Friday, February 15, 2013

Sembilan belas


Sembilan belas : Amanat dari sahabat kekasih

Dimitri :- Ivan Mohd Ashraf
15 April 2731, 0230am, Kondo Angkasa 234-E5, Ruang legar Rekriasi dan Rehat.

     Dia menghela nafasnya. Satu senyuman tersungging di hujung bibirnya tatkala matanya ternampak akan bayang lelaki muda itu. Dia sangat pasti rakannya itu pasti akan berada di situ jika ada masalah; seperti selalunya, dan dia sedia maklum kelmarin lelaki itu ada berjumpa seseorang yang... dia rasa rakannya itu menganggap ‘seseorang’ itu seteru terhebatnya daripada mana-mana pencabar yang lain.

     Lantas dia mendekati gelanggang itu dengan briefcasenya yang sebesar buku teks sekolah rendah itu. Tali lehernya sudah lama dia tanggalkan; tali leher itu tertinggal dalam ASPnya, seperti biasa. Ah! Biarlah, esok dia tidak perlu berpakaian formal seperti hari ini.

     Skrin sensetif ditekan dan digelongsorkan dengan berhati-hati. Sebaik sahaja keluar paparan tulisan ‘privasi’ yang bewarna merah, dia tersengih kambing. Haish, nampaknya dia tidak boleh mengganggu lelaki itulah kerana pintu keluar masuknya sudah dikunci dari dalam.

     “Bengong punya budak,” kata Ashraf perlahan diikuti ketawa kecil. Sempat lagi kepalanya digelengkan perlahan sambil matanya melirik ke susuk tubuh tinggi lampai itu.



     ‘KA-CHANG!’ bunyi bola squasy berlaga dengan reket squasy.

     ‘Ka-chang!’

“Segala ugutan kau lansung tak memberi apa-apa kesan kat aku!”
    
     ‘Ka-chang!’

“Apakah selama ini kau tiada keyakinan pada perasaan kau terhadap Kasturi?”

     ‘Ka-chang!’

“Kau...”

     Dengan kejapnya Syukri memegang reket Squasynya dan cuba mahu membuat pukulan paling kuat dan bertenaga yang belum pernah dia lakukan tetapi entah bagaimana, dia terlepas daripada menyambut bola kecil itu dan sekaligus membuatkan dirinya berputar 360° lalu jatuh terbaring. Reketnya pula sudah terbuang jauh dari genggamannya.

     “Hah!!!” Syukri mendengus kuat. Desah nafasnya kedengaran. Peluh yang merenek di dahi dan badannya mula jatuh menyembah lantai.  Matanya terbuka, memandang terus ke siling cermin yang tinggi itu.

“.. pengecut!”

     Syukri memejam matanya rapat. Suara itu seperti terngiang-ngiang di telinganya. Seperti sudah melekat terus di mindanya dan akhirnya menjadi nanah pada dirinya. Dalam gerak perlahan, mukanya diraup perlahan terus ke rambutnya yang sudah basah lencun itu.

     “Tak,” bisik hatinya.

“... pengecut!”

     Suara itu bergema lagi.

     “Tak...” kali ini kedengaran bisikan halus keluar dari bibirnya.

“Kau pengecutt!”

     Syukri menekup telinganya dengan kuat. Matanya dikatup sekuat-kuatnya. Dia menjadi rimas dan sesak. Seolah-olah kata-kata itu menjadi konkrit batu yang menghempap dan menutup setiap penjuru nafasnya.

“Tiada apa yang ada dalam diri kau yang Kasturi mampu lihat, hanya rasa takut. Kau... pengecut!”

     “Cukup! Berhenti!! Diam!!!”

     Bergema-gema ruang itu dengan suara jantan Syukri. Terhinjt-hinjut bahunya melepas lelah setelah segala rasa terbeban yang menimpa dirinya, seperti telah terbang jauh meninggalkan. Matanya liar melihat sekelilingnya. Kosong!

     Entah kenapa dia berasa jiwanya menjadi sangat kosong selepas dia menjerit. Pantas dia meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Mulutnya terkumat-kamit beristighfar.

