“Fasal petang tadi...” suara Wafa menerjah. “...aku minta maaf sebab
tampar kau dua kali,” ucapnya penuh sesal.
Pasha senyap.
Tidak lama kemudian dia mengeluh. “Kau buat aku nampak teruklah,” kata lelaki
itu perlahan.
“Hah?”
“Maaf tu...
sepatutnya aku cakap dahulu. Aku yang cari fasal dengan kau dulu... Aku minta
maaf sebab dah malukan kau... Hanya kerana perangai tak matang aku, aku dah
seksa kau. I’m so sorry for everything I’d to you.”
Wafa tidak tahu
hendak kata apa. Dia hendak membantah tetapi ayat itu tergantung di anak
tekaknya. Perlakuannya petang tadi, kata-katanya juga... malah apa yang dia
lihat... rasanya kesalahan itu memang setimpal dengan apa yang lelaki itu buat.
Cuma dia tidak mampu untuk meluahkannya. Sisi Pasha yang jarang dia lihat...
tidak ini kali kedua. Ini adalah kali kedua dia lihat Pasha semakin matang
dalam kata-kata dan tindakan. Juga perjalanan ke KLIA ini... umpama perjalanan
ke dalam diri Pasha yang sebenar dan tanpa dia sedar hatinya, mula terpaut pada
seorang lelaki yang semakin matang.
TEPAT jam 2.45 pagi, mereka tiba KLIA.
Dengan kebenaran daripada warden asramanya, Puan Zuraini, Wafa dan Jun dapat
menemani Wadi bertemu dengan ibu bapanya yang bakal tiba daripada London.
“Mama...” kata
Wadi apabila dia terperasankan tubuh seorang wanita bersama seroang lelaki
berjalan perlahan keluar dari balai belepas. Wadi mendongak memandang Wafa.
Sepertinya dia takut untuk mendekati kedua orang tuanya.
Wafa tersenyum
manis. Memberi dorongan pada Wadi.
Lantas kanak-kanak
kecil itu berjalan mendekati pasangan itu.
“Ma... pa...”
panggilnya.
Pasangan itu
berhenti berjalan. Wajah mereka terkejut.
“Wadi?” kata
papanya.
“What are you
doing here, honey? Who’s acompany you here?” soal mamanya pula lalu memeluk
cium tubuh anak kecil itu. Sebulan. Ianya satu jangka masa yang lama baginya
untuk berpisah dengan anak itu walaupun mungkin ianya satu kebiasaan.
“Uncle...
aunty...” panggil Pasha. Entah bila dia mendekati pasangan itu, Wafa tidak
tahu.
“Pasha? Kamu datang dengan Wadi?” soal Encik Iswadi.
“Susahkan kamu je.
Mesti Wadi banyak bagi masalah kat kamu,” sambung pula Puan Erni.
Pasha menggeleng.
“Tak ada-lah. Kawan saya banyak tolong saya jagakan Wadi. Kenalkan ini Wafa dan
ini Jun. Classmate and my schoolmate.”
Pasangan itu
sedikit terkejut namun mereka tersenyum dan bersalaman dengan kedua-dua orang
gadis itu.
“Wadi tak susahkan
kamukan? Wadi... tak susahkan kakak-kakak nikan?” soal Puan Erni pada anak
lelakinya. Wadi mengetap bibir lalu menunduk memandang lantai sambil memeluk
tangan kiri mamanya.
“Tak adalah Puan.
Dia baik je. Cuma dia rindukan puan dan tuan. Tu yang kami hantar dia jumpa
tuan puan,” jawab Wafa pantas.
Terkebil-kebil
Puan Erni mendengar kata-kata Wafa. Anak tunggalnya ini bukannya jenis terbuka
dan meluahkan setiap rasa hatinya. Malah dia terkejut melihat anak lelakinya di
sini kerana anak itu dahulu lansung tidak mahu berjumpa dengannya ataupun
papanya setiap kali mereka tiba Malaysia. Air matanya bergenang. Lantas dia
melutut di hadapan Wadi. Kedua belah tangan berada di wajah kanak-kanak lelaki
itu. “I missed you too, love. A lot! Kenapa Wadi tak cakap?”
“Tu mungkin
sebab... dia tak tahu macam mana nak luahkan. Kalau dia cakap pun, dia tahu
yang hakikatnya nanti, dia akan ditinggalkan juga,” celah Pasha. Cakapnya penuh
intonasi sedih.
