Thursday, November 14, 2013

Dreamer's Prologue Part one



Subuh lagi dia sudah bangun. Membersihkan diri dan berpakaian kemas. Rambutnya yang panjang mengurai disanggul cantik dan dia sememangnya tidak suka bersolek. Sesudah itu, dia akan bergerak ke bilik atuknya, memberi salam pagi dan menunduk hormat. Selepas itu dia akan menemankan atuknya makan pagi sebelum dia ke sekolah. Rutin yang dia lakukan setiap hari dengan penuh patuh dan kesyukuran. Dia lakukannya kerana arwah ibunya bukan atas kerelaan dirinya. Mungkin atuknya sedar juga akan sikapnya itu tetapi orang tua itu lebih banyak berdiam diri dan menghisap rokoknya dari memberi sepenuh perhatian pada masalah hati cucunya.
Apabila perutnya kenyang, dia letakkan chopstiknya ketepi, menyapu bibirnya dan menunduk 45° lalu beredar ke biliknya tanpa sepatah kata. Seorang perempan tua masuk dan dia mengeluh. Orang Tua Heitai dijelingnya.
“Kalau tuan mesra sikit dengan dia, saya pasti dia takkan makan sarapannya sedikit macam ni,” keluh Makcik Oni.
Orang Tua Heitai hanya mendengus, cuba untuk tidak mengendahkan kata-kata pembnatu rumahnya yang sudah berkhidmat lebih dari dua dekad di rumahnya itu. Perlahan dia menjamah nasinya sambil menikmati pemandangan indah dari biliknya. Taman yang di hias indah dengan tanaman taman dan kolam ikan yang tampak indah namun hatinya rasa sebal dan kosong.

“Suri! Suri!”
Suri mengeliat malas. Mendengarkan namanya dipanggil-panggil buatkan dia rasa ingin mencari selimut dan bantal dan menutup mukanya namun semua itu tiada di sini.
“Suriii!”
Kening gadis itu berkerut. Sakit hati pula rasanya mendengarkan orang terjerit-jerit memanggil namanya itu. “Isy, tak boleh orang nak hidup aman sikitlah!”
“Suri cepatlah turun. Orang semua dah balik, kau tak nak balik ke?” panggil Miza sambil bercekak pinggang. Sesekali dia mengintai dari celahan lobang tangga menuju ke tangki air itu. Masih lagi tidak nampak bayang sahabatnya itu hendak turun ke bawah. Hendak naik ke atas, dia taidak reti hendak panjat tangga besi itu. Gayat.
Dia mendongak ke atas sekali lagi dan kali ini dia nampak Suri dengan wajah keruh, berdiri di tepi lubang tangga. Miza tersengih apabila rakannya menunjukkan buku lima pada dia.lalu dia berganjak ke tepi, memberi laluan pada Suri untuk turun dengan selamat.
Mereka sama-sama meninggalkan studio seni itu setelah pintu studio itu dikunci dan di mangga. Miza bertanggungjawab untuk memastika studio itu selamat kerana di dalam studio itu terdapat barang-barang yang beharga.
“Aku minta maaflah kalau aku kacau kau tidur tapi... kenepa mesti kau tidur kat sini? Macam tak ada rooftop lain yang lagi selamat dan senang untuk aku pergi jemput kau ke?” keluh Miza buat kali ke berapa entah.
“Dah rooftop tu je yang ada bumbung, rooftop lain semuanya panas,” Suri memberi alasan. Gadis itu berjalan lambat dan seakan-akan tidak mahu pulang ke rumah.
Tiba-tiba mereka berhenti berjalan. Miza memanjangkan lehernya, mengintai sebarang kenderaan sedan hitam yang dipakir di luar pagar sekolah. “Diaorang park kereta jauh sikit hari ni. Kau nak lepak mana?”
“Rumah kau jela. Aku tak puas tidur lagi...” jawab Suri sambil menguap. “Lagipun mak kau masak sedap. Hari ni dia buat apa?”   

