Dua puluh satu : Delima
“Abang Ivan?” panggil seseorang dengan
intonasi tidak percaya.
Fairul dan Ashraf terus sahaja berpaling
melihat ke belakang mereka. Kening Fairul terangkat tinggi melihat penampilan
gadis di hadapannya. Melihatkan gadis itu cemberut memandang wajah Ashraf
dengan mata yang membulat dan dahi yang berkerut.
“Lyubov? Kenapa comot sangat ni?” Soal
Ashraf yang turut sama pelik melihat baju comot Laila. Kasut butnya yang kotor
dengan tanah, topinya yang tersangkut di belakang lehernya, rambut yang sedikit
serabai dan sebuah bakul besar yang separuh tertutup. Bahagian penutup yang
terbuka itu terkeluar beberapa helai daun lavender dan daun herba yang lain.
“Abang ni! Jangan panggil Laila macam tu
la! Tak suka tau! Ni hah, Laila baru balik dari Northerns Garden. Malam tadi
hujan lebat sangat. Ada daun-daun yang dah rosak. Rugi betul!” kata Laila
sedikit mengeluh. Tidak sangka hujan lebat akan menyapa bumi pulau tanah tinggi
itu.
Ashraf hanya tersenyum melihat telatah
adiknya lalu dia mendekati Laila dan dipeluk gadis itu sekuat hatinya. Laila
yang sedikit terkejut dengan pelukan mengejut abangya itu, terlepas pegangan
bakul rotan tersebut. Mulutnya terkunci kerana tergamam. Matanya sedikit
membulat.
“Abang?”
“I miss you so much love,” ucap Ashraf
luhur.
“Tak... boleh... bernafas,” kata Laila
semput dek pelukan erat Ashraf.
Pantas Ashraf melepaskan pelukannya. Tidak
sedar dia hampir membunuh adik sendiri. Laila pula sudah terbatuk-batuk dan
menyedut oksigen bagai nyawa-nyawa ikan.
Ashraf menggosok-gosok belakang badan
Laila. Risau pula dia melihat keadaan adiknya yang seperti itu. “Adik okey?”
‘BUK!!!’
Tiba-tiba Laila menyiku badan abangnya.
Rambut depannya yang serabai di hadapan dahinya itu, ditiup sedikit ketepi.
Fairul yang menyaksikan kejadian itu sedikit terkejut dengan tindakan tiba-tiba
Laila.
“Apa ni?”soal abangnya yang sudah
terbongkok-bongkok menahan pedih di perut akibat disiku dengan siku kurus tak
berdaging Laila.
“Itu... untuk pelukan maut tadi...” jawab
Laila lalu mencapai bakul rotannya.
“Dan yang ini...”
Tiba-tiba Laila memukul belakang Ashraf
pula dengan bakul rotannya itu dan membuatkan Ashraf jatuh menyembah kakinya.
Habis terkeluar semua daun-daun bunga lavender bertaburan di atas batu-batu
jalanan.
“... lima tahun berturut tak balik rumah!”
kata Laila dengan nada sinis dan mata tajam yang menikam.
CAWAN
teh yang diisi dengan ramuan khasiat halia dan herba yang lain menangkap deria
bau Fairul untuk mencuba rasa minuman resipi Laila itu sendiri. Sedap! Malah
rasa pahit-kelat-berangin halia itu seperti menepati rasa teh itu.
“ Awak datang sini sebab nak guna PC tu?”
soal Ashraf yang duduk bertentangan dengan Fairul di belakang rumah yang
menghadap Laut Biru Seaview. Laila pula berada di atas sedang membersihkan diri
setelah bermain lumpur di taman herbanya.
Fairul mengangguk. Lalu dihirup lagi teh
halia itu.
“Setelah banjir besar yang melanda kita
400 tahun dulu, penghasilan model PC yang menawarkan perkhidmatan disket
semakin berkurangan lebih-lebih lagi apabila perkhidmatan penyimpanan data
dalam jaringan firewall dengan sistem barcode persendirian, agak susah untuk
pihak kami mencari bahagian ganti model lama ini,” terang Fairul sekali lagi
dengan serius.
Ashraf yang melihat anak muda di
hadapannya itu mula terfikirkan sesuatu.
“Awak detektif ke?”
Fairul mengangkat kening dan senyumannya
terukir.
“Maafkan saya kerana tidak berterus terang.
Saya Inspektor Fairul. Tujuan saya
bukannya untuk mengapa-apakan pihak awak. Kedatangan saya seperti yang saya
jelaskan tadi. Harap pihak awak dapat berikan kerjasama,” kata Fairul tenang.
“Bagaimana adik saya boleh kenal ayah awak?
Ini kedatangan pertama kali bagi awak, bukan?” soal Ashraf tidak berpuas hati.
