Lapan
belas : Keraguan
14
April 2731, 2236pm, Saujana Apartment, Posh High
Kasturi melipat telekungnya lalu disidai
pada tempat penyidai yang terdapat di tepi tingkat aras dua rumahnya. Rumahnya
gelap bertemankan cahaya dari lampu luar di balkoni dan lampu jalan membuatkan
Kasturi terbuai-buai dengan perasaannya memandangkan Nura sudah tidur di aras
bawah. Kasturi tidak kisah mereka berkongsi katil malah dia lebih suka,
sekurang-kurangnya dia ada teman di kala malam yang sejuk itu dan dilimpah
hujan yang turun renyai-renyai.
“Nampaknya... lambatlah bunga berkembang,”
kata Kasturi dalam nada perlahan. Jarinya yang runcing menyentuh cermin yang
sejuk itu. Matanya liar memerhati titis-titis hujan yang turun di luar dengan
dirinya kini duduk bersila di window bay,
tempat di mana dia dan Fairul berbaik-baik pagi tadi. Namun, petang itu mereka
bergaduh semula. Semua kerana salahnya. Atau sebenarnya salah Fairul atau juga
Nura?
“Eh, Kak Kasturi dan Abang Fairul dah lama
kenal ye?” soal Nura ketika itu sedang mengemas cawan-cawan kopi yang
dihidangkan tadi buat tetamu yang datang. Pada waktu itu matanya terlihat foto
yang terletak di antara bantal-bantal yang disusun kemas itu.
Kasturi dan Fairul yang sedang leka
berbual di bawah, di meja bar makan, sedikit terkejut dengan pertanyaan Nura
yang kedengaran sayup-sayup itu. Kasturi memandang Fairul, Fairul memandang
Kasturi. Masing-masing tidak dapat menangkap patah kata Nura tadi.
“Apa dia Nura? Akak tak berapa dengar la,”
soal Kasturi meminta kepastian. Kelihatan Nura turun dari tangga berputar
sambil menatang dulang yang berisi cawan-cawan kopi. Sebaik sahaja kakinya
mencecah ke lantai kayu itu, Nura berjalan pantas menuju ke meja bar. Dulang
yang ditatang, diletakkan dengan berhati-hati. Kasturi dan Fairul memerhatikan
sahaja gerak langkah Nura yang kelihatan sangat comel itu lebih-lebih lagi bila
gadis genit itu tersenyum dengan matanya yang bulat besar itu tiba-tiba menjadi
sepet.
Nura mengambil gambar yang dia letak di
dalam dulang tersebut lalu mengunjukkannya pada pasangan di hadapannya. “Kak Kasturi
dan Abang Fairul dah lama kenal ke? Masa ni Kak Kasturi berapa tahun ye? Abang
Fairul pulak? Kenapa Kak Kasturi dan Abang Fairul ada kat hospital? Akak sakit
ke?” soal Nura tanpa henti sehingga menyebabkan kepala pasangan itu sedikit
pusing dengan soalan-soalan Nura yang keluar dari bibir mungilnya bak michine gun.
“Whoa, Nura... slow! One by one. Hehehe,” ketawa Fairul bersama-sama Kasturi. Nura
yang sedikit teruja tadi baru tersedar yang dia terlalu teruja mengaju soalan
demi soalan pada pasangan itu. Lalu gadis itu turut sama ketawa.
“Sebenarnya...” Fairul berhenti berkata.
Tiba-tiba hatinya rasa tidak enak untuk terus bercerita lebih-lebih ‘orang’
yang akan mereka ceritakan itu ialah Kasturi dan Wan. Bukannya dia. Malah,
Fairul fikir untuk bercerita akan hal itu, ada baiknya biarlah Kasturi membuka
mulut. Dia tiada hak untuk bercerita.
“Itu akak dengan kawan akak dan rupa dia
serupa macam Fairul,” jawab Kasturi tenang.
Terangkat kening Nura mendengar jawapan
itu. Fairul memandang Kasturi. Jika itu pilihan gadis itu, Fairul tidak ada hak
untuk menghentikannya walaupun dia dapat rasa dadanya seperti berdebar-debar. Seperti
rasa tidak sedap hati. Namun, dia buat tidak endah sahaja.
“What?