Majalah terkenal ‘Veen’ dengan paparan kulit wajah artis terkenal negara Yukano Amanda, dibelek sekali imbas oleh Suri sambil menanti Miza kembali bersama snek dan jus. Suri berhenti menyelak apabila wajahnya juga terselit dalam majalah itu. Suri mendengus tidak suka. Lantas dia tutup majalah itu dan campaknya di bawah meja kopi kecil. Dia melihat sekeliling bilik Miza yang kecil dan penuh dengan hiasan barang vintaj.
“Snek dah sampai!” Miza letak dulang berisi sepinggan biskut butter dengan dua mug jus epal dan Suri tanpa menunggu pelawaan Miza, terus mencapai biskut buatan ibu Miza.
Miza mencari majalah yang dia letak atas meja kopi itu tadi.
“Kau cari apa?”
“Veen.”
Suri capai majalah yang dia campak tadi dan berikannya pada Miza. “Sorry, tadi aku menyampah sangat sampai tercampak kat bawah meja kau,” ucap Suri.
Miza kerut keningnya. “Betul ke kau campak bawah meja aku? Tak ada pun tadi...”
Suri juling mata ke atas. “Aku letak bawah kusyen aku...”
Mendengarkan itu, ketawa Miza meledak. Dia tahu sebab kenapa Suri berperangai begitu. “Nak buat macam mana? Family kau jenis orang terkenal... so diaorang akan sentiasa tengok kau.”
“Masalahnya aku just pergi 7E pakai baju tidur pun salah! Orang lain tak ada pulak masalah. Takat baju t-shirt dengan seluar track je,” luah Suri tidak puas hati denganperhatian yang diterimanya daripada masyarakat sekeliling.
Dahulu sebelum dia berpindah duduk dengan atukya itu, hidupnya lebih tenang dan bebas. Namun apabila bapanya tinggalkan rumah, ibunya jatuh sakit dan atuknya yang mengambil alih perihal mereka. Tidak pernah dia menyangka yang ibunya berasal daripada keluarga kenamaan di negara ini yang mengamalkan tradisi lama dan disegani oleh masyarakat. Malah, nama keluarga bukan sahaja membuatkan keluarga ini terkanal... antara syarikat eletronik yang terbesar di negara ini juga merupakan syarikat yang dijalankan dan diusahakan dari keluarga ini juga. Dan dia... dialah merupakan waris tunggal kepada segala yang keluarga ini ada. Secara kasarnya, dia ada sahaja saudara mara yang mahu ambil alih harta keluarga, tetapi Orang Tua Heitai itu, tidak percayakan orang.
“Kenapalah orang tua tu kena serahkan segala harta dia kat aku? Bagi jelah kat orang-orang gila yang rebutkan harta dia tu...” rungut Suri. Dia berpindah ke keluarga itu ketika dia lima tahun. 10 tahun berada di bawah jagaan atuknya, macam-macam hinaan dan tomahan yang dia terima dari saudara maranya. Walaupun bukan secara berdepan... tetapi rasa sakit itu begitu terasa apabila nama ibunya dikaitkan bersama.
“Sabarlah Suri. Kau ada akukan?” pujuk Miza. Dia menepuk-nepuk tangan sahabatnya lembut. “Meh, sebenarnya aku nak cakap yang baju-t kau ni...” kata Miza sambil menyelak semula ke helaian yang memaparkan gambar Suri dengan pakaian tidurnya itu. “... comel gila! Kat mana kau beli? Aku tak pernah nampak kau pakai pun sebelum ni?”
