W.E.B.C.A.M... (Walaupun Engkau Bicara Cinta, Aku Masih...) Part One
Babak 1
Skrin gelap. Yang ada hanya suara Hazril.
Hazril : (Monolog) Flora dan fauna, sering menarik perhatianku. Sering
memukauku.
Terdengar bunyi desir pokok yang ditiup angin. Kelihatan sebatang
pokok yang besar di tengah yang bersebelahan dengan HEP. Kawasan itu kosong
tanpa pelajar. Yang ada beberapa ekor unggas yang saling sahutan. Kemudian
gelap.
Hazril : (Monolog) Aku sentiasa berpegang pada prinsip yang lensaku
hanya untuk anugerah yang terindah ini. Walaupun manusia kini lebih suka untuk
mensia-siakannya...
Video gejala yang mula berleluasa kini. Longkang yang penuh dengan
sampah, sampah yang berada di luar tong sampah dan bukannya di dalam tong
sampah, ‘seseorang’ melempar sampah di bahu jalan dan etc. Kemudian gelap
semula.
Hazril : Namun anugerah yang diberikan oleh-Nya tidak pernah hilang.
Ia kekal indah dan akan terus indah. Bertahun aku berpegang pada prinsip itu.
Bertahun aku cuba berpegang padanya.
Akan tetapi aku tahu, jauh di sudut hati aku harus akui, semuanya akan hilang.
Luput di telan zaman jika tiada siapa yang mengambil langkah pertama dan aku
tak perlu tunggu orang lain untuk mula dulu. Kerana aku mahunya sentiasa di
pandangan lensa ini. Dan...
Pandangan dari sudut handicam, menunjukkan pemandangan siswa dan siswi
yang bertali arus mengejar waktu kuliah, kucing di tepi longkang, polis
bantuan, deretan kereta pensyarah. (Suasana di kampus ketika di waktu puncak)
Hazril : Hei! Hei! Nanti. Awak!
Siswi 1 : (Berpaling memandang ke arah Hazril; handicam)
Hazrl : (Tersenyum) Awak terjatuh sesuatu. (Mengutip plastik aiskrim)
Siswi 1 : (Teragak-agak sambil memandang siswa di sebelahnya) Itu
bukan saya punya.
Hazril : Oh yeke? Tapi saya nampak benda ni jatuh kat sebelah awak.
Mungkin orang atas yang buang. (Mendongak ke atas) Tapi macam tak je. Saya
pasti ni awak punya.
Siswi 1 : (Mengetap bibir dan perlahan-lahan merentap palstik ais krim
dari tangan Hazril lalu membuangnya ke dalam tong sampah)
Hazril : Macam tulah.
Siswi 1 : (Mautnya jeling kemudian berlalu meninggalkan Hazril sambil
mengomel entah apa-apa yang tidak puas)
Hazril : Terima kasih! (Jerit) Haiyo! (Mengeluh) Buang sampah merata pun tak nak ngaku. Apada!
Habis tu aiskrim kat tangan kau tu apa? Dasar perosak alam. (Sambil itu putar
handicam menatap wajahnya) Oh, hai! Or patutnya, assalamualaikum! Tak jawab
dosa. Hehe. (berdehem)
Kemudian di fokuskan pada kafe Umi.
Hazril : Ini kafe Umi, tempat aku melayan perut yang senang sangat
kosong tangkinya. Hai Pok!
Kelihatan tangan Hazril sedang melambai pada Pok yang sibuk melayan
siswi hendak membayar dan meng’order’ nasi ayam.
Pok : (Senyum) Makan ape?
Opie : Hai Haz. Buat video
untuk vlog ke?
Aja : Tangkap gambar aku, gambar aku! Peace!
Hazril : (Tersengih sambil melayan kerenah siswi2) Nasi ayam bahagian
dada, kicap lebih, sos kurang. Sup macam biasa. Bungkuih ye?
Aja : Cerewet betul!
Hazril : Duit aku, bukan korang (sambil kenyit mata)
Opie : Asal setiap kali aku nak sentap, mesti tertahan-tahan ah? Ni
mesti sebab panahan sinar mata kuasa tiga kau. Chait! Dasyat.
Hazril : (Ketawa)
Selena : Hazril!
Hazril : Hai Sel. Baru habis kelas?
Selena : Yup, lepas ni ada lagi. Penat!
Pok : Ni kamu nyer nasi ayam. Betul tak ni?
Hazril : (intai setiap sudut makanan, kemudian tersenyum tayang gigi)
Bereh! Sel pegang jap.
Handicam bertukar tangan, melihatkan dari sudut pandangan Selina.
Hazril : (keluarkan dompet) Ini dia RM3.50 plus RM1 untuk air. Terima
kasih pok.
Pok : Sama-sama.
Hazril memandang Selina kemudian memandang tempat lain, agak lama.
