Sunday, August 11, 2013

Tiga puluh dua

Tiga puluh dua : Koma

Julai 2727, 1200pm, Universiti Keselamatan dan Pertahanan Awam, Bayu Oktahedron

Lagu nyanyian Ratu kegemaran Kasturi berputar rancak melalui corong headphonenya. Dia memandang gadis itu dari tadi dok terhangguk-hangguk kiri dan kanan macam burung belatuk. Dia melihat PMP6 (Portable Music Playlist) yang berada di dalam kotak pensilnya. Mahu melihat tajuk lagu ini kerana dia ingat-ingat lupa tajuknya. Dia menekan butang di kiri PMP6. Oh ya, tajuknya Jigsaw. Dia memandang gadis itu semula yang kini bergolek kiri dan kanan di atas rumput. Mata gadis itu tertutup rapat cuba menghayati lagu yang gadis itu dengar sebagaimana dia dengari. Jari telunjuk gadis itu mengetuk-ngetuk tulang keras belakang cuping telinganya.

Haidil tersenyum jahat. Dia terfikirkan sesuatu yang sangat nakal kerana sudah lama dia sudah tidak bergaduh dengan gadis itu. Pantas, sorok-sorok dia menekan-nekan skrin PMP6 itu. Apabila berjumpa dengan lagu yang dia ingini, dia memilih lagu itu dan memainkannya.

“Haidil bodoh! Kau tukar balik!” jerit Kasturi tidak puas hati. Mata itu bulat seakan-akan hendak terkeluar sahaja. 

Lelaki itu tersengih alang. Lantas PMP itu diangkat tinggi lalu dibaling menjunam menuruni kaki bukit seiring dengan jeritan nyaring memanggil namanya yang menyakitkan telinganya namun dia suka. Dia suka dengar gadis itu marah-marah padanya. Dia sendiri pun tidak mengerti kenapa dia begitu. Tidak semena-mena dalam dia tersengih-sengih bak kerang busuk itu kepalanya berputar ke belakang sambil memegang belakang kepalanya akibat ditampar oleh gadis yang tidak pernah kenal erti sempadan jantina itu. Siapa lagi kalau bukan Kasturi.

“Apa masalah kau?!” marah Haidil dengan mata yang dijengil mahu menelan hidup-hidup gadis itu. Dia mendongak memandang Kasturi yang berdiri tegak sambil bercekak pinggang.

“Sepatutnya apa masalah kau? Sengaja nak naikkan darah aku kan?” balas Kasturi tidak puas.

Haidil pantas berdiri. “Sejak bila pulak aku cari masalah dengan kau? Benda tu terlepas dari tangan aku. Jangan nak main tuduh sembarangan, TO-MA-TO!”

“Apa?”

“Tomato! Manusia yang keliru dengan jantina sendiri macam kau. Lansung tak feminin. No wonder-lah tak ada yang melekat!”

Kasturi mengetap gigi. Kedua belah tangannya dikepal. Dia dapat rasakan darahnya mendidih di dalam setiap alur nadinya. “Kau ni...”

Lansung Kasturi menerkam Haidil dek terlalu geram. Mereka bergelut dan berguling-guling menuruni bukit kecil yang dilitupi rumput itu hinggalah akhirnya mereka berhenti bergolek apabila tiba di kaki bukit kecil itu. Tanpa menghiraukan pandangan mahasiswa-siswi yang lain, mereka terus bergelut seperti tempat itu milik mereka.

“Ambik ni! Kau rasakan. Jantan tak guna! Mulut tak ada insurans!” marah Kasturi sambil menarik-narik rambut panjang Haidil yang mencecah bahu itu. Dia tidak faham kenapa lelaki ini seperti suka sangat mencari masalah dengan dia. Semenjak mereka berada di akedemi lagi sehinggalah mereka melanjutkan pelajaran di sini pun masih lagi mahu mencari masalah dengannya. Agaknya sumpah setia yang mereka lakukan minggu lepas itu hanya gurauan semata! Tak guna kau Haidil!

“Ace, ace, sakittt! Lepaslah!” jerit Haidil dengan tangannya cuba meraih jemari Kasturi yang kasar menarik-narik rambutnya sementelah badannya terkunci di bawah tindihan tubuh Kasturi. Menyesal pula dia mencari gaduh dengan gadis bak jantan ini.

