“Kenapa kau fikir
hal yang berlaku kat asrama semalam ada kaitan dengan Wadi?” Soalan di balas
soalan. Tidak mengendahkan renungan tajam Pasha, dia mendaki anak tangga dan
membuat muka bodoh. Apabila dia berselisih dengan Pasha, dia pantas menyorok
tangannya daripada dapat dicapai oleh Pasha.
Pasha mendecit
geram.
“Aku tahu setiap
helah kau, Pasha. Dahlah. Jom masuk kelas. Kita settlekan hal ni kat kelab je
nanti. Aku cerita apa yang berlaku, okey?” pujuk Wafa sudah malas mahu bergaduh
dengan perangai Pasha yang tidak matang itu.
Lelaki itu
mengetap bibir. Perlahan dan penuh ego, dia mengangguk. Sekali angguk. Tidak
mengapalah. Wafa tersenyum menang. Kemudian dia menyambung kembali mendaki anak
tangga. Pasha mengikutinya dari belakang.
Tiba-tiba ekor
rambutnya ditarik kuat membuatkan dia terjerit kuat dan hilang imbangan. Tahu-tahu
sahaja dia sudah berada dalam dukungan Pasha. Lelaki itu tersengih seperti
kerang busuk. Kali ini Wafa yang yang mendecit tidak sudah. “Pasha!”
“Hei sakitlah
telinga aku. Jangan jerit-jerit. Nanti cikgu tahu kita kat sini. Jom, aku bawak
kau pergi kelab sekarang jugak!” putus Pasha lalu menuruni anak tangga dan
masih lagi mendukungi Wafa.
Wafa meronta minta
dilepaskan. “Kau gila! Aku ni pelajar biasiswa tahu! Kalau cikgu tahu aku
ponteng kelas dan nampak apa kau buat kat aku sekarang ni, aku kena buang
tahu!”
Terkebil-kebil
mata Pasha melihat wajah Wafa yang merah itu. “Kena buang?”
“Yelah! Dah letak
aku sekarang!”
Pasha masih lagi
dengan muka blurrnya itu. Kemudian dia tersengih. “Diaorang tak boleh buat
macam tu. Dah jangan bising. Aku tetap nak tahu apa yang berlaku kat asrama kau
dan kenapa Wadi boleh jadi adik kau,” kata Pasha sungguh yakin lalu menyambung
langkahnya.
Wafa geram.
Darahnya menggelegak dan tanpa dia sedar, tangannya laju menampar wajah cerah
Pasha. Terkejut tetapi dia simpan. Biar Pasha seorang sahaja yang buat muka ikan
buntal sebab terkejut. Hatinya terlalu marah untuk mengendahkan perasaan Pasha.
“What the hell is
that?!”
“Bahasa melayu
boleh tak? Bosanlah kau ni. Tak habis-habis buat perangai tak senonoh kau tu
kan? Cuba jadi matang... dan tolong letak aku sekarang!”
Wafa membalas
pandang mata Pasha. Apa dia takut dengan mata hazel itu? Tolonglah, dia dah
muak setiap kali dia bergaduh dengan Pasha, dia pasti akan merenung anak mata
itu dengan perasaan yang membara penuh amarah.
“Kau nak sangat
kan? Okey. Aku buat,” cabar Pasha dan tidak semena-mena dia berpatah semula
mendaki anak tangga menuju ke kelas mereka.
Terbeliak mata
Wafa dengan tindakan berani mati Pasha yang selamba badaknya berjalan
mendokongnya di hadapan khalayak ramai. Malah wajahnya bertambah merah apabila
hampir seluruh isi kelas yang mereka lalui, berada di ambang tingkap dan pintu.
Bersorak dan menjerit ghairah melihat aksi mereka yang memalukan. Sekarang ini
dia berasa bersyukur sangat-sangat yang lelaki diminati olehnya itu tiada di
Malaysia. Jika tidak, dia sudah tidak tahu di mana lagi hendak dia sorok
maruahnya yang sudah tercalar ini.
Pasha meredah
masuk kelas Puan Qistina dari pintu depan. Masing-masing di dalam kelas
tergamam. Wafa menyorokkan wajahnya. Malu!
“Da... dari mana?”
soal Puan Qistina terkejut dengan aksi yang melampau dari pelajarnya dan
kerumunan pelajar-pelajar dari kelas sebelah di hadapan pintu kelasnya.
Pasha memandang
Wafa. Penuh sadis dia tersenyum suka. “Adalah,” jawabnya lalu mengenyit mata
pada Wafa yang kini wajah bak ikan buntal. Cuma ada tambahan warna merah.