Biar betul! Mati-mati Nura ingat akak dengan abang dah lama kawan. Muka abang
samalah dengan muka kawan akak. Sebiji gila!”
“Serupa sangat ke?” soal Fairul ingin
tahu.
“Ha’ah serupa. Walaupun muka kawan akak ni
macam budak-budak sikit tapi dia ada macam iras-iras abang lah. Tak tipu! Macam
abang versi masa kecik-kecik. Comel lah!” jawab Nura sambil ketawa tanpa
menyedari riak Fairul yang tiba-tiba berubah. Tiba-tiba memori lalunya datang
mengetuk mindanya. Satu persatu menerjah ruang fikirnya. Ketika pertama kali
dia berjumpa dengan Zareen dan ketika pertama kali dia diperkenalkan pada ahli
keluarga Kasturi yang besar itu. Semuanya memanggil dia dengan panggilan Wan dan
semalam dia hampir bertumbuk dengan Syukri kerana lelaki itu telah memprovok
dirinya tentang perasaan Kasturi terhadapnya.
“Jadi mana kawan akak ni dah pergi? Ada kat
luar negara ke?” soal Nura pada Kasturi yang kini berada di hadapan peti sejuk.
“Entah, akak tak tahulah Nura. Kitaorang lost contact,” jawab Kasturi ala kadar.
Bukan niatnya mahu berbohong, cuma untuk dia bercerita banyak dengan Nura...
ada baik sesetengah perkara itu perlu diceritakan pada orang tertentu sahaja
seperti Fairul.
“Mesti dia ni dulu first love akak kan?” soal Nura nakal. Dia memang suka mengorek
cerita tentang cerita cintan-cintun ini. Biasalah, dia masih lagi remaja, jadi
cerita yang paling dia gemari selain cerita masak-memasak ini ialah cerita
cinta.
Kasturi menuang jus oren ke dalam tiga buah
cawan mug yang comel dengan reka bentuk dan coraknya. Matanya yang sedari tadi
memerhati air jus itu jatuh ke dalam mug tersebut, melihat Nura yang sudah
tergedik-gedik tidak sabar mahu mengorek cerita cintanya. Lalu segaris senyuman
dihadiahkan buat Nura tanda jawapannya sebagai ‘ya’. Kemudian dia menjeling Fairul
yang duduk membelakangkan dirinya itu. Lelaki itu dari tadi hanya diam sahaja
lansung tidak berbunyi. Ada sesuatu yang menganggu mindanyakah?
“Wah! Bestnya kalau bercinta masa
kecik-kecikkan kak. Comel je. Tapi sayangkan, first love akak dah hilangkan diri. Kesian akak. Tak pe, Abang
Fairul ada. Lagipun muka dia sebiji macam first
love akak jadi Abang Fairul boleh jadi pengganti...oops!” Tiba-tiba Nura
tersedar sesuatu apabila dia terperasankan riak wajah Kasturi yang tiba-tiba
berubah dan riak wajah Fairul yang sangat lain macam. Nura menggigit lidahnya
sambil mengetuk kepalanya apabila dia
terlalu banyak bercerita sehingga bertindak tanpa berfikir.
Kotak jus oren diletak. Kasturi berpaling
memandang belakang Fairul. Tiba-tiba Fairul berdiri dan mengejutkan kedua-dua
gadis itu.
“Fairul...” panggil Kasturi namun serasa
seperti suaranya tersekat di kerongkong.
“Ahahaha, er... saya terlupalah Kasturi,
hari ini saya sepatutnya pergi pejabat dan periksa dokumen yang nak bentang
pada mesyuarat Isnin nanti... er, balik dulu,” pamit lelaki itu seperti
teragak-agak lalu berjalan pantas menuju ke entrance
hall.
Mata Kasturi bertemu pandang dengan Nura
yang kelihatan bersalah. Mulut gadis itu seperti mahu berkata sesuatu namun
Kasturi tidak mengendahkan gadis itu lalu berkejar ke entrance hall. Dia pasti Fairul pasti sukar mahu keluar kerana pada
alat kawalan pintar itu mahukan kata laluan sebelum boleh mengekses ke laman
sesawang rumahnya itu dan telehannya tepat belaka apabila jejaka itu
terkial-kial cuba melepasi akses alat kawalan pintarnya itu.
