Wafa berlari laju menuju ke rumah kelab yang berada di
hutan arah Selatan Institut Neverland yang menempatkan Pra-sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah tinggi dan universiti dalam
satu kawasan luas yang seluas 600 ribu kaki persegi itu.
Lariannya terhenti dek rasa penat yang amat sangat setelah
dia berlari dari tingkat empat bangunan sekolah menengah atas terus ke
pertengahan jalan yang berturap batu merah coklat itu. Tidak sampai 300 meter
dia berlari keluar dari bengunan itu dia sudah semput. Lantas dia
mengibas-ngibas mukanya yang berbahang dengan peluh yang laju menuruni dahi dan
pipinya.
Di dalam hatinya, tidak sudah-sudah dia berdoa supaya bas
mini akan melalui kawasan ini di saat ini. Kerana rasanya dia sudah tidak
sanggup lagi untuk berlari-lari anak ke rumah kelab yang rasanya seperti di
hujung dunia nun sana. Matanya melingas ke kiri dan kanan. Dia terus-terusan
berharap bas itu akan melalui kawasan itu.
Sebaik sahaja dia ternampak kelibat bas mini yang bercat
putih dan bergaris hitam di tengah badan bas itu, Wafa tersenyum gembira sambil
dalam hatinya mengucap syukur diselangi jeritan ‘yes’. Pantas tangannya dihulur ke kiri jalan sambil
terlompat-lompat gembira. Kad pelajarnya juga turut teroleng-oleng mengikut
gerak lompatnya.
Apabila bas mini itu berhenti di hadapan Wafa, gadis itu
pantas mendaki anak tangga lalu mengimbas kad pelajarnya pada mesin pengimbas
pengenalan diri yang berada betul-betul di hadapan tangga bas.
“Ke mana Wafa?” soal Richard, pemandu bas mini yang
popular di seluruh Institut Neverland itu.
“The Lost Boy’s Club
House. Laju sikit ya, uncle,”
pinta Wafa sambil menginyit mata dengan kedua-dua belah tangganya terkatup
bersama.
Richard ketawa besar melihat perilaku gadis itu lalu
mengangguk faham. Lagipun waktu-waktu begini, kebanyakkan pelajar berada di
bilik kelab atau berada di kelas tuisyen yang diadakan di sekolah, jadi Richard
tidak kisah untuk berjalan jauh sikit semata-mata mahu menghantar gadis pintar
itu ke rumah kelab yang bukan calang-calang orang boleh jejaki itu.
PASHA berdiri
menghadap tingkap tinggi yang menghadap ke jalan yang menuju ke pintu pagar
rumah kelab itu. Pokok-pokok sena yang tumbuh di sisi jalan menjadikan
sepanjang jalan berbatu itu redup dan menyejukkan mata.
Sesekali lelaki itu menjeling jam tangan Rolex miliknya
yang disarung di kanan tangannya. Pelik tetapi itulah perangainya yang tidak boleh
berubah. Dia lebih gemar lakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan
oleh orang lain daripada turut sama terkinja-kinja melakukan perkara yang orang
lain buat. Baginya semua itu membuang masa!
“Lambat!” katanya geram apabila jarum pendek menunjuk ke
angka tiga dan jarum panjang ke angka tujuh. Namun begitu dia terus setia
berdiri di tepi jendela itu, menunggu kelibat gadis yang telah lama mencuri
hatinya sejak mereka masing-masing di tingkatan empat lagi.
Entah apa yang ada pada gadis itu, dia tidak tahu.
Semuanya biasa-biasa sahaja. Wajahnya tidaklah bujur, dagunya tidaklah tajam,
mata tidaklah bulat sangat, bibir tidaklah seseksi Angelina Jolie atau Jenifer
Lopez. Tingginya pula tidaklah setinggi model, juga tidak serendah gadis petit.
Lagi-lagi kulit gadis itu, tidaklah seputih gadis Korea dan tidaklah segelap
Anne, rakan sekelasnya dari negara Afrika. Kesimpulannya, semua yang dimiliki
oleh gadis ‘itu’ lansung tidak menarik! Terlampau biasa!
