Thursday, June 27, 2013

March Issue for e-cerpen : W.E.B.C.A.M (Walaupun Engkau Bicara Cinta, Aku Masih...) Part Two

(Previous Scenes 8, click here)

Babak 9
Di dalam kereta. Hazril yang memandu dan Norman berada di sebelah sedang memegang handicam. Manakala Raziq berada di belakang, terbaring sebab penat. Masing-masing berpakaian sukan. Baru sahaja lepas main tennis dekat court tennis di sebelah Giant.

Norman : (Menghalakan handicam pada Raziq) Gile nyenyak mamat tu tidur. Kalau bom meletup belum tentu bangun agi nih. (Kemudian di halakan pula lensa handicam pada wajah Hazril yang tersengih-sengih)
Hazril : Dah kau hentam die gile-gile. Sape suruh. Mamat tu bukan boleh tahan dengan pressure.
Norman : Alah cakap dah main tennis 10 tahun. Ini seme poyo!

Raziq : Kau ingat aku tak dengar ke hah? Ngutuk aku je lebih.
Hazril : (Sengih sahaja sambil mata fokus melihat ke hadapan)
Norman : Ril citer ah, macam mana shooting pagi tadi. Dengar macam ada hot story.
Hazril : Hot story ape?
Norman : Buat tak tahu pulak. Fasal Selina ah. Aku dengar kau kapp–
Hazril : (Potong cakap Norman) Ah malaslah. (Jeda lalu mengeluh) Aku tak taulah. Rasa macam bodoh pun ada. Aku suke Si Batrisya tu tapi dia tu complicated. Lepas tu minah saleh celup tu pulak menambah-nambahkan lagi masalah yang dah memang sedia masalah. Agaknya kalau kau tak sedarkan aku fasal kewujudan Batrisya dalam setiap video aku... aku tak jadi macam ni Norm.

Hazril teringat akan peristiwa yang berlaku dua minggu selepas dia berjumpa dengan Batrisya di Stesen Bas Kuala Terengganu.

Norman masuk ke dalam bilik bersama handicam Hazril. Hazril pula sedang menghadap komputernya dengan begitu tekun.

Norman : Banyak agi ke nak buat?
Hazril : (Masih lagi memandang skrin komputer) Benda apa yang banyak?
Norman : Assignment lah.
Hazril : Ohh. Semalam lagi aku dah siap. (Masih lagi tekun menghadap komputer)
Norman : He’eleh. Ini mesti buat vlog ko.
Hazril : (Senyap) Kau nak ape Norm? Aku busy ni... and jangan main handy aku boleh tak? Rosak nanti. Raziq mana? Gi main dengan dia.
Norman : Halau aku nampak. Ok, tak pe. Aku baru nak share ngan kau satu bende aneh fasal video kau tapi... (meleret-leret)
Hazril : (Tajam memandang Norman) Aneh? Asal pelik sangat ayat kau? Kau ni banyak sangat baca novellah.
Norman : Hei aku siyes nih! Ok aku nak blah ah. Pi join Ziq main futsal lagi bagus. Dia bukannya sedar pun fans dia semua dok citer fasal obsesi kau... (dengan perlahan)
Hazril : Obsesi? Apa ni? Nanti ah. Norm!
Norman : (Dengan selamba badak meninggalkan Hazril)
Hazril : Touching lak dia. Ok, aku mintak maaf. Meh kita main. Meh. Ala bucuk-bucuk.
Norman : Bodoh! Bile masa aku bucuk? Tak gune punye kawan. (Masuk balik dalam bilik)
Hazril : (Ketawa) Yelah dah kawan merajuk. Kene pujuk. Nanti tak masyuk...
Norman : Ape jelah yang kawan aku ni repekkan. Sah gile.
Hazril : Gile-gile aku, kau tetap kawan ngan aku gak kan? (Kedip-kedip mata)
Norman : Bajet comel.
Hazril : Mesti! Ok, cer citer. Apa yang aku obsesi sangat sampai aku sendiri pun tak tahu apa kesnyer nih?
Norman : Okeyh... erm, cube kau bukak vid yang kau yang paling latest.
Hazril : (Kerut dahi) Okey... (Buka folder video yang lepas-lepas)

Untuk seketika, lensa handicam dihalakan pada skrin komputer. Hazril dan Norman melihat video yang baru sahaja Hazril siapkan.

Norman : Kau tengok baik-baik.
Hazril : (Menajamkan perhatian pada skrin komputer)

Seketika mereka senyap.