Fairul sedikit tersentak. Sebenarnya dia
juga sedikit terkejut juga apabila Laila mendakwa bahawa gadis itu mengenalinya
dan Encik Hazril.
“Fairul?” soal gadis itu dengan dah berkerut
seketika sebelum wajahnya bertukar seri. “Oh, semalam Abang Hazril ada telefon
sini tanyakan khabar saya dan abang. Abang ingat lagi tak kat Abang Hazril?”
kata Laila ketika dia menjemput kedua-dua teruna itu memasuki laman rumahnya
sebentar tadi.
“Saya sendiri juga tidak pasti bagaimana
Laila boleh kenal dengan ayah saya dan saya rasa awak juga tahu siapa ayah saya
bukan?” kini Fairul pula menyoal.
“Awak rasa?”
Mata bertentang mata, senyuman sinis
saling terukir. Suasana tegang mula merangkak masuk membelit ke segenap kawasan
laman itu. Ashraf ingin menduga lelaki di hadapannya ini. Dia kenal siapa
Fairul dan dunia boleh menjadi sekejam melebihi apa yang kita bayangkan.
“Tak kenal ke tempat ni?” soal Ashraf
lagi.
Kening bertemu kening. Matanya mula
melingas melihat sekitarnya. Satu perasaan nostalgik mencuit hatinya tatkala
terpandangkan deretan pokok-pokok maple yang tumbuh di sekitar belakang rumah
itu.
“Sorry
tunggu lama,” celah Laila yang tiba-tiba muncul dari balik pintu dapur.
Lantas mereka yang berurat tegang
berpaling memandang gadis kacukan itu. Satu senyuman dilemparkan buatnya.
“Tak mengapa. Jadi PC tu kat mana?”
NURA
menundukkan mukanya. Melihat jemari runcingnya yang bermain sesamanya. Hatinya
resah dan badannya menjadi kaku. Apa yang perlu dia lakukan di situ? Di dalam
sebuah bilik kubikle kecil yang muat menempatkan sebuah katil, meja, dan lampu
meja. Juga terdapat sebuah rak menempatkan bahan bacaan untuknya membaca. Dia
mengetap bibirnya. Segala barang yang dia bawa bersama tadi sudah dirampas oleh
seorang pegawai wanita yang mengiringinya tadi.
“Kak Kasturi...” keluh Nura.
Risau. Dia sangat risaukan keadaan gadis
itu. Amanat arwah Farid membawanya ke sini dan sekarang dia mati kutu. Lantas
matanya melihat ke kamera litar tertutup. Tajam irisnya menikam tepat ke lensa
itu terus ke anak mata si pemerhati.
“She’s
cute...” kata Mercedez memandang belakangnya.
Mejar Ellan yang berdiri di belakangnya
hanya mampu tersenyum.
“Tuan,” panggil seseorang.
Mejar Ellan berpaling memandang ke arah
pembantunya yang sedang memegang sebuah tab
dengan wajah yang serius.
“Tentang event tu, Puan Lisa mohon bercakap dengan tuan,” katanya dengan
suara mendatar lalu memberikan laluan pada Mejar Ellan untuk berjalan ke sebuah
ruangan yang lebih privasi untuk berbual dengan wanita yang berada dalam talian
menggunakan tab milik pembantunya.
Mercedez hanya mampu melirik langkah
lelaki itu pergi. Nafas dihela perlahan. Rambutnya yang berpintal-pintal dan
mengerbang sehingga hampir menutupi sebahagian wajahnya di tolak kebelakang dan
diikat rendah dan menyerlahkan wajah bujurnya dan kulitnya yang sawo matang.
Kuku ibu jarinya yang panjang dan runcing itu digigit. Ada sesuatu tentang
gadis yang bernama Nura itu menganggu benaknya.
“PELIKLAH,
rasanya bulan lepas dah hantar pergi maintainance.
Tapi kenapa tak boleh read pulak ni?”
kata Laila sedikit hairan dengan PC nya itu. Sekali lagi dia menekan butang
kiri tetikusnya itu. Lalu menekan ikon ‘refresh’.
Kurang daripada 0.01 saat, ruangan itu sudah di ‘update’ dengan data terbaru
namun masih lagi tidak wujud data ikon disket di skrin tersebut.
Bertindan tandan dahi mereka bertiga.
Lantas Laila berpaling pada Ashraf.
“Ha’ah, abang memang pandai betulkan
kompterkan? Baik abang tak payah susah payah kerja kat atas sana,” sindir
Ashraf sebaik sahaja dia melihat lirik manja adik tunggalnya itu.
