Saturday, July 13, 2013

April Issue for e-cerpen : W.E.B.C.A.M (Walaupun Engkau Bicara Cinta, Aku Masih...) Finale

Previous scenes, : 1-8 (click here)
                            9-16 (click here)

Babak 17

Di belakang dewan. Fellisa duduk di atas tangga dan Norman bersandar di dinding di sebelah Fellisa. Hazril menghadap mereka berdua.

Suasana senyap. Tiada siapa mahu membuka mulut dahulu.


Hazril : Sejak bila kau rapat dengan budak ni, Norm?
Norman : Beberapa hari yang lepas, lepas kau jumpa Batrisya kat depan water front tu.
Hazril : (Tersengih) Ada apa-apa ke?
Fellisa : Sekarang ni bukannya masa nak main-mainlah.
Hazril : Sorry.
Fellisa : Umur kau berapa?
Hazril : (Kerut kening) Dua puluh...

Fellisa mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu menghulurkan sesuatu pada Hazril. Hazril serah handicamnya pada Norman dan dia mengambil kotak berbungkus dan bereben cantik itu dari tangan Fellisa.

Hazril : Apa ni?
Fellisa : Hadiah la. Apa lagi. Happy belated birthday.
Hazril : (Belek hadiah tu, tengok kad yang ada lekat sekali) Er, thanks. Aku tak tau lak yang kau tahu birthday aku.
Fellisa : Bukan aku lah ngok. Ni dari tong sampah. Aku kutip balik lepas Risa buang.

Senyap.

Norman : Asal kau senyap?
Hazril : Aku... aku tak tahu nak kata apa...
Fellisa : (Mengeluh)
Norman : Kau fahamkan maksud hadiah tu. Batrisya dah start sukakan kau dan yang aku tak faham kenapa dia buang hadiah tu?
Fellisa : Baik kau cerita apa yang berlaku semalam atau aku akan menjerit macam orang gila kat sini.
Hazril : (Mendengus) Dia dapat tahu aku tipu dia.
Fellisa : What?
Norman : Macam mana dia tahu?
Fellisa : Kau komplot dengan dia? (Macam nak terjengil biji mata)
Norman : Sorry... Bila dia tahu?
Hazril : Sehari sebelum birthday aku dan kalau Selena tak mulut becok sangat...
Norman : Jap, Selena tahu plan kau?
Hazril : Tak! Kau gila? Minah tu fikir dia dapat buat Batrisya jealous lepas tu nak perasan nak jadi staedy gf aku. Sejak bila aku angkat dia jadi gf dia pun aku tak tahu...
Norman : (Mengeluh)
Fellisa : Okey, sekarang ni kau nak kata yang selama ni Selena celup tu gf palsu kau dan kau tipu Risa semata-mata kau nak...
Hazril : Aku nak raih perhatian dia.
Fellisa : Bodohnya!
Hazril : (Terkebil-kebil) Hei, aku memang tak kisah kalau junior nak cakap lepas ngan aku tapi pandailah nak jaga hati senior.
Fellisa : Masalahnya kau memang bodohlah. Kau ingat aku nak saja-saja ke nak sumpah orang? Dan kau Norm, aku ingat kau ni akal panjang. Rupanya, kau ni bukan seperti apa yang aku jangka.
