Dua puluh : Konflik Sebuah Kaca dan Permata
Sebaik sahaja dia memperoleh maklumat yang
diperlukan dia terus mendail nombor telefon Fairul secara terus melalui Tablet Window Office Professionalnya
atau untuk bahasa yang lebih mudah komputer. Zaman canggih seperti itu
sehinggakan tin minuman pun boleh menjadi tempat penyimpan memori luaran; external hard disk.
“Yes
Bai,” sahut Fairul di hujung talian setelah menjawab salam Baiduri.
“Saya dah dapat info fasal CPU yang awak
cari. Saya akan hantarnya terus ke smart
phone awak,” maklum Baiduri.
“Okay,” dan talian pun diputuskan. Tidak
sampai dua saat, telefon Fairul berbunyi sekali lagi. Kali ini menandakan dia
menerima pesanan ringkas pula dari komputer Baiduri.
Tanpa berlengah, Fairul terus mengorak
langkahnya menuju ke tempat parkir. Sempat juga dia meraba poket jeketnya yang
berada di bahagian dalam bajunya untuk memeriksa samaada disket itu masih ada
di situ atau tidak. Syukur, nampaknya disket itu selamat lagi dalam
perlindungannya.
Sebelum dia menghidupkan enjin keretanya,
dia membuka e-mel yang dihantari oleh Baiduri. Seketika keningnya terangkat
melihat isi kandungan e-mel itu. Lantas die terus mendail nombor telefon
Baiduri.
“Bai, I
think there’s something wrong with the adress you sent to me,” kata Fairul
sebaik sahaja dia mendengar suara lembut itu menjawab panggilannya.
“Yes,
I know ada dua address tapi address lagi satu ni... ini alamat rumah
saya,” tambah Fairul lagi dengan muka yang berkerut-kerut.
Beberapa saat kemudian, Fairul melepaskan
keluhan.
“Tak pe lah Bai. Anyway thanks,” ucap Fairul lalu menamatkan panggilannya. Kemudian
jarinya pantas menggelongsor mencari ikon mel. Sebaik sahaja paparan yang
diingininya terpapar, Fairul terus menghafal alamat rumah yang kedua dalam
senarai itu. Alamat pertama itu pula buat tidak endah sahaja kerana itu alamat
rumahnya atau mungkin, bila ada masa dia akan bertanya pada ayahnya.
Bagaimanalah alamat rumahnya boleh didaftar sebagai salah satu keluarga yang
masih lagi mempunyai peralatan abad 21 itu.
“Off
we go,” kata Fairul dengan sedikit semangat yang masih bersisa di dalam
dirinya kemudian dia melihat sebelahnya apabila jari-jemarinya bersedia untuk
memutar stereng. Tempat yang selalunya diisi oleh kehadiran seseorang itu
semenjak dua bulan lalu kini kosong. Bagai terbayang-bayang senyuman manis
Kasturi di tubir matanya. Keluhan dilepaskan. Kedengaran begitu berat sekali.
Serentak itu, tangan kananya menekan punat menghidupkan enjin lalu tangan
kirinya menggerakkan gear daripada P
ke D.
DIA
bergerak pantas menyelusuri pejalan kaki yang sibuk itu. Sesekali matanya
melingas ke arah jam loceng yang berada di menara Paksi Bintang yang setinggi
50,000 kaki itu. Dengan ketinggian itu dalam kadar radius 10km, penduduk di
sekitar negara kecil yang bernama Little Staircase ini mampu melihatnya dengan
mata kasar malah jam loceng itu juga menjadi tanda mercu bagi negara yang
kebanyakan bangunannya berbentuk kon yang menjulang tinggi ke langit.
Gula-gula getah berperisa anggur itu
dikunyah dengan rentak perlahan. Kedua belah tangannya yang berada di dalam
kocek, diramas perlahan. Ahh... kenapalah waktu bergerak dengan sangat pantas
sedangkan dirinya kini berada dalam keadaan yang sentiasa terkejar-kejar dengan
identiti yang meragukan. Dia bagaikan penjenayah masa, yang sentiasa muncul dan
lesap pada waktu-waktu yang dikehendaki oleh seseorang itu. Dia hanya penurut
perintah.
