Tuesday, April 16, 2013

Dua puluh tiga


Dua puluh tiga: Menuju Klimaks Permulaan

16 April 2731, 1950pm, The High End Residance Hotel, Posh High

Kim Won Bin - Zareen
     Zareen mencapai tangan gadis yang duduk di sebelahnya. Tangan yang sejuk dan sedikit menggeletar itu digenggam, menyalurkan sedikit kekuatan yang dia ada kerna tika ini juga hatinya berdetak gementar. Majlis yang dihadirinya kali ini bukan seperti majlis yang lain yang pernah dihadirinya bersama Dato Mahmood tetapi majlis ini seperti pepatah inggeris yang menyebut, killing two birds with one stone.

     Wajah Kasturi kelihatan jelita dihiasi alat solek yang sederhana itu ditatap. Sejuring senyuman dihulur. Kasturi membalas senyuman itu mengharapkan abangnya yang dia sayangi itu rasa kurang terbeban. Buat pengetahuan Zareen, Kasturi lebih kepada seorang anti-sosial, malah tidak pernah menghadiri sebaang majlis formal dengan mana-mana ahli keluarganya dan ya. Dia seorang anti-sosial dan party blooper.

     Namun, dia seorang yang sangat hebat di dalam majlis sosial jika dia sebagai KIL seseorang yang tidak kekok di dalam mana-mana majlis sosial, pandai bergaul dan profesional. Akan tetapi semua itu seperti tidak perlu ketika ini. Dia tetap berasa resah. Sesuatu yang tidak baik mungkin akan berlaku. Naluri wanitanya tidak pernah menipu dan sentiasa menjadi panduannya.

     “Awak boleh buat Kasturi. Saya percayakan awak,” bisik Fairul melalui earphone yang berbentuk seperti klip rambut yang biasa yang diklipkan berdekatan telinganya. Kasturi tersenyum lebih lebar. Hatinya yang resah itu beransur surut.

     “Jom?” ajak Zareen apabila dia benar-benar pasti Kasturi sudah bersedia. Kasturi mengangguk lalu mengikuti langkah Zareen yang keluar dari perut kereta limosin. Pinggangnya dipaut rapat kepada Zareen apabila beberapa orang journalist menghampiri mereka bersama dengan kerdipan flash DSLR.


     SUASANA di dalam Dewan Girasole yang bermandikan cahaya kuning keemasan dan membiaskan warna pastel merah jambu yang lembut. Halwa telinganya dapat menangkap bunyi alunan violin yang menggeselkan irama Four Season yang tika ini dalam rentak musim Spring yang seperti mengalu-alukan kedatangan para jemputan VVIP, VIP dan pekerja syarikat yang dikendalikan oleh keluarga Aigner.

     Kasturi menelan liurnya. Lengannya yang memaut lengan Zareen dengan kuat itu tadi dilonggarkan sedikit. Dia tahu tika ini dia sudah memasuki kawasan perang. Lady Sophie adakah engkau tahu akan kehadiran mereka? Kasturi pasti, lelaki yang bernama Zaim itu dia seorang yang sangat berhati-hati. Maka segala derianya akan dipertajamkan dan jangan lupa, senyum.

     “Cik Agnier,” tegur Zareen sopan tatkala kaki mereka berhenti melangkah di hadapan wanita yang sangat menawan dengan Tulle-Panel One-Shouldered Party Dress yang bewarna hitam, menampakkan bahu kanannya dan diselindungkan oleh rambut panjangnya yang dipintal longgar membiarkan belakang badannya terdedah. Matanya berkilau terang saat melihat wajah Zareen ditatapnya. Bibirnya yang disapu dengan gincu merah hati merekah menghulur senyuman menggodanya.

     “Encik Zareen, gembira saya berjumpa awak malam ini,” ujarnya dalam lenggok bahasa melayu yang kedengaran baku itu. Lantas wanita itu memeluk Zareen dan berlaga pipi. Zareen hanya mengikut rentak, senyumannya tidak lekang.