Terkebil-kebil
mata Puan Qistina mendengar jawapan penuh makna Pasha dan membuatkan kawasan koridor
dan kelas menjadi hingar bingar.
Pasha berjalan
seperti biasa ke arah kerusi-meja Wafa. Lalu dia letakkan Wafa di kerusi gadis
itu. Bibirnya didekatkan pada telinga Wafa.
“Lain kali jangan
cabar aku, perempuan!”
Pang!
Kali ini tamparan
Wafa sangat kuat sehingga berdengung-dengung bunyi tamparan itu. Masing-masing
yang menyaksikan terkunci mulut melihat perlakuan mengejut itu. Wafa bangkit
dan matanya tidak alih daripada pipi Pasha yang merah dengan bekas penampar
mautnya tadi. Cukup hari ini dalam masa kurang sejam, dia telah menampar
kedua-dua belah pipi anak pengarah sekolah dan jutawan paling kaya di Malaysia.
“Untuk sekejap
Pasha, aku rasa yang kau dah berubah tetapi aku bodoh sebab percayakan kau
dulu. Aku menyesal kenal kau, Pasha,”
kata Wafa sesal lalu berlari keluar dari kelas itu dan dari Pasha. Dia menangis
semahunya.
“TERMENUNG panjang nampak.”
Pasha mendongak.
Dia tersenyum tawar. “Habis kelas?”
Joules mengangguk.
“Baru je. Jack cakap kau gaduh besar ngan Wendy.”
“Wafa.”
Joules tersenyum
kecil. Pasha pantang kalau orang memanggil Wafa itu, Wendy. Dia menghulur
segelas air bikarbonat pada Pasha dan lelaki itu mencapainya dan mengucapkan
terima kasih.
“So, ce citer apa
yang buatkan korang bergaduh punya besar sampai semua orang terjojol biji mata
tengok korang bergaduh?” Joules cuba mengorek cerita.
Pasha mengeluh.
Tadi dia memang baran memikirkan yang hatinya geram dengan perangai Wafa tetapi
sekarang ini dia lebih pada berasa sedih. Dia menebarkan pandangan pada segenap
ruang rehat pelajar itu. Fazril dan Iskandar sudah tiada di meja bar. Dia
kembali memandang wajah Joules. Wajah lelaki itu mirip wajah kembar perempuan
lelaki itu.
“Bila Tiger Lily
aku nak balik, Joules?” soal Pasha merujuk kepada kembar Joules.
Joules tersentak.
Dia menggaru pelapis matanya. “Zetty? Urm...” Joules memandang ke arah lain. Buntu.
Tidak menyangka yang Pasha akan bertanyakan soalan itu sedangkan dia fikir
Pasha tidak akan bertanya lagi tentang gadis yang Pasha panggil dengan gelaran
Tiger Lily itu.
“Entah. Hari tu
aku telefon dia, dia kata dia nak duduk Britain lama lagi. Kenapa?” soal Joules
kembali dan menoleh memandang wajah Pasha. Tersentap. Sesaat dia mengalihkan
pandangan, Pasha sudah bergenang air matanya. Sampai begitu sekali Pasha
rindukan adik kembarnya?
“Hei...”
“I don’t know man.
I felt hopeless. I don’t even know what’s happening with me? Kalau dulu Zetty
ada, jadi bahu aku untuk sekejap... tapi sekarang ni kat siapa lagi yang aku
ada...” Pasha memandang wajah Joules. “...Wafa cakap dia bosan dengan aku. Dia cakap
yang dia menyesal kenal aku...” tangis Pasha.
Joules jatuh
kasihan. Lelaki di hadapannya ini tidak ubah seperti anak kecil. Mengharapkan
perhatian dan kasih sayang dari orang lain daripada meminta kasih sayang ibu
bapa sendiri yang meminggirkan diri lelaki itu. Pantas dia memeluk bahu
sahabatnya. Cuba menenangkan kesedihan yang mungkin sudah lama lelaki itu
simpan.
Di sebalik pintu,
Wafa mengetap bibirnya kuat. Lantas dia berlari keluar dari rumah kelab itu
menuju ke asramanya. Otaknya serabut.
WAFA bersiap-siap ala kadar. Hoodie
sweaternya di letak cantik atas kepala lalu senyap-senyap dia melangkah keluar
dari bilik tidur yang dia kongsi bersama Jun, gadis Sabah yang periang dan
banyak mulut. Berhati-hati, dia menuju keluar dari blok asrama perempuan menuju
ke cafeteria yang betul-betul berada di antara asrama lelaki dan asrama
perempuan.
