Tiga puluh empat : Tirai Hampir Luntur
17 April 2731, 0630am, No.54 Jalan Iman, Taman
Bahagia, IHTC.
Lama
dia merenung skrin monitor itu. Tidak berkelip kelopak matanya melihat raut
wajah itu. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia lihat kini. Tidak
sia-sia rasanya dia berjaga malam hanya kerana tidak mampu tidur mengenangkan
isi disket itu. Lebih-lebih lagi mel amaran yang diterimanya. Dua jam dia
bersengkang mata, empat buah folder yang baru dibukanya tetapi kepalanya sudah
sarat dengan pelbagai maklumat.
Namun apa yang lebih merunsingkan
fikirannya kini ialah apa yang ada di hadapan matanya ini, wajah gadis yang
sedang tersenyum ini... bukankah ini ibunya? Jadi, bagaimana Encik Hazril boleh
ada bersama dalam gambar lama ini? Malah kenapa keratan berkenaan isu anak
dato’ bandar, Dato’ Mahmood iaitu Kasturi juga ada? Tambahan lagi, fail pertama
yang dibukanya ialah berkenaan kemalangan yang berlaku di tebing Pantai Doric
24 tahun lalu. Apa kaitannya Encik Hazril, Kasturi, ibunya dan kemalangan yang
pernah menimpanya dulu dengan kes siasatan yang sedang dia lakukan? Apa yang
arwah Farid cuba sampaikan?
‘Tok, tok, tok!’
“Fairul,
kamu kat dalam ke?”
Fairul
tersentak. Bunyi ketukan di pintu menggejutkannya. Apatah lagi mendengarkan
suara Encik Hazril memanggil namanya.
“Kalau
kamu kat dalam, ayah masuk. Pintu tak kuncikan?”
Lelaki
itu mula kalut. Lidahnya menjadi kelu saat dia tidak bersedia mental dan
hatinya. Kelam kabut dia memangkah setiap folder yang terbuka juga
gambar-gambar dan keratan akhbar yang ada lantas dia meng ‘eject’ disket itu. Disket itu pula di simpankan ke dalam seluar
sukannya. Kedua belah tangannya disapu pada sweater. Berpeluh.
“Fairul!
Buka pintu ni Fai. Apa kamu buat kat dalam tu?”
Encik
Hazril memandang pintu bilik itu. Rasanya pagi tadi dia nampak anaknya
merangkak masuk ke dalam pejabat lamanya ini. Takkan lah pula han... Isy!
Nauzubillah. Cerita ini bergenre aksi dan misteri bukannya paranormal dan
supernatural!
“Ayah!
Selamat pagi? Dah makan? Dhuha?” tegur Fairul tiba-tiba dengan muka ceria yang
dibuat-buat lalu dipeluk tubuh tua itu.
Encik
Hazril mengerutkan dahinya. “Kamu ni sihat ke tak sihat? Matahari baru nak
naik, kamu dah tanya ayah Dhuha ke tak Dhuha. Yang kamu ni dah Subuh ke belum?”
soal Encik Hazril dengan kening yang diangkat-angkat. Berkerut-kerut dahinya
apabila dia cuba berbuat demikian mengenangkan dia bukanlah pandai membuat
kening bak Ziana Zain itu. Adik saudaranya retilah.
Anak
itu tertawa kecil melihatkan keletah bapanya. Lantas tidak semena-mena dia
memeluk tubuh tua itu. Mengambil sedikit semangat ion positif ke dalam dirinya
yang kini berasakan seperti berada di hujung tebing. Perlahan-lahan dia
melepaskan nafas.
“Ayah...”
Encik
Hazril yang sudah sedia maklum dengan perangai anaknya itu hanya menanti
kata-kata seterusnya.
“...
kalau malam tu ayah tak jumpa Fai kat tepi semak tu, agaknya Fai hidup lagi
tak?”
Sekali
lagi terangkat kening Encik Hazril mendengarkan lalut anaknya. “Apa yang kamu
cakapkan ni Fai?”
