Dua
puluh lapan : Panik
17 April
2731, 0100am, Kawasan Udara Area 6 Seksyen G.
Kasturi menjeling Fairul yang duduk disebelahnya.
Dia tersenyum nipis. Sekarang hutang Fairul sudah langsai dan Fairul tidak
boleh marahkannya. Ya, kalau ikut apa yang terjadi tadi, memanglah Fairul boleh
marahkannya tetapi jika sudah ditolak dengan hutang lapuk Fairul itu, apa
bakinya? 0-0 lah matanya. Kalaulah dia ada pita rakaman, memang dia akan rakam
bagaimana lelaki itu menjerit macam orang gila jatuh dari bangunan hospital
dari tingkat 7 itu. Nasib baik ASPnya itu tiba tepat pada masanya. Sekarang ini
juga dia ingin berterima kasih pada Hawke juga pada Haidil. Kalau tidak perkara
ini tidak akan berlaku.
“TIDUR!”
Haidil menolak kepalanya dengan kuat. Kasturi mendengus geram. Sesuka hati
lelaki itu sahaja hendak menunjal-nunjal kepala anak orang. Dia mengusap-usap
kepalanya. Ah-In yang berdiri di sebelah kanan katilnya hanya tersenyum
memandang kerenah dua orang seniornya itu. Hawke pula sudah menggeleng-geleng.
“Kau dah siapkan semua benda yang aku suruh itu?”
soalnya dengan dahi yang berkerut.
“Dah! Sekarang tidur!” tegas Haidil mengeluarkan
hukuman mandotori buatnya.
“Manalah tahu kot-kot nanti aku bangun, benda semua
tak ada. Macam mana aku nak beraksi?” bantah Kasturi tidak puas. Tidak puas
kerana kepalanya ditunjal oleh Haidil.
“Itu jangan risau. Saya dah set kereta kat bawah
dengan mood auto pilot. Kunci ada kat
dalam beg hitam kat dalam VC. Kata laluan dia 7654ASP,” jawab Ah-In pula. Tidak
ingin memanjangankan sesi pergaduhan seniornya yang tidak sudah itu.
“Bagus!” kata Kasturi lalu menenyeh matanya. “Kerja
kau memang selalu bagus. Tak macam orang tu. Macam haprah je.”
Haidil meraup wajahnya. “Hawke betul ke kau dah kasi
dia ubat tidur? Tak tidur-tidur pun.”
Lelaki berambut perang dengan tubuh sasa itu hanya
menjungkit bahu. “Tidurlah dia nanti. Dia tengah tahan tu. Tu – kau tengok mata
dia.”
Ketiga-tiga lelaki yang menjelingi Kasturi,
memandang kelopak mata Kasturi yang sekejap buka sekejap tutup itu. Lantas
Haidil tertawa melihat Kasturi yang sudah mula mamai itu.
“Tak guna... jangan ketawakan aku – ” Tidak
semena-mena gadis itu terkulai di atas tilamnya.
DIA melihat
skrin GPSnya. Kemudian jarinya bermain-main di atas skrin sentuh itu. Ada lagi
sejam lagi untuk dia tiba ke Pulau Doric dan telah pun dia tetapkan pemanduan
menuju ke pulau itu. Cuma tidak diketahui tempatnya dengan terpernci
memandangkan Fairul masih lagi mahu melancarkan perang dingin dengannya. Namun
dia membiarkan sahaja Fairul melayan anginnya sementara dia mahu menguruskan
hal lain pula. Maka dengan tenang dia mengeluarkan telefon pintarnya dan
jarinya sekali lagi laju menggelongsor di atas skrin sentuh.
“Yeah it’s me,”
kata Kasturi mengundang mata Fairul untuk melirik pada wajah pucat bersih itu.
“Kat area 6 seksyen G.” Senyap seketika sebelum
gadis tu menyambung kata. “Okay.”
Lantas panggilan singkat itu berakhir. Walaupunbegitu, ia tetap mengundang rasa
hairan di hati Fairul lebih-lebih lagi dengan semua benda yang berlaku ini.
Sememangnya dia inginkan penjelasan. Tetapi rasa rajuk dan marah menguasai diri
memaksa dia untuk berdiam diri. Apatah lagi, hubungannya dengan Kasturi yang
bagaikan retak menanti belah. Yeke? Kalau dia tidak timbulkan isu itu kelmarin
dan memprovok gadis itu semalam, adakah hubungannya dengan Kasturi masih lagi
hidup dan subur? Atau semamangnya semua ini hanya mainan Kasturi yang
sebenarnya keliru dengan apa yang gadis itu rasa dan dengan apa yang gadis itu
lihat.
“Awak masih marahkan saya?” Bercakap tentang orang
itu, terus suaranya menjengah cuping telinganya.