     “Perasaan yang wujud dalam diri kau kini tinggal rasa bersalah yang tiada penghujungnya.”

     Syukri berpaling ke belakang. Kelihatan sesusuk tubuh seorang yang sangat dia kenali. Mata mereka bertemu pandang namun tidak lama. Syukri kembali berpaling ke hadapan lalu rebah semula di atas lantai licin itu.

     “Berapa lama kau dah duduk situ?” soal Syukri bosan.

     “Erm, sempatlah jugak aku tengok kau tersungkur macam nangka busuk,” jawab Ashraf selamba sambil tanggannya ligat mengacau kopi pekatnya yang baru sahaja dia beli dari mesin kopi tidak jauh dari situ.

     Syukri mencebik. Ashraf pula mengambil tempat di bangku berdekatan yang menghadap ke gelanggang squasy itu.

     “Aku rasa better kau pergi minta maaf balik kat Fairul, Syuk.” Ashraf menyuarakan pendapatnya. Matanya melingas ke arah Syukri yang berbaring lesu di situ. Ashraf melepaskan lelahnya.

     “Really Syuk. Aku rasa kau tak patut buat benda macam tu kat diaorang. Sanggup ke kau tengok adik kau sedih lagi?”

     “So?” soal Syukri pantas.

     Ashraf tersentap. Terkejut dengan soalan pendek Syukri.

     “Kau nak kata yang aku ni perosak kebahagian adik sendiri?! Sebab aku cemburu, macam gitu?” soal Syukri bertubi-tubi dengan nada yang tegas.

     “Aku tak kata kau cemburu. Aku just cakap kau tak patut buat macam tu...”

     “Dan biarkan adik aku hanyut dalam dunia dia sendiri? Tak! Aku taknak adik aku cintakan Fairul kerana Fairul seiras Wan. Aku tak sekejam tu Araf. Aku kasihankan Fairul dan aku nak tarik adik aku keluar dari lubang memori lalu. She still stuck in there, Araf! Aku kene tolong dia! Tapi Fairul tak faham. Jadi aku suruh dia tanya Kasturi sendiri. For everything that happened begins with a question. For it to happens, biarlah aku jadi antagonisnya,” kata Syukri panjang lebar.

     Sepi.

     Ya, sepi mula menjalar ke ruangan itu. Masing-masing melayan perasaan masing-masing. Mungkin Ashraf sudah faham akan tujuan sebenar Syukri berbuat sebegitu ataupun sebaliknya. Entahlah. Syukri sudah malas mahu berfikir. Sekurang-kurangnya dia sudah jelaskan duduk perkara sebenar walaupun perasaan kosong itu tiba-tiba menjadi penuh semula. Benar kata Ashraf, perasaan bersalah itu tiada penghujungnya walau macam mana sekalipun dia cuba membunuhnya. Berdosanya Syukri rasa.

     Ashraf menghirup kopinya. Pemandangan alam semesta menjadi tatapannya. Bumi yang sebesar bola itu dilihatnya dengan rasa yang mengembang. Dunia sentiasa indah di pandangan matanya walaupun sudah beberapa buah planet dia lihat dan terokai, bumi juga menjadi pilihannya. Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri.

     Ah, alangkah bagusnya jika tika itu kesemua masalahnya lenyap bagai zarah di luar sana yang berterbangan bebas tanpa dapat dikesan. Namun tiada guna dia bermadah jika masalah itu dia sendiri yang gali, maka dia sendiri juga yang harus menimbusnya dan sekarang ini dalam usahanya untuk menimbus semula, dia perlukan ‘batu’ itu untuk menimbusnya dan ‘batu’ itu terletak jauh beribu batu sehingga dia perlukan pertolongan seseorang untuk sama-sama menimbus tanah yang digali dengan cantik dan sempurna sekali.

     “Kau tak nak bagi aku masuk?”

     Senyap.

     “Wei Syukri!” panggil Ashraf lagi.

     “Hm,” sahut Syukri malas.