Hazril : Yang kau nak sesuka hati judge orang tu kenapa?
Norman : Tak, dia cakap benda yang betul.
Fellisa : (Jeling Norman sekilas) Itu hak aku. Aku lihat, dengar dan berfikir. Lepas tu baru aku cakap. Aku bukan macam ayam yang sesuka hati nak kokok sana sini tak tentu hala dan aku kata macam tu lepas aku fikir akan tindakan korang lepas korang berfikir. Kau orang sedar tak yang kau bakal bunuh seseorang?
Hazril : Aku tak faham.
Norman : Batrisya... dia sakit.
Hazril : (Pandang Norman dan Fellisa)
Fellisa : Sepanjang minggu lepas, Batrisya dia kurung diri dia dalam bilik. Tak makan, tak mandi. Aku tak tahu apa yang dia buat dalam tu. Dahlah dia tinggal aras dua, tingkap pun tak bukak. Kalau malam, bergelap. Aku risau kalau dia buat benda-benda bodoh.
Hazril : Tak mungkinlah. Takkanlah dia pendek akal sangat. Lagipun mana roommate dia? Selena?
Fellisa : Semua balik kampung. Aku dah telefon. Lagipun dorang semua salahkan Batrisya fasal kau break ngan Selena. Puan Shida lak tak da untuk 4 hari. Luckily, hari ke-5 tu, aku dapat bukak pintu dia and there she was, terbaring atas lantai, kat bawah meja, ubat dia bersepah-sepah.
Hazril : Dia memang macam tu ke?
Fallisa : Pernah dengar penyakit kemurungan? PTSD?
Hazril : PT, what?
Fellisa : Post Traumatic Stress Disorder. Satu keadaan yang menyebabkan pesakit akan berada dalam kemurungan selepas satu-satu insiden yang memberi impact yang besar dalam hidup dia. Dia trauma Ril. Ayah dan abang dia, mati dalam kemalangan selepas syarikat mereka diisytihar bankrup. Lepas tu, dalam keadaan hidup dia terumbang-ambing, pakcik dia mempergunakan dia. Mungkin benarlah kata orang, keluar mulut singa, masuk mulut buaya. Adib yang dah banyak bantu Risa untuk bangkit semula tikam belakang dia. Semua yang berlaku tu berlaku ketika kami di tingkatan 4.
Hazril : (Teragak-agak) siapa Adib?
Fellisa : Adib? Ex-boyfriend Risa. Kau ingat tak novel yang kau curi dari Risa hari tu?
Hazril : (Angguk) Adib yang bagi?
Fellisa : Yup. Walaupun korang tengok Risa tu macam anti-lelaki, les... tapi dia sebenarnya takut dengan korang. Dia takut untuk percaya pada lelaki. Semua tu kesan daripada PTSD tulah. Jadi aku mohon pada kau Ril, kalau betul kau cintakan Risa, jangan buat dia takut lagi. Aku sebagai kawan dia pun dah tak sanggup tengok dia macam tu. Aku nampak Risa boleh diubati. Cuma dia takut nak bergerak. Tolong Ril. Aku tak minta banyak. Tolong kembalikan Risa yang dulu.