     “Kenalkan ini adik saya, selaku wakil bapa saya, Nur Kasturi.”

     Sophie memandang Kasturi dengan minat lalu ketawa dan melakukan perkara yang sama seperti yang pernah dia lakukan pada Zareen. “Darling you look beautiful and elegant,” pujinya sambil matanya melihat ke atas bawah.

     “Terima kasih. Awak nampak menawan,” balas Kasturi ikhlas. Matanya menjadi sepet kerana tersenyum dengan pipi yang memerah.

     Sophie sekali lagi tertawa. Dia menutup mulutnya dengan jari-jarinya yang runcing. Kelihatan kukunya yang dicat merah saga dan pada jari manisnya terdapat sebentuk cincin yang bertakhtakan sebutir berlian.

     “Ini adalah pertama kali saya lihat adik awak Encik Zareen,” katanya.

     “Dia sibuk dengan pelajaran dan kariernya yang baru nak membina,” jawab Zareen penuh hati-hati. Matanya melihat tingkah si adik yang masih setia berdiri di sebelahnya sambil memaut tangannya. Sophie mengangguk faham.

     “Awak ada mata yang cantik juga rambut yang bersinar ungu. Anugerah yang unik.” Sejurus dia tertawa kecil. Kasturi dan Zareen tersengih.

     “Ya. Hanya dalam kalangan kami sahaja yang dianugerah sebegini.”

     Perbualan diteruskan untuk beberapa minit seketika sebelum dia berkejar untuk berbual dengan tetamunya yang lain. Kasturi melepaskan lelah. Dia pasti mereka yang lain yang duduk di belakng tabir agak kebosanan mendengar perbualan itu. Sambil itu dia mencari kelibat Tay Run.

     “You did well... for the beginners,” usik Zareen. Langkahnya diatur menuju ke meja khas berdekatan dengan arca ais di tepi kiri dewan. Kasturi mencebik. Seketika dia perasan kelibat Tay Run yang berada selang dua meja darinya ditemani oleh Anna, seorang gadis cina yang sangat cantik dan feminin.

     “Siapa yang duduk sebelah Tay Run tu?” bisik Zareen dengan dahi berkerut.

     “BU,” jawab Kasturi senada. Dia melurutkan belakang baju dress labuh maxinya itu lalu duduk. Di mejanya itu terdapat lagi enam orang ahli yang juga merupakan tetamu VVIP. Kasturi melemparkan senyuman manis pada mereka.

     “BU?” soal Zareen lebih kepada diri sendiri. Kemudian kedutan di dahinya hilang apabila memahami maksud singkatan untuk BU ialah back up.

     Spring mula mengundurkan diri. Kasturi gelisah di tempatnya walaupun kadang-kadang dia melayan beberapa tetamu yang hadir untuk berbual. Tidak jauh dari tempatnya dia perasankan akan susuk seseorang yang sangat dia kenali lantas bibirnya terukir senyuman nipis apabila Saiful menghadiahkannya senyuman. Kemunculan Summer tidak kedengaran sebaliknya seorang pengacara naik ke pentas dan memulakan agenda majlis pada malam itu untuk meraikan majlis ulangtahun syarikat entreprenuer dimana anak syarikat utamanya berasaskan bahan galian dan kajian.



     SATU jam. Satu jangka waktu yang membosankan dalam hidup Kasturi. Tidak kisahlah dalam mood Kasturi mahupun KIL. Sememangnya dia tidak suka sesi mendengar ucapan itu. Daripada pemegang saham tertinggi sehinggalah kepada ketua keluarga syarikat, Cik Aigner itu sendiri. Kesuluruhan pemberi ucapan seramai empat orang. Nasib baik giliran wakil anak syarikat kedua utama itu berucap pendek jika tidak ada jugak dia asyik berulang pergi tandas.

     Dalam bosannya, matanya tetap tajam memerhati sekeliling mencari seseorang. Dalam mesyuarat, mereka telah berbincang untuk menetapkan sasaran dan tikus mondok utama mereka tidak lain dan tidak bukan, Kristal. Cuma jika diamati data analisis Zaim, untuk berjumpa umpan utama itu dalam lingkungan 50/50. Tidak mungkin Zaim yang berhati-hati itu mahu mengeluarkan kad trampnya terlebih dahulu. Tidak mengapa, dia meluaskan skop pemerhatiannya. Dia perlu mencari bukti untuk membawa kepada penglibatan Zaim. Hanya malam itu sahaja peluangnya. Tiada hari lain. Jika tidak, nama Zaim tidak akan muncul dalam senarai suspek  utama dalam jangka masa yang lama dan tika itu, semuanya akan terlambat. Ramai yang akan mati angkara syaitan dua muka itu! Ah, besar juga peranannya sekarang ini.

     “Kasturi, Tay Run... cuba lihat pada pintu ke arah dapur, jam 3.” Kedengaran suara Mahyudin dari earphone.

     Ketika setiap pelayan datang dan menghidangkan makanan pada setiap meja, Kasturi mengambil kesempatan untuk melingaskan pandangan matanya sambil cuba menghirup air mineralnya. Dari jauh, irisnya yang mengecil dapat mengesan figura yang dimaksudkan. Dia dan Kasturi saling bertatapan. Matanya yang sejuk tanpa sedikit perasaan. Sedetik itu, satu kelibat gadis memerhatikannya tajam. Pantas dia berpaling melihat namun dia tidak menjumpai pemilik itu. Siapa? Nalurinya berkata dia kenal pemilik itu.

“...it seems like she’s duplicating herself and unite with the civilians. FYI, aku syak perempuan yang sama yang ekori Nura, sebab origanal body dia still in the same location as yesterday.”

     Duplicate? Tetapi kenapa apa yang dia rasa sekarang ini berbeza? Pandangan tajam yang sama dengan fizikal yang berbeza. Dia mengetap bibir. Fikirannya sarat dengan pelbagai persoalan. Tiba-tiba sebuah robot melintas di hadapannya, menyedarkannya dari fikiran yang dalam. Sedikit kelam kabut dia melihat sekelilingnya mencari kelibat Kristal dan gadis misteri itu.

     “Kast awak okey?” soal Mahyudin di hujung corong.

     Kasturi melepaskan nafas. Tiba-tiba Zareen memegang jari-jarinya. Kasturi berpaling memandang wajah Zareen yang kelihatan risau itu.

     “Adik okey? Nampak pucatlah.”

     Bibirnya tersungging senyuman lalu berkata, “adik okey. Terima kasih.”

     “Betul ni?”

     “Hm.”

     Kasturi berpaling melihat Tay Run dan Anna. Mata mereka berdua jelas memandangnya dengan pandangan risau. Lantas dia mengukir senyum dan menunduk. Kedua-dua mereka berpandangan sebelum membalas senyum. Di dalam fikirannya, Kasturi memerlukan tempat lain untuk dia berfikir dan jauh dari pandangan pasukannya.

     “Excuse me, adik nak ke ladies jap,” ujarnya lalu tanpa toleh kiri dan kanan, menonong dia menuju ke tandas dan disusuli oleh Anna, beberapa minit kemudian.



     “HEY Fairul,” paggil Periya dari belakang. Pemuda itu berhenti berjalan dan berpaling memandang Periya di belakangnya.

     “Yes?”soalnya pelik. Dia memandang kiri kanannya lantas memeluk tubuh. Laluan yang sunyi tanpa seorang pun yang melaluinya membuatkan Periya mengambi kesempatan untuk bertanya. Dia mengetap bibir sambil memasukkan kedua bela tangannya ke dalam poket seluar.

     “You ada masalah dengan Kasturi?”

     Kening Fairul sedikit terangkat. Kerutan di dahi jelas terkelihatan.

     “Well you see... Kasturi berperangai agak pelik semalam.”

     “Pelik?”

Periya pantas mengangguk.

            Fairul tersenyum hambar. Dia tidak tahu memberi ulasan apa, kerna apa yang berlaku tempoh hari... dia sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Dia bergaduhkah dengan Kasturi? Atau satu rundingan? Dia keliru. Namun apa yang dia faham, dia tidak marah pada Kasturi jauh sekali tidak menghiraukan perasaan Kasturi, cuma dia kecewa dan sedih. Dia kecewa apabila Kasturi teragak-agak memilih antaranya dan One. Dia sedih apabila melihat wajah insan yang dia sayang menitiskan air mata sengsara. Dia mahu Kasturi tahu apa yang jiwa gadis itu mahukan dan dia terpaksa mengakui apa yang telah Syukri hamburkan padanya malam sebelum itu.

     “Entahlah. Aku tak tahulah. Jom,” ajak Fairul dan meneruskan langkah untuk menyelinap masuk ke dalam bilik perbincangan yang akan berlansung sebentar nanti.

     “Tapi you bukan teman dia kah?”

     “Maksud kau?”

     “Serius relationship,” jawab Periya bersahaja. Semua orang di unit percaya bahawa antara Kasturi dan Fairul ada sesuatu. Semua dapat rasakan.

     Fairul tertawa kecil. “Okey, aku tak nak main sorok-soroklah. Antara aku dan Kasturi... kitaorang tak da apa-apa.”

     Mata Periya sudah terkebil-kebil.

     “Maksud you?” Bagai permainan copy-and-paste, Periya mengajukan soalan dengan wajah blurrnya.

     “Yelah kitaorang ada sesuatu tu...” ‘...rasanyalah,’ sambung kata hati Fairul.
                                  
     “But kitaorang tak pernah melebihi batas dari status rakan sekerja,” tambahnya lagi.

     “Hei korang sedar tak apa yang korang bualkan, semua orang dengar?!” sampuk Amran di hujung talian earphone. Periya dan Fairul sudah memandang sesama mereka. Lalu mereka meneruskan langkah dalam senyap dan kembali fokus.

     Sesungguhnya, Fairul berterima kasih pada Amran yang secara tidak lansung telah menyelamatkannya daripada terus diasak pelbagai soalan dari mulut Periya. Buat masa ini, dia tidak punya apa-apa sahaja jawapan kepada setiap persoalan tentang dirinya dan Kasturi.



     KASTURI menyandarkan kepalanya pada pintu tandas. Perbualan antara Periya dan Fairul sedikit mengganggu emosinya. Patutnya tadi dia tutup sahaja fungsi earphone itu tak adalah dia panasaran macam ini. Dia boleh sahaja buat bodoh tetapi dirinya tertarik untuk terus mendengar.

     Kedengaran Anna memasuki bilik tandas sebelahnya. Dia pasti, Anna juga ada mendengarkan perbualan itu malah seluruh ahli unit turut mendengarkannya. Ah, persetankan dahulu hal itu sekarang ini dia perlu memerah fikirannya. Lantas dia mengambil tempat di tempat duduk jamban.

“...it seems like she’s duplicating herself...”

     “Baiduri, tolong saya jelaskan gambar Kristal ini boleh?” soalnya pada hari dia menerima surat dari Madam DD. Baiduri memandangnya kemudian pada flash drive yang ada pada tangan Kasturi. Dia mengangguk perlahan dan menyambut huluran itu lalu melakukan prosedur untuk menjelaskan gambar tersebut.

     “Dari mana awak dapat gambar ni Kasturi?”

     “Kawan saya, dia ni blogger. Apearently, dia ada tangkap gambar ni masa dia pergi negara Honjou juga a few places around Little Staircase, dan saya ternampak ni,” kata Kasturi separa serius. Mimiknya tenang dengan senyuman nipis. Baiduri mengangguk faham.

     “Awak nak berapa pixel?”

     “Seberapa banyak dot jelas yang boleh awak buat,” jawab Kasturi.  

     Pantas Baiduri menekan-nekan pada skrin komputer itu dan membesarkan gambar. Matanya bergerak ke kiri kanan antara beberapa tetingkap yang terbuka dan membandingkan sesuatu.

     “Tumpukan pada kawasan ni. Sini.” Jarinya yang runcing menunjuk-nunjuk pada skrin tersebut dengan lakaran bulatan. Sekali lagi Baiduri menekan dan membandingkan antara beberapa tertingkap.

     Akhir sekali selepas Baiduri  berhempas pulas membesarkan imej tersebut, dia tersandar keletihan dan mengurut-urut pada lingkaran matanya. Penat. Tidak pernah dia berasa begitu susah untuk melakukan sesuatu kerja yang sepatutnya senang untuk dilakukan itu.

     “Macam mana?”

     “Saya dah cuba terbaik mungkin tapi macam mustahil Kasturi. Saya dah buat sampai 32 pix lebih dari pix asal dia dan... dia tetap kabur juga. Untuk gambar-gambar yang lain juga, ada yang nampak terang, gelap dan jugak kabur. Awak pasti ke ini Kristal?” kata Baiduri sambil menunjukkan beberapa gambar yang berada dalam tetingkap yang berbeza. Dahi kedua-dua gadis itu berkerut-kerut meneliti gambar tersebut.

     “Korang tengok apa sampai bekerut macam tu. Pakwe lari nanti wo,” seloroh Urrmila sambil ketawa mengekek dan diikuti ketawa galak dari Kasturi dan Baiduri yang pada mulanya terkejut dengan kehadiran gadis India itu.

     Kedengaran flush dari bilik sebelah mematikan lamunan panjang Kasturi. Terkedip-kedip matanya lalu kedua belah tangannya dibawa ke pipi, memberikan sedikit rasa sejuk di tangan pada kawasan yang disentuhnya. Nafasnya dihembus perlahan dan tenang. Punggung diangkat sambil membetul-betulkan dressnya walaupun fikirannya kembali menerawang ke diskusinya dengan PAGE beberapa malam lalu.

     Pintu terbuka sebaik sahaja butang ditekan. Susuk tubuh Anna yang membelakangkannya diperhati kemudian melihat wajah gadis itu yang menunduk, sedang membasuh tangannya dengan sabun. Kasturi tersenyum nipis lalu mengambil tempat di sebelah gadis itu.

     Suasana menjadi sunyi hanya bunyi air yang sudi mengalir menemani mereka. Selesai membasuh tangannya, dia mengibas-ngibas air yang berada pada tangannya kemudian menarik beberapa helai tisu yang berada bertentangan dengan pintu tandas itu. Sebaik sahaja dia siap mengeringkan jemarinya dia berpaling melihat Anna yang masih lagi membasuh tangannya.

     “Anna jom,” ajak Kasturi sekaligus memecahkan kesunyian yang membelenggu mereka.

     Tiada riaksi.

     “Anna?”

     Perlahan-lahan gadis itu mengangkat wajahnya memandang cermin muka. Matanya tajam menikam memandang wajah Kasturi melalui pantulan di cermin.

     “Kasturi, awak dengan siapa?” soal Baiduri di corong earphone.

     “Anna?”

    “Anna dengan Tay Run. Kast, kau kat mana?” kata Mahyudin yang kedengaran sedikit panik.

     Saat mata hijaunya bertembung dengan mata hazel itu, kakinya mula mengundur setapak. Saat bibir merah jambu itu merekah mengukir senyum buatnya, tangannya mula meraba pehanya mencari senjata.

     “Kast zzzt, awazzzzt, zzzzzttt...”

     Air liurnya ditelan kuat. Gadis itu mula berdiri tegak dengan matanya masih lagi tegar memandang wajah pucat milik Kasturi. Senyumannya melebar.

     Pantas Kasturi berpusing apabila matanya terlihat sepucuk pistol perak bersinar berada pada tangan gadis itu. Cepat-cepat dia menekan-nekan kasar punat pintu itu supaya terbuka namun hasilnya hampa.

     “Cakap Kast! Hello! Hellzzzzzzzzzzzttttttt...”

     “Banng!”



     AMRAN mencampak microphone itu kasar. Earphone itu dicabut dan dibaling kuat. Berdentum bunyinya sehingga mengejutkan Mahyudin dan Baiduri yang berada di sisi kiri dan kanannya. Ahli lain yang terkejut dengan tindakan ketua operasi, memandang lelaki itu menanti riaksi seterusnya.

     Baiduri mengetap bibirnya kemudian memandang wajah Mahyudin yang jelas riaknya terlukis kerisauan. Walaupun Kasturi berasal dari kumpulan Elite, tetapi apapun perkara seperti ini tetap merunsingkan lebih-lebih lagi penjenayah yang mereka hadapi kini bukan calang-calang orangnya.

     “Amran sabar. Sekarang ni kita kena bertindak pantas dan selamatkan Kasturi,” ujar Madam DD di skrin siaran lansung yang bertempat di ibu Pejabat Polis Negara. Di sisinya, Urrmila dan dua orang lagi ahli back up yang tekun bekerja.

     Amran meraup wajahnya. Beristighfar panjang di dalam hati. Kemudian dia melihat skrin di hadapannya lalu ke wajah Mahyudin.

     “Call up back up at the nearest places Kasturi seen at. As many as possible and I don’t want a fuss. Keep it shut. Fairul-Periya dan Tay Run-Anna, keep the track, jangan pusing cari Kasturi. Act normal.”

     “But...” suara Fairul mencelah dari salah satu speaker.

     “We can’t lose Fairul and ada ramai lagi yang boleh bantu. Faham?!”

     Masing-masing menelan liur lalu tanpa lengah bergerak bagai tiada hari esok. Keadaan menjadi kecoh tanpa disedari.

     Seramai lima orang ahli meluru ke tandas wanita di mana Kasturi berada. Mereka menekan-nekan punat pintu itu namun hampa lalu mereka menggunakan satu alat untuk membuka pintu. Apabila pintu itu berjaya dibuka, satu situasi terhampar di hadapan mata mereka memaksa beberapa orang dari mereka meluru berlari ke luar dalam kebuntuan meninggalkan dua orang lagi di dalam melihat suasana itu dengan rasa terkejut.

     “She’s gone. Gone!

     “Amran titik Kasturi hilang!” beritahu Mahyudin panik.

     “Perkara itu beransur hilang 2 minit lalu,” beritahu Baiduri pula dengan dahi berkerut. Sedikit pelik dengan sistem yang mula bergerak perlahan dan sedikit tersekat-sekat.

     Serasa saat itu, Amran berasa bumi menghempap dirinya. Bertenang! Kata hatinya. Suasana yang gamat itu dia perlu kendali dengan cermat dan hemat. Kasturi mana kau?!

     Sementara itu, Zareen mencari kelibat adiknya dengan resah. Kepalanya melingas kiri dan kanan. Para hadirin VIP dan VVIP dijemput ke bilik khas untuk aturcara seterusnya. Apabila pandangannya bertembung pandang dengan Tay Run, resahnya mengundur. Wajah lelaki cina itu tenang dan masih lagi mampu mengukir senyuman buatnya. Tahulah dia Kasturi baik-baik sahaja dan sedang menjalankan misi lain pula.
   
     “Encik Zareen, where’s Kasturi?

     Mendengarkan suara lunak manja itu, Zareen berpaling menghadiahkan senyuman extra berganda kilau dan matanya menjadi ultra sepet serta rambutnya yang bersinar keungguan.

     “Cik Aigner, she has to go home. Something came up and she said sorry... also she send a regard for you,” ucap Zareen tidak tinggal satu apapun lalu dia menunduk sedikit dan mengangkat kaki mengikut kumpulan itu meninggalkan Sophie yang terkebil-kebil di tempatnya. Nampak sangat Zareen sedaya boleh cuba elak berborak panjang dengan Sophie atau yang lebih jelas, dia menyampah dengan aura gedik minah itu. Siapa suka Sophie?

No comments:

Post a Comment