Jarum jam
tangannya sudah menunjuk ke angka 12 tetapi batang hidung Said lansung dia
tidak nampak. Namun dia masih sabar menunggu.
Tiga minit
kemudian, Said muncul bersama-sama Wadi berjalan berpegang tangan. Wafa
tersenyum.
“Hai...” kata
Wafa.
“Kak Wafa!” jerit
Wadi dan berlari mendapatkan Wafa. Said pantas menahan Wadi dari terus membuat
bising. Takut menarik perhatian orang. Kemudian dia memandang Wafa sambil
tersengih kumbang. “Hai...”
“Sorry susahkan
kau. Warden kau tahu fasal Wadi tak?” soal Wafa dan memegang tangan Wadi pula.
Dia senyum pada kanak-kanak itu.
“Tak. Ray banyak
tolong jagakan budak ni. Dia suka betul dengan budak,” ujar Said.
“Yeah? Cakap
terima kasih kat dia eh?”
“Okey. Tapi...
sampai bila kau nak buat macam ni Fa? Aku tak yakin yang maid dia hantar dia
datang sini semalam suruh kau jaga. Lagi pula warden tak tahu tentang hal ni,”
soal Said masih lagi kurang yakin dengan hal ini.
Wafa meramas
tengkuknya. Wajah Wadi yang setia melihatnya, ditatap. Dia mengeluh. “Aku tak
tahu Said. Maid dia just bagi aku surat suruh aku jaga Wadi. Mula-mula aku tak
percaya tapi sampai sekarang maid dia tak datang ambil lagi ni...” jawab Wafa
perlahan tidak mahu Wadi mendengar. Dia sebenarnya berasa tidak enak akan
kehadiran Wadi ke asramanya semalam.
Kanak-kanak itu
datang mengetuk pintu biliknya pukul dua pagi semalam bersama sebagasi baju
yang bercorak animasi Ben10 itu.
“Lagi... Ray dah
tolong mandikan dia. Just dia pakai baju semalam je lah sebab kau tak bagi
salinan,” beritahu Said baharu teringat akan hal itu.
“Ok. Noted it.
Thanks sebab tolong,” ucap Wafa sekali lagi.
“WAFA kau pergi mana? Handphone kau
bunyi dari tadi tau. Whoa!” Jun pantas menutup mulutnya apabila terperasankan
Si Kecil Wadi berada di samping Wafa apabila gadis itu masuk ke dalam bilik.
Wafa membuat tanda maaf sebab Wadi terpaksa datang tidur lagi di sini malam
ini.
“Kata tidur dengan
Said?” soal Jun tidak faham.
“Well, dia tak nak
tidur. Asyik nangis je. Said telefon suruh ambik. Sorry ganggu kau tidur,”ucap
Wafa lalu mengambil telefon bimbitnya dari tangan Jun. Gadis Sabah itu duduk di
birai katil sambil menjungkit bahu tanda tidak kisah.
“Pasha?” Dahi Wafa
berkerut melihat call lognya. Sebanyak 20 kali panggilan missed call. Walaupun
Wafa buat mood silent mesti gegaran telefon itu buat Jun terbangun. Dia berasa
bersalah.
“Jun tolong
tengokkan Wadi? Aku nak keluar jap. Wadi duduk dengan Kak Jun sekejap eh?”
“Kak Wafa?”
“Meh Wadi, dah
mandi belum?”
Wafa menutup pintu
meninggalkan Jun menguruskan Wadi buat sementara waktu. Sambil Wafa berjalan
mendekati ampaian baju aras asramanya, Wafa terperasankan sebuah kenderaan
sedan bewarna hitam matelic. Di sebelah sedan itu, berdiri Pasha dengan riak yang
jarang lelaki itu pamerkan. Wafa mengetap bibirnya dan memandang skrin telefon
bimbit Sony Ericson S312. Otaknya ligat berfikir samaada perlu atau tidak dia
menelefon lelaki itu.
‘Ape jelah dia
buat kat sini?’ bisik hati Wafa sementelah tadi semasa dia menyusup masuk ke
dalam asrama, tiada pulak kereta lelaki itu tadi.
Dalam otaknya
berserabut, matanya bertemu pandang dengan Pasha yang kebetulan mendongak ke
atas. Tidak sempat untuk Wafa menyorok, gadis itu tersenyum tawar.