Fairul
tersenyum tawar. “Ayah ni jawablah soalan Fai!”
Encik
Hazril melepaskan pelukan anak terunanya itu. Dipandang anak mata itu. “Fairul,
kalau Allah kata sudah sampai masanya kamu mati, matilah kamu. Kalau dia kata
sakitlah kamu, sakitlah jadinya. Jangan dipersoalkan benda yang dah lepas.
Lagi-lagi perkataan kalau. Allah paling tak suka umatnya berkalau-kalau tahu?”
Fairul
mengatap bibirnya. Bapanya kalau dah bertazkirah, memang the best!
“Dah
pi solat. Tak baik tau lambat-lambatkan solat. Inilah dugaan yang Allah bagi
setiap umat. Untuk kaum Adam, mampu tak dia solat di masjid atau surau setiap
kali masuk waktu manakala untuk kaum Hawa pula mampu tak dia solat di awal
waktu. Kan ayah dah bertazkirah di pagi selasa yang ceria ni!”
Sengihannya
melebar. Fairul mengangkat ke dua belah ibu jarinya. “Tazkirah ayah the best in
the world!” Lalu dia berlari ke biliknya di tingkat atas sambil
tersenyum-senyum. Encik Hazril ditingalkannya selepas dia bergurau dengan
lelaki itu apatah lagi lelaki 51 tahu itu hanya mampu menggeleng.
PAGI itu di pejabat, minumnya
berjeling. Makannya berjeling. Menyalin baju pun berjeling. Kiri dan kanan.
Tangan kanannya sentiasa meraba poket baju jaketnya. Bila melihatkan bayang
gadis itu tiada di situ, dia menjadi gelisah. Bukannya gelisah kerana rindu
(walaupun ada sedikit) tetapi gelisahnya lebih kepada takut. Dia takut gadis
itu menuntut disket dengannya. Dia menjadi faham sedikit kenapa mel itu
diberikan sebegitu kepadanya dan sedikit sebanyak dia berasa bersyukur kerana
disket itu sentiasa berada dalam jagaannya.
“Kenapa
Fai? Gelisah semacam je?” tegur Amaran.
“Ah,
er tak adalah tuan.” Dia jeda seketika. “Erm, tuan ada nampak Kasturi kat bawah
tak tuan?”
“Kasturi?
Dia tak datang hari ini. Awak lupa ke? Dia dapat mc-kan,” jawab Tay-Run pula
yang kebetulan baru masuk ke dalam pejabat itu. Mahyudian dan Periya yang
berada di pantry memandang Fairul
dengan pelik.
“Bukan
ke semalam awak pergi melawat dia dengan Encik Zareen ke?” soal Amran pula.
Fairul
tersentak. Bagaimana dia boleh lupa tentang hal itu? Mungkin kerana tingkah
gadis itu malam semalam membuatkan dia lupa yang Kasturi itu sakit. Ataupun
sebenarnya dia terlalu resah sehinggakan perkara seperti itu dia boleh terlepas
pandang.
“Alah
tuan, entah-entah dia rindukan Kasturi sangat-sangat sampai boleh lupa yang
buah hati tu sakit,” usik Mahyudin pula padahal semalam juga dia dengar yang
Fairul katakan hubungannya dengan Kasturi tiada apa-apa. Bukan dia sahaja yang
dengar, semua petugas yang bertugas semalam dengar kerana dia secara tidak
sengaja menekan butang ‘on’ speaker
untuk wireless earphone Fairul.
Nasiblah.
Tay
Run dan Periya hanya menggeleng. Amran tersenyum melihatkan kenakalan Mahyudin
yang suka menyakat itu dan lebih-lebih lagi muka blurr Fairul itu.
“Dah,
dah. Masuk bilik mesyuarat. Kita nak recap
balik mission semalam.”
“MORNING
sunshine!”
Melihatkan
wajah ceria Zareen di hadapan matanya berlatar belakangkan bias sinar mentari
pagi dari tingkap biliknya membuatkan Kasturi menutup mukanya dengan bantal
empuk. Lalu dia menukar posisi baringannya.