Berpandukan seleranya yang tidak suka akan perkara
B.I.A.S.A, jadi gadis itu sememangnya berada di luar liganya! Namun, perkara
B.I.A.S.A itu jugalah dia tertarik pada gadis itu. Ada sesuatu tentang gadis
itu yang membuatkan dia terus-terusan membuli gadis itu. Seperti sekarang.
Pasha tersenyum apabila gadis yang dinanti-nantikannya
tiba apabila kelibat gadis itu terkelihatan disebalik dahan-dahan pohon sena
itu. Gadis itu berjalan dalam rentak sederhana dan lansung tidak mengendahkan
amaran yang telah dia berikan pada gadis itu sebelum ini jika gadis itu
terlewat sesaat cuma sedangkan gadis itu sudah terlewat lapan minit!
Wafa yang berjalan terperasankan kelibat Pasha yang sedang
memerhatikannya dari tingkat dua rumah kelab itu. Lantas segaris senyuman
ikhlas dihulurkan buat jejaka itu. Dia sedar dia sudah terlewat tetapi dia
tahu, ubat untuk mengubat marah Pasha jika dia seringkali terlewat ialah
bersifat jujur dan terus tersenyum. Hanya itu sahaja. Pasha seorang lelaki yang
simple sahaja!
PASANGAN itu
memerhatikan seorang kanak-kanak lelaki yang duduk menunduk di hadapan mereka.
Air mata yang menitik setitis demi titis, menambahkan lagi kerutan di dahi
pasangan itu lalu mereka saling berpandangan. Wafa mengangkat kening kanannya.
Pasha pula hanya tersenyum sumbing.
“Pasha! Serius? Benda macam ni pun kau tak boleh handle?” bisik Wafa dengan nada geram.
“Hello! Aku ni bukannya baby sitter!” bidas Pasha dengan nada menjengkil.
Wafa mengetap bibirnya. “Itu aku taulah, pandai! Masalahnya
kau tu presiden kelab! Dia ni anak buah kau! Mana perginya communication skill kau yang kau bangga-banggakan tu?” perli Wafa
masih lagi dalam nada berbisik, tidak mahu kanak-kanak lelaki itu perasan akan
pertelingkahan kecil mereka itu.
Hampir terjengil biji mata Pasha mendengar sindiran Wafa.
Melampau betul gadis itu. Hendak sahaja dia mencepuk-cepuk pipi montel gadis
itu. Hisy!
“Kau kan perempuan...
sepatutnya kerja-kerja macam ni patik jari pun kau boleh buat! Aku punya communication skill tu untuk waktu-waktu
darurat sahaja!” balas Pasha lalu menyilangkan kedua belah tangannya.
Wafa mencebik. ‘Ha’ah, waktu darurat kau tu waktu kau
minta kat pengetua supaya permainan ‘kanak-kanak’ kau tu diluluskan! Dasar otak
tak matang!’ marah Wafa di dalam hati. Masing-masing sudah menjeling.
Disebabkan dia malas mahu melayan kerenah Pasha yang tidak
pernah matang itu, Wafa terpaksa mengalah juga lalu secara tidak lansung
memegang jawatan ‘babysitter’ tak
bertauliah! Di dalam hatinya dia mengeluh kerana putera idamannya itu yang juga
sebahagian ahli kelab ini, juga memegang peranan sebagai penasihat presiden itu
kini tiada di Malaysia kerana ada masalah peribadi di luar negara. Jika lelaki
itu ada, mudah sikit kerjanya dan tidaklah lelaki mereng di sebelahnya ini
sibuk menelefonnya sepanjang masa kerana hal remeh temeh seperti ini.
“Wadi...” panggil Wafa lembut seraya meletakkan tangan
kanannya di atas tangan kanan kanak-kanak itu. Pasha sudah mencebik menyampah
lalu terus memandang juniornya yang baru berada di tahun dua di Sekolah Rendah
Neverland itu.
