Tiga
puluh : Mémoire
17
April 2731, 0130am, Lot Parking Bertingkat, Hospital Bernard Gordon, Posh High
Sebaik
sahaja dia selamat berada di dalam perut keretanya, dia mengeluarkan telefon
pintarnya dari dalam poket seluarnya. Telefon segi empat tepat bewarna maroon
itu dipandang lama.
“Tadi
Fai jumpa kawan dekat lobi hospital. Dia ajak Fai minum di rumahnya. Ayah tak
kisahkan?”
Dia
melepaskan satu keluhan. Bukan kerana dia tidak suka anaknya itu bermalam di
rumah kawan-kawannya tetapi kerana dia tahu sifat Fairul yang tidak pandai
menipu itu yang membuatkan dia berasa tidak sedap hati. Ada sesuatu yang memaksa
anak itu dari bercakap benar. Bagaimana dia boleh tahu?
“Em,
setahu saya yang tinggal kat Evergreen, saya, Kamil, Fazdli, Wei Lin, Kenchana,
Sharifah. Kamil sekarang ni ada kat overseas. Fadzli ada kat rumah saya ni. Wei
Lin ikut husband dia tinggal kat Port Beylurm. Fairul tak rapat dengan
Kenchana. Diaorang itu macam anjing dengan kucing. Kalau Sharifah pulak... saya
tak pastilah pulak uncle sebab kita orang dah lost contact dengan dia since dia
break up dengan Fairul tiga tahun lepas.”
Encik
Hazril mengetuk-ngetuk stereng keretanya. Tidak mungkin Sazlee menipunya. Anak
muda itu telah dia kenal semenjak dari tahun pertama Fairul di Universiti
Keselamatan dan Pertahanan Awam hampir sedekad yang lalu. Budak itu jujur
orangnya. Lebih-lebih lagi Sazlee bercakap dalam dia separuh sedar. Jadi tidak
mungkinlah anaknya itu mahu pergi minum dengan Sazlee ataupun Fazdli. Sharifah
pula?
“Kalau
sekalipun Fai tersempak dengan dia, tidak sesekali Fai akan toleh dua kali. Fai
dah buang dia jauh-jauh dari hidup Fai!”
Tidak
mungkin juga Fairul akan mengikut gadis itu sementelah apa yang telah gadis itu
lakukan terhadap Fairul tiga tahun lepas. Jadi hanya ada satu kemungkinan
sahaja.
‘Pasti
Fairul berada di luar kawasan Evergreen.’ Dia berfikir dengan lebih dalam.
Pukul 1.30 pagi pergi minum lalu kawasan Evergreen.
“...Fai
jumpa kawan dekat lobi hospital...”
Jumpa?
Siapa sahaja pagi-pagi buta duduk di lobi hospital melainkan kawannya orang
sini-sini juga sedangkan Evergreen punyai banyak hospital kerajaan dan swasta. Kenapa
perlu sampai ke Posh High? Dia semakin curiga dan semakin pandai menilai sikap
anaknya. Lantas dia menggelongsor jemarinya di atas permukaan telefon itu
sambil fikirannya masih lagi berfikir. Tiba-tiba matanya terlihat nombor
telefon gadis itu dalam log panggilannya. Pantas fikirannya menerjah memori dua
hari lalu. Keningnya bercantum. Jika benar telahannya, Kasturi pasti ada
bersama dengan Fairul!
LAILA menuruni anak tangga rumahnya
satu persatu. Dalam kelam itu, tangannya teraba-raba memegang dinding rumahnya,
memandunya ke bahagian dapur rumah. Dia membuka peti sejuk. Mencari minuman
untuk menghilangkan dahaga malam-malam begini. Sebaik sahaja dia menjumpai
bekas kotak susu, dia tersenyum senang lalu isi kotak itu dituang ke dalam
gelas sehingga penuh. Berharap selepas minum minuman ini, dapatlah dia tidur
dengan lena.
“Tolong
jawab telefon! Tolong jawab telefon! Jangan biar saya macam ni!” bising telefon
pintarnya yang terdapat di dalam poket jubah tidurnya.
Laila
hampir tersedak mendengarkan suaranya sendiri menjerit-jerit memanggilnya. Dia
cepat-cepat meletakkan gelas susu itu dan sambil dia menyapu bibirnya, tangan
kanannya mencapai telefon pintar itu.