Babak 18

Di dalam bilik Hazril. Hazril sedang melihat semula rakaman semalam. Di dalam bilik juga ada Raziq sedang membaca komik di atas katil. Pada ketika itu Norman masuk bersama handicam.

Raziq : Dahlah Norm. Rimaslah aku tengok kau dok ke hulu, ke hilir ngan handi Ril.
Norman : Bisinglah. Aku nak rakam kehidupan aku sepanjang aku duduk kat rumah ni empat semester berturut, semua atas jasa Ril yang sponsor 80% duit sewa rumah ni.
Raziq : (Ketawa) Aiseh... berkat mata sepet kau le...
Norman : Mulut jaga eh. Ini semua sebab ayah Ril yang percaya kat kita and taja rumah sewa ni. Betul tak Ril... (senyap)
Raziq : (Senyap lepas tu pandang Norman) Ril, kau okey tak? Dah sehari suntuk kau duduk kat kerusi tu.
Norman : Dah lah Ril. Bukan salah kau pun.

Senyap.

Norman : (mengeluh)
Raziq : Dia kenapa? (Separa bisik pada Norman)
Norman : Fasal Batrisya. (Pandang Hazril semula) Hei Ril... (ambik kerusi dan duduk di sebelah Hazril) fasal apa yang kau tanya semalam, fasal Fellisa. (Tetiba senyum) Aku rasa aku suka kat dialah.
Hazril : (Tetiba pandang Norman dengan jelingan menakutkan)
Norman : Siyes.
Hazril : (Mengeluh) Dia suka kau tak?
Norman : Aku tengok macam ada harapan je.
Raziq : Yakin sangat dengan mata sepet dia tu.
Norman : You shuddap.
Raziq : (Ketawa)
Hazril : Kalau macam tu, elok untuk kau. Baru temu buku dengan ruas. Sorang gila sorang geek. Aku?
Norman : Apa dah jadi pada kau Ril? Sejak bila kau jadi lemah semangat ni? Belum apa-apa dah menyerah kalah?
Hazril : Habis tu aku nak buat apa? Aku dah buat semuanya.
Norman : Jujur dengan dia Ril. Nih, cube tengok ni (ambik bungkusan hadiah yang masih lagi tak bukak) Ni tandanya dia ambik kisah fasal kau. Dulu, masa kau eksiden, ada dia kisah?
Hazril : Ada.
Norman : (Terkebil-kebil) Hah yelah. Tapi tu pun dia belah je kan. Tapi... cuba kau tengok ni. Dia balut cantik-cantik, letak reben, letak kad. Semua warna feveret kau.
Hazril : Tapi lepas tu dia buang dalam tong sampah...
Norman : ...dalam bilik dia. (cepat-cepat potong cakap Hazril) Rite? Itu maknanya dia tengah pertimbangkan, kalau betul dia nak buang, dia buang dalam tong sampah domestik yang bauuu tu. Tak de lah Fellisa boleh tahu ni hadiah dari Risa untuk kau.
Hazril : Jadi kau nak kata yang aku ni ada peluang lagi?
Norman : Yup!
Hazril : Yang dia suka aku?
Norman : Ikut mata sepet aku, yup!
Hazril : (Mengetap bibir) Macam mana kalau dia masih lagi takut?
Norman : (Pegang bahu Hazril) Aku tahu kau boleh buat. Percaya diri kau.
Hazril : (Tersenyum) Thanks bro.

GELAP

Hazril : (monolog) Norman sahabat yang memahami dan Raziq, aku berasa senang bila dia ada. Tetapi patut ke aku mula ragui keupayaan diri aku?
Babak 19

Fading in with the intro music yang catchy.

Bahagian menunjukkan beberapa siri Hazril cuba menerjah Batrisya from several directions and  ways. Tempat yang berbeza dan waktu yang berbeza. Ekspressi muka Batrisya mestilah konsistent dan tidak berubah; dingin dan tidak mesra. Juga kalau bolah tunjuk muka menyampah dan meluat. Boleh juga masukkan suara terjahan Hazril seperti.

Hazril : Batrisya!

Or

Hazril : Batrisya~

Or

Hazril : Batrisya...

Ikut kreativiti pelakon yang boleh mengundang rasa kasihan juga sokongan daripada penonton supaya terus menyokong tindakan Hazril.

Music : Yang bersesuaian.

Also the music stop suddenly.



Babak 20

Bahagian ni Hazril rakam guna DSLR yang dia gantung kat leher dia. So, imej dia akan jadi macam terumbang ambing sikit.

First imej, nampak lantai blok AD aras kosong and then statik untuk sekejap sebelum imej tukar jadi bahagian pagar belakang kampus pada waktu tengah hari. Kelihatan Batrisya sedang berbual dengan seseorang di belakang bonet kereta dengan wajah yang serius. Seketika, tiba-tiba lelaki yang berbual dengan Batrisya memegang pergelangan Batrisya dan Batrisya menepis dengan kuat kemudian dia berjalan pantas meninggalkan lelaki itu dan memasuki kolej kerawang.

Hazril mendekati lelaki itu lalu menegur.

