Dua
puluh tujuh : Que Sera Sera
17 April
2731, 0017am, Kawasan Rahsia Angkatan Tentera Tinum, Akademi Latihan Polis
Seaview
adik kim yoo jung as Nura |
Peluh yang merenik di dahinya, dikesat
perlahan. Desah nafasnya cuba disekatakan. Beberapa kali dia meraup wajahnya,
cuba menghilangkan imej yang tiba-tiba menghantui mimpi malamnya. Dia mengetap
bibirnya. Rasa sesak di dada tidak mampu dia buang dengan mudah. Apakah yang
dia rasakan saat ini? Tiba-tiba mindanya terfikirkan kakak itu. Hatinya berasa
tidak sedap. Lantas satu keluhan berat terbit dari bibir mungilnya.
“Tak baik mengeluh tahu?” tegur satu suara
gemersik membuatkan Nura melompat dari katilnya. Sebaik sahaja matanya
menangkap wajah yang berkulit sawo matang itu, gadis kecil molek itu menghela
nafas lega. Hampir terputus nafas dia dibuatnya angkara kemunculan mengejut
Mercedez yang tiba-tiba di ambang pintu.
“Mimpi ngeri ke?” soal Mercedez lembut
lalu mengambil tempat di sisi katil Nura yang kecil dan tampak keras itu.
“Awak nak apa?” soal Nura dingin. Lansung
dia tidak mengendahkan soalan Mercedez. Matanya melirik pada jam digital di
dinding. Pukul 12.20 pagi. Tak sampai tiga jam pun dia tidur, dia sudah
termimpi benda yang merapu-rapu. Malah sekarang ini, dia diganggu pula oleh
tetamu yang tak diundang.
Gadis berusia 24 tahun itu tertawa nipis.
“Saja,” jawabnya.
Nura berpaling memandang wajah Mercedez
dengan dahi yang berkerut dan pandangan penuh curiga. “Awak bukannya datang
sini sebab nak soal siasat saya macam selalu?”
Kali ini Mercedez ketawa kuat. Terhibur
sedikit hatinya dengan melihat ekspressi wajah Nura yang berkerut-kerut itu
lebih-lebih lagi suaranya yang ala-ala innocent
itu. Tidaklah dia berasa bosan sangat.
“Itu...” kata Mercedez lalu menunjukkan
pada jam digital tempat Nura pandang tadi. “... ada lagi 10 jam lagi. Buat masa
sekarang, saya nak borak dengan awak,” tambahnya mesra.
Kelihatan jelas kerutan di dahi itu
mengendur. “Awak nak borak apa?”
“Apa-apa saja,” jawab Mercedez sambil
menjungkit bahu.
Nura memandang wajah di hadapannya itu.
Rasa curiganya semakin menghilang melihatkan senyuman penuh mesra milik
Mercedez itu namun dia masih berwaspada. Dia selalu dengar dan lihat
bahawasanya orang seperti Mercedez ini licik orangnya. Lalu dia mengarah
pandangannya pada tingkap luar. Melihat isi laut yang gelap, hanya batu karam
dan pasir sahaja yang bercahaya, memantulkan semula sinar rembulan.
“When
I was just a little girl,
I asked my mother what will I be?
Will I be pretty? Will I be rich?
Heres’
what she said to me...”
Nura melihat biasan wajah Mercedez pada
tingkap. Gadis itu menari ke kiri dan kanan di tempatnya sambil menutup mata
dan menyanyi lagu Que Sera Sera.
“Que
Sera Sera,
Whatever will be, will be,
The futures not ours to see,
Que Sera Sera,
What will be, will be...”
Lambat-lambat Nura berpaling memandang
wajah Mercedez. Hatinya digaru rasa untuk menyambung bait lagu itu. Namun
akalnya menghalang dia dari berbuat demikian.
“Sambunglah, mana tahu boleh tertidur
semula ke nyanyi lagu ni?” Mercedez mengekek lucu. Tanpa sedar, Nura mengukir
senyum. Dia menarik nafasnya lalu...
“When
I grew up and fell in love,
I asked my sweetheart what lies ahead?
Will we have rainbows day after day?
Heres’ what my sweetheart said to me...
Que Sera Sera,
Whatever will be, will be,
The futures not ours to see,
Que Sera Sera,
What will be, will be...”
Pantas Nura menepuk-nepuk tangannya.