Tiba-tiba dalam arus yang pantas itu, langkahnya
terhenti serentak dengan manusia yang berada di sekelilingnya. Lampu isyarat yang
berada tegak di atas kepalanya itu menunjukkan warna merah. Kenderaan mula
bertali arus melalui jalan yang berlawanan paksi dengannya.
Dalam ramai-ramai manusia itu, dia melihat
dengan perasaan kosong. Melihat ke arah sepasang manusia yang saling berkasih
di seberang jalan di kedai kopi ekspress, kemudian ke arah seoarang pakcik tua
yang sangat berhati-hati memilih buah epal hijaunya sambil ipadnya dikepit di celah
ketiaknya dan seorang kanak-kanak perempuan yang galak menjilat aiskrimnya
bersendirian di bangku di tepi jalan. Tidak lama selepas itu beberapa orang
penunggang basikal melalui kaki lima itu. Tiba-tiba ada pula air yang jatuh
dari tingkat atas dan kemudian kedengaran pula suara lantang seorang pakcik
dari aras bawah memarahi penghuni di tingkat atas, yang kebetulan bersententangan
dengan tempatnya berdiri. Ah, manusia bermacam-macam ragam.
Dalam kiraan lima, lampu isyarat bertukar
warna. Kakinya pula pantas melangkah menuju ke destinasi yang telah dijanjikan.
Sambil lalu itu, sempat lagi dia mencium bau bunga-bunga segar dari kedai bunga.
Bau yang paling mencuit memorinya, bunga teluki. Bunga yang dahulunya mewarnai
hidupnya dan bunga yang menjadikan hidupnya sekarang, pudar dan terkapai-kapai
mencari erti sebenar kehidupan.
Dia berhenti melangkah apabila dia
ternampak sesusuk tubuh tinggi lampai dengan wajah putih pucat yang lansung
tiada serinya. Rambutnya yang berikat tinggi dan bewarna biru itu, membuatkan
dia berasa sedikit cemburu. Cemburu kerana antara dirinya dan wanita itu, tiada
beza fizikalnya namun hanya status yang menjadikan bahan ukuran mereka berdua.
Dia benci akan hal itu! Tanpa lengah dia melepasi wanita itu dan memasuki rumah
pangsa berkembar tujuh tingkat yang bewarna deep blue itu.
“Kau tak perlu tunggu aku kat situlah,”
katanya perlahan pada Kristal yang lansung tiada riak pada wajahnya.
Walaupun begitu, dia tetap berasa puas.
Kerana setiap apa rasa tidak puasnya akan diluahkan pada Kristal yang pasti
tidak akan memberi apa-apa respon itu selain daripada berkata ‘Baik tuan’ iaitu
hanya pada Zaim sahaja.
“Mira?” panggil satu suara halus dan merdu
itu.
Hm, siapa lagi kalau bukan si Sophie gedik
itu.
Mira mengalihkan badannya ke belakang, ke
pintu depan di mana Kristal masih lagi berdiri di situ. Sophie pula dengan baju
blaus labuh paras peha bewarna kuning dengan rambutnya yang dibiarkan lepas
bebas dan dihiasi cekak riben senada dengan blausnya. Mira mengecilkan matanya.
“Baru sampai?” soal Sophie sambil itu
melangkah masuk ke dalam rumah pangsa itu dengan langkah elegan sekali. Mira
melihat kaki Sophie yang jelas tidak berseluar itu.
“Kau keluar telanjang ke?” soal Mira
dengan suara yang menjengkelkan. Satu lagi jenis manusia yang dia lansung tidak
berkenan muncul di hadapan matanya, yang tersorok di sebalik rambut depannya
yang berjuntaian itu. Lalu dia berlari ke biliknya di tingkat lima. Sementara
itu, Sophie hanya mampu mengangkat kening dan keningnya makin terangkat apabila
mendengar gelak tawa lelaki-lelaki yang sangat dia menyampah, tidak sedar orang
lagi menyampah pada dirinya.
Lantas dia bergerak ke dapur yang berada
bersententang dengan pintu utama.
Suara-suara sumbing itu masih kedengaran
walaupun Sophie sudah menghilang di balik selekoh-selekoh menuju ke dapur.