“Sedikit,” jawab Fairul pendek.
“Awak tahu saya takkan minta maaf,” ujar gadis itu
lagi.
“Saya tahu sebab saya juga takkan minta maaf,”
tambah Fairul dingin.
Sejenak mereka menyepi. Melayan emosi yang bermain
dengan hati dan perasaan. Kasturi memeluk tubuhnya. Melepaskan keluhan ringan.
Takkan minta maaf huh? Detik hati Kasturi. Dia menjeling lelaki itu. Jelas
kelihatan dari raut wajah Fairul, lelaki tu sedikit terluka dengan apa yang dia
katakan. Malah lelaki itu membalasnya dengan kata-kata yang melukakan hatinya
juga...Memikirkan hal itu, dia tanpa sedar telah melepaskan tawa kecil.
“Tak ada apa yang kelakarlah Kasturi,” tutur Fairul
sedikit bengang.
Kasturi menggeleng pantas. “Awak tahu semakin kita
cuba untuk elak dari melukakan hati kita, semakin dalam hati kita robek.”
Lantas gadis itu bangun bergerak ke ruang belakang. Mata Fairul yang mengekori langkah
gadis itu akhirnya menerima habuan tampar yang pedih.
“Jangan pusing belakang. Haram!” keras Kasturi
memberi amaran.
Berkerut dahi lelaki itu. Semakin tinggi pula rasa
ingin tahunya itu namun ditahan rasa itu kerana tidak mahu menerima tamparan buat
kali kedua. Perlahan-lahan dia mengusap pipinya yang pedih itu dan merebahkan
badannya dengan malas ke kusyen kereta yang empuk itu. “Dari mana aja benda ni
semua datang?” katanya lebih kepada merungut dan mindanya melayang-layang
memikirkan apa yang Kasturi katakan awal sebentar tadi.
“Awak
tahu semakin kita cuba untuk elak dari melukakan hati kita, semakin dalam hati
kita robek.”
Harus dia akui, kata-kata itu 100% benarnya. Dia
jawab sebegitu kerna dia ingin lindungi hatinya dari terus bernanah namun
melihatkan ekspresi Kasturi yang menahan rasa, makin bertambah rasa sakit di
hatinya.
“Confidential”
jawab Kasturi tiba-tiba.
Tegak Fairul berpusing memandang belakang dengan
dahi berkerut namun kali ni telingannya pula yang pekak sebeb mendengar jeritan
Kasturi yang nyaring. Sepantas kilat juga lelaki itu berpusing ke hadapan
semula sambil menutup telinga dan mata. Pipinya merah. Berfikir, soalan apa
yang Kasturi jawab tadi? Sedangkan kata-katanya lebih kepada rungutan dan
bebelan kepada diri sendiri.
“Fairul tak guna! Gatal! Saya dah kata jangan pusing
belakangkan! Pervert!” dan bla, bla,
bla lagi.
Menyesal. Argh, menyesal rasanya! Namun tidak mampu
dia simpan senyuman yang tersimpul di bibir walaupun Kasturi di belakang sedang
membebel padanya. Bukan salah dia. Itu sudah jadi lumrah jika dia terlihat
sesuatu yang indah dan...
“Senyum sensorang! Memang lah awak ni pervert tau!” Kasturi menampar bahu
Fairul dengan kuat. Geramnya!
“Siapa suruh awak tukar baju tak beritahu. Saya
ingatkan apa?” jawab Fairul selamba lantas dia memandang wajah Kasturi yang
merah menahan marah dan malu. Apabila matanya mendarat pada tubuh Kasturi, pipi
lelaki itu bertambah merah.
Sedar akan perubahan rona wajah Fairul, Kasturi
mengetap bibir. Tangannya ringan sahaja menghayun tangan pada pipi lelaki itu
sekali lagi namun tanpa sempat tangannya meninggalkan kesan, Fairul lebih
pantas mencengkam pergelangannya. Kuat. Anak mata gadis itu dipandang dalam.
Kasturi mengalih pandang tempat lain. Tidak mahu dia
berlawan mata dengan lelaki itu. Tidak mahu hatinya menjadi goyah pada waktu
ini. Cukuplah rasa keliru yang sering bermain di hati dan mindanya. Lantas
tangannya direntap kuat lalu mengambil tempatnya.
“Kasturi?” panggil Fairul.
Kasturi berpaling memandang wajah Fairul. Sedaya
upaya dia memakai wajah profesionalnya atau lebih tepat sekali wajah sebenar
seorang ejen rahsia. “Ya?”