“AKU terfikir yang kau ni sebenarnya
baca mesej aku atau tak?” tegur Pasha apabila gadis itu melangkah keluar dari
pagar asrama.
“Baca...” balas
Wafa malas. “Nak apa?”
Pasha mendengus
kasar sambil mengurut tengkuk belakangnya. “Fasal Wadi.”
Wafa menjuling
matanya ke atas. ‘Tak boleh tunggu esok pagi ke?’ marah Wafa dalam hati dan
berpusing mahu masuk ke dalam.
Pasha pantas
menarik pergelangan tangan Wafa. “Ia bukan macam yang kau fikir. Aku tak nak
tanya lagi fasal apa yang berlaku malam semalam, tapi sekarang ni ada hal yang
lagi besar,” cakap Pasha juga tidak mahu lagi bergaduh dengan Wafa.
Gadis itu
mencerlung memandang Pasha. Dia berasa pelik kemudian dia baharu perasankan
akan ketelanjurannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa mesti setiap kali gadis itu
berpaling darinya, dia pasti akan memaksa gadis itu melihat dan mendengarnya.
Perlahan-lahan dia melepaskan pergelangan gadis itu dengan hati yang keliru.
“Hal apa yang
besar sangat?”
“Wadi... dia lari
dari rumah. Maid dia datang rumah aku tadi tanya fasal Wadi. Dah dua malam dia
tak balik rumah. Dia ada dengan kau?”
Terkelip-kelip
mata Wafa memandang Pasha. “Lari?” Kepalanya seperti berpinar seketika. “Kau
pasti? Bukan maid dia yang hantar dia?”
“Jadi itu yang
berlaku?”
Wafa menggeleng.
“Aku tak tahu. Dia datang dan ketuk pintu bilik aku semalam. Dia bagi aku surat
dari penjaga dia...”
“Printed?”
Gadis itu
menggeleng pantas.
“Hand written?”
Dahi Pasha berkerut. “Tulisan budak tu – ”
Mencerlung mata
Wafa memandang anak mata hazel Pasha. “Taklah. Bukan tulisan tangan Wadi dan
aku bukanlah sebodoh tu!”
“Fa...”
Mereka berdua
berpaling ke arah punca suara. Ianya Jun... dan Wadi.
SUASANA di dalam kereta sedan itu sunyi
sepi. Jalan raya juga lengang di sepanjang Jalan Kucing-Serendah itu. Walaupun
begitu, Pasha tetap berhenti di simpang T apabila lampu isyarat merah menyala.
Pasha intai Wafa yang duduk di sebelahnya manakala Wadi dan Jun di belakang.
Masing-masing sudah terlelap kecuali Wafa yang matanya ralit melihat deretan
kedai yang berada di tepi jalan walaupun setiap kedai itu sudah bertutup dan
gelap tidak bernyala. Yang masih lagi bernyala hanyalah sebuah lampu jalan yang
berada di sebelah longkang kecil yang dalam itu.
“Lampu hijau dah
tu...” tegur Wafa dan membuatkan Pasha tersentak seketika. Tidak sedar yang dia
asyik merenung gadis itu dan pantas menekan pedal minyak.
Suasana masih lagi
sepi apabila Pasha selesai membayar Tol Rawang menuju ke lebuhraya Guthrie dan
seterusnya ke KLIA.
“Macam mana maid
Wadi boleh terfikir nak cari kau?” soal Wafa setelah lama dia menyepikan diri.
“Aku jiran dia,”
jawab Pasha pendek. Matanya fokus ke arah jalan raya. Di dalam hati dia
menyimpan debar kerana malam itu pertama kali dia memandu di highway setelah
dia memperoleh lesen tiga bulan lalu.
“Pasha...” kata
Wafa tidak berpuas hati dengan jawapan pendek Pasha.
“Apa?” soal Pasha
tidak faham.
“Ergh!”
Pasha ketawa
kecil.
“Aku serius ni!”
“Yelah, aku pun!”
balas Pasha sambil ketawa.
Wafa menjuling
mata ke atas. Kemudian dia menyerongkan badannya semula menghadap tingkap.
Disebabkan
perbalahan kecil itu, mereka kembali senyap sehinggalah Pasha lepas tol
memasuki Shah Alam. Lelaki itu fikir yang gadis itu sudah terlelap sama seperti
Jun dan Wadi, tetapi sangkaanya meleset. Gadis itu masih terjaga dan
melihat-kira setiap batang tiang lampu yang ada di tepi jalan.
