Pintu pejabat itu ditolak dari luar.
Mahyudin dan Periya yang duduk di kerusi di meja bersidang di tengah ruangan
itu sambil menikmati kopi mereka dan berbincang sesuatu yang serius itu terus
memandang ke belakang. Kelihatan Amran dengan wajah tegas memasuki ruang.
Disusuli pula langkah Tay Run yang riaknya serupa dengan Amran.
“Bilik mesyuarat. Now!” tegas Amran memberi arahan pada Mahyudin dan Tay Run.
Tanpa banyak cakap, mereka menurut. Periya
bergerak ke pantry, memanggil Kasturi
yang berdiri di sisi tingkap dan termenung panjang.
“Kast...” panggil Periya.
Kasturi berpaling melihat Periya.
“Bilik mesyuarat, sekarang.” Periya
memberitahu.
“Thanks,”
ucap Kasturi sambil tersenyum nipis. Periya mengangkat tangan lalu beredar ke
bilik mesyuarat. Namun langkahnya terhenti. Ada sesutu pada Kasturi
membuatkannya sedikit pelik. Ekspressi Kasturi seperti...
“Hei bud, cepat lah. Dah panggil Kasturi?”
panggil Mahyudin yang menjengahkan mukanya dari pintu bilik mesyuarat itu.
Kelihatan budak-budak back-up
memasuki bilik mesyuarat juga. Periya tersenyum. Semenjak kematian Farid,
operasi berkumpulan seperti tidak nampak bayang. Seperti ada dan tiada.
Siasatan kes juga seperti tergendala sedikit. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari
belakang.
Periya melihat sebelah kanannya. Terserlah
wajah murung Kasturi yang nampak sangat nak disorok dengan senyuman. “Cepat
Periya. Karang Madam DD masuk, kita lagi susah.” Kasturi menggesa Periya untuk
berjalan.
Periya lihat wajah Kasturi kemudian
beralih pada Mahyudin yang setia menunggu mereka di pintu bilik mesyuarat itu.
Jelas kelihatan kerutan di dahi Mahyudin tentang perubahan laku Kasturi.
EDARAN
file PDF pada setiap smart desk computer
yang ada dimeja mesyuarat dilakukan pleh Baiduri yang duduk di meja pengemudi
komputer; server bagi bilik mesyuarat. Urrmila pula memulakan tugasnya dengan
membentang Slide Pretzi. Sebelum majlis itu bermula, doa majlis dikendalikan
oleh Ghani, salah seorang ahli back up.
Salam diberi sebagai pembuka bicara, Amran
mengambil tempatnya di sisi kiri skrin lut sinar tanpa medium itu. “Baiklah,
pada 091030H April 2731, siasatan rahsia terhadap akaun suspek Lady Sophie
Aigner yang dijalankan oleh Mahyudin dan Periya menunjukkan aliran keluar masuk
sejumlah wang yang besar dari akaun peribadinya ke akaun kumpulan yang dikenali
dengan akaun AR14.”
“Amran,” celah Madam DD.
“Yes
Dahlia, anything matters?”
“We’re
lacking a people...” jawab Madam DD sambil matanya liar melihat
sekelilingnya.
Amran tersenyum. “Jangan risau, dia ada
tugas luar. Nanti saya akan briefing
pada dia,” kata Amran lalu memandang Kasturi yang blurr itu.
“Kasturi?”
Tiada respon. Periya dikiri dan Mahyudin
dikanan menjeling Kasturi diantara mereka. Ada riak risau jelas terlukis di
wajah mereka. Lantas, Mahyudin menyiku Kasturi.
“Aouch!” Kasturi mengaduh. Dia memandang
Mahyudin dengan pandangan tajam. Pinggangnya yang disiku Mahyudin diurut
lembut. Melihatkan pandangan Mahyudin tepat ke skrin depan, Kasturi berpaling
memandang depannya juga. Melihatkan semua mata memandangnya, dia jadi gugup.
Aduss!
“Okey tak Kasturi? Muka awak pucatlah,”
tegur Amran prihatin.
