Tiga puluh satu : Anggapanmu
17 April 2731, 0300am, Taman Permainan Kanak-Kanak
Taman Bahagia, IHTC
Kasturi
menekan punat untuk mengunci kereta terbang itu. Sesudah bunyi ‘beep beep’ dia
berpaling memandang Fairul dengan senyuman yang lebar terhias di bibirnya.
“Jom?” Lantas dia berjalan mendahului langkah Fairul menuju ke rumah lelaki
itu.
Fairul
menghela nafas. Terpaksa dia mempercepatkan langkah dan terus dia mencapai
tangan kurus namun keras milik Kasturi. Adakah gadis ini tidak kenal erti
penat? Lebih-lebih lagi dengan kondisi kaki kirinya yang berlubang itu.
Risaunya dia tidak terkira tetapi bagaimanakah gadis ini mampu berjalan tanpa
sebarang hincut?!
Mereka
saling bertatapan dan selang beberapa saat Kasturi mengalah bersama helaan
nafas yang berat. “Tolong Fairul. Tak guna awak hentikan saya,” lembut Kasturi
merayu dan separuh terdesak menarik tangannya daripada genggaman lelaki itu.
Mata
Fairul tangkap perilaku itu dan dia sedikit sebanyak terasa dengan tindakan
itu. Namun dia simpan rasa terkilan itu. Dia fikir mungkin gadis itu marah.
“Saya nak awak rehat. Awak di bawah tanggungjawab saya,” balas Fairul dalam
nada keletihan. Sudahlah perutnya kosong tidak berisi apa-apa sehingga dia
berfikir kenapa perlu dia hadapi semua situasi ini dengan perasaan terluka?
“Kay
tolong berhenti main. Saya nak awak rehat. Awak di bawah jagaan saya.”
Kasturi mengetap bibir. Kenapa?
Kenapa mesti perkara seperti ini juga mesti serupa? Kenapa mesti setiap kali
dia terinagtkan Wan? Tiada satu perkarakah yang lain tentang Fairul dan Wan
selain dari ekspressi mereka? Kasturi berpaling cuba menghalang anak mata
Fairul daripada menangkap genangan air matanya.
“Kasturi?”
panggil Fairul.
Gadis
itu memandang wajah Fairul tepat ke anak mata itu. Mata itu hidup dengan
sinarnya yang tersendiri. Selama ini adakah dia butakan matanya daripada
melihat mata penuh keikhlasan itu semata-mata perasaan tamak dan pentingkan
dirinya? Dan adakah itu yang membezakan mereka berdua?
Perlahan-lahan
dia mengorak langkah melepasi Fairul menuju ke ASPnya. Namun dia berhenti di
pertengahannya lalu berpaling memandang lelaki yang melihatnya dengan wajah
penuh kebimbangan. Dia menguntum senyum nipis. Lantas dia membaling tarmos
kosong itu pada Fairul.
“Esok...
kita jumpa esok, di sini.”
TERHINCUT-HINCUT dia berjalan menuju ke
biliknya bagaikan dia ini banduan yang melepaskan diri daripada penjara. Dia
melihat kiri dan kanannya sebelum dia menutup pintu bilik itu. Nafas dihela
lega lantas dia terduduk bersandar pada pintu biliknya itu. Matanya dipejam.
“Esok...
kita jumpa esok, di sini.”
Senyuman itu nipis dengan pandangan bersalah. Fairul lansung tidak faham maksud yang
ingin gadis itu sampaikan. Kenapa seperti gadis itu menanggung beban yang amat
dalam ucapan yang serba ringkas itu? Mungkin dia terlalu memikirkannya.
Dengan
berat sekali dia membuka kelopak matanya. Tangan kanannya meramas poket sweater
milik Kasturi itu sekejap. Setelah menjumpai barang yang dicarinya itu, disket
berbentuk empat segi sama panjang itu ditenung.
Apalah
agaknya yang ada di dalam disket kecil ini sehingga ia disorok sebegitu dan
membuatkan Kasturi gelabah mengenainya? Dia menghirup nafasnya lalu dihembus
perlahan. Dengan kudrat yang dia ada, dia bingkas bangun dan meletakkan disket
itu di dalam laci meja lampu. Hajatnya dia ingin mandi dan tidur. Badannya
terlalu letih untuk memproses satu bid maklumat sekalipun. Namun belum sempat
dia menutup laci mejanya itu, matanya menangkap objek berbentuk empat segi
tepat yang sederhana besar yang mendiami dasar lacinya. Tidak teragak-agak dia
mengambil kotak tersebut. Ianya sebuah kotak kapsul masa yang diberikan oleh
ayahnya beberapa malam sebelum dia dan Kasturi bergaduh besar.
