Dua
puluh sembilan : Permintaan Mustahil
4jam
45minit sebelumnya, High End Residance Hotel, Posh High
“Have
a trust in her. She’ll be fine,” nasihat Periya.
Fairul mengeluh kesal sambil menutup
matanya dan membayangkan senyuman manis Kasturi. Bagaimana gadis itu ketawa,
memarahinya, tidurnya dan wajah malunya ketika gadis itu secara tidak sengaja
sendawa kecil di hadapannya. Kasturi yang dia kenal bukannya lemah dan mudah
tunduk dengan situasi walau macam mana susah pun keadaan itu. Gadis itu dari
pasukan Elite, handal dalam seni bela diri dan mahir dalam menembak tepat. Dia
tidak perlu merusuh begini. “Yeah, she
will.”
“Come,
kita kene cepat. Kalau tak susah pulak kita nak masuk,” ajak Periya lalu dia
berjalan pantas menuju ke dewan banquet yang sedikit kecil. Tidak sampai dua
minit mereka sampai ke dewan tersebut. Kelibat tetamu VVIP dan VIP masih lagi
tidak kelihatan. Mungkin dalam perjalanan. Lantas mereka memasuki dewan itu
apabila selesai mengimbas kad pengenalan mereka pada mesin pengenalan
pekerja.
Di dalam dewan tersebut, terdapat
sebuah meja tinggi yang terletak di kiri dewan khas untuk pengurus majlis
berbicara, di tengah dewan pula terdapat sebuah meja panjang di mana dia
atasnya terdapat beberapa puluh beg goodies
yang kecil untuk tetamu juga sebuah mangkuk besar yang berisi koktel
buah-buahan bersama beberapa buah cawan kaca. Fairul bergerak menuju ke tempat
yang telah dia diletakkan dan Periya pula menuju ke tempatnya yang bertentangan
dengan arahnya. Tidak jauh dari tempatnya berdiri seorang lelaki bertubuh tegap
dengan rambut potongan kemas dari atas 2:2:1 dan berpakaian serba hitam
sepertinya juga setangkai cermin mata hitam terletak cantik di atas tulang
hidungnya. Perasan akan renungannya, lelaki itu berpaling memandangnya.
Harus dia akui lelaki itu sedikit
menakutkannya kerana tingginya yang melangit dan kulitnya yang gelap. Namun dia
tunduk hormat juga tidak mahu kelihatan kekok. Lalu terus dia berpaling ke
depan dan fokus pada ‘tugas’nya.
KETIKA
para tetamu mula memenuhi ruang dewan, bola matanya yang dilindungi dengan
setangkai cermin mata hitam terlihat akan kelibat seorang yang dia kenali.
Lelaki itu bersendirian dan tidak kelihatan kekok dalam kumpulannya. Malah
sangat ramah dengan senyuman yang tidak lekang. Fairul tersenyum nipis.
Melihatkan senyuman Zareen, merasakan dia melihat senyuman gadis itu.
Sememangnya mereka adik beradik walaupun di belakangnya ‘tiri’.
Tiba-tiba Zareen berpaling apabila
bahu lelaki itu di sentuh lembut oleh jemari halus seorang wanita yang
kelihatan anggun dan menawan. Dengan dress
hitamnya bersama rambutnya yang dihias cantik, wanita itu mampu mengaburi semua
mata yang memandangnya. Lady Sophie Aigner. Pewaris sah perniagaan L. Garnet.
yang mempunyai aset bernilai lebih dari RT 400 trilion di Tinum sahaja. Belum
lagi di tempat lain. Wanita dengan sejarah misteri. Ada yang mengatakan umurnya
sudah lanjut tetapi melihat penampilan wanita itu, dengan betapa bergatahnya
kulit wanita itu, membuatkan Fairul sedikit bingung.
Kemudian dia mengalih pandangannya
pada tempat lain pula dan matanya mendarat pada wajah lelaki muda yang berdiri
di tidak jauh dari tempat Periya berjaga. Bukankah itu CEO Sweet Mary, Muhammad
Saiful Bakri dan di sebelahnya pula ialah setiasuha peribadinya Serenne Bon
Lionne. Pasangan itu sedang bercakap sesama mereka sebelum sapasang warga tua
datang menghampiri mereka, tidak silap perkiraannya, itu aialah pasangan Hagard
daripada kalangan keluarga bangsawan dari negara jiran. Ekspressi yang dibawa
Saiful sangat profesional dan lenggok badannya tegak tapi kelihatan bersahaja.