“Biar saya yang buat,” kata Kasturi lalu
mengambil alih tugas membuka pintu rumahnya itu. Fairul mendengus kuat lalu
berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih waima salam sekalipun. Kasturi
mengetap bibirnya.
“Kak Kasturi... Nura... Nura minta maaf,
bukan niat Nura nak buat akak dan Abang Fairul bergaduh. Nura memang kesal
dengan sifat terburu-buru Nura,” ucap Nura sambil berjalan mendekati belakang
Kasturi.
Senyap.
“Akak tak nak kejar Abang Fairul? Sekurang-kurangnya
akak beritahu kat Abang Fairul yang akak memang betul-betul ikhlas kat Abang
Fairul... Nura... Nura sayang akak dan Abang Fairul dan Nura tak mahu akak
bergaduh dengan Abang Fairul kerana Nura. Nura... ” Nura mahu menyambung
kata-katanya tetapi dia tidak tahu untuk berkata apa-apa. Tank topnya yang labuh itu hampir terkoyak kerana jemarinya yang
dari tadi sibuk meramas hujung bajunya dengan kuat.
Kasturi berpaling memandang Nura. Nura
yang melihatkan betapa redupnya mata Kasturi itu makin berasa bersalah namun
tiba-tiba Kasturi menghulurkan satu senyuman lebar yang sangat ikhlas
sehinggakan mata Nura yang melihatnya berasa bersalah yang semakin menghempap.
“Terima kasih Nura, terima kasih kerana
berterus terang...” ucap Kasturi bersama linangan air mata lalu berlari ke
luar, mengejar bayang Fairul dan terus turun dari tangga. Dalam kelam kabut
mengejar Fairul, kakinya tersilap langkah lalu jatuh bergolek hingga ke anak
tangga terakhir dan menarik perhatian lelaki yang baru sahaja hendak membuka
pintu keretanya itu.
“Kasturi!” jerit Fairul lalu berlari ke
arah Kasturi. Sebelum sempat Fairul mendekati Kasturi, Kasturi sudah bangkit
dengan sedaya upayanya. Segala rasa sakitnya ditahan kerana dia tidak mahu hari
itu berakhir dengan pertelingkahan sedangkan perkara ini boleh berakhir dengan
gembira.
“Kasturi... lutut awak.” Sayu Fairul
melihat lutut kiri Kasturi yang berdarah akibat mengejar dirinya. Fairul mula
menyalahkan dirinya kerana menyebabkan gadis yang dia cintai luka fizikalnya.
“Tak, itu saya tak kisah Fairul... Saya
dah biasa,” jawab Kasturi dengan suara tersekat-sekat dan air matanya yang
setia mengalir. Sungguh dia berkata dan sememangnya dia tidak hiraukan luka
kecil seperti itu kerana sejak dia berada di akedemi lagi dia sudah diasuh dan
didik supaya tidak cepat kalah dengan luka sekecil itu.
“Apa awak merepek ni? Awak kene rawat luka
awak dan awak harus berehat. Awak penat sangat ni, Kasturi!” tegas Fairul
bersuara namun Kasturi pantas menggeleng-geleng. Tangannya menghalang
pergelangan tangan Fairul dari terus mendesak dan menolaknya supaya mendaki
tangga semula naik ke atas. Dia tahu jika dia menurut kata-kata Fairul, lelaki
itu akan pergi dengan hati yang terluka. Dia tidak mahu itu. Cukuplah sekali
dia lakukan begitu pada Wan dahulu, kini dia tidak mahu sejarah berulang lagi.
“Kenapa awak dengil sangat!”
“Saya tak nak awak pergi. Not at least you listen to me!” Kasturi menunjukkan pendiriannya. Air matanya kini
kering kerana keazamannya.
Fairul tergamam melihat Kasturi.
“Saya...” Kasturi melihat wajah yang
berubah riak. Terkejut mungkin.
Kasturi membuka mulutnya. Ingin menyambung
kata-katanya tetapi fikirannya terlalu berserabut sehinggakan dia tidak tahu
untuk berkata apa. Pergelangan lelaki itu dipegang kejap. Dadanya berombak
kuat. Rasa sakit di dadanya ditahan. Lantas air liurnya ditelan.
“... saya mengaku pada mulanya saya lihat
awak sebagai Wan tetapi awak berbeza! Dan ia mengaburi imej Wan yang dah lama
wujud dalam fikiran saya, Fairul...”
