“Aku fikir kau nak beli untuk aku. Mana tahu jadikannya baju couple
walaupun buat tidur saja,” rajuk Yuri namun dia masih tidak melepaskan pegangan
tangannya pada Suri.
“Tak berminat lansung. Kalau kau tak nak beritahu, apa kata kau tolong
belikan untuk aku dan berikannya terus pada dia? Sebab dia peminat kau, tahu.”
Suri cuba menarik tangannya kerana tangannya sudah berpeluh dan sangat tidak
selesa.
“Kalau macam tu, apakata kita pergi sama-sama? A date?”
Akhirnya Suri dapat meloloskan pegangan tangan Yuri. Dia menelan liurnya.
Pandnagan matanya dilarikan. “Aku nak baliklah. Bye.”
“Nanti!” Sekali lagi Yuri mencapai tangan Suri. Kali ini sedikit mendesak.
“Ini kali kedua kau tukar topik perbualan dan aku tak suka.” Tajam sekali Yuri
memandang wajah Suri menandakan dia benar-benar tidak suka.
Kasar sekali Suri melepaskan tangannya. Dia bercekak pinggang. “Ada aku
kisah kalau kau tak suka? Pada aku kau bukan sesiapa. Jadi tolong pergi sebelum
kawan saya datang,” tegas sekali Suri menolak Yuri dari terus cuba untuk
mencuri hatinya. Dia lemas!
Turi menghela nafas berat. Hatinya sedikit tercuit dengan kata-kata Suri.
Namun dia harus akui, ada benar juga setiap kata-kata Suri dan dia tidak suka akan hal itu. Dia
tidak tahu kenapa dan apa yang tidak kena dengan dirinya semenjak dia berjumpa
semula dengan Suri, dia menjadi begitu tertarik... seperti ada satu tarikan
megnetism antara mereka. Namun Suri seperti tidak merasainya maka sebab itulah
dia berasa sangat tertekan.
“Tunggu apa lagi?” gesa Suri, betul-betul menghalau Yuri.
Lelaki itu bangkit. Sesuatu bermain-main di hatinya saat ini. Ligat dan
memeningkan. “Suri... kau masih ingat lagi pertemuan pertama kita sembilan
tahun dulu?” soal Yuri tiba-tiba.
Suri bercekak pinggang. Apa pula kali ini?
“Aku nampak mata kau penuh dengan ketakutan dan kehampaan terhadap dunia
ini. Kau mengasingkan diri kau dari kumpulan walaupun kau berada di hadapan
aku, di sisi Orang Tuan Heitai dan di sekeliling kau penuh dengan
kenalan-kenalan atuk kau. Aku terfikir apa yang yang menyebabkan gadis kecil
seperti kau berasa begitu sekali... kau mungkin tidak tahu tapi aku ikut kau
sentiasa pada malam tu. Aku tahu rahsia hati kau yang kau cuba sorok selama
ni...”
Hati Suri berdegup laju. Darahnya mengalir deras melalui injap jantung
namun rasanya tidak melalui ke mukanya menjadikan ianya berasa begitu kejung.
Bibirnya mengering.
“Aku minta maaf sebab aku tak mampu hadiri hari pengubumian ibu kau.
Walaupun bayangan kau menangis di sisi ibu kau bermain di minda aku sepanjang
hari-hari aku di Perancis... aku masih tak mampu untuk sentiasa cuba menjadi
tempat untuk kau berlindung dari dunia kita yang tak pernah kenal erti
kasihan...” Yuri menoleh. Alangkah terkejutnya dia melihat air mata menitis
dari mata itu. Lelaki itu terkedu.
Terketar-ketar tangan Suri menyentuh pipinya. Air mata yang dia cuba tahan
dan tahan dari hari ke hari kini mengalir seperti air empangan pecah. Suri
pandang wajah Yuri. Bibirnya diketap. Marahnya dia tatkala ini kerana bila dia
fikir yang dia akan mampu untuk terus mengunci dirinya baik-baik dan menempuh
segala dugaan yang diberi, tiba-tiba lelaki berlagak bagus itu cakap yang dia
tahu satu-satunya kelemahan hati ini. Hah!
“Jadi?” soal Suri. Jari telunjukknya menunjuk ke jantungnya. “Hakikatnya ia
masih tidak mampu mengubah yang aku masih lagi banduan dalam penjara mewah atuk
aku! Dahlah Yuri, kalau kau fikir yang kau dapat ubah hakikat mutlak itu... kau
silap. Lagipun aku tahu, kau sengaja dekati aku sebab harta yang bakal aku
warisi kan? Sebab kau nak pakej lengkap yang dah terpampang jelas kat badan aku
ni. Aku ni cuma trofi buat orang macam kauorang!”
