Monday, September 9, 2013

Tiga puluh tiga

Tiga puluh tiga : Crescendo I

17 April 2731, 0530am, Apartment DenQ, Jalan Scarlet, Little Staircase

            Dia berpaling ke kiri, peluhnya merenik. Badannya dirasakan panas dan sejuk pada masa yang sama. Kepalanya seperti hendak pecah apabila suara itu berdengung-dengung.
           


ABANG?!
           
Tiba-tiba dia rasakan jantungnya berlari laju. Andrenalinnya mengalir sebegitu laju sehingga apabila dia melihat sepasang anak mata itu, dua belah tangan kecilnya mula menggigil.

            “Shh...” Muiz meletakkan jari telunjuk yang berlumuran darah itu di bibir.

            Kali ini dia dia dapat merasakan air matanya bergenang saat melihat kedua ibu bapanya terbaring kaku dengan mata terbuka. Di sekelilingnya terdpat serpihan kaca-kaca botol arak dan percikan darah di dinding rumahnya.

            “Kenapa...?”

            Lembut sekali Muiz menarik dia ke dalam dakapan. Di belai-belai rambut belakangnya lantas dicium ubun-ubun adiknya itu.

            “Lepas ni tak ada siapa lagi akan sakiti kita.”

            Zaim mendongak memandang wajah abangnya itu.

            “Kan?”
           


ZAIM?

            Dalam keadaan terkejut, dia melihat sekelilingnya. Suasana kelam menyukarkan dia untuk melihat sekelilingnya denfgan lebih jelas. Dia melihat sebelah kirinya. Wajah Muiz yang bermain-main di mindanya tadi kini bertukar ganti pula dengan wajah gusar Sophie. Dia melepaskan keluh berat.

            “Are you okay?” Sophie mengusap-usap pipi Zaim. Sesekali dia menekup telapak tangannya pada dahi lelaki itu. Bimbang dia jika lelaki itu dihinggapi demam. Namun perlakuannya itu ditepis kasar.

            “Jangan kau ingat aku ni Muiz,” dingin sekali Zaim berkata lantas dia menolak selimut yang menyelimuti tubuhnya yang tiada sehelai benang itu. Dia duduk di birai katil sambil menutup mata dan rambutnya diselak ke belakang. Apa yang telah dia lakukan selama dia tidur?

            “You ni kenapa Zaim?” Sophie mendekati belakang Zaim. Perlahan-lahan dia memeluk belakang badan sasa itu. Walaupun dia sejuk dan penat, tetapi demi Zaim dia sanggup segalanya walaupun menyerahkan diri dia dalam jagaan Zaim sepanjang malam.

            Zaim berpaling, memandang Sophie. Sejujurnya dia tidak gemarkan wanita ini. Tidak! Dia bencikan wanita ini. Wanita inilah yang menyebabkan segalanya menjadi huru hara. Menjadikan siapa dirinya sekarang ini. Bukan mudah untuk dia mengawal semula tubuhnya ini. Fikirannya mula merancang rancangan.

“Takda apalah,” jawab Zaim perlahan tidak sekeras nada sebelum ini. Dia memusingkan tubuhnya menghadap tubuh Sophie yang mengiurkan itu.

            Wanita itu tersenyum sinis. “You ni apalah. You buat I takut tau.” Dia jeda. Melihatkan gaya lelaki di hadapannya memandang begitu membuatkan dia tersenyum suka. Sudah lebih 30 tahun dia mengenali lelaki ini. Jadi segala perangai lelaki ini ada dalam genggamannya.

 “You ingat I tak pandai baca fikiran you tu ke? Kalau you nak sekarang, I tak kisah,” tawar Sophie dengan lirikan penuh godaan. Lalu dia berbaring sambil menongkat kepalanya dan menggesel-gesel kedua belah kakinya penuh nafsu. Jemari kanannya mula bermain-main di belakang tangan Zaim dan dia menarik lembut.

            Apabila ikan sudah ada di hadapan mata, kucing mana yang mampu menolak? Zaim tersenyum penuh makna. Sophie sudah jatuh dalam perangkap dendamnya.