Kasturi menarik nafasnya kemudian
meneruskan kata-katanya. “Walaupun ada masanya saya keliru antara awak dengan
Wan... tetapi saya tak pernah meragui perasaan saya pada awak, Fairul. Tidak
pernah! Wan adalah masa lampau saya, awak pula adalah masa depan saya dan saya
tak boleh tolak hakikatnya bahawa saya menyimpan rasa terhadap dua orang yang
sama tetapi berbeza personalitinya.”
Pegangan di lengan Kasturi makin longgar.
Fairul rasa seperti dirinya ditikam berkali-kali serentak dengan imej deja vu
Syukri yang berkata seakan-akan apa yang Kasturi katakan. Hatinya bertambah
pilu apabila melihat wajah Kasturi yang begitu perit menanggung sakit dan
Fairul juga berasakan sakit pada lengan kirinya bukan kerana genggaman kejap
Kasturi tetapi rasa kejang dan ngilu.
Melihatkan Kasturi diam tidak menyambung
kata-katanya, Fairul menghembus nafasnya dengan berat. Dia mahu percaya
kata-kata Kasturi tetapi hatinya jadi sakit apabila memikirkan yang dirinya
sentiasa dibandingkan dengan ‘klon’nya yang satu lagi. Sedikit sebanyak
kepercayaannya terhadap Kasturi terhakis kerana hal ini.
“Apa yang awak rasa sekarang Kasturi?”
Kening Kasturi terangkat. Fairul
melepaskan pegangannya pada Kasturi lalu meletakkannya pula pada bahu gadis
tersebut. “Choose Kasturi, between the past or the future. Mana
satu hati awak berada sekarang ni Kasturi? Saya tidak mahu menjadi sandaran Wan
jika hati awak masih lagi pada Wan. Walau macam mana lain sekalipun saya
daripada Wan... choose, saya atau
Wan?”
Serentak itu Fairul bangun meninggalkan
Kasturi. Mugkin itu adalah lebih baik daripada keadaan terus menjadi lebih
kusut. Mungkin jika cinta mereka terbelit dengan pihak ketiga seperti Haidil,
dia tidak akan menyuruh Kasturi berbuat demikian tetapi pihak itu adalah Wan!
Dia lansung tidak menyangka yang dia akan bertembung dengan satu takdir yang
mengelirukan.
Kasturi terduduk. Kepalanya menjadi
semakin berat dan sesak di dadanya semakin menyusahkan pernafasannya. Namun titis demi
titis air matanya yang laju menuruni pipi itu seperti tidak mengerti berasa apa
yang dia rasa saat itu.
“AKAK...”
Kasturi tersentak. Pantas air matanya yang
entah bila jatuh itu, diseka dengan belakang tangannya. Hujan yang tadi turun
renyai kini menjadi semakin lebat. Panggilan Nura tadi dibiarkan sepi tidak
bersahut. Matanya dipejam celik dua tiga kali agar matanya yang terasa pedih
itu kembali segar.
“Kak Kasturi?” panggil Nura yang berada di
belakang Kasturi dengan riak risau. Semenjak bunyi petir berdetum tadi, dia
menjadi susah untuk tidur semula dan menjadi risau apabila Kasturi masih lagi
tidak turun-turun sejak dia terjaga 30 minit lepas. Sudahlah petang tadi
keadaan Kasturi agak merisaukan, dengan lututnya yang berdarah dan lelah. Dia
benar-benar risau.
Kasturi berpaling dengan senyuman nipis.
Matanya pula menjadi sepet akibat sembap. Kening Nura bertemu.
“Akak nangis?” soal Nura prihatin lalu
mengambil tempat di sisi gadis itu. Selipar sarungnya dicabut dan dibiarkan
jatuh bersepah. Tumpuannya lebih tertumpu pada Kasturi, satu-satunya ‘kakak’
yang dia ada kini selepas Abang Farid dan Uncle Roslan[ayah arwah Farid] yang
sudi menjadi keluarganya.
Kasturi hanya tersenyum paksa. Dia tahu
tiada guna dia menyorok dengan Nura selepas apa yang berlaku petang tadi.
Perasaannya betul-betul diuji seperti menaiki roller coaster. Dia melihat Nura yang duduk bersila di hadapannya.