“Memang!” jerkah Yuri buatkan Suri terkelu lidah. Riaknya terkejut dengan
kejujuran Yuri itu.
“Sejak aku balik dari Perancis, mama aku akan sentiasa cakap pada aku untuk
goda kau, dekati kau dan bermacam-macam lagi sebab kau gadis trofi yang diaorang
dok kejarkan tu! Setiap hari! Sampai aku rasa naik menyampah dan muak tetapi
aku tak faham kenapa setiap hari, mata aku dan hati aku ni sentiasa ikut di
mana sahaja kau pergi setiap kali aku nampak kau.” Yuri mendekati Suri. Air
mata gadis itu disapu. “Aku rasa macam orang bodoh sebab selalu bertindak di
luar kawalan malah sekarang ni juga... aku tak tahu kenapa mulut ni tak boleh
berhenti dari bercakap.”
Mereka saling berpandangan. Mata Suri lansung tidak berkelip memandang
wajah merah Yuri.
“Kau... tengah cakap apa ni?”
Yuri menundukkan wajahnya. Aduh malu gila.
“Yuri?”
“Aku rasa... aku... mungkin suka kau.”
TERMENGAH-MENGAH Suri berlari dari stesen keretapi menuju ke pusat lapangan
yang terletak 2 kilometer dari stesen. Dari jauh Suri nampak Yuri menunggunya dengan
penuh sabar. Suri berhenti berlari. Dadanya diurut-urut. Dia tidak mahu Yuri
nampak yang dia terlalu mengikut dengan kehendak lelaki itu sedangkan dia
lansung tidak boleh tidur malam tadi kerana terlalu teruja dengan date
pertamanya ini. Well, practically... dia sendiri tidak tahu macam mana dia
akhirnya boleh tersangkut dengan temu janji ini selepas sedaya upaya dia cuba
mengelaknya.
“Handsome gila... kenapa tadi kau tak tegur dia? Diakan dah senyum kat
kau!”
“Memanglah tapi aku tak berani... dia macam tengah tunggu awek dia je.”
Suri menoleh apabila terdengar perbualan dua orang gadis yang melintasinya.
Kemudian dia berpaling semula ke Yuri. Mereka tengah cakap fasal Yuri ke?
Perlahan-lahan Suri mendekati Yuri. Dia perasan ada beberapa pasang mata memerhatikan
Yuri sambil tersenyum-senyum malu. Wajah mereka merah dengan mata yang
bersinar. Kelihatan begitu teruja. Bagaikan melihat seorang idola.
“Lambatnya...” rungut Yuri apabila gadis itu berdiri di hadapannya dengan
mata yang terkelip-kelip, penuh tanda tanya.
Yuri rasa tidak senang. Jantungnya berdebar laju. “Kenapa kau pandang aku
macam tu?”
Suri masih lagi merenung wajah Yuri. Kemudian dia tersenyum; lebih kepada
mentertawakan sikap tidak ambil pusingnya itu. “Kau ni... popular jugakkan? Aku
fikir orang cuma nampak kakak kau aja,” cakap Suri lebih kepada menyindir. Dia
melihat lagi sekelilingnya. Ketawanya hilang apabila menyedari yang mereka
menjadi tumpuan orang ramai. Dia jadi gugup.
Wajah Yuri sedikit memerah. Malu sebenarnya kerana kata-kata Suri
kedengaran seperti pujian buatnya. Dia tidak perasan seorang dirikan? Lalu dia
melihat sekelilingnya juga. Sudah lama dia sedar, orang sedang memerhatikannya
dari tadi tetapi dia tidak pernah kisah sehinggalah Suri menegurnya tadi. Malah
sekarang ini orang semakin ramai memerhatikan mereka kerana mereka melihat Suri
dan bukannya dia. Hatinya rasa tidak sedap. Ekor matanya mencuri lihat wajah
Suri yang dilapisi solekan nipis. Pantas dia menarik gadis itu pergi dari terus
menjadi tumpuan orang.
Hatinya sakit bila melihat wajah muram Suri itu. Dia tidak suka gadis itu
sering menjadi bahan kritikan sekeliling. Hatinya lebih pedih, jika dia tidak
mampu untuk berbuat apa-apa untuk Suri.
“Sakit...”