Norman : Hah tuh, tuh!
Hazril : Apa? Apa? Mana? Cik Han ke? Mana?
Norman : (Pukul belakang kepala Hazril) Kau ni rabun ke buta?!
Hazril : Sakitlah sial. Bapak aku bayar zakat kay! (Usap-usap belakang kepala)
Norman : (Geleng kepala) Sorry ah. Tak sengaja. Tindakan refleks. Huhu.
Hazril : (Mendengus) Hah, bende apa yang kau excited sangat kan sampai benjol kepala aku?
Norman : (Mencebik) Nih, kau tengok dekat-dekat. Bukak mata besar-besar. (Melarikan tetikus pada punat ‘seek’ dan menariknya pada minit di mana dia terjerit-jerit tadi. Kemudian menekan punat ‘pause’) Nih kau tengok eh... (Tekan punat ‘play’ lepas tu tiba-tiba ‘pause’) Hah, kau nampak tak?
Hazril : (Membuka mata besar-besar) Nampak ape? Aku tengok... macam cantik je pemandangan ni. Damai hati, aman roh aku...
Norman : Hei main-main pulak kau ni!
Hazril : Aku serius lah ni! Yang nak marah-marah tak tentu fasal ni kenape?
Norman : (Tepuk dahi sambil mengeluh berat) Kau ni perasan ke tak? (Tunjuk pada skrin komputer) Mung nampak tok? Nih ape?
Hazril : (Terkebil-kebil kemudian mengecilkan mata) Perempuan lah. Kenape?
Norman : Sebab perempuan ni lah, peminat kipas susah mati kau tengah bising tahu tak!
Hazril : Yeke?!!! (Terkejut) (Tangan berlari laju di atas papan kekunci membuka laman blog dan laman rasmi youtube dia)
Norman : Kau tak bace ke komen-komen deme ni seme?
Hazril : Tak sempatlah. Aku busy kan...
Norman : Habes tu buat benda nih seme sempat. Stalking anak dara orang sempat.
Hazril : Apa yang kau cakap ni? (Pandang Norman kemudian skrin komputer) Apa yang dorang seme repekkan?
Norman : Ya-Allah Ril. Cube kau tengok vid minggu lepas. Every two minutes, perempuan tuh mesti muncul dalam vid kau. Kau tak perasan ke?
Hazril : (Senyap sambil tangan laju ‘skrol’ membaca komen)
Norman : Aku tahulah kau suka amek gambar nature, rakam gambar bende yang cantik-cantik. Bende-bende picturesque. Tapi... ni dah melampau Ril. Kau sedar tak?
Hazril : (Senyap, sedang menonton video vlognya dengan tekun dan ditajamkan penglihatan)
Norman : (Mengeluh) Take your time bro. Aku bagitahu ni sebab aku tak suke kawan aku kene kutuk. Tu je. Aku nak pi main dengan Raziq. Papehal, kol aku. (Berjalan perlahan meninggalkan Hazril bersama Handicam)
Hazril : (Ketap bibir) Dia ni... (Dengan mata yang macam kene gam kat skrin) ...budak kat stesen bas tu...

Masuk semula babak dalam kereta.

Raziq : Apehal kau pusing jalan ni? (dengan suara serak-serak basah dan mamai)
Hazril : Huh?
Norman : Hoi berangan bawak kerete!
Hazril : Kau yang co-pilot tak bagitahu aku pesal.
Raziq : Berangan la namanye tu... Nasib baik kite tak jadi jenazah. Kalau tak...
Hazril : Sorry lah Ziq. Aku cuai. Ima kasih ye?
Raziq : Same-same. Untung aku ada kawan macam kau. Lain macam orang tu. Senyap je.
Norman : Aku tengah fikirlah.
Raziq : Apa je yang kau fikir?
Hazril : Entah. (Ketawa)
Norman : (Senyap)
Hazril : Eh!
Raziq : Ape?

Hazril memberhentikan kereta di bahu jalan di hadapan Pejabat Pos Pasar Payang.

Norman : Kau pehal tetibe benti ni?
Hazril : Aku nampak Batrisya. Bak handy aku.
Norman : (Serah handicam)
Raziq : Kat ne die? Aku tak pernah nampak lagi minah tu (bukak pintu kereta)
Hazril : Duduk je dalam kete. (Tutup pintu)

Hazril berlari anak mendekati Batrisya yang sedang duduk di bangku di taman sebelah pejabat pos. Ketika itu Batrisya sedang membaca novel. Hazril lagi dua meter nak sampai dekat Batrisya, berhenti berlari, tarik nafas dan hembus. Membetulkan rambut dan bajunya. Dengan langkah tenang, berjalan mendekati Batrisya kemudian duduk di sebelah Batrisya.