“Morning...” balasnya dalam suara
serak-serak basah.
Zareen
tersenyum lega melihatkan riaksi normal Kasturi. Malah dia berasa lebih lega
mengatahui Kasturi di hadapan matanya.
“Bangunlah
sleepy head! Shower dan qodo’ solat
subuh. Sarapan mama dah buat and abang
nak pergi kerja,” kata Zareen sambil menepuk punggung adiknya kuat.
Kasturi
menggosok-gosok punggungnya. Kelopak matanya terlalu berat untuk diangkat dan
badannya berasa terlalu berat apatah lagi beban di kakinya. Pasti kesan
daripada jahitan semalam.
Matanya
terbuka besar. Sepantas kilat dia bangkit daripada pembaringannya dan akibatnya
dia menjerit kesakitan.
“Kenapa?
Kenapa? Kenapa?” soal dua orang manusia yang menerjahkan kepala mereka ke dalam
bilik Kasturi manakala Zareen yang baru hendak keluar bilik berpatah semula ke
katil Kasturi.
“Aouch!”
Kasturi menyelak gebar yang membaluti kakinya itu. Dia rasakan semalam kakinya
tidak begitu sakit seperti semalam.
“Sakit
sangat ke dik? Nak abang panggil doc?”
soal Zareen yang kembali ke sisi Kasturi.
Kasturi
menggeleng perlahan. Lantas matanya melingas melihat jam loceng di sebelah
katilnya. 8.30pagi. Dia dah lambat. Hari ini ada recap misi. Disket!
“Untuk
hari ini, no work, no crime fighting!”
Zareen menahan Kasturi dari bangkit. Dia seperti dapat membaca fikiran Kasturi
apabila adiknya memandang jam dengan lirikan mengancam itu. Lantas dia menekan
kedua belah bahu adiknya dari bangun dengan kedua belah tangannya. Matanya
tajam menrenung wajah Kasturi yang pucat itu. Entah kenapa semakin hari dia melihat
wajah itu, semakin pucat.
“Macam
adik kisah?” Kasturi bergelut menolak tangan Zareen sambil itu digagahkan juga
dirinya untuk menyeret kakinya untuk berjalan.
“Adik
cuba dengar cakap abang. Abang nak adik rehat hari ni just for the next 72 hours. Please!” rayu Zareen dalam adegan tarik
menarik dan bertepuk tampar itu. Kasturi; tidak padan dengan kaki tempang
dengan kekurangan vitamin dalam badan, masih lagi mampu bergusti dengan Zareen
di pagi hari.
“72
jam terlalu lama untuk adik. I need to go
now! Selagi kes tu tak habis selagi tu adik akan devote for this case!” tegas sekali Kasturi menyatakan
pendiriannya.
“Kasturi!”
jerit Zareen apabila dia kalah dalam pergaduhan itu. Dia tidak faham bagaimana
gadis itu boleh menjadi sebegitu tekad dalam kes ini sehingga sanggup
mempertaruhkan nyawanya!
“Mama...?”
soalnya keliru melihatkan Datin Melur berdiri di ambang pintu bilik tidurnya
bersama Syukri. Dia menelan liurnya sebaik sahaja dia melihat wanita itu
melangkah mendekatinya sambil berpeluk tubuh dengan pandangan tajam sehingga
dia rasakan seperti menembusi tengkorak kepalanya yang keras ini. Dia berpaling
memandang Zareen yang membetul-betulkan kotnya yang sedikit kusut itu akibat
bergelut dengannya tadi.
Apabila
dia dapat merasakan dirinya dipandang dengan begitu menikam, dia berpaling
semula. Bukan pada Datin Melur tetapi pada Syukri. Dia dapat rasakan pandangan
itu membawa makna yang berbeza daripada pandangan yang pernah lelaki itu
lontarkan. Apa yang berlaku pagi tadi?
“Esok...
kita jumpa esok, di sini.”