Yuri berhenti berjalan. Dia berpaling melihat Suri kemudian pada tangannya
yang terlalu erat memegang pergelangan gadis itu. Oh!
“Sorry.” Yuri melepaskan pegangannya namun Suri menarik semula tangannya.
Gadis itu memandangnya dengan senyuman yang nipis dan tidak memaksa.
“Kau tahu... aku bersyukur sangat masa kau tarik aku tadi,” ujar Suri dalam
nada perlahan. “Selalunya bila aku dalam situasi tu, aku jadi kaku dan takut.
Rasa sangat sunyi dan gelap. Tapi kau dah selamatkan aku. Kau orang pertama
yang tarik aku keluar dari situ. Tangan ni...” Kedua belah tangannya menakup
erat tangan besar Yuri.
“Jadi kau tak perlu rasa bersalah dan aku sepatutnya cakap terima kasih.”
Saat itu, Yuri rasakan yang dunia seperti berhenti berputar. Masa seakan
membeku. Namun jantungnya seakan tidak kenal erti penat untuk berdegup. Semuanya
kerana gadis bernama Suri Nomiya.
“Argh...” Yuri duduk mencangkung. Wajahnya ditundukkan kerana dia tidak
mahu Suri melihat betapa merah dan membahangnya wajah dia ketika itu. Tangan
kirinya mengusap-usap rambut belakangnya. Ini tak boleh jadi. Aku dah kalah
dengan perempuan ni... bisik hati Yuri.
Terkebil-kebil mata Suri melihat aksi pelik Yuri yang tiba-tiba sahaja
mencangkung depannya itu. Ini dah kenapa pulak?
MEREKA memasuki butik pakaian yang menjual pakaian untuk perempuan dan
lelaki mengikut trend fesyen terkini. Suri tidak menyangka yang Yuri akan
betul-betul membawanya ke butik ini kerana mahu membeli baju yang sama untuk
Miza; seperti apa yang dia pinta dahulu. Kebaikan lelaki itu, mengusik hatinya.
“Selamat datang,” sahut seorang gadis di kaunter dengan suara yang rendah
dan comel.
Suri lihat tangannya yang berpimpin dengan Yuri. Sejak tadi sehingga
sekarang, lelaki itu lansung tidak mahu melepaskan pegangan. Begitu juga dia.
Pelik. Ini kali pertama sejak 10 tahun lalu dia berpimpin tangan dengan seorang
lelaki. Kali terakhir, bersama bapanya. Yang anehnya, semalam, dia berasa rimas
ketika lelaki itu menggenggam erat tangannya. Namun hari ini... dia sangat
selesa. Jadi adakah semua ini bergantung pada setiap persepsi kita pada setiap
orang?
“Pelik, hari itu macam banyak lagi baju tu... takkan dah habis?” rungut
Yuri. Lelaki itu terus membelek setiap baju yang bergantungan di pameran.
Jantung Suri berdebar. Yuri, dia boleh sahaja untuk tidak endahkan
permintaan main-mainnya hari itu. Dia boleh sahaja bazirkan duitnya untuk
perkara lain. Tetapi, Yuri mengikut permintaannya dan sanggup bazirkan duitnya
untuk membeli sehelai baju untuk Miza. Miza... kau mesti bahagia bila kau tahu
Yuri beli baju untuk kau, bisik hati Suri.
“Cik...” panggil Yuri.
“Tak pelah Yuri. Kalau dah habis kita beli lain kali,” tegah Suri. Segan pula
rasanya bila Yuri beria-ria menunaikan permintaannya.
“Apa pulak. Kau kata kawan kau suka baju tu? Apa salahnya beli baju yang
sama untuk dia? Or kau sebenarnya jealous?”
“Tolong sikit!” Suri menepuk lembut bahu Yuri.
Gadis jurujual datang menghampiri mereka. “Ya, apa yang saya boleh bantu?”
“Colourful Printed Blouse ada jual lagi tak?” soal Yuri.
Oh itu blouse ke yang aku pakai buat baju tidur tu? bisik hati Suri sambil
mengetap bibir. Dia memang tidak kenal fesyen. Dia Cuma sarung sahaja baju yang
di sediakan oleh pambuntu rumahnya. Terutama sekali bila menghadiri
majlis-majlis formal bersama Orang Tua Heitai. Nak mati kalau main sarung baju
ikut suka hatinya? Cuma kadang-kadang sahaja, dia akan keluar pakai baju ikut
suka hatinya. Contohnya lewat malam, senyap-senyap pergi makan ramen di 7E.