Tergesa-gesa meminta handicam di tangan Selena. Pandangan bertukar, terlihat
wajah tercengang Selina. Kamere zoom pada pokok tengah, pada susuk Batrisya yang
berjalan pantas menuju ke HEP.
Selina : Nampaknya I ada pesaing lah ni?
Hazril : You rasa?
Lensa handicam masih dihalakan pada siswi yang berpakaian biasa-biasa
lalu hilang apabila Batrisya itu masuk ke dalam HEP. Slow motion and fade.
Skrin gelap.
Hazril : (Monolog) Dia juga... (jeda) akan aku cuba supaya tidak
hilang dari lensa ini.
Intro muzik pembukaan ‘tentang rasa’ by astrid*
(lagu intro boleh ditukar ikut kesusaian)
Babak 2
Pandangan dari sudut webcam di mana latar belakangnya ialah di dalam
sebuah bilik bujang yang teratur. Hazril berada di kedudukan tengah sambil
membetul-betulkan rambut lalu tersenyum nipis. Wajahnya tampak menanggung rasa
yang berat di hati, kekecewaan di mata.
Hazril : Assalamualaikum guys! (Suara yang dibuat-buat ceria) It’s
been about... 7 weeks or more since the last post at my blog and youtube. Maaf
jika saya ada buat kipas susah mati saya yang tunggu lama entry saya dan terima
kasih sebab terus sokong saya. (Tarik nafas kemudian hembus dengan sangat
perlahan) Baiklah. Saya tak tau nak cakap apa sebenarnya, jadi untuk sejam
lebih ni korang enjoylah tengok vlog/dokumentari saya ni. Assalamualaikum.
Babak 3
Belakang surau kat bawah pokok, di kerusi batu. Skop lensa ialah pada
wajah Norman dan Raziq, sedang menikmati pisang goreng panas.
Hazril : Jadi apa pendapat korang? Bernas tak idea aku?
Norman : (Mengecilkan mata yang dah memang sepet sambil mengunyah
pisang goreng)
Raziq : Bro, aku tak tahu nak kata apa bro. Kalau ko tanya aku la kan,
aku lebih senang terus terang dari buat benda rumit macam gini.
Norman : (Mengangguk) Aku setuju dengan cakap Ziq. Bagi aku tu semua
kerja bodoh dan membuang masa. Benda yang kau buat ni lansung tak macam kau lah
bro.
Hazril : (Mendengus kuat) Oh yeah?
Norman : Face the reality man. Macam mana sekalipun kau bermadah,
pompuan tu bukan jodoh kau.
Hazril : Aouch! Kau ni serius ke kawan aku? Sokong la sikit. At least
bagi tepukan ke?
Norman dan Raziq : (Tepuk tangan dengan muka tak ikhlas yang
dibuat-buat)
Norman : Puas hati kau? Ke kau nak kuat lagi?
Norman dan Raziq : (Tepuk tangan dengan lebih kuat dari tadi macam
monyet)
Hazril : Sengal betul!
Raziq : Kau tu yang sebenarnya lagi sengal.
Norman : Menipu bukanlah jalan yang selamat untuk mengorat kawan. You
know man!
Hazril : Masalahnya...
Raziq : Masalahnya....? (Meleret-leret)
Hazril : Aku dah try sekali... pastu terus dia reject aku (suara
sedih)
Raziq : Okey tu pelik. Apa cer?
Hazril : Citernya macam ni...
PAUSE.
Hazril : (Monolog) Okey, part ni memalukan. Sangat-sangat!
Tapi... untuk tak buat korang salah faham, nah! Tengoklah vt ni.
Suasana di stesen bas Kuala Terengganu yang sesak dengan penumpang
yang mahu pulang untuk cuti tetapi dalam mode PAUSE.
Hazril : (Monolog) Time ni masa nak balik rumah. Emergency sebab sepupu
aku sakit tenat. Benda ni berlaku seminggu selepas bukak sem ni.
PLAY
Hazril : Haiz, bosanlah.
Lensa ditalakan ke serata tempat sebab terlampau bosan.
Hazril : Asap sana, asap sini. Sesak! Eh...
Berhenti bergerak ke sana sini dan difokuskan pada satu arah. Batrisya
sedang duduk di tempat duduk tdak jauh dari temaptnya.
Hazril : Macam aku kenal jer. Hiss, aku semua perempuan aku kenal.
Huhu. Cunlah. Alrite. Dari membuang masa baik aku buat inspection jap. Mana
tau, masyuk. Haha.
Lantas Hazril berjalan menuju ke arah Batrisya yang khusyuk membaca
buku novel inggeris. Hazril mengambil tempat di sebelah Batrisya yang kebetulan
kosong. Lensa handicamnya setia mekarakam wajah Batrisya.