     Ashraf menarik nafasnya perlahan. Masa inilah saja yang dia ada untuk mengamanahkan ‘benda’ itu pada Syukri. Hanya pada pagi itu sahajalah dia fikir, dia punya kesempatan waktu untuk melakukannya kerana hari yang bakal mendatang, dia tidak dapat mengagak apa yang bakal terjadi. Lebih-lebih lagi dengan berita yang dia dengari tengah hari tadi. Kecoh institut itu dengan berita penemuan batu itu di latitud yang jauhnya dari tempat mereka sekarang.

     “Kau... tahukan fasal kerja yang aku tengah buat sekarang ni,” soal Ashraf. Sengaja dia berkias-kias. Dia mahu menguji tahap kecerdasan dan kepantasan Syukri terhadap isu sensetif seperti sekarang.

     “Fasal mesin masa kau tu... ke?”

     “Aku dah jumpa batu tu.”

     Pantas Syukri bangun dari pembaringannya. Matanya membulat memandang Ashraf yang duduk dengan lagak tenang itu. “Kau dah jumpa batu tu?”

     “Aku cakap sekali je Syuk. Besok aku akan gerak ke latitud yang jauhnya sama jauh dengan Bintang Anzalna dan aku nak kau jaga ‘benda’ ni bagi pihak aku. Hanya kau seorang sahaja yang aku boleh fikirkan sekarang,” kata Ashraf perlahan namun tegas.

     “Bagaimana kalau aku tak boleh? Kenapa kau tak suruh adik kau saja?” soal Syukri pelik. Bukannya dia tidak mahu menolong sahabat yang berada di dalam kesusahan malah sebesar tapak tangan nyilu dia hulurkan buat Ashraf namun Syukri ada hak untuk bertanya. Lebih-lebih lagi Ashraf sering membantunya jika dia berada dalam kesusahan.

     “Aku tak boleh bahayakan Laila, Syuk. Biarlah dia di bawah sana. Kita tak boleh libatkan orang di bawah dan aku tak mahu orang di bawah datang ke mari, cari ‘benda’ tu Syuk. Hidup dan mati Tinum berada di dalam tangan kita,” jelas Ashraf sebaik mungkin.

     Syukri memandang Ashraf dengan rasa ragu-ragu. Sebenarnya dia lebih kepada tidak percayakan dirinya. Dia takut jika terjadi apa-apa pada dirinya dalam masa terdekat ini, dia tidak mampu lagi untuk memikul amanah seorang sahabat di bahunya. Hendaknya pula Bintang Anzalna yang terletak di pusat Bima Andromeda dan pasti jauhnya selama dua juta tahun lamanya.

     “Kau jangan risau. I’ll be back before you even notice, Syuk. Aku dah ada kenderaan yang sesuai and a companion that I turst. Masalahnya sekarang ialah ‘benda’ ini. I know that I can trust you, friend...


     HUJAN masih lagi turun renyai-renyai. Sudah tidak lebat lagi seperti semalam. Awan mendung kelabu masih setia menemani hari-hari warga Tinum dengan berbekalkan semangat yang masih tersimpan.

     Motor berjanakuasa tinggi dengan 500cc, 4x4 power steering dan flexi coach membelah kabus pagi itu menuju ke Evergreen. Dengan had kelajuan 150km/j, membuatkan Nura memaut tubuh Kasturi dengan lebih erat lagi. Walaubagaimanapun, matanya kekal terbuka melihat perubahan geografi daripada hutan tropika sempadan Posh High, menjadi padang luas yang tiada penghujungnya. Bau rumput segar menusuk hidungnya, begitu juga titis-titis hujan yang sesekali mencuri masuk ke dalam topi keledarnya.

     0730 pagi, Kasturi memberhantikan motornya di simpang T. Kabus tebal memaksanya untuk berhenti seketika supaya mudah untuknya melihat papan tanda menuju ke destinasi yang telah dia rancang dari kelmarin lagi. Cuma tidak sangka rancangan itu berjalan dengan awal atas desakan apa yang berlaku semalam.

     “Nura tak apa-apa?” soal Kasturi sedikit menjerit cuba melawan dengan bunyi derai hujan.

     Perlahan-lahan Nura menganggukkan kepalanya. “Jauh lagi ke kak?”