“Maaflah encik. Stock dah habis buat masa ni,” beritahu gadis jurujual itu.
“Other branches ada jual tak?” soal Yuri lagi. Gadis itu menggeleng.
Melihat gelengan itu, Suri berasa hampa. Walaupun dia main-main mahu
membeli baju itu buat Miza tetapi Miza ialah sahabat baiknya sejak dari tadika.
Melihatkan betapa Miza sukakan baju itu, membuatkan dia teringin untuk membeli
baju itu buat Miza.
“Sorry Suri,” ucap Yuri kesal. Suri menggeleng tanda tidak kisah.
“But, we do have new pattern untuk koleksi yang sama. Mahu lihat?” syor
gadis jurujual itu.
“Comel tak?” tergesa-gesa Suri menyoal. Yuri terkejut melihat gadis itu
bertanya sambil tidak lepas memegang tangannya. Rasa seperti pasangan kekasih
yang betul.
Gadis jurujual itu tersenyum. Dia mengangguk lalu berlalu ke stor belakang.
Perasan yang Yuri masih lagi merenungnya, Suri mencebikkan bibirnya pada
Yuri. “Miza suka benda-benda comel.”
Yuri ketawa. Suka hatinya dapat melihat wajah malu Suri.
Sambil menunggu gadis itu ke hadapan bersama baju, Suri terperasankan
sepasang baju cardigan yang bercorak bintang bisang di dadanya. Sangat simple
dan tampak selesa. Tanpa sedar, dia berjalan ke arah baju itu dan menarik Yuri
bersamanya. Dia memegang kain baju itu. Sedap.
“Cik tolong bungkus baju ni,” suara Yuri menerjah telinga Suri.
“Hah?” dengan wajah blurr, Suri memnadang Yuri yang sudah tersenyum-senyum
kambing.
“Jom, baju kawan kau dah sampai tu...” kata Yuri dan menarik gadis itu ke
arah kaunter.
SURI duduk menunggu di meja makan sementara Yuri membuat pesanan di
kaunter. Suasana di dalam Mc Donald sesak dengan manusia yang berbagai ragam
dengan satu persamaan. Makan.
Susuk tubuh Yuri tidak lepas dari pandangan mata Suri sejak tadi. Lelaki itu
kadang-kadang akan berpaling ke arahnya, memastikan dia tidak lari ke mana-mana
atau dikacau lelaki lain. Apabila kadang-kadang dia berasa tidak keruan apabila
dipandnag oleh sepasang mata milik Yuri, dia akan pandang arah lain dan
konon-konony aberminat dengan iklan di kaca televisyen atau bermain-main dengan
telapak tangannya yang dari tadi asyik berpegang tangan dengan Yuri.
Yurino Genji. Nama itu bergema dalam hatinya. Dia tidak pasti sama ada
perasaannya tika ini cinta atau sekadar suka-suka yang akan berlegar di hatinya
untuk sementara waktu. Dia tidak pernah jatuh cinta. Hanya perasaan suka-suka
yang sering dia alami. Kehidupannya membataskan perasaannya. Mudah kata, kelak
dia tidak mahu mencari masalah dengan atuknya.
Tetapi sekarang, apa yang dia tengah buat? Berjanji temu dengan Yuri,
berpegang tangan dan menyimpan rasa kasih... apa dia dah gila? Entahlah. Dia tidak
pasti.
“Maaflah tetapi tewan wanita
saya ni bukannya artis atau model untuk awak minta dia jadi duta clothing line
butik awak.”
Suara Yuri bergema di mindanya. Lelaki itu begitu tegas dalam melindunginya.
Pada saat dia tidak berpijak di dunia nyata dan orang mudah mengmbil kesempatan
ke atas kelebihan dirinya. Yuri hadir dalam hidupnya, bagaikan cahaya tika dia
terkapai-kapai dalam lautan penuh manusia bertopeng yang menakutkan.
“Makanan dah sampai.”
Suri mendongak memandang Yuri yang menyusun-nyusun burger, kentang goreng
dan minuman mereka di atas meja. Wajah lelaki itu ceria dan bersemangat. Alangkah
mudahnya hidup dirasakan bila dia mampu untuk tersenyum seperti Yuri. Bagaikan masalah
di dunia ini hanya masalah sementara walau berat macam mana sekalipun.
“Terima kasih,” ucap Suri perlahan. Dia membuka bekas kertas yang membalur
burgernya. Senyap-senyap dia menjamah makannanya.
Tiba-tiba yuri menyapu sesuatu di bibirnya.
No comments:
Post a Comment