Kanak-kanak lelaki yang bernama Wadi itu, mengangkat
wajahnya. Kesan-kesan air mata dan higus jelas kelihatan di wajah bersihnya
yang putih melepak seperti baru lepas keluar dari peti sejuk itu. Pipinya yang
memerah kerana malu itu juga turut terkelihatan membuatkan Wafa tergamam
seketika. Aduhhh, comelnya!
“Ehem,” Pasha berdehem. Wafa menoleh ke lelaki di
sebelahnya. Hisy! Kacau betul budak baru lahir ni! Lalu dia menoleh semula ke
arah Wadi. Lantak kaulah Pasha!
“Wadi... akak tahu Wadi rindukan mama dan papa Wadi tapi
Wadi tak boleh nangis macam ni. Malulah dengan kawan-kawan Wadi kalau diaorang
nampak. Wadikan lelaki?” pujuk Wafa.
“Wadi tak kisah diaorang nak cakap apa, apa yang Wadi tahu
Wadi nak mama dan papa! Wadi nak mama!” rengek Wadi manja.
Wafa menelan liurnya. Aisey man... ni yang susah kalau mak
bapak selalu outstation macam ni,
tinggalkan anak terkontang kanting sendiri macam ni. Diaorang tak risau ke kat
anak-anak diaorang? Lantas Wafa mengusap-usap kepala Wadi.
“Habis sebelum ni, mama dan papa Wadi tak de kat rumah,
Wadi okay aje kan? Wadi janganlah macam ni, mama dan papa Wadi pergi sekejap
je. Bulan depan nanti diaorang baliklah...” pujuk Wafa sambil itu dia
menyapu-nyapu air mata Wadi yang mengalir bak air Sungai Jed di Korea.
“Entah! bulan depan diaorang baliklah. Tengok abang, parent abang tinggalkan abang sampai
setahun kat sini, ada abang nangis macam kau? Tak dekan. Cengeng!” tambah Pasha
dengan nada yang menyakitkan hati walaupun niat di hatinya mahu membantu Wafa.
Kesian pula jika dia biarkan Wafa yang buat kerja pujuk memujuk ini seorang
diri ini.
“Pasha!” marah Wafa.
“Apa?!” teriak Pasha semula sambil itu matanya
melirik ke arah Wadi yang memandangnya
dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Di hujung bibir kanak-kanak itu
terselit satu senyuman mengejek. Terus Pasha duduk menegak. Pantas dia menggosok-gosok
matanya. Senyuman itu hilang apabila dia melihat semula wajah Wadi yang kini
sibuk menghamburkan lagi air matanya yang bersinar-sinar itu. Dia silap
tengokkah atau itu satu kebenaran?
PASHA
menghempas pintu biliknya dengan kuat. Bergegar pintu bilik itu yang
menempatkan dua buah meja snooker, empat buah mesin dart dan dua buah mesin tin
air bikarbonat. Fazril dan Iskandar yang sedang duduk santai sambil minum air
bikarbonat yang dituang ke dalam cawan kaca coca-cola di tepi bar itu, sedikit
terkejut dengan hempasan itu. Lantas kedua-dua anak muda itu berpaling ke
belakang daripada terus menatap wajah Pasha yang serupa singa kelaparan saat
ini.
Pasha merengus kuat. Hatinya rasa seperti mendidih sahaja
saat ini apabila mengingati wajah bersih, mulus dan suci milik Wadi itu. Argh!
Macam mana dia boleh berasa sakit yang amat terhadap budak yang baru berusia
lapan tahun itu? Semuanya sebab Wafa. Wafa Nur Lestari Binti Ahmad
Kamarulzaman!
Lantas dia menghempaskan tubuhnya yang tinggi melangit itu
ke sofa yang bewarna brown peach itu.
Kakinya disilang dan di letakkan di atas meja kecil yang terletak di hadapan
sofa itu. Desah nafasnya memberat setiap kali kedua-dua wajah itu muncul di
tubir matanya. Rambutnya yang pendek itu diselak ke belakang dengan rakus.