“Ehem,” dehem seseorang. Namun deheman bak enjin motor itu lansung tidak melerailan pergaduhan dua sahabat itu malah lebih rancak mereka berguling di atas permaidani hijau itu. Dia mengeluh. Macam ini rupanya perangai pelajar terbaik universiti berprestij ini? Di manalah agaknya lagak bapa tirinya bila mengetahui perangai anak gadisnya ganas mengalahkan jantan. Sesungguhnya orang sering katakan perempuan bila bergaduh lebih dasyat dari lelaki.

“Sekali lagi kau panggil aku bukan-bukan, kau makan kasut saiz tujuh. Faham?!” Kasturi memberi amaran lalu melepaskan rambut Haidil dan bangkit dari pergelutannya sambil mengibas-ngibas bajunya. Bengis dia mengunjukkan buku limanya pada Haidil yang telah pening-pening lalat terbaring di rumput. Gadis itu tersenyum puas hati namun senyuman itu mati saat terpandangkan senyuman manis Syukri di sebelahnya.

“Abang...”

“Hai! Rindu aku tak?”



APA Abang Syukri buat dekat sini?”

Syukri tersentak. Terasa hatinya dengan soalan gadis itu. Dia tahu gadis itu tidak berapa senang dengan dia tetapi dia telan juga rasa itu. Dia datang ke situ kerana mahu memperkenalkan diri kepada gadis itu bahawasanya dia juga akan turut belajar di sini tetapi nampaknya seperti tidak dialu-alukan pula. Mungkin itu perasaannya sahaja.

“Lantak akulah nak datang sini ke tak. Kenapa? Tak boleh ke aku nak datang sini?”

Kasturi memandang Syukri atas bawah. Dia berasa tidak sedap sahaja. Selalunya jika Syukri ada bersama dia pasti akan ditimpa masalah. Sejak mereka di sekolah rendah lagi begitu. Matanya berhenti menilik lelaki berkumis nipis itu apabila dia terlihat sebuah beg sandang di gendong lelaki itu. Malah kasut, seluar, baju dan rambut yang asalnya serabai seperti penagih jalanan itu kelihatan kemas dan tampak kacak. Dahi Kasturi berkerut lalu tidak semena-mena matanya membulat besar bersama mulut ternganga membentuk ‘O’.

“Jangan kata kau...”

Syukri menganggukkan kepalanya. Bibirnya sudah terselit sengihan sinis. Lantas tidak semena-mena dia melempar sesuatu pada Kasturi dan gadis itu pantas menyambutnya. Dia melihat objek bewarna hitam metalik itu. Serentak itu, Haidil bangkit sambil memegang kepalanya yang terasa berpinar itu. “Hei Kast, asal kau tercegat kat situ? Meh le tolong aku ni. Bapak dasyat betul kau bantai aku. Eh, mana kau jumpa?”

Haidil turut sama melihat PMP Kasturi yang ada sedikit calar itu. Mungkin akibat di baling tadi. Kemudian pada anak mata Kasturi yang memandang terus ke hadapan. Dia berpaling memandang depannya dan dia dapat melihat seorang lelaki berkulit sawo matang berbadan tegap dan memandangnya tajam. Dia dapat rasakan bulu romanya berdiri tegak saat anak mata coklat gelap itu merenungnya sebelum beralih memandang gadis di sebelahnya. Lelaki itu tersenyum nipis.

“Jumpa kau lain kali,” tuturnya sebelum sekali lagi menjeling Haidil.

Apabila bayang lelaki itu semakin menghilang, Haidil memberanikan dirinya untuk bertanya pada Kasturi yang nampaknya seperti satu entiti tanpa roh.

“Hei Kast!” Haidil menggoyangkan tubuh gadis itu. Namun gadis itu tetap senyap sunyi. Yang berubah hanya ekspresi gadis itu.

“Kast!” Haidil mejerit memanggil nama gadis itu apabila Kasturi berjalan meninggalkannya di situ menuju ke arah yang tidak diketahui. Lelaki itu menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Rasa sakit ditarik oleh gadis itu hilang saat mata tajam itu merenungnya. Hendak tidak hendak, Haidil memanjat semula kaki bukit kecil itu sambil menghela nafas pendek.