Bila
memikirkan kembali janjinya pada Fairul pagi tadi, dia tidak boleh berlengah
lagi. Entah-entah lelaki itu sudah ada di pejabat.
“Mama
adik minta maaf,” pintanya lalu cuba memintas Datin Melur namun wanita bertubuh
katik itu pantas memegang pergelangan tangannya. Erat.
“Reen,
kamu pergi kerja cepat. Syukri apa kata kamu tolong mama belikan barang yang
mama suruh tadi?” wanita itu memberi arahan, lembut sekali.
Akur,
kedua-dua lelaki itu menurut perintah.
Sebaik
sahaja pintu bilik itu tertutup rapat, Datin Melur menarik tangan anak
gadisnya, membuntuti dirinya ke birai katil bersaiz queen itu. Kasturi pula,
dia seperti bulu yang ditiup bayu pagi di tepian pantai. Damai sekali. Gemuruh
juga. Dia tidak pernah berduaan begini dengan Datin Melur sejak dia mengetahui
dirinya ini tiada peluang untuk hidup dan selepas itu... orang mula katakan dia
melalui fasa keajaiban hidup, dia menjadi murung kerana dia mula mula menunding
jari di atas setiap sebab kenapa dia perlu ada di atas muka bumi ini sedangkan
insan yang sering dia sandarkan tiada di sisinya.
“Kasturi...”
panggil Datin Melur. Anak itu seakan-akan terkejut mendengarkan panggilannya
lebih-lebih lagi apabila dia meletakkan sebelah lagi jemari tangan kirinya di
atas jemari runcing anaknya. Datin Melur cuba menahan air matanya. Apalah
dosanya selama ini sehinggakan satu-satu anak gadisnya ini menjauhkan diri
darinya? Bila lama dia menatap wajah anak bongsunya ini, dia dapat melihat
cerminan Datuk Mahmood dalam diri itu. Personal dan fizikal. Persamaan dirinya
dengan Kasturi pula hanya pada wajah lembut itu. Mata nan redup, hidung yang
elok terletak dan bibir bak ceri. Orang tua-tua kata, iras anak dengan ibu
bapanya menentukan keakraban hubungan anak beranak. Dia tidak mahu mengaku
tetapi bila melihatkan keadaan menjadi sebegini dia takut mahu mengaku.
Teragak-agak
dia mengusap pipi gadis itu. “Dah besar anak mama, cantiknya dia...” Setitis
air matanya mengalir.
“Mama...”
Kasturi kelu. Dia tidak tahu mahu berbuat apa pada waktu begini.
“25
tahun kamu membesar depan mata mama, tetapi 25 tahun mama lansung tak kenal
anak mama. Kamu dekat dengan mama tetapi hati itu jauh sekali dari tangan mama.
Wajah ini seperti mama tetapi kamu seolah orang asing buat mama. Apa kegemaran
kamu, dengan siapa kamu berkawan, apa kamu buat siang dan malam.”
Kasturi
mati kutu. Dia pernah cuba menyeludup bangunan presiden negara jiran. Dia
pernah cuba matikan bom masa. Dia juga pernah berlawan dengan pembunuh upahan
seramai sepuluh orang. Tetapi berhadapan dengan wanita bernama Siti Melur ini
bukanlah kepakarannya jauh sekali mengenali wanita itu. Dia tidak pernah kenal
wanita ini sebagaimana wanita itu tidak mengetahui siapa dirinya. Yang dia
tahu, wanita itu mamanya.
“Tapi
satu sahaja mama pinta dari kamu Kasturi. Tolong jaga kesihatan diri. Mama
takkan minta kamu beritahu mama apa yang kamu buat malam tadi dan ke mana kamu
menghilang tetapi tolong jangan buat jantung mama luruh lagi.
“Mama
sayang kamu, Kasturi. Mama sayang kamu sebagaimana mama sayang Zareen,
sebagaimana mama sayang Syukri tetapi kamu satu-satunya dalam keluarga ini
datang dari benih mama. Kamu tonggak mama untuk terus berdiri. Mama tak sanggup
nak kehilangan kamu lagi,” tangis wanita itu bersama juraian air mata yang
mengalir deras walaupun betapa dia cuba menahan dari jatuh tetapi hatinya
terlalu sebak.