Batrisya : Lamanya kau pergi, ape je yang kau beli Fel?
Hazril : (Senyap)
Batrisya : (Mengalih pandangan daripada khusyuk membaca dan pandang wajah Hazril) (Riak terkejut)
Hazril : (Senyum) Hai, saya tak tahu pulak nama saya dah jadi Fel. Awak tunggu saya ke?
Batrisya : (Tidak berkelip memandang wajah Hazril)
Hazril : (Ketawa) Saya tahulah saya ni handsome. Tak yah pandang saya lama-lama.
Batrisya : (Pandag tempat lain dengan pipi yang merah sambil ketap gigi)
Hazril : (Ketawa)
Batrisya : (Mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor telefon Fellisa) Assalamualaikum Fel. Kat ne? (Senyap) Lama lagi ke? (Senyap) (Keluh) Yelah, yelah. Janganlah membebel. Rimaslah (Senyap) (Ketawa) Ye. Ye... Aku tunggu kat sini. Bye.
Hazril : Kawan awak tu kat ne?
Batrisya : None of your business.
Hazril : Oh for me, it is. Sanggup kawan awak tinggalkan awak sensorang kat sini. Dah lah awak ni –
Batrisya : Boleh tak (separa menjerit)
Hazril : (Terkesima)
Batrisya : ...awak jangan membebel macam kawan saya tu? Cukuplah saya ada sorang kawan yang macam tu. Saya tak nak ada orang lain lagi macam dia.
Hazril : Ohhh... (terasa)
Batrisya : (Bersalah)
Hazril : Tapi awak tak kisahkan saya temankan awak kat sini?
Batrisya : (Pandang Hazril kemudian pada tempat lain. Seperti mencari sesuatu) Awak datang dengan siape?
Hazril : (Tunjuk pada kereta sewa yang dipakir di bahu jalan) Tu. Norman ngan Raziq ada sekali.
Batrisya : (Angkat kening) Tak pe ke? (suara mendatar, macam tak de feeling)
Hazril : Dorang tak kisah.
Batrisya : (Mencebik sambil itu simpan buku dalam beg)
Hazril : Eh? Kenape simpan?
Batrisya : Pengalaman mengajar saya apabila saya berdepan dengan awak, saya tak boleh buat apa-apa sebab saya tak boleh concentrate.
Hazril : (Ketap bibir) Awak... (pandang Batrisya)
Batrisya : (Pandang Hazril dengan pelik)

PAUSE

Hazril : (Monolog) Serius masa ni aku fikir yang minah ni ‘mungkin’ dah syok kat aku sebab tu dia kata macam tu. Tapi bila fikir balik... (meleret-leret) Tak mungkinlah.

PLAY

Hazril : kutuk saya eh?
Batrisya : (Jungkit bahu)
Hazril : Aouch. Terasa di situ.
Batrisya : (Senyum nipis)
Hazril : Cuba senyum lebar-lebar sikit. Mesti cantik, menarik, kau memang da bom!
Batrisya : (Kerut dahi) Awak ni macam-macamlah.
Hazril : (Ketawa) Oh sh**! Bateri nak habes.
Batrisya : Nak balik dah ke? (Gembire)
Hazril : Awak halau saya ke?
Batrisya : (Jungkit bahu)
Hazril : Double aouch! Awak ni memang sentiasa buat saya nak sentap je. Tapi tak pe, demi awak... saya rela.
Batrisya : (Geleng kepala) Ape-ape la. Kamera awak tu... ada masalah tak?
Hazril : (Tunjuk handicam pada Batrisya) Ni? (Senyum) Saya baru lepas ambik dia kat kedai. Asyik hang je.
Batrisya : Oh (Bersalah) Berapa ringgit awak betulkan?
Hazril : Alah kamera lama. No worry la. Tapi awak hutang saya.
Batrisya : (Telan liur) Hu – tang?
Hazril : (Angguk) Dua hutang!
Batrisya : Dua?! Ke –
Hazril : (Potong cakap Batrisya) Pertama; awak tolak kamera saya sampa jatuh dan rosak. Dua; saya hampir kene langgar dengan kereta sebab awak. (Cakap dengan tegas)
Batrisya : Ok mister, listen up! Sejak bila pulak kesalahan nombor dua tu, jatuh atas bahu saya?
Hazril : Listen missy, saya kejar awak sebab awak tolak kamera saya sampai jatuh dan saya terpaksa kejar awak!
Batrisya : But still, awak yang paksa saya tolak awak!
Hazril : Oh yeah? Kalau awak duduk berbincang baik-baik dengan saya, benda macam ni takkan jadi.
Batrisya : Awak yang paksa!
Hazril : To sum up, awak dah banyak kali gores hati saya.
Batrisya : Argh!!!

Suddenly gelap.

Hazril : (Monolog) Ngee, sorry bateri habes. Conclusion kepada pergaduhan aku dengan Batrisya yang berlansung selama 30 minit tu berakhir dengan kemenangan di pihak aku. Itu pun... dengan ugutan. (Mengeluh) Nampak sangat aku ni dah habeh modal nak ngorat perempuan. Teruk betul.



Babak 10

Di hadapan Kolej Kerawang, pada 8.30 malam. Hazril berada di dalam kereta sedang merakam kedatangan Batrisya ke arah keretanya. Batrisya masuk ke dalam kereta dengan muka cemberut.

Batrisya : (Hulur tangan kanan) Mana?
Hazril : Mana apa?
Batrisya : Tak yah buat tak tahulah. Cepat bagi balik buku saya tu.
Hazril : Chait! Nantilah. Balik karang baru saya bagi. Sekarang ni kita gi makan dulu. Awak pegang buah hati saya ni. (Menekan pedal minyak)
Batrisya : (Mencebik) Cheap! (Perlahan)
Hazril : (Berhenti mengejut) Ape?
Batrisya : (Mengusap dadanya) Awak nak suruh saya mati cepat ke?
Hazril : Awak cakap apa kat saya tadi?
Batrisya : Cheap (Cakap laju)
Hazril : (Terkebil-kebil)
Batrisya : (Tidak puas hati) Cheap! Cheap! Cheap! Tak adil! Puas hati?
Hazril : (Merenung tajam wajah Batrisya)
Batrisya : (Ketap gigi) Ape?
Hazril : (Ketawa) Tahu takut. Lain kali awak cakap macam tu, saya ngap awak. Tak sedar dia yang paksa saya buat macam ni.
Batrisya : Hei awak ni bising lah. Cepat jalan. Saya lapar ni. (Mendengus sambil pandang Handicam dengan dahi berkerut) Pelik (Tekan switch off handicam)

Skrin gelap.