Ada sesuatu tentang malam ini yang membuatkannya dia memandang Periya yang
turut sama memandang kearahnya juga.
Tidak lama kemudian dua pasangan itu
didekati oleh Sophie. Dengan ramah dia menegur Hagard dan Saiful. Sesekali
mereka tertawa kecil. Fairul memerah ingatannya. Setahunya dalam senarai tetamu
VVIP dan VIP, tiada pula nama Saiful yang tertera atau mungkin dia terlepas
pandang?
Dia membetulkan tegaknya. Matanya
masih lagi memandang kumpulan itu. Lama dia perhatikan sehinggalah dia
perasankan sesuatu. Adakah dia tersilap tengok atau itu hanya ilusi? Selama
tiga minit dia perhatikan, tidak pernah sekalipun Saiful memandang tepat pada
anak mata Sophie. Tidak seperti pasangan Hagard atau sesiapa sahaja yang ada di
dalam dewan kecil itu yang dia lihat kelihatan begitu... janggal. Namun perkara
itu berlaku sekejap sahaja apabila Serenne menghulurnya telefon pintar.
Seketika mereka bertukar pandang lalu Saiful meminta pamit.
“Selamat datang kepada tuan dan puan
pada majlis malam ini. Pada malam ini saya, Kristal akan menjadi juru acara
majlis sepanjang malam ini,” ujar seorang gadis yang berdiri di depan dewan
itu. Fairul tidak perasan bilakah masanya gadis itu berdiri di situ namun apa
yang pasti, dia mula mengerut dahi tanpa dia sedar. Nampaknya ketua tikus
mondok sudah menjelmakan diri dengan begitu berani sekali. Tetapi berdasarkan
apa yang Kasturi beritahunya semalam, Zaim tidak akan sewenang-wenangnya
mengeluarkan kad trampnya dengan begitu semberono. Firasatnya kuat mengetakan
ada sesuatu yang lebih besar akan berlaku sebentar nanti.
Para hadirin bertepuk tangan dengan
pembuka bicara itu dan membiarkan Kristal menyambung bicaranya.
“Para hadirin sekalian, tujuan malam
ini kita berkumpul di sini adalah untuk membentangkan satu usul berkaitan
dengan kemajuan syarikat L. Garnet pada masa hadapan. Untuk tidak melengahkan
masal lagi, saya mempersembahkan pembentangan pembinaan Bangunan L.G. Quarters
yang akan dibina di Ratchet Bay,” usul gadis itu seiring dengan persembahan
montaj sebuah kawasan industri perlombongan yang canggih dan moden yang
dibentangkan dalam bentuk visual 4D di tengah ruang dewan itu.
Dengan penuh kagum, para tetamu
melihat-lihat model visual 4D sambil berbisik sesama mereka. Ada antaranya cuba
menyentuh model tersebut dan antaranya juga mula berjalan di dalam visual model
tersebut yang bersaiz
lebih kecil
dari saiz asalnya. Zareen juga tidak ketinggalan untuk mengkagumi rekaan model
kawasan industri itu yang lebih kepada pembangunan eco-friendly sejajar dengan polisi pembinaan syarikat 2344 walaupun
kawasan itu adalah kawasan pembangunan perlombongan. Tidak lama kemudian dia
terlihat kelibat Saiful dan Serenne pula yang turut meninjau-ninjau model itu.
Kali ini pula Fairul tidak terperasankan akan kehadiran Saiful. Apa kena
dengannya malam ini?
“Dengan itu kami ingin mengumumkan
bahawasanya L.G. Quarters merupakan sebuah lagi anak syarikat baharu yang
beroperasi di bawah pengawasan L. Garnet,” umum Kristal yang membuatkan hampir
keseluruhan isi dewan menolah memandangnya. Fairul pula tergamam mendengarnya.
Anak syarikat yang baharu? Apa maksudnya dengan anak syarikat yang baharu
sedangkan syarikat induk juga menjalankan perniagaan korporat yang sama?