“Hisyyyy! Berani betul dia lawan aku! Budak tu memang nak
kena!” katanya geram lalu peristiwa yang berlaku tujuh jam lalu berulang tayang
dalam fikirannya.
ALANGKAH terkejutnya dia apabila pagi itu dia masuk ke kelas ekonomi 5-1,
melihat ramai rakan-rakan perempuan kelasnya berkerumun di meja Wafa iaitu di
sebelah mejanya. Bukan setakat kelasnya sahaja malah dari kelas ekonomi 5-2
hingga dari kelas seni 5-1 dan seni 5-2 pun ada bertapa di kawasan meja Wafa.
Keningnya bercantum saat melihat kelasnya itu tiba-tiba penuh dengan aura
perempuan sedangkan kelasnya itu paling susah untuk melihat perempuan kerana
kebanyakkannya berada di kelas seni waima sains sekalipun. Hanya kelas ekonomi
dan kelas kejuruteraan sahaja yang dimonopoli oleh lelaki sahaja.
“Hisy, apa ramai-ramai kat meja aku ni?!” bising Pasha
tidak puas hati kerana meja dan kerusinya telah dicuri oleh anasir-anasir luar.
Namun, tiada siapa pun yang mengendahkannya dan
terus-terusan mengerumuni meja Wafa. Pasha berasa bengang. Ingin sahaja dia
menjerit kearah anasir-anasir itu namun disabarkan hatinya dahulu sebelum
bertindak melulu. Lantas dia pergi meje Badrul yang berada selang dua meja ke
hadapannya. Di situlah para lelaki dari kelasnya berkerumun sambil melihat ke
kerumunan pelajar perempuan itu.
“Apa kes ngan perempuan-perempuan gedik tu?” lezer sahaja
mulutnya menutur kata.
Rakan-rakannya sudah ketawa mengekek mendengar kata-kata
Pasha. Apatah lagi selamba badak sahaja mulutnya mengutuk para pelajar
perempuan yang bagaikan lalat menghurung sampah itu dan nampaknya kata-kata
pedas Pasha hari itu lansung tidak berbekas di hati mereka.
“Kat kelas kita hari ni ada sweet eye candy la,” jawab Jackson. Lelaki berbangsa cina itu hanya
tersenyum geli hati melihat kerut di muka temannya itu.
“Hah?” Pasha tercengan. Tidak faham dengan kata-kata
Jackson.
“Ada budak dari devision
sekolah rendah kat dalam kelas kita,” kata Raja bagi menjelaskan situasi yang
sebenar. Makin bertambah kerut di muka Pasha mendengar jawapan Raja.
Rakan-rakan kelasnya yang lain sudah ketawa melihat reaksi Pasha yang blurr
itu.
“Itulah budak luar asrama mana nak tahu hal macam ni, kan
dah macam rusa masuk kampung,” ujar Said sambil menepuk lembut bahu Pasha.
Pasha melihat Said, kapten pasukan bola lisut sekolah mereka. Senyuman sinis
daripada Said sedikit sebanyak membuatkan darahnya semakin naik. Dia memang
anti dengan Said ataupun mana-mana pelajar asrama Institut Neverland itu. Wafa
juga salah seorang dari mereka.
“Tak payah main teka-teki dengan aku boleh tak? Dan tangan
kau tu... isy, tepi sikit!” Seraya itu Pasha menolak tangan milik Said lalu
menepuk-nepuk bajunya yang dipegang oleh Said tadi. Baginya Said itu seperti
kuman! Ueek!
Said berasa jengkil dengan sikap Pasha yang agak
keterlaluan itu. Siapa tidak kenal dengan Muhammad Pasha Omran Bin Muhammad
Azzan Omar. Sudahlah nama pelik, perangai pun macam budak tak matang, nasiblah
dia memiliki rupa dan harta. Kalau tidak tiada siapa yang ingin berkawan dengan
budak mentah macam Pasha.