Hazril : Assalamualaikum, hai! (buat macam terkejut dengan wajah innocent gile) (Hulur tangan untuk berjabat)
Adib : Waalaikumsalam. Hai... (sambut salam)
Hazril : Ada apa-apa problem ke dengan... (pandang ke arah kolej kerawang tempat Batrisya lalu tadi)
Adib : Hah? Ah, tak. It’s okay. Fine. Gaduh manja je. Kenal Risa ke?
Hazril : Yeah, yeah, yeah. Actually dia model saya and um... soon to be girlfriend. Awak?
Adib : (tergamam) Boyfriend dia. (tengah tahan marah)
Hazril : Jadi awak ni Adib?! Hai, teringin sangat nak jumpa. He. He. He.
Adib : (Senyum tapi kerut dahi, tengok Hazril atas bawah) Thanks....(macam tunggu sesuatu)
Hazril : (pantas jawab) Hazril. Muhd Ali Hazril.
Adib : Macam nama watak novel je.
Hazril : Oh, yeke? First time dengar. Suke baca novel ke?
Adib : Suka? Aish... hehe. Taklah, tapi Risa suka baca novel dan saya layan je setiap kali dia cerita kat saya. Selalu jugaklah beli novel untuk dia.
Hazril : Agaknya, awak ke yang bagi buku tajuk pelik tu?
Adib : Yang mana eh? Risa suka buku tajuk pelik-pelik.
Hazril : Oh... banyak eh kau tahu fasal dia.
Adib : Kata boyfriend dia.
Hazril : Tapi tikam belakang dia ek?
Adib : (Senyap, terkejut)
Hazril : Kenapa? Terkejut ke aku tahu apa kau buat kat EX-GF kau?
Adib : (Senyum sinis) Kau pun banyak tahu fasal dia jugak nampaknya.
Hazril : Kata bakal boyfriend dia. Kenalah pandai jaga hati dia.
Adib : Kau takkan dapat dia. (suara macam memperlekeh)
Hazril : Tak kali ni.
Adib : (Ketawa mengejek) Nampaknya kau tak kenal Risa betul-betul lagi.
Hazril : (Mendekati Adib) Kau... cakap macam tu sebab tadi kau cuba ambik dia balikkan? (Senyap) Nampaknya kau pun masih lagi tak kenal dia dengan lebih dalam sebelum kau tikam belakang dia!
Adib : Jangan yakin sangat kawan... buat dulu baru cakap. Tu, dia dah tunggu kau. Aku pergi dulu.

Semasa dialog Adib ‘Tu, dia dah tunggu kau’ Hazril pusing badan ke arah rumah cik Raja di mana Batrisya ada berdiri kat situ pandang ke arah Hazril.
Hazril : Batrisya...



Babak 21

Hazril berjalan perlahan mendekati Batrisya. Pada waktu ini dia dah sampai di hadapan rumah Cik Raja dan Batrisya berada dua depa di hadapan.

Hazril : Saya rasa kita settlekan hal ni.
Batrisya : (Pandang DSLR yang terjerat kat leher Hazril) Benda tu tengah rakam ke?
Hazril : Ini? (Ambil DSLR tu. Fikir sekejap) Ha’ah.
Batrisya : Saya nak tengok apa yang awak rakam tadi. (Hulur tangan)
Hazril : (Senyap, mengeluh)

GELAP for 10 seconds.

Then, imej muncul semula tapi sekarang ni menghadap tar jalan. Batrisya dan Hazril duduk di pembahagi jalan, tempat letak motor kat dalam kolej kerawang.

Senyap.

Hazril : (Ketawa kecil) Kenapa asyik pandang je?
Batrisya : Saje.
Hazril : You know right apa yang saya nak cakap?
Batrisya : Cepatlah cakap.
Hazril : (tarik nafas) Saya minta maaf sebab dah lukakan hati awak. Antara Selena dan saya, kitaorang tak ada apa-apa. Selama ni dia cuma gf palsu saya.
Batrisya : Dan awak dah minta maaf kat dia?
Hazril : Hah? Nak buat apa saya minta maaf kat dia?
Batrisya : Awak tanya saya buat apa? Awak ni memang...
Hazril : Kenapa awak nak marah sangat? Saya anaiya awak, Batrisya. Bukan Selena!
Batrisya : Thats the point! Saya tak suka lelaki pentingkan diri, spoil and brat!
Hazril : (Tergamam)
Batrisya : Kalau betul awak tak suka saya jangan sampai pergunakan perasaan orang lain Hazril.