            MATANYA terus melihat ke arah pintu bertutup itu. Dia tidak tahu hendak buat apa setiap kali malam sepanjang dia ‘hidup’ 21 tahun ini. Apa yang dia pasti, menjelang pagi sahaja dia akan mula bekerja atau lebih tepat sekali menganalisa dan membunuh...

            Dia melihat jemari runcingnya. Kemudian pada kuku-kukunya pula. Oh, ada sesuatu yang tersekat di antara isi kuku dan kukunya. Berhati-hati dia memulakan proses membersihkan kukunya dengan mencabut kuku itu dan mencucinya dengan sabun pencuci khas.
           
Dia menilik kuku-kukunya. Kesudahannya dia membersihkan kesemua kuku-kukunya. Tampak berkilat apabila cahaya dari bulan memantulkan cahayanya dari tingkap biliknya yang tidak berkaca itu.

Apabila dia mengesan seseorang di balik daun pintu itu, kepalanya pantas bergerak memandang pintu biliknya. Terjengul wajah Zaim bersama senyuman nipisnya. Badannya dibaluti bathrobe dan rambutnya basah dek air atau adakah itu peluh?

Lelaki itu mendekatinya dengan wajah mendung yang cuba dia sorokkan. Dengan lemah juga lelaki itu duduk di sebelahnya.

“Saya rindu awak,” jawab Zaim telus.

Kenyataan itu kedengaran janggal di telinganya namun dia rasakan ini adalah kali kelima Zaim berkelakuan seperti ini; mendatanginya di subuh hari dalam keadaan yang sedih.

“Saya rindu Kak Elf, Abang Ben, Abang Areff, G, Abang Ril dan lebih-lebih lagi... Lisa. Saya rindukan Impian Pelangi. Awak dengar tak?” Zaim mula mengongoi.

Kristal hanya mendengar. Dia tidak mampu lakukan apa-apa. Dia tidak kenal seorang pun manusia yang Zaim sebutkan. Yang dia mampu hanyalah menjadi tempat Zaim untuk bersandar. Dia pernah lihat LZ mengusap-ngusap kepala Mira ketika gadis itu menangis. Mungkin cara itu adalah salah satu cara untuk memujuk? Teragak-agak, dia mengusap kepala Zaim. Fikirnya Zaim bermimpi ngeri sebagaimana dia ketahui manusia akan menjadi begini kerana mimpi.

“Awak mimpi yang bukan-bukan ke? Sebab tu awak tak boleh tidur?”

Zaim menahan sendunya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku beberapa puluh minit lepas. Wajah Muiz muncul dalam mimpinya dan dia telah mngenakan Sophie sepuas hatinya. Padan muka wanita itu, ditinggalkan dalam keadaan terseksa. Dia hanya bermain; melempiaskan rasa bencinya pada wanita itu. Tetapi rasa takutnya masih lagi bersarang di hati. Juga rindunya dia pada zaman kecilnya. Dahulu jika dia bermimpi mimpi yang menakutkan, orang pertama yangakan dia cari di Impian Pelangi adalah Elfira; kakaknya.

“Saya nak tidur sini.”

“Awak nak bantal?”

Zaim menggeleng seperti anak kecil dan dia merenung anak mata Kristal. Jika anak mata itu lebih bersinar dan penuh dengan semangat berserta cita-cita, dia pasti saat ini dia mahu memeluk Kristal sekuat hatinya dan menangis semahunya. Walaubagaimanapun, semua itu kini mustahil. Elfira tiada lagi di sini; alam ini. Air matanya menitis.

“Zaim?”

Entah bilalah agaknya, bila dia sedar dari tidurnya dia mampu untuk melihat raut ini. Kalaulah dirinya ini kuat untuk melawan, akan dia lawan Si Jahanam dalam tubuhnya ini sedangkan dia tahu, dia tidak mampu. Dia terlalu takut dan lemah.

Longlai sekali dia merebahkan badannya dan memangku kepalanya pada peha Kristal yang keras itu. Walaupun keras, hatinya saat ini tenang. Dia berasa selamat.



IM, bangun.” Lembut sekali suara itu mengejutnya bangun dari lena beralaskan lantai sejuk di tepi jalan simen itu. Dia menguap luas lantas matanya ditenyeh. Rasa kantuknya masih lagi bersisa apatah lagi rasa penat berjalan dari satu kampung ke satu kampung yang lain.