“Huh! Takkan kau betul tak tahu apa-apa? Setahu aku
‘bencana’ ni datang dari kelab bodoh kau tu jugak!” jawab Said dengan hati yang
mendongkol geram. Geram dengan sifat Pasha yang memandang status itu, cuma...
dia sedikit hairan dengan lelaki yang boleh dianggap sebagai seterunya itu,
boleh berkawan baik dengan sahabat baiknya sendiri yang datang dari golongan
pelajar asrama atau dikenali sebagai pelajar penerima biasiswa itu.
Berkedut lagi dahi Pasha mendengar jawapan Said itu.
Otaknya laju memerah ingatan tentang apa yang Said perkatakan itu. Bencana? Apa
dia? Setahu dia, sudah seminggu dia tidak mencari fasal dengan pelajar-pelajar
biasiswa itu dan antara dirinya dan Wafa juga, sudah seminggu mereka tidak
bergaduh hebat sejak pertandingan rumah kelab tempoh hari. Tiba-tiba mindanya
diterjah dengan peristiwa semalam. Lebih lebih lagi apa yang Jackson dan Raja
perkatakan tadi memperkuatkan telahannya itu. Wadi!
Pantas Pasha bertindak berjalan ke arah kerumunan anasir
itu. “Tepi! Tepi! Tepi!” teriak Pasha sambil menolak-nolak tubuh
pelajar-pelajar perempuan ke belakang. Pelajar-pelajar perempuan yang ditolak
Pasha itu mula bersungut-sungut. Setelah penat Pasha menggali, akhirnya
terlihat jua wajah Wafa yang sedang membelai Wadi yang kelihatan malu-malu
kucing dikerumun kakak-kakak cantik.
‘Dasar gedik!’ bisik hati Pasha geram. Pasha menarik
nafasnya dalam.
Pantas Wafa ingi
menutup telinganya daripada terkena renjatan elektrik-ribut-taufan-Omran. Namun
belum sempat dia menutup telinganya, Wadi terlebih dahulu menutup telinganya
dengan menggunakan kedua belah tangannya yang kecil dan comel itu. Disebabkan
itu, Wafa menutup telinga Wadi menggunakan tangannya pula.
“WA – fa?” Terus
trompet Pasha pancit apabila melihat aksi terlebih mesra mereka berdua dan
hatinya menjadi terlebih mendidih melihatkannya. Ah, Yong mana kau pergi?
Masa-masa ni lah kau sibuk balik negara kau! Marah Pasha di dalam hati, kesal
dengan tindakan sahabat baiknya yang tiba-tiba terpaksa pulang ke negara Merak
Meranti yang berada di dalam lingkaran Kepulaun Nusantara tidak jauh dari
Brunei.
Lantas dia
merentap tangan Wafa dari terus menekup telinga Wadi sambil tersenyum-senyum
manis itu.
“Apa ni
Pasha?”marah Wafa tidak puas.
“Apa? Hei ini
divisyen menengah tinggi bukan divisyen rendah. Kau tau tak sekarang ni dah
pukul berapa?” soal Pasha sambil menjeling-jeling Wadi yang memandang mereka
dengan wajah innocentnya.
“7.30 pagi. Jap
lagi aku hantarlah dia. Aku just nak tunjukkan kat orang yang Wadi ni adik
aku,” jawab Wafa selamba dan jujur. Kemudian dia kembali membalai wajah Wadi
yang comel itu. Ala comel, comel,
comel...
Hampir ternganga
mulut Pasha mendengarkan jawapan dari Wafa itu. “What?! Wafa sejak bila budak
ni jadi adik kau?”
Wafa menghela
nafasnya kemudian memandang wajah tampan Pasha yang serupa wajah Douglas Booth
itu. “Semalam!” Serentak itu, dia mendukung Wadi dan berlalu dari kelas
bersama-sama segerombolan pelajar perempuan menuju ke divisyen rendah yang
terletak lima kilometer dari pintu sekolah divisyen menengah tinggi.
Saat itu dia dapat
rasakan seperti Said telah menumbuk mukanya dengan menggunakan betnya. Sakitnya
tidak terhingga.
“Ada pesaing
nampak...” tepuk Jackson dari belakang. Lelaki itu tersengih-sengih di tepi
bahu Pasha yang kini tidak ubag seperti kebanyakkan gunung merapi di Indonesia;
menunggu saat untuk meletus.