Remaja itu tidak bersalah dalam pergaduhannya namun dari riak wajah Nura,
terlukis perasaan bersalah yang begitu menggunung buat dirinya.
“Akak masih marahkan Nura?” soal Nura
lambat-lambat.
Kasturi berpaling melihat hujan di luar
yang turun seperti tiada hari esok.
“Nura minta maaf. Kak Kasturi... tolong
jangan macam ni... Nura risaukan akak,” pujuk Nura lirih.
Air mata Kasturi bergenang. Mendengarkan
kata-kata Nura mengingatkannya pada Zareen. Zareen dahulu pernah memujuk
rayunya begini dahulu. Berbulan-bulan lamanya abangnya itu berusaha memujuknya,
manariknya jauh dari melakukan sesuatu yang bodoh, memberinya semangat untuk
terus hidup dan menjadi bahunya tika air matanya jatuh.
Kertas nipis yang bewarna biru langit itu
tiba-tiba menarik perhatiannya. Kasturi berpaling memandang Nura semula apabila
remaja itu menghulurnya kertas tisu itu. Kasturi mengetap bibirnya. Lantas
tubuh kecil itu diraih lalu dipeluknya erat. Air matanya gugur selebat hujan di
luar.
PANDANGANNYA
ditebarkan ke seluruh kota metropolitan itu. Waktu sudah menginjak ke arah jam
12, waktu-waktu begini selalunya sebahagian Timur Laut, Tenggara dan Barat Daya
Square Enix akan bermandi cahaya lampu-lampu LED yang menerangi dada langit
namun kerana hujan yang lebat dan kadang kala diselangi petir dan guruh itu,
membuatkan warga kota untuk terus berulit mimpi-mimpi indah di atas tilam.
“Kamu tahu Fairul...” tegur Zareen dari
belakang lalu berjalan mendekati anak muda itu dan seterusnya berdiri di
sebelah Fairul. Matanya liar melihat bandaraya yang penuh dengan infrastuktur-infrastuktur
yang membangun dan juga pencakar langit yang lebih tinggi dari bangunan
kondominium yang didukinya di kawasan sedikit berbukit itu.
“... Kasturi paling suka musim bunga,”
sambung Zareen dengan senyum yang meleret.
“She
does?” Berkerut dahi Fairul mendengarnya.
Zareen mengangguk. “Tapi abang rasa tahun
ni, bunga lambat berbunga lah dengan keadaan macam ni... lebih-lebih lagi
bunga-bunga liar kat belakang apartment Kasturi tu. Kasturi paling suka tengok
bunga-bunga tu. Berjam-jam duduk kat balkoni pun tak pe... dia cakap, dia
tenang macam tu sambil-sambil tengok kincir angin tu berpusing, dia minum kopi
kegemaran dia... baca buku kegemaran dia... tak pun dia dengar musik klasik
kegemaran dia... tak pun dia termenung, lepas tu tertidur sampailah dia
terdengar azan. Pelikkan,” kata Zareen panjang lebar lalu ketawa.
Fairul tersengih. Nampaknya hobi Kasturi
sama seperti hobinya walaupun bukan menghadap padang bunga liar. Fairul lebih
suka duduk di dalam biliknya dan bertemankan pokok saga yang gergasi di belakang
biliknya itu dengan pancaran cahaya yang berjaya mencuri masuk melalui celahan
daun-daun pokok saga yang lebat itu. Damai yang dia rasa itu tidak terkira.
Zareen melihat Fairul yang termenung jauh
itu. Dia seperti dapat merasakan lelaki di sebelahnya itu menanggung beban yang
pasti bukannya sedikit dan sudah tentu masalahnya itu berkait dengan Kasturi.
Kalau tidak masakan Fairul akan menelefonnya dan datang dengan muka yang
berserabut. Namun Zareen tidak mahu sentuh itu malam ini. Biarlah Fairul yang
mumbuka mulutnya sendiri jika dia mahu meluahkannya dan mengenangkan yang
mereka baru sahaja berbual tentang sesuatu yang serius. Zareen fikir, Fairul
sebenarnya perlukan ruang untuk bersendirian dan masa untuk bertenang.
“Ada masalah kat tempat kerja? Atau kamu
masih lagi tak dapat nak sesuaikan diri?” Zareen sengaja menduga.
