nipis, cukup menggambarkan
bahawa dia sedang menunggu soalan itu dari mulutku.
“Saya nampak dia dalam awak,” jawabnya
ringkas.
Aku tergamam. Seperti lidahku telah digunting
setelah ditarik panjang keluar dari ronggangku. Aku tidak tahu samaada aku
tidak sukakannya ataupun aku sukakannya juga. Untuk itu aku perlukan jawapan
yang lebih dalam kerana semakin aku menafikan apa yang berada di dalam hati ini
semakin kuat hati ini ingin aku mengiakannya. Penjara yang dulu luas kini
berasa sempit. Sempit dengan hambatan rasa yang tidak keruan.
“Awak seorang yang popular di fakulti saya.
Hari pertama saya di sini pun saya dah dengar pelbagai jenis cerita tentang
awak. Awak kaya, very seducing, hard to approach yet a charm like a gem. Setiap
pendamping awak punya citarasa tersendiri dan awak letakkan limit pada setiap
hubungan awak.”
“Sempat awak menganalisa saya ek?”
Gadis itu hanya mengerlingku. Walaupun tidak
terlihat senyum di bibir, namun aku nampak senyum di matanya.
“Jadi saya fikir, awak tak hamburkan duit awak
untuk mereka. Awak tak approach mereka tetapi ada sahaja yang akan flock pada
awak, walaupun dah berkahwin...”
Aku faham siapa yang dia maksudkan.
“Sebab tu awak rasa saya ni seorang kasanova
dan bukannya playboy?” soalku untuk kepastian.
“Bagi saya kasanova lebih baik dari playboy,”
jawabnya bersahaja.
Aku mengangguk. Berasa sungguh kagum dengan
gadis di sebelahku walaupun umurnya jauh lebih muda dariku namun pemikirannya
jauh lebih matang dariku mahupun mana-mana perempuan yang pernah hadr dalam
hidupku. Malah Venice juga tidak sepertinya dan pengakuan ini membuatkan hatiku
berdegup laju. Aku mengetap bibirku.
“Saya ada satu lagi soalan...”
“Awak hutang saya lebih dari tiga soalan,”
potongnya tidak puas sebelum tersenyum lebar. Aku pula yang tersentak, tidak
sangka dia akan berkira denganku tetapi tidak kisahlah kerana selepas ini
seberapa banyak sekalipun gads ini ingin bertanya, aku akan sentiasa ada.
“Macam mana awak tahu saya yang pegang beg
awak?”
Mikan bangun dari baringnya, memandang
wajahku kemudian tersenyum penuh misteri. Matanya menjadi sepet dan rambutnya
kelihatan lembut ditiup angin petang membuatkan hatiku menjadi lebih tidak keruan.
Hati ini berlari dengan tidak seirama larian biasa membuatkan hati ini lebih
tersepit, lemas dalam penjara yang aku sendiri dirikan dan dilapisi sihir yang
tidak aku fahami.
“Encik Turney yang pertemukan kita dan
selebihnya... fate.”
Saat itu aku sedar, sebenarnya sihir yang
menjeratku itu bukanlah pengikatku. Sihir itu yang membebaskan aku. Selama ini
aku sentiasa fikir, yang wanta ideal buat aku adalah seorang yang matang, tua
daripadaku namun itu hanya pemikiran konservatifku. Mikan telahpun membebaskan
aku dari tanggapan yang sebegitu kerana usia tidak membataskan kematangan.
Kerana usia tidak membataskan cinta yang kukagumi. Aku rela untuk diikat
olehnya. Diikat oleh sihir cinta Mikan.
-----
Okeh, happy new year! alrite I know, dah lepas 20 hari untuk ucap tpi x salahkan? Ini adalah cerpen yang pertama dan mungkin ada samb. nyer. X pasti lagi sbb lpas ni betul-betulx300 nak fokus untuk siapkan DSK. macam2 ujian datang bile dah bukak fail DSK. Jangan risau, TNJ tetap ada tetapi mungkin tidak berkala macam dulu, cerpen jugak. Orang kata, kalau nak berjaya tak leh tamak. Aduss. Nak wat camne ek? Otak ni dah bermacam story kluar, tinggal nak garap jer. DSK gak. kat dalam otak saya dah end dah citer dia tapi sampai kat MS word jer, adoyai. Kelu lidah jap. Hehe, itulah orang kata ujian. Nak berjaya juga kena sabar. X lama lagi nak final, skang ni tgh musin test kat Uni saya. Tensen bile paper *** ni lansung saya x fham sbb kne baca. Saya x ske benda yang x der lukisan yang nyata atau dpat saya visualkan. huhu. kesian plak korang kne baca luahan hati saya yang ntah pape ni. x memasal jer. Oklah, saya rasa readers terhibur kot baca citer saya. Huhu. x pe nanti akan saya pastikan Charles@Charlie jadi romantik x hengat.
No comments:
Post a Comment