Hazril : Assalamualaikum...
Batrisya : (Senyap)
Hazril : Balik mana? Saya balik KL.
Batrisya : (Senyap sambil selak muka surat sebelah)
Hazril : Erm, awak bisu ke?
Batrisya : (Mengetap bibir)
Lensa handicam semakin mendekati wajah Batrisya apabila Hazril perasan
pergerakan pada bibir Batrisya yang sedang menahan geram.
Hazril : Whoa, awak dengar rupanya ngatkan bisu. Nasib baik awak
cantik. Ngeee.
Batrisya : (Hela nafas berat sambil menjuling mata ke atas)
Hazril : Oh sekarang saya tahu. Awak tengah malas nak layan saya sebab
tu awak mengeluh macam tu?
Batrisya : (Selak helaian seterusnya)
Hazril : Okey...(meleret-leret)
Fellisa : (Berdehem)
Lensa handicam beralih memandang wajah Fellisa yang sudah berdiri
bercekak pinggang sambil tersengih-sengih)
Hazril : Hai.
Fellisa : Hai! Awak ni handsomekan?
Hazril : (Ketawa) Terima kasih.
Fellisa : Sayang sekali awak ni muka tembok.
Hazril : Huh?
Fellisa : Tu... tempat saya dan yang itu... girlfriend saya.
(Tersenyum simpul)
Hazril : (Terkedu, perlahan-lahan bangun dan memberi tempat itu semula
pada Fellisa)
Fellisa : Terima kasih. Tak sangka awak ni baik orangnya. (Tersenyum
simpul lagi) Bye!
Hazril : Er, bye.
Batrisya : (Tersenyum)
Gelap.
Kedengaran bunyi ketawa Raziq dan Norman.
Hazril : Okay, shut up guys.
Raziq dan Norman : (Terus ketawa berdekah-dekah sehingga ada seorang
AJK surau menegur mereka)
Hazril : Padan muka.
Raziq : Sebenarnya padan muka kau. (Sambil mengesat air mata)
Hazril : Bla, bla, bla...
Norman : Aku rasalah... better kau buat macam ni.
Hazril : Buat macam mana?
Norman : Sekarang ni kita tak sure lagi awek yang kau cerita tu les
atau tak. Bonus untuk kau sebab dia stud kat sini. Okey, cara dia senang. Kau
nak ngorat dia tapi kau tak pasti kan?
Hazril : (Angguk-angguk)
Norman : Okay. Jadi...
Raziq : Boleh tak straight to the point. Aduh!
Norman : Aku nak cakap la ni. Kau pergi potong tu buat ape?
Raziq : Yang kau...
Hazril : Dah, dah... tak yah gaduh.
Norman : Okey, memula kau kan sekarang ni tengah buat projek
advertising kan?
Hazril : Ha’ah.
Norman : Fasal apa?
Hazril : Syarikat teddy bear.
Norman : (Berfikir)
Raziq : Oh kau buat fasal tu ke? Aku buat fasal perhotelan.
Sementara Norman tengah fikir, Raziq dan Hazril berbual-bual.
Norman : Okey, set. Boleh.
Hazril dan Raziq : Apa yang boleh?
Norman : (Tersengih dengan matanya yang sepet) Senang je. Kita guna
cara kau tadi tapi, kali ni kita tak tipu dia.
Hazril : Kau gila? Aku dah nak siap kot. Mampus aku ngan
..............(lecturer AD) tu. Dahlah garang. Karang ngan aku-aku sekali dia
koyak. Nak buat macam mana?
Raziq : Cakap je dah nak siap. Entah-entah baru siap layout je.
Norman : Bukan kau nak guna model ke?
Hazril : Memanglah tapi masalahnya aku dah janji dengan Selina. Nanti
dia merajuk macam mana?
Raziq : Lantak dialah. Yang kau pergi janji dengan dia apahal?
Norman : Tak pun macam ni. Kau cakap kat awek tu yang kau nak guna dia
jadi model macam yang plan awal-awal. Tapi kau guna wajah Selina sebagai cover.
Apamacam?
Hazril : Serupa macam menipu jugak per?
Raziq : Kau ni, cakaplah Selina tetiba tak nak jadi model kau. Lagipun
dia bukannya tahu pun.
Hazril : Kalau dia tahu macam mana?
Raziq : Kau cakaplah yang Selina showed up last minute.
Pandai-pandailah kau susun ayat. Kata playboy terulung. Tunjuklah skill
terpendam kau tu.
Norman : Tengok Raziq yang slow pun boleh faham.
Raziq : Hei jaga mulut eh. Ada jugak yang gigi dia bersepai kat sini.
Norman : Tak yah lah serius sangat bro. Kata brother, chill ah.
Raziq : Tahu takut.
Skrin starts to fade dan menjadi gelap.