“Nenek tu dah berambus ke?” soal Mira pada
lelaki-lelaki yang masih lagi mengekek ketawa itu.
LZ dan Parker, masing-masing terdiam
apabila Mira memunculkan semula dirinya dari balik dinding tangga itu. Parker,
lelaki yang bertubuh sasa dengan kulit bewarna coklat gelap itu dan
berketinggian 187cm itu, melemparkan senyuman pada gadis yang sangat misteri
perwatakannya. Bagi Parker, Mira sudah seperti anaknya. Gadis yang kehilangan
ibu bapanya sejak dirinya berusia 9 tahun lagi. Kini gadis itu sudah meningkat
dewasa, namun fikirannya tersekat di usia 9 tahunnya.
“Macam mana Tinum?” soal Parker.
LZ yang berdiri di sebelahnya pula, hanya memandangnya
tanpa kelip. Itu memang tabiat LZ. Jangan dipersoalkan setiap tindak tanduknya.
LZ terlalu aneh dan setiap apa yang dilakukannya, hanya Zaim sahaja yang tahu
kenapa dan mengapa.
“Hamster dapat larikan diri. HOLA LZ, busted!” jawap Mira ringkas sambil
berjalan mendekati kedua-dua lelaki itu.
Kening LZ berkerut. Parker juga. Mira
sudah tersengih lalu matanya melirik pada wajah LZ yang bujur itu. Pemuda cina
yang berwajah bishonen dengan personaliti pelik.
“As
usual. Masalah sama for the same
reason...”kata Mira dengan nada memprovok.
Aha, Mira memang suka mencari fasal dengan
LZ yang tenang itu. Sesekali, lelaki itu hanya mengetap giginya sahaja dan Mira
tahu lelaki itu sudah naik angin dengannya. Seronok! Hanya itu sahaja sumber permainannya.
Jika Zaim menganggap LZ itu sebuah barang dagangan, Mira akan anggapnya sebagai
bahan mainanya.
Parker pantas mencelah apabila perasan
yang Mira sudah mula naik tocang. “HOLA? Holagram tu rosak lagi?”
“Menyusahkan!” kata Mira perlahan
seolah-olah berbisik pada kedua-dua lelaki itu lalu berjalan menuju semula ke
biliknya. Berasa penat pula setelah mengekori dan mengejar mangsa tanpa rehat
dan kini, alat mainannya seperti tidak mahu memberi tindak balas lebih-lebih
lagi apabila dia dapat merasakan aura gedik mendekati belakangnya.
“LZ, don’t
mind her. She just toyed with you. Come have some snack before Zaim arrives,” sampuk Sophie sambil matanya
melirik pada kelibat Mira.
LZ mendengus lantas menjejaki langkah Mira.
Dia perlu membuat perhitungan dengan gadis itu seperti selalu. Ya, selalunya
sebaik sahaja Mira mempermain-mainkannya di hadapan ahli lain, dia akan
mengerjakan semula Mira, dengan caranya tersendiri.
Parker pula sudah menggeleng-gelengkan
kepalanya. Sophie pula hanya melihat.
“Parker, do you think that LZ enjoying
this? I mean, after that accident, the only one person who made him smile is
her and I pitied him,” kata Sophie perlahan.
“Let
those kids. Selagi Mira tak pulih, selagi tu LZ kene pendam dan kau...”
kata-kata Parker terhenti di situ sambil matanya memandang tepat ke arah wajah
Sophie yang putih melepak itu.
“...make
sure tomorrow event a blast!”
“Kau bukannya tak kenal aku Parker. Sekali
aku tekan, even this whole island will
erupt! So, jaga tepi kain kau saje!” kata Sophie sinis lalu melangkah
menuju keluar dari pintu utama, niatnya mahu sama-sama menunggu kepulangan Zaim
dengan patung bernyawa yang ada di luar rumah itu.