Tuan Iswadi dan
Puan Erni kelu. Apa yang Pasha katakan itu benar. Jadi, masing-masing terdiam
dan saling membalas senyuman tawar.
BESOKNYA, Pasha tidak hadir ke sekolah.
Wadi juga. Sepanjang hari di kelas, walaupun mata Wafa ke papan hitam
interaktif namun perhatiannya pada luar sekolah. Entah apa yang dia catit di
atas papan i-paper padnya, dia pun tidak tahu.
“Macam pelik je
kelas ni bila aku tak dengar kau menjerit Fa,” tegur Jun apabila waktu rehat
tiba. Gadis itu sering ke kelasnya walaupun kelas seni untuk jurusan textile
agak jauh daripada bangunan kelasnya.
“Perli nampak,”
balas Wafa, menjeling rakannya yang mengambil tempat di hadapannya.
Gadis Sabah itu
tersengih. “Jom makan. Lapar gila,” ajaknya.
Wafa menggeleng.
Tangannya masih lagi menconteng entah apa di atas i-paper pad.
Jun mengerutkan
dahinya. Lalu dia mengintai apa sahaja yang rakannya khusyuk lakukan. Tiba-tiba
dia tersengih juring. “Jangan kata kau rindu mamat tak cukup umur tu?”
“Siapa? Aku?” soal
Wafa bodoh alang.
“Tak ada-lah. Aku
cakap fasal Ian Somerhalder yang kacak lagi handsome tu...” perli Jun.
“Oooh...” balas
Wafa.
“Oh come on Fa.
Get you butt up. Besok dia datang lah and kau boleh gaduh dengan dia sampai
anak tekak kau berlari keluar!” marah Jun macam makcik-makcik.
Malas sekali Wafa
bangun dengan riak paling sengal sekali. “Yelah-yelah. Aku dahlah penat, nak
feeling sekejap pun payah,” rungut Wafa tidak puas.
Jun bengkek. “FYI
Wafa, in case kalau kau masih lagi di dunia lagi satu... wake up!” Jun
mengetuk-ngetuk lembut kepala Wafa dan menyambung. “Cuba tengok ni... apa yang
kau tulis ni bukan ke satu petanda? Hm? Kalau kau tak reti eja aku tolong
ejakan.”
“Ergh! Ish! Aku
tahulah!” Wafa mendecit geram sebelum matanya sendiri membutang dengan apa yang
Jun unjukkan padanya.
Jun tersenyum
puas. “Selamat datang ke Bumi, Cik Wafa. Jom, aku lapar dan lepas ni kau boleh
layan blues kau balik,” kata Jun lalu meletak semula i-paper pad Wafa yang
penuh dengan tulisan pen merah.
Wafa mengangguk
kepalanya perlahan dan barganding tangan dengan Jun, berjalan keluar dari kelas
meninggalkan i-paper padnya di mana atas kertas kajang itu penuh dengan satu
nama. Pasha.
DENGAN hanya beralaskan roti berinti
coklat dan jus oren, Wafa pulang ke kelas. Jun pula dia sudah pamit di hadapan
bangunan ini, terpisah kerana gadis itu ingin menyambung kerjanya semula di
studio.
Terpandangkan
kelibat Pasha di mejanya, dia terkejut. “Pasha?”
Lelaki itu
mendongak. “Hm, hai!” Kemudian menyambung bermain i-paper pad.
Wafa kelu dengan
kehadiran tiba-tiba itu. “Aku ingat kau tak datang sekolah...”
“Memang pun tapi bosanlah
duduk rumah. Jadi aku datang,” balas Pasha malas. “Kau tak install apps best
sikit ke? Takat tic-tac-toe ni... budak kecik pun boleh menang.”
Mata Wafa
membulat. Pantas dia berlari ingin merampas i-paper padnya daripada Pasha.
Namun Pasha lebih pantas bertindak dengan menggawang i-paper pad itu
setinggi-tingginya.
“Pasha!” marah
Wafa. Di dalam hati dia khuatir jika Pasha ada terlihat contengannya tadi.
“Meh sini aku
tolong upload. Hm, yang paling latest sekarang ni game Congkak,” ujar Pasha dalam
dia sibuk menggewangkan i-paper pad itu, tangannya yang satu lagi menggolongsor
dan menekan-nekan ikon di atas papan.