Hazril : (Monolog) Walaupun dorang cakap macam tu, aku... rasa tak
sedap hati tapi aku teruskan jugak. Kalaulah aku tak ikut idea Norman.
Babak 4
Di dalam library. Handicam baru sahaja dihidupkan dan mula merekod.
Hazril : Dia kat sini. Dia ada kat sini. Kali ini aku bertekad untuk
buat dia bercakap dengan aku. Kalau dia cakap baru aku proceed untuk idea
Norman tu pulak.
Hazril bangun lalu meletakkan handcamnya di atas meja berdepan dengan
Batrisya. Batrisya ketika itu sedang mengulang kaji pelajaran mengangkat
mukanya lalu terkejut melihat wajah Hazril yang tersengih memandangnya. Hazril
kemudian kembali ke mejanya lalu mengambil alat-alat tulisnya di letak di
hadapan Batrisya. Batrisya pula hanya memandang setiap pergerakan Hazril yang
asik berulang alik ke mejanya sehinggalah Hazril duduk diam-diam di hadapan
Batrisya sambil tersenyum sumbing.
Batrisya : (Berpaling ke belakang)
Hazril : (Turut sama berpaling ke belakang) Awak tengok sape?
Batrisya : (Memandang wajah Hazril lalu menggeleng perlahan)
Hazril membetulkan handicamnya supaya wajahnya dan Batrisya dapat
dirakam bersama.
Batrisya : (Berkerut memandang Handicam itu dialihkan kemudian dia
menghembuskan nafasnya perlahan lalu menyambung kerjanya yang terbengkalai)
Hazril : Awak tak kisahkan saya duduk sini?
Batrisya : (Senyap)
Hazril : Okey, terima kasih.
15 minit kemudian...
Hazril menongkat dagu memandang wajah Batrisya yang khusyuk menulis di
atas kertas kajang. Matanya terperasankan kotak pensil Batrisya yang ada tag
namanya. Hazril ambil pensil kotak pensil itu. Belum sempat Hazril memegang
kotak pensil itu lebih dari sepuluh saat, Batrisya sudah merampas kembali kotak
itu.
Hazril : Oh rupanya nama awak Batrisya?
Batrisya : (Senyap)
Hazril : Sedap nama awak macam tuan dia. Cantik.
Batrisya : (Berhenti menulis seketika sebelum menyambung semula)
Hazril : (Tersengih) Apa nama penuh awak? Mesti cantik jugakan?
Selalunya orang yang nama dia cantik ni, tuan dia pun mesti cantik jugakkan.
Macam saya. Nama saya Muhd Ali Hazril bin Mohd Firas. Daddy saya cakap dia
letak nama saya Muhd Ali kat depan sebab dia nak saya jadi macam Muhd Ali....
Batrisya : (Menghempas pennya dengan kuat dengan hembusan nafas yang
berat lantas dia mengemas barang-barangnya)
Hazril : Urm...
Batrisya : (Mendekatkan wajahnya dengan wajah Hazril) Awak ni memang
tak tahu malu kan? (Beredar dari situ dengan muka tegang)
Hazril : (Matanya hanya mengikut setiap langkah laju Batrisya)
Faded than black.
Hazril : (Monolog) Walaupun dia cakap macam tu kat aku...
Skrin tunjuk babak Hazril tersenyum lebar sambil menangkat dagu pada
tempat menyandar kerusi.
Faded black semula.
Hazril : (Monolog) Aku rasa macam dah dapat peluang yang cerah. Macam
menang tropi.
Babak 5
Kelihatan belakang badan Batrisya yang berjalan pantas.
Hazril : Awak ni macam tengah lari je kan?
Batrisya : (Berpaling dengan matanya yang tajam)
Hazril : (Ketawa) Awak buatlah muka macam mana sekali pun. Saya akan
tetap kejar awak. Kecualilah kalau awak masuk kelas, tandas dan balik bilik
awak. Itu je. Yang lain... saya akan ikut awak kemana je awak pergi.
Batrisya : Awak tak de kelas ke?!
Hazril : Ada tapi lantaklah. Ngeee.
Batrisya : Argh! Tolonglah. Manusia macam ni pun ada ke? (Berkata
perlahan tetapi masih boleh dengar)
Hazril : Saya dengar tu.
Jadi, Hazril terus kejar dia. Dari foyer depan Kerawang ke blok AD
sampailah ke cafe. Dia sanggup makan sekali lagi sebab Batrisya nak makan.
Kemudian dia ikut semula sampailah kat blok A. Batrisya masuk ke dalam kelas.
Hazril melihat jam tangannya. Lalu dia melangkah pergi.
Dua jam kemudian...