Kasturi
mengetap bibirnya. Air matanya tanpa dia sedar turut sama mengalir. Buat kali
kedua untuk hari ini, dia mendengar ungkapan yang membuatkan jiwanya
runtun.
“...Saya
tak nak kehilangan orang saya sayang lagi, Kasturi. Awak buat saya takut...”
Kenapa
dia sering membuat orang di sekelilingnya berasa takut akan kehilangannya?
Betapa selama ini dia mementingkan diri, berfikir dialah manusia paling sedih
di dunia ini. Hanya dialah yang pernah merasa takutnya kehilangan. Tidak pernah
sekali pun dia membuka matanya menggunakan hati. Yang dia reti hanyalah
menyakiti insan di sisinya tanpa dia sengaja.
TIDAK boleh jadi. Mindanya asyik
menerawang ke dalam poket jaketnya. Jiwanya tiada di sini tetapi di bilik bawah
tanah rumahnya. Sudah berapa kali dia asyik membetulkan duduknya. Seperti
ketika dia sampai di pejabat awal pagi tadi. Kiri salah kanan pun salah. Agaknya
kalau dia menelentang sehingga buat kuak lentang di atas lenatai sekali pun,
dia tetap resah.
“Fairul
awak ada masalah ke?”
Tegak
dia duduk di kerusinya serta merta apabila suara Amran menerjah ke cuping
telinganya.
“Ya...
ya tuan?”
Amran
bercekak pinggang di tempatnya. “Dah 30 minit saya bercakap kat depan ni, dari
tadi saya nampak awak nampak macam cacing kepanasan je. Apa masalah awak ni
Fairul?” tegur Amran sedikit tidak puas hati dengan pencapaian Fairul pada hari
ini. Sudah berkali-kali dia memanggil anak buahnya, tetapi hendak dipanggil
dengan penuh ketegasan baharu hendak beriaksi.
“Saya...
saya baik saja tuan. Ngeee,” Fairul tersengih kambing. Cuba menyembunyikan rasa
resah dari pandangan Amran yang bak helang itu. Dia kenal pandangan jenis itu
lebih-lebih lagi dari baka yang sama dengan Zareen dan seangkatan mereka.
Errgh.
Amran
tersenyum sinis. ‘Kau fikir aku tak tahu yang kau cuba berdolak dalih dengan
aku, Fairul?’ desis hati Amran.Hatinya melonjak-lonjak ingin membuka mulut
bertanyakan apa yang dilakukan anak muda itu semalam; pagi tadi. Ketika tiba di
hadapan bangunan pejabat polis ini pagi tadi dalam jam 0230 pagi, dia menerima
panggilan telefon dari ibu saudaranya, Datin Melur bertanyakan tentang
kebedaraan Kasturi. Maklumnya lagi, Fairul mungkin mengetahui sesuatu tetapi
tidak dapat dicapai. Jadi sebab itu dia menelefon Amran, mungkin ‘budak’ berdua
itu ada bersamanya. Dia menggeleng mengingati peristiwa pagi tadi.
“Lain
kali tolong beri perhatian. Lepas ini saya nak jumpa awak di dalam pejabat
saya,” arahnya lalu berpaling semula ke skrin halimunan, dimana terpaparnya
sebuah pelan hotel dari pandangan atas bersama beberapa cabang anak panah di
mana hujung anak panah itu menunjukkan gambar-gambar pegawai yang bertugas di
lokasi penyiasatan semalam.
Fairul
mengetap bibirnya. Apalah agaknya yang ingin Amran perkatakan padanya nanti?
Mungkin dimarah atau paling kurang pun diberi nasihat. Rasanyalah.