Hazril : (Monolog) Date malam tu... bagi mata yang memandang, tampak biasa tetapi bagi hati ini, ianya seperti ingin berlari selaju boleh. Walaupun cara aku agak... cheap. Bak kata dia, namun – it was the most memorable night for me. Ever!

Skrin cerah, foto wajah Batrisya sedang cemberut di salah sebuah restoran di Kuala Terengganu.

Hazril : (Monolog) Ini Batrisya, macam yang kauorang kenal dan macam yang aku kenal. Kaki cemberut. Dahi berkerut~~ Nasib kau lawa. Huhu. Actually minah ni ada tabiat yang sangat pelik. Ok, cer tengok ni.

Daripada foto wajah cemberut Batrisya, menjadi video dengan permulaan babak wajah Batrisya.

Batrisya : Awak buat ape?
Hazril : Rakam awaklah.
Batrisya : Saya bukan artis! Malulah.
Hazril : Bagi saya awak adalah seni dan seni kene ada dalam filem!
Batrisya : (Kerut dahi) Weirdo (cakap perlahan)
Hazril : Saya dengar tu.
Batrisya : Telinga awak macam gajah kan?
Hazril : Yeke? (Pegang telinga) Ye kot. (Ketawa)
Batrisya : (Mencebik)
Hazril : Cube senyum? Macam tengah hari tadi.
Batrisya : (Jeling Hazril) Mana buku saya?
Hazril : Kat rumah.
Batrisya : (Mata membulat besar) Awak!
Hazril : Ye sayang?
Batrisya : (Terkedu, pipi jadi merah) Argh!
Hazril : Die malu lah, comel betul.
Batrisya : (Bangun tibe-tibe)
Hazril : Eh sayang nak ke mane?
Batrisya : (Tunjuk pada Hazril kemudian pada dirinya. Lantas Batrisya buat tanda X)
Hazril : (Kelip-kelip mata) Awak taknak makan kat sini?
Batrisya : (Tepuk dahi dan hendak berlalu pergi namun Hazril pantas capai pergelangan tangan Batrisya)
Hazril : Duduk.
Batrisya : (Mendengus sambil cube melepaskan tangan kemudian mengalah) Ok. Fine. On one condition, berhenti rakam saya.
Hazril : Okay. No preblem. Tapi awak kene cakap dengan saya dulu kenapa awak tak suka saya rakam awak?
Batrisya : Awak! Kita nak makan! M.A.K.A.N. Nanti kalau awak asyik rakam saya bila masa awak nak makan?
Hazril : (Tersenyum puas) Pft, sayang jugak awak kat sayakan?
Batrisya : Tolonglah (Pipi merah sambil pandang tempat lain sambil ketap bibir. Kemudian berjalan duduk di hadapan Hazril dengan langkah perlahan)
Hazril : Macam tulah.

Skrin gelap.

Hazril : (Monolog) (Ketawa kecil) Sangat comel. Semua perempuan macam gini eh? (Ketawa)

Batrisya dan Hazril duduk di tepi water founten di stadium Kuala Terengganu. Waktu itu Hazril sedang khusyuk merakam wajah Batrisya.