Meraikan dirinya yang menyanyi dengan jayanya. Dia tidak mahu menyambung bait
seterusnya. Malah untuk dirinya saat ini berasa sebak menyanyikan lagu itu.
Lidah dan bibirnya gatal mahu bernyanyi sama kerana dahulu lagu ini pernah dia
nyanyikan bersama-sama arwah Farid juga Encik Roslan, bapa kandung arwah Farid
yang sudah dia anggap seperti bapanya sendiri.
Mercedez sudah memandang Nura dengan dahi
yang bertindan tandan. Apa tidaknya, ada lagi dua rangkap lagi, gadis itu sudah
bertepuk tangan dahulu.
“Tak nak sambung nyanyi?” soalnya dengan
kening kanan terangkat tinggi.
“Saya tak kahwin lagi,” jawab Nura pantas
kembali dingin.
Mendengarkan jawapan itu, Mercedez sudah
ketawa terbahak-bahak. Lantas dia menggosok-gosok rambut pendek Nura itu lalu
bangun dari duduknya. Dia mengambil tempat di sisi cermin tingkap yang tebal di
mana ia boleh menahan tekanan dalam air dengan baik.
“Dahulu saya selalu berfikir, adakah saya
akan menjadi seperti mama saya; seorang pelacur kelas atasan, ataupun mengikut
jejak papa saya; seorang yang tidak diketahui identitinya di dunia ini. Saya
sering tanyakan hal ini pada diri saya sendiri sehinggalah suatu hari, mama
saya mati mempertahankan keluarganya, menyelamatkan saya dari terjerumus ke
dalam pihak yang salah.” Gadis itu tersenyum nipis mengingati kisah pahit yang
berlaku dalam hidupnya. Nura hanya diam, mencerna kata-kata yang baru Mercedez
katakan dengan apa yang telah mereka nyanyikan.
“Malam itu saya sedar, saya bukannya anak
luar nikah. Mama juga bukanlah pelacur kelas atasan. Malah papa saya bukanlah
seorang yang bukannya siapa-siapa. Mengetahui yang selama ini saya anak
sepasang ejen rahsia negara, saya mula berasa bersalah. Saya telah menghukum
mama dan papa saya dengan penuh rasa jijik. Tidak pernah terlintas di fikiran
saya ini kerana apa saya berada di tempat tu. Saya tidak pernah terfikir kenapa
tuhan jadikan hidup saya begini. Terkadang... manusia bila mereka hilang
sesuatu yang sangat bernilai, mereka baru sedar yang kaca itulah permata dan
permata itulah yang sebenarnya kaca dan saya tidak ubah seperti manusia itu,”
tutur Mercedez penuh luhur. Tidak terdengar pun sedikit kata-kata tersirat
penuh dengan penipuan.
“Sebab itu awak pilih untuk menjadi ejen
rahsia juga seperti mereka?” soal Nura.
Mercedez tersenyum nipis, tersimpan seribu
satu cerita suka dan duka. “Sometimes,
the word of Que Sera Sera just don’t slips on lips only, they haunt our future
more than we know. Trust me,” jawabnya penuh makna.
Untuk kali keberapa, Nura mengetap
bibirnya bagai bibir itu kuih untuknya gigit-gigit. Sungguh dia berasa seperti
tertekan bercakap dengan perempuan bernama Mercedez ini. Liciknya dia
sehinggakan Nura hampir tidak terbau kelicikannya itu. Nura merebahkan
tubuhnya, membalutinya sehingga ke dadanya, betul-betul di bawah dagunya.
Tiba-tiba dia terdengar ketawa kecil Mercedez yang seolah-olah membingitkan
telinganya. Pantas dia membuka matanya.
“Apa yang kelakar sangat?!”
“Sangat keras kepala. Tidak mengapa.
Sayang sekali saya baru hendak berbaik dengan awak tetapi awak tolak
mentah-mentah perlawaan saya. Malah cerita sedih saya pun tak menggerakkan hati
awak. Baiklah, lagipun sebahagian dari apa yang saya nak cakap dah terluah.”
“Boleh tak tolong jangan berdolak dalik
lagi!” marah Nura yang mula berasa rimas dengan situasi yang bertukar tegang
itu. Hatinya berasa tidak enak sebelum Mercedez memasuki bilik itu lagi. Malah
saat ini dia rasakan hatinya berdegup lebih pantas tanpa sebab yang kukuh
melainkan ada sesuatu yang tidak dia ketahui berlaku.