“Cepat Im. Kalau tak nanti polis tangkap kita tidur kat tepi jalan. Im nak ke duduk kat rumah kebajikan?” Ugut Muiz dalam nada lembut yang sebenarnya cuba menakutkan dirinya. Dia tidak mahu terpisah dari abangnya. Muiz ialah pelindungnya; rumahnya.

“Im penat bang,” rungut Zaim. Walaupun begitu, digagahi juga dirinya dengan sedikit sokongan dari Muiz.

“Boleh jalan tak? Nak abang kendong?”

Zaim pantas menggeleng. Dia tidak begitu penat sehingga perlu menyusahkan abangnya untuk menggendongnya. “Im boleh lagi jalan bang. Abang pun penat jugakan?”

Muiz tersenyum senang. “Nak penat apanya kalau adik abang ada dengan abang. Dah jom.”

Pagi itu berkabus dan sungguh sejuk. Namun perjalanan mereka berdua tetap diteruskan sehinggalah mereka tidak mampu berjalan. Kemudian mereka akan sambung semula. Mereka tidak harapkan belas orang untuk memberi mereka makanan tetapi orang belas melihat mereka. Lebih-lebih Zaim. Dia masih lagi kecil untuk mengerti dunia tetapi terlalu banyak derita yang dia alami sehingga Muiz berfikir berpa banyak lagi yang perlu adiknya sengsara?

‘Kriut, kriut.’

Muiz memandang Zaim yang mengusap-ngusap perutnya dengan tangan kirinya.

“Im lapar ke?”

Zaim menggeleng lemah. Bibir si kecil itu sudah merekah dek kekurangan air dan kesejukan. Muiz melepaskan pegangan tangan mereka. Dia meraba-raba poket seluarnya. Rasanya ada syiling yang dia terima dari seorang orang kaya yang melalui mereka semalam.

50sen sebanyak tiga keping. Cukup untuk membeli sebatang Char Kuih di pasar.

“Jom, kita pergi pasar. Nak makan tak?”



IM, nak lagi?”

Muiz mengunjukkan bahagian Char Kuih miliknya pada Zaim. Terkebil-kebil si kecil itu memandang abangnya. “Abang tak mahu?”

“Abang dah kenyang la. Im je la yang habiskan.”

Bersinar mata Zaim saat itu apabila mendengar jawapan abangnya. Dari tadi lagi dia memandang abangnya yang menyuap perlahan bahagian Char Kuih itu ke dalam mulutnya. Dia punya sudah lama habis.

Sebaik sahaja bahagian roti itu hinggap di jemari comelnya, dengan pelahap sekali dia menyuap Char Kuih itu ke dalam mulutnya. Sedapnya.

Muiz tersenyum. Walaupun perutnya lapar, entah kenapa melihat senyuman lebar adiknya membuatkan dia rasa kenyang kerana Zaim ialah satu-satunya keluarga yang dia ada. Tempat untuk dia curahkan kasih sayang dan tiada lagi insan untuk dia curahkan.

“Sedap ke?” soal Muiz sengaja mahu mengusik si adik.

Zaim mengangguk pantas. Malah sangat bersungguh-sungguh. Muiz ketawa senang.

“Ahh!”

Serentak itu, Muiz dan Zaim berpaling ke arah punca suara. Kelihatan kerumunan lelaki bertubuh tegap mengelingi seorang kanak-kanak. Tidak dapat mereka melihat wajah kanak-kanak itu. Yang kedengaran ialah gelak ketawa lelaki-lelaki itu sambil cuba menyentuh kanak-kanak itu.

“Jangan sentuh saya!” jerit kanak-kanak itu.

Mendengarkan itu, mereka hanya ketawa terbahak-bahak, meperolok-olokkan ketawa mereka. “Hei budak dengar sini. Bos kami ialah orang terpengaruh di sini dan dia berminat dengan awak. Awak hendak atau tidak, awak kena ikut cakap kami. Kalau kau melawan, kau dalam masalah besar!” kata si botak sambil menjeling sekelilingnya. Memberi arahan supaya tidak mencampuri urusan mereka.