Batrisya : Encik Hazril, boleh saya bertanya?
Hazril : Eeehhemmm.
Batrisya : Kenapa... awak... (pandang Hazril) ambik course AD?
Hazril : (Ketawa)
Batrisya : Kenapa ketawa? Saya serius ye!
Hazril : Kenapa saya tak boleh ketawa dan siapa kata awak tak serius?
Batrisya : Just spill the beans.
Hazril : Okey. Okey. Reason saya ambik AD sebab saya suka nature. (Jeda) Awak tahu, ciptaan yang ada depan mata tidak akan kekal indah jika kita tak bertindak.
Batrisya : (Angguk) Mak – sudnya...
Hazril : Macam sekarang. Cube awak lihat sekeliling awak, buka mata awak.
Batrisya : (Melihat sekelilingnya)
Hazril : Bila kita tengok lama-lama kita rasa macam kita nak suasana ni. Kita nak dia ada bila kita nak dia. But, the next day you come, awak lupa bagaimana rupanya hari semalam ‘and’ manusia mudah lupa. Lupe yang pemandangan ni takkan kekal sebab everyday is a new day and yesterday is a only a lesson for the better new day. Kalau awak beri saya pilihan sama ada untuk melakar pemandangan ni atau merakamnya, saya pilih pilihan nombor dua.
Batrisya : Kenapa?
Hazril : (Senyum) Sebab... saya lebih suka yang asli.
Batrisya : Huh?
Hazril : Takdelah, gurau je. Sebenarnya saya bukannya lukis lawa sangat.
Batrisya : Habis tu kenapa awak tak ambik course perfileman?
Hazril : Apa yang saya dapat adalah lebih baik daripada apa yang tidak. Betul tak?
Batrisya : (Senyap dan pandang tempat lain)
Hazril : Malam ni awak banyak cakapkan. Rasa pelik.
Batrisya : Kalau saya tanya satu lagi soalan boleh tak?
Hazril : Okay, shoot.
Batrisya : Kenapa awak pilih saya jadi model awak? Maksud saya macam mana awak boleh fikir yang saya ni boleh jadi model awak sedangkan Kak Sel lagi cantik, menarik, bergaya.
Hazril : Saya ingat awak tak nak tanya.
Batrisya : (Senyum)
Hazril : (Senyum) Sebab ape ye? (Berfikir) Entahlah. Saya tak reti nak cakap. Okey turn saya pulak jadi wartawan. Siapa Kak Sel?
Batrisya : Awak tak jawab soalan saya dan Kak Sel ialah Nur Selina Ahmad Razak. Girlfriend awak.
Hazril : Oh yeke? Saya ingat dia tu room mate awak.
Batrisya : Macam mana awak tahu?
Hazril : Rahsia. Siapa cakap dia tu girlfiend saya?
Batrisya : Everybody and plus petang tadi dia cakap kat saya.
Hazril : Awak jealous?
Batrisya : Oh please! Lebih baik saya jealous kat kawan baik awak yang lagi sorang tu.
Hazril : Siapa? Norman?
Batrisya : (Angguk) Dia dekan empat sem berturut.
Hazril : Habis saya ni apa?
Batrisya : Kenapa dengan awak?
Hazril : Saya pun dekan empat sem berturut. Plus, kalau awak jadi model saya untuk sem ni, boleh jugak saya dapat anugerah naib canselor!
Batrisya : What?! No!
Hazril : Yes! Ingat awak ada hutang dengan saya. (Pandang Batrisya dalam-dalam)      
Batrisya : (Lawan pandang mata dengan Hazril untuk beberapa saat sebelum mengalah sambil memegang pipi dan memandang tempat lain)
Hazril : (Tersenyum kemenangan) Hah! Saya menang. Saya menang.
Batrisya : Bahaya. Bahaya. Bahaya. (Lebih kepada cakap pada diri sendiri sambil menggeleng-geleng)
Hazril : Apa yang bahaya?
Batrisya : Awak tu yang bahaya!
Hazril : Asal pulak?
Batrisya : Sebab awak ni kaki ugut!
Hazril : (Tergamam)
Batrisya : Baiklah. Saya setuju untuk jadi model awak tapi ada syarat!
Hazril : Name it.
Batrisya : Pertama, saya hanya valid jadi model awak selepas awak pulangkan novel saya dan khidmat saya hanya sekali sahaja. Tiada minta belas ehsan atau sebarang bentuk eagyo atau hadiah untuk bribe saya untuk minta saya jadi model awak buat kali kedua.
Hazril : Okey. No big dilly. Tapi saya ada satu soalan.
Batrisya : Ape die?
Hazril : Kenapa awak sibuk sangat nak novel awak? Saya tengok dah nak rabak buku tu awak baca.
Batrisya : (Senyap)
Hazril : Nak kata buku kawan awak, kat depan tu tulis nama awak. Siap tulis tarikh beli lagi. Berape hari bulan ye? 18 or 19 Febuari dua ribu berape ye? Saya tak ingat.
Batrisya : 18 Febuari 2010.
Hazril : (Pandang Batrisya) Hah! 18 Febuari 2010. Apa best sangat buku tu? Sampai masa saya curi buku tu dari awak tengah hari tadi awak macam dah nak nangis.
Batrisya : Mana ada!
Hazril : Ada!
Batrisya : Saya kata tak de lah!
Hazril : Saya kata adalah. (Sambil itu tangannya memercikkan air dari kolam water founten pada Batrisya)
Batrisya : Ahhh! (Menjerit) Hazril!
Hazril : (Ketawa)
Batrisya : Ketawakan saya nampak. Hambek ni. (Memercik air kolam pada Hazril tetapi lebih banyak dari sebelumnya)
Hazril : Hei, hei, hei! Oh main kasar nampak. (Letak handicam kemudian mula bermain perang air dengan Batrisya)

Tunjuk babak Batrisya bermain dengan Hazril sambil terjerit-jerit dan ketawa. Kemudian skrin gelap.

Hazril : (Monolog) Malam tu aku hantar dia balik, bagi balik novel dia... (Senyap kemudian mengeluh) Jujurlah aku cakap. Aku tak bagi pun novel dia. Aku tukar dengan benda lain. Aku ingatkan dapatlah gak aku kenal dia dengan lebih dekat tapi...
Babak 11

Skrin tunjuk lantai bilik kemudian seperti berputar dengan laju. Lensa diarahkan pada wajah Batrisya yang sedang memandang lensa dengan wajah tak puas.