Hazril menyambung aktiviti tak berfaedahnya. Dari blok A tingkat tiga
menuju ke AV room. Tak sampai setengah jam, sekumpulan pelajar keluar dari
bilik itu. Hazril sekali lagi mengejar Batrisya walaupun gadis itu cuba
menyelit diantara pelajar-pelajar yang ada. Namun mata dan lensa Hazril lebih
tajam. Sehinggalah di hadapan HEP, Batrisya berhenti berjalan.
Batrisya : Boleh tak awak berhentikan buat benda mengarut ni?
Hazril : Benda apa yang mengarut?
Batrisya: (Menutup matanya sambil menarik nafas dalam-dalam) Ni! Benda
ni semua! (Menjerit)
Hazril : Kenapa dengan benda ni semua?
Batrisya : Saya rimas! Tolonglah, saya bukannya artis!
Hazril : Oh macam mana kalau saya cakap saya suka awak?
Batrisya : Huh?
Hazril : Nak tak awak jadi model saya untuk projek akhir saya?
Batrisya : Dia dah merepek lagi! (Menggeleng-gelengkan kepala dan
berjalan meninggalkan Hazril yang tercengang-cengang)
Hazril : Batrisya nanti. Saya tak habis cakap lagi. Batrisya!
(Menyentuh bahu kanan Batrisya)
Batrisya : Jangan sentuh saya! (Menjerit sambil berpaling laju
memandang Hazril dengan pandangan tajam tetapi matanya mendarat pada Handicam
yang bergolek tercampak di atas rumput)
Hazril :
(Berlari mendapatkan Handicamnya semula setelah dia dan Batrisya terkedu
seketika)
Batrisya :
Saya... saya mintak maaf. (Lalu lari meninggalkan Hazril)
Hazril :
Batrisya nanti. Jangan pergi! (Mengejar langkah Batrisya)
Hazril kejar
Batrisya.
Hazril :
Batrisya! Nanti! Saya tak habis cakap lagi. Batrisya!
Batrisya
lansung tidak endahkan panggilan Hazril. Dia terus berjalan dan melintasi jalan
raya menuju kolej Kerawang.
Hazril :
Batrisya!
Serentak itu
kedengaran bunyi hon dari kereta yang sangat kuat. Imej kelhatan seperti
tercampak tetapi handicam itu masih lagi dalam genggaman Hazril. Namun Hazril
jatuh betul-betul di hadapan kereta yang menyebabkan sebilangan pelajar yang
lalu lalang di situ menjerit.
Pemandu :
(Keluar dari kenderaan) Bang tak apa-apa ke?
Siswa 2: Ril
kau tak apa-apa?
Siswi 2 :
Itu Abang Hazrilkan? (berbisik)
Keadaan
kecoh dan Hazril dikerumun oleh sebilangan siswa-siswi yang berdekatan.
Kelihatan Puan Shida yang cuba mencelah dan mendekati Hazril, setelah Hazril
bangun dibantu oleh beberapa orang siswa.
Puan Shida :
Awak tak apa-apa?
Hazril :
(Tersenyum) tak, saya tak apa-apa. Tak luka pun.
Puan Shida :
Erm, betul ni? Awak ni jangan cuai sangat. Bahaya tau kalau lintas tak tengok
kiri kanan. Kalau awak cedera parah macam mana? Saya jugak yang susah. Kesian
mak bapak awak nanti. Betul awak okey ni?
Hazril : Ye
puan, saya sihat walafiat.
Puan Shida :
(Menghadap siswa dan siswi) Dah bersurai. Mana yang nak pergi kelas, pergi
sebelum lecturer awak marah. (Lalu beransur pergi ke tempat masing-masing)
Hazril :
(Melihat handicam kemudian mencari bayang Batrisya. Tersenyum lebar apabila
terlihat Batrisya yang berdiri di tepi pagar dengan wajah yang pucat. Pergi
mendekati Batrisya) Lama tunggu? Hehe.
Kamere
handicam zoom pada wajah Batrisya yang mengetap bibirnya dan hampir menangis)
Hazril : Eh
Batrisya, kenapa ni?
Batrisya : (Ketap
gigi pula) Awak okey tak?
Hazril :
Mestilah. Risau jugak awak kat saya eh?
Batrisya :
Habis tu ni apa? Ni apa? Nih, nih... (menjuih-juih bahagian yang terluka) nih
apa?
Hazril :
Aouch! Aouch. Sakitlah. Don’t touch-touch. Mak sakit!
Batrisya :
Berlagak! Tak tahu malu! (Terus berlalu meninggalkan Hazril yang
tercengang-cengang)
Hazril :
Huh?
Babak 6
Di dalam
bilik lelaki. Skrin menunjukkan wajah Norman yang sudah mengucap panjang sambil
menepuk dahi. Tangan kanannya berada di dalam polestrin.
Norman : Kau
memang mengganggu selera makan aku tahu tak!