“Pada
162110 April 2731 bertempat di Hotel High End Residence, Posh High, pegawai
bertugas Nur Kasturi didapati hilang dari pengawasan komputer dan lima minit
kemudian apabila pegawai berdekatan mula menggeledah kawasan itu, Kasturi tiada
di tempatnya sebaliknya keadaan dalam bilik air berkenaan menjadi kucar kacir
seperti di dalam gambar.”
Suara
lembut Baiduri menerjah telinga Fairul membuatkan lelaki itu tersentak sedikit
dan dia pantas berpaling ke arah gadis yang berdiri di hadapan menggantikan
tempat Amran yang kini duduk di barisan hadapan bersama-sama Madam DD, kemudian
dia mengalihkan perhatiannya pada skrin halimunan. Terpapar keadaan di dalam
tandas wanita yang bersepah dan teruk. Air yang memancut keluar dari sinkinya
dan biji-biji batu syiling yang bersepah di atas lantai.
“Pada
pendapat saya ia ada kena mengena dengan gabungan pintu vortex dan dimensi
selari,” penuh keyakinan Baiduri melontarkan pendapatnya.
“Apa
yang membuatkan awak pasti dengan itu?” soal Amran.
“Kasturi
sentiasa di bawah pengawasan saya Tuan Amran. Ketika dia berada di dalam tandas
wanita, berlaku pula gangguan komputer pada ibu deck di truck pada malam itu
dan menyebabkan keadaan agak sukar untuk saya melihat pergerakan Kasturi yang
tiba-tiba hilang dari pengawasan saya. Malah, teknik yang digunakan oleh
penyerang serupa dengan insiden yang pernah berlaku pada 2711.”
“Maksud
awak insiden di Hotel Rimbun Flora?” soal pula Madam DD tiba-tiba. Mimik
wajahnya berkerut dan penuh dengan tanda ketegangan.
Baiduri
mengangguk. Dia kemudiannya menekan-nekan sesuatu di atas mejanya. Sebentar
kemudian, satu klip muncul di tengah skrin itu. Satu insiden yang berlaku pada
waktu malam dengan adanya kebakaran, jeritan dan manusia yang berlari lintang
pukang. Kanak-kanak menangis dan sebahagiannya mati berlumuran darah dalam
keadaan yang ngeri.
Fairul
menundukkan mukanya. Tidak mahu melihat lagi. Hatinya menjadi sayu setiap kali
dia melihat peristiwa seperti ini berlaku di hadapan matanya.
“Aku
tahu fasal kes ni. Kes pembunuhan golongan VIP beramai-ramai. Dengar cerita ini
angkara lelaki gila yang pandai bermain dengan komputer dengan tahap kecerdikan
250. Tetapi malang sekali dia tak gunakan kepandaian dia dengan betul. Lagi,
aku dengar dia buat semua tu tanpa sebab. Lansung tak ada elibi dan kes ini
kemudiannya diserahkan pada pihak Elite,” cerita Mahyudin. Wajahnya serius,
lansung tidak ada riak main-main.
“Apa
nama mamat tu...” Lelaki bersuara garau itu cuba mengingati nama seseorang itu
namun Ana pula yang mencelah, membantu meringankan beban Mahyudin.
“Yes! Nama dia Lee Zhou. Singkat, LZ.”
Mahyudin mengetip-ngetip jarinya.
“But dia bukan dah mati 15 tahun dahulu
ke? Hukuman gantung right?” celah Ana
lagi.
“Ya
saya harus akui dia dah mati namun saya tak kata yang kes samalam kerja dia.”
Cepat-cepat Baiduri mengusai topik perbincangan itu sebelum Mahyudin dan Ana
bergaduh.
“Jadi
apa yang awak nak kata sekarang Baiduri?” soal Tay Run.