“Congkak? Hei!”
jerit Wafa.
“Sakitlah!” Pasha
menggosok-gosok telinganya. Dia memandang Wafa yang berdiri begitu dekatnya, berusaha
mencapai i-paper pad darinya. Hati Pasha, pelik sekali, berdegup laju.
Wafa dapat rasakan
yang Pasha yang asyik merenungnya, berasa tidak senang. Dia menjadi lebih
gelisah apabila sepasang matanya ini seperti gatal untuk membalas renungan mata
hazel itu walaupun sepatutnya dia dah biasa tetapi kali ini rasanya lain.
Berbeza!
“Hah! Dapat pun.
Ish, gedik tau!” kata Wafa yang mengambil kesempatan itu dan sekali gus
melarikan diri daripada terjerat dengan situasi yang mengelirukan itu. “Kau
ingat aku ambik package i-paper pad ni saja-saja upload game ke?” bebelnya lagi
cuba menutup gugup.
‘Ting, tong, ting,
ting...’ bunyi locong sekolah tanda waktu rehat sudah pun tamat.
Wafa berpaling
ingin mengambil tempat duduknya memandangkan sebentar lagi waktu PnP akan
bermula namun Pasha masih lagi berdiri di situ, menghalang laluannya untuk
duduk.
“Tolong bagi
laluan,” pinta Wafa berdiri di posisi sebelum ini. Berani dia bertentang mata
dengan lelaki itu, cuba menganggap yang situasi sebelum ini tidak pernah
berlaku.
Namun Pasha
berdiri di situ. Merenung gadis di hadapannya dengan rasa keliru dan adakah
gadis di hadapannya juga berasa perkara yang sama? Tarikan itu? Sebab itu tadi
apa yang dia lihat sebentar tadi apabila dia tiba di meja Wafa ketika gadis itu
ke kantin, gadis itu berasa perkara yang sama-kah? Tetapi kenapa sekarang ini
renungan Wafa...? Pasha ketawa kecil.
“Apa yang
lawaknya?” marah Wafa.
Pasha membongkok.
“I know what you wrote last period.”
Mata Wafa
membulat. “Tu... tu... tulis apa?”
Pasha mencebik.
Kemudian dia berlalu, menyambut rakannya yang baharu sahaja tiba dari kantin.
“Hei budd! Kau
ingat ni sekolah bapak kau ke nak datang suka hati?” tegur Jackson dengan
sengihan lebar. Memperli.
“Memang pun. Ada
aku kisah? Jom gi kelab. Aku ada project baru. Yong cakap dia akan sampai lagi
sejam... so, apamacam?”
“Menarik. Nanti
aku roger Joules and Tembam. Wafa?” panggil Jackson.
“Apa!”
“Uisy! Garangnya.
Kau kenapa?”
“Jangan diusik
lion den, nanti makan diri,” bisik Pasha. Kemudian dia ketawa.
“Apa yang kau
bagitahu Jack, Pasha? Kau memang nak mati kan? Getik!” Wafa meletak i-paper
padnya di atas meja. Lantas dia berlari ingin mendapatkan Pasha. Lelaki itu apa
lagi angkat kaki menuju ke Lost Boys Club House.
“Aku tunggu kau
kat tempat biasa, Jack. Ciao!”
“Pasha!!!”
Jackson hanya
melihat kelibat dua orang sahabatnya yang berlari keluar dari kelas. Riuh
seperti selalu seolah-olah hal semalam tidak pernah berlaku. Dia ketawa kecil.
Telinganya dapat menagkap suara Said, bercakap seperti biasa. Mengutuk sahaja.
“Spoiled! Macam
tak ada orang lain agaknya nak kacau. Dasar tak matang.”
“Hei Said!”
panggil Jackson.
“Apa?”
“Kalau nak join
sekali pun boleh. Tak payah nak jealous. Lost boys always open for people like
you. Immature,” ajak Jack lebih kepada memerli. Kemudian dia mengangkat tangan
dan berlalu. Telefon pintar di gali kemudian dia menekan ikon 1. Nombor speed
dial Joules.
“Hei Joules, ada
project baru nak kenakan Yong. Nak follow?”
-END-
02-10-2013
1806
No comments:
Post a Comment