“Malang sekali saya bukannya milik dia untuk dia arah-arahkan saya. Apa-apa masalah jumpa penjaga saya!”

“Isy degil betul budak ni,” desis salah seorang lelaki tegap itu. “Tangkap dia,” arahnya tanpa menghiraukan satu apapun yang dikatakan oleh kanak-kanak tadi dan kanak-kanak itu mula menjerit. Tiada siapa di sekeliling yang mahu menolong. Masing-masing seolah-olah membutakan mata dan mentulikan telinga mereka.

“Lepaskan saya! Abang Aril!!!” nyaring kanak-kanak itu menjerit sambil meneletang di atas jalan bertar itu kerana tidak mahu mengikut kumpulan itu.

“Abang...” Zaim menyentuh lengan Muiz. Dia kasihankan kanak-kanak itu. Tambahan itu, abangnya pasti dapat membantu kerana abangnya berani dan kuat. Abangnya pernah...

Muiz mengetap bibirnya. Apa yang hendak dia buat? Dia hanya kanak-kanak berumur tujuh yang kecil dan dia tidak sekuat sebagaimana adiknya fikirkan. Kejadian tempoh hari berlaku kerana dia sudah hilang sabar dan dikuasai api kemarahan. Sekarang ini?

“Abang...” Zaim terus menghimpit dirinya dengan mata besar dan bundar itu. Aduh...



JEMARI kecilnya dengan penuh takut-takut menarik-narik seluar lelaki yang berkepala botak itu. Namun jarinya pantas ditepis kasar. Akan tetapi, Muiz terus menarik-narik seluar lelaki itu sekali gus mengganggu konsentrasinya dari terus cuba menarik Elfira mengikutnya.

“Isy, kau nak apa?!” marah Fedrick.

“Ayah...” sayu sekali Muiz memanggil Fedrick dengan mata puppy eyes, dia berpegangan tangan dengan Zaim, kelihatan sangat kasihan dan dahaga kasih sayang.

“Apa pulak dah ni?” rungut Fedrick. “Eh kau urus budak tu,” Fedrick menegur lelaki di sebelahnya supaya menguruskan Elfira sementara dia menguruskan budak berdua ini. Muiz memandang lelaki itu kemudian pada Elfira. Oh, perempuan ke?

“Kau orang ni siapa hah?” soal Fedrick bengis.

Muiz memandang Fedrick lalu dikalih pada Zaim. Perlahan dia mengangguk pada Zaim dan...

“Ayah!!!” Mereka berdua meluru pada kaki Fedrick, memeluk sekuat hati dan menangis dengan berkesan sekali.

Tergamam Fedrick dibuatnya. Anak siapa pulak ni, desis hatinya.

Dude, perempuan mana kau tidur sampai jadi macam ni?” tegur Gin. Bob di sebelahnya sudah terkebil-kebil memandang Fedrick.

“Mana ada! Ni anak siapa entah sesat ni,” marah Fedrick tidak puas.

“Ayah!!!” semakin kuat pula raungan Muiz dan Zaim. Fedrick mula menggelabah apabila banyak mata-mata mula memerhati mereka semula.

“Baik kau ingat semula,” perlahan sekali Bob menegur Fedrick dengan pandangan mata yang sukar dimengerti.

“Bukanlah. Betul! Sumpah! Hei budak mana mama kau?”

“Mama!” Muiz berlari mendakap kaki Gin pula. Habis riuh rendah kawasan pasar itu apabila Muiz meraung-raung memanggil mama pada Gin.

“Apa kejadah pulak ni?!” marah Gin.

Dengan mata yang bergenang dan hingus yang berlari laju menuruni ke bibirnya Muiz berkata, “mama kata cari mama kat sini semalam kalau dah lapar. Mama kata papa nak belanja makan. Lama Brian tunggu dengan Adam. Kan Adam?”

Pantas Zaim mengangguk mengiakan kata-kata Muiz.

Suasana mula menjadi gamat. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama mereka antaranya...

“Gay ke?”

“Kalau nak sangat, bertanggungjawab la sampai habis!”

“Patutlah buat kerja haram, sonsang rupanya...”

“Hei mulut tu jaga eh!” jerit Fedrick geram. Dia menolak Zaim ketepi dengan kasar.