Batrisya : Erm... assalamualaikum. Hai. (Memandang satu tempat) Sekarang ni pukul 2 pagi dan saya tak puas hati dengan awak, Encik Mohd Ali Hazril! (Mengambil sehelai kertas kajang yang berlipat empat yang ada di tepinya) Kepada Cik Batrisya yang dikasihi. Jika awak ingin dapatkan semula novel awak yang bertajuk ‘Street Vendetta’, awak dikehendaki untuk merakam aktiviti kehidupan awak untuk tiga hari sahaja. P/S : Kenapa tajuk buku yang awak baca ni pelik sangat? (Mengunjukkan kertas kajang) Apa ni?! (Bercakap dalam suara yang tertahan-tahan) Dan apa masalah awak dengan tajuk dia tu? (Menghempas kertas kajang ke tempat asal) Argh! Macam manalah saya boleh terfikir nak bagi buku saya tu pada awak tengah hari tadi? Dengar ye Encik Mohd Ali Hazril yang tak guna, kaki ugut, dan poker face. Awak jangan fikir cara awak ni boleh buat saya ikut cakap awak sesuka hati saya dan satu lagi, apa masalah awak dengan saya?! (Memutar handicam yang menunjukkan keadaan bilik perempuan di Kolej Kerawang Blok Sutera)

Gelap.

Hazril : (Monolog) Masalah saya ialah saya ni dah jatuh cinta dengan awak Batrisya!



Babak 12

Di dalam bilik Batrisya. Waktu pagi. Fellisa di meja belajar manakala Batrisya berdiri berdekatan dengan penyangkut tuala.

Fellisa : (Ketawa besar) Aku dah bukak. Aku dah bukak!
Batrisya : Fellisa! Put that thing down!
Fellisa : Ne, ne, ne, ne, ne (2x). Aku heranlah kau kata kau tak suka mamat tu, tapi kau a-layan jugak kerenah die.
Batrisya : Aku tak layan kerenah dia larh.
Fellisa : Oh really? Habis tu semalam, apamacam?
Batrisya : Apa yang semalam?
Fellisa : (Letak handicam di atas meja kemudian berjalan mendekati Batrisya) Dinner semalam tu ape? Aku lansung tak faham kau sekarang ni Risa. Sekejap kau kata kau tak suke dia, sekejap kau kata dia tu gile, sekejap kau kata dia tu kaki ugut. Alih-alih kau macam syok je aku tengok.
Batrisya : Fel! Jangan suki-suki je nak tuduh boleh tak? Nasib baik Kak Sel tak de kat dalam bilik. Kalau dia dengar macam mana?
Fellisa : Lantak dia lah nak dengar ke tak. Yang makan hati dia. Bukan kau. Bukan aku. Dia patut tahu dengan mamat jenis apa dia bercinta.
Batrisya : But still, dia senior kite. Room mate aku. Yang susah nanti aku.
Fellisa : Habis tu sekarang ni kau nak buat ape? Aku tak rasa pun yang mamat gile tu suke kat Kak Sel tau.
Batrisya : Fel, boleh tak kita cakap fasal benda lain? Kau pasangkan benda alah tu? (Berjalan mendekati handicam) Jap gi aku nak gi pulangkan balik benda ni kat tuan dia.

GELAP.

Hazril : (Monolog) Masa ni aku dah start konfius.
Babak 13

Di sebelah padang Sekolah Rendah Kubang Ikan, di dalam kawasan Kolej Kerawang, menuju ke Blok Sutera.

Batrisya : Kenapa kau suke sangat usik barang orang Fel?
Fellisa : Sebab dia punya gambar cantik la. Aku suke. Tengok, even muke kau pun nampak macam glowing dalam ni. (Menghalakan lensa kemera pada wajah Batrisya)
Batrisya : Tak nak lah Fel. Aku tengah bengang ni. (Menolak dengan lembut)
Fellisa : Fasal ape? Fasal kau tak jumpe kekasih gelap kau tu ke?
Batrisya : Fellisa!
Fellisa : (Ketawa) Betul apa? Aku tengok korang macam tengah berlakon citer hindustan sekarang ni. Macam citer ape tuh? Ala... Mere Brother Kil Dulhan? Yang adik dia kene cari calon isteri untuk abang dia last-last dia pulak yang jatuh cinta dengan bakal isteri abang dia and dorang bercinta senyap-senyap.
Batrisya : (Ketawa) Lansung tak de kene mengena.
Fellisa : Betullah. Just tukar gender watak je. Kau jadi adik kepada kakak yang tolong cari bakal abang ipar dia.
Batrisya : Sejak bila pula lah aku cari bakal abang ipar ni? Aku ni kakak pun tak de kau tau tak! (ketawa)
Fellisa : Kau ni sewellah. Sejak bila pulak aku cakap kau ada kakak? Yang jadi akak tu Kak Sel. Yang jadi bakal abang ipar kau tu... mamat gile tu.
Batrisya : Tolonglah! Kau ni banyak sangat tengok hindustan. (Mencari-cari kunci bilik)

Kebetulan waktu itu ada seorang siswi lalu dan menegur Batrisya dan Fellisa.