Mercedez mengeluh berat sambil langkahnya
diatur menuju ke pintu bilik. Sebaik sahaja kedua belah kakinya selamat berada
di luar pintu, dia berpaling lalu dengan senyuman penuh professional lalu dia
membuka mulut. “Selagi awak tak memberi kerjasama pada kami selagi itu keadaan
Kasturi takkan pasti. Tambahan lagi sekarang ini dia berada di hospital. Awak
fikir-fikirlah. Selamat...” Dia menelak jam digital di dinding itu. “... pagi.
Mimpi yang indah-indah.”
LELAKI
itu seperti cacing kepanasan. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Tidak pun
dia akan berjalan macam orang hilang arah. Zareen yang melihat hanya mampu
menggelengkan kepalanya. Sudah lebih dua jam dia melihat Fairul yang seperti
orang hilang arah. Dia tahu pemuda itu resah tetapi dia juga resah, namun
sifat-sifat seorang pemimpin yang mengalir di dalam tubuhnya membuatkan dia
mampu untuk duduk dan berdoa. Berharap keadaan Kasturi selamat. Lantas dia
memegang jemari runcing gadis itu.
Kata doktor yang bertugas iaitu Doktor
Hawke, adiknya hanya kepenatan selain daripada kecederaan di kaki kirinya. Itu
sahaja. Mendengarkan hal itu, Zareen berasa sedikit lega. Akan tetapi dia tetap
berasa tidak sedap. Bagaimana Kasturi; yang asalnya berada di hotel bertaraf
tujuh bintang itu boleh berada di hospital persendirian dua jam selepas gadis
itu meninggalkannya dan tanpa pengawasan daripada mana-mana pihak polis. Lebih
tepat lagi tanpa pengetahuan polis. Itu yang membuatkannya resah. Dia memandang
Fairul. Apalah agaknya difikirkan pemuda itu sehingga bibirnya diketap begitu
kuat.
“Duduklah Fairul. Kasturi takkan bangun
juga walaupun dah berlobang lantai tu kau pijak,” tegur Zareen lembut tetapi
tegas.
Fairul berhenti menawaf. Malah dia
berhenti menggigit bibirnya. Tidak sedar sebenarnya bahawasanya dia telah
membuatkan Zareen berasa tidak selesa dengan tindakan refleksnya itu. Sudah menjadi tabiatnya.
“Maaflah kalau saya dah buat Abang Reen
rimas,” ujar Fairul lalu mengambil tempatnya di hadapan Zareen. Dia memandang
wajah Kasturi yang lena itu.
“Abang tak rimas pun cuma abang nak tanya
soalan boleh?”
Fairul mengalihkan pandangannya. Wajahnya
menanti soalan yang ingin Zareen lontarkan kepadanya.
“Apa yang sebenarnya yang kau fikirkan
Fairul?”
Terangkat kening Fairul mendengarkan
soalan cepumas Zareen. “Fikir apa bang?”
Zareen tersenyum hambar. Dia sendiri juga
pelik kenapa soalan itu pula yang keluar. Agaknya sebab dah lama dia pendam
soalan itu dalam hatinya sejak kejadian Fairul datang ke rumahnya untuk menuntut
penjelasan, saban hari dia berfikir apakah yang sebenarnya pemuda itu fikirkan.
Dia melepaskan genggaman tangannya pada Kasturi.
“Tak ada apa-apa.”
“A...bang?”
Pantas kedua-dua lelaki itu berpaling
memandang wajah Kasturi yang pucat itu. Zareen kembali meraih jemari adiknya
lalu jari-jarinya yang sebelah pula mengusap ubun-ubun gadis itu. Dikucupnya
ubun-ubun itu penuh kasih.
“Hi
darl. Feeling well?” sapa Zareen bersama senyuman manis. Fairul memandang
Zareen tidak berkelip. Sedikit kagum dengan perubahan ekspresi Zareen yang
pantas. Daripada seorang yang berwajah letih kepada seorang yang sangat segar
seperti baru lepas mandi.
“Pening sikit tapi masih boleh handle. Any news for me?” Bersahaja
Kasturi bangun dari pembaringannya dan duduk menyandar pada kepala katil. Dia
mengurai-urai rambutnya yang panjang. Fairul di sebelah kirinya lansung tidak
diendahkan.