“Abang
Hazril?” soal Laila kehairanan. Dengan dahinya yang berkerut, dia menjawab
panggilan lelaki itu lalu mengambil tempat di kerusi di meja makan bulat yang
kecil terletak di tengah-tengah ruang dapur itu.
“Hello?”
“Waalaikumsalam...”
Laila termalu sendiri. Dia mengetap bibirnya.
“Tak
adalah. Adik tak kisah. Lagipun adik tak boleh tidur,” tuturnya. Kemudian dia
tersenyum mendengarkan keprihatinan lelaki itu.
“Bukanlah.
Adik risau fasal Abang Araf. Dia janji nak telefon hari ni tapi lansung tak ada
khabar berita. Abang sihat?” soalnya lalu melihat langit malam melalui tingkap
dapur. Bulan bersinar terang dan menerangi malam yang kelam itu.
Tiba-tiba
dia ketawa kecil. “Itulah abang suka sangat makan benda-benda bergoreng. Abang
kena ingat umur abang tu dah lanjut!” Kemudian dia ketawa lagi lalu menjauhkan
telefon itu dari telinganya. Sengaja dia mahu mengusik lelaki itu.
“Sorrylah
bang. Saya kesunyian. Siapa sahajalah nak kat saya ini. Hihi,” dia berseloroh.
“Oh baru saya teringat, hari itu, Fairul ada tertinggal barang dia kat rumah
saya. Nanti abang pesan dia suruh datang ambil ye?” ujarnya dan berharap sangat
Fairul datang ke rumahnya. Dapatlah dia menatap wajah kacak dengan senyuman
yang menggoda milik lelaki itu. Bukan selalu dia dapat melihat lelaki bandar di
sini.
“Disket
lama. Saya takut nak pos sebab benda tu macam penting je. Abang Hazril jangan
lupa pesan pada dia ye?” Lunak sahaja suaranya memohon pada lelaki yang sudah
dia anggap seperti abang kandungnya itu. Lebih-lebih lagi lelaki itu sudah
banyak membantu Ashraf dan dirinya dalam mengharungi kehidupan tanpa belaian
kasih ibu bapa beberapa tahun selepas kejadian di belakang rumahnya itu.
Namun
lamunannya terhenti tatkala halwa telinganya diterjah kenyataan yang mengerutkan
dahinya.
“Apa
dia bang?” soalnya sangsi.
FAIRUL
melihat pemandangan Laut Biru Seaview malam itu. Laut yang tenang bergelora,
bulan penuh yang bersama bintang menghiasi dada langit malam. Suasana malam
seperti ini mengingatkannya pada ibu bapanya, pada kejadian itu dan pada
jeritan ibunya yang nyaring.
“Awak?
Taknak turun ke?” soal Kasturi sedikit bengang setelah berkali-kali dia
memanggil nama lelaki itu namun tidak diendahkan. Namun apabila dia melihat
pandangan redup milik lelaki itu dia tersentak. Pandangan mata itu seperti
hilang seri yang sering dia lihat dan dia rindui. Lelaki itu seolah-olah
menahan tangisnya.
“Kenapa
ni?” Lembut dia menuturkan soalan itu. Dia mengusap pipi lelaki itu.
Fairul
memandang terus ke dalam anak mata Kasturi. Mata redup yang lembut dan penuh
dengan keprihatinan. Gadis di hadapannya ini ialah gadis yang dia kenali.
Gadisnya telah kembali setelah mungkin ubat yang diambil oleh gadis itu hilang
kesannya. Fairul memegang jemari runcing yang menyentuh wajahnya.
“Saya
ingatkan saya dah hilang Kasturi saya,” ujarnya perlahan lalu menutup matanya.
Dia lega kerana Kasturi yang dia lihat sebentar tadi adalah sementara sahaja.
Lagi-lagi pula dalam keadaan jiwanya yang tidak keruan, dia akan menjadi lebih
emosional jika kekal asturi menjadi seperti itu.
Sekali
lagi Kasturi tersentak. Adakah berbeza sangat watak yang dia mainkan tadi
dengan watak yang sering dia dalami jiwanya sedangkan kedua-dua watak itu
adalah dirinya.
“Awak
tahu, bukan maksud saya untuk awak jauhkan diri awak dari saya. Jauh sekali
untuk kita jadi dua manusia yang berbeza. Saya tak nak kehilangan orang saya
sayang lagi, Kasturi. Awak buat saya takut,” jujur Fairul meluahkan rasa yang
terbuku di hatinya. Dia kini sudah tidak lagi berasa was-was pada Kasturi
kerana gadis itu sudah kembali. “Saya janji saya takkan letak awak di dalam
situasi seperti itu lagi.” Dia tidak akan, kerana dia tidak mahu kehilangan
lagi.