Siswi 3 : Hai Risa, Fel. Habis kelas dah ke?
Batrisya : Hai!
Fellisa : Ha’ah. Nasib baik kelas hari ni ada dua jer.
Siswi 3 : Untung lah. Aku ada lagi dua. Kamera sape tu?
Fellisa : Ni –
Batrisya : Orang sewel punya.
Siswi 3 : Sewel?
Batrisya : Ha’ah sewel. Aku jumpe kamera ni kat tepi longkang semalam. Pagi tadi nak hantar kat tuan nye badan, tapi tak de lak kat tengganu pulak.
Siswi 3 : Tuannye gi mana?
Batrisya : Hospital sakit mental! (Ketawa)
Fellisa : (Ketawa) Agak-agak ah Risa.
Siswi 3 : (Ketawa) Macam mana kau tahu dia masuk hospital sakit mental?
Batrisya : Entah.
Siswi 3 : (Ketawa) Kau ni macam-macamkan? K lah aku nak cepat ni. Bye.

Batrisya dan Fellisa melambai-lambai pada siswi 3 itu. Apabila sisiwi itu hilang dari pandangan, Fellisa pantas menarik Batrisya masuk ke dalam bilik. Ditutupnya pintu bilik itu dan dia meletakkan segala barang yang dia pegang juga handicam (menghadap barang-barang yang ada atas meja)

Batrisya : Kau ni kenapa Fel? (Melihat Fellisa yang mengunci pintu bilik dan menutup langsir-langsir)
Fellisa : Kau tanya aku kenapa? Risa kau sedar tak? Kau sedar tak? (seperti menjerit)
Batrisya : Fel kalau ye pun tak yah jerit. Aku tak pekak lagi ah.
Fellisa : (Mengeluh) Risa aku dah kawan dengan kau since form 1 lagi. Aku tahu setiap perangai kau.
Batrisya : Fellisa!
Fellisa : Kau sedar tak yang kau dah balik jadi diri kau yang dulu? (suara perlahan)
Batrisya : (senyap)
Fellisa : Aku tak tipu Risa. Aku rasa macam aku tengok diri kau sebelum eksiden.
Batrisya : Fel enough!

GELAP





Babak 14

Petang di taman rekriasi Pantai Pandak (berdekatan jambatan flight over) Lensa handicam dihalakan pada satu tempat yang seepi dan seperti mempunyai nilai pada perakam. Imej yang terhasil sedikit kelam kabut kerana ingin memutarkan handicam pada perakam; Norman. Imej kembali stabil sebab diletakkan di atas permukaan yang rata.

Norman : (Ketap bibir dan berasa tidak selesa) Wei... arm... Ril ni aku Norm. In case kalau kau dah lupa macam mana rupa aku. (Garu belakang kepala) Firstly aku minta maaf sebab aku akan dan dah edit balik movie kau ni.... Isy!

GELAP seketika sebelum Norman ‘On’ semula.

Norman : (Lebih tenang dari tadi) Baiklah. Sebenarnya bahagian yang kau tengok sekarang ni tak pernah ada dalam movie kau. Tapi ini aku yang tambah. Aku harap sebelum kau post movie kau kat youtube dan blog kau, aku nak kau lihat montaj yang aku buat untuk kau, walaupun tak secantik kau selalu buat tapi ini adalah hadiah aku pada kau. Aku harap walaupun sekarang ni kau kecewa, aku nak kau teruskan hidup kau. Keindahan yang kau selalu cari tu, kau boleh jumpa kat tempat lain. Macam orang kata, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.
P/S, kalau kau sedang melihat ni Batrisya, kau dah terlepas peluang untuk dicintai lelaki seperti dia.

GELAP.

Muzik : If you’re not the one by Daniel Baddingfield
Montaj : Hazril dan Batrisya ketika sedang photoshoot dan apa-apa sahaja happy moments yang pernah berlaku pada pasangan ini sebelum tragedi pada babak 16




Babak 15

Di kafe DRR, waktu lengang. Kelihatan Batrisya sedang menggunakan laptop Hazril dengan khusyuk sekali.

Caption : 9 bulan sebelumnya

Batrisya : Hazril! Janganlah!
Hazril : Apa?
Batrisya : Berhenti merakam saya!
Hazril : (Tersengih) Ingakan khusyuk sangat tengok gambar dia sampai tak sedar.
Batrisya : (Memandang wajah Hazril dengan tajam sekali)
Hazril : Okey, okey. Sorry. (Tapi terus rakam wajah Batrisya)

Senyap untuk seketika sebelum Batrisya menjerit kecil.