“No,
no, saya okey.” Kasturi membalas dengan tangannya tergawang menidakkan
kebenaran yang disorok. Sememangnya dia cuba menyorok kesakitan di dadanya.
Tambah lagi dengan rasa terkejut dan keliru yang masih lagi berlegar-legar di
hatinya. Tak fasal-fasal hari Sabtunya menjadi The Hectic Saturday.
Amran mengangkat keningnya lalu menghela
nafasnya berat. “Kalau sakit cakap, okey?”
Kasturi membalas dengan senyuman
plastiknya. Apakah dia ingat mereka tidak kenal dengan senyuman itu. Mereka
tidak mahu perbesarkan hal itu sahaja, apatah lagi dengan hati Kasturi yang
keras dek ego.
“Baiklah kita sambung semula, tomorrow night, di Hotel High End
Residence, Posh High. Kita akan ada operasi kat sana. Urr!”
Urrmila menekan butang spacebar dan Slide Pretzi pun berjalan.
Kelihatan nama operasi, tarikh dan tempat.
“Operasi Cinderella dan Cinderella kita
malam tu ialah Lady Sophie Aigner dan tikus-tikus labu dia, adalah kumpulan AR
yang akan kita cari sampai dapat!”
ENCIK HAZRIL menutup pintu bilik
anaknya lalu bersandar pada pintu itu. Kejadian petang tadi, membuatkannya
hampir putus nyawa. Melihatkan keadaan Fairul menjadikan hati tuanya sedih.
Semua kejadian itu berpunca dari masa silamnya. Ibu bapanya takkan mati jika
bukan kerana angkara sahabatnya yang sudah dia anggap darah dagingnya sendiri
itu. Walaupun dia dan sahabatnya itu tidak rapat tetapi mereka tetap bersama,
membesar bersama dan mencari impian bersama.
Hidup di rumah Impian Pelangi di negara
Little Staircase. Menjadi yatim piatu seawal usia tiga tahun tanpa ada waris
yang sanggup membelanya, dia ditinggalkan di situ sehelai sepinggang. Di
sanalah dia berjumpa dengan si kembar lelaki yang seperti siang dan malam.
Tiba-tiba bunyi deruman enjin motor
mengetuk lamunannya. Siapa pula yang datang malam Sabtu seperti ini? Langkahnya
diatur menuju ke CCTV pitu pagar yang dipasang berdekatan dengan pintu rumah
utama.
Kasturi memakir Sulli tepat di hadapan
pintu pagar rumah Encik Hazril yang muat-muat untuk dirinya sahaja untuk masuk.
Tembok pagar yang dibina sederhana tinggi dengan batu-bata bewarna kelabu
coklat dan di atas tembok di semen sekali pagar tajam untuk mengelakkan pencuri
masuk. Kasturi menekan loceng rumah tersebut lalu memberi salam.
“Waalaikumsalam w.b.t,” jawab satu suara
begitu dekat dengan pagar tempatnya berdiri. Kemudian pintu pagar yang
diperbuat dari kayu yang dibina rapat-rapat itu terbuka dan tersembullah wajah
Encik Hazril.
“Doktor apa khabar?” ramah Kasturi menyapa
sambil mencium tangan lelaki yang pernah merawatnya itu.
“Sihat, sihat. Masuk Kasturi. Usung motor
kamu tu sekali masuk,” arah Encik Hazril.
“Muat ke?” soal Kasturi ragu-ragu.
Sudahlah saiz Sulli dua kali ganda saiz motor biasa. Atau lebih besar dari itu.
Encik Hazril ketawa senang hati. “Insya
Allah muat.”
Dengan teragak-agak, Kasturi mengusung
Sulli melalui pintu pagar itu. Syukur, muat-muat sahaja Sulli melepasi pintu
pagar itu dan semestinyalah dengan menggunakan bantuan Encik Hazril yang
menariknya dari depan dan dia menolaknya dari belakang.
“Lepas ni kalau Kasturi nak datang rumah
lagi, terus masuk ikut pagar garaj kat belakang. Nanti saya tunjuk jalannya,”
ujar lelaki separuh abad itu lalu menunjukkan pada Kasturi arah menuju ke
garaj.