“Tak
Fairul saya yang salah,” potong Kasturi.
Fairul
mendongak, memandang wajah Kasturi yang kelihatan sayu. “Saya yang tak patut
letak awak dalam situasi macam itu. Saya yang buat awak rasa teruk.” Gadis itu
mengetap bibirnya. “Saya – .”
Tanpa
sempat Kasturi menyambung katanya, Fairul terlebih dahulu mengunci bibirnya
dengan jari telunjuknya.
“Kita
sama-sama bersalah dalam hal ini. Jadi kita seri. 0-0 okey?” soalnya dengan
senyumannya yang senangsentiasa membuatkan jantung Kasturi berdetak laju.
Lantas gadis itu tersenyum lucu.
“Jom?
Saya tetap nak disket itu juga,” kata gadis tanpa kenal erti mengalah.
“Spoil-lah awak ni!” rengek Fairul.
Kasturi
ketawa lantas dia meninggalkan Fairul dan berjalan menuruni platform ASP itu. “Sorry-lah tapi ada nyawa yang bergantung
pada disket tu,” tutur Kasturi perlahan.
BARU sahaja Laila ingin mendaki anak
tangga menuju biliknya, dia terdengar orang memberi salam di hadapan rumahnya
di ikuti ketukan di pintu. Gadis 28 tahun itu sedikit terkejut dengan
kedatangan tetamu pada dua pagi ini. Siapa sahaja yang datang melawat pagi-pagi
buta ini? Laila berasa seram sejuk. Dengan hati-hati dia menyusun langkah ke
pintu rumahnya. Sebelum itu dia mengintai dari tingkap rumahnya yang berada
bersebelahan pintu rumahnya.
Pantas
dia menutup mulutnya. Tidak menyangka kehadiran lelaki itu begitu cepat sekali.
Pukul dua pagi! Lebih tepat lagi 2.15 pagi. Tergesa-gesa dia membetulkan
rambutnya dan memperkemaskan pashmina yang membaluti tubuhnya itu. Dengan
sekali nafas dia menjawab salam Fairul lalu membuka pintu rumahnya.
“Hai!”
“Hai!”
balas Fairul. Sejenak dia mengetap bibir. “Saya tahu kedatangan saya agak
mengejutkan dan saya minta maaf sebab... dah ganggu awak pagi-pagi ni,” pohon
Fairul sambil menggaru-garu belakang kepalanya.
“Tak,
tak apa-apa. Saya belum lagi nak tidur,” balas Laila lalu memandang kiri
kanannya. Takut juga dia mengganggu jiran berdekatan walaupun jaraknya agak
jauh juga. “Erm masuklah, kita gerak pergi dapur. Awak mesti sejuk,” ajak gadis
itu sedikit teragak-agak samaada untuk membiarkan sahaja lelaki itu di luar atau
ajaknya masuk ke dalam rumah. Sudahlah jantungnya tidak sudah-sudah berlari
laju. Rasa seperti tidak cukup oksigen sahaja.
“Ah,
erm... terima kasih,” ucap Fairul lalu melangkah dengan kaki kanan dan membaca
basmallah di dalam hati. Harap di jauhkanlah dari segala gangguan tika badannya
memang memerlukan air coklat panas. Bagaimanalah dengan keadaan Kasturi yang
menunggu di dalam ASP berdekatan dengan ladang herba milik Laila.
“Fairul
dari mana?” soal Laila lalu menunjukkan jalan menuju ke dapurnya. Dia menekan
butang suis lampu dapur.
“Northens
Garden,” jawab Fairul tanpa sedar apabila fikirannya masih lagi menerawang
memikirkan tentang Kasturi.
“Northens
Garden?” Laila mengerutkan dahinya. Apa kejadah datang dari sana?
“Hah?
Tak, maksud saya hotel sebelah Northens Garden.” Pantas Fairul membetulkan
kesilapannya.
“Oh,
Hotel Wolfsberg. Coklat panas?”
“Sangat
diperlukan. Terima kasih.”
Laila
tersenyum manis. Dengan cekap dia membancuh coklat panas. Sambil itu otaknya
berjalan cuba memikirkan soalan yang bernas untuk ditanyakan.