Senyap.

Hazril : Saya rasa awak dah salah faham Batrisya. Saya bukannya tak suka awak. Lebih dari tu, sebenarnya. (Ketawa kecil) Saya sayang awak, Batrisya. I love you. Awak sedar tak selama ni saya bertindak macam orang bodoh sebab saya cintakan awak Batrisya.
Batrisya : (Pandang handicam Hazril. Lama) Awak fikir saya bodoh sangat ke? Cinta, konon. (Cakap dengan nada perlahan) Saya takkan tertipu lagi dengan benda-benda macam ni Hazril. Saya tak tahu apa yang Fel dah beritahu awak tapi saya tak percaya dengan cinta palsu awak. Semudah-mudah awak permainkan cinta Kak Sel, saya yakin yang awak akan buat perkara yang sama pada saya.
Hazril : Apa yang Selena cakap kat awak? Saya tak permain...
Batrisya : Tengok? Tengok? Lelaki semua sama. Habis sepah madu dibuang. Awak atau Adib, dua kali lima sahaja. Madah semata. Agaknya dah berapa banyak hati perempuan awak dah mainkan? (Bangun dan pandang Hazril dengan lirik maut, macam pandang rendah) Bukan semudah itu saya nak percaya awak Hazril. Cinta bukanlah pintu segala kepercayaan.

Pada waktu ni, di dalam dewan utama yang gelap dan hanya lampu LCD sahaja terpasang, setitis air mata Batrisya menitis.

Fokus semula pada cerita Hazril.

Hazril : (Ketap bibir lama kemudian tersenyum kelat. Air mata bergenang) Apa sahaja yang awak takutkan Batrisya, saya rasa awak patut takut dengan diri awak sekarang. Suatu masa nanti, awak akan hidup tanpa kasih sayang dan bila masa tu datang, saya akan ada untuk awak Batrisya. Walau macam mana sekalipun awak tolak saya, saya nak awak tahu juga yang saya betul-betul cintakan awak.

Fokus kembali pada babak dalam dewan dimana Batrisya mula menangis sambil melihat dokumentari yang Hazril buat. Dewan gelap dalam lima saat kemudian cerah semula. Kedengaran suara Hazril.

Hazril : (senyap) To fellow viewers, saya tahu pengakhiran cerita cinta saya agak teruk dan menghampakan. (Senyum kelat) Mungkin juga sememangnya pengakhiran cerita ni sedih tak macam fairy tale yang selalu korang tengok dan saya tak letak harapan besar untuk perkara macam dream come true tu berlaku. Cuma saya percaya, suatu hari nanti cinta saya akan berbalas. Dia akan tahu nilai cinta saya ni. Kepada Batrisya, walaupun dengar macam cliche, saya akan tetap tunggu awak. Awak ialah ciptaan terindah buat saya. (Senyap) Itu jelah rasanya. Well, setiap ending movie kena ada lagu best-best dop? Hehe. (Ambik gitar kat sebelah)

Muzik : Innuendo – selamanya





Babak 22
Di dalam Dewan Utama. Fellisa datang menghampiri Batrisya yang menundukkan wajahnya. Pada waktu ini video Hazril masih lagi berjalan (sedang menyanyi).
Fellisa: Nah...(hulur tisu)
Batrisya : (ambil tisu)

Senyap

Video habis dan keadaan jadi gelap. Lampu dewan bahagian belakang terpasang.