KASTURI
melihat bayang gadis itu pergi bersama-sama Mercedez, seorang lagi pegawai
rahsia seperti dirinya menghilang di sebalik pintu kaca hitam itu. Hatinya
menjadi sayu apbila mengenangkan semula wajah Nura yang kematian ide tentang
apa yang berlaku di sekelilingnya ketika itu. Wajah Nura yang meminta seribu
satu jawapan darinya tentang kenapa dia harus dibawa pergi dari situ dan di
tempatkan disatu tempat yang sangat asing dan tertutup. Kasturi tidak mampu
untuk berkata apa. Tugasnya telah selesai iaitu memastikan keselamatan Nura dan
membawanya terus ke ibu pejabat untuk mengelakan sesuatu yang lebih merbahaya
berlaku.
Semuanya berlaku terlalu pantas, di hari
Haidil dan dia menyelamatkan Nura, rancangan yang sepatutnya dilakukan pada
hari akan datang terpaksa dibawa ke hari ini. Rancangan untuk menyelongkar
rahsia daripada mulut Nura terpaksa Kasturi serahkan pada ibu pejabat dan
Kasturi pasti jika perkara itu telah menjadi jagaan ibu pejabat, maka Nura akan
rasa terbeban dan terdera mentalnya. Harapnya, Mercedez mampu menjaga Nura sebaik mungkin.
Jam tangan dikerling. Ahh... tidak sedar
waktu berlalu begitu pantas. Berada di kawasan rahsia angkatan tentera Tinum
yang terletak di bawah tanah itu menjadikan waktu seperti tiada pergerakan.
Satu keluhan dilepaskan. Dia perlu pantas! Tadi dia sudah menelefon Amran dan
memaklumkan kepada lelaki itu bahawa dia meminta cuti sepruh hari. Selepas
pukul 12.30 tengah hari, dia perlu berada di Pejabat Polis Negara. Lantas
langakah diayun menuju semula ke daratan namun langkahnya terhenti apabila
terserempak dengan sesusuk tubuh tegap sedang berjalan ke arahnya. Serta merta
badannya berdiri tegak, kepala dan matanya tepat memandang wajah Mejar Ellan.
“Tuan,” tegur Kasturi penuh disiplin.
Lelaki itu tersenyum memandang wajah pucat
Kasturi yang putih itu lalu dia berhenti melangkah.
“KIL,” tegur lelaki itu pula.
Kasturi tersenyum nipis mendengar
panggilan itu.
Selepas itu, Kapten Ellan menyambung
langkahnya semula menuju ke ibu pejabat melalui terowong dalam laut. Kasturi
pula hanya diam seribu bahasa. Tiada apa yang boleh dibualkan. Samalah juga
ketika dia berjumpa Mercedez tadi. Segala apa yang menjadi bualan itu
lebih-lebih lagi di ibu pejabat, merupakan sesuatu yang peribadi dan sulit.
Hanya di bilik perjumpaan sahaja mereka akan bersuara; iaitu berbincang.
“KIL...”
Sangkanya lelaki itu sudah menghilang di
sebalik pintu kaca hitam itu namun saat kaki Kasturi mahu melangkah, namanya
diseru pula. Pantas Kasturi berpaling memandang lelaki yang berpewatakan serius
itu. Ah, lansung tiada senyuman yang terukir di bibirnya. Jika ada, pasti wajah
kacak itu akan menjadi lebih tampan dan digilai.
“Tuan?”
“Satu soalan untuk kamu,” kata lelaki itu
lembut.
“Ya tuan?” soal Kasturi dengan kening yang
sedikit terangkat.
“Between
permata dan kaca, mana satu yang lebih berkilau?”
Kasturi memandang ketuanya dengan dahi
yang berkerut. Permainan apa yang lelaki ini mainkan? Soalan ini adalah satu
soalan yang sangat mudah, bukan?
“Jawapan saya mudah tuan, iaitu kaca,” jawap
Kasturi yakin dan tenang.
Kali ini kening lelaki berusia 34 tahun
itu pula terangkat.
Kasturi hanya tersenyum nipis. Dia tahu
lelaki itu pelik namun untuk dia terangkan semuanya, dia tidak berkata sesuatu
yang luar bidang itu bersama pemuda itu. Lagipun soalannya terlalu umum, betul
atau tidak?