Berhati-hati
dia membuka penutup kotak itu lalu penutup itu di letak bersebelahan lampu
tidurnya yang kecil dan comel itu. Melihat isi dalam kotak itu dia tersenyum
kelat sambil mengusap permukaan gambar-gambar itu.
Dalam
dia meramas permukaan gambar itu, hujung matanya terlihat salah satu gambar
yang berada di bawah timbunan gambar-gambar dirinya bersama One juga Encik
Hazril. Lantas dia mengambil gambar itu dan meletakkan kotak itu di sebelahnya.
Lama dia merenung gambar itu. Dia terfikir, adakah jodoh manusia datang pada
tempat yang sangat tidak terduga dan memakan masa?
Tiba-tiba
telefonnya bergetar membuatkan dia terloncat sedikit. Pantas dia melihat skrin
telefon pintarnya. Dahinya bertindan-tandan. Mel dari nombor ID yang tidak
dikenali. Dia membuka mel itu. Matanya terbeliak.
Bertindak
sebelum terlambat. Ingat! Jangan bagi dia lihat satu pun yang ada di dalam
disket itu.
Sukar
untuk dia menelan liurnya. Amaran yang berbentuk serupa yang pernah dia terima
tempoh hari. Fairul mula berasa curiga dengan apa yang ada di dalam disket itu.
Kenapa Kasturi tidak boleh melihat disket ini?
KASTURI memerhatikan Haidil yang
lansung tidak bercakap banyak dengan pemanggil yang menelefon lelaki itu. Hanya
‘okey’ dan ‘ehem’. Dari cara lelaki itu
merenung lantai simen bewarna merah ini, dia dapat agak itu pasti orang atasan.
Fikirnyalah.
Haidil
mencuri pandang Kasturi yang merenung dirinya. Uish, kecut perutnya melihat anak
mata hijau tua itu merenungnya bagai nak telan hidup-hidup. Lantas dia
berpaling lalu menamatkan panggilan olok-olok itu yang sepatutnya tamat tiga
minit yang lepas. Dia perlu ‘cover’ supaya Kasturi tidak syak apa-apa.
“Selamat
malam tuan,” kata Haidil konon itu ialah Mejar Ellan atau Kapten Farouk a.k.a
senior dua batch lebih awal darinya.
Belum
sempat dia menyimpan telefonnya itu dia sudah diterjah soalan cepumas.
“Siapa?
Mejar Ellan atau Senior Farouk?”
“Si
Gigi Besi tulah,” jawab Haidil selamba sedangkan panggilan itu sebenarnya
daripada Jolenne berkenaan misi PERMATA.
“Dia
nak apa?” soal Kasturi tidak henti memandangkan panggilan itu daripada senior
mereka yang mereka sayangi sangat-sangat!
“Dia
tanya fasal reunion universitilah. Dia suruh aku, Gupu, Anje, dengan Yalow buat
band. Aku malaslah,” rungut Haidil dengan memek muka yang sangat
memberansangkan. Sesungguhnya, dahulu jika mereka masih lagi di alam
universiti, dia tetap tidak mahu lakukannya walaupun dia adalah antara pemain
gitar bass terbaik di universiti.
Kasturi
hanya tersengih sambil menjungkit bahu. “Aku tak pergi jadi aku tak leh ler nak
nolong bang weiii.” Sejurus itu dia ketawa geli hati. Dia tahu kenapa mamat itu
tidak mahu melakukannya semuanya gara-gara peminat-kipas-susah-mati milik
lelaki itu yang tersangat taksub dengannya. Kasturi ketawa tidak sudah.
Walaupun
tadi hanya lakonan tetapi hati Haidil tetap sakit kerana perkara runion itu
memang benar dan lebih menyakitkan Kasturi mentertawakannya sehingga
berguling-guling. Ah! Nasiblah kau ada di dalam kawasan rahsia, cuba kau ketawa
begitu depan khalayak ramai, sah kau sorok belakang aku, bisik hati Haidil
geram. “Untunglah anak emas Stap Ruzi – .”
Belum
sempat Haidil menghabiskan ayatnya, mukanya sudah dibaling dengan anak kunci
kereta ASP.
“Sakit
lah!” marah Haidil.