Fellisa : Hei, kau okey tak?
Batrisya : Kenapa kau tunjuk semua ni, Fel? Kau salahkan aku?
Fellisa : Kau cakap apa ni Risa? Aku cuma nak kau sedar je. Kau masih lagi ada peluang. Dia tengah tunggu kau, babe. Kau takkan lepaskan dia lagi...kan?
Batrisya : (Angkat wajah) Lepas apa aku dah buat kat dia... dia nak lagi ke kat aku? Aku... masih lagi takut Fel. Macam mana kalau dia dah taknak aku? Dia tipu aku and kau and...
Fellisa : Whoa there. Banyak sangat lah kau ni Risa. Benda ni simple je. Kenapa mesti kau complicated kan otak kau tu?
Batrisya : Tapi macam mana dengan Sara? Kau tahu apa yang dia cakap fasal Ril kat kita sem lepas.
Fellisa : (Menggawang-gawangkan tangan dia) Isy! Kau ni. Buat apa kau sibuk fikir fasal minah seposen tu. Mulut dia tu beracun tau. Jangan percaya cakap dia. Sekarang ni kau bukan kena takut dengan lelaki aja. Perempuan pun sama. Apa aku nak kata kat sini ialah, some people kau boleh percaya and some are bullshit. Percaya hati kau, iman kau. Okey? (senyum manis)
Batrisya : (senyum)
Raziq : Lama lagi ke weh? Kang pagar tutup baru hang tau.(muncul dari belakang)
Fellisa : (pandang belakang) Kepoh ah kau. Sabar lah. Tak nampak ke we in the middle of discussion?
Raziq : Isy... yelah. Cepat sikit.(keluar dari dewan)
Fellisa : (pandang Batrisya semula) Kau dah okey? Jom, kita ada satu lagi tempat nak pergi.(Tarik tangan Batrisya)
Batrisya : Pergi mana? LCD ni siapa nak kemas?
Fellisa : Adalah nanti ninja tolong.
Batrisya : Ninja? (Berhenti berjalan kat depan pintu dewan)
Fellisa : Norman, dia kan ada iras-iras ninja.
Batrisya : Yeke?




Babak 23

Di hadapan bilik di rumah Hazril.

Batrisya : Fel, ini ruamh siapa yang kita pergi ni? Aku nak balik la...
Fellisa : Jangan risau. Rumah ni tak da hantu. Caya cakap aku.
Batrisya : Aku bukan cakap fasal bendu tulah!
Fellisa : Habis tu kau nak takut apa? Dah kau pergi masuk dalam, aku tunggu kau kat sini. Pergilah. (Tolak Batrisya masuk dalam bilik yang gelap tu kemudian cepat-cepat tutup)
Batrsiya : Fel! Bukak pintu ni Fel! (Ketuk-ketuk pintu bilik)
Fellisa : Aku takkan bukak selagi kau tak pasang lampu bilik tu.
Batrisya : Isy! (Tergapai-gapai mencari suis lampu)

Apabila lampu terbuka, Batrisya terpegun. Matanya membulat melihat persekitaran bilik yang dipenuhi gambar-gambar dirinya yang ditangkap secara senyap-senyap juga ada gambar dirinya ketika sesi fotografi. Dalam dia berpusing-pusing tu, mata dia terhenti kat satu potret gambar dalam saiz yang besar.

Batrisya menutup mulutnya. Air matanya mengalir.

Falshback bahagian babak 10.
Hazril : Bila kita tengok lama-lama kita rasa macam kita nak suasana ni. Kita nak dia ada bila kita nak dia. But, the next day you come, awak lupa bagaimana rupanya hari semalam ‘and’ manusia mudah lupa. Lupe yang pemandangan ni takkan kekal sebab everyday is a new day and yesterday is a only a lesson for the better new day. Kalau awak beri saya pilihan sama ada untuk melakar pemandangan ni atau merakamnya, saya pilih pilihan nombor dua.
Batrisya : Kenapa?
Hazril : (Senyum) Sebab... saya lebih suka yang asli.

Batrisya terus menangis dan menangis. Fellisa yang berada di luar hanya berpeluk tubuh mendengarkan tangisan sahabatnya lalu melepaskan keluhan berat. Tiba-tiba dia berdiri tegak apabila terperasankan kelibat seseorang. Fellisa tersenyum nipis.

Di dalam bilik, Batrisya yang sedang menangis berhenti menangis apabila dengar pintu bilik dibuka dari luar. Dia pandang pintu tu sampailah pintu tu terbuka dan Batrisya tergamam.

Hazril : (Senyum lebar) Assalamualaikum...