“Eh, tak delah bang. Semuanya okay, kalau
bermasalah pun biasalah... namanya pun kerja dan saya dah boleh sesuaikan diri
saya. Orang-orang kat unit tu semuanya baik-baik. Mereka layan saya sama rata.
Saya senang di situ,” jawab Fairul bersama senyuman yang lebar dan jawapan yang
keluar dari mulutnya benar belaka. Walaupun masalah kadang-kala datang
bertimbun-timbun, nasib baik ada orang sudi membantunya. Contohnya semasa
Kasturi sakit seminggu itu, nasib baik Baiduri dan Urrmila ada membantunya.
“Baguslah kalau macam tu. Kut-kut kamu
kene kacau dengang journalist-journalist
tu semua... Rachet Bay dengan Square Enix, cara wartawan-wartawan ni bekerja
berbeza ikut arus manusia bergerak,” nasihat Zareen memandangkan dia mempunyai
banyak pengalaman berhadapan dengan wartawan-wartawan dari kota raya itu.
Mereka semuanya bukan reti bertapis, habis semua disemburnya.
Fairul ketawa mengekek melihat riak wajah
Zareen yang berubah-ubah itu. Tiba-tiba ketawanya mati apabila sekilas petir
menyambar di tengah bandar itu. Pantas kedua anak muda itu mengucap dua kalimah
syahadah. Terhenti seketika degupan jantung mereka ketika mendengar dentuman
itu.
“Itu Abang Reen jangan risau. Human relation and communication ni, Tay
Run yang pegang. So apa-apa hal, diaorang kene berhubung dengan dia. Kalau
diaorang tanya kitaorang, memang kitaorang tak bukak mulut,” jawab Fairul dalam
nada perlahan kerana saki baki rasa terkejutnya masih ada.
Zareen mengangguk faham. Sebelum ini,
Kasturi pun ada berkata benda yang sama padanya. Padanlah tadi Fairul tidak
berkata banyak sangat tentang masalah dia, rupanya sudah diingat awal-awal.
Kalau sudah begitu, dia tidak akan bertanya banyak. Tiba-tiba Zareen menguap
luas. Rasa kantuknya sudah menerjah.
“Kamu tak nak tidur Fairul? Abang rasa
ayah kamu dah nyenyak berlayar ke alam mimpi,” soal Zareen dengan mata yang
berair. Memandang hujan lebat dan malam sudah menganjak ke tengah malam, Zareen
mengajak anak beranak itu untuk bermalam di rumahnya di bilik Kasturi selalu
lepak itu.
Fairul menggeleng. “Abang tidurlah. Saya
tak ngantuk lagi. Besok Abang Reen ada konfrens kat Bayu Oktahedron kan?”
“Hmm, kalau macam tu... abang tidur
dululah. Kamu ni dah macam Kak Ika, PDA bergerak abang. Okaylah, good night. Nanti jangan lupa tutup sliding ni, karang tak fasal-fasal
banjir rumah abang.”
Fairul tersengih. Sempat jugak lelaki itu
berlulecon. Fairul menghantar langkah Zareen dengan pandangan. Sebaik bayang
itu hilang, Fairul berpaling ke bangunan-bangunan yang menghiasi laman Gleam
City itu. Sejenak tangan kirinya digenggam kuat. Sakit itu bertandang sekali
lagi bersama-sama rasa pilu di hatinya. Pada saat itu, hanya Allah sahaja tahu
betapa sakitnya dia merasai urat-urat sarafnya seperti dikelar-kelar.
Air matanya mengalir perlahan. Rasa sebak
yang dia tahan dari tadi kini menonjolkan diri. Sesungguhnya dia tidak mampu
membendung rasa sakit di tangannya juga di hatinya. Rasa bersalah, sedih dan
kecewa bercantum menjadi satu. Serentak itu wajah Kasturi bermain-main di
fikirannya. “Kasturi...”
DIA
berpaling ke kanannya, ke arah pintu gelongsor berpintu empat itu. Sekejap tadi
dia berasa seperti ada orang memerhatinya. Matanya tajam melihat ke luar cermin
gelongsornya terus ke jambatan yang menghubungkan apartment A-100B-101B dengan
A-98B-99B dan menjadikannya sebuah unit apartment berkembar.
Tiada.