“Erm,
sebenarnya saya datang ini nak ambil barang saya yang tertinggal dua hari
lepas,” terang Fairul, tidak betah berlama-lama di situ.
Laila
memandang Fairul. “Barang?” soalnya cuba menduga Fairul.
“Disket
lama. Saya teringat saya ada tertinggalnya kat sini.”
Laila
mengangguk faham. Perlahan dia mengacau coklat itu. Dia tidak faham kenapa dia
berharap Fairul dapat berlama di situ. “Awak macam mana? Dah sihat?”
Tangannya
berhenti dari menggosok sesama sendiri. Fairul memandang belakang Laila
kemudian ke luar tingkap. “Sihat. Kalau awak tak telefon ayah saya, mungkin
saya dah mati...” tenang dia menutur jawapannya. Dia berfikir jika ayahnya
tidak datang secepat mungkin, dia mungkin akan ‘mati’ di tempat dia sepatutnya
‘mati’. Dia tersenyum nipis.
“Laila,
boleh tak saya nak disket itu sekarang? Saya nak cepat. Sorry.” Kalau bukan atas desakan Kasturi, dia fikir tunggu matahari
naik nanti dia akan minta pada Laila. Sudah itu, dia seorang sahaja yang perlu
datang ke sini sedangkan gadis itu senang lenang tunggu di dalam kereta.
Memikirkan keadaan Kasturi yang sendirian itu membuatkan dia lebih tidak betah
untuk berlama-lama.
Dengan
cermat Laila menghidangkan mug berisi coklat panas itu. “Minumlah dulu
sementara saya pergi ambil disket itu kat atas.”
Fairul
mengucapkan terima kasih lalu menghirup sedikit air coklat itu sambil itu
matanya melirik tubuh Laila yang menghilang di balik dinding. Lantas dia letak
mug itu di atas meja dan mula mencari bekas air plastik untuk dia isikan air
panas itu. Dia mahu kongsi air itu dengan Kasturi. Kasihan gadis itu yang
kesejukan di dalam ASP di awal musim bunga ini. Pasti sudah menggigil
kesejukan.
ADA lagi empat jam sebelum matahari
terbit di ufuk timur itu. Namun matanya tetap tidak berganjak daripada terus
memandang ke hujung sisi pemandangan, berharap matahari akan menjenguk dirinya
yang menunggu itu. Nafasnya dihela perlahan. Matanya dikatup rapat. Tangannya
disilangkan. Nasib baik ada pemanas di dalam ASP ini, jika tidak dia akan
menggigil kesejukan. Baju sejuknya di berikan pada Fairul kerana kasihan pada
lelaki itu. Lagipun takkan dia mahu lelaki itu turun dengan baju kalis peluru?
“Tak
guna kau Haidil, aku dah agak kerja kau mesti selekeh. Jaga kau,” katanya
sambil mengepal-ngepal penumbuk di tangan kanannya. Bagaimana lelaki itu boleh
terlupa untuk isi baju sejuk bersama di dalam beg Fairul?! Namun gumpalan kejap
itu semakin kendur apabila dia melihat jemarinya itu dengan pandangan yang
sukar dimengertikan.
“Saya
ingatkan saya dah hilang Kasturi saya.”
“...Saya
tak nak kehilangan orang saya sayang lagi, Kasturi. Awak buat saya takut...”
Kasturi
mengetap bibirnya. Kenapa lelaki itu berkata demikian? Apakah benar dia
mencintai lelaki itu sedangkan masa silam lelaki itu tidak pernah dia ketahui?
Apakah yang membuatkan lelaki itu kehilangan tangannya? Tidak pernah pun selama
ini dia ingin mengetahui kerana dia menjadi ‘dia’. Kasturi yang tidak pernah
kisah tentang sesiapa pun. Yang dia tahu hanya Wan, Wan dan Wan.
“Walaupun
ada masanya saya keliru antara awak dengan Wan... tetapi saya tak pernah
meragui perasaan saya pada awak, Fairul. Tidak pernah! Wan adalah masa lampau
saya, awak pula adalah masa depan saya dan saya tak boleh tolak hakikatnya bahawa
saya menyimpan rasa terhadap dua orang yang sama tetapi berbeza personaliti.”
Mengingati
kembali kata-katanya tempoh hari membuatkannya mengeluh berat.
“Choose
Kasturi, between the past or the future. Mana satu hati awak berada sekarang ni
Kasturi? Saya tidak mahu menjadi sandaran Wan jika hati awak masih lagi pada
Wan. Walau macam mana lain sekalipun saya daripada Wan... choose, saya atau
Wan?”