Babak 24
Babak ini sebenarnya untuk bahagian credits. Macam temuramahlah tapi ada credits sekali. Like penghabisan cerita siap dengan lagu-lagu. (P/s : Ikut kreativiti pengarah untuk tampilkannya janji ia sekali ngan credits) Dari sudut pandangan handicam.
Take 1
Caption : Kalau diberi peluang untuk jatuh cinta sekali lagi, dengan siapa korang nak jatuh cinta?
Hazril : Perlu ke tanya soalan macam ni? (ketawa)
Batrisya : (senyap) (bunyi cengkerik)
Selena : Dengan seseorang yang mencintai kita sepenuh hati.

Take 2
Caption : Kalau korang terdampar kat pulau, satu benda yang mesti ada dengan korang?
Hazril : Handicam.
Raziq : Air mineral?
Norman : Telefon!

Take 3
Caption : Kenape eh?
Norman : Takkan nak terdampar selamanya kat pulau tu? Telefon orang mintak tolonglah.
Hazril : Sebab nanti kalau apa-apa terjadi kat aku, sekurang-kurangnya ada evidence.
Raziq : Eh, aku haus lah.

Take 4
Caption : Korang percaya eternal love?
Raziq : Kau memang suka tanya soalan merepek-repekkan?
Qaisara : Mestilah percaya. Cinta hingga hujung nyawa. Hurm... so sweet!
Selina : (Senyum) Percaya.
Hazril : Cinta yang hakiki. Mestilah percaya. Cinta kepada yang Esa bukan eternal love?
Norman : Haha, kenapa awak tanya soalan macam ni? (malu) (lepas tu bunyi orang sorak-sorak) Bisinglah!

Take 5
Caption : Jika di takdirkan suatu masa nanti, hubungan korang terputus tengah jalan. Apa yang korang akan buat?
Selena : (ketap bibir) (Pandang ke satu arah)
Qaisara : Actually semua orang kena percaya adanya eternal love. Macam mana manusia nak hidup kalau tak percaya tak ada eternal love? Hidup kelam macam kau. Huhu. Kesian tak ada orang nak kat kau sebab sibuk jaga tepi kain orang!(dan bla, bla, bla... Qaisara macam masih lagi di topik yang sebelum ni walaupun dia macam dah lari topik)
Batrisya : (senyap) Fel, soalan apa ni? Aku tak sukalah.
Fellisa : Jawab jelah! (berbisik tapi masih lagi dengar)
Batrisya : (hela nafas) Aku pasrah. Kalau dia bukan jodoh aku... aku akan lepaskan dia.
Selina : Jika dah tertulis jodoh buat saya yang dia bukan milik saya... saya redha.

Take 6
Caption : Apa judul cerita yang Hazril buat sem lepas?
Hazril : Mana ada judul.

Take 7
Caption : Any suggestion?
Qaisara : Bahana rampas kekasih kawan!
Norman : (mata sepet) (berfikir)
Raziq : (ketawa) Adoi, aku mana reti nak letak-letak judul ni.
Hazril : Cinta handicam?
Selina : (Kerut dahi)
Batrisya : Webcam.
Fellisa : Webcam?
Batrisya : Hum!
Fellisa : Any specific reasons?
Batrisya : (senyum) Walaupun Engkau Bicara Cinta, Aku Masih...
Fellisa : Aku masih...?
Hazril : (separa menjerit) Aku masih single!
Batrisya : Choy!
Fellisa : (ketawa) Betul apa. Hazril dah cakap cinta kat kau, kau masih tak jadi girlfriend die.
Batrisya : (juling mata ke atas) Walaupun Engkau Bicara Cinta, Aku Masih menunggu tanda jariku. (tersenyum nakal)
Fellisa : Hei nakal!

Bunyi sorak-sorak nakal dan ketawa gembira. Selena hanya tersenyum hambar manakala Qaisara berlalu pergi dengan riak tidak puas.

Skrin gelap.

Hazril : (monolog) Aku kini bahagia... J

END


No comments:

Post a Comment