Begini, jika difahami makna kilau itu
sendiri adalah ukuran kuasa cahaya yang dicerap yang sedikit berbeza dengan
definisi sinaran dimana ukuran jumlah kuasa cahaya yang dipancarkan, yang mana
fluks berkilau diubah untuk menggambarkan kepekaan mata manusia. Faham?
Jadi, jika kita melihat dari sudut antara
kaca dan permata, maka jika kaca bertimah hitam yang lebih berkilauan kerana peningkatan
index pantulannya, sementara boron ditambah bagi mengubah ciri terma dan
elektriknya, seperti Pyrex. Jika kita menambah
barium ia akan
meningkatkan indeks pantulannya, dan serium digunakan dalam kaca yang menyerap
tenaga infra. Logam oksida juga ditambah bagi menukarkan warna kaca. Dalam erti
kata lain peningkatan soda atau potash menurunkan lagi tahap lebur, sementara mangan ditambah bagi menyingkirkan warna yang
tidak dikehendaki. Kaca berwarna dihasilkan dengan bercampur dengan sedikit
oksida logam peralihan. Misalnya, oksida mangan akan menghasilkan warna ungu,
oksida kuprum dan kromium memberikan warna hijau, manakala oksida kolbalt
memberikan warna biru.
Manakala buat permata pula, jika kita
lihat kajian dunia oleh Institut Kajian Universe, peratusan kewujudan bahan
galian ini hanya 0.01% sahaja yang wujud pada tahun 2043 dan kini masih wujud
lagikah permata? Bagaimana untuk dirinya membandingkan kewujudan bahan mineral
yang terbentuk hasil proses geologi itu dengan kaca yang bersepah melata di
dunia ini? Hanya dengan melihat di dalam buku dan e-books sendiri tidak cukup
untuk dia membandingkan kilaunya kedua perkara itu.
Bodohkah dia? Tidak. Dia tahu apa yang
Kapten Ellan maksudkan. Itukan perumpamaan. Jadi sudah semestinya permata akan
menjadi pilihan akan tetapi jika kita lihat akan masyarakat sekarang, semua itu
hanya sebuah propaganda! Yang salah diagung-agungkan dan yang betul, semuanya
ditindas. Apakah pilihan masyarakat sekarang adalah kaca melibihi permata? Aduh
semua itu mainan psikologi juga. Sebenarnya, semua perkara yang menjadi pilihan
terlatak pada kemahuan dan niat masyarakat kerana itulah perkara yang diagung
dan ditindaskan menjadi perkara yang tunggang terbalik.
Jadi kenapa Kasturi pilih kaca? Mudah,
kerana hidupnya umpama kaca yang kelihatan berkilau di luar dengan status dan
harta yang dia miliki namun sebaliknya, dia hanya sebuah kaca silika yang sudah
jatuh berderai, retak beribu tidak bersambung kembali dan menjadi pasir-pasir
halus yang ditiup angin dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dan kenapa
pula Kapten Ellan tanyakan dia soalan itu?
Kasturi berhenti melangkah. Dia berpaling
ke belakang jika kelibat lelaki itu masih ada di belakangnya atau tidak. Hampa.
Setelah dia berjalan naik ke darat baru kini dia terfikirkan soalan itu. Ah!
Semuanya gara-gara penjelasan sainsnya yang mengarut dan melalut-lalut itu.
Sejak bila dia menjadi si gila sains? Entah! Lantas dia menyarungkan kepalanya
dengan helmet putihnya dan jaket kulit bewarna hitam ke tubuhnya. Selesai
berbuat demikian, dia menghayun tubuhnya menaiki Sully dan kunci picu motor
dimasukkan. Butang yang berada di bawah picu ditekan. Destinasinya kini, Gleam
City dan meninggalkan sebuah persoalan itu di Evergreen.
BURUNG
CAMAR yang terbang tinggi di udara dan udara dingin yang bertiup lembut
menyapa wajah kuning langsatnya itu menjadikan suasana ala-ala negara musim
sejuk itu membuatkan Fairul mengetatkan kot trenchnya itu. Di awal musim bunga
di Pulau Doric itu, musim tengkujuh seolah-olah lansung tidak menjejaskan cuaca
musim ceria itu di pulau yang terkenal dengan reka bentuk bangunan eropahnya
dan penggunaan kenderaan yang sangat minimal.