HAIDIL memakirkan skuternya bersebelahan dengan skuter Kasturi yang bewarna platinum itu. Cuaca di musim panas memaksanya dan Kasturi untuk memakirkan kenderaan mereka lebih dekat dengan bangunan fakulti daripada biasa dan menyebabkan kebanjiran skuter di hadapan bangunan fakulti sehingga sukar untuk pelajar lain untuk melalui kaki lima. Belum sempat dia meneruskan langkahnya, dia terlihat sebuah  skuter yang tidak pernah dia lihat sebelum ini terpakir di sebelah kiri skuter Kasturi. Seperti skuter budak-budak nakal di sekolah menengahnya. Dia menjungkit bahu tanda malas mahu berfikir panjang lagi sementelah dia terlambat untuk memasuki kelas Profesor Jamil juga dia dapat rasakan mata-mata helang memerhatikannya di belakang cermin di bangunan fakulti. Ah pasti peminat-peminatnya. (Bukan nak perasan tetapi itulah hakikatnya)

“Ohhh sekejap. Laju betul kau jalan ye,” tegur seseorang membuatkan dia terpaksa memberhentikan langkah derasnya menuju ke lif. Dia berpaling memandang wajah seniornya yang sudah tersenyum-senyum mahu meminta tolong.

“Tuan lepas ini boleh tak? Saya dah lambat nih,” ujar Haidil membuang rasa takut kerana dia lagi takut dengan profesor kelas sekarang ini.

“Eh sekejap jelah. Siapa suruh kau lewat? Padan dengan muka kau.”

Haidil menunduk memandang jam digitalnya kemudian balik semula pada wajah Senior Farouk. “Maafkan saya tuan tapi saya betul-betul nak cepat ni.” Haidil terus merayu dengan membuat memek muka paling comel yang mampu dia buat. Dia tahu seniornya yang seorang ini kalah dengan junior yang merayu-rayu padanya dengan wajah begini.

Farouk memejam mata sambil menepuk dahi.  Hit on the spot! “Dah, dah, tak payah kau buat muka dengan puppy eyes kau tu,” ujar Farouk dan sedaya upaya menutup mata bundar Haidil dari terus memancar sinar kuasanya.

“Kalau dah macam tu, saya undur dirilah,” ujar Haidil dalam nada sedih sedangkan hati sudah melonjak riang ria. Ditambah lagi dengan air mata yang bergenang. Dia sememangnya layak untuk menerima anugerah pelakon tambahan terbaik.

“Tak payah nak berdrama dengan akulah PAGE,” tegur Farouk serius membuatkan Haidil memandang wajah lelaki berkulit kemerahan itu. Apabila namanya sudah dipanggil begitu, tidak lain dan tidak bukan pasti ini hal kerja.

Farouk mengeluarkan telefon pintarnya, Haidil juga begitu. Lantaran itu mereka melekapkan telefon itu bersama dan ‘beep, beep’.

Haidil melihat imej tag itu. Tiada tanda pengenalannya, sebaliknya tanda pengenalan Kasturi terpapar di hujung petak imej itu. Dia memandang wajah senior itu. Sedikit pelik dengan tugasan yang diterima.

“Aku tak dapat bagi terus kat dia tadi. Ada orang luar. Lagipun aku nak balik kampung petang ni, kau seorang jelah yang aku boleh harapkan.” Sementelah itu, Farouk meninggalkan Haidil di situ, tercengang dengan kenyataan yang diberikannya tadi.

“Orang luar?”



MANA dia?” Kasturi menghulurkan jemari runcingnya meminta telefon pintar Haidil untuk dia imbas pada kad pengenalan tenteranya sebelum maklumat tugasnya diterima dan segala dokumen berkaitan di hantar masuk ke dalam pangkalan sistem maklumat dirinya.

Tanpa melihat wajah Kasturi, Haidil menyerahkan telefonnya. Matanya menyorot wajah Syukri yang duduk bersendirian di salah satu sudut kafeteria itu. Kelihatan lelaki itu begitu khusyuk melayan tabnya dan lansung tidak menghiraukan orang sekitarnya.

“Macam mana dia boleh ada kat sini?”

“Siapa?”

“Dialah!”

Kasturi berpaling memandang pandangan selari dengan Syukri. Dia membuat mulut. “Entah, sibuk je,” jawabnya sambil lewa.

“Macam mana kau boleh kenal dia?” Haidil mengambil tempat di hadapan gadis itu. Sempat lagi matanya mengintai ke luar kawsan kafeteria aras 10 itu.