Kasturi berhati-hati menuruni bukit yang
sengaja ditambak seperti itu dan dilitupi dengan karpet hijau tua dan lurus.
Pasti baka dari Pearlgrass yang hijaunya sangat lawa dan baka Seranggoongrass
yang rumputnya tumbuh tinggi. Pasti Encik Hazril yang hasilkan baka sebegitu,
fikir Kasturi yang serba sedikit tahu tentang rumput halaman rumah ini kerana
dahulu sebelum dia sakit selalu juga dia bermain dengan anak pekebun rumahnya
yang mengambil PhD dalam bidang tumbuhan itu.
“Okay, Kasturi letak motor Kasturi kat
sini,” arah Encik Hazril dan Kasturi hanya menurut.
Encik Hazril kemudian menekan butang hijau
di dinding garaj yang tinggi setinggi rumahnya yang boleh memuatkan lapan buah
kenderaan.
Selepas ditekan butang hijau itu, platform
yang terpakirnya Sulli itu bergerak masuk ke dalam dewan garaj itu dan diganti
dengan platform yang baru. Kasturi hanya melihat sahaja. Garaj di rumahnya di
Evergreen juga begitu. Cuma, jika di rumah Encik Hazril tampak seperti dewan,
garaj rumahnya pula seperti gudang. Walaupun sistem penyimpanan kenderaan
secara bertingkat ini efisien, tetapi rasanya tetap menggunakan ruang yang
lebih juga. Cuba bandingkan garaj di rumahnya di Posh High, haha, nampak sahaja
kecil, tetapi boleh simpan untuk berpuluh kenderaan dalam satu ruangan dimensi.
Oh, mestilah... ongkosnya perlu juga dikira.
Encik Hazril membawa Kasturi masuk melalui
pintu garaj itu. Kelihatan hanya dua buah kereta dan sebuah ASP juga motornya
dipakir bertingkat. Dari situ, Kasturi memasuki kawasan dapur yang dipautkan
dengan garaj.
“Kasturi pandai masak tak?” soal Encik
Hazril.
“Pandai,”jawab Kasturi tanpa berfikir
panjang.
“Boleh tak Kasturi masak untuk Fairul?
Saya nak keluar solat Isya’ kat Masjid depan tu. Kasturi retikan guna dapur
ni?”soal Encik Hazril memandang wajah Kasturi yang nampak lain hari ini. Nampak
pucat dan menahan sakit.
“Dapur?” soal Kasturi blurr.
“Ha’ah. Dapur gas.”
Gulp, what!!!
“Hehe, berehhh...” jawab Kasturi dengan
sengihan.
“HELLO,
Assalamualaikum,” ucap Zareen sebaik sahaja panggilan disambungkan.
“Waalaikumussalam. Reen, ni saya.” Encik
Hazril berkata dalam nada sedikit teruja.
Zareen tersenyum mendengar sapaan Encik
Hazril. Apalah agaknya yang mengujakan Encik Hazril sampai dia sendiri pun rasa
teruja juga.
“Ya, prof. Kenapa prof macam teruja ni?”
“Adik kamu datang rumah saya. Awak tak
marahkan, saya suruh Kasturi memasak?”
“Oh...” Zareen tersengih lebar cuba
menahan rasa yang mencuit tangkal perutnya. Zulaika yang berdiri di hadapannya
dipandang. Gadis itu mengerutkan dahinya. “Saya rasa saya tak kisah, tapikan
prof guna dapur apa ye?”
Encik Hazril menganggkat kening mendengar
soalan pelik Zareen itu. Dia kemudian bersalam dengan seorang jiran depan
rumahnya yang datang memberi salam padanya dan dia melihat jirannya itu
berjalan memasuki kawasan surau.
“Dapur gaslah Reen. Kenapa Kasturi tak
reti guna dapur gas ke?”
Terhambur juga ketawa lambak Zareen.
Aduss! Masaklah. Berasap hitamlah dapur Encik Hazril nanti. Adiknya itu reti
guna dapur Cook. Dapur yang takat masukkan sahaja bahan-bahan masakan, dan
mesin itu sendiri akan masak setelah dimasukkan resepinya pada memorinya itu.