“Adam!” Muiz meluru mendapatkan Zaim. “Sanggup papa buat Adam macam ni? Adik tak apa-apa?”

Fedrick lansung tidak mengndahkan drama swasta adik beradik itu lantas mendekati Bob pula. “Bob, please. Dengar penjelasan aku,” rayunya. Dia takut jika Bob salah faham lagi dengan dia. Lantaklah apa orang nak kata apa sekarang ini.

“Dahlah Fed. Sekarang ni yang paling penting budak tu – ”

“Dia dah lari!” jerit Gin. Pantas Kedua-dua lelaki itu berpaling memandang Gin yang sudah memerah mukanya. Fedrick mencari-cari kelibat dua budak lelaki yang menggelarkan diri mereka Brian dan Adam itu.

“Kita dah kena main...”

“Tak kisahlah! Sekarang kita kena cari budak perempuan tu kalau tak aku akan merempat dan korang berdua takkan bersama!” Lantas Gin berlari mahu mencari Elfira. Fedrick berdecit geram. Selepas satu-satu masalah datang. Semenjak dia lari dari landasan, masalah tidak pernah putus-putus datang malah semakin teruk!

“Bob aku – ”

“Lupakan jela Fed. Kita cari budak tu dulu,” potong Bob lalu mengikut jejak Gin mencari Elfira yang entah bagaimana boleh menyusup lari dari tangan besarnya ini. Malah kali ini dia dapat rasakan cintanya akan turut lari dimana dia sendiri sudah lelah untuk berpagang terus padanya lagi.

Fedrick mengeluh kasar. Matanya bak helang mencari dua kanak-kanak lelaki itu. Kalau dia dapat jumpa mereka akan dia kerjakan cukup-cukup! Desis hati Fedrick mendongkol geram dengan eksiden tadi.

“Dia dah pergi?”

Kedengaran suara kanak-kanak lelaki dari balik kain alas meja di bawah meja penjaja buah-buahan. Dia mengintai sedikit dari balik kain itu.

Line clear,” kata Muiz pasti lalu keluar dari tempat persembunyiannya. Kemudian dia membantu Elfira dan seterusnya Zaim pula. Sesudah itu dia memandang penjual buah itu lalu menunduk hormat. Lelaki berjanggut putih itu tidak memberi sebarang renspon dan hanya tekun mengira buah-buahannya.

“Terima kasih sebab tolong saya. Saya terhutang budi,” ujar Elfira penuh sopan. Muiz membalas hanya dengan senyuman. Dia tidak akan menolong jika Zaim tidak mendesaknya.

“Mereka tu siapa?” soal Muiz curiga. Dia bukannya orang penduduk bandar ini malah bandarnya jauh dari sini. Sudah lebih seminggu dia dan Zaim merantau. Sedikit sebanyak dia berfikir tidak salah dia menjadi ramah-kan?

“Mereka? Oh, lintah darat kawasan ni. Awak kira bernasib baik tahu?” ujar Elfira dalam nada berbisik kemudian dia tertawa kecil menampakkan lesung pipitnya dan matanya yang sepet terbentuk cantik. Untuk seketika, Muiz merasakan dunianya berhenti melihat senyuman manis itu.

“Awak berdua dari mana?”

“Ah, oh... er... Kami?”

Elfira mengangguk teruja sambil itu dia mula mengatur langkah menuju ke tempat tinggalnya. Muiz pula seperti mengikut sahaja tidak lupa juga, sempat dia menarik tangan Zaim dari mengambil epal dari kedai penjaja itu tadi.

“Sini-sini sahaja,” bohong Muiz. Entah kenapa mulutnya berat untuk mengaku tempat asalnya. Dia jadi segan.

“Jadi mana pula rumah awak? Saya nak jumpa mak bapa awak dan nak ucap terima kasih.” Laju sahaja gadis itu menutur kata tidak sedar akan perubahan wajah Muiz.

Lama, keadaan menjadi sepi. Lama juga, Elfira menunggu jawapan dari Muiz tetapi kanak-kanak itu hanya diam tidak menjawab soalannya. Takut-takut dia memandang Muiz di sebelahnya.