“Padan
muka kau. Apa kena mengena anak emas dengan reunion? Aku memang tak boleh nak
pergilah! Sedar diri sikit kau tu anak ikan emas Stap Badri!” cemuh Kasturi
tidak puas hati. Dia pantang apabila orang katakan dia ini anak buah kesayangan
sedangkan semua itu dusta semata-mata!
“Pulok
doh?” Haidil membuat muka. Dia memandang wajah Kasturi yang kini masam seperti
jeruk timun. Lantas dia tersengih sumbing. Kasturi berdecit geram.
Tidak semena-mena mereka ketawa
kelucuan mengenangkan sikap kebudak-budakkan mereka itu. Lansung tidak berubah.
Mereka bagaikan sudah terlupa apa yang telah berlaku dua hari lalu. Hakikatnya
masing-masing cuba bertindak untuk tidak mengingatinya. Buat masa inilah. Tanpa
mereka sedar juga, ketawa mereka mati begitu sahaja. Seorang tunduk menukur
jalan, seorang lagi dongak melihat atas.
Haidil menjeling Kasturi yang
melihat-lihat kasut supra merahnya itu. Tiba-tiba gadis itu mengaduh lalu
mengetap bibirnya. Tertunduk-duduk gadis itu itu memegang betisnya. Melihatkan
keadaan itu membuatkan Haidil mengepal jemarinya.
“Jom aku hantar kau balik. Sulli
kat basement kondo abang kau. Kunci motor dah ambik?”
Kasturi mengangguk lalu
menepuk-nepuk poket seluar kargonya itu. “Kau tak yah lah hantar aku balik, aku
boleh jalan,” tutur gadis itu dalam senyum yang dibuat-buat.
Haidil
memandang gadis itu dengan pandangan curiga bersama keningnya bak Ziana Zain
sambil bercekak pinggang. “Dengan kaki tuh? Hah! Jangan harap. Cuba dengar
cakap aku sekali-sekala apa salahnya?”
“Jangan
nak pandang aku sebelah mata Mohd Haidil Bin Mohd Reizq. Kau awal 10 tahun nak
cabar aku.” Dengan tega sekali Kasturi menolak perlawaan Haidil. Lantas dia
berjalan meninggalkan Haidil namun tiba-tiba badannya berasa diampung dan tidak
semena-mena dia menjerit terkejut.
“Tak
guna punya babun, kau letak aku sekarang! Muka petak! Mata buntal! Kau letak
aku sekaranggg!”
“Isy
aku cepuk juga muka kau yang tak berapa nak comel ni karang!” marah Haidil
sambil merenung anak mata Kasturi dalam.
Kasturi
melarikan anak matanya. Hatinya berdetak laju. Harus dia akui mata kelabu
Haidil itu sedikit sebanyak menarik perhatiannya terutama hati kecilnya ini
yang berada di dalam keadaan keliru tetapi dia tidak mahu. Haidil hanyalah
sahabatnya. Dia tidak mampu untuk hilang lagi seorang sahabat jika dia terlalu
tamak.
“Kau
turunkan aku sekarang.”
“Okey
tapi aku ada satu syarat. Aku gendong kau.”
“Tapi
–,”
“Tak
ada tapi-tapi ya Cik Kasturi. Kaki tu dahlah sakit, takkan aku nak biarkan kau?
Aku... kan sahabat dunia akhirat kau?”
“Isy!”
Kasturi berdecit geram. “Yelah, yelah. Letak cepat. Sakit tau kau langgar kaki
aku tadi!” marah Kasturi sambil membuat muncung itik. Apabila Haidil
meletakkannya di atas jalan simen yang basah itu, dia hampir sahaja hilang
imbangan kerana renjatan tiba-tiba di betisnya. Nasib baik Haidil memegang
lengannya. Jika tidak, dia sudah jatuh menyembah lantai.
“Tulah
nak eksen lagi dengan aku padahal badan tu dah penat sangat. Ingat awak tu
lelaki? Tak payah nak berlagak sangat,” bebel Haidil sambil mencangkung,
menunggu gadis itu di belakangnya. Tidak semana-mena belakang kepalanya
dihempuk.
“Bisinglah
kau ini. Macam mak nenek! Abang Syukri pun tak banyak mulut macam kau,” kata
Kasturi lalu memakai hoodienya dan penutup mulut bergambar gigi terkorak arnab.