Mendengarkan sindiran pedas abangnya itu,
bibirnya mencemik geram. Senang sangat Ashraf menyerah tanpa mencuba. Lalu dia
memilih ikon ‘eject’ pada ruangan ‘computer’ itu stelah usahanya gagal
membuahkan hasil. Pantas dia mencabut wayar USB yang menyambungkan dengan
external disk itu yang kini melekat di atas desktop PC.
“Saya minta maaf sebab tak dapat nak
tolong awak, Fairul,” mohon Laila sambil menghulurkan disket itu padanya.
Fairul pula sekadar tersenyum manis a.k.a
senyuman killernya itu dan berkata,
“tidak mengapa, saya akan ikhtiarkan cara lain. Terima kasih ya?” Terpaku
seketika Laila ketika itu melihat senyuman yang sungguh menawan itu. Serasa
kadar suhu badannya secara mendadak meningkat kepada beberapa darjah celcius
sehingga rasanya nak meletup sahaja.
“Boleh saya tahu disket itu untuk apa?”
soal Ashraf lalu mencantas suasana merah jambu itu.
Fairul memandang lelaki di sebelahnya
itu. Sejak tadi, Ashraf seolah-olah sedang mengujinya. Baiklah, if he wants to play a game, then I’ll too,
bisik hati Fairul.
“Maaf tapi ini sebahagian kerja saya dan
ianya rahsia,” ujar Fairul dengan muka tenang. Otaknya pula ligat berfikir
bagaimana untuk mengetahui isi disket itu. Bermacam-macam masalah timbul
melibatkan disket itu. Kenapalah misteri begini melibatkan disket? Dan jika dia
fikir betul-betul kisah disket itu bermula pada hari Kasturi menerima surat
daripada arwah Farid dan sebuah kunci khas ke taman hijau peliknya. Jadi, di
dalam disket ini pasti ada mesej yang hendak dia sampaikan atau satu petunjuk
kepada segalanya? Adakah Nura juga mengetahui sesuatu tentangnya?
Fairul berjalan mendekati pintu kaca
gelongsor itu. Terdampar di hadapan matanya sebuah pemandangan yang sangat
indah dan mengagumkan. Tidak dia perasan tadi ketika berada di belakang laman
rumah tersebut jika dibandingkan dengan tempatnya sekarang yang berada di
tingkat dua di sebuah bilik lama yang kebanyakkan barang di susun satu tempat
dan dilindungi dengan kain putih agar tidak berhabuk.
Tiba-tiba Laila muncul di sisinya dan
membuka kunci pintu kaca itu lalu menolaknya ke tepi. Terkebil-kebil mata
Fairul melihat perlakuan Laila itu. Angin yang bertiup sepoi-sepoi itu menampar
halus ke wajahnya. Laila yang membelakanginya lantas berpusing dan tersenyum
sambil menghulurkan jarinya pada lelaki itu.
“Jom?”
Dengan teragak-agak Fairul menghulurkan
jarinya pada gadis itu. Dengan perlahan Laila menarik Fairul keluar dari bilik
itu menuju ke beranda terus ke dinding beranda tersebut. Matanya terbuka luas
saat panorama indah itu menerjah layar matanya.
Ashraf yang menyusul dari belakang hanya
melihat pemuda itu. Dari tadi sebenarnya dia menunggu sesuatu dari lelaki itu.
“The
weather feels great! Betul tak Fairul?” soal Laila pada Fairul yang dari
tadi retinanya tidak berganjak dari satu tempat di hutan maple yang kecil itu.
Lalu dia melihat ke arah yang sama juga.
“Tempat tu...” kata Fairul mendatar.
“Awak tak ingat?” soal Laila.
Fairul berpaling memandang Laila. Tangan
dan kakinya tiba-tiba sahaja menggeletar. Segala memori tentang malam itu,
menerjah mindanya. Tentang ibu bapanya, kapsul yang membawanya lari dari tempat
itu, bunyi laser tembakan, botol-botol kimia bertaburan jatuh ke lantai,
jeritan ibunya, bau asap kebakaran dan wajah lelaki itu. Lelaki yang merampas kebahagian
keluarganya.
Fairul menutup telinga dan matanya.
Badannya tiba-tiba menjadi lemah dan jatuh terduduk. Nafasnya menjadi sesak.
Tangan besi kirinya itu berasa sakit. Sakit seperti dipatuk bisa ular. Dia
perlukan ubatnya!
Laila dan Ashraf terkejut melihat
perubahan pada diri Fairul. Pantas Ashraf mengarahkan adiknya itu menelefon
Encik Hazril. Tanpa banyak cakap, Laila menurut perintah abangnya itu dan
berlari masuk ke dalam rumah. Ashraf mengetap bibir, Fairul masih lagi trauma!
Dan tadi apa yang dia lihat sebentar tadi adalah kesan tempat dirinya dan ibu
bapanya jatuh terhempas!