Kali
ini dia menutup mukanya semula. Bodohnya dia selama ini. Dia telah
mempermainkan perasaan seseorang tanpa dia sengaja. Kasihannya Fairul. Teruknya
dia. Sepanjang dia berkenalan dengan lelaki itu hatinya hanya melihat Fairul
sebagai Wan walaupun akalnya kuat mengatakan itu ialah Fairul namun dia tetap
tidak boleh menerima hakikatnya yang lelaki itu bukannya Wan dan berapa kali
perlu dia lukakan perasaan lelaki itu? Kenapa baru kini dia tersedar?
“Saya
ingatkan saya dah hilang Kasturi saya.”
Ayat
itu terus bergema-gema di dalam fikirannya.
SEGAN sekali Fairul melangkah keluar
dari dapur itu bersama-sama sebotol tarmus berisi air coklat panas. Dia sudah
tidak tahu hendak letak di mana lagi pipinya yang memerah itu.
Laila
tersenyum geli hati. Lelaki itu sering mencuit hatinya. Walaupun dua hari mereka
berjumpa, sedikit sebanyak hatinya yang kosong ini terpaut pada personaliti
lelaki ini. “Lain kali kalau datang sini jangan lupa singgah rumah saya.”
Fairul
menggangguk. Kemudian dia berpaling ingin melangkah pergi. Belum sempat dia
melangkah keluar dari pagar belakang rumah itu, suara Laila menerjah cuping
telinganya.
“Erm...
Fairul!”
Lelaki
itu berhenti melangkah lalu berpusing 90°. “Ya?”
“Betul
awak taknak saya temankan awak pergi sana?” laung gadis itu.
Fairul
tersenyum nipis lantas dia menggeleng. “Tak mengapa, saya nak pergi sendiri.
Terima kasih untuk ini.” Dia mengangkat tarmos itu. “Juga layanan awak. Terima
kasih lagi. Assalamualaikum,” ucapnya tidak sudah yang sebenarnya rasa segan
itu masih lagi bersisa di hati. Tidak dia sangka akan tertangkap dengan Laila
dalam keadaan dia tergesa-gesa mencari bekas plastik dan straw untuk menuang
air coklat panas itu ke dalamnya. Tidak fasal-fasal, dia terpaksa tebalkan muka
dan meminta Laila untuk membuat lagi satu kononnya untuk dia bawa ke IHTC.
Dengan
berhati-hati dia menutup pintu kayu itu. Kemudian dia memandang Laila yang
masih lagi berdiri di ambang pintu, melihatnya dengan pandangan lembut. Fairul
melemparkan senyuman lalu melambai pada gadis itu.
“Hati-hati,”
pesan gadis itu.
Fairul
memberikan gadis itu gaya ‘peace’ dan mengangguk. Dengan cermat dia mengatur
langkah menuruni bukit melalui denai yang telah dibina cantik dengan tangga
batu kerikil dan pembahagi jalan yang diperbuat dari kayu kompos juga lampu
jalan yang comel. Nampaknya denai ini dijaga baik. Tambahan lagi dengan
pemandangan berjalan di bawah rimbunan pokok maple yang tumbuh dalam jarak yang
berkala. Sangat indah.
Apabila
kakinya menjejak anak tangga denai itu, matanya terbuka luas. Terbentang di
hadapan matanya satu pemandangan laut nan luas di bawah cahaya rembulan, malah
sebenarnya ia tampak serupa sahaja dari tempat ASP Kasturi berada. Adakah tika
ini Kasturi juga melihat tempat yang sama?
Fairul
tersenyum sendiri. Kemudian dia memandang kanannya. Kata Laila, jika dia
berjalan terus dari sini, dia akan sampai juga di Hotel Wolfsberg dimana
terletak juga Northens Garden milik Laila. Secara tidak lansung matanya
menangkap lekuk yang dalam di tebing ini. Dengan perasaan gementar, Fairul
mendekati lekuk itu yang sebenarnya tempat nahas trafik udara yang mengorbankan
ibu bapanya dan selari dari lekuk itu... di dalam hutan itulah dia dijumpai
oleh bapanya, Encik Hazril.
Tanpa
dia sedari, tangan kanannya mencapai lengan kirinya. Di sebalik kulit buatan
itu terdapat besi yang menjadi momentonya daripada ibu bapanya.
No comments:
Post a Comment