Teragak-agak dia menjatuhkan badannya pada belakang Haidil. Dia dapat rasakan
pipinya merah namun kemudian cepat-cepat dia menggeleng pula apabila Haidil
menyolanya jika ada apa-apa barang tertinggal. Akibat kehabisan tenaga dia
meletakkan kepalanya pada bahu Haidil. Sepanjang perjalanan mereka sepi tanpa
sebarang bunyi.
Dia menjeling memandang CCTV laluan
pembentung itu. Mereka telah pun memasuki kawasan pembentung bawah tanah jagaan
Majlis Bandar Raya Square Enix. Sebentar lagi dia akan sampai di bawah bangunan
Kondominium Ryokudo, tempat tinggal Zareen dan dari situ akan ada satu laluan
terus ke kawasan parkir bawah tanah kondominium itu. Dia berharap sangatlah
tiada siapa yang berada di hadapan pintu lif dimana pintu yang menyambung
laluan tangga dan kawasan parkir itu berada.
10
minit perjalan daripada pangkalan rahsia bawah tanah bilik gerakan mereka
menuju ke Kondominium Ryokudo. Haidil menjeling Kasturi yang nyenyak tidur di
bahunya itu. Dia tersenyum nipis melihatkan sebahagian wajah Kasturi yang tersorok di balik topeng gigi arnab itu. Tidak sampai hati dia
pula hendak mengejutkan gadis itu. Dia meluruskan pandangan. Panjat sahajalah
Hadil, bisik hatinya. Lantas dia mengemaskan dokongannya lalu mendaki satu
persatu anak tangga itu. Nasib baiklah tangga batu macam ini kalau tangga besi
yang harus guna tangan dan kaki juga koordinasi mata dan akal, memang jenuhlah
dia hendak daki tangga dengan Kasturi yang boleh tahan beratnya ini.
Sesampai sahaja di anak tangga
terakhir, dia menarik nafas dan dihembus berkala. Sambil itu otaknya ligat
berfikir alasan apakah yang harus dia gunakan pada Zareen nanti. Dia bukan
tidak kenal Zareen, abang yang terlalu menjaga adiknya. Kalau dahulu dia akan
bertambah pening kepala jika Syukri berbuat perangai yang serupa tetapi
sekarang sudah lain. Hakikatnya, orang luar yang perlu berhati-hati apabila
berhadapan dengan abang-abang Kasturi ialah Zareen. Lelaki itu lebih menakutkan
daripada Si Agresif Syukri itu. Sangat menakutkan. Lelaki itu tampak sahaja
tenang, namun apa yang berkocak di dalam fikiran lelaki itu, bukan semua orang
boleh tahu malah Kasturi sendiri pun gerun dengan lelaki itu.
“Redah jelah,” putus Haidil setelah
dia kini mati akal dan Kasturi pula seperti sudah tidur mati lagaknya. Selesa
sangat kot? Haidil tersengih sumbing. Namun sengihnya mati apabila matanya
bertemu pandang dengan mata tajam penjaga Nombor Dua Kasturi sebaik sahaja dia
keluar dari bilik stor awam yang berkunci dari dalam itu. Terketar-ketar
tangannya menutup pintu bilik yang auto-lock itu.
“Syuk...”
Syukri yang menyandar sambil
berpeluk tubuh itu memandang Haidil dengan atas bawah. Berasa sedikit pelik
dengan kemunculan tiba-tiba Haidil daripada balik pintu bilik yang sentiasa
berkunci itu dan yang lebih mengejutkannya, Kasturi berada di belakang Haidil,
nyenyak didukung begitu. Dia ketawa kecil. Kedengaran begitu sinis sekali. Dia
melepaskan ikatan tangan pada tubuhnya lalu mendekati Haidil. Serasanya
peristiwa begini pernah berlaku antara mereka. Tidak, ianya memang berlaku
dahulu. Tidak dapat disangkal lagi dan ini membuatkan hatinya mendidih sedikit.
“Lima tahun dulu... kau ingat tak?”
soal Syukri. Pandangan matanya begitu tajam, penuh dengan tanggapan sinis yang
Haidil pernah lihat dahulu. Dia mengeluh berat.
“Ironi bukan?” soal Syukri lagi.
Haidil membalas pandangan Syukri.
Fikirnya kini dia hanya perlu berhadapan Zareen sahaja namun ianya lari
tersasar jauh dan lebih menghampakan ialah bila dia fikir Syukri berdiri di
dalam bot yang sama dengannya rupanya telah menunding sebilah pisau di
tengkuknya. Bodohnya dia berfikir Syukri adalah halangan termudah.
No comments:
Post a Comment