     Kasturi tersenyum nipis. “Pegang akak kuat-kuat. Jap lagi kita sampai.”



     FAIRUL memasukkan disket yang ada di tangannya ke Central Program Unit atau nama lainnya CPU. Selesai di berbuat demikian, Fairul menghembus nafasnya. Dadanya sedikit berdebar setelah dia menunggu untuk membuka isi disket itu kelmarin namun apa yang berlaku membuatkan kerjanya tertangguh. Namun Fairul kembali sedar, tugas melihat isi itu sepatutnya kerjanya bersama Kasturi tetapi pagi tadi ketika dia hendak ke tempat kerjanya dari kondo Zareen, dia menerima e-mel daripada pengirim misteri.

     “Disket itu hanya untuk seseorang yang ingin melindungi mereka yang disayangi. Hanya seorang sahaja yang boleh melihat tanpa kehadiran dia yang kau cinta.”

     Pelik tapi benar. Kata-kata penuh makna itu membuatkan hati Fairul makin berdebar. Sesekali matanya melingas ke arah telefon pintarnya, menunggu panggilan waima e-mel daripada orang itu. Tiba-tiba skrin komuter LCD dihadapannya menjadi gelap. Fairul terkejut. Tangannya lincah menekan-nekan kekunci komputer namun komputer itu tidak menyala. Fairul menggaru-garu kepalanya. Kemudian dia menekan punat ‘On’ namun komuter itu tetap tidak hidup. Apa yang berlaku?

     Lantas Fairul mengeluarkan disket itu lalu berlari keluar dari bilik bawah tanah Arked Pejabat Polis itu. Cemas! Fairul benar-benar cemas kerana satu-satunya komputer yang mempunyai kemudahan disket itu rosak dan ia merupakan satu-satunya komputer sebegitu di daerah itu. Aduh!

     “Pustakawan! Pegawai!” panggil Fairul kelam kabut apabila terlihat kelibat pegawai yang bertugas di Arked itu.



     MULUTNYA hampir ternganga melihat bangunan di hadapannya. Jari-jarinya laju sahaja mengesat-ngesat matanya dengan rasa tidak percaya. Lantas gadis itu melihat orang yang berdiri di sebelahnya. Kasturi tersenyum nipis sebelum mengajak Nura yang kebingungan itu masuk ke dalam Akademi Latihan Polis Seaview di Evergreen itu.

     Pantas dia mengekori langkah Kasturi yang sudah memasuki lobi bangunan itu bersama-sama topi keledarnya yang basah itu.

     “Kenapa kita kat sini kak?” soal Nura pelik.

     Senyap.

     Nura menggigit bawah bibirnya. Maka, dia mengunci mulutnya dan hanya mengikut langkah Kasturi yang sedari tadi berjalan pantas dan asyik mengambil simpang kiri-kanan-kiri dan kemudiannya menaiki lif menuju ke aras bawah. Terdapat seorang pegawai polis yang lengkap berpakaian half PT itu turut berada dalam lif tersebut. Sebaik sahaja mata pegawai itu bertembung pandang dengan mata Kasturi, pantas pegawai itu memberi salam dengan gelaran puan. Nura berasa pelik.

     Kepelikannya semakin bertambah selepas mereka menuruni lif itu apabila hampir kesemua pegawai yang mereka jumpa selepas itu mendabik pada Kasturi dengan muka yang sangat serius dan melihat wajahnya dengan mata yang sukar Nura tafsirkan. Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng yang sangat nyaring. Nura terkejut mendengar bunyi tersebut dan melihta kesemua pegawai samaada dalam latihan ataupun yang sudah ditauliahkan berpusu-pusu menuju ke arah lif yang mereka keluar tadi.

     Selepas itu ruangan itu menjadi sunyi. Langkah terus diatur menuju ke tempat yang Nura belum pasti lagi tempatnya di mana apabila sekali lagi Kasturi mengambil simpang kiri-kanan-kiri yang bisa membuatkannya pening. Bahkan, kali ini dia menuruni aras lagi tetapi dengan tangga pula. Sudahlah semuanya seperti sebuah taman sesat sahaja Nura lihat.