Dapur elektrik itupun Kasturi sudah terkial-kial hendak guna inikan pula dapur
gas. Memang masaklah Kasturi!
“Kenapa Reen?” soal orang tua itu cemas.
Takut juga dia mendengar ketawa mengilai macam hantu itu.
“Tak de ape prof. Ni prof nak uji jadi
menantu ke?” ujar Zareen dan kedengaran ketawa panjang dari corong telefonnya.
Encik Hazril kemudian turut ketawa bersama.
Zareen meletakkan telefon pintarnya ke
dalam lacinya semula. Wajah Zulaika dihadapannya dipandang sekilas.
“Macam mana?” soal Zareen dengan ton
tegasnya itu semula.
Zulaika menskrol Tablet Window Office Professionalnya.
“Awak akan buat entrance sekali
dengan Kasturi dan sorang lagi anggota...”
“Fairul?” teka Zareen sekaligus memintas
kata-kata Zulaika.
Zulaika menggeleng dan menjeling. Geram
bila Zareen memintas kata-katanya. Sabar jelah kerja dengan lelaki macam ni.
“...dia akan jadi back up. Next, you’ll introduce your sister as she will be represent in
your father place and you as the next mayor,” sambung Zulaika. Zareen
mengangguk sambil matanya terpejam membayangkan Kasturi berjalan beriring
dengannya di majlis formal.
“But
then, you need to leave her...”
Mata Zareen terbuka.
“The
reasons...?”
“Well,
you received an invintation from someone with a little different pattern...”
Zulaika melirik Zareen yang jelas tertanya-tanya.
“Jemputan khas?”
“Yes
dan Amran minta kita untuk bekerjasama untuk hal itu. As for your sister, dia ada tugas lain yang telah diaturkan oleh
pihak Pejabat Polis Negara,” jawab Zulaika penuh efisen. Dia kemudian
menghantar surat jemputan khas itu pada tablet peribadi Zareen.
Zareen membuka file PDF itu dan diamati
surat tersebut. “Ayah saya ada kat pejabat dia lagi tak?” soal Zareen tanpa
memandang wajah Zulaika.
“Balik 20 minit lepas. Oh yeah, Datin
suruh awak balik malam ni sebab dia nak makan malam dengan awak dan Syukri. Dia
kata kalau boleh bawak balik Kasturi, bagus juga.” Zulaika menyampaikan pesan.
“Okey. Saya nak balik. Thanks Zulaika and good night,” ucapnya lalu mencapai kotnya yang digantung pada
bahu kerusi.
“Good
night to you too,” balas Zulaika pabila lelaki itu berjalan keluar dari
bilik eksekutif itu.
Baru sahaja Zulaika hendak mengemas meja
lelaki itu, kepala si bertuah itu tersembul semula dan bertanyakan soalan
paling pelik pernah dia dengar.
“Pardon?”
“Awak tahu guna dapur gas tak?” soal Zareen
sambil tersengih-sengih.
Kening kiri terjengket bak Ziana Zain.
Matanya terpejam menahan rasa. Wahai hati sabo ajelah dengan kerenah majikan
yang memang suka menyakitkan hatinya. Nampaknya aku diperlekehkan oleh si
lelaki tak guna ni lagi, bisik hati Zulaika mengenangkan semenjak dari hari
majlis di rumah lelaki itu di Evergreen ada sahaja bahan usikan lelaki itu
terhadapnya. Kadang-kadang melampau pun ada juga.
“Dapur elektrik?” soal Zareen dengan muka innocentnya dan ketawa mengekek.
Apa
lagi memang meletuplah termometer Zulaika. “Zareen...!” marah Zulaika dan pada
masa yang sama ingin sahaja dia mencampak pasu bunga Bonzai yang ada di meja
besar lelaki itu. Zareen pula sudah menyusun langkah, melarikan dirinya dari
manusia yang bertukar menjadi raksasa itu sambil ketawa terbahak-bahak.
No comments:
Post a Comment