Hazril : Apa-apa?
Batrisya : (Sekali lagi jeling maut kat Hazril)
Hazril : (Pantas berlari ke sebelah Batrisya) Hei, awak nak buat apa dengan gambar tu? (cuba mengambil alih laptopnya semula)
Batrisya : (Defend) Tak kire, saya nak buang gak! Saya dah suruh awak buang hari tu. Kenapa awak simpan lagi? (Berusaha sedaya upaya untuk delete tetapi Hazril terlebih dahulu ambil alih laptopnya)
Hazril : Buat apa nak buang? Kan comei ni.
Batrisya : (pipi memerah) Menipu! Buruklah. Delete skang gak!
Selina : Hai guys. Happening nampak, buat pe? (muncul dari belakang Batrisya lalu ambil tempat di sebelah Hazril)
Hazril : Hai Sel. Baru habis kelas? (sambil itu tutup laptop)
Selina : Yeah, baru je habis. Lepas ni I free. You free tak Ril? Jom kite gi makan luar nak? Lama tak keluar dengan you. Lagipun... (mata lirik pada Batrisya dan tersenyum gedik) besok birthday you (suara sedih). Besok I tak boleh spend time I dengan you sebab I ada assignment kat luar. Hm...?
Hazril : Hari ni?
Selina : Emhem!
Hazril : Ok. Apa kata you balik bilik dulu? I nak settle few things dengan...
Selina : Eh, laptop!
Hazril : Hah?
Selina : Yelah, hari tu I mintak pic photoshoot hari tu you kata you tak masuk you punya laptop lagi, sekarang ni... (cari pendrive dalam beg, jumpa dan buat macam tadaa!) I ada pendrive, boleh masuk sekarang. Tunggu you nanti, alamatnya kucing bertanduk pun belum tentu. Tahu-tahu you dah hantar.
Hazril : Sel...
Batrisya : Photoshoot apa? (Potong cakap Hazril)
Selina : Risa tak tahu lagi ke? Rasanya dulu Sel dah cakap Risa yang Sel jadi model untuk assignment dia.
Batrisya : Oh yeke? (Macam buat-buat ketawa lepastu pandang Hazril sekilas) Assignment apa yeh?
Hazril : (Genggam pendrive dan telan air liur, macam orang bersalah)
Selina : Assignment untuk projek akhir dialah. Yang teddy bear.
Batrisya : Teddy bear? (terjerit macam suka; buat-buat suka) Oww so cute. Mesti adorable and cudly and oh... (keluarkan handphone dari poket beg. Senyap dan lama)
Selina : Why Risa? Something wrong?
Batrisya : (ketap bibir dan tahan air mata) Hah? Er... (pandang Hazril sambil cakap) yeah. Fel baru beritahu yang laptop saya masuk virus. Jadi... (pandang Selina sambil tersenyum kelat) saya balik dulu eh? Nak kene buang trojan tu. Bye.
Selina : K, bye. Kalau nak...(tak jadi nak sambung sebab Batrisya jalan laju sangat. Lepas tu pandang Hazril, baru perasan yang Hazril senyap sangat) Ril? You kenapa?
Hazril : Apa function you cakap fasal hal photoshoot tu kat Batrisya?(marah)
Selina : Hei, kenapa you marah I ni? I cuma mintak gambar I yaang you janji nak bagi kat I tu.
Hazril : Sejak bila I janji nak bagi you? Hm? You memang sengajakan?
Selina : Hah! I memang sengaja. You nak kat Batrisya right? So I buat dia jealous.
Hazril : D**n ! Sel, itu bukan jealous! You buat dia benci I lagi adalah!Nanti dia akan fikir I ni scumbag tahu tak! (sedikit menjerit)
Selina : Kenapa pulak dia nak fikir macam tu? Ada apa-apa yang I tak tahu ke?
Hazril : Hell no! Forget it. You tak yah tahu apa pun.
Selina : Tak yah taju apa pun? Hazril! I’m your girlfriend!
Hazril : Gf tipu! I tak pernah anggap you ni gf I pun and I never wish you jadi gf I. (Kemas barang and laptop)
Selina : (Sedih) Sampai hati you Ril. I love you for the last five semester I kat sini, I only love you. Tapi pernah tak you tengok I? No! You only nampak you punya handi and laptop you. Tu! Then bila you perasan Batrisya, you berubah Ril. I dah tak kenal you.
Hazril : (Pandang Selina dengan tajam) Dan I dah tak kenal you juga.

GELAP instantly.

Senyap sekejap. Then dengar suara Hazril Hazril macam fading in.

Hazril : (monolog) Aku tahu ini adalah yang terakhir untuk aku dapatkannya.



Babak 16

Fading in also. Caption :  Seminggu kemudian... (di hujung skrin)

Di depan block AD. Kelihatan belakang Batrisya seperti babak 5. Cuma kali ini tensionnya lain sangat dari yang sebelum ini.

Hazril : Batrisya, wait. Ada sesuatu yang saya nak katakan.
Batrisya : (terus berjalan pantas)
Hazril : Batrisya (jerit)

Tetapi Batrisya terus berjalan laju melalui kerumunan siswi (sampai tertolak-tolak) yang hendak ke kampus manakala Batrisya menuju ke Kerawang.

Hazril : Batrisya nanti. Argh!

Hazril berhenti mengejar apabila terlalu ramai siswi yang menghalang laluan dan imej dari handicam tunjuk belakang Batrisya yang menghilang dari pandangan.

Fellisa : (Teguran dari arah belakang Hazril) Hei...

Hazril berpusing memandang belakangnya dan sedikit terkejut melihat muka bosan Fellisa dan di sebelah dia ada Norman dengan muka tegang.

Fellisa : Aku nak cakap dengan kau sikit.



No comments:

Post a Comment