“Apa
saya nak katakan di sini ialah walaupun modus operandi yang digunakan oleh
penyerang serupa tetapi kerja dia agak selekeh. Pada 09:50 malam, menurut Zen,
setelah dia menyiasat setiap pita rakaman CCTV di Hotel High End, bangunan
berdekatan dan jalan raya, kami menjumpai Kasturi dari biasan cermin kereta
yang diparkir berdekatan lot kedai bersebelahan Hotel High End. Tetapi apa yang
saya jumpa ini mungkin sedikit mengejutkan.” Baiduri mngetap bibirnya. Dia
memandang Zen dan Rafique. Kedua-dua lelaki itu walaupun mata mereka sudah
bengkak dengan raris hitam di bawaqh mata dan rambut yang berserabai, tetap
berada di situ dengan mata yang bulat dan cerah melihat dia menyembahkan
persembahannya.
Zen
memandang Rafique kemudian pada Baiduri semula. Dia mengangguk menyuruh Baiduri
meneruskan persembahan yang kini tiba-tiba tergendala. Dia tahu mungkin agak
sukar untuk orang menerima apa yang mereka temui itu tetapi itulah hakikatnya.
Teragak-agak
Baiduri menekan satu punat pada padnya. Semuanya senyap melihat paparan itu
sehinggalah klip itu tamat. “Waktu ini penyerang fikir mereka boleh godam
rakaman CCTV dengan dapat membuang sebahagian besar bukti tetapi macam saya
cakap tadi, kerja dia selekeh.” Baiduri membesar imej klip dan menarik fokus
imej klip pada biasan cermin kereta ASP. Kelihatan satu garis sinar biru pada
imej klip itu.
“Baiklah
kita rewind semula ke beberapa saat
yang lepas...” Pada saat itulah semua ahli yang melihat membuka mata mereka
sebesar yang boleh. Terkejut melihat satu tubuh yang tiba-tiba jatuh dari
langit dan disambut oleh satu kereta ASP dan berlalu dari situ sepantas kilat.
“Awak
pasti ke itu Kasturi, Baiduri?!” soal Amran tidak percaya.
Kedengaran
beberapa orang mula mengulas dengan rasa tidak percaya. Fairul yang melihat
juga berasa begitu tetapi mengenangkan perkara sebegitu pernah dilakukan oleh
Kasturi pagi tadi. Malah apabila melihatkan video klip ini, dia semakin berasa
resah. Bertambah-tambah resahnya mengenangkan perwatakan Kasturi pagi tadi juga
kandungan disket itu. Dia semakin digaru rasa ingin tahu!
“Saya
pasti tuan. Tidak mungkin saya silap. Walaupun bajunya sudah terkoyak dan
kelihatan kotor, namun saya masih tahu lagi itu adalah baju yang saya pilih
untuk Kasturi, tuan.”
Amran
terduduk tidak percaya. Ya, Kasturi seorang Elite tetapi terjun bangunan
tiba-tiba, itu tindakan gila daripada seorang élite! Kasturi bukannya seorang
askar, dia seorang polis!
“Jadi
betullah telehan kita selama ini yang Kasturi dihantar menggunakan ASP,” kata
Amran merujuk kepada dirinya sendiri. “Jadi dapatkah awak kesan siapa yang
pandu ASP itu?” soalnya pula.
Mendengarkan
soalan itu wajah Baiduri bertukar mendung. Perlahan-lahan dia menggeleng,
bermakna dia mahupun Zen dan Rafique tidak mampu membesar titik-titik imej itu.
Sudahnya nanti imej itu pula akan pecah dan tidak boleh diperbetulkan.
Amran
tersandar bersama keluhan berat. Dia memandang Tay Run kemudian pada Madam DD
pula. Baiklah.
“Baiduri
juga Zen dan Rafique. Saya nak awak bertiga siasat kes ini. Saya nak tahu siapa
yang pandu ASP itu dan juga tentang LZ ini. Saya nak tahu sama ada dia ada
waris atau tak dan kalau ada, cari segalanya tentang waris dia. Beritahu saya terus
bila dah dapat update,” laju sahaja
Amran mengeluarkan arahannya pada anak buah.
Baiduri
mengangguk tanda dia menerima tugas itu. Lantas dia kembali ke tempat duduknya
semula. Kini tiba giliran Periya pula untuk membentangkan pembentangannya.
No comments:
Post a Comment