Tiada apa yang berdiri di situ dengan
pandangan yang sejuk dan jauh menikam ke benaknya sehinggakan dia berasa
sedikit gementar itu. Jambatan itu gelap tidak bercahaya. Setahu Kasturi,
jambatan itu sentiasa berpasang lampunya walaupun rumah yang bersententang
dengan rumahnya itu tidak berpenghuni.
“Kak Kasturi?” soal Nura yang pelik
melihat sikap Kasturi yang tiba-tiba berhenti melangkah ke katil sebaliknya
berdiri tegak merenung ke luar.
“Nura,” panggil Kasturi perlahan sambil
itu Kasturi mendekati dinding yang selari dengan pintu gelongsor itu.
“Ya kak.”
“Nura pasti yang Nura tak tahu siapa yang
ikut Nura semalam?” soal Kasturi dengan nada serius.
Nura tersentak. Dia berasa sedikit gerun
mendengar nada Kasturi yang pertama Nura dengar itu. Lambat-lambat dia
mengangguk walaupun Kasturi tidak memandangnya. “Hm, Nura pasti sangat.”
Tumpuan Kasturi kini ialah balkoni rumah
A-99B yang berhadapan dengan balkoni rumahnya. Matanya mengecil. Dalam gelap
dan hujan lebat menyimbah bumi, Kasturi seperti dapat melihat samar-samar
bayang seseorang sedang berdiri, di dalam rumah itu, tepat merenungi ke dalam
rumahnya. Pantas Kasturi bersandar semula ke dinding. Laju otaknya berjalan,
cuba memerah siapa sahaja yang mungkin berada di dalam rumah itu dan apa yang
peliknya ialah bagaimana ‘orang’ itu mampu mangakses masuk ke dalam rumah itu?
Setahunya sistem sekuriti kawasan perumahan di sini adalah antara yang terbaik
dan terbaru daripada syarikat sekuriti terhebat di dunia.
Nura mendekati Kasturi yang mukanya sudah
tegang dan sesekali berkerut itu. Pelbagai tanda tanya bermain di dalam
fikirannya.
Kasturi mengintai semula dengan
menggunakan cermin belakang telefon pintarnya itu. Kelam. Hujan semakin lebat.
Kasturi mendengus. Fikirannya sekali lagi diperah. Semalam, Haidil ada
menyerahkannya sesuatu sebelum pulang. Katanya sentiasa simpan dekat dengannya
dan gunakannya jika mereka berada dalam bahaya. Pantas Kasturi meraba pehanya.
“Kenapa kak? Ada sesuatu kat luar tu ke?”
soal Nura yang berada di sebelah Kasturi.
Kasturi memandang Nura. Entah bila remaja
itu berada di situ dia tidak pasti. Kasturi mengetap bibirnya. “Nura, arwah Farid
ada beritahu sesuatu yang penting pada Nura tak? Sesuatu yang akak tak tahu.”
Nura kerut dahi. Lambat-lambat dia
menggeleng. Kemudian dia menggaru hidungnya. Ah, bila dia berbohong mesti
hidungnya itu gatal. Susah betul!
“Pasti?”
“Pasti!” jawab Nura penuh yakin walaupun
hidunnya bertambah-tambah gatal namun dia tahan juga rasa menggeletek itu.
Sekali lagi Kasturi mengetap bibir.
Matanya menyorot gerak Nura yang seperti menahan sesuatu. Dia menggenggam jari
jemarinya kuat. Tak guna, dia pasti Nura ada menyorokkan sesuatu tetapi kenapa
remaja itu membohonginya? Ada sesuatu yang menghalang gadis itukah?
Kasturi membiarkan persoalan itu bermain
di fikirannya. Sekali lagi, Kasturi menghulur belakang telefonnya. Tiba-tiba
petir menyambar dan membuatkan kawasan sekeliling menjadi cerah. Mata Kasturi
membulat, jantungnya berhenti berdegup. Dalam gerak perlahan, dia berlari ke
hadapan pintu gelongsor itu mahu melihat sendiri imej itu namun dalam sekelip
mata imej itu hilang. Dada Kasturi berombak kuat. Desah nafasnya kedengaran
kuat.
“Shit!
Holagram!” marah Kasturi lalu mengetap giginya. Tak guna!
No comments:
Post a Comment