“Tujuan pembukaan anak syarikat yang
baharu ini adalah supaya dapat menjalankan produksi dengan lebih teratur dan
efisien di samping dapat menambahkan lagi mutu syarikat juga keuntungan pada
tahap maksima.” Kristal jeda seketika. Dia melihat sekelilingnya dengan mata
biru langitnya yang dingin itu. “Fungsi utama pembinaan L.G. Quarters adalah
untuk menjadi pusat perlombongan bahan galian iaitu batu Zahira.”
“Zahira?” ucap Fairul tanpa sedar
dan mengundang lelaki bertubuh besar dan tegap itu mengerling ke arahnya. Kecut
juga perutnya bila dikerling begitu namun dia buat toya sahaja. Seolah-olah dia
tidak berkata apa-apa pun.
“Sebentar Cik Kristal.” Seorang
lelaki yang bertubuh sederhana dengan kot biru tua dan bertali bow tie itu
mengangkat tangan.
“Ya Dato’ Moun
t?”
“Bukankah batu Zahira itu mitos?
Kalau ada sekalipun, ia tidak ada di sini,” ujar Dato’ Moun
t sambil mendekati ruang depan dewan itu. Di tangan kanannya
terdapat segelas cawan sparkle perisa beri yang berkilau. Lelaki Irish itu tersenyum
sinis.
Namun Kristal berdiri di situ dengan
penuh tenang seperti tidak terkesan di hatinya dengan senyuman penuh provokasi
itu. “Benar Dato’,” Kristal mengiakan. Keadaan menjadi gamat seketika.
“Heh, awak nak suruh kami (para
bangsawan dan tokoh koprat) melabur dalam satu projek gila kamu yang sia-sia? Nonsense!” marah Dato’ Moun
t walaupun dalam nada yang tenang dan menyebabkan suasana
bertambah gamat dengan kata-kata lelaki juga bisik-bisik sesama mereka. “Jadi
Cik Kristal, apa hujah awak untuk menentang kata-kata saya? Kami tidak mahu
melabur duit kami ke arah yang tidak menguntungkan lebih-lebih lagi kepada
sesuatu yang mustahil.” Sejurus itu bola matanya di arahkan ke susuk tubuh
Sophie yang berdiri dua meter darinya dan bersifat pasif di dalam dewan ini.
“Kata-kata dato’ itu berasas
tetapi...” Anak mata Kristal memandang terus ke wajah Dato’ Moun
t. Tajam. Tiba-tiba, gadis itu tersenyum dingin. Fairul dapat
rasakan bulu romanya berdiri tegak.
“... yang mustahil itulah sebenarnya
tidak mustahil,” jawabnya perlahan sebelum menyambung semula dalam intonasi
sebelumnya; tenang dan teratur. “Pihak kami telah menjalan kajian dan menjumpai
lokasi tepat – ”
Tiba-tiba dewan itu sunyi sepi
apabila terdengar bunyi jeritan nyaring yang sayup-sayup. Fairul menumpukan
perhatian pada bunyi jeritan itu. Namun tidak berapa jelas. Pantas dia
memandang Periya yang berjaga-jaga juga. Ekor matanya menangkap kerlingan mata
Kristal yang memandang ke arahnya atau sebenarnya sebelahnya di mana lelaki
bertubuh tegap itu berdiri. Serta merta lelaki itu bergerak meninggalkan
tempatnya menuju ke suatu tempat. Hatinya mendesak supaya dia mengikuti langkah
lelaki itu tetapi dia tahu itu terlalu merbahaya. Sangat.
“FAIRUL,”
panggil seseorang. Tubuhnya digoncang berkali-kali sebelum dia berpaling ke
kanannya melihat wajah Kasturi yang memandangnya dengan mata bundar itu.
“Berangan? Telefon awak bergetar,” tegur Kasturi
dengan mada serius.
Sejurus itu Fairul mengambil telefonnya dari dalam
poket seluarnya. Panggilan dari Zareen. Sebelum sempat dia menekan ikon hijau
itu, telefon itu berhenti bergetar. Entah kenapa dia menghela nafas lega.
“Kenapa macam tu?” soal Kasturi.