Fairul memandang wajah gadis di sebelahnya. Gadis
ini tidak mungkin akan berahsia dengannya lagi bukan? Gerak gerinya sangat
berlainan daripada yang sering dia lihat. Dia seperti hampir tidak kenal gadis
itu. Namun apakah patut dia meragui Kasturi? Mungkin kesan daripada dos yang
Kasturi terima sebelum ini membuatkan perangai gadis itu berbeza sedikit
daripada sebelumnya. Jadi dia patut biarkan sahaja persoalan itu daripada terus
berlegar-legar di mindanya.
“Lepas ni kalau nak tukar baju jangan buat macam itu
lagi,” ujar Fairul lembut juga terselit nada ketegasannya. Kemudian dia
bersandar semula pada kerusi kusyen yang empuk itu.
Mendengarkan nasihat Fairul, terus dia berasa
seperti ingin memeluk lelaki itu. Dia menelan liurnya sambil mengangguk
perlahan. Tidak dia sangka lelaki ini walaupun dalam rajuknya masih lagi mahu
menjaganya dan sesungguhnya dia tersentuh dengan sikap mengambil berat lelaki
itu.
Tiba-tiba bunyi kecil berbunyi di salah satu
poketnya. Pantas Kasturi menggeledah mencari beepernya. Tidak sangka dia akan
menerima masej dari Haidil secepat ini.
⋯ÄÄÄ⋯
Tiga Bintang? Pantas Kasturi menyimpan beepernya.
Kemudian dia memandang Fairul.
“Fairul pakai tali pinggang keledar. Kita ada
tetamu.”
JARINYA
mengetuk-ngetuk meja mengikut irama yang bermain-main dalam mindanya. Kopi
Americano di depannya lansung tidak diendahkannya walaupun harumnya menggamit
hati dan perutnya namun rasa yang menggelegak tidak mampu dihilangkan hanya
dengan secawan kopi Americano. Malah dia dapat rasakan giginya mengetap dengan
begitu kuat sehingga rahang muka menjadi tegang. Perlahan dia membuka matanya,
melihat wajah rakannya yang berdiri di hadapannya.
“Duduk In,” pelawanya.
Sahabatnya dengan patuh menurut pelawaan . Topi kerjanya
di letakkan di atas peha kakinya.
“Aku dengar kau ada urgent conference tadi,”
kata Ah-In memulakan bicara seketika sebelum dia berhenti berkata apabila
Serenne menghidangkannya secawan kopi pekat kegemarannya. Lantas dia
menghulurkan senyuman manis buat gadis itu sebelum gadis itu mengundur beberapa
tapak ke belakang dan berpaling keluar dari pejabat serupa bilik tidur ini.
“Ahhh! Semua ni bull****!”
Saiful melepaskan rasa marahnya.
Terkebil-kebil mata sepet Ah-In memandang wajah
Saiful yang kemerahan itu. Lelaki itu kalau marah, habis wajahnya bertukar
merah. Macam The Hulk. Bezanya
makhluk itu hijau, dan Saiful pula merah!
“Apa sahajalah kau ni pagi-pagi buta dah mencarut.
Subuh pun belum lagi kau tahu,” pedas sahaja lelaki keturunan cina itu membidas
rakan baiknya. Sungguhpun begitu, lelaki di hadapannya lansung tidak
mengendahkan kata-kata itu dan sebaliknya dia terus menghamburkan kata-katanya.
“Macam mana aku tak carut kalau orang tua bodoh tu
mengugut aku!” hamburnya sambil meramas rambutnya dengan wajah yang berserabut.
“Kau dah pass mesej aku kat PAGEkan?”
soal Saiful lembut sambil memandang wajah Ah-In yang tenang di tempatnya.
Terukir wajah penuh kebimbangan.
“Dah,” jawab Ah-In dengan senyuman nipis. “She’s gonna be alright. Kenapa kau
risau?”
Namun lelaki bernama Saiful itu tetap resah lantas
menyandarkan badannya pada kerusinya. “Aku takkan jadi macam gini kalau aku tak
tahu macam mana dasyatnya Si Zaim tu In. Even
tadi masa live conference pun – ” Saiful
menutup matanya. Membayangkan semula mesyuarat tergempar yang terpaksa dia
hadiri. Setiap ahli lembaga yang menyokong kerja kotor Zaim tidak mampu berkata
apa apabila Zaim dengan tegasnya mahukan Kasturi.
“I want her!”
Bergema-gema suara Zaim kedengaran di kotak
kepalanya walaupun perbincangan itu dilansungkan menggunakan webcam tetapi aura
lelaki itu seperti ada sekali di dalam pejabatnya. Betul-betul di hadapannya.
Menjerit seperti orang gila berserta ketawa yang mengilai.
“Kau rasa dia dah tahu ke fasal Kasturi?” Soalan Ah-In
mengejutkan Saiful dari terus tenggelam dalam lamunan ngerinya. Perlahan dia
menghela nafasnya.