Hazril :
Sorrylah bro tapi kene rakam gak. Hah, cepatlah citer balik kat aku.
Norman : Tak
de kuasa aku!
Hazril :
Lorh... ko tak citer pun kat aku sampai habes...
Norman : Ko
yang mengganggu kosentrasi aku nak berciter tadi sape suruh.
Hazril :
Masalahnya tak masuk isi pun lagi apa yang ko cakap kat aku. Baru intro jer.
Cepatlah, Norm.
Norman : Ok.
Tapi aku nak tanya ko dulu. Nape kalau aku citer fasal minah BATRISYA tu, kau
nak rakam? Tak faham aku.
Hazril :
(Tersenyum sambil membetulkan Handicam di atas kaki tripod) Entahlah. Aku rasa
macam... nak rakam.
Norman :
(Ternganga) Lantak ko lah. Eh, ko betulkan kaki tripod tu, buat pe nampak muka
aku sorang je? Tak aci!
Hazril : Aci
tak aci, aci kat Jalan Tangsi. Hehehe (Sambil itu membetulkan semula posisi
menampakkan wajahnya dan Norman) Hah, citer!
Norman :
Tadi aku pi tanya kat junior-junior aku mana yang kenal si
Batrisya(meneken-nekankan sebutan) tu. Kau tahu...
Hazril : Tak
tahu (dengan penuh selamba sambil menyuap makanan)
Norman : Ada
juga aku rodok tekak dengan tulang ikan ni nanti.
Hazril :
Ampun tuanku. Sambung semula tuanku.
Norman :
(Menjeling) Dorang cakap yang Batrisya tu sebenarnya sakit...
Hazril :
Sakit apa?
Norman :
Split personaliti
Hazril : Ko
serius?
Norman :
(Angguk sambil menyuap makanan) Ye ah. Dorang cakap kalau dia dengan perempuan,
bukan main mesra alam lagi minah tu. Kalau dengan budak laki, keras macum
patung kat Batu Caves tu. Lepas tu, ada jugak cakap yang minah tu les.
Hazril : Itu
aku tahu. Tapi fasal ada dua personaliti tu aku tak caya lah. Mana tahu dia
malu ke?
Norman :
Malu apanye kalau dah macam tu. Tu si Katty perasan perempuan tu pun Batrisya
tak layan kau tahu.
Hazril : Dah
si Katty tu lelaki memang lah.
Norman : Hah!
Tengok kau bersetuju dengan aku nampaknya.
Hazril :
Cait! Bukanlah, mestilah dia malu. Katty kan Khairul.
Norman :
(Buat muka nak termuntah)
Hazril :
(Ketawa besar)
Norman : Tak
delah. Aku rasa kau tak payahlah buang masa nak kejar minah tu. Dah berapa hari
kau tak masuk kelas. Kau tu final sem, lainlah aku. Sem depan ada lagi. Buang
masa aje.
Hazril :
(Angguk-angguk)
Norman : Kau
dengar tak?
Hazril :
Hemmm...
Norman : Aku
bukannya apa Ril. Aku risaukan kau. Kau kawan baik aku. Empat sem berturut kau
dekan. Kalau boleh sem ni pun aku nak kau dapat dekan gak. Dapat jugak anugerah
naib canselor. Kau tak nak ke?
Hazril : Kau
ni kalah mak aku kalau cakap tau.
Norman :
Lorh... aku cakap serius dia main-main pulak.
Hazril :
(Ketawa) Thanks Norm sebeb risaukan aku and mestilah aku nak dapat anugerah tu.
Gilelah sape yang tak nak tu. Tapi Norm, aku memang serius kali. Aku percaya
Batrisya tu bukan macam apa yang bebudak junior kau cakap tu. Aku pasti.
Norman :
(Mengeluh) Habes tu kau nak guna cara apa lagi? Sampai kau hampir nak kene
langgar kerete pun, tak dernye dia nak layan kau pun.
Hazril :
(Tersenyum sendiri) Tulah kau. Kau tu tengok dari pihak sebelah jer. Pihak
sebelah lagi kau tak tahu pun. (Tersenyum lebih lebar lagi)
Norman :
Macam nilah orang kalau dah angau. Cakaplah apapun, masuk telinga kiri keluar
telinga kanan. (Mengeluh lagi) Habis tu kau nak buat apa?
Hazril :
(Menjungkit bahu)
Norman :
(Tepuk dahi)
Babak 7
Kamera fokus
pada sekumpulan siswi yang bergelak tawa yang duduk di kerusi batu yang berada
di sebelah padang.
Norman : Hah
kau nampak tu. Tuh...
Hazril :
Nampak. Cantikan bile dia senyum. Ngee
Norman :
Boleh pulak! Kau ni...
Hazril :
Betullah. Dah tadi kau suruh aku tengok. Aku tengok. Bile aku nampak dan aku
suke, aku pujilah. Takkan aku nak kutuk?