     Tahu-tahu sahaja, dia sudah melanggar belakang Kasturi. Keadaan yang sedikit membahang membuatkan Nura membuka sweater yang berhood dengan sulaman artificial fur di bahagian depan hoodienya.

     “Kita... dah sampai ke Kak Kasturi?” soal Nura perlahan.

     Senyap.

     Nura hampa apabila Kasturi bertindak menyepikan diri. Lalu dia memujuk diri dengan melihat sekelilingnya yang bercat putih dengan berjubin hitam putih yang disusun mengikut ulangan. Di hadapannya terdapat sebuah pintu kaca bewarna hitam dan sebuah kotak kecil yang berada di sebelah pintu hitam itu.

     “Kenapa semalam Nura tak berterus terang dengan akak?” soal Kasturi.

     Nura terkesima. Jantungnya seolah-olah telah berhenti berdegup saat itu. Kepalanya seperti kaku untuk terus menoleh memandang wajah insan di sebelahnya. Helmet yang berada dalam rangkulannya diperketatkan. Begitu juga pada sweaternya.

     “Jawab soalan akak, Nura.” Tegas Kasturi menyoalnya. Mata Kasturi statik memandang pintu kaca hitam itu seolah-oleh boleh tembus terus.

     Nura menelan liurnya. Apa patut dia lakukan? Antara amanat dan hormat, yang manakah harus dia pilih? Amanat pada permintaan arwah Farid atau hormat pada permintaan Kasturi, Nura menjadi pusing.

     “Nura...”

     “Kalau Nura beritahu, Nura bukan sahaja buat akak rasa tenang tetapi Nura juga buatkan keselamatan Nura terjamin,” pujuk Kasturi lalu anak matanya mencari-cari sinar mata Nura yang sentiasa bercahaya. Lambat-lambat Nura membalas pandangan mata Kasturi. Jantungnya berlari laju selaju keretapi laju yang bergerak 400km/h.

     Bukan niat baginya untuk menipu Kasturi jauh sekali cuba mempermain-mainkan persaan insan yang telah dia anggap seperti kakaknya sendiri, tetapi permintaan terakhir dari arwah Farid menjadikan segalanya seperti mustahil untuknya membuka mulut. Amanat mengatasi hormat. Walau sebesar mana sekalipun rasa hormatnya pada Kasturi, amanat yang diberikan itu harus dipikul sehingga tiba waktunya. Dia bukanlah calon yang sesuai untuk meluahkan segala apa yang telah arwah Farid beritahu padanya, hanya Nura yakin orang itu akan muncul untuk meluahkan segalanya pada Kasturi kelak.

     “Nura akan beritahu akak tetapi sekarang bukan waktu dan tikanya. Terlalu banyak rahsia yang Nura sendiri tahu dan Nura tak faham. Nura yakin suatu hari nanti, akak akan menyesal mengetahuinya,” jawab Nura sebaik mungkin.

     Kasturi kelu. Kenapa gadis di hadapannya ini begitu bertekad menyimpan rahsia itu daripadanya? Apa yang menjadikannya terlalu berat untuk meluahkannya? Persoalan-persoalan itu bermain di mindanya hingga dia hanya mampu untuk tersenyum nipis, cukuplah untuk menyedapkan hati Nura.

     “Nura tahu kenapa akak bawa Nura datang sini?”

     Nura menggeleng.

     “It’s for your sake dan apa yang bakal Nura lihat, dengar dan alami selepas ini... akak mahu Nura kuatkan semangat dan tidak cepat mengalah. Teruskan tersenyum dan yakin pada diri Nura sendiri. Okay?” soal Kasturi sambil kedua belah tangannya diletakkan di kedua belah bahu gadis itu.

     Walaupun dia tidak memahami butir kata Kasturi, Nura anggukan juga kepalanya dan memberikan seulas senyuman buat Kasturi.

     “That’s my girl!” kata Kasturi gembira sekali berserta dengan senyuman paling manis yang pernah Nura nampak seoalah-olah pagi itu, adalah kali terakhir dia akan berjumpa dengan Kasturi. Ya, firasatnya kuat mengatakan sebegitu.

No comments:

Post a Comment