“Mama
dan papa on the way ke sini.
Dorang dari Qerran and kirim salam
kat adik.”
“Waalaikumsalam. Qerran huh? Ada tak abang
cakap jangan lupa bawak balik sweets untuk
adik?”
“Mestilah. Semalamkan adik dah beriya-riya
pesan kat diaorang. Hazed lagi ke?”
Kasturi memegang kepalanya. Dia tersengih.
“Ha’ah. Sakit...” rengeknya manja.
Berkerut dahi Zareen sambil dia tersengih.
Sedikit pelik dengan perangai Kasturi yang lansung tdak mengendahkan kehadiran
Fairul. Malah boleh pula gadis itu bermanja-manja dengannya dihadapan Fairul
seolah-olah hanya mereka berdua sahaja dalam bilik itu. Selalunya, jangan
haraplah walaupun orang itu Syukri. Sekarang ini apa sudah jadi?
“Yeke? Then
abang panggil doktor ye?”
Lantas Zareen bangun dan keluar dari bilik
itu. Ingin memanggil Doktor Hawke. Selebihnya dia ingin membiarkan pasangan itu
berduaan. Maksud lain, dia mahu mereka bincang masalah mereka!
Sebaik sahaja Zareen keluar dari bilik
itu, suasana sunyi mengisi ruang. Sehingga dapat dikira berapa banyak hela
nafas yang mereka hela. Ah, betapa kekoknya yang mereka rasakan saat itu. Dua
hari lepas, Kasturi yang melawat Fairul. Hari ini Fairul yang melawat Kasturi.
Hakikatnya, semenjak kes ini bermula mereka sering sahaja sakit-sakit.
Fairul pula tidak tahu hendak kata apa.
Dia tahu Kasturi marahkannya tetapi dia tidak tahu atas sebab apa. Yang dia
fikir ialah dia pernah mengutuk gila-gila masakan Kasturi pada malam gadis itu
melawatnya di rumah untuk pertama kalinya. Yalah, itu semua berlaku kerana
mengikut kata hati yang masih lagi panas. Padahlah namanya. Tidak fasal-fasal
Kasturi pula yang marah dengannya. Padanlah dengan muka kau Fairul. Namun bukan
itu yang berlegar di fikiran Kasturi saat ini selepas satu persatu memorinya
datang semula. Buat masa ini dia tidak punya masa yang cukup untuk merajuk
lama-lama dengan Fairul malah dia sangat memerlukan bantuan lelaki itu cuma...
tembok egonya menghalang dia daripada membuka mulut. Semuanya gara-gara rasa
sakit hati terhadap apa yang Fairul beritahu pada Periya tadi.
“Yelah kitaorang
ada sesuatu tu...”
“But
kitaorang tak pernah melebihi batas dari status rakan sekerja...”
Apa
maksud dia dengan ‘ada sesuatu itu’? Tidak melebihi status rakan sekerja konon.
Habis tu yang dia merayu-rayu itu apa? Sandiwara? Kenapalah dengan lelaki yang
bernama Fairul ini sering membuatkan dia keliru dan makan hati! Tambahan itu,
hatinya menjadi menggelegak apabila mengingati perstiwa tempoh hari dimana
Fairul dengan selamba badaknya mengenakannya sepuas-puas hatinya. Sesedap
rasanya mengatakan bubur masakannya itu rasa payau yang tidak terperi. Huh!
Tolonglah. Cakap payau tapi makan sampai habis juga. Sudahlah, perkara yang dah
lepas itu baik dia simpan dulu. Masuk dalam buku 555. Nanti dia akan tuntut
semula hutang-hutangnya itu.
“Fairul...”
“Kasturi...”
Mereka
berpandangan. Masing-masing berbalas pandang sebelum si lelakinya menunduk.
Tahu pun nak rasa bersalah, ingatkan macho sangat, bisik hati Kasturi. Lantas
dia mendekati tepi telinga Fairul. Matanya berwaspada, memerhati pintu bilik
itu. Berharap Zareen pergi lama. Dia pasti Hawke akan membantunya.
“...disket tu kat mana?” bisik Kasturi.
“Hah?” Fairul membelakangkan dirinya.
Matanya terbuntang melihat Kasturi yang memandangnya tajam. Dahinya berkerut.
“Apa awak cakap Kasturi?” soalnya tidak
yakin dengan apa yang didengari olehnya saat itu.