Norman :
Haih... orang dah angau...
Hazril :
Jom, kita pi ambush dorang. Dah tiga hari aku tak jadi stalker ni. (Tangan kiri
tarik lengan kanan Norman dengan kuat)
Norman :
Hoi! Kau gile! Tak yah heret aku sekali boleh tak?
Namun Hazril
tidak endahkan Norman dan lansung menarik tangan Norman mendekati kumpulan
siswi dan menyebabkan kumpulan ceria itu bertukar senyap dengan kehadiran
mengejut dari Hazril dan Norman.
Hazril :
Assalamualaikum.
Siswi-siswi
: Waalaikumusalam
Hazril :
Tengah buat ape?
Kumpulan itu
saling berpandangan dengan wajah yang berkerut.
Fellisa :
Discussion. Awak nak apa?
Hazril : Nak
join boleh.
Norman :
Hoi!
Hazril :
Ish! Tsk! Boleh tak?
Fellisa :
(Tersenyum mengejek) Awak amek kos ape?
Hazril : AD
part5.
Fellisa :
(Mencebik) Awak? (Mata pandang wajah Norman)
Norman :
Akaun, part5.
Tiba-tiba
wajah ahli kumpulan itu bersinar dan memandang wajah Fellisa.
Fellisa :
Kalau macam...
Hazril :
Boleh tak kalau Batrisya yang tolong jawabkan kali ini. Saya bosan dengar awak
cakap.
Fellisa :
Ish aku...(cakap perlahan)
Batrisya :
(Mengemas barangnya) Maaflah encik. Kitaorang dah nak bersurai. Kan? (Pandang
wajah ahli kumpulan yang lain)
Ahli yang
lain dengan teragak-agak mengemas barang mereka dan melangkah pergi mengikuti
langkah Batrisya yang dah mendahului. Hazril menahan Fellisa.
Hazril :
Kita pernah jumpe kat stesen. Ingat tak?
Fellisa :
(Mengecilkan anak matanya, kemudian buat-buat terkejut) Oooh. Awak yang muka
tembok tu... Hai handsome (pandang tempat lain sambil jelir lidah)
Hazril :
Hai. Saya Hazril, ni Norman.
Fellisa :
Hai (Buat-buat senyum)
Norman :
(Senyum paksa)
Hazril :
Boleh tak kita duduk. Saya nak tanya awak sikit.
Fellisa :
Tanya fasal ape? Fasal kekasih gelap saya tu ke? Hoho. (Tarik nafas dalam-dalam
kemudian hembus) Kalau nak tahu fasal Btrisya, pengerasnya sepuluh skop aiskrim
Hagn Dasz siap toping. Kalau tak... patik undur diri dulu. Daaa... (Berjalan
meninggalkan Hazril dan Norman)
Norman :
Serius Ril. Meremang bulu roma aku ngan minah tu.
Hazril :
(Senyap)
Norman : Ril
kau dengar tak?
Slowly faded
black.
Hazril :
(Monolog) Saat ni... aku hampir putus asa. Tak pernah aku rasa macam ni punya
susah nak dapatkan hati seorang gadis. Sedangkan gadis paling mudah menyerah
pada aku. Contohnya macam ni...
Skrin tunjuk
semula babak tadi.
Norman : Kau
dengar tak bro? Hoi!
Hazril :
Hurmmm... Alamak! (Menghalakan handicam pada susuk tubuh Qaisara yang mendekati
Hazril dan Norman)
Norman :
Apa? (Pandang tempat yang Hazril pandang) Bro... aku tak tahulah nak kata apa...
Kau kejar perempuan. Perempuan kejar kau balik. Kau tahu macam anjing kejar
ekor.
Qaisara :
(Pandang wajah Hazril) Hi honey! (Pandang wajah Norman) Hi Norm!
Hazril dan
Norman : Hai....
Qaisara :
Youalls buat ape? Jom pergi lunch. I tak lunch lagi tau. Lapar...
Hazril :
Norm aku rasa macam dengar ada orang panggil nama aku lah...
Norman :
Ha’ah lahh. Aku pun dengar.
Qaisara :
(Menadah telinga) I tak dengar pun.
Norman : Itu
sebab kau tak korek telinga sebulan.
Qaisara :
Hey! I korek okey!
Hazril :
Sorry Sara but I have to go. Bye...
Norman :
Daaa... (Tiru gaya Fellisa lambai kemudian berjalan mengikuti Hazril)
Qaisara :
But... but... Hazril nanti! I tak dengar pun orang panggil you! Hazril!
Faded black.
Hazril :
(Monolog) (Mengeluh) Itu satu... belum lagi yang satu ni. Lagi licik tetapi
sebenarnya... aku yang sebenarnya yang mudah terpedaya. Semuanya kerana dia...