“Tidurlah, jap gi
bila dah sampai KLIA aku kejut kau,” ujar Pasha.
“Tak boleh tidur,”
balas Wafa perlahan. Sememangnya dia telah cuba lebih dari lima kali untuk
tidur namun matanya terkelip-kelip walaupun sudah terkatup rapat.
“Muzik?” cadang
Pasha dan cuba memasang radio.
“Tak yah,” tolak
Wafa.
“Marah ke?”
“Fasal apa?”
soalan di balas soalan namun Wafa masih setia dengan mengira batang tiang lampu
sepanjang jalan di Shah Alam itu.
“Tadi. Fasal
Wadi?” teka Pasha.
Wafa mengeluh. Dia
bukannya marah tentang itu dia marahkan tentang hal lain dan sebahagian
daripada hal Wadi itu juga punca dia tidak boleh tidur. Perlahan, Wafa menoleh
belakang. Melihat wajah polos Wadi. Kanak-kanak itu tidur dengan nyenyak.
Alangkah indahnya dunia di mata kanak-kanak; sepatutnya. Namun dunia Wadi
berbeza. Begitu juga dengan Pasha. Mungkin dahulu dia seorang pesimis dan dia
fikir dia kini sudah berubah apabila dia menerima biasiswa namun rupanya tiada
apa yang berubah dalam perspektifnya.
“...saya cemburukan Abang
Pasha...”
Kerana satu
perasaan negatif itu, kanak-kanak sebesar Wadi boleh bertindak sejauh ini.
Menipu dan melarikan diri dari rumah tanpa menghiraukan perasaan orang lain... Kata
orang dari menipu menjadi sebuah fitnah dan akhirnya saling membunuh. Malah
apabila seseorang itu berada juah di dalam gaung, tiada siapa dapat agak apa
yang akan berlaku seterusnya. Memikirkan betapa hati manusia boleh menjadi
sebegitu menakutkan.
“...saya cemburukan
kebahagiaan yang dia miliki bila dia bersama Kak Wafa...”
Bahagia? Bahagia
yang bagaimana jika setiap hari mereka bertengkar? Setiap hari ada sahaja rasa
tidak puas? Apa yang Si Kecil Wadi ini nampak dari sudutnya?
“Ada benda yang
tak kena ke kat muka aku sampai kena tenung macam tu sekali. Lampu kan ada? Tak
yah lah – ”
Perlakuan Pasha
terhenti apabila Wafa menahan tangan kiri lelaki itu ingin membuka lampu. Dahi
lelaki itu berkerut.
“Jangan. Nanti
diaorang terjaga,” cakap Wafa perlahan. Pipinya hangat apabila Pasha menegurnya
sebegitu tadi namun dia bernasib baik kerana persekitarannya gelap dan lebuh
raya gelap tanpa lampu dan di kelilingi kebun kelapa sawit.
Pasha mengetap
bibirnya. Hatinya berdegup laju. Dia bingung apabila suara lembut Wafa menusuk
halwa telinganya. Pantas dia berdeham kuat. Matanya kembali fokus ke hadapan.
Walaupun mindanya pada orang sebelahnya yang masih lagi merenungnya.
“Fasal petang
tadi...” suara Wafa menerjah. “...aku minta maaf sebab tampar kau dua kali,”
ucapnya penuh sesal.
Pasha senyap.
Tidak lama kemudian dia mengeluh. “Kau buat aku nampak teruklah,” kata lelaki
itu perlahan.
“Hah?”
“Maaf tu...
sepatutnya aku cakap dahulu. Aku yang cari fasal dengan kau dulu... Aku minta
maaf sebab dah malukan kau... Hanya kerana perangai tak matang aku, aku dah
seksa kau. I’m so sorry for everything I’d to you.”
Wafa tidak tahu
hendak kata apa. Dia hendak membantah tetapi ayat itu tergantung di anak
tekaknya. Perlakuannya petang tadi, kata-katanya juga... malah apa yang dia
lihat... rasanya kesalahan itu memang setimpal dengan apa yang lelaki itu buat.
Cuma dia tidak mampu untuk meluahkannya. Sisi Pasha yang jarang dia lihat...
tidak ini kali kedua. Ini adalah kali kedua dia lihat Pasha semakin matang
dalam kata-kata dan tindakan. Juga perjalanan ke KLIA ini... umpama perjalanan
ke dalam diri Pasha yang sebenar dan tanpa dia sedar hatinya, mula terpaut pada
seorang lelaki yang semakin matang.
No comments:
Post a Comment