“Tak payah sibuk nak tahu,” dingin sekali Kasturi menjawab persoalan Haidil dimana membuatkan lelaki itu berasa tidak puas dengan jawapan dari bibir Kasturi itu.

“Aku ada hak untuk tahu. Macam mana kalau orang atasan nak tahu? Si gigi besi tanya aku pagi tadi tahu?”

“Jadi?”

“KIL!”

Gadis itu tertawa kecil. “Relax man. Everything under control. Dia tak merbahaya pun.”

“Macam mana kau boleh pasti?” Tak merbahaya? Memikirkan renungan dan jelingan lelaki itu pernah berikannya semalam, lebih-lebih lagi sekarang... Haidil kembali mengalihkan pandangan memandang wajah pucat Kasturi. Tidak mungkin dia akan berdiam diri dan berasa selamat.

Kasturi merenung sahabatnya itu dengan pandangan mengejek. Takut ke? Bisiknya dalam hati. Dia tahu Haidil berasa cuak dengan kehadiran Syukri di sini tetapi apa boleh buat? Semalam dia sudah menalefon Zareen dan ibu Syukri, kedua-duanya berharap dia tolong tengok-tengokkan Syukri yang kini mempunyai cita-cita. Kononnya. Tetapi tidak mengapalah kalau begitu. Dia juga mahu melihat sejauh mana lelaki itu (Syukri) mahu mencapai cita-citanya.

“Dia abang aku,” jawab Kasturi perlahan sambil menghulurkan kembali telefon pintar Haidil. Dia kemudian memasukkan kad pengenalan tenteranya ke dalam slot tabnya.

“Abang? Maksud kau abang tiri?” Haidil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukankah abang Kasturi seorang sahaja iaitu Zareen? Lagipun Kasturi anak tunggal pasangan Datin Melur dan Dato’ Mahmood.

Kasturi mengangguk. “Lebih kuranglah.”

Dahi itu berkerut. “Macam mana tu?”

“Jangan banyak tanyalah. Lebih baik kau tolong aku solve problem ni lagi bagus,” marah Kasturi. Jari telunjukknya mengetuk-ngetuk lembut permukaan di atas kayu kompos yang menyokongnya untuk duduk itu. Mata hijau tua itu begitu tekun meneliti petak-petak bongkah yang tersusun tidak teratur dan memerlukan pemikiran yang tajam untuk menyempurnakannya.

“Peringkat berapa ni?”

“Tiga.”

Haidil tersentak. “Apa ni? Junior dapat tugas peringkat tiga?”

Corrrection, intermediate.” Kali ini jari telunjuknya bermain-main di depan wajah Haidil di antara matanya betul-betul di hadapan tulang hidungnya.

Naik juling matanya melihat jari telunjuk gadis itu bermain-main di hadapan matanya. Dia menghela nafas. “Sorry-lah lupa. Tadi jumpa Tuan Farouk terus aku fikir kita ni junior lagi... well technically kita dah naik inter tapi selagi diaorang-diaorang tu semua ada lagi, aku rasa kita masih lagi junior. Kau faham tak? Kast?” Haidil memandang Kasturi yang senyap lansung tidak mengendahkan satu apapun rungutannya. Hm, nak marah pun tidak boleh. Itu memang sudah perangai gadis itu. Serius ketika bertugas. Mata tajam itu sedikit sebanyak menyerupai renugan tajam Syukri semalam.

“Wei tak nak makan ke?”

Teguran daripada Syukri menyentak kedua orang itu. Kasturi menekan ikon ‘accept’ lalu menekan butang tengah lantas tab itu di simpan ke dalam beg sandangnya. Nasib baik dia sempat ‘pecah’ kod dokumen itu. Nak pecah juga kepalanya ini memikirkan kod itu lebih-lebih lagi deadline yang hampir tiba. Haidil pula lansung tidak memabantu walaupun sebenarnya secara dasar membantunya ‘cover’.   

Gadis itu berpaling, mula melakonkan watak ‘Kasturi’ yang Syukri kenal. “Nak makan la ni.” Lantas dia berjalan menonong meninggalkan Haidil di kerusi kotak sama panjang yang dibina sepanjang koridor itu. Haidil berdiri, senyuman nipisnya tidak lekang di bibir dan kedua belah tangannya di kocek seluar kedudukan masing-masing. Adakalanya dia berfikir siapakah Kasturi yang sebenar? Kenapa Kasturi yang dia kenal dan Kasturi yang keluarganya kenal begitu lain?