“Saya tak ada rumah,” perlahan sekali nada suara Muiz menjawab antara mahu dengar dan tidak. Genggaman tangan Zaim digenggam erat. “Kami yatim piatu.”

“Maaf saya dah...”

“Tak apa. Awak tak tahu.” Muiz memberikannya senyuman perit yang cuba dimanis-maniskan. “Jadi awak tinggal kat mana?”

“Impian Pelangi.” Sepatah sahaja Elfira menjawab.

“Itu...?’

“Rumah anak-anak yatim macam kita.”

Muka Muiz sudah berkerut. Elfira juga sepertinyakah? Zaim pula mendengarkan nama rumah anak yatim terus sahaja dia menyorok di belakangnya. Takut. “Rumah kebajiikan ke?”

Elfira ketawa besar. “Taklah sewel. Ini rumah yang dijaga oleh tuan tanah yang baik hati. Boleh kata pertubuhan badan yang berkecuali daripada badan yang berkecuali. Hm!”

“Saya tak faham,” jujur sekali Muiz berkata.

Sekali lagi gadis itu ketawa senang hati. “Tak apa. Saya mula-mula di hantar sana pun keliru juga. Awak tahukan fobia orang jenis macam kita ni?” soalnya sambil mengelip mata pada Muiz, mahu mengenakan lelaki itu. “Memandangkan awak tak ada rumah, saya akan minta Tuan Ghani ambil awak.”

“Siapa Tuan Ghani?”

“Tuan tanah yang baik hati tulah. Tapi saya kena bawa awak jumpa Encik Peter dahulu. Dia yang jaga kita sepanjang kita di Impian Pelangi ni,” sedaya upaya Elfira menjelaskan serba sedikit tentang Impian Pelangi pada Muiz dan si kecil comel Zaim.

“Erm –”

Mereka berhenti berjalan.

“ – kalau saya katakan yang kami tak mahu tinggal kat sana –”

“Awak dah gila?! Impian Pelangilah tempat paling selamat, selesa dan bahagia yang pernah saya alami. Awak pun mahukan adik awak ni tinggal kat tempat macam itu? Atau awak nak terus merempat?”

“Kami tak merempat!”

“Habis tu? Dengar nasihat saya. Lagipun saya perlukan orang macam awak untuk lindungi saya setiap kali saya pergi pasar.”

Muiz terdiam mendengarkan kata-kata Elfira. Tidak pernah selama ini ada orang mengharapkan kehadirannya selain dari Zaim. Ibu bapanya? Huh, mereka umpama tempat mereka lepaskan kemarahan. Bak bantal kusyen untuk dibaling dan dipukul bila sedih.

“Jadi?” Terkebil-kebil Elfira memandang wajah kacak Muiz yang serba keruan itu.

“Entahlah. Tanya adik saya.”

“Adik awak kata dia tak kisah,” laju Elfira menjawab.

Sekali lagi  Muiz tersentak dengan tingkah laku Elfira yang lincah itu. Dia memandang Zaim yang kini berpimpin tangan pula dengan Elfira. Sejak bilalah pula budak itu... Akhirnya Muiz mengalah. “Okeylah.”

“Macam tulah!” Elfira melonjak gembira bersama Zaim. Muiz pula sudah tersenyum senang dengan kehadiran gadis itu.

“Baiklah kalau begitu apa nama awak?”

“Muiz Lee dan ini adik saya Zaim Lee. Kami Krist,” Muiz memperkenalkan diri.

Elfira mengangguk faham. “Saya Siti Elfira binti  Abu Othman. Saya Islam. Awak katolik ke?”

Muiz menggeleng dalam ketidakpastian. “Tak tahu, kami dah lama tak amalkan. Kenapa awak tanya?” Dia memandang wajah Elfira

“Saja. Lagipun di Impian Pelangi ada juga orang macam awak dan adik awak. Apapun, kita sebayakan? Tujuhkan?”

“Ha’ah. Zaim dia lima.”


“Kalau macam tu apa kata kita ber’kau’ ‘aku’ je? Dan Zaim boleh panggil akak, Kak Elf,” kata Elfira bersama senyuman mentari pagi juga tidak lupa matanya yang sepet terbentuk seperti bulan sabit.

No comments:

Post a Comment