“Kenapa macam mana?” soal Fairul tidak faham.
“Yelah macam tulah,” ujar Kasturi lalu menghela
nafas sebagaimana Fairul lakukannya tadi.
Belum sempat lelaki tiu menjawab soalan Kasturi,
telefon itu bergetar semula. Fairul menjeling Kasturi.
“Jawab jelah,” kata Kasturi membuatkan kening Fairul
bercantum.
Teragak-agak Fairul menjawab panggilan Zareen sambil
matanya masih lagi mengintai Kasturi yang tenang di kerusi kusyennya.
“Assalamualaikum,” tenang dia memberi salam.
Senyap. Kasturi yang dilihat diam sambil memandang
ke depan atau lebih tepat menyambung tidurnya semula.
“Saya kat dalam kereta nak pergi rumah kawan saya.
Kenapa bang?” jawabnya jujur.
“Oh yeke? Tadi masa Fairul nak balik, Kasturi ada
kata dia nak pergi mana-mana tak?” soal Zareen sambil mata lelaki itu melingas
melihat Datin Melur dan Dato’ Mahmood yang menanti dengan sabar di sofa
bersama-sama dengan Encik Hazril.
“Tak ada pulak. Tadi pun dia nak cakap dengan saya
pun payah.”
Zareen mengetap bibir. Betul juga apa yang Fairul
katakan. Nampaknya peluang yang dia berikan pada mereka berdua tadi tidak
berapa menjadi. “Tak mengapalah. Hati-hati memandu tu,” pesannya sebelum
mengakhiri perbualan.
“Macam mana Reen?” soal Datin Melur dengan wajah
resahnya. Zareen menghampiri pasangan itu lalu mengmbil tempat di sebelah Encik
Hazril. Telefon pintarnya di letakkan di atas meja kaca di hadapannya.
“Fairul kata Kasturi tak kata apa-apa pun kat dia.
Malah sekarang ni dia dalam perjalanan nak pergi rumah kawan dia,” jawab
Zareen.
“Bila masa pulak lah budak tu keluar? Kamu pasti ke
masa kamu tinggalkan budak berdua tu lima minit sebelum saya datang?” soal pula
Encik Hazril dengan dahi berkerut.
“Betul prof. Lagipun sepanjang masa tu tak ada
sesiapa pun yang lalu koridor ni,” kata Zareen sambil memerah ingatannya
semula. Dia bukannya jenis cepat lupa apatah lagi sepanjang masa itu dia duduk
di bangku di luar bilik tidak jauh dari bilik Kasturi. Bila difikirkan semula,
jika Fairul melangkah keluar dan pulang, pasti lelaki itu akan mengambil jalan
melaluinya juga memandangkan bilik itu
berada di hujung koridor.
“Kat mana ajalah anak tu pergi?” ujar Datin Melur.
Tangannya diramas lalu di bawa ke jantungnya.
“Awak janganlah risau sangat, dia mesti tak
apa-apa,” kata Dato’ Mahmood yang cuba menenangkan hati isterinya walaupun
hatinya sendiri juga bergelodak resah.
“Macam mana saya tak risau, anak kita tu dahlah sakit,
kaki tu dah berlubang kena tembak lepas tu sekarang ni lari entah ke mana.
Macam mana kalau-kalau dia pengsan kat tengah jalan malam-malam buta macam ni,
nak buat macam mana? Ni ha, dompet dia pun dia tak bawa. Silap haribulan orang
tangkap dia masuk penjara cakap anak kita tu warga asing,” bebel Datin Melur.
“Awak ni, sebab tu saya suruh awak bertenang. Kalau
awak dalam keadaan macam ni, awak mulalah fikir yang bukan-bukan. Ni bukannya
pertama kali anak dara kita buat perangai macam ni. Dah banyak kali,” jawab
Dato’ Mahmood sambil memandang wajah isterinya yang tidak senang duduk itu.
“Sebab anak kita tu anak daralah saya risau. Kalau
dia jantan macam Reen ni, kuranglah rasa risau saya ni. Lagipun, Kasturi selalu
buat perangai pun itu kisah berbelas tahun dulu, masa dia kecik lagi. Ni dah
besar panjang,” bebel Datin Melur tak sudah.