WAJAHNYA
bertukar pucat. Dadanya tiba-tiba menjadi sesak. Dahan pokok Jacaranda dipegang
dengan tangan kanannya dan tangan kirinya memegang dadanya atau lebih tepat di
bahagian jantungnya. Haidil pantas menyuruh Kasturi duduk sebentar di situ dan
dia akan pergi ke bengkelnya sebentar mencari ubat Kasturi yang sememangnya dia
sudah sedia awal-awal jika gadis itu mengalami kontraksi sebegitu di
bengkelnya, itupun atas nasihat Zareen.
Setelah meminum air bersama ubat itu, dada
Kasturi berasa sedikit lega walaupun rasa sakit itu masih ada lagi.
“Aku rasa kau patut balik dan berehat.
Sejak kebelakangan kau asyik sakit-sakit saja. Aku risaulah,” tutur Haidil
dengan riak penuh kerisauan dengan memegang tangan kanan Kasturi. Pantas
Kasturi menyusupkan sesuatu ke bawah tangan lelaki itu.
“Tak, aku kene balik ofis. Dah dekat dua
minggu aku cuti, banyak kerja aku terbengkalai. Selagi aku tak tangkap dia,
selagi tu aku takkan cuti lagi,” ujar Kasturi tetap berdegil.
“Tapi Kast...”
Kasturi memandang Haidil dengan panahan
tajam. Biarlah Haidil nak kata apa sekalipun, dia tetap akan teguh dengan
pendiriannya. Setelah apa yang berlaku semalam, ingat dia akan berdiam diri
seperti sebelum ini? Oh, tidak...
Haidil mengeluh lalu menanggalkan topinya
dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kemudian dia menutup semula kepalanya
dengan topi tersebut dan tanpa gagal menyelit secebis surat operasi yang dia
terima dari Mercedez yang dikirim melalui Kasturi.
“Dah okay dah?” soal Haidil apabila
menyedari Kasturi sudah berhenti menekan-nekan dadanya.
Kasturi mengangguk perlahan walaupun
kenyataan sebenar adalah sebaliknya.
“Boleh bangun tak?”
Lalu Kasturi menghulur tangannya menyuruh Haidil
manariknya bangun dan Haidil menarik Kasturi dengan sekali tarik sehingga
menyebabkan Kasturi terpeluk badan Haidil dan hidung mereka hampir berlaga.
“Ops
Cinderella, malam Ahad, sebelum maghrib,” bisik Haidil dengan wajah yang
disorokkan begitu juga dengan Kasturi. Dengan angin yang bertiup lembut dan
dengan posisi mereka yang seolah-olah kelihatan pasangan kekasih yang sedang
bercumbu di bawah pokok.
Seketika, mereka terkaku begitu. Tangan
Haidil yang kejap memegang kedua belah lengannya menjadikan debaran mereka
berlari laju. Antara yakin dan keliru, Kasturi cuba untuk menjarakkan dirinya
dari Haidil namun pegangan lelaki itu seperti tidak mahu melepaskannya pergi.
“Haidil please...” pinta Kasturi perlahan dan tertahan. Dirinya terkejut
dengan tindakan luar biasa Haidil. Matanya tepat memandang mata lelaki di
hadapannya itu meminta simpati. Entah kenapa pandangan Haidil begitu berlainan
sekali dari pandangan sebelumnya atau sebenarnya, ia memang begitu? Adakah
Haidil memendam sesuatu?
“Haidil...”
Haidil tertunduk
“I
don’t know when and how... but, somehow you...” kata Haidil perlahan dan
mendalam. Rasa kurang yakinnya seperti terbang melayang bersama angin yang
bertiup itu. Kepalanya didongakkan supaya dapat melihat terus ke mata gadis
itu, mencari kekuatan untuk meneruskannya.
Rambut Kasturi yang sedikit menutupi
wajah, diselit di celah telinga gadis itu. ‘Kau sungguh cantik, Kasturi dan aku
tahu peluang aku untuk merebut hati kau adalah sifar. But, I’m still gonna try because it’s you, Kasturi. Aku dah tak
sanggup untuk simpan perasaan ini lama-lama lagi,’ bisik hati lelakinya.
“...stole
my heart,” tuturnya lembut dan melepaskan pegangannnya dari Kasturi.
Senyumannya yang paling ikhlas dihulurkan buat gadis itu.
Kasturi terpempan. Adakah dia tidak
menyangka atau sebenarnya dia sudah mengetahui lelaki itu sebenarnya ada hati
padanya cuma dia buat tidak tahu sahaja. Rasanya, dia sendiri juga tidak tahu.
Kasturi sekali lagi di dalam delima.
No comments:
Post a Comment