Fairul mangatur langkah kakinya, mendaki
setiap satu anak tangga menuju ke pusat bandar Pulau Doric. Faktor geografinya
yang berbukit itu menambahkan tarikan pada pulau tersebut dan perkhidmatan
Light Bus Rail (LBR) iaitu sebuah bus pelancongan yang bergerak di sekitar
pulau itu dengan menggunakan teknologi ASP. Cuma bus itu dihias dengan cantik
dan sesuai panorama sekitarnya. Dengan adanya LBR, pergerakan Fairul menjadi
mudah.
Sebuah rumah dua tingkat dengan hiasan
taman kecil yang comel dan juga hiasan pokok-pokok tua maple yang memagari
setiap hadapan penjuru taman itu menjadikan suasana lebih redup dan damai.
Fairul mencari-cari jika ada punat loceng
untuk ditekan atau alat perakam cctv namun untuk apa dia mencari? Kebanyakan
kawasan perumahan di situ lansung tiada pagar dinding hatta hanya menggunakan
pokok pagar sebagai sempadan setiap rumah. Kebanyakannya menggunakan Eugiena
Oleina yang bewarna kemerahan yang sememangnya akan menimbulkan kesan jingga
yang ekstrem jika berada di musim luruh, lebih-lebih lagi dengan kehadiran
pokok Maple yang melata di sekitar kawasan itu.
Dia pasti yang tuan kepada rumah ini ialah
milik Laila Lyubov Strovesky, gadis kacukan yang tinggal bersendirian dan
mempunyai sebuah ladang herba tidak jauh dari tempat tinggalnya juga berdekatan
sebuah hotel penginapan lima bintang. Itu apa yang tertulis dalam mel yang
dihantar oleh Baiduri pagi tadi. Agak-agaknya gadis itu ada di rumah ataupun di
ladangnya? Tetapi, nenek yang membantunya menunujuk jalan itu tadi berkata
bahawa waktu-waktu begini Laila sudah pulang ke rumah. Hurm....
“Assalamualaikum...” Fairul memberi salam dan
mencuba nasib. Apa salahnya memberi salam bukan? Jika salamnya tidak berjawab
hingga ke salam yang ketiga bermakna tiada guna dia menunggu lagi bukan?
Senyap tiada bersahut.
Fairul mengetap bibir. Sekali lagi dia
memberi salam. Namun penentian selama seminit itu memaksanya untuk memberi
salam kali ketiga pula.
“Waalaikumussalam.”
Akhirnya, salamnya berjawab tetapi arah
punca suara itu dari belakang dan jelas. Tidak kedengaran sayup-sayup dan lebih
memelikkan suara itu adalah milik seorang lelaki. Walaupunbegitu, Fairul lihat
juga empunya suara itu. Mungkin jiran sebelah rumah atau jiran berdekatan yang
prihatin.
Senyuman dilemparkan sebaik sahaja Fairul
menatap wajah seorang pemuda yang berdiri tegak dan tinggi lagak seorang model
dengan rambut coklat perang dan bermata hazel. Sempat lagi Fairul memuji
kakacakan lelaki di hadapannya.
“Boleh saya tahu encik ni siapa?” soal
lelaki itu dengan lembut.
“Oh, saya Fairul dari Gleam City. Saya
kawan Laila,” Fairul memperkenalkan diri ala kadar. Dia tidak boleh terlalu meng
‘expose’ akan status dirinya. Takut perkara lain pula yang jadi.
Pemuda kacak itu mengangguk. “Kawan Laila
rupanya. Mungkin dia tak de di rumah. Tak pelah, saya abang dia, Ashraf.”
Ashraf pula memperkenalkan diri lalu menghulurkan tangan untuk berjabat.
Senyuman di bibir juga turut terhias tatkala mindanya mencerna nama Fairul.
Seolah-olah dia seperti pernah dengar sahaja nama itu dan tidak silap perkiraan
otak sainsnya, nama itu agak serupa dengan nama seteru Syukri. Adakah Fairul
yang berdiri di hadapannya ini ialah orang yang sama Syukri dok sebut-sebutkan
itu?
No comments:
Post a Comment