Pasha memandang
wajah Jackson. Dahinya berkerut. “Pesaing?”
Jackson ketawa
geli hati. Pasha, Pasha. Naif sungguh kau ini. Lalu Jackson menunjuk jari
telunjuknya ke arah dada bahagian kiri. Di jantung. “Tepuk dada tanya
selera...kan?” Sekali lagi Jackson ketawa lucu.
Pasha buat muka
bosan. “Tolonglah jangan jadi macam Yong. Aku bosanlah berkias-kias ni. Dahlah,
aku nak cari Wafa. Nak tengok dia buat apa lama-lama kat luar tu. Sibuk dengan
ADIK baru dia. Adik sendiri tak sibuk nak bawak ke hulu ke hilir.” Pantas Pasha
menonong keluar dari kelas. Langkah kakinya diatur menuju ke pagar sekolah.
Rasanya tadi dia dengar Wafa hendak ke sana.
Jackson menjungkit
bahu. Walaupun dia sudah bersahabat lama dengan Pasha, dia masih tidak faham
dengan kehendak lelaki itu. Yang betul-betul tahu setiap tindakan Pasha
hanyalah Yong, naib pengurusi kelab mereka. Lantas dia mengambil tempatnya.
Sebentar lagi Puan Qistina akan masuk untuk mengambil kedatangan dan
kemudiannya pengunguman nyanyian lagu kebangsaan.
SEBAIK sahaja lagu
Negaraku selesai dinyanyikan, Wafa berjalan laju menuju ke kelasnya. Namun
belum sempat dia mendaki anak tangga pertama dia telah disergah oleh Pasha yang
berada di hujung anak tangga. Bersilang tangan seperti biasa. Tanpa dia sedar,
dia juga seperti terikut-ikut dengan habit Pasha itu.
“Beritahu aku, apa
yang berlaku kat asrama kau semalam?” arah Pasha lagak putera raja.
Wafa mendengus. “Perlu
ke? Kau bukan NR ke? Yang nak sibuk tu kenapa?”
“Wadi
tanggungjawab aku. Explain kata aku apa yang terjadi semalam? Kalau tak aku
akan demand hal ni kat warden asrama kau,” jawab Pasha yang semakin kurang
sabar dengan sikap Wafa.
“Kenapa kau fikir
hal yang berlaku kat asrama semalam ada kaitan dengan Wadi?” Soalan di balas
soalan. Tidak mengendahkan renungan tajam Pasha, dia mendaki anak tangga dan
membuat muka bodoh. Apabila dia berselisih dengan Pasha, dia pantas menyorok
tangannya daripada dapat dicapai oleh Pasha.
Pasha mendecit
geram.
“Aku tahu setiap
helah kau, Pasha. Dahlah. Jom masuk kelas. Kita settlekan hal ni kat kelab je
nanti. Aku cerita apa yang berlaku, okey?” pujuk Wafa sudah malas mahu bergaduh
dengan perangai Pasha yang tidak matang itu.
Lelaki itu
mengetap bibir. Perlahan dan penuh ego, dia mengangguk. Sekali angguk. Tidak
mengapalah. Wafa tersenyum menang. Kemudian dia menyambung kembali mendaki anak
tangga. Pasha mengikutinya dari belakang.
Tiba-tiba ekor
rambutnya ditarik kuat membuatkan dia terjerit kuat dan hilang imbangan. Tahu-tahu
sahaja dia sudah berada dalam dukungan Pasha. Lelaki itu tersengih seperti
kerang busuk. Kali ini Wafa yang yang mendecit tidak sudah. “Pasha!”
-----
Hills Magazine cerpen ialah koleksi cerpen panjang yang mempunyai lebih dari dua bahagian cerita. Setelah 12 bulan isu cerpen dengan extra sebulan cerpen, YaMaforhills's inpiration doodle akan terbit cerpen panjang dan berkemungkinan akan diterjemahkan ke versi novel. Hope you enjoy it :)
No comments:
Post a Comment