Suri pandang wajah Miza dengan mata sepet. “Kau... sahajakan nak buat aku rasa lega?”
Miza sudah ketawa. “Seriuslah ni... mana kau beli?”
“Entah,” jawab Suri pendek. Gadis itu menghirup jus epal. Erm, masam.
“Kenapa pulak entah?”
“Aku cakap ni kau jangan nak over pulak.”
“Okey! Okey!”
Suri ambil majalah itu lalu pergi ke bahagian cover story. Wajah Yukano Amanda terserlah denagn wajah asli tanpa mekap dengan mengenakan contact lens supaya matanya lebih bersinar. Kemudian dia anjukkan bahagian itu pada Miza. “Adik minah ni yang bagi aku baju tu.”
Mulut Miza melopong. Tidak percaya. “Se... senior Yu... Yuri?”
Suri hanya mengangguk.
Miza melekapkan kedua tangannya pada pipi. Matanya bersinar-sinar. Siapa yang tidak akan berasa teruja kalau Yurino Genji. Dengan wajah bishonen, tinggi yang padan dengan tubuh... juga berasal dari keluarga yang punyai segalanya, ramai gadis akan tangkap leleh dengan lelaki itu yang diberi gelaran ‘Putera S’. Tapi...
“Kenapa kau buat baju tu jadi baju tidur?”
“No reason. Aku tak suka corak baju dia, jadi aku buat jadi baju tidur ajelah. Lagipun kain dia sedap untuk bawak tidur,” jawab Suri selamba. Dia rebahkan badannya. Mengantuk pula rasanya lepas kenyang makan tengah hari tadi dan setelah dia selesai satu pinggan biskut butter itu.
“Untungnya kau Suri...”
“Malang kau jadi aku,” cakap Suri pantas. Badannya diiringkan ke ara tingkap bilik Miza yang tinggi dan kurus itu. Dia berharap dia mampu jadi seperti awan petang yang indah dan diingini. Dia ingin orang sentisa merinduinya sepertimana seseorang akan menjadi rindu setiapkali senja. Mungkin juga dia perlukan rehat. Rehat dari segala konflik keluarga yang meletihkan. Dia teringin untuk berada dalam konflik remaja seperti mana-mana remaja biasa. Tetapi dia tahu, itu mustahil. Dia tahu, dalam minda atuknya ini... lelaki tua itu sedang mencari calon yang sesuai untuknya sebelum dia meniti hari ketibaan umurnya. Sebelum dia menerima segala syer syarikat dengan sah.
“Hey Suri, kau dengar tak aku cakap apa?!” marah Miza.
“Aku tengah beranganlah mangkuk!”
Miza memuncungkan bibirnya. “Aku cakap, ada orang cakap kat aku yang ada orang ni boleh tunaikan permintaan dengan harga yang berpatutan dengan permintaan kau tu.”
“Herm...”
“Tapikan, tak ada siapa pun tahu kat mana orang tu tinggal. Ada setengah cakap dia tu ahli sihir tau!”
“Merepek jelah tu. Yang kau percaya buat apa?”
“Aku cakap je. Yelah, kan seronok kalau setiap permintaan kita boleh dimakbulkan sekelip mata je. Contohnya macam, aku nak couple dengan Senior Yuri atau aku nak makan manisan setiap hari atau – ”
“Kembalikan ibu aku yang dah mati...” potong Suri, membuatkan Miza tidak mampu untuk berkata apa.