“Isy awak ni Melur. Awak macam tak kenal anak
sendiri. Dah dia memang alah duduk kat tempat-tempat macam nilah dia lari. Awak
dulu pun macam tu jugak.”
“Awak nak salahkan saya pulak? Habis tu awak ingat
anak kita buat perangai macam tu bukan sebab awak?”
Zareen menggaru-garu belakang kepalanya. Aduh, asal
perkara macam ini berlaku pasti pergaduhan ini tidak terkecuali. Ada sahaja yang
tidak kena. Matanya dilirik pada Encik Hazril yang tersenyum-senyum melihat
pasangan di hadapannya itu.
“Maaflah prof. Terpaksa tengok babak drama swasta
tak berbayar kat sini pulak,” tutur Zareen perlahan.
“Tak apa. Saya tak kisah. Sekurang-kurangnya mereka
ada juga peluang nak gaduh manja umur-umur macam ni. Saya ni – ” balas Encik
Hazril dengan nada suara yang sukar ditafsirkan.
Bibirnya diketap kuat. Berasa simpati pula pada
Encik Hazril apabila lelaki itu berkata demikian. Lelaki itu tidak pernah
berkahwin sepanjang dia mengenalinya. Tidak tahulah jika lelaki separuh abad
ini pernah punyai teman wanita sepanjang 20 tahun mereka tidak bertemu. Mungkin
juga jodoh untuk Encik Hazril bukan di dunia ini tetapi di syuga firdaus nanti.
Siapa tahu.
“Huuu sejuk. Sorry
lambat,” tegur seseorang sebaik sahaja kakinya itu melangkah masuk ke dalam
bilik bersama-sama sebuah beg kertas berisi buah-buahan. Matanya melingas
melihat katil kosong yang bercadar putih itu. “Kasturi mana?” soalnya bersama
dahi yang bertindan tandan.
“Kamu dari mana Syukri?” soal Dato’ Mahmood lalu
bangkit mendekati anak muda yang sangat susah untuk berjumpa itu.
“Dari atas. Saya dalam perjalan nak balik rumah ibu
tapi tadi Reen telefon cakap Kasturi masuk hospital lagi. Itu yang saya patah
balik datang sini dulu,” jawab Syukri kemudian meletak beg kertas itu di atas
tray katil hospital itu sebelum bersalam dengan Dato’ Mahmood lantas dipeluknya
lelaki tua itu dengan erat. “Kasturi mana?” soalnya sekali lagi.
“Hisy budak ni, bukannya nak tanya papa sihat ke
tak? Sibuk cari adik dia tu. Dah makan?” Sengaja Dato’ Mahmood cuba mengalihkan
perhatian Syukri supaya mindanya tidak memikirkan tentang Kasturi buat masa ini
walaupun dia sedikit ragu-ragu.
“Papa jangan ingat saya boleh termakan dengan umpan
papa. Saya bukannya budak kecik lagi. Kasturi mana?” Tajam dia memandang Dato’
Mahmood sebelum dia beralih memandang Datin Melur dan pada Zareen. “Kasturi
mana?”
Saat itu telefon pintar Encik Hazril berbunyi dan
membantu mereka yang lain dari menjawab soalan Syukri. Namun anak muda bernama
Syukri itu tetap dengan pendiriannya sehinggalah dia terdengar nama Fairul
terbit dari bibir lelaki tua yang duduk di sebelah Zareen.
“Tak balik malam ni? Fairul kat mana?” soal Encik
Hazril.
“Evergreen?”
“Oh okeylah. Malam ni ayah seorang diri lagilah kat
rumah,” ujarnya dalam nada merajuk. Tetapi tidak lama apabila lelaki itu
menguntum senyum seorang bapa penyayang. Sejurus itu dia mematikan talian. Lama
lelaki itu terdiam sambil merenung telefonnya.
“Kenapa prof?” soal Zareen hairan dengan tingkah
Encik Hazril. Dato’ Mahmood mengambil tempatnya semula meninggalkan Syukri yang
berdiri di sisi katil. Anak muda itu mengetap bibirnya tanda geram. Dia lansung
tidak faham dengan situasi sekarang ini dan di mana Kasturi?!
No comments:
Post a Comment