“Tolong jauhkan diri kau dari dia.”

Dia berpaling memandang Syukri. Lelaki itu merenungnya dalam sebelum beredar mengikuti jejak Kasturi. Haidil mengepal jemarinya. Siapa kata perempuan sahaja ada firasat? Dia pasti kedatangan Syukri ke sini ada sebabnya yang tiada siapa pun yang tahu.



SYUKRI enough!

Dadanya berombak deras, ke atas dan ke bawah. Seperti seekor lembu jantan yang mara kerana warna merah. Syukri meramas rambut belakangnya kasar. Kali ini dia tidak mampu bertahan lagi. Dia benar-benar marah.

“Kau cakap dengan aku Kasturi. Apa yang kau tengah buat sekarang ni?” Matanya mencerlung memandang wajah pucat Kasturi yang berada di atas katil hospital, tidak mampu untuk bergerak dengan tangan yang tercuck dengan cecair putih dan badannya berbalut di sebalik baju kapas putih berbunga kecil warna merah jambu itu.

“Buat apa?” balas Kasturi masih lagi mahu bermain tarik tali.

Dengan lemah sekali Haidil bangkit sambil mengelap luka di bibirnya.  Dia tersengih. “Ini ke cara kau buktikan?” soalnya lalu menjeling lelaki di hadapannya.

“Apa?”

“Heh.”

“Abang Syukri baliklah. Sebelum saya panggil pihak hospital dan halau abang keluar,” pinta Kasturi tanpa riak.

“Kau fikir aku akan dengar cakap kau?”

“Saya tahu abang takkan dengar cakap saya tapi tolonglah, dah cukup apa yang abang dah buat hari ni,” ujar Kasturi lalu menebar pandangan ke sekitar biliknya yang bersepah akibat kedua lelaki itu bergelut dan bertumbuk akhir sekali pandangannya jatuh pada jambangan bunga matahari yang diberikan oleh Saiful dan Serenne.

Syukri tersengih sinis. “Untuk seminggu kau tak ada kat sini, kau pergi mana? Dan apa yang kau rahsiakan daripada aku sampai mamat ni pun tak buka mulut lansung?”

“Dia kawan aku, abang!”

“Kawan? Kau yakin ke?”

Kasturi memandang wajah Syukri. Dahinya berkerut. Apa yang Syukri tahu dan apa yang dia tidak tahu sehingga lelaki itu begitu... pasti. Dia berpaling memandang Haidil yang masih lagi mengelap bibirnya yang berdarah. Mungkin juga gusi lelaki itu turut berdarah. Lelaki itu menerima sahaja setiap pukulan Syukri tanpa mengelak. Itu pun dia fikir Haidil sudah sedaya upaya mengelak dari cuba menerima pukulan yang lebih serius.

Syukri... dahulunya seorang kanak-kanak lelaki yang baik, sopan dan comel. Sombong juga bangga diri. Hakikatnya, bila mereka di sekolah tinggi, semuanya berubah. Dia tidak lagi kenal Syukri dan tidak akan dapat mengenali siapa lelaki itu.

“Dia...!” Syukri menunding jari pada wajah Haidil bagai anak kecil tidak puas hati kerana tidak dapat gula-gulanya.

“Abang nak cakap apa ? Haidil?”

Haidil membalas pandangan Kasturi. Matanya mengisyaratkan menyuruhnya mendengar sahaja setiap butir dari mulut Syukri.

Syukri mendengus. “Kasturi tolonglah. Aku tahu kau masih lagi marahkan kami tapi tolonglah cari kawan yang lebih baik dari dia ni.”

“Abang nak kata apa sebenarnya?”

Syukri mengepal penumbuknya. Bagaimana dia mahu katakan?

Haidil mengambil tempat di kerusi sofa yang berada bertentangan dengan katil Kasturi. Dia merebahkan kepalanya. Sanggupkah Syukri untuk meluahkannya? Meluahkannya umpama luah mati mak telan mati bapak. Sedangkan dia masih lagi tidak faham kenapa Kasturi begitu tidak peka. Ataupun gadis itu hanya membutakan matanya dan menutup pintu hatinya untuk menerima insan bernama lelaki? Sebab kenapa pula? Semakin lama dia fikirkan, dia semakin tertarik kepada gadis itu.