SURI mengeliat malas ambil mulutnya terbuaka luas; munguap. Namun dia dapat rasakan yang pergerakannya sedikit terbatas dek sepasang tangan yang memeluknya dari belakang. Sekejap ini tangan siapa?
Suri cuba untuk meloloskan dirinya namun pelukan itu semakin erat dan seperti tidak mahu melepaskannya. Suri kaget.
“Sikit je lagi. Okey sayang?”
Sayang?
“Yuri!” marah Suri dalam cubaannya untuk melepaskan dirinya dari terus terbelit dengan ular yang tidak tahu malu ni.
“Ya sayang...” kata Yuri perlahan di telinga Suri membuatkan wajah gadis itu merah. Jantungnya berdegup laju. Isy, macam manalha dia boleh tidak sedar yang dia boleh kena tangkap dengan ular ni? Satahunya hari ini dia lansung tidak turun ke bawah. Dari dia sampai ke sekolah pagi tadi sehingga sekarang kerana malam semalam dia tidak boleh tidur.
“Apa sayang-sayang? Baik kau lepaskan aku sekarang kalau kau tak nak aku – ” Suri tergamam.
“Selamat pagi sayang,” ucap yuri sebaik sahaja dia selesai mengucup belakang kepala  Suri. Dapat belakang pun jadilah. Karang dia main terjah susah pulak. Dia menggerakkan badannya sedikit. Mahu melihat wajah Suri yang cantik itu. Saat itu matanya bertemu pandang dengan mata yang bersinar dengan iris coklat gelap seperti black forest. Sangat misteri.
“Aduh!”
Suri menolak dagu yuri menjauhi dari mukanya. Berapa lama lgi Yuri hendak bermain cinta dengannya? Fikir dia tangkap lentok sangat? Maaflah, you’re so not my stail. Suri membetul-betulkan bajunya yang keromot akibat tidur dengan tersangat lena sampai tidak sedar diganggu privasi. Rambut coklat kehijauannya itu diurai-urai supaya kemas.
Yuri menggosok-gosok dagunya. Terdapat bekas merah akibat tolakan kasar dan juga pada wajah Suri.
“Jadi kau masih dara?”
“Soalan apa tu bodoh?” Suri melengking tidak suka dengan soalan Yuri. Kenapa perlu kaitkan perkara ini dalam masalah sekarang? Dia bukannya gadis yang suka jual maruah sesuka hati seperti kebanyakan gadis zaman sekarang, lebih-lebih di negaranya yang kelihatan seperti satu trend.
Yuri ketawa kecil. “Aku baru usik kau sikit... kau dah marah. Lansung tak berubah.”
“Maaflah. Kalau kau fikir aku ni macam gadis-gadis yang kau jumpa kat Perancis, kau dah silap besar!”  Suri bangkit dan memumgut begnya. Dia tidak betah berlama-lama dengan lelaki ini. Dia dapat rasakan yang Yuri sedang mengejar sesuatu darinya tetapi dia tidak tahu apa. Mungkin dia paranoid namun dia cuma mahu lebih berhati-hati. Dia tidak mahu terluka kerana hal seperti ini. Ah, politik bisnes.
“Hey, cuba bertenang. Aku tak ada maksud lain. Aku just cari tempat tidur... macam kau. Sekarang ni duduk dulu.” Yuri menarik Suri supaya duduk dan lansung tidak melepaskan tangan gadis itu.
Suri rimas. Dia tidak suka bila jantung dia berlari melebihi had yang sepatutnya. Dia tidak suka bila dia berasa yang Yuri cuba ambil hatinya.
“Aku dah tengok Veen semalam...” ujar Yuri. Dia memandang Suri yang berwajah muram. “...kau pakai baju yang aku bagi tu.” Pelbagai persoalan bermain di benak Yuri melihat wajah gadis itu. Ekspressinya tidak pernah berubah sejak mereka bertemu pertama kali sembilan tahun lalu, sebelum dia terbang ke Perancis mengikut ibu bapanya. Wajah kelabu Suri yang bertambah kelabu.
“Tak sangka kau buat dia jadi baju tidur.”
“Baju tu sedap buat tidur. Kau beli dekat mana?” Suri ubah topik perbualan. Dia tidak mahu terperangkap. “Kawan aku suka baju tu, jadi aku fikir nak beli untuk dia sebagai hadiah.”
“Aku fikir kau nak beli untuk aku. Mana tahu jadikannya baju couple walaupun buat tidur saja,” rajuk Yuri namun dia masih tidak melepaskan pegangan tangannya pada Suri.
“Tak berminat lansung. Kalau kau tak nak beritahu, apa kata kau tolong belikan untuk aku dan berikannya terus pada dia? Sebab dia peminat kau, tahu.” Suri cuba menarik tangannya kerana tangannya sudah berpeluh dan sangat tidak selesa.
“Kalau macam tu, apakata kita pergi sama-sama? A date?”



No comments:

Post a Comment