Babak 8
Dataran ilmu, waktu lengang. Di salah satu gazebo. Selina yang
kebutulan terlihat kelibat Hazril terus mendekati lelaki itu.
Selina : Hi Ril! You buat ape tu? (Menjenguk apa yang Hazril sedang
buat)
Hazril : (Terkejut) Oh hi Sel. I tengah test kamere I. Asyik hang je. I ingatkan nak hantar pergi
kedailah.
Selina : Oh really? What happened? Jatuh ke?
Hazril : (Tersengih sambil menggeleng) Ye la kot.
Selina : Peliknya jawapan.
Hazril : Yeke? (Sengih lagi) You apa khabar? Lama tak nampak.
Selina : Macam yang you nampak. Tired! Assignment and tuto banyak, I
macam tak menang tangan. (Tersenyum hambar) I ingatkan you tak nak tanya fasal
I. Yelah siapalah I...(meleret-leret)
Hazril : You kawan I lah. Apa lagi?
Selina : Yelah. Kawan aje... (buat-buat ketawa)
Hazril : Macam ke-ce-wa jer.
Selina : Mestilah. I yang hot ni pun orang tu tak layan. Sibuk kejar
roommate I.
Hazril : Roommate you? Siapa? Batrisya ke?
Selina : Taklah. Ish you ni. Dah jadi lembap macam Raziq ke?
Hazril : Hei tak baik kutuk dia. Dia tu dekan macam I. Lagi tinggi
CGPA dia daripada I. Sikitlah... (ketawa)
Selina : Huhu, ada orang tu dah mula puji diri sendiri. (ketawa)
Hazril : Eh, oh jadi sem ni you satu bilik dengan Batrisya lah?
Selina : Ha’ah. Sem lepas pun ye jugak.
Hazril : Jadi you tahu banyak benda fasal Batrisya lah?
Selina : Urm... nak kata banyak tu tak lah. Yang betul-betul kenal
Batrisya tu... Fellisa. You kenal tak Fellisa tu yang mana?
Hazril : Yang kata dia tu lesbo Batrisya kan?
Selina : Tepat sekali! (ketawa)
Hazril : Betul ke diorang tu lesbo? I tengok dua-dua tu pakai tudung,
takkanlah.
Selina : Kalau betul macam mana?
Hazril : (Pandang Selina dengan mata terbeliak)
Selina : (Ketawa besar) Adoi Ril. You ni kelakarlah. You percaya cakap
I bulat-bulat tu buat ape?
Hazril : Yelah, cara you cakap tu serius gile
Selina : Saja nak usik. Kenapa you takut dia betul-betul les ke?
Hazril : Mestilah. Kalau tak makan hati I hingga akhir hayat...
Selina : Amboi madah. Habis tu I macam mana?
Hazril : You macam mana?
Selina : You ni memang lembap kan? Or you buat-buat lembap?
Hazril : I don’t get the point at all Sel.
Selina : (Mengeluh) Forget it. I gurau je. (jeda seketika) Urm Ril
fasal I jadi model you tu...
Hazril : You tak jadi ke? (penuh semangat)
Selina : (tersentak) Tak! I nak tanya... jadi ke tak you nak ambik I
jadi model you? Kalau jadi... you nak buat bile? Weekend ni I free.
Hazril : Oh... erm... memang weekend ni je ke you free?
Selina : (Angguk) You busy ke?
Hazril : (Berfikir) Kalau I kata, I busy?
Selina : It’s okay for me but I memang ikhlas nak tolong you Ril. Bile
you nak I tolong you, you just call me okay? (buat suara sedih) Okaylah, I need
to go. Ada hal tak settle lagi ni. (Bangun dengan lemah sekali)
Hazril : (Rasa bersalah) Erm Sel wait!
Selina : (Berpusing memandang Hazril dengan hayunan kepala paling
stunning) Yes?
Hazril : Actually I free pagi tu. Kalau you tak keberatan –
Selina : Semestinya boleh! Untuk you, I tak kisah. Just call me and
tell me the place and time. Kay? Bye. See you later. (Berpusing meninggalkan
Hazril yang terpinga-pinga kemudian berhenti berjalan) Ril! (panggil sekuat
hati)
Hazril : (Muka berseri-seri sebab berharap sangat Selina cancel) Yes
Sel?!
Selina : By the way, kalau you nak ambik hati Batrisya... I boleh
tolong you.
Hazril : Yeke?!!!
Selina : Ha’ah but nanti kita bincang eh? I nak cepat ni.
Hazril : Okey!
Sebaik sahaja kelibat Selina hilang, Hazril melompat-lompat gembira.
Hazril : Yes! Yes! Yabedabedoooo – uuu – uh – uhuk – uhuk!
(Terbatuk-batuk)
No comments:
Post a Comment