Kedengeran keluh yang panjang dan berat keluar dari dua ulas bibir merah Syukri. Dia melihat sekelilingnya. Perkara yang berlaku sebentar tadi menunjukkan betapa dia tidak lagi matang dan kebudak-budakkan sedangkan perkara ini boleh dibawa berbincang dalam keadaan yang terkawal dan aman. Mungkin juga muka Haidil yang kacak itu tidak akan pecah akibat tubukan melulunya. Adakah dia terlalu menunjukkannya? Tetapi kenapa... kenapa gadis itu tidak pernah sedar tentangnya?

“Sampai bila kau nak lari Kasturi?” Syukri memandang wajah Kasturi yang merenungnya dalam.

“Aku tahu kau masuk akedemi sebab kau memberontak dengan papa tapi masuk sini, are you serious? Dan tengok kau kawan dengan siapa? Kalau kau tak puas hati sekali pun tolong jangan sampai buat badan kau macam ni. Tak cukup ke pengorbanan yang dia dah buat untuk kau –,”

“Kau tak layak cakap satu apa pun fasal dia!”

Haidil mendongak memandang ke dua beradik itu. Atmosfera yang mengilingi bilik ini berasa lain sekali dan adakah mereka berkata tentangnya? Sekali lagi dia dilanda persoalan.

“Kalau papa fikir dia boleh hantar kau masuk sini untuk pujuk aku, dia dah salah. Aku fikirkan kau ikhlas ke sini,” sinis sekali Kasturi melontarkan kata-katanya.

“Tujuan aku ke sini tak ada kena mengena dengan apa yang tengah kita bincang sekarang ni!”

“Kau yang bangkitkannya dulu!”

“Kasturi!”

“Kauorang tak rasa ke yang kita ni dah terlalu... bising?” celah Haidil tiba-tiba membuatkan pasangan adik beradik itu berkalih memandang mukanya dengan wajah merah dengan deru nafas yang meluap-luap.

Syukri mengetap bibirnya sambil memandang wajah Haidil, memberi amaran. Sejak permulaan lagi dia bertemu lelaki ini, dia sudah tidak berkenan apatah lagi apa yang lelaki itu ucapkan empat hari lepas.

“Kasturi? Mana aku tahu dia pergi mana. Itu masalah dia.”

“Hump, kau fikir aku ini apa? Penjaga dia siang malam? Kau silap. Perempuan macam Kasturi tu, dia pandai jaga diri sendiri. Kau tak payahlah nak work up sangat. Hakikatnya kau tak kenal lagikan siapa adik kau tu.”

“Dia ialah seorang gadis yang mudah tercabar, berani dan bersemangat. Misteri aku harus katakan tetapi dia kekurangan. Dia tak macam perempuan lain. Faminism... zero. Diakui dia lantang tetapi pendiam. Dia gadis dalam dilema, kau tak fikir macam tu? Rasa macam nak teroka dia lebih dalam lagi. Kan?”

Matanya terpejam rapat. Berasa diri seperti dipermainkan. Kenapa dia tidak mampu katakan apa yang Haidil telah katakan? Dia nak Kasturi tahu apa Haidil niatkan terhadapnya akan tetapi adakah itu hanya sandiwara lelaki itu sahaja? Dia terlalu memikirkannya hanya kerana dia terlalu bimbangkan Kasturi.

“Satu perkara yang aku boleh janji, Kasturi bukan taste aku. Aku dekat dengannya untuk sementara sahaja. Persahabatan ini takkan kekal. Percayalah.”

Mahukah dia percayakan janji Haidil? Namun kenapa dia berasa terancam? Bagaimana kalau suatu hari nanti Kasturi memilih untuk bersama lelaki seperti Haidil?

“Percayalah. Lagipun dia tak pernah pandang aku. Dia dalam dunia dia sendiri.”

Atau lebih teruk lagi gadis itu akan memilih lelaki seperti Wan.


“Tujuan aku kat sini... bukan sebab papa atau apa sahaja yang kau fikir Kasturi.” Syukri mendekati katil hospital itu. Lalu dia meraih tangan yang tidak bersuntik dengan cecair IV itu. “Aku ke sini kerana kau. Aku betul-betul cintakan kau dan aku taknak kau sendirian lagi.”

No comments:

Post a Comment