“Itu yang paling aku takut sekali In.”
TERAGAK-AGAK Fairul
mematuhi kata-kata Kasturi yang lebih kepada satu perintah. Matanya melihat
setiap gerak geri jemari Kasturi yang bermain di atas papan sentuh dashboard. Kemudian gadis itu memakai
tali pinggang keledarnya, memdekatkan kerusinya dengan stereng ASP, dan
memegang tombol gear.
“Baiklah, kita tengok siapa yang jadi kucing dan
siapa yang jadi tikus,” bisik gadis itu perlahan tetapi cukup jelas di telinga
Fairul. Berkerut-kerut dahi Fairul dibuatnya. Sebentar tadi gadis itu kata ada
tetamu, kemudian bermain kejar-kejar pula. Apa ada orang mengekori merekakah?
Pantas Fairul menoleh belakang. Belum sempat retina matanya dapat melihat imej
di belakangnya, ASP yang dipandu Kasturi tiba-tiba menjunam ke bawah. Serius.
“Kasturi apa yang awak buat ni?!”
Kasturi bermain-main dengan gearnya sebelum dia
dapat rasakan kereta itu berpusing ke arah kanan dengan pusingan maut lalu
terbang ke atas semula. Rasanya seperti menaiki roller coaster. Dup! Fairul mengalihkan pandangannya melihat wajah
Kasturi yang tenang memandu ASP dengan bahayanya. Rasanya tadi dia mengalami
deejavu.
Segera dia mengemaskan duduknya dan mengunci
mulutnya. Walaupun dia tidak faham apa yang berlaku sekarang ini, tetapi dia
tidak boleh kata banyak. Kerana sekarang ini dia berada di dalam kasut Kasturi.
AH-IN
menghirup kopinya yang masih panas. Bibirnya tersenyum tatkala merasa kepahitan
kopi yang menepati citarasanya. Serenne sentiasa tahu apa yang dia mahu. Sayang
sekali, Serenne kini menjadi orang bawah Saiful. Dia meletak cawan kopi itu
dengan cermat. Wajah Saiful di pandang semula. “Aku tak boleh tinggalkan kau
sorang diri kat sini Ful,” katanya.
“In, sekarang ni benda dah jadi terlalu cepat. Kau
dah tak selamat. PAGE juga. Aku pasti muka kau diaorang dapat kecam. Kau kene
lebih berhati-hati,” ujar Saiful tegang. Kedua belah jemarinya bertaut dan
dibawa ke dahinya.
“That’s the
more reason for me to not to leave you.”
“HA!”
“Low!”
“Argh!” Saiful menjerit.
“Kau kenapa ni? Selalunya kau composed, kenapa malam ni kau macam panic?” soal Ah-In risau melihat sahabatnya yang tiba-tiba sahaja
gelabah. “Okey sekarang beritahu aku, apa yang orang tua tu ugut kau?”
KASTURI
memperlahankan kenderaannya lalu dia menekan-nekan sesuatu. Sesudah itu dia
melepaskan keluhannya. Kedengaran berat sekali lantas dia bersandar lemah.
Matanya dipejam rapat. Betisnya yang dari tadi berdenyut-denyut kini telah
surut rasa sakitnya. Mungkin dia terlalu menekan di kakinya sehingga betisnya
berasa tekanan.
“Dorang dah hilang ke?”
“Haraplah,” jawab Kasturi lemah.
ASP itu kini kembali semula dalam mood auto pilot, bergerak dalam kelajuan
yang tersangat perlahan. Fairul mengintai skrin dashboard yang jauh lebih canggih dari dashboard ASPnya walaupun ASP ini dan ASPnya adalah dari model yang
sama. Dia meneliti setiap mod yang tertera.
“Appearence :
Transparent...”
Lantas dia memandang gadis yang tersandar lemah itu.
Matanya tertutup rapat. Mungkin dia tidur. Kesempatan itu dia melihat wajah
Kasturi kemudian pada pakaian gadis itu. Dia tahu dia tidak patut meragui
Kasturi namun setiap saat berlalu, dia semakin berasa sesuatu yang tidak kena.
Daripada malam semalam lagi dia sudah berasa pelik lebih-lebih lagi ketika di hospital.
“...disket
tu kat mana?”
“Just
tell me where the hell is that damn thing!”
“Fairul
please. I don’t have much time.”
“Kita
akan pergi cari bukti macam selalulah.”
Pantas dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Lalu dia
pula yang tersandar lemah dan turut memejamkan matanya. Hari yang letih, bisik
hatinya dan tidak semena-mena dia teringatkan tugasnya di hotel semalam.
No comments:
Post a Comment