Kasturi menghela nafas berat. Dia menyelak
gebar yang membaluti tubuh lalu turun dari katil. Rasa sakit yang menyerang
kaki kirinya itu ditahan. Bibirnya diketap tanpa sedar.
“Eh Kasturi, apa ni? Awak nak pergi mana?”
soal Fairul lagi dengan suara cemas. “Kasturi...”
“Just
tell me where the hell is that damn thing!” Kasturi menolak tangan Fairul
daripada terus memegang bahunya. Dia memandang wajah Fairul yang jelas terkejut
dengan perubahan nada suaranya yang kasar itu. Namun semua itu dia tidak
endahkan. “Mana awak letak disket tu Fairul? Mana?”
Mendengarkan suara lembut Kasturi,
mengembalikan Fairul ke alam nyata. Hatinya digaru rasa hairan melihatkan
perangai Kasturi yang berbeza dari biasa. Gadis itu tampak lebih tegas dan
keras. Malah dari pandangan matanya, penuh dengan rasa dingin yang tiada
penghujung. Dia menutup matanya. Rambut lebatnya diselak kebelakang. Cuba
mengumpul semula semangatnya yang telah terbang tadi.
“Fairul please. I don’t have much time,” rayu Kasturi.
Fairul menghembus nafas yang berat. Berat
lagi hatinya untuk memberitahu lokasi disket itu berada. Dia pasti gadis itu
akan marah paling tidak pun akan menjelingnya. Namun bila mengingati semula
perilaku gadis itu tadi... dia jadi ragu-ragu. Kelopak matanya dibuka,
membenarkan cahaya terang memasuki ruang retinanya.
“It’s
at Doric Island... Awak buat apa tu Kasturi?”
Fairul melihat Kasturi yang telah
menekan-nekan pada punat yang berada di dinding kosong bilik itu. Kemudian satu
garis hitam muncul dan melakar pada ruang itu menjadikan kepada sebuah pintu
berkembar.
“Saya nak keluar dari tempat ni. Saya dah
tak da masa nak duduk lama-lama kat sini. Dan awak...” Gadis itu memandangnya
dengan tangannya memegang sesuatu. “...ikut saya,” kata Kasturi tegas lalu
mencampak satu beg sandang yang besar pada Fairul. Lelaki itu terkocoh-kocoh
menangkap beg sandang itu sambil matanya memandang gadis itu dengan pelik dan
bertambah pelik melihat gadis tu menyarung beg sandang itu ke bahunya serta berjalan
ke arah tingkap bilik itu. Tangannya teraba-raba mencari sesuatu di atas
permukaan tingkap itu.
“Awak nak saya ikut awak pergi mana? Awak
buat apa tu?! Kasturi!”
Namun satu apa yang Fairul katakan,
Kasturi buat tidak endah. Malah gadis itu menolak cermin tebal itu dengan kuat
dan menyebabkan cermin itu terbuka seperti tingkap itu dipaku dengan engsel
sahaja lagaknya. Gadis itu tersenyum gembira. Lalu dia berpaling memandang
wajah Fairul lantas menghulurkan tangan kanannya pada Fairul sementelah tangan
kirinya menekan pada punat kecil yang kelihatan seperti kunci kereta ASP.
“Saya takkan berganjak selagi awak tak
beritahu kita nak pergi mana dan saya takkan benarkan awak lompat dari tingkap
tu!” ujar Fairul menunjukkan ketegasannya juga.
Gadis itu mengukir senyum namun tidak
semanis seperti selalu, ia kelihatan seperti senyuman yang menyimpan seribu
satu rahsia. “Kita akan pergi cari bukti macam selalulah,” ujarnya.
Teragak-agak Fairul mendekati Kasturi.
Bukan kerana dia mahu mengikut kata Kasturi sebaliknya dia mahu menarik Kasturi
dari birai tingkap itu. Dia sekarang kini pasti yang Kasturi masih lagi di
bawah pengaruh ubat yang diberikan oleh Doktor Hawke. Akan tetapi lain yang dia
rancang lain yang pula yang terjadi apabila Kasturi dengan kuatnya menarik
Fairul sehingga lelaki itu terdorong ke depan tingkap yang terbuka luas lantas
dia berasa seperti belakang tubuhnya ditolak kasar, menyebabkan dia terjatuh dari
birai itu. Sesungguhnya dia